Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hatinya berdebar-debar. Langkah kakinya sedaya mungkin dicepatkan. Matanya tidak lepas memandang kearah deretan kereta dan motosikal yang lalu lalang di tepinya. Dalam hati dia tidak putus-putus berdoa agar segera sampai ke rumah. Telinganya sengaja dipekakkan agar tidak gundah dengan siulan hon yang nakal yang sesekali mengundang resah dihatinya. Aduh..menyesalnya dia kerana duduk terlalu lama di perpustakaan sekolah tadi sehingga lupa yang waktu makin menginjak ke waktu magrib. Dirabanya poket beg sekolah yang sentiasa menyimpan pisau kecil untuk keselamatan dirinya agar setia berada di situ. Teringat kembali berita tentang seorang gadis yang dirogol beramai-ramai pada siang tadi membuatkan hatinya semakin tidak keruan. Ya allah..selamatkanlah aku.. Pin...!! Amboi..kuatnya bunyi hon motor tersebut. Hon rosak ke? Hatinya mengutuk. Pin......!!! Ni dah kes melampau..anak siapa yang rosak akhlak ni? Dia memberhentikan langkah apabila terasa motor yang bingit mengeluarkan hon tersebut berada betul-betul di belakangnya. Pisau yang berada dalam gemgaman dipegang erat. Jaga-jaga lah kau mamat! Ingat aku pakai baju sekolah..kau boleh buat suka hati? Ini Alia ok..yang tidak mudah takut pada dugaan.. " hoi!!" Dia terperanjat. Pantas wajahnya ditolehkan untuk melihat siapakah gerangan yang bermulut besar tersebut. " kau apsal hah? Aku hon banyak kali..kau buat bodoh jer, pekak ke?" Terdengar kutukan yang terkeluar daripada mulut si teman. Emm..Fariz rupanya. Aku ingatkan mamat rempit mana la yang nak kacau aku tadi.. " kita tak perasan bunyi motor awak..ingatkan si rempit yang tak tahu bahasa tadi-" " dah..jangan nak buat banyak alasan. Sekarang kau naik motor aku ni cepat. Aku ada hal jap lagi, tadi mak kau call aku. Bising-bising bagitau yang kau tak balik lagi" Dia menarik muka masam. Terasa hati dengan ayat yang diluahkan oleh si teman yang telah dianggap seperti adik beradik sendiri kerana keabraban yang terjalin sejak sepuluh tahun lalu. Fariz hanya mengeluh apabila helmet yang dihulurkan kepada si teman tidak bersambut. Menyedari yang hati si teman telah terusik, pantas dia turun dari motor dan menarik bahu Alia perlahan. Dipakaikan secara perlahan helmet tersebut di kepala Alia yang masih diam seribu bahasa. Ish..minah ni, umur dah 20 tahun tapi perangai macam adik aku yang baru nak masuk darjah satu! Fariz sempat membebel dalam hati. Agaknya macam ni la kalau dilahirkan sebagai anak tunggal perempuan. Pantang silap cakap sikit, dah nak merajuk.. " siapa yang nak naik motor awak? Kita tak nak naik lah. Kita boleh balik sendiri. Apa? Ingat kita takut ke nak balik sorang-sorang?" Dia mengetap bibir. Entah mengapa, jika bersama Fariz, hatinya menjadi begitu sensitif walaupun dia tahu adakalanya Fariz hanya mahu bergurau. " dah..aku malas nak dengar ok? Kau naik sekarang..jap lagi bila sampai umah, kalau kau nak tarik muncung empat belas kau tu, kau tarik lah! Aku tak ada masa nak tengok ..aku ada keja ni Alia oi.." " awak nak pergi mana?" Dia bertanya. Risau benar melihat telatah si teman yang seperti mahu mengejar sesuatu. " aku ada date..awek cun. Kau kenal kot, budak form five. Ala, yang baru masuk sekolah kita minggu lepas." Dia hanya menggeleng mendengar penjelasan yang terluah daripada mulut si teman tersayang. Fariz..sampai bila mahu begini? Hatinya merintih..bila mahu berubah? Tanpa banyak soal, dia memanjat perlahan motor si teman yang sedia lama menanti.. " emmm..leh kita