Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tinggal lagi sebulan sahaja peperiksaan akhir akan berlansung. Faizah masih belum membuat sebarang persediaan. Sejak menghabiskan latihan industri, otaknya seakan sukar untuk menerima segala ilmu yang dicurahkan oleh para pensyarah kepadanya. Fikirannya melayang jauh teringatkan kekasih hatinya, Fitri. Telefon bimbit dicapai dan mesej ditulis. Tapi Faizah membatalkan niat tersebut kerana terfikir kemungkinan Fitri berkerja.
Ary_06 : hai, bley knal? E_zA : bole, ape salahny.. Ary_06 : dok maner? E_zA : ats bumi bawah langit.. hehe.. Ary_06 : oo.. yer??? Sy plak ats tanah dan dikelilingi udara.. E_zA : tiru ayat kitew eh??? Ary_06 : tak la…. Mane ade… lain pe.. haha
Faizah, tersenyum sendiri apabila teringatkan peristiwa tersebut. Tidak diduga, perkenalan melalui internet tersebut menerbitkan bibit-bibit percintaan. Kini sudah hampir 2 tahun Faizah dan Fitri menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih. Perkenalan sepanjang 1 tahun lebih telah membuatkan Faizah yakin untuk menerima Fitri sebagai kekasihnya. Walaupun dari segi pendidikannya Fitri jauh lebih ketinggalan berbanding Faizah, tetapi Faizah menerima Fitri seadanya.
-Salam,.. aii dak muchuk! Wtpe 2?? Igtkn kite ye? -Salam. Eeii, pwasan btui r die nie… kte igtkn pakwe encem bkn die.. wekK -Kite encem ape… hehe.. dah mkn lum?? -Dh la… knyg dh pn mkn ns cmpr td.. -Bile awk exam?? Dah dekatkn? -Lg sbulan lbih kurg tmbh tolak darab bhagi dikuasa sjutakn.. haha -Byk main la awk nie… pe pun Good Luck ok.. jwb btul2 igt mak ayah awk..
Fitri menggeleng-gelengkan kepalanya… Ada-ada sahaja.. Tapi Fitri sudah biasa dengan keadaan ini. Faizah memang sering kali cakap secara bergurau dan lebih tepat lagi masih berfikiran keanak-anakan. Sifat itulah yang membuatkan dirinya tertarik kepada Faizah. Bunyinya kedengaran pelik, tetapi itulah hakikatnya… Setiap kali Fitri dibelenggu masalah, Faizahlah yang akan menceriakan harinya dengan sifat keanak-anakan tersebut. Hatinya juga turut risau memikirkan penghujung kisah percintaan mereka.
Faizah pernah memberitahu padanya bahawa ibu Faizah tidak begitu suka Faizah bercinta dengannya. Pernah Fitri terfikir untuk memutuskan sahaja hubungan ini, tetapi dirinya tidak mampu kerana begitu menyayangi Faizah. Baginya Faizah adalah segalanya. Faizah hanya satu diantara sejuta. Faizah jugalah sumber inspirasinya. Hanya bersama Faizah, hatinya akan tenteram dengan melihat senyumannya, ketawanya dan usikan manja darinya. Jika tiada Faizah, Fitri merasakan hidupnya bagai tiada erti.
Lega hatinya apabila peperiksaan akhir bagi semester ini telah berakhir. Hanya tinggal satu semester sahaja lagi untuk Faizah menamatkan pengajiannya. Perancangannya setelah menamatkan pengajiannya adalah untuk bekerja supaya ayahnya tidak perlu menanggung dirinya lagi. Selain itu, dapat jugalah Faizah membantu ayahnya jika terdapat sebarang masalah. Faizah juga terfikir untuk menyambung pengajiannya secara jarak jauh. Itu pun jika tidak terdapat sebarang masalah.
Setelah sebulan bercuti semester, Faizah kembali ke alam kampus yang penuh dengan warna-warni baginya. Keputusannya bagi semester lepas masih dalam keadaan baik sama seperti sebelumnya. Faizah mengingatkan keputusannya akan merosot kerana sebelum peperiksaan berlansung, otaknya seperti tidak dapat mengingat setiap nota-nota yang telah dibacanya. Tetapi Alhamdulillah, setelah masuk ke dewan peperiksaan tangannya laju menulis setiap jawapan bagi soalan-soalan yang diberikan.
