Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Betul ke yang Intan takkan boleh bertahan lama lagi?" Suara itu menampar gegendang telinga. Intan menghentikan niatnya. Dia merapatkan tubuh pada daun pintu yang terkuak sedikit, cuba mencuri dengar perbualan antara Doktor Naim dan ibubapanya. "Hm.." Kedengaran doktor pertengahan umur itu mengeluh. "Dia perlukan jantung baru untuk terus hidup. Tapi.. masa yang ada terlalu singkat. Senarai penderma organ juga agak terhad. Jantungnya makin lemah." "Saya sanggup bayar berapa banyak pun. Kalaulah saya boleh berikan jantung saya, saya sanggup doktor. Saya sanggup." Puan Maziah teresak-esak. Intanlah satu-satunya anak kesayangannya. Encik Riduan pula terkedu. Dia kehilangan kata-kata. Ini bukan soal wang. Ini soal hidup dan mati Intan. Intan menggigit bibir bawahnya. Dengan langkah longlai, dia kembali semula ke wad. Dipanjatnya katil dengan perlahan. Kemudian pandangannya jatuh ke luar jendela. Renungannya kosong. Otaknya tidak mampu lagi mencerna apa yang baru didengarnya. Dia akan matikah? Lama lagikah dia mampu terus hidup? Ketika itu pintu diketuk perlahan. Kelihatan seorang pemuda menjengulkan kepalanya di situ. Afi tersengih lebar. Dia pantas masuk dan meletakkan bungkusan berisi limau ke atas meja di hujung katil. "Aku dari sekolahlah. Ada kelas tambahan Add Math tadi." Afi menguak rambutnya. "Ni untuk kau. Kau dah okay? Bila boleh keluar? Kawan-kawan kita sibuk tanya pasal kau." Bibir Afi petah berbicara sambil tangannya sibuk mengupas limau. "Tak tahulah. Doktor tak cakap apa-apa lagi. Tapi aku rasa tak lama aku kat sini." "Takut aku bila kau tiba-tiba pengsan kat sekolah semalam. Kau sakit apa hah?" Afi bertanya. Limau yang dikupas tadi dihulurkan pada Intan. "Ala.. kurang darah aje. Tak ada apa yang serius pun," bohong Intan. Dia tidak sanggup memberitahu Afi perkara sebenar. Afi rakan baiknya sejak kecil lagi. Walaupun mereka membesar bersama-sama selama 17 tahun, Afi tidak pernah tahu yang Intan mula mengidap penyakit lemah jantung sejak hujung tahun lalu. "Itulah. Kau tu kurus semacam aje. Lain kali makan banyak sikit. Ini tak, sibuk nak jaga badan." Afi terus mengusik. Intan ketawa. Dia cuba membuang semuanya jauh-jauh. Setidak-tidaknya dia ada Afi. Dia takkan biarkan penyakitnya mengehadkan hidupnya. Keesokannya Afi datang lagi. Namun dia agak kehairanan bila Intan tiada. Puas dia cuba merisik maklumat dari doktor dan juga jururawat tetapi tiada siapa yang mahu memberitahunya apa-apa. Panggilan telefonnya juga tidak berbalas. Sudahnya dia pulang dengan hampa. Hatinya mula mencurigai sesuatu.
***************
"Intan, bila kau balik?" soal Afi. Intan termangu sendiri. "Hah? Hm.. semalam," balasnya acuh tak acuh. Afi tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Masakan tidak, seminggu Intan menghilang. Alih-alih dia muncul. Itupun dengan susuk tubuh yang makin susut. Mukanya juga pucat. "Kau tak bagitau aku pun kau dah balik," rajuk Afi. Intan tersenyum tawar. "Ala.. rilekslah Afi. Lain kali kita hang out sama-sama ya?" "Hoi! Intan ajak Afi keluar samalah!" Suara Ilham kedengaran lantang. Entah sejak bila dia memasang telinga. Seluruh kelas gamat. Masing-masing riuh mengusik Afi dan Intan. Afi menarik bahu Ilham dan berpura-pura mahu memukulnya. Intan tergelak riang. Dalam diam dia cuba mengingat semua ini. Dia mahu pastikan kenangan bersama rakan-rakan sekelasnya kekal hingga ke akhirnya.