tanya soalan?" " apa?" " awak bawak motor jumpa girl tu?" " ish..nak mati? Motor aku ni suci lagi tau. Kan aku dah bagitahu kat kau yang motor aku bukan sembarangan perempuan leh naik!. Aku pinjam kereta Abang Ngah.." " Abang Ngah kita kasi ke kat awak?" " tengok la siapa yang mintak..bakal adil ipar kesayangan dia Alia sayang.." Dia hanya mencebik, bosan dengan ungkapan yang sama keluar dari mulut si teman..namun, hatinya sempat mengeluh lega.... Dia tersenyum. Kata-kata Fariz amat melegakanya. Maknanya, awek yang Fariz mahu jumpa malam ni bukanlah istimewa. Kenapa dengan aku ya allah.. ************************************
" Alia..please sayang..tolong aku.." Dia hanya buat-buat tidak dengar. Matanya masih menatap buku Pengajian Am yang berada di hadapanya. Dia tidak lansung memandang wajah Fariz yang dah buat muka kesian.. Ikut suka kau lah Fariz, aku dah tak larat nak ikut rentak kau..STPM dah dekat. Aku tidak mahu mengecewakan harapan mak dan abah. Cukuplah keputusan SPM nya dulu yang telah membuat dua keping hati terusik. Dia tidak mahu lagi mengulangi kesilapan yang sama. " eh, aku cakap ngan kau kan?" Bahunya ditepuk kuat oleh Fariz. Dia hanya menganguk perlahan. " abis tu? Kau boleh buat macam orang bisu? Kau nampak tak aku kat depan kau ni?" Suara Fariz dah berubah rentak. Dia tahu temanya itu seorang yang panas baran dan cepat naik angin jika kehendaknya tidak diturutkan. Tapi fariz...dia mengeluh perlahan.. " aku bukan suruh kau culik dia, ok..aku just suruh kau adjust dia untuk aku. Kerja senang Alia! Bukan kau tak pernah buat kan..dah bertahun aku kawan ngan kau...susahlah kalau kawan sendiri tak boleh tolong" " ok.." Terlihat sengihan melebar dari bibir Fariz. Giginya yang tersusun rapi kelihatan cantik bila tersenyum. " macam tu la kawan aku, ni yang buat aku tambah-tambah sayang kat kau, balik sekolah nanti aku belanja kau makan KFC. Aku tahu kau suka makan ayam.." Dia hanya mencebik. Anita? Siapa yea.....satu hal pulak aku kena promote si Fariz ni kat dia. Ntah-ntah si Anita tu dah ada pakwe? Tak ke haru jadinya... Pening la kepala aku sejak Fariz jadi buaya ni...hatinya mengomel. Fariz, kau mengucarkacirkan hidup aku!! ******************************************** " Fariz!" Dia memanggil kuat nama teman tersayang. Kakinya dihayun laju menuju ke arah motor si teman yang seolah-olah tidak mendengar panggilanya tadi. Tidak dihiraukan mata-mata yang memandangnya dengan pandangan yang sinis apabila tangan kanan dan kirinya sarat dengan buku-buku. Ish..hampir nak putus anak tekak aku ni... " Fariz!" Dia memanggil untuk yang kesekian kalinya. Fariz menoleh perlahan. Alamak..matilah aku kalau Anita nampak, apa aku nak cakap kat Anita nanti? Dalam keterpaksaan, bibirnya menguntum segaris senyuman kepada Alia yang sudah tercungap-cungap mengejarnya tadi. Dia bukan tidak mendengar panggilan tersebut tetapi sengaja buat-buat tidak dengar. Entah mengapa, dia amat takut jika berdua dengan Alia akan menimbulkan perasaan cemburu di hati Anita. Sebolehya, dia tidak mahu sedikitpun perasaan Anita terguris. Gadis itu telah banyak menceriakan hari-harinya sejak sebulan yang lalu. Adakah ini cinta? " Fariz, kita nak tuntut janji ngan awak...." Alia bersuara perlahan. Matanya tidak lepas memandang wajah si teman yang sudah lama tidak diperhati betul-betul. Dirasakan hubungan mereka bertambah renggang sekarang..Fariz sudah berubah. Masanya banyak dihabiskan dengan Anita dan bola sepak. Hairan, dahulu Fariz tidak minat pada sukan utama dunia