Sesi pendaftaran telah tamat dan Faizah gembira kerana masih sebilik dengan sahabat karibnya, Athira. Athira dan dirinya amat rapat sehinggakan kemana sahaja pasti berdua walaupun kadang kala hanya salah seorang daripada mereka sahaja yang mempunyai urusan. Athiralah sahabat sejati Faizah yang sentiasa bersama dikala susah mahupun senang. Begitu jugalah bagi Athira. Hanya Faizah seorang sahabat karibnya setelah semua sahabatnya membawa haluan masing-masing.
"Nasib kite still sebilikkan?? Kalau tak, tak tau la aku.." "Tue la.. kalau tak, aku rasa tiap malam aku datang bilik ko nk tido dengan ko! Haha.." "Ko datang, aku terus tutup pintu! Haha.." "Ko tak baik! Hehe.." "Takde la… aku gerenti bukak pintu bilik beso-beso kalau ko yang datang thira.."
Mereka ketawa bersama dengan penuh genbira dan mengemas barang-barang yang dibawa sebelum pergi ke bilik sahabat-sahabat mereka.
Faizah tersenyum-senyum membaca mesej yang dihantar Fitri kepadanya. Sekurang-kurangnya terubatlah rindunya. Sudah hampir 3 bulan mereka tidak bertemu atas permintaan Faizah kerana mahu menumpukan perhatian terdapat pengajiannya kerana ini merupakan semester terakhir. Fitri tidak mempunyai sebarang kekangan kerana tahu yang Faizah mahu yang terbaik dan Fitri juga yakin terdapat tahap kesetiaan Faizah terhadapnya. Setiap kali ada yang ingin berkenalan atau menganggu Faizah, pasti Faizah ceritakan kepadanya. Risau juga hatinya kerana Faizah pastinya menjadi antara gadis pujaan di kampusnya.
Faizah seorang gadis yang ceria dan mudah tersenyum. Secara fizikalnya, Faizah boleh dikira sempurna kerana mempunyai susuk tubuh yang tinggi ditambah dengan warna kulitnya yang putih lagi gebu. Faizah tidak memerlukan solekan yang tebal untuk tampil menarik cukup sekadar memakai solekan tipis dan sedikit palitkan gincu berwarna senada dengan bibirnya yang pasti membuatkan ramai jejaka-jejaka akan berpaling apabila bertembung dengannya.
Athira risau melihat keadaan sahabat karibnya yang gemar termenung sejak akhir-akhir ini. Bukan itu sahaja, Faizah juga tidak mempunyai selera untuk menjamah makanan. Ini membuatkan Athira semakin risau kerana bimbang kesihatan Faizah akan terjejas. Faizah juga sudah tidak seperti dahulu. Jika dahulu bilik mereka akan penuh dengan hilai tawa mereka sebilik kerana Faizah sering menyakat mereka, kini tidak lagi. Faizah telah menjadi seorang yang pasif dan hanya bercakap apabila dirasakannya perlu. Masanya hanya diisi dengan termenung dan sekali sekala dengan tangisan.
"Iza, ko nape? Aku tengok ko dah tak macam dulu la.. asyik menung je?? Kadang-kadang aku tengok ko menangis.. nape nie? Cube cerita dekat aku.. aku kan kawan ko…" "Ntah la thira, dan seminggu lebih Fitri tak contact aku.." "Laa, nape plak?? Ko dah cube contact die??" "Dah.. mula-mula dapat. lepas tue tak dapat dah. handphone die off.. aku tak tau knape.." "Korang gaduh ye? Die merajuk kot dengan ko Iza.." "Tak la… mane ade kitaorang gaduh.. ok je… tak tau la knape.. tue yang aku diam je.." "Dah la Iza.. agaknya die sibuk kot… nanti-nanti die dah lapang die contact la ko ok.."
Faizah hanya tersenyum tawar mendengarkan pujukkan Athira. Hatinya masih tidak keruan kerana tidak dapat menghubungi Fitri.
Cuti pertengahan semester bermula. Cuti persekolahan juga akan bermula selepas seminggu cuti semester Faizah. Faizah gembira kerana pasti kakaknya akan pulang ke kampung sekurang-kurangnya seminggu. Faizah amat merindui anak buahnya, Natrah dan Shafiq. Natrah semakin bijak berkata-kata, manakala Shafiq pula sedang cuba menyebut perkataan. Dengan adanya Natrah dan Shafiq, Faizah dapat mengurangkan kerisauannya terhadap Fitri yang nasih tidak dapat dihubungi.
