Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Suasana di kampung itu sungguh damai dan tenang sekali. Bunyi unggas sesekali berkicau menambahkan lagi rasa tenteram dalam hati. Hairee menarik nafas sedalam-dalamnya. Kampung ini masih tidak lagi berubah. Dua puluh tahun bukanlah satu jangkamasa yang singkat. Budak kecil pun boleh bertukar menjadi dewasa dengan tempoh masa sebegitu. Pokok durian yang memagari sekeliling kebun arwah bapanya pun sudah berbuah dengan lebat. Sesekali terdengar bunyi buahnya jatuh dari dahan menghempas lantai bumi. Belum ada satupun buah durian itu yang rosak dimamah tupai pada pandangannya. Ahh..!! Betapa syahdunya Hairee bila melihat pemandangan seumpama itu.
Dua puluh tahun meneguk suasana kota yang liar takkan dapat membuatkan dia lupa pada kampung halamannya itu. Kerjaya Hairee sebagai kontraktor kecil di kota membuatkan dia terpaksa menghirup kekotoran udara saban hari. Bukan dia sengaja tapi terpaksa. Di kampung ini apalah sangat kerja yang boleh dilakukannya. Setakat mengambil upah membersihkan kebun orang ataupun menjadi nelayan sepenuh masa saja. Itu bukanlah masa hadapan yang Hairee mahukan. Hairee mahukan sesuatu yang lebih bermakna. Yang boleh menukar nasib keluarga. Sebab itulah dia berhijrah ke kota metropolitan itu demi mencari pekerjaan yang lebih menjamin masa depan. Membawa bersama harapan yang menggunung tinggi untuk menukar nasib yang terkadang mengais untuk menahan lapar kepada yang lebih selesa.
Tetapi bukanlah semudah makan kacang untuk Hairee memulakan langkah di kota yang serba kurang ajar itu. Jangan kata makan kacang, makan nasi lauk garam pun Hairee belum mampu waktu itu. Semuanya terpaksa dimulakan dari bawah. Dari menjadi buruh binaan kepada tenaga kerja separuh mahir. Selepas beberapa tahun berkerja berhempas-pulas, Hairee bersyukur kerana dinaikkan pangkat menjadi tenaga professional pula. Kemudian selepas beberapa tahun lagi, setelah Hairee berjaya mengumpulkan modal yang lebih dari mencukupi, dia mula membina perniagaannya sendiri. Perniagaannya bukanlah satu perniagaan bertaraf antarabangsa tapi cukuplah untuk menjadi pendorong dan motivasi kepada anak-anak melayu yang lain supaya berusaha dan berjaya sepertinya. Hairee juga pernah dianugerahkan menjadi tokoh usahawan melayu muda cemerlang oleh badan-badan bukan kerajaan di kota itu. Sedikit sebanyak Hairee dapat merasakan usahanya selama ini berbaloi dan tidak dipandang remeh saja. Dia juga merasa bangga. Bangga kerana sejarah keluarganya yang daif tidak dapat menghalang dirinya untuk berjaya. Hairee puas.
"Woii..!! Kau ke tu Ayie?..", jerit satu suara yang serasa Hairee biasa didengar. Dia menoleh ke arah suara itu untuk memastikannya. "Laa.. Acap?.. Acap anak Komeng Lanun?..", laung Hairee. Acap datang mendekati Hairee yang tersengih-sengih. "Tak guna kau Ayie.. tu nama masa budak-budak dululah..!!", ujar Acap separuh ketawa. Hairee ikut ketawa. "Lama betul aku tak nampak kau kat kampung ni Ayie..!! Kalau tak silap aku dekat belas-belas tahun jugaklah..", ujar Acap sambil tangannya laju menggenggam tangan Hairee dan berbalas salam. "Dua puluh tahun..", Hairee membetulkan. "Kau buat apa sekarang ni Acap?.. kerja kat kilang biskut tu lagi ke?..", sambung Hairee lagi. "Ishh..!! Kau ni.. takkanlah sampai sekarang ni aku nak kerja dengan tauke Guan tu..!! Aku sekarang tengah mengerjakan kebun pisang dengan kelapa bapak aku.. Eh?.. Jomlah kita ke warung Jamilah.. kau belanja..", Acap menjemput sambil menyeringai menampakkan barisan giginya yang kekuningan. "Kau ni dari dulu sampai sekarang macam tu jelah..!! Hahahahaa..!!", Hairee ketawa namun menuruti langkah Acap yang terkial-kial menyorong basikal Raleigh kepunyaan bapanya.