tersebut. Adakah kehadiran Anita membuatkan Fariz semakin melupakanya? " janji apa?" Fariz sudah rasa tidak sedap hati. Hatinya gelisah. Matanya tidak lepas dari memandang ke arah kiri dan kanan kawasan sekolah. Bimbang ada mata-mata yang akan melaporkan pada Anita nanti. " kan petang ni awak dah janji ngan mak kita yang awak akan datang makan tengahari umah kita. Jadi tak?" " err..aku lupa la Alia. Mintak maaf banyak-banyak. Petang ni aku ada hal. Lain kali eh?" Fariz menggaru kepalanya. Marah pada diri sendiri yang pandai-pandai berjanji dengan mak Alia. Ish.. macammana aku boleh lupa? Hebat sangat ke penangan Anita pada dirinya? " ish...kenapa? awak dah janji kan? Tak baik awak buat mak kita macam ni. Mak kita dah masak masakan istimewa untuk awak tau. Kenapa ngan awak ni?" Alia dah mencubit kuat bahu Fariz kerana geram..tidak dipedulukan Fariz yang sudah mengeluh kesakitan. Rasakan..padan ngan muka kau!! " kenapa apa pulak? Aku biasa jer. Kau je yang anggap aku lain. Ok la, aku dah lambat ni. Anita ngah tunggu aku. Take care, jangan lupa kirim salam sayang kat mak kau" Dia hanya memandang sepi kelakuan Fariz yang sedang menghidupkan enjin metorsikalnya. Hatinya merintih sedih dengan sikap Fariz. Apa salah aku Fariz? Tuhan..kenapa aku menyanyanginya? Fariz..kau dah lukakan hati aku... ****************************************
Kakinya diatur perlahan menuju ke pondok bas yang telah disediakan oleh pihak sekolah untuk kemudahan para pelajar. Dia pulang sendirian tanpa ditemani sesiapa. STPM semakin hampir denganya. Dalam debar menghitung hari untuk exam STPM, dia juga gellisah mengenang sikap Fariz terhadap dirinya sejak kebelakangan ini. Tidak tahu apa masalahnya, hubungan yang telah tercipta sepuluh tahun dulu menjadi semakin keruh. Dilamun cintakah Fariz? Mungkin... Dia mengenang kembali sikap Fariz sedikit waktu dulu dan sekarang, serasanya terlalu banyak beza. Dahulu, Fariz juga ada teman istimewa tetapi layanan terhadapnya tidak pernah berubah. Dia dan Fariz masih ada masa untuk mengulagkaji pelajaran bersama-sama, masih ada masa untuk makan tengahari bersama-sama dan sentiasa ada masa untuk bertukar-tukar cerita tentang apa sahaja. Aku sunyi...aku rindu...hatinya merintih. " Hai..." Dia tersentak. Pantas menoleh..Anita?? " Alia kan?" Dia mengangguk perlahan. Tidak lupa tangan dihulurkan untuk memulakan kemesraan. Tak kan dia tak ingat aku siapa? Kan muka aku yang hari-hari jadi posmen tak bertauliah antara dia dan Fariz? Dia menarik kembali tanganya bila salam yang dihulur tidak bersambut. Hati kecilnya terusik, ada yang tak kena kah? " Aku malas nak berbasa basi ngan kau...tapi aku harap kau dengar elok-elok apa yang aku nak katakan. Aku tak suka kau rapat ngan Fariz. Dan sampai bila-bila pun aku tetap tak suka. So, mulai dari hari ini, kau jangan ada apa-apa urusan pun dengan Fariz. Faham?" Hatinya tersentak. Terasa ada air mata yang ingin tumpah. Ya allah..kuatkanlah semangatku. " Tapi..kami hanya berkawan. Tak lebih dari itu. Saya kenal Fariz dah lama. Kenapa awak nak buat saya macam ni?"
" Kau jangan nak buat drama air mata pulak depan aku. Dah ramai yang bagitahu kat aku yang kau memang dah lama suka kat Fariz dan aku paling benci dengar benda tu. Kalau kau ada kat tempat aku, apa yang kau rasa?" Ya allah... " Awak jangan salah faham pada persahabatan kami Nita. Saya tak ada niat pun nak rampas Fariz daripada awak. Percayalah cakap saya, awak jangan dengar cakap orang yang dah lama dengki dengan persahabatan kami."