"Iza, temankan mak pergi pasar esok. Mak nak beli banyak barang la… yela akak ko kan nak balik. Kang budak-budak tue nak makan ape pulak nanti.." "Ok mak. Mak nak masak ape esok??" "Mak ingat nak masak kari ikan la. Anak buah ko kan suka sangat makan lauk kari." "Ooo.. nak pergi kul bape esok mak?" "Ala, dalam pukul 9.30 ke.. mak nak basuh baju dulu.. Ko jangan pulak nak sambung tido lepas subuh ye!" "Ok mak.. Baik boss! Saya menurut perintah."
Puan Normah menggeleng-gelengkan kepala dengan perangai anak bongsunya yang masih keanak-anakan walaupun sudah menjangkau 21 tahun.
Keesokkannya, Faizah dan ibunya pergi ke pasar awam untuk membeli barang-barang yang dikehendaki. Setelah tangan Faizah penuh dan tidak lagi mampu memegang barang-barang, ibunya menyuruh Faizah pergi dahulu ke kereta kerana Puan Normah masih mahu membeli sedikit lagi keperluan. Faizah menurut arahan ibunya dan berlalu meninggalkan ibunya. Tanpa disedari, ada sepasang mata yang memerhatikan setiap pergerakkan mereka. Sama ada Faizah ataupun Puan Normah lansung tidak menyedari perkara tersebut.
"Banyak beri barang mak cik??" Tegur Haiqal "Boleh la tahan.. anak mak cik nak balik rumah hari nie.. cucunya suka makan lauk kari." "Ooo, macam tue.. maaf tanya cik, yang tadi tue anak mak cik ke?" "Maksud kamu Iza ke??" "Yela kot… yang tinggi pakai baju warna hijau tadi.." "A’ah.. anak mak cik la tue.. knape??" "Tak de ape mak cik… saje saya tanya.. lawa orangnya.." "Alah, mana ade lawa biasa aje la.." "Mak cik nak balik kereta ke? Biar saya bawakan barang-barang nie.."
Haiqal mengiringi Puan Normah ke kereta. Sampai di kereta, Haiqal terpaku dengan keayuan wajah Faizah. Barangan di tangan Haiqal bertukar tangan ke Faizah.
"Terima kasih bantu mak saya bawak barang." Ucap Faizah "Sama-sama. Tak de ape sangat la Iza.." "Encik tau nama saya??" "Ibu awak bagitau tadi.." "Haiqal, jemput la datang umah kalau sudi.. kesian Haiqal tolong mak cik bawak barang tadi.." celah Puan Normah "Nak datang tue tak de hal mak cik.. tapi, saya tak tau mana satu umah mak cik.." "Haa, kalau macam tue kamu amik nombor Iza.. Nanti kamu boleh la telefon tanya."
Faizah terkejut kerana ibunya mencadangkan Haiqal mengambil nombor telefonnya. Tapi Faizah tetap menurut arahan ibunya dan memberikan nombornya kepada Haiqal.
Tidak diduga, pemergiannya ke pasar awam tadi telah menemukannya dengan gadis idaman yang selama ini dicari-cari. Sudah kerap benar ibunya menanyakan kepadanya bila mahu membawa calon menantu kepadanya. Tetapi setiap kali persoalan itu keluar dari mulut ibunya, pasti Haiqal hanya mendiamkan diri. Sejak kisah cintanya bersama Sofea putus ditengah jalan, Haiqal tidak pernah sekalipun jatuh cinta terhadap gadis-gadis yang ramai ingin mendampingi dirinya. Hati sudah tertutup untuk bercinta dengan insan yang bernama wanita. Luka dihatinya masih belum sembuh akibat perbuatan Sofea yang telah berlaku curang terhadapnya. Luka itu masih lagi berdarah kerana hatinya amat sakit dengan perbuatan Sofea yang amat dicintainya satu ketika dahulu.
