Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Anishah terdiam sebaik sahaja mendengar butir bicara yang disampaikan oleh ibunya itu. Kahwin? Dengan usia yang masih muda ni? Kerja gila!! " Bu, Shah tak nak bu. Shah nak sambung belajar lagi," Anishah memegang erat tangan ibunya dengan harapan semua idea bodoh yang baru didengarinya tadi boleh dilenyapkan. " Tak boleh sayang. Abah dah setuju dengan Datin, ibu dah tak boleh buat apa-apa. Sayang jangan macam ni, malu abah kamu tu nanti," Pn. Fatimah mengusap lembut kepala anak dara tunggalnya itu. Itulah satu-satunya anak dara yang dia miliki dimuka bumi ini. Seorang anak yang amat memahami naluri hatinya. " Tapi bu, abah sepatutnya berbincang dengan Shah, bukannya buat keputusan sendiri. Ini masa depan Shah bu, Shah nak tentukannya," Bagi Anishah semua ini memang tak adil. Jika dia menurut semua kemahuan abahnya, ini bermakna segala cita-cita dan impiannya akan tingal sia-sia. " Bukan Abah kamu tak nak berbincang sayang, tapi kamu pun tahukan keluarga kita dah banyak makan budi Datin tu. Abah kamu tak sampai hati nak tolak. Lagipun Datin Salina tu berkenan sangat dengan anak bu yang lawa ni," Anakmu semoga kau mengerti sayang. Doa Pn. Fatimah dihati kecilnya. Memang sedari tadi dia sudah tahu jawapan yang akan diberikan oleh anak daranya itu. Namun apa lagi boleh dilakukan, budi mesti sentiasa diingat sampai mati. Tanpa Datin Salina, mungkin impian Anishah untuk melanjutkan pelajaran di Universiti akan terbantut. Bukan setakat Anishah, malah 3 orang anaknya yang lain juga turut dibantu dari segi kewangannya. "Uuhhh… Lawa apa? Muka anak bu nilah yang paling tak laku sekali kat Universiti tu. Bu Datin tu betul2 ke? Anak dia tu boleh terima ke cara Shah?" " Betul lar sayang, cincin risik pun dah bagi. Hanya tinggal tunang je lagi. Majlis tu pun mereka dah bincang, tinggal sebulan je lagi. Time tulah kamu berdua nak berkenalan ke a pa. Pasal cara tu kamu maksudkan apa?" " Lar bu ni macam tak kenal Shah. Cara pakaian Shah bukan macam perempuan sangat. Dengan kasut sport, jeans, baju t-shirt, boleh ke mamat tu terima? Diakan anak orang kaya," Anishah memandang tepat muka ibunya. Pelik, kenapa ibu boleh ketawa? " Kenapa ibu ketawa?" Anishah memukul lembut lengan ibunya. " Itulah yang ibu pelik sayang. Ibu dah terangkan kat Datin, ibu cakap yang anak ibu ni bukan macam perempuan pun. Ganas semacam, tapi itulah yang Datin harapkan. Dia kata dia memang nak yang jenis macam tu. Sesuai sangat dengan anak dia," " Gile!!"
'Aduh bapak hensem mamat ni? Apa ke gila ar agaknya mamat sorang ni sampai nak kahwin ikut pilihan family dia. Nak kata tak laku, tipu ar tu. Muka dah putih melepak, hidung dah lar mancung pastu tinggi. Memang jejaka idaman Malaya.’ " Jauh berangan Anis? Ada apa-apa ke kat muka saya ni sampai awak nak tenung macam tu?" " Aa… Em tak ada apa-apa ar. Saje je duk terfikir rambut terpacak awak tu kalau cicak jatuh mati ke tak?" Peh… Gile.. macam mana mamat ni boleh perasan pula aku duk usya dia? Tengku Daniel Rafiq, tulah nama jejaka yang bakal menjadi tunang aku nanti.. gile.. mengeluh Anishah sendiri. "Pandai awak main putar belit ek? Well rambut macam nilah baru ada orang minat tau," "Dah tahu ramai orang minat awat g ikut pilihan mak awak tu?" Anishah memandang tepat kearah bebola mata lelaki dihadapannya itu. Cuba mencari kebenaran disitu. " Sebab saya dah minat dan jatuh hati dekat orang depan saya ni. Lagi-lagi bila orang kat depan saya ni bukak spek dia. Cantik sangat mata dia. Saya suka tengok," Terkebil-kebil Anishah mendengar jawapan dari mulut Rafiq itu. Bila masa pula mamat ni nampak aku bukak spek mata? Sah gile.. " Sape minah bertuah tu ek?" Anishah sengaja mengerakkan kepalanya ke kiri dan kanan semata-mata untuk mencari orang yang di maksudkan rafiq tadi walaupun dia tahu orang yang sebenarnya adalah dirinya sendiri. " Siapa lagi, Awak lar," " Giler!!"