Sedaya mungkin dia cuba menyakinkan Anita dan dirinya sendiri. Hatinya cukup terluka saat ini tapi dia kena bertahan. Menunjukkan sifat lemah di hadapan orang lain bukanlah sifatnya dan yang dia paling benci adalah menitiskan air mata di hadapan orang lain. Dia ingin meleraikan segala kekusutan ini dengan cara yang paling berhemah. Bergaduh kerana seorang lelaki? Bukankah itu memalukan? " anita..." " stop! Aku dah malas nak dengar apa pun alasan kau. Yang aku nak tahu, mulai sekarang..kau jauhkan diri daripada Fariz. Lagipun, hanya kau yang terhegeh-hegeh kat Fariz, aku tengok dia tak layan pun. Muka tak tahu malu!!"
Anita berlalu dengan kata-kata yang cukup menghiris hati. Apa salah aku Ya allah...berdosakah aku, hanya kerana persahabatn kami? Aku tidak pernah menjadi batu penghalang antara Fariz dan teman istimewanya selama ini dan mereka pun tahu, antara dia dan Fariz tidak lebih dari seorang teman biasa. Lupakan Fariz? Mampukah aku.... ***************************************
Semalaman dia menangis keseorangan. Dia tahu dirinya tidak cukup tabah dengan perpisahan ini. Dia silap menilai diri sendiri, sangkanya dia dapat menerima semuanya dengan hati yang tabah tetapi.... Tengoklah dirinya sekarang, masih menangis dan terus menangis... Panggilan daripada emak yang memanggilnya untuk makan tidak dihiraukan. Pertanyaan emak tentang Fariz hanya akan menambahkan lagi luka di hatinya. Emak tidak perlu tahu apa yang telah terjadi kepadanya dan Fariz, jika tidak, pasti hati ibu tua itu juga akan turut sama terluka. Bukan dia tak tahu yang ibunya amat sayang pada Fariz walaupun ibunya sendiri sudah mempunyai lima oranng anak lelaki. Siapa yang tidak jatuh hati pada Fariz? Dia seorang lelaki yang cukup kaya dengan sifat kasih sayang, penuh dengan sifat keperihatinan dan yang paling penting, lelaki tersebut tidak akan lokek dengan pertolongan. Keabrabannya dengan Fariz sukar untuk dia huraikan. Masih terbayang di matanya saat Fariz tidak henti memujuknya yang menangis kesedihan apabila result SPM nya tidak melayakkan dia untuk diterima di mana-mana IPTA untuk menyambung pelajaran. Dia bertambah sedih apabila Fariz berjaya diterima ke UITM Shah Alam dalam bidang kaunseling, bidang yang amat diminatinya. Namun, demi kasih sayang atau demi persahabatan..Fariz mengambil keputusan nekad dengan menolak tawaran tersebut dan mahu sama-sama mengambil STPM di sekolah lamanya. Dia terharu...terharu dengan kebaikan lelaki itu! " Akak.." Pintu bilik terkuak dari luar. Eh..aku tak kunci pintu ke tadi? Macammana jika emak yang masuk? Tak ke haru jadinya bila lihat dia tengah menangis? " Ada apa?" " Abang Fariz call-" " Cakap akak tak ada!" " Tapi adik dah cakap akak ada" Aiman bersuara perlahan-lahan. Mungkin takut dimarahi olehnya. Dengan langkah kaki yang malas, dia bergerak ke ruang tamu untuk mengangkat gagang talefon. " Yup..ada apa Fariz?" " Aku nak jumpa kau. Kat taman, aku tunggu kau kat sini. Sekarang!" Klik! Gagang diletak. Itu permintaan atau arahan? Hatinya mendengus. Fariz ni tak faham bahasa ke? Nanti tak pasal-pasal aku kena amaran percuma lagi dari awek kesayangan dia tu! Ish..payah la macam ni. Nak pergi ke tidak? Perlu ke aku pergi? ************************************