Kini Haiqal yakin bahawa gadis yang akan menjadi penyembuh lukanya telah ditemui dan gadis tersebut adalah Faizah. Dengan keayuan wajahnya ditambah dengan sifatnya yang lemah lembut menjadikan Faizah seorang gadis yang sangat sempurna pada matanya. Hatinya bertekad untuk memenangi hati gadis tersebut walau ribut badai datang menimpa mahupun lautan api perlu direnangi. Faizah tetap akan cuba dimiliki olehnya. Haiqal juga berdoa kepada Allah semoga jodoh dirinya dan Faizah dipertemukan dan dipermudahkan. Mengenai Faizah akan dikhabarkan kepada ibunya selepas Haiqal pulang ke Kuala Lumpur setelah kursusnya tamat. Haiqal dapat membayangkan perasan ibunya yang gembira dengan berita tersebut.
Kedatangan Haiqal ke rumah Faizah disambut dengan gembira oleh setiap ahli keluarganya lebih-lebih lagi ibunya. Ayahnya juga melayan Haiqal dengan penuh mesra. Natrah dan Shafiq juga serasi dengannya. Hairan juga Faizah kerana selalunya Natrah takut kepada lelaki. Mungkin Haiqal pandai mengambil hatinya, fikir Faizah. Alangkah gembiranya hati jika Haiqal yang disambut mesra oleh ahli keluarganya adalah Fitri. Sudah sebulan berlalu, tetapi Fitri masih tidak dapat dihubungi. Faizah sudah tidak mampu lagi memikirkan sebarang kebarangkalian yang berlaku kepadanya. Hanya kepada Allah sahaja Faizah berserah supaya Fitri berada dalam keadaan selamat.
Malam tersebut Natrah tidur bersama Faizah. Natrah memberitahu kepada Faizah bahawa dirinya amat menyukai Haiqal dan menyatakan Haiqal seorang yang baik dan kacak. Tersenyum Faizah mendengar kata-kata anak buahnya. Kata orang, kanak-kanak tidak pandai menipu. Apa yang dilihat dan dirasakan betul akan diperkatakannya. Faizah berfikir sejauh manakah kebenaran kata-kata Natrah. Memang apa yang diperkatakan oleh Natrah boleh dianggap betul. Haiqal memang seorang yang kacak. Ditambah dengan tubuh yang tinggi dan sasa serta berkulit cerah merupakan satu bonus buatnya. Kacamata yang dipakainya menampakkan dirinya lebih berketerampilan. Fikirannya terhadap Haiqal terganggu dengan deringan telefon bimbitnya. Satu mesej diterima.
-Assalamualaikum.. Iza wtpe? Mganggu ke? -Waalaikumussalam.. xde la ganggu.. br lps tidokn natrah. -Owh, natrah tido dgn iza yea? Rapat benar natrah dengan iza yea.. -Msti la.. iza kn mak su die.. hehe.. xtdo lg?? -Blum lg.. kne iza dodoikn jugak mcm natrah kot.. -Ade plak mcm tue.. tutup je mate.. nti tido la tue.. -Yela.. iza nk tdo dh yea?? Gud Nitez! Assalamualaikum.. -Waalaikumussalam.. nunite!
Cuti pertengahan semester telah sampai ke penghujungnya. Faizah kembali semula ke alam kampus yang tinggal lebih kurang 2 bulan sahaja lagi yang perlu ditempuhinya. Sampai sahaja dibiliknya, Faizah terus menegur Athira dan tegurannya dibalas oleh Athira dengan pelukkan. Mereka sibuk berbicara mengenai perkara yang berlaku sepanjang cuti semester tersebut. Faizah menceritakan perihal Haiqal kepada Athira dan kerisauannya terhadap Fitri yang masih tidak dapat dihubungi. Manakala Athira pula dengan penuh gembira menceritakan percutiannya bersama keluarga ke Langkawi. Athira tidak lupa untuk membelikan cenderamata untuk Faizah.
Tinggal lagi sebulan sahaja peperiksaan akhir bagi semester yang terakhir akan berlansung. Sudah 2 bulan juga Faizah mengenali Haiqal. Tidak dinafikan Haiqal seorang lelaki yang baik dan sentiasa menberikan Faizah semangat untuk berusaha mendapatkan yang terbaik bagi peperiksaan yang bakal ditempuhinya. Tetapi ini juga bermakna sudah hampir 3 bulan Faizah tidak dapat menghubungi Fitri. Faizah tidak pernah menceritakan perihal Fitri kepada Haiqal. Haiqal juga tidak pernah pertanyakan kepada Faizah sama ada Faizah mempunyai kekasih hati mahupun tidak. Haiqal jugalah yang selalu membuatkan jiwa Faizah tenteram dan pandai mengambil hatinya.