Rafiq tersenyum memerhatikan kelakukan bakal tunangnya itu. Malu lar tu bila aku cakap macam tu. Cantik, manis dan comel. Hanya orang yang betul-betul memerhati saja dapat kesan 3 kelebihan itu. Sebetulnya pertunangan ini bukanlah atas desakan family tetapi atas kehendaknya sendiri. Kali pertama terserempak dengan Anishah telah menyebabkan hati kecilnya berdegup dengan kencang. Malah semenjak itu juga lah wajah manis gadis itu selalu muncul dalam mimpi. Mungkin Anishah tak perasaan akan kehadirannya kerana setiap kali Anishah datang kerumah dengan abahnya, pasti dia akan duduk sendiri dibilik. Dari dalam bilik itulah baru dia boleh selalu mengusya Anishah kerana gadis itu suka melepak dikolam buatan yang bertentangan dengan tingkap biliknya.
" Tadi kata orang, last2 dia juga yang berangan," Anishah menjeling tajam kearah Rafiq. Sakit hatinya apabila sedari tadi mata Rafiq tak lepas dari memandang wajahnya. " Biar ar. Oh ye awak study kat UTM kan? Sekarang sem keberapa? Ambil kos apa?" " Menyibuk je nak tahu. Saya sekarang final year, ambil kos Medical Electronic. Kenapa tanya?" Mamat ni memang bodoh sebab ikut pilihan mak dia. Muka smart, mesti boleh dapat awek yang lagi cun tapi last2 dpat awek yang tembam macam aku ni. Awek yang tak cukup sikap perempuannya. " Saja tanya, manalah tahukan kalau saya pergi Johor boleh lar singgah tengok awak. Lagipun nanti saya memang kena sentiasa melawat awak kat sana sebab saya takut awak dikebas orang," " Apasal pulak? Kalau awak nak tahu, awak lah manusia yang paling aneh sekali sebab terima cadangan mak awak tu. Muka saya ni langsung tak laku kat mana-mana tau?" "Ye ke? Bagus lar macam tu. Senang sikit hati saya ni," Terbeliak bola mata Anishah mendengar kata-kata Rafiq tadi? Mamat ni…… "Saya pelik ar, betul ke pertunangan ni atas pilihan mak awak?" " Awak rasa?" Rafiq memandang tepat kearah bebola mata Anishah sehingga tidak keruan jadinya. " Gile!!"
" Asmah tolong aku sih, aku tak sedia lagi. Belajar pun tinggal beberapa bulan lagi, tup2 sekarang kena dikahwinkan," Anishah memandang kearah kawan baiknya itu dengan pandangan yang penuh dengan pengharapan. Mengharap agar sahabatnya itu mempunyai idea yang boleh diguna pakai. "Bagus lar tu. Bertuah kau dapat suami yang hensem kaya pula tu. Kerja pun kat tempat yang sama nanti. Ko jadi doktor mesin dia doktor manusia. Memang sesuai, pandai mak kau pilih," Asma tergelak apabila mendengar berita yang disampaikan oleh Anishah sebaik saja pulang dari kampung. "Kepala ko!! Aku mintak tolong aku lepaskan diri tapi bagi nasihat aku untuk terus terjerat lagi adalah," Anishah membaling bantal busuknya kearah Asma yang manis duduk bersilang dilantai. Terasa ingin saja dia paskan Rafiq kepada Asma, tapi masalah sekrang, Asma tu dah berpunya. "Aku tolong lar tu sayang, tolong membinakan masjid. Dapat pahala," Asma galak mengetawakan Anishah yang semakin merah muka akibat menahan marah. Pantas dia keluar melarikan diri sebelum menjadi mangsa cubitan kawannya itu.
Majlis pertunangan yang sederhana selamat dilangsungkan ppada seminggu yang lalu. Bagaikan mimpi yang sekarang ini dia sudah bergelar tunangan orang. Pada saat itu juga lar perangai Rafiq semakin susah untuk disangkal. Jika dulu, dalam seminggu adalah sekali mamat itu menelefonnya, namun sekarng ini, hampir setiap hari malah kadang-kadang dalam sehari sampai 3 kali mereka berhubung dalam telefon.Bila ditilik balik, gaya mereka bukan seperti dipaksa kahwin tetapi suka rela gamaknya. Opss bukan gayanya tetapi hanya gaya Rafiq seorang saja. " Shah dah2 ar duk berangannya. Dah pergi bangun, tunang kau dah tunggu kat bawah tu," "Apa ko cakap Asma, tunang? Sapa? Rafiq?" Anishah membaling bantal busuknya kearah Asmah yang masih lagi tegak berdiri dimuka pintu. "Kurang asam punya kawan, memang lar Rafiq, habis tu sapa lagi tunang ko. Hantu?" Anishah memandang geram kearah sahabatnya yang galak mengetawakannya. Dengan pantas dia mendial nombor Rafiq untuk kepastian.
"Kenapa datang tak bagi tahu? Nasib baik ari ni orang tak ada kelas," Anishah menjeling tajam kearah Rafiq yang sedari tadi hanya tersengih2 memandang mukanya. " Sebab tu lah orang datang sayang. Dah jom keluar, kita jalan2 JB ek?"Rafiq mencubit lembut hidung mancung milik tunangnya itu. "Malas," " Tak ada alasan ok. Apa yang saya tahu, kita keluar juga hari ni. Oh ye lagi satu, awak sediakan baju untuk malam ni sekali ek. Kita tido kat umah opah saya malam ni," " Awak. Apa ni memandai je tau," Anishah mencubit kuat tangan Rafiq. Geram hatinya dengan perangai Rafiq yang tak makan saman itu. " Biar ar, dah pergi naik cepat sebelum saya cium pipi tembam awak tu kat sini,"
Anishah termenung sendiri. Boring apabila ditinggalkan sendirian dirumah kayu itu. Opah dan Rafiq keluar untuk memberi barangan dapur dipekan berhampiran. Menyesal hatinya kerana tidak menyertai mereka sekali. Em baik aku pergi kemas beg jap. Pantas sahaja Anishah melangkah menuju ke bilik yang kini dihuni oleh Rafiq. Sedang sibuk dia dengan kerja mengemas, tetiba matanya terpandang sebuah buku yang elok terbentuk ditepi katil. Persis diari sahaja lagaknya. Mesti Rafiq punya. Tanpa memikir panjang, pantas sahaja tangannya menyelak halaman buku tebal itu. terhenti nafasnya apabila terpandang namanya turut tersenarai didalam buku tebal itu. Satu persatu ayat itu dibacanya. Terdiam tidak terkata, hampir seluruh gelagat, kelakuan dan sifatnya dapat discan oleh Rafiq. Tapi macam mana mamat ni boleh tahu? Lamunan Anishah terhenti apabila terasa ada tangan dibahu kirinya. Terkejut apabila menyedari yang kini hanya dia dan Rafiq yang berada didalam bilik itu. Bila pulak mamat ni balik dari pecan. Kenapa aku boleh tak dengar bunyi keretanya? " Sedapnya baca buku orang?" Anishah tertunduk memandang lantai. Tak sanggup dia untuk melawan berbola mata Rafiq. " Sorry," Pantas sahaja Anishah bangun dan keluar dari bilik itu. namun ternyata hajatnya terbantut apabila ada tangan yang menghalang. " Mesti awak dah baca semuakan? Dah tahu segala isi hati saya. Anis, saya memang sayangkan awak, cintakan awak malah awaklah cinta pertama dan terakhir saya. Saya tahu tindakan saya dengan menjadikan mama sebagai orang tengah macam seorang pengecut. Tapi saya tak tahu macam mana nak berhadapan dengan awak dan menerangkan segala isi hati saya," Rafiq memandang tepat ke bebola mata Anishah. Dia amat berharap sangat tunangnya itu boleh memahami. " Memang pengecut pun. Jahat," Anishah menjelirkan lidah kearah Rafiq dan berlari meninggalkan tunangnya seorang diri didalam bilik itu. Entah kenapa hati kecilnya terasa teramat gembira mendengar butir bicara tunangnya itu. kerana itu juga ar dia mengambil langkah untuk meninggalkan tunangnya sendirian. Malu yang teramat. Rafiq tersenyum gembira melihat kelakuan tunangnya itu. Senyuman yang paling indah sekali didalam memory selama 29 tahun ini. Kerana dia tahu Anishah juga merasa apa yang sedang dia rasa sekarang ini. Ternyata ALLAH telah menemukan jodohnya. Alhamdulilah….
ekekeke...boleyla... tapi...tak de ke cerpen yang islamic?? semuanya mcm menghalalkan yang haram...cubit hidung...cubit lengan...keluaq sama2...ish...haram tu...
nape pendek sgt baru nk layan...dh abis..nk jugak tau si shah tu maintain camtu ke atau nanti dh kawin dia jd lemah lembut plk...apa2 pn best...to be continue la...
bapak bes...nasib baik aku sempat baca..bapak aku x kasi plak tgk citer nih...sebab apa?sbb citer cinta,klu tgk blh rosak mata sbb baca tulisan yg terlalu kecilll....hu...hu...huuuu...ikut jerlaaa...anak abah...
Kalau sambung atau dijadikan sebagai sebuah novel(tak kira tebal ke nipis) saya menjadi orang pertama yang akan membeli nya :D
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
huhu..best..tp kalu pjgkan lg or jdkan novel sure lg best..
hehe~thanx 4 d story