Dari jauh sudah nampak kelibat Fariz yang sedang tunduk merenung kasut Adidas yang dipakainya. Menyedari kehadiranya ada di situ, barulah wajahnya diangkat. Wajah itu nampak keruh, seperti tidak bermanya. " Ada apa awak nak jumpa kita? Hari ni tak ada date ke?" Dia menyoal. Dia melabuh duduk di kerusi yang telah disediakan di situ. Mata mereka bertentangan. Terdengar keluhan terkeluar daripada mulut Fariz.. " Kenapa kau dah tiga hari tak datang sekolah? Kau tak sihat ke? Aku SMS tak balas, aku call kau tak angkat. Aku risau.." Risau? Hatinya terasa mahu menjerit..memarahi Fariz, tapi apa haknya? Dia bukan sesiapa di mata Fariz. " Aku tak ada mood..." " Senangnya? Kau tahu tak? Budak-budak kelas kau asyik tanya pasal kau kat aku..cikgu Asmah pun tanya, kau kan ada pertandingan pidato esok. Kau dah sedia belum?" Ada nada kemarahan di situ. Dia sedaya mungkin cuba berlagak seperti biasa. Dia mengumpul kekuatan diri berhadapan dengan Fariz. " kita cari kekuatan diri.." " kekuatan diri? Untuk apa?" " untuk berpisah ngan awak" Fariz tersentak. Berpisah? Berpisah daripada apa? " kita tak nak ada hubungan apa-apa ngan awak dah. Kita nak jalani hidup ni tanpa awak. Jangan ditanya kenapa, kita dah buat keputusan nekad" Fariz tercengang. Dia terasa mahu menumbuk meja batu di hadapanya. " kau sedar tak apa yang kau cakap? Apa sebab kau tak nak berkawan ngan aku dah? Aku buat apa kat kau sampai kau benci aku macam ni?" " kita dah fikir masak-masak. kita tak nak kehadiran kita akan buat awak rasa tak selesa. Ini cara paling baik untuk kita berdua wak.." " cara apa? Eh..aku tak fahamlah! Kau dah ada pakwe ke? Pakwe kau marah kau kawan ngan aku? Siapa mamat tu? Biar aku ajar sikit. Suka-suka hati jer!" Fariz dah marah. Dia tahu kelemahan sahabatnya itu, terlalu cepat naik angin tetapi cepat pula untuk sejuk. " jangan tanya kenapa awak...tapi, yang pastinya ini tak ada kaitan dengan orang lain. Awak jaga diri, jaga awek awak elok-elok. Lepas ni jangan cepat bosan ngan perempuan. Dan yang paling penting, semoga awak berjaya dalam STPM yang tinggal dua bulan je lagi ni" Dia terasa sebak. Fariz hanya diam membatu di hadapanya. Mungkin masih mencari sebab dengan tindakan yang diambilnya. " kalau itu yang kau nak. Aku nak cakap apa lagi? Tapi,kalau kau masih anggap aku kawan kau, kau carilah aku. Aku sentiasa anggap kau kawan aku yang paling baik. Dunia dan akhirat..." " fariz, adakalanya apa yang kita mahu tak semudah yang kita jangka. Kita mintak maaf banyak-banyak ngan awak andai sepanjang kita kenal awak, kita dah buat awak sakit hati atau apa sahaja. Kita pergi dulu.." *****************************************
Peperiksaan STPM baru berakhir semalam. Dia bersyukur atas segala rahmat yang allah berikan kepadanya. Al-hamdulillah, dia berjaya menjawab soalan tersebut dengan sebaik mungkin. Sekarang dia hanya perlu berdoa agar result yang akan diterima nanti akan membawa perkhabaran yang akan menggembirakannya. Dia sengaja keluar bersendirian hari ini kerana mahu memberi hadiah kepada diri sendiri yang telah berhempas pulas menjawab soalan peperiksaan yang berlansung dua minggu lepas. Dia mahu membeli kasut baru. Sudah lama dia tidak membeli kasut baru kerana tidak berkesempatan berbuat demikian. Dia mundar mandir di deretan kedai yang berada di shopping complex tersebut. " aduh..!" Bahunya terasa dilanggar oleh seseorang. " maaf..saya tak sengaja" Dahinya berkerut. Mahu mengingat sesuatu tentang pemuda yang telah melanggarnya itu. Terasa seperti pernah mengenali.... " Alia Ainul kan?" Dia tahu nama penuh aku? " yea...awak kenal saya?" Dia memerhatikan lelaki tersebut. Memerah otak untuk mengingati siapakah lelaki itu... " kau tak kenal aku Alia?aku Syam! Jiran kau kat Felda Triang, kat Pahang. Cammana kau boleh lupa?" Haa? Dia menutup mulut perlahan..terasa mahu menjerit mendengar kenyataan tersebut. Syam? " ya allah..aku hampir-hampir