Peperiksaan telah tamat dan Faizah serta rakan-rakan sekelasnya bersalam-salaman kerana selepas ini pasti mereka sudah tidak boleh bertemu lagi seperti dahulu. Sebak juga hatinya dikala itu. Mujur Athira teman baiknya merupakan penduduk sedaerah dengannya. Jadi Faizah boleh berjumpa Athira bila masa sahaja kerana jarak perjalanan dari rumah Faizah ke rumah Athira hanya memakan masa selama 20 minit. Ayah Faizah iaitu Encik Malik telah sampai untuk mengambil Faizah untuk pulang ke rumah. Faizah mengangkut kesemua barangnya dan memasukkan ke dalam kereta. Lalu, Faizah melambaikan tangannya kepada semua rakan-rakannya.
Apabila malam menjelma, Faizah duduk di ruang tamu sambil berbual-bual dengan ibunya. Puan Normah mengambil peluang ini untuk memberitahu Faizah mengenai suatu perkara yang bakal mengubah hidupnya.
"Iza, mak nak bagitau ko satu benda penting nie??" "Ape benda mak.. eceh! Macam PM lak mak nie nak cakap benda penting-penting.." "Macam nie.. ko pun dah abis blaja. Jadi mak fikir tak salah kalau ko kawin." "Ape mak??? Kawin?? Ish, ape la mak nie.. Iza tak terfikir pun." "Iza, ade orang datang merisik ko.. mak pun setuju.." "Haa, mak setuju?? Nape mak tak tanya iza dulu. tah laki mana la yang mak terima tue." "Ala, bukan orang lain pun… Haiqal."
Jantung Faizah seakan berhenti berdegup. Fikirannya tidak keruan. Ibunya memberitahu tinggal sebulan sahaja untuk mereka membuat persiapan dan pada tarikh tersebut Faizah akan terus diijab kabulkan bersama Haiqal tanpa mengikat pertunangan terlebih dahulu. Segala perihal hantaran telah pun dibincangkan oleh kedua-dua belah pihak tanpa diketahui oleh Faizah. Faizah buntu dan meminta izin untuk masuk ke kamarnya. Air matanya mengalir mengenangkan nasib dirinya. Faizah kemudian menghubungi Athira untuk mendapatkan pandangan.
-Salam, thira tolg ak! Huhu.. mak ak suh ak kwen dengan Haiqal dlm tempoh sbulan nie. -Wslm.. ko biar btul iza?? Mak ko xtny ko dlu ke? -Itu la mslhny.. ak xtau nk wtpe nie.. -Aku rs elok ko trima je… lgpn dr cara ko cter, Haiqal nice man right? -Mmg la nice.. tp Fitri.. -Fitri?? Ko kn xdpt nk cntct die.. lgpn dh lbh 3 bln. Ko nk cntct cmner? No die pn dh xde. -So, ko nk suh ak abaikn je Fitri tue… mcm tue ke?? -Bkn la.. tp dh mcm mustahil la.. ko xtau tah2 die saje wt mcm tuh ke.. kn ko pnah bgtau yg mak ko xske korg bcinta.. maybe die trik diri dgn cara hilgkn diri.. sape tau. Mcm nie la.. ko wt solat istikharah mntak ptunjuk dari Allah. -Thankz thira.. klu xde ko.. ak xtau la jdi ape.. -Ish jgn ckp cmtue.. aku kn kwn ko.. sush snang kne la sama2 ok..
Cadangan Athira membuatkan hati Faizah sedikit lega. Faizah segara ke bilik air dan mengangkat wudhu’ bagi melakukan solat istikharah untuk memohon petunjuk dari Illahi bagi masalah yang sedang dihadapinya.
Hari yang dinanti akhirnya tiba. Faizah tidak dapat menahan sebak di dada semasa upacara menbatalkan air sembahyang dijalankan. Airmata Faizah tumpah juga. Malam tadi dia telah berjanji kepada dirinya untuk menerima semua ini dengan redha dan percaya semua yang berlaku ada hikmahnya. Athira yang menyaksikan peristiwa tersebut juga turut sama sebak melihat betapa sabarnya sahabat karibnya menempuhi dugaan yang dirasakan tidak mampu ditempuhi olehnya. Faizah cuma tersenyum setiap kali disakat oleh keluarga kedua-dua belah pihak.