**************
"Kau pergi tak rombongan ke Cameron tu nanti?" soal Afi ingin tahu. Dia memperlahankan langkah, cuba seiring dengan Intan yang sejak tadi melayan perasan sendiri. "Aku tak pergilah. Ayah aku tak bagi." Lirih suaranya. Afi menarik muka masam. "Ala.. tak bestlah kalau kau tak pergi. Semua orang pergi tau. Kau sorang je tak pergi. Macam nilah. Biar aku slow talk dengan ayah kau. Mesti dia bagi kau ikut." "Eh, tak payahlah." Intan terus menolak. "Kenapa pulak?" Afi mencebik. Intan menggeleng. Dia tidak mahu Afi tahu perkara sebenar. "Kau ni kenapa? Asyik diam aje sejak kebelakangan ni. Lagi satu, sejak kau masuk hospital hari tu, kau asyik duduk rumah aje. Kawan-kawan kita ajak keluar pun kau tak nak. Apasal? Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?" luah Afi sedikit marah. "Kau tak payah tahulah." Intan berkata agak gugup. "Senangnya kau cakap. Aku ni kawan kau. Mestilah aku nak tahu. Apa yang tak kena?" dengus Afi. "Yang kau nak tahu sangat ni kenapa?" getus Intan. Tiba-tiba sahaja dia terasa geram. Susah sangat ke Afi nak faham? Intan mempamerkan wajah tidak puas hati. Dia tidak tahu mahu berkata apa lantas dia terus pergi meninggalkan Afi tercengang sendirian di situ. Dari jauh dia dapat mendengar Afi berteriak. "Hei Intan! Malaslah aku nak ambil tahu hal kau lagi! Sia-sia aje!"
**************
Afi merebahkan tubuh pada katilnya yang empuk. Fikirannya menerawang jauh. Masih terbayang-bayang wajah Intan yang jelas terganggu akibat perselisihan mereka hari itu. Sudah agak lama mereka tidak bertegur sapa. Intan juga sudah seminggu tidak hadir ke sekolah. Tetapi, hari ini Intan hadir pula. Gadis itu datang dan pergi begitu sahaja. Pagi tadi dia perasan Intan cuba menjelingnya namun bila dia berkalih, Intan terus memandang ke arah lain. Afi mengeluh. "Intan.. kau marah kat aku lagi ke...." ujarnya sendiri. Jiwanya rasa kosong bila dia tidak mendengar suara Intan. Patut ke aku mintak maaf ni?
***************
Hari ini sepatutnya Intan turut sama dalam rombongan kelas mereka ke Cameron Highland. Namun, dia hanya mampu membayangkannya saja. Intan terpaksa menghabiskan masa yang ada dengan berulang-alik ke hospital. Ibubapanya sudah mula risau namun Intan buat tidak tahu. Telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. Intan lantas menjawab bila nama Ilham tertera di skrin. "Hei Intan. Kau buat apa ya dengan si Afi tu?" Suara Ilham kedengaran mesra. Intan kehairanan. "Buat apa? Kenapa dengan dia?" "Ala.. kau ni buat-buat tak tahu pulak. Afi tu tak jadi ikut kita oranglah. Mesti kau orang berdua ada plan ni..." sakat Ilham. "Hah? Dia tak pergi ke?" "Aik? Kau tak tahu?" soal Ilham pula. Intan mengiyakan sahaja kata-kata Ilham. "Aku tak tahu apa-apa pun." "La.. iya ke? Eh, okaylah Intan. Cikgu nak bagi penerangan tu. Kita orang kat Strawberry Farm sekarang ni. Jangan jealous ya. Okay bye!" Talian segera dimatikan. Intan bingung sendiri. Apa yang Afi fikirkan agaknya ya? Tiba-tiba dadanya terasa kosong hingga menyebabkan Intan terjelopok jatuh ke lantai. Dia tercungap-cungap lemah cuba menarik nafas yang masih bersisa. Pandangannya mula kelam tatkala dia terdengar derap langkah seseorang di luar pintu biliknya.