tak kenal kau tadi. Kenapa kau kurus macam ni? Mana daging-daging segar kau?" Dia ketawa kesukaan. Berpisah dan bertemu semula dengan teman lama yang terpisah hampir sebelas tahun membuatkan dia begitu teruja. Syam juga tergelak. " aku dah jual...ala, itu masa zaman kanak-kanak. Sekarang aku aktif dalam sukan, sebab tu jadi kurus macam ni" Dia tersenyum. Memerhatikan penampilan baru si teman yang telah lama terpisah. Jauh berubah... " kau buat apa sekarang?" " ha..kalau nak tahu, jom kita pergi minum. Aku belanja.." Dia hanya senyum senang... *************************************
" sayang, temankanlah i beli baju...u dah janji kan semalam?" Fariz hanya mengangguk. Malas mahu memanjangkan cerita, dia hanya menurut langkah si kekasih. Nanti kang, merajuk pulak..susah la... Dia hanya diam sepanjang berada dalam kereta. Tidak tahu mahu berbual apa. Sudah bosankah aku? Dikerlingnya Anita sekilas pandang yang sedang asyik menyapu bedak di wajahnya yang sudah sedia putih. Emm..kang jadi opera cina lak awek aku ni, berapa banyak bedak nak letak? " Fariz, nape u diam aje? Tak suka kuar ngan i ke?" " tak ada lah sayang, i just tak sihat. Tapi, u paksa i kuar-" " u terpaksa?" Dia hanya mengangguk. Berkata perkara yang benar. Betul..keadaan kesihatanya sejak kebelakangan ini tidak begitu baik. Balik dari sekolah tadi, dia hanya mahu tidur tetapi panggilan daripada Anita yang mengajak keluar tidak mahu diabaikanya. Dia tidak mahu bergaduh lagi, entah mengapa sejak akhir-akhir ini mereka berdua sering saja tidak sependapat. Ada sahaja perkara yang ingin didebatkan. " kalau macam ni, baik tak payah kuar. I tak suka tau tak? U ni buat i menyampah la..cuba belajar sikit ambik hati i..ini tak, setiap masa nak buat i marah." " ok la tuan puteri, i mengaku i yang salah. I tak pandai ambik hati u..tapi, u tengok diri sendiri jugak, u pandai ke ambik hati i? U ada time i betul-betul perlukan u?" " eh..bila masa pulak i tak ada bila u perlukan i?" " time Alia dah tak nak kawan ngan i..u buat tak tahu je. I sedih waktu tu, u tahu tak.." Hatinya merintih pilu saat nama Alia meniti di bibirnya. Rindunya pada gadis tersebut tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Aku demam rindukah? " emm..kalau pasal tu, i memang tak nak ambik tahu..nak buat apa sedih pasal perempuan yang tak ada kena mengena ngan u? Alia tu siapa? I ni siapa?" Sudah acap kali pertanyaan tersebut diutarakan oleh Anita kepadanya. Dia juga sudah berbuih mulut menerangkan tentang situasi dia dan Alia tetapi Anita tidak pernah mahu faham. " Alia adalah kawan rapat i..dan u..adalah kekasih i.." Perlahan suaranya saat ayat itu diluahkan...hati seperti mahu menidakkan..kenapa dengan aku? Alia bukan sekadar kawan rapat..Alia...hatinya seperti mahu menangis... " i tak nak dengar..." Dia hanya mengeluh.. ***************************************
Syam galak ketawa. Serasanya sudah lama dia tidak ketawa seperti itu. Dipandangnya mesra raut wajah ayu yang berada di hadapanya. Wajah inilah yang selalu mengganggu tidurnya selama ini. Wajah inilah yang banyak mengundang rasa rindu di hatinya selama ini. " kenapa pandang aku macam tu?" Alia bertanya pelik. Hairan dengan sikap Syam yang tak jemu-jemu memandangnya sejak tadi sehingga membuatkanya rasa tidak selesa. " tak ada apa. Cuma nak pandang kau puas-puas. Semoga sebelum tido, aku akan ingat setiap inci wajah kau. Untung-untung dapat mimpikan kau." Syam dah enak ketawa. Alia hanya mencebik. Matanya tidak lepas memandang pengunjung yang datang ke restoran Indah Damai ini yang agak popular di bandar