Warung Jamilah masih serupa dulu. Masih berdinding papan dan bersaiz sederhana. Tetapi ada satu lagi yang tidak berubah sejak dia melangkah meninggalkan kampung ini. Warung itu masih lagi dipenuhi pelanggan-pelanggan tak kira usia. Acap dan Hairee bersusah-payah mencari kalau-kalau ada tempat duduk kosong. "Ayie..!! Sini woii..!!", jerit Acap sambil mengunjukkan isyarat melambai pada Hairee. Setelah melabuhkan punggung, Acap terus saja memanggil Kadir yang kebetulan melalui situ. "Minum apa Cap?.. Eh?.. kalau tak silap aku.. ini Ayie kan?..", Kadir bertanya setelah melihat muka Hairee yang tersenyum seperti kambing. "Yelah.. kau ingat siapa?..", Acap membalas. "Ya Allah.. Ayie..!! Lama betul aku tak jumpa kau.. apa khabar kau sekarang?..". "Baik.. kau masih kerja kat sini Dir?.. kakak kau mana?..", giliran Hairee pula bertanya. "Kakak aku ada kat belakang.. tengah sarat mengandung anak dia yang ke sebelas..", Kadir tergelak kecil. Terperanjat besar Hairee mendengarnya. "Dengan bangla yang dulu tu ke?..", Hairee bertanya lagi. Kadir hanya membalas dengan anggukkan. "Eh..!! Kau orang duduklah dulu.. nanti aku bawakkan air.. ni nak air apa ni?..", tanya Kadir. "Kau buatkan kopi ais satu, teh o' ais satu..", pinta Acap. Kadir pun terus masuk ke dapur.
"Kau ingat lagi ye minuman kegemaran aku?..", ujar Hairee. Memang dia gemar minum teh o' ais sejak dari kecil lagi. Malahan itu sajalah minuman yang Hairee mahu minum. Acap tersengih lagi. "Kau kerja apa sekarang ni Ayie?..", Acap bertanya. "Aku kerja biasa je.. kontraktor kecil-kecilan kat bandar tu.. bolehlah cukup makan pakai..!!", Hairee menerangkan. "Kau pulak.. dah ambil alih bisnes keluarga ni makin senanglah bapak kau ye?..", ujar Hairee sambil mengambil sepotong kuih seri muka yang siap sedia terhidang di atas meja. Tiba-tiba Hairee nampak wajah Acap berubah. Nampak ada suasana suram pada riak airmukanya. Lama Acap mendiamkan diri. "Nah..!! Ni airnya.. tapi minta maaflah ye?.. Aku ada kerja sikit kat belakang..", Kadir menepuk bahu Hairee sambil menjeling pada Acap yang sugul. Setelah minum seteguk dua, barulah Acap mahu membuka mulut. "Sebenarnya bapak aku dah lama koma..", kata Acap dengan nada sedih. "Koma?!!..". "Ha'ah..!! Dah lima tahun sebenarnya.. kau seorang saja yang tak tahu..", ujarnya lagi.
Hairee hanya mampu memandang wajah Acap yang kelihatan muram. Dia tidak pernah melihat Acap berkelakuan begitu. Memang semenjak dari kecil lagi Acap terkenal dengan perangainya yang nakal dan tak pernah bermuram rupa. Berlainan sungguh pada hari ini. "Apa yang dah jadi Acap?.. boleh kau ceritakan pada aku?..", Hairee membuka mulut setelah melihat Acap langsung tak bersuara sambil tangannya ligat menguis-nguis meja. "Entahlah Ayie.. aku pun tak tau.. Masa kejadian tu aku tengah memancing kat kolam udang Haikal.. agaknya ini balasan aku kerana selalu mencuri harta benda orang lain.. Haikal pun kata begitu..!!", Acap menerangkan. "Tiba-tiba aku nampak orang kampung angkat bapak aku yang berlumuran darah ke serambi rumah.. dia orang cakap bapak aku kena serang dengan gajah-gajah yang selalu merosakkan kebun pisangnya..", dia menambah lagi. Hairee tekun mendengar. "Habis tu?", Hairee kelihatan tak sabar untuk mengetahui cerita selanjutnya. "Dia orang kata bapak aku mungkin dah tak ada harapan lagi.. aku tengok pun macam teruk sangat..!! Sampai koma gajah-gajah tu kerjakan bapak aku..", ujar Acap sambil matanya mula bergenang dengan airmata.