***************
Intan membuka matanya perlahan-lahan. Silau cahaya dari lampu putih menyilaukan pandangan. Dia nampak ibubapanya dan Afi ada di sebelahnya. Afi? Kenapa Afi ada kat sini? Dia dah tahu ke? Intan tidak cuba bangun sebaliknya hanya terus berbaring. "Mak.. abah.. Afi... Macam mana... kau boleh... ada.. kat sini?" "Si Afi ni datang rumah tadi nak jumpa Intan. Bila mak nak panggil kau, mak tengok kau dah terbaring kat lantai. Intan rehat dulu. Jangan fikirkan apa-apa sangat. Jangan bagi tekanan kat jantung Intan tu." "Mak..." Intan hanya mampu memanggil ibunya perlahan. Suaranya lemah. Dia tidak mampu berkata apa-apa lagi bila sekali lagi matanya mula terasa berat.
***************
Sudah hampir satu jam Afi termenung di lobi hospital. Dia memikirkan apa yang baru berlaku. Lemah jantung... penyakit yang baru diterokainya. Dia tidak menyangka sama sekali bahawa Intan sedang menderita penyakit itu. Sungguh, dia betul-betul tidak tahu. Tadi, dia ada terserempak dengan Doktor Naim. Doktor itu sekadar menggeleng bila Afi bertanyakan keadaan Intan. Dia menerangkan keadaan sebenar gadis itu kepada Afi dengan penuh serius. Kini, segala yang berlaku membuat Afi terfikir. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Intan perlukan jantung baru. Hidup baru. Dan... dia tidak mampu untuk memberi semua itu.
***************
"Baru balik, Afi?" tegur Izyan, kakak sulung Afi. Afi hanya mengangguk. Tidak larat dia hendak berkata-kata. "Akak dengar dari mak yang Intan masuk hospital. Ada lemah jantung. Betul ke?" Sekali lagi dia mengangguk. Afi terus terduduk di sofa. "Kau nampak penat tu. Naiklah atas dulu, mandi, lepas tu turun makan. Akak dengan mak ingat nak lawat Intan esok." "Kak... kalaulah Afi boleh berikan jantung Afi, Afi nak bagi kat Intan." Afi berkata tiba-tiba. Dia tersandar lemah. "Intan dah tak ada banyak masa lagi kak.." Izyan terdiam. "Tuhan yang tentukan semuanya Afi... Kita manusia ni hanya mampu merancang. Kita kena berusaha. Tak boleh cepat putus asa," nasihatnya ikhlas. "Kau pun jangan cepat mengalah. Kalau kau sayangkan Intan, jangan sia-siakan sisa hidup dia yang tinggal.."
***************
"Intan, aku nak bawak kau ke satu tempat ni. Jom ikut aku," kata Afi sambil tersenyum lalu menarik lembut tangan Intan. Dia menunggu Intan menyarung seliparnya dengan sabar. "Ke mana?" "Adalah." Afi enggan menjawab sebaliknya dia terus memimpin Intan masuk ke dalam lif. Butang lif ditekan. Intan sekadar mengikut. Riak wajah Afi yang girang membuatnya berteka-teki sendiri. Beberapa minit kemudian mereka tiba di kawasan bumbung. Intan menarik rapat sweater yang dipakai. Angin malam yang dingin berhembus lembut menyapa pipi. Afi membawanya ke tepi tembok yang tebal. Pemandangan malam dari situ memang cantik. "Kau takut tak aku bawak kau ke sini?" duga Afi. Dia berdiri agak jauh dari Intan. "Tak." Ringkas jawapan Intan. "Kenapa tak?" "Sebab aku percaya kat kau." Afi memandang langit malam. Dia memejam mata. "Kau percaya tak yang kau akan hidup lama?" Intan terdiam lama. Dia menggeleng. "Aku percaya." Afi mencelah. "Kenapa?" tanya Intan kebingungan. Afi kelihatan berlainan benar malam ini. Afi tidak menjawab. Sebaliknya dia tersenyum lebar. "Kau rasa tenang tak sekarang?" Sengaja Afi bertanya ingin tahu. Intan mengangguk malas. Apa yang Afi nak cakap ni sebenarnya? "Intan," panggilnya. "Aku percaya kau boleh hadapi semua ni dengan tabah. Kau kena percaya diri kau. Jangan cepat putus asa ya. Demi aku kau kena usaha tau." Selamba Afi berkata. "Demi kau? Jangan nak perasan ya." Spontan ayat itu terkeluar. Afi ketawa. Dia lalu merenung Intan sambil menayang muka seposen. "Weh, Intan. Aku nak mintak maaf pasal hari tu. Aku tak patut menyibuk nak ambik tahu. Tapi kau pun salah jugak!" "Eh, apa pulak aku yang salah?" Afi ketawa lagi. "Lain kali kau jangan rahsiakan apa-apa dari aku tau." Intan mengangguk. Dia turut sama tersenyum. Mereka sama-sama membuang pandang pada kelipan-kelipan cahaya kenderaan dan bintang-bintang yang kejauhan. Jauh di sudut hati, Intan bagai dapat merasa apa yang sedang berlaku. Dia berharap Afi juga begitu.
***************
Afi tersenyum penuh teruja. Dari tadi dia berkira-kira hendak melawat Intan petang ini. Sejak malam kelmarin, dia asyik terbayang-bayang senyuman Intan. Hari ini dia begitu teringin hendak melihat senyuman seperti itu lagi. Ketika Afi tiba di satu simpang berhampiran rumahnya, dia dapat melihat beberapa orang kanak-kanak kecil sedang bermain di padang permainan. Matanya tiba-tiba ternampak sesuatu. Salah seorang dari kanak-kanak tersebut cuba mendapatkan bola yang bergolek ke tengah jalan tanpa melihat apa yang datang mendekati. Saat itu juga sebuah kereta sedang menderu laju. "Adik! Ke tepi!" Afi menjerit kuat.
***************
Intan terasa berdebar-debar. Sebentar lagi dia akan diusung ke bilik pembedahan. Doktor Naim tiba-tiba memberitahu ibubapanya sesuatu. Dan.. tiba-tiba juga Intan terasa masa seperti pantas berlalu. Dia akan sembuh selepas ini. Benarkah begitu? Ketika pakar bius dan para doktor sedang membiusnya, Intan sempat memikirkan tentang hari-hari yang bakal dilalui kelak. Perkara pertama yang akan dilakukannya bila sedar nanti adalah memberitahu Afi bahawa dia tidak putus asa. Tidak sekali-kali.. dan.. segalanya lenyap bila matanya terpejam rapat.
****************
Intan meraup tangannya ke muka. Kali ini impiannya tidak kesampaian. Kata-kata yang ingin diucapkan bila bertemu Afi lenyap begitu sahaja. Intan langsung tidak terdaya untuk melafazkan apa yang terbuku di hati. Dia terasa air matanya menitis jatuh ke pipi. Intan sama sekali tidak menyangka begini kesudahannya. Pembedahan pemindahan jantung telahpun berjaya dijalankan. Intan kini dalam proses pemulihan. Mujur, dia mendapat jantung baru yang sesuai dengan tubuhnya dari seorang penderma organ. Namun.. kegembirannya tidak lama bila dia mendapat tahu tentang Afi. "Afi.." panggil Intan lirih. Dia terasa seluruh sendinya ketar menahan sendu. Sesekali nafasnya dihela panjang. "Kenapa awak menangis ni?" tegur lelaki itu. Intan menggeleng perlahan. Air matanya terasa murah. "Tak sampai hati saya tengok awak macam ni." "Intan..." Namanya dipanggil lembut. "Saya cuma patah kaki aje. Dah nak baik dah pun. Nasib baik saya sempat selamatkan budak tu. Yang awak risau sangat ni kenapa? Dah, jangan nangis. Awak kan baru lepas operation. Tak elok untuk jantung awak tu." Afi ketawa kecil. Intan mengangguk seraya menyeka pipi. Dia benar-benar bersyukur. Kini, hubungan mereka benar-benar bertambah erat.
ending membuatkan jntung sy lak yg lemah... igt ke afi yg derma sbb mati accdent... tahniah la penulis sbb bt jntung ku ni lemah... hehehe
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
alhmdulillah..
egtkn afi tuh kne lggr n m'nggl..
n beri jntung kt intan..
at0iyh..!!
sspen aje!
=)
-mieya_ed0ya-