"Tahniah la kat korang berdua yea.." ucap Athira "Thanks thira.. Ko bile pulak??" balas Faizah "Haha.. Aku lambat lagi kot... lagi-lagi calon pun takde.." "Saya punya kawan ramai lagi yang available.." celah Haiqal "Hehe.. kalau handsome macam awak Haiqal, ape salahnya.."
Sebelum pulang, Haiqal sempat berdua-duaan bersama Faizah dan menyatakan betapa gembiranya dirinya akan pernikahan tersebut. Faizah hanya tersenyum dan tidak memberikan apa-apa jawapan. Haiqal mengucup dahi Faizah dan berkata yang dirinya tidak akan mempersia-siakan dan berjanji akan memberikan kebahagiaan kepada Faizah. Faizah hampir menitiskan airmata, tetapi dapat juga dibendung. Tangan Haiqal ditarik untuk disalami. Majlis persandingan akan diadakan 2 bulan sahaja lagi bagi memberi ruang kepada Faizah untuk memilih sendiri segala persiapan majlis tersebut.
Majlis persandingan Faizah dan Haiqal berlansung dengan meriah sekali. Faizah merupakan anak bongsu manakala Haiqal pula merupakan anak tunggal. Faizah memilih tema warna biru bagi persandingan dirumahnya. Haiqal pula memilih tema perkahwinan ala moden pada majlis bertandang disebelahnya. Faizah kelihatan sangat anggun di dalam persalinan perkahwinan ala moden dengan memilih gaun putih dan Haiqal berdiri segak dengan mengenakan tuksedo. Persandingan dirumah Haiqal berlansung sehari selepas persandingan dirumah Faizah. Pada malam hari selepas berlansungnya majlis persandingan mereka dirumah Haiqal, Faizah bernekad untuk meluahkan segala isi hatinya kepada Haiqal.
Selesai melakukan solat isya’ secara berjemaah, Faizah melipat telekung dan kemudian duduk disisi Haiqal. Haiqal tersenyum dan menbelai rambut Faizah sambil mengucup dahi dan kedua-dua belah pipi Faizah. Faizah sedikit tergamam, tetapi dirinya sedar kini dia adalah milik Haiqal sepenuhnya. Haiqal menyedari perubahan wajah Faizah, dan bertanyakan mengenainya kepada Faizah.
"Sayang, kenape muka sayang berubah?? Sayang tak suke ke?" tanya Haiqal "Erm, Iza minta maaf.. sebenarnya ade perkara kite perlu bincangkan." Ujar Faizah "Ok ape die?? Sayang tak boleh terima perkahwinan kite, macam tue ke?" "Bukan.. Bukan macam tue.. tapi, Iza harap Haiqal boleh bagi Iza masa untuk Iza sesuaikan diri Iza dulu.. Iizz.. Iizzaa.. Iza sebenarnya..." "Syy.. Abang faham perasaan sayang. Sayang amik la sebanyak mana masa sekalipun. Abang tetap akan tunggu sayang.. dah la, jangan risau.. jom la kite tido hari pun dah malam kite pun dah penat tadi.."
Kini sudah hampir 2 bulan Faizah dan Haiqal hidup bersama. Faizah akan menjalankan segala tanggungjawabnya terhadap Haiqal. Tetapi hanya pada zahirnya sahaja. Sejak mereka menduduki rumah yang dimiliki Haiqal, Faizah meminta untuk tidur dibilik yang berasingan. Haiqal akur dengan permintaan Faizah kerana memahami perasaan Faizah yang masih belum boleh menerima dirinya sebagai sebahagian dari hidupnnya. Rutin harian Faizah adalah menyediakan segala kelengkapan suaminya. Kemudian menunggu kepulangan suaminya. Tetapi adakalanya Haiqal tidak pulang ke rumah kerana tugasnya sebagai seorang doktor yang menuntut dirinya untuk berada di hospital.
"Selamat pagi.. kamu macam mana hari ini? Rasa bertambah sihat?" tanya Haiqal kepada pesakitnya sejak 6 bulan dahulu. "Selamat pagi doktor.. boleh la... lebih kurang semalam aje.. doktor saya nak tanya satu perkara boleh?" jawab pesakitnya "Boleh ape die?.. Kalau boleh saya jawab, InsyaAllah saya akan jawab.." "Doktor, sebenarnya berapa lama lagi saya boleh hidup doktor?? Tolong bagitau doktor, ada perkara yang perlu saya selesaikan.. penting doktor.."
Haiqal tergamam dengan persoalan pesakitnya. Tetapi akhirnya dia akur dan memberitahu jangka hayat pesakitnya hanya tinggal lebih kurang 2 bulan sahaja lagi.
Faizah menyambut kepulangan Haiqal dimuka pintu. Tangan Haiqal disalami. Kemudian Faizah menyediakan air untuk suaminya dan menemankannya minum sambil menonton televisyen. Adakalanya, Faizah akan mengurut badan suaminya. Faizah perasan riak muka suaminya hari ini sedikit berlainan daripada biasa.
"Abang letih sangat ke hari nie?? Iza tengok muka abang lain sikit.." mula Faizah "Kenapa sayang cakap macam tue?? Muka abang lain sangat ye?? Abang sebenarnya rasa bersalah.." ujar Haiqal "Bersalah?? Knape pulak?" "Tadi patient yang abang jaga dari 6 bulan dulu tanya abang sampai bile die boleh hidup.. abang serba salah nak jawab.. tapi die cakap ade benda penting die perlu selesaikan, abang pun jawab la.." "Berapa lama die boleh hidup lagi bang?? Sakit ape?" "Daripada diagnosis kami, cuma tinggal lebih kurang 2 bulan aje lagi.. die sakit leukimia peringkat terakhir.." jelas Haiqal "Kesian die yea bang.. ntah benda penting ape la yang die kena selesaikan tue.." "Entah la abang pun tak tau.. Tapi die muda lagi tau.. sebaya dengan sayang kalau tak silap abang.."
Faizah kemudiannya hanya mendengarkan suaminya menceritakan semua mengenai pesakit tersebut sejak awal dia merawatnya. Suaminya juga turut menerangkan bahawa pesakit tersebut datang meminta rawatan apabila keadaan telah parah kerana tidak pernah mengetahui yang dirinya menghidap penyakit tersebut. Faizah pula mendengar dengan penuh minat tentang pesakit tersebut.
Keesokkan harinya semasa menghantar Haiqal dimuka pintu, Faizah sempat memberitahu suaminya supaya menyampaikan salamnya kepada pesakit yang diceritakan oleh suaminya semalam. Haiqal tersenyum dan menganggukkan kepalanya sebagai tanda faham. Faizah menyalami suaminya dan menghadiahkan senyuman seperti biasa. Haiqal pula akan mengucup dahi isterinya sebelum beredar ke kereta. Faizah akan hanya menutup pintu apabila suaminya telah hilang daripada pandangannya. Ini merupakan satu rutin bagi mereka berdua sejak mula hidup bersama.
Haiqal seperti biasanya menjalankan rutinnya sebagai seorang doktor dengan memeriksa pesakitnya di bawah jagaannya terlebih dahulu sebelum melakukan tugasan yang lain.
"Selamat pagi.. macam mana hari nie? ok?" ucap Haiqal "Selamat pagi doktor.. boleh la.." jawab persakit tersebut "Ooo ye.. Isteri saya sampaikan salam pada kamu.. saya cerita pada die semalam.." "Waalaikumussalam.. ape nama isteri doktor?? Mesti seorang yang baik bukan?" "Namanya Faizah.. Die memang seorang isteri yang baik.. kamu nak tengok tak gambar die?" "Kalau doktor nak tunjuk ape salahnya.."
Haiqal pun menunjukkan gambar Faizah di dalam telefon bimbitnya kepada pesakit tersebut. Pesakit tersebut kemudiannya terkejut selepas melihat wajah Faizah. Badannya semakin lemah dan terasa seperti sudah tiba masanya untuk pergi menghadap Illahi. Haiqal cemas dan mengajar pesakit tersebut untuk mengucap. Pesakit tersebut ingin mengatakan sesuatu. Lalu Haiqal merapatkan telinganya ke mulut pesakit tersebut. Akhirnya pesakit tersebut menghembuskan nafas terakhir. Haiqal kemudian berasa kesal diatas kejadian tersebut tetapi mengerti semua ini adalah qada’ dan qadarNya.
Faizah menunggu kepulangan suaminya seperti biasa dan mahu mengetahui bagaimana keadaan pesakit yang telah diceritakan kepadanya semalam. Haiqal sampai dirumah dengan wajah yang muram. Faizah berasa hairan dan bertanyakan kepada suaminya.
