Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Nine, Nine sakit ke? Nine sedar tak apa yang Nine cakap ni?"
"Nis, Nine sayangkan Nis. Nine perlukan Nis di sisi Nine."
"Nine…"
"Nis, Nine tahu Nine bukan ayah kandung Tasha tapi Nine yakin Nine mampu bahagiakan Nis dan Tasha. Nine tak sanggup kehilangan Tasha dan Nis…"
"Nine, Nis tahu Nine sayangkan Tasha. Tapi itu tak bermakna Nine perlu memaksa diri Nine untuk bersama Nis. Nis janji walaupun Nis dah kahwin dengan Rahman, hubungan Nine dan Tasha takkan putus."
"Tidak, Nis. Nine tak pernah memaksa diri Nine untuk menyayangi Nis. Rasa itu datang dari hati Nine yang tulus ikhlas."
"Nine, siapalah Nis ni. Nis ni janda. Dah ada anak pula tu. Sedangkan Nine masih bujang. Banyak lagi perempuan baik lain yang lebih layak jadi teman hidup Nine."
"Tapi Nis, Nine cuma mahukan Nis. Nine tak kisah Nis janda ke, dah ada anak ke… Nine tetap sayangkan Nis. Nis, Nis fikirlah balik keputusan Nis untuk kahwin dengan Rahman."
Pertemuan dengan Zulkarnain siang tadi masih terbayang-bayang di fikirannya. Apakah benar Nine ikhlas menyayangi dirinya ataupun hanya sekadar simpati semata? Macam mana pulak dengan Rahman? Betul ke dia dah berubah?
"Ma, kenapa mama termenung?" suara si anak menyedarkannya dari lamunan.
"Tak ada apa, sayang. Tasha dah gosok gigi?"
"Dah," jawab Natasha.
"Jom tidur."
Natasha berbaring di katil. Nisdawati menyelimuti tubuh si anak dan membelai rambutnya.
"Tasha, mama tanya sikit boleh?"
"Apa dia, ma?"
"Antara Abang Nine dengan papa, Tasha lebih suka siapa?"
"Dua-dua pun Tasha suka. "
"Kalau mama nak Tasha pilih seorang aja, siapa yang Tasha pilih?"
Natasha diam.
"Tak apalah. Tasha tidur ya," Nisdawati mengucup dahi Natasha. Natasha masih kecil. Dia tidak mengerti apa-apa.
Selepas mematikan lampu dan menutup pintu bilik Natasha, Nisdawati menyambung lamunannya di ruang tamu.
Siapakah yang harus dipilihnya? Dia perlu membuat keputusan yang tepat agar keputusannya itu tidak akan menghancurkan kehidupannya dengan Natasha sekali lagi.
***
"Apa yang kau buat kat luar ni?" Fahmi mendapatkan Zulkarnain yang termenung di halaman rumah.
"Tak ada apalah. Saja ambil angin," bohong Zulkarnain padahal jiwanya sedang berkecamuk memikirkan perkahwinan Nisdawati dan Rahman. Dia tahu Nisdawati menerima Rahman semula kerana Natasha.
"Nine, aku tengok dua tiga menjak ni kau asyik termenung aja. Kau ada masalah ke?"
"Tak adalah. Aku ok," Zulkarnain masih berahsia.
"Tak payahlah kau nak tipu aku lagi. Aku tahu apa yang kau fikirkan. Kau sukakan Nisda kan?"
"Apa yang kau cakap ni?"
"Ala, Nine… aku kenal kau bukan semalam. Aku tahu kau sukakan dia. Kenapa kau tak berterus-terang aja dengan dia?"
"Kalau aku terus-terang dengan dia pun, tak ada apa yang akan berubah. Dia dah baik dengan bekas suami dia."
"Kau pasti ke dia akan bahagia dengan bekas suami dia tu?"
"Kenapa kau cakap macam tu?"
"Aku rasa orang sebaik Nisda tu tak patut dapat suami macam si Rahman tu. Dia pernah tinggalkan Nisda sekali. Tak mustahil dia boleh tinggalkan Nisda sekali lagi."