tersebut. " kau dah lama la belajar kat kolej tu?" " dah sem tiga. Tapi, aku hairan..kenapa baru hari ini aku dapat jumpa kau. Selama ni kau pergi mana?" Syam menyoal pelik. Dah hampir setahun dia berada di Melaka, baru sekarang berpeluang berjumpa dengan Alia. " dah takdir.." " takdir? Bukan jodoh?" Dia dan Syam sama-sama ketawa. " eh..Alia, kenapa mamat tu dari tadi asyik pandang kau? Kau kenal dia ke?" " mana?" " tu..sebelah minah yang seksi tu." Alia menoleh..... Fariz!!!! ************************************** " eh..tepi lah. Buat apa kau datang rumah aku?" Dia menjeling tajam. Fariz tersentak. Aku? Kau? Apa aku silap dengar tadi? Alia ke yang berkata-kata tadi? Kenapa aku rasa ada kelainan dengan ayat yang dikeluarkan oleh Alia... " mak kau yang ajak, dia ada masak special untuk aku. Kau nak pergi mana ni? Duduk la dulu. Tak baik kau buat tetamu macam ni." Alia menarik keras tangannya yang dipegang kejap oleh Fariz. Eh..mamat ni tak reti bahasa ke? Muka tak malu betul la.. " aku nak kuar, ada hal." " kau nak jumpa mamat tu kan? Kau cakap Alia, apa hubungan kau dengan dia?" " apsal kau nak tahu?"
" aku berhak untuk tahu!" Fariz menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hatinya terasa panas secara tiba-tiba. Alia dah pandai cakap kasar dengannya sekarang. Ni mesti mamat tu yang ajar...ish, tak puas hati betul aku. " kenapa kau buat aku macam ni Alia?" " aku buat apa? Aku dah bagi kau ruang untuk diri sendiri, kau nak apa lagi?" " aku nak terus berkawan dengan kau. Aku nak kita macam dulu. Aku tak boleh hidup tanpa kau Alia." " kenapa tak boleh? Kenapa aku boleh? Kau pentingkan diri sendiri.." " assalamualaikum" Dia dan Alia memandang ke arah pintu. Kelihatan wajah Syam di situ bersama sekuntum senyuman mesra. Syam menghulurkan tangan pada Fariz tetapi tidak bersambut. Alia memandang pelik dengan kelakuan Fariz yang amat berlainan daripada biasa. " aku nak balik. Kau bagitau kat mak kau yang aku tak jadi makan kat sini. Semoga bahagia!" Terasa sinis diperdengaran Alia ayat yang dituturkan oleh Fariz. Dia memandang sepi kelibat Fariz yang sudah tenggelam disebalik pintu...hatinya terasa amat sedih kala itu. Membiarkan orang tersayang pergi..bukankah itu hanya membuatkan hatinya bertambah luka? " Alia..kau ok tak?" Dia hanya tersenyum pudar memandang Syam...kalaulah kau tahu apa yang aku rasa sekarang Syam... ***********************************
Fariz membawa motornya selaju yang mungkin. Hatinya terasa seperti disiat-siat. Telinganya terasa amat pedih...aku dalam kesakitan! Dia tidak tahu kemana hendak dituju, jiwanya terasa kosong. Kenapa aku cemburu melihat Alia dan pemuda tersebut? Kenapa aku tak boleh mendengar Alia memanggil aku dengan panggilan ‘kau’ ? Alia..aku cintakan kau! Eh.. Aku cintakan Alia? Dia memberhentikan motornya di hadapan sebuah restoran yang berada di situ. Dia mahu makan, perutntnya terasa pedih..mungkin disebabkan tidak diisi dari siang tadi. Emm..apa kata mak Alia bila dia meninggalkan rumah macam tu je tadi? Sementara menunggu nasi goreng yang dipesan, matanya melilau melihat kelibat p[engunjung yang tidak putus-putus berkunjung ke restoran tersebut. Secara tiba-tiba matanya terpaku pada kelibat seseorang....Anita? Dia menoleh pada lelaki yang berada si sebelah Anita, amboi..siap berpegangan tangan lagi. Ni dah melampau! " Anita...hebat drama kau!" Anita tersentak. Mukanya kelihatan pucat. " sayang..dengar dulu penjelasan i..ini bukan seperti yang u fikirkan. Dia ni sepupu i..i sengaja teman dia kuar makan" Sepupu? Anita nak perbodohkan aku? " bