Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Abang minta maaf banyak2 Iman, abang tidak tahu apa yang abang perlu buat sekarang," sudah berapa kali Khairul mengulang kata2 maaf nya. "Abang buntu, Iman tolonglah dengar penjelasan abang," ulangnya lagi. Aku hanya menyandar pada dinding yang memisahkan kami berdua. Hanya tingkap yang menjadi penghubung antara kami. Dapat kudengar esakan diselangi ucapan maaf darinya berulang kali. "Tiada lagi apa2 antara kau dan aku, pergilah balik sekarang. Cukuplah apa yang kau dah buat padaku dan mulai sekarang kita tidak ada apa2 hubungan lagi," ucapku tegas menahan air mata yang semakin laju mengalir dipipi.
Sampai hati kau Khairul, mana janji2 manisnya terhadap ku suatu masa dulu. Janji mendirikan mahligai bersama, sama2 melihat anak2 membesar didepan mata dan yang paling memeritkan semua ini terjadi tika tarikh perkahwinan kita tinggal beberapa minggu sahaja lagi.
Sudah beberapa kali ku bersabar dengannya, dan ketika semalam kesabaran ku sudah ditahap yang tidak dapat dikawal lagi. Masakan tidak, sudah berkali2 dia berjanji tidak mengulangi perbuatannya dahulu, namun jelas kejadian semalam menafikan segala-galanya. Sudahku katakan, jika ingin memilih diriku Kak Amira perlu ditinggalkan. Tetapi ternyata kemesraan antara mereka berdua ketika berjalan di kompleks membeli belah itu menyaksikan masih tiada kata putus darinya.
Kenapa dia perlu begitu tamak, susahkah memilih antara dua, antara aku dan Kak Amira. Akhirnya aku sendiri memberi kata putus, kita 'putus'. Itulah ayat terakhir yang keluar dari mulutku ketika perbalahan siang tadi. Dan tadi hilang egonya sebagai seorang lelaki bila hadirnya dikediamanku memohon kemaafan diselangi tangisan. Mudah sangat kau menangis Khairul. Jika dahulu aku akan menjadi cair, tetapi hari ini tidak lagi. Hati ini telah keras, keras untuk menerimanya kembali. Sabarlah wahai hati.
Seperti biasa setiap hari aku akan membantu doktor yang bertugas melawat pesakit2 di wad wanita ini. Namun, rutinku hari ini lain dari hari2 yang biasa kerana perlu menemani Dr. Amar ke wad pesakit ICU. Satu per satu katil kami lawati, dari pesakit yang kritikal disebabkan kemalangan tak kurang juga yang sakit disebabkan penyakit yang dihidapi mereka. Ada ketikanya hati ini seakan tersentuh bila melihat pesakit yang hanya bergantung dengan alat pernafasan tak kurang juga yang hilang anggota badannya. Tetapi tugas yang kugalas sebagai jururawat sejak 4 tahun lalu mengajarku erti kesabaran dan ketabahan sebagai seorang manusia yang dilahirkan untuk membantu insan2 yang memerlukan.
Tiba2 langkahku terhenti bila kakiku menapak di katil pesakit yang terakhir, memang sangat kukenali wajah itu. Walaupun sudah 5 tahun berlalu, tetapi wajah itu masih kuingat sehingga kini, Kak Amira wajah seorang insan yang menagih kasih sepertiku juga dikala itu. Tidak pernah terniat dihatiku, memanggil Kak Amira musuhku kerana perpisahan yang dahulu kurasakan berpunca dari Khairul. Tidak tegas seolah-olah mengambil kesempatan antara dua hati wanita ini. Usai sahaja Dr.Amar membaca rekod yang tertera di pejuru kepala katil aku memandang sekilas kearah Amira, sakit apakah dia sehingga berselirat sekali wayar di tubuhnya dan semuanya terjawab bila Dr. Amar menyatakannya, Leukimia tahap kritikal.
Dapat kubayangkan keperitan yang ditanggung Kak Amira. Dari raut wajahnya yang pucat itu dapat kulihat dia seakan terseksa dan rambutnya yang dibiarkan terdedah kini semakin gugur hampir kelihatan permukaan kepalanya.
Ketika mahu melangkah ke wad seteruskan, mataku tertangkap kepada seseorang. Seseorang yang pernah kurindui. Debaran di jantung menjadi tak keruan. Namun dapat ku kawal memandangkan tika ini waktu bertugasku. Sekilas ku lihat di dukungannya seorang kanak2 perempuan lebih kurang 3 tahun usianya. Riak diwajahnya juga mempamirkan rasa terkejut melihatku. Dia mula mengatur langkahnya kearahku, tetapi cepat2 ku membontoti Dr. Amar yang sudah menapak beberapa langkah. "Iman tunggu," suara Khairul dapat kudengar separuh menjerit. Namun kuteruskan langkahku tanpa memandang kebelakang lagi.