"Sebab itulah aku mula mengambil-alih tugas bapak aku yang selama ni aku tak pernah ambil pusing.. aku nak tebus balik kesilapan dulu.. aku banyak buat silap Ayie..!!", Acap mula teresak-esak. Orang-orang di sekeliling mula memandang ke arah mereka. "Tapi yang aku pelik, kenapa dia orang simpan bapak aku kat tempat lain?.. Kenapa tak letak saja kat rumah aku?.. Mak aku boleh jaga..!!", Acap menambah. "Simpan kat mana pula?.. kat rumah saudara kau ke?..", Hairee terpinga-pinga. "Bukan..!! Kat hujung kampung sana.. entah kenapa aku pun tak pasti.. bila aku tanya mak aku, dia asyik menangis saja..!! Kalau kau tak percaya, mari aku tunjukkan pada kau..", Acap bingkas bangun lalu memanggil Kadir. "Nak kira ke?.. tak payahlah.. aku belanja..!!", Kadir berkata sambil mengambil gelas kosong yang ditinggalkan oleh mereka. "Ni kau orang nak kemana ni?..", tanya Kadir setelah melihat Acap yang tergopoh-gapah bengun dari kerusi. "Hujung kampung..!!", pendek saja Acap menjawab. "Hah..!! Buat apa kau nak ke sana lagi Cap?.. bukan ke dah banyak kali kau ke sana?.. Lagipun bukannya dia orang tak jaga bapak kau tu..!!", Kadir memujuk tetapi langsung tak diendahkan olehnya. Hairee cuma sekadar menurut.
Perjalanan ke hujung kampung itu bukanlah terlalu jauh. Sekejap saja mereka sudah sampai ke tempat yang hendak dituju. "Mana dia bapak kau tu Acap?.. Kalau tak silap aku ni kawasan perkuburan kan?.. Macam nak jadi lawak je cerita kau ni?..", ujar Hairee kelelahan kerana mengejar Acap yang berjalan terlampau laju. Seolah-olah berlari lagaknya. "Betullah kat sini..!! Aku nampak diorang simpan bapak aku kat sini..", Acap berkata sambil matanya meliar mencari sesuatu. Tiba-tiba pandangannya terhenti ke satu arah. Acap segera berlari ke arah itu. "Haa.. Ayie..!! Kat sini haa..!!", Acap melambai pada Hairee yang semakin kehairanan. "Apa ni Cap?.. Ini bukan kubur ke?..", Hairee mula berasa panas hati. "Iyee.. bapak aku koma lepas tu diorang simpan kat sinilah..!! Kalau kau tak percaya, kau tengok ni.. kan ke nama bapak aku diorang tulis kat batu ni..!!", bersungguh-sungguh Acap menerangkan. Tiba-tiba Hairee merasakan yang dirinya bertukar menjadi serba hijau. Hairee memandang Acap yang terkedip-kedip merenungnya dengan pandangan yang cukup menyampah untuk Hairee lihat.
"Eh?.. Apa dah jadi pulak tu?..", tanya seorang pakcik yang sedang minum di kedai Jamilah. "Sorang lagi anak kampung ni dah terkena dengan perangai Acap pakcik..!!", Kadir menerangkan. "Acap ke tu?..", tanyanya lagi. Kelihatan seorang lelaki yang menyerupai Acap sedang berlari lintang-pukang sambil dikejar oleh seorang lagi lelaki yang sedang menghayun basikal tak tentu arah. Kadir cuma mampu menggelengkan kepala. "Lantak kaulah Acap..!!".
good job,,apa saya rasa bila baca cerita ni ya? Saya rasa penulis cuba memasukkan sentimen yang berunsur jenaka dalam karya. Hidup pun begitu..adakala pengakhirannya tidak terjangka. Penuh lucu.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
pe kes ni....