"Kau ni terlalu buruk sangka dengan oranglah. Bukan ke si Rahman tu dah berubah? Lagipun setiap orang berhak diberi peluang kedua."
"Boleh percaya ke yang dia dah berubah? Aku tak percaya dia boleh berubah sekelip mata. Nine, aku percaya kau mampu bahagiakan Nisda. Takkan kau sanggup tengok Nisda tu merana sekali lagi di tangan Rahman? Tasha… Tasha dah anggap kau macam ayah dia sendiri. Kau pun dah anggap dia macam anak kau sendiri kan? Nine, kebahagiaan kau dah ada di depan mata, takkan kau nak lepaskan macam tu aja?"
"Mi, takkanlah kau nak aku meruntuhkan rumahtangga orang lain? Aku tak sanggup, Mi."
"Nine, si Nisda dengan Rahman tu belum kahwin lagi. Kau masih ada peluang untuk ubah kenyataan ni. Yang penting, kau kena cakap terus-terang dengan Nisda."
Zulkarnain mengeluh apabila mengenangkan cadangan Fahmi supaya dia meluahkan perasaannya kepada Nisdawati. Kerana kata-kata Fahmi itulah, dia memberanikan diri memberitahu Nisdawati tentang perasaannya. Namun nampaknya usahanya itu hanya sia-sia. Nisdawati tetap akan berkahwin dengan Rahman.
Kenapalah aku selalu sahaja kecewa dalam bercinta? Dulu Intan. Sekarang Nisda pulak. Mungkin dah takdir aku hidup membujang sampai ke tua.
***
"Sedaplah, mak. Dah lama Nine tak rasa masakan rumah," Nine menambah nasi ke pinggannya. Berselera betul dia.
"Kalau macam tu, makanlah banyak sikit," si ibu senang hati melihat anaknya menggemari masakannya. "Mak tengok anak mak ni makin kuruslah. Nine tak makan ke di KL tu?"
"Nine sibuk sangatlah, mak. Kadang-kadang tak sempat nak makan," balas Zulkarnain sambil mulutnya tidak berhenti mengunyah.
"Itulah sebabnya mak suruh Nine kahwin cepat-cepat. Kalau Nine kahwin, adalah jugak orang yang jaga makan minum Nine. Tak adalah anak mak kurus macam ni haa..."
"Bukan Nine tak nak kahwin tapi dah tak ada siapa nak kat anak mak yang kacak lagi bergaya ni nak buat macam mana?" seloroh Zulkarnain.
"Habis hari tu mak nak jodohkan Nine dengan anak Mak Utih tu, Nine tak nak. Kalau tak, mesti mak dah dapat cucu sekarang."
"Bila Nine dah jumpa calon yang sesuai nanti, mak cakap aja berapa orang cucu yang mak nak. Nine usahakan."
"Entah bilalah masa tu nak tiba? Mak takut mak tak sempat tengok Nine kahwin aja. Mak ni dah tua. Tunggu masa aja."
"Mak janganlah cakap macam tu. Kalau ada jodoh Nine, insyaAllah Nine akan kahwin jugak."
"Nine, mak tahu Nine kecewa dengan Intan tapi takkanlah sebab perkara tu, Nine tak nak berkahwin langsung?"
Zulkarnain menghentikan suapannya apabila nama itu disebut. Memang dia kecewa. Siapa yang tak kecewa apabila kasih yang disemai terputus di tengah jalan apatah lagi dia dan Intan sudah mengikat tali pertunangan dan hanya menunggu masa untuk disatukan.
Bukan dia serik untuk bercinta tapi selepas putus tunang dengan Intan, hatinya seakan terkunci untuk menerima mana-mana wanita dalam hidupnya. Walaupun hubungannya dengan Intan sudah berakhir, namun rasa kasihnya pada wanita itu masih bersisa.
Lama baru dia dapat menerima hakikat yang jodohnya bukan dengan Intan. Mungkin Tuhan akan menemukannya dengan wanita yang lebih baik. Sebagai orang Islam, dia sentiasa meyakini qada dan qadar.
Kini, dia tidak dapat menafikan apabila hatinya sekali lagi diketuk oleh insan yang bergelar seorang wanita. Pertama kali dia berkenalan dengan Nisdawati apabila wanita itu berpindah ke sebelah rumah bujangnya yang disewa bersama Fahmi. Pada waktu itu, perasaannya cuma biasa-biasa sahaja. Tambahan pula, dia sudah bertunang dengan Intan.
Disebabkan mereka tinggal berjiran, tolong-menolong sudah menjadi perkara biasa. Natasha pula rapat dengannya. Namun, hubungan mereka itu telah disalah tafsir oleh Intan yang kemudian bertindak memutuskan pertunangan mereka.
Walaupun Nisdawati janda, namun wanita itu tidak pernah mengambil kesempatan terhadapnya seperti yang difikirkan oleh kebanyakan orang. Wanita itu terlalu baik dan tabah membesarkan anaknya seorang diri selepas ditinggalkan oleh suaminya.
Entah sejak bila hubungan mereka bertambah rapat dan tanpa sedar nama itu semakin mendaki puncak hatinya. Apabila mendapat berita yang Nisdawati akan berkahwin dengan bekas suaminya semula, barulah dia menyedari yang dia tidak sanggup kehilangan wanita itu. Namun, wanita itu juga ditakdirkan bukan untuknya.
"Nine... Nine!"
Panggilan ibunya itu mengembalikannya ke alam nyata.
"Ya, mak?"
"Kita cakap dengan dia, dia berangan pulak."
"Sorry, mak. Terberangan sekejap. Mak cakap apa tadi?"
"Mak tanya tadi, kat pejabat Nine tu tak ada ke calon-calon yang sesuai?"
"Calon apa, mak?"
"Calon apalagi, calon isteri kamulah."
"Ish...mak ni. Mana ada. Kat pejabat Nine tu semua dah berpunya. Yang single tu ada tapi not available."
Nine dah jumpa calonnya mak tapi ... Bukannya Nine tak nak kahwin mak. Nine nak sangat. Siapa yang tak nak kahwin dan ada keluarga sendiri kan?
***
"Abang, jangan tinggalkan Nis," rayu si isteri. "Kalau abang pergi, macam mana dengan Nis? Macam mana dengan Tasha?"
"Ah, lantak kau oranglah! Itu bukan masalah aku," si suami mengemaskan pakaiannya tanpa menghiraukan rayuan si isteri.
"Sampai hati abang buat Nis macam ni. Abang lupa ke janji abang pada Nis dulu? Bukan ke abang janji abang takkan tinggalkan Nis? Abang janji akan jaga Nis kan?"
"Ala...masa tu kita muda lagi. Terlalu ikutkan perasaan. Dah, jangan halang aku lagi!" si suami menolak si isteri ke tepi.
"Abang! Nis merayu, bang. Jangan tinggalkan Nis dan Tasha. Kami perlukan abang. Kami dah tak ada siapa-siapa lagi di dunia ni selain abang," si isteri masih tidak berputus asa memujuk suaminya.
"Mulai hari ni, aku ceraikan kau dengan talak satu," ucap si suami lantas berlalu meninggalkan si isteri tanpa belas kasihan.
"Abang!"
Nisdawati mengesat air matanya mengingati peristiwa yang berlaku dua tahun lalu. Rahman meninggalkannya dan Natasha dengan alasan mahu berkahwin dengan perempuan kaya. Betapa pedih dan peritnya dirasakan pada waktu itu.
Sewaktu dia menyuarakan hasratnya untuk berkahwin dengan Rahman kepada kedua-dua orang tuanya, kedua-dua mereka menentang kerana beranggapan yang dia dan Rahman masih terlalu mentah.
Disebabkan terlalu mengikut perasaan, Nisdawati mengikut Rahman ke sempadan untuk berkahwin. Tindakan Nisdawati itu membuatkan kedua-dua ibu bapanya terkilan dan mengharamkan Nisdawati daripada menjejakkan kaki ke rumah mereka lagi.
Nisdawati tidak kisah dan sanggup melakukan apa-apa sahaja asalkan dia dapat bersama Rahman namun kebahagiaan mereka tidak lama apabila Rahman mula rapat dengan anak bosnya di tempat kerja. Mungkin Tuhan sedang menghukumnya kerana menderhaka kepada ibu bapanya.
***
Zulkarnain sedang termenung di luar rumah apabila Fahmi muncul lengkap berbaju melayu. Fahmi menggeleng melihat sikap Zulkarnain. Sejak dia dapat tahu Nisdawati akan berkahwin, macam itulah sikapnya. Termenung sana, termenung sini.
"Hoi, Nine. Kau buat apa lagi ni? Cepatlah siap," gesa Fahmi. Dah pukul berapa ni? Nanti tak sempat pulak.
"Aku tak nak pergilah," balas Zulkarnain. Tak sanggup dia lihat Nisdawati jadi milik lelaki lain.
"Kenapa pulak? Tak baik tahu orang jemput kita tak datang. Nanti apa kata Nisda? Tasha?"
"Kau ajalah yang wakil."
"Sudahlah tu. Dah bukan jodoh kau."
"Entahlah. Mungkin dah takdir aku membujang sampai ke tua."
"Ala…jomlah. Manalah tahu kau sangkut kat mana-mana pompuan kat majilis tu nanti," seloroh Fahmi. Sengaja mahu membakar semangat temannya itu.
Zulkarnain menggeleng.
"Betul kau tak nak pergi?"
"Betul."
"Muktamad?"
"Muktamad."
"Nine…"
Zulkarnain terkejut mendengar suara itu lantas segera berpaling.
"Nis? Nis buat apa kat sini? Bukan ke Nis dan Rahman nikah hari ni?"
"Macam mana majlis nak berlangsung kalau pengantin lelakinya tak ada?"
Dahi Zulkarnain berkerut? Pengantin lelaki tak ada? Rahman buat hal ke?
"Abang Nine!" Natasha berlari mendapatkan Zulkarnain. Zulkarnain mendukung anak kecil itu.
"Abang Nine, Abang Nine nak tak jadi ayah Tasha?"
Zulkarnain memandang Nisdawati seakan meminta penjelasan. Nisdawati cuma tersenyum.
cerita ni asalnya memang best..tapi kena nyatakan juga kenapa Nis boleh ubah keputusannya nak kawin ngn nine..dan lagi satu kenapa mcm tergantung je story ni....apapun jalan cerita ni menarik...tahniah
betul kata pengulas di atas.. tetiba nis ubah fikiran - nyatakan lah sebabnya apa? pastu ending memang tergantung.. tajuk kata "mak aku nak kawin" tapi tak nyatakan pun dia cakap dengan mak dia yang dia nak kawin... cuma cakap hasrat jer tapi belum sampai jodoh...
Hi..Blog ini bagus sekali..ternyata aku menemukan Blog yang senada dengan Blogku yang berisi juga cerpen dan novel online..cerita di atas juga bagus sekali
gud lux penulis.. ceita anda sangat menarik.. ia m'buatkan orang yang m'baca terfikir sendiri. pd pandangan saya, Nis b'ubah fikiran sbb anknyer,Tasha cause die pernah tanya Tasha die suka abg nine or papa die.. mayb tasha pilih abg nine la kot at last.. ending bese dorang kawen n bahagia la kan......
errmm ! citer ney tak tergantung and bile saye bace , saye faham . ending crite ney , diorunk bersame ! happy ending la kan ? and , knpe die plih Zulkarnain tuh , sbb die terigt semula appe yg terjdi pde die mase die kawen ngan rahman . dari situ kite da dpt tahu knpe die tak nak kawen ngan rahman semula ! die tkut pisang berbuah dua kali :) kan ?? :) btw , nice story ! keep it up ! :) teruskan berkarya :)
tlglah kasi tau awat lah nis tu tkar fikiran nak nikah nganm si nine 2???? wat lah sambungan walaupun aq x suka cerpen ade smbungan cm novel..... gud luck... luve u all...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cerita ni asalnya memang best..tapi kena nyatakan juga kenapa Nis boleh ubah keputusannya nak kawin ngn nine..dan lagi satu kenapa mcm tergantung je story ni....apapun jalan cerita ni menarik...tahniah