"Abang knape nie?? Abang ok tak? Macam mana keadaan patient yang abang cerita semalam?? Die sihat hari nie??" tanya Faizah "Sayang, patient yang abang cerita dekat sayang semalam dah tak de.." jawab Haiqal "Innalillah.. dah sampai ajal die bang.. nak buat macam mana.." "Sayang, abang rasa... surat nie untuk sayang.." "Surat ape nie bang?? Dari mana plak datangnya" "Surat ni dari patient abang yang meninggal tadi. Sayang baca la dulu.." "Betul ke untuk iza.. abang nie.." "Sayang baca dulu yea.. baca yea.."
Muka Faizah berkerut dengan permintaan suaminya. Surat tersebut dicapai dan kemudiannya dibuka. Setiap patah perkataan yang terdapat di helaian tersebut dibaca oleh Faizah. Haiqal berada disamping Faizah sambil memeluk Faizah dengan erat. Haiqal memerhatikan isterinya yang sedang membaca surat tersebut.
Kehadapan Faizah yang disayangi dan dicintai selalu..
Fitri memohon maaf atas kehilangan Fitri selama ini. Fitri sebenarnya menjalani rawatan di hospital dan penyakit Fitri tiada harapan untuk sembuh. Maaf sekiranya kedatangan warkah ini mengganggu kehidupan Iza.. Fitri tak pernah terfikir untuk menyakiti hati Iza dengan menghilangkan diri... Tapi apakan daya, segalanya adalah suratan takdir dariNya.
Iza sayang,
Bila warkah ini sampai ke tangan Iza, bererti Fitri sudah tiada lagi dimuka bumi ini Fitri berharap Iza tak akan sedih dengan pemergian Fitri. Relakanlah pemergian ini. Izinkan Fitri bawa semua memori kita bersama sepanjang perkenalan kita hingga ke percintaan kita. Fitri nak Iza tahu yang Fitri amat mencintai Iza dan tak akan lupakan Iza. Iza sangat penting dalam hidup Fitri..
Fitri mohon maaf sekali lagi kerana tak beritahu Iza mengenai penyakit yang Fitri alami. Fitri baru sahaja tahu apabila Fitri meminta rawatan selepas Fitri kerap kali pengsan semasa bekerja. Rupa-rupanya Fitri menghidap leukimia peringkat terakhir. Fitri harap Iza akan hidup dengan bahagia hingga ke akhirnya.. bertemu dengan orang yang jauh lebih baik daripada Fitri dan akan menyayangi Iza hingga ke akhirnya.. Amin..
Akhir sekali, Fitri harap Iza boleh simpan gambar yang Fitri sertakan ini sampai bila-bila. Tetapi, andai kata jika suatu nanti Iza sudah bersuami dan tidak mengizinkannya tidak mengapa.. Izinkan Fitri akhiri warkah ini dengan sepotong lagu..
"I dont want to run away, baby you’re the one I need tonight.. No promises... baby now I need to hold you tight.. I just want to die in your arm... "
Salam Sayang beserta Rindu, Fitri
Faizah menangis semahu-mahunya di dalam dakapan Haiqal. Haiqal memujuk Faizah bagi menenteramkan isterinya. Kini segala persoalan mengenai kehilangan Fitri akhirnya terungkai. Faizah berdoa semoga roh Fitri ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman.
-Sekian-
P/S : PERCUBAAN UNTUK PERTAMA KALINYA. MAAF JIKA IANYA MEMBOSANKAN. SILA BERIKAN KOMEN DAN KRITIKAN. TERIMA KASIH. =)
x dela bez sgt..x menyenth perasaan lgsng..konsep kwen sbb plhan mak ayah dah byk sgt dah.N one more think,plik r macm mana patient leukaemia bleh trus mati mengejut cmtu pas dgr berita mengejutkan.Stahu saya org skt jtg jek jd cmtu.Hurmm..confuse..Nway nice try!
TQ pada yg sudi membaca.. kpd yg enjoy bc cerpen nie thankz.. thankz jgak sbb sudi bg komen dan kritikan yg mbina. InsyaAllah sy akan wt ssuatu yg lebih baik lg akn dtg.. -unguViolet-
baguih criter ni... skrg pun sy tgh berjinak2 wat novel. klu ada lagi lebih konflik tentu lagi best... keep up ur story...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wah...sya skelah citer awk.
best..
cume sempoikan lagi ayt.
congrate!