Selesai sahaja waktu bertugasku, segera aku menjenguk wad dimana Kak Amira ditempatkan. Katanya ingin berjumpa denganku, begitulah seperti yang diberitahu oleh Kak Mas, jururawat yang menjaga Kak Amira sepanjang komanya. Dan selama lebih seminggu Kak Amira koma, akhirnya semalam dia membuka mata dan akulah orang pertama yang diberitahu oleh Kak Mas mengenai keadaannya kerana Kak Mas mengetahui hubungan antara diriku, Kak Amira dan Khairul.
Semalam Kak Amira hanya mampu membuka mata, namun hari ini dia sudah boleh tersenyum. Senyumannya manis sekali seperti bayi yang baru lahir. Namun belum sempat aku mengeluarkan kata2, tiba dada Kak Amira bergolak kencang. Segera kutekan loceng kecemasan. Tiba2 tanganku digenggam kemas oleh Kak Amira sambil meletakkan sampul surat berwarna coklat kedalam genggamanku. Dan akhirnya, lena Kak Amira yang panjang itu dipangkuanku diiringi kalimah syahadah yang sempat ku titipkan ditelinganya, wanita yang pernah berkongsi kasih denganku dan aku sendiri yang rela mengundur diri. Tanpa kusedari ada sepasang mata yang turut menangisi pemergian Kak Amira, Khairul yang telah lama berdiri dibelakangku. Esakan kecilnya dapatku dengari. Kanak2 perempuan yang kulihat seminggu dahulu sudah lama menangis memanggil-manggil ibunya bangun. Kesian anak ini.
------------------------------------------------------- Khairul memandangku tanpa berkelip. Seolah2 tidak percaya dengan kata2 ku. Lamarannya kuterima bersahaja seolah tiada kata dua dariku. Ainun sudah lama lena dipangkuanku. Sejak kematian ibunya setahun yang lalu, aku semakin rapat dengan anak ini. Walaupun luka dahulu masih bersisa, namun tiada sekelumit dendam pun dihati ini. Lebih2 lagi melihat wajah anak kecil yang tidak berdosa ini. Masih terkenang isi kandungan surat yang diberi oleh Kak Amira ketika diakhir hayatnya itu.
------------------------------------ Buat Iman, Pertama sekali, akak memohon berjuta kemaafan dari Iman diatas apa yang berlaku diantara kita sebelum ini.
Iman, Khairul tidak bersalah dalam hal kita ini. Khairul tersepit antara mahu memilih akak atau Iman 5 tahun dahulu.
Iman, akak dah lama tahu akak tak akan hidup lama. Tetapi selepas berjumpa dengan Khairul akak rasakan seperti akak hidup kembali. Seolah mengecap kebahagiaan yang telah lama akak idamkan. Namun, rupanya akak silap. Rupanya hatinya telah dicuri Iman. Namun akak tamak, akak memaksanya memilih diri ini.
Khairul tersepit antara cintanya bersama Iman dengan belas kasihan kepada diri akak. Akak tahu akak yang salah, tamak menagih kasih seorang lelaki biarpun tahu ianya cuma belas kasihan sahaja. Akhirnya akak sendiri yang merana. Merana kerana tahu didalam hatinya cuma ada Iman.
Iman, jika diizinkan akak ingin menebus kesalahan lalu, tapi apakan daya penyakit yang dahulunya dapat dilawan seperti membalas dosa akak terhadap Iman dahulu.
Iman, terimalah Khairul kembali. Walaupun didepan akak dia tersenyum tetapi dihatinya menangis. Akak tahun. 4 tahun menyulam kasih umpama seperti bertepuk sebelah tangan sahaja Iman. Iman yang dia nantikan bukannya akak. Akak menderita kerana merampas seseorang yang bukan milik akak. Terimalah dia kembali Iman. Itu sahaja pesanan akak.
Yang benar, -Amira-
-----------------------------------------------
Ternyata aku silap membuat caturan terhadap Khairul .Sesungguhnya dia lelaki yang mulia yang pernah kutemui. Sanggup menghancurkan kebahagiaan diri sendiri demi belas kasihan walaupun aku turut merasai tempiasnya. Dan akhirnya hidup ini seumpama perjalanan yang kembali ke landasannya semula.
Terima kasih Khairul, terima Kak Amira kerana membuatkan diriku lebih matang menghadapi kehidupan ini. Buat Khairul telah lama kumaafkan dirimu.
Ini cerpen saya yang kedua selepas 'cinta bisu'. Cerpen kali ini agak sedih&simple berbanding cerpen sebelum ini. Diharap semua terhibur. baiduri7866@yahoo.com
cte nie mmg best.... tp kalo blh writer pjgkn sket mst lg best.... br je nk layannnn feel nie tetbe dh cut short cte die..... ehehehe truskn usaha mu tok m'hasilkn karya2 yg lbh bermutu.....
cerpen nie, walaupun pendek, tapi best... menyentuh perasaan ar jugak.. best, n simple..
tapi, bak kate viewers yg len, kalo la dipanjangkan lagi story ni, mesty lagi hot wa cakap sama lu.. papepon, nice work!!!!!!!!!!!! 8)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sdh 2l cter nie..smpai nangis kengkwn kite..tpi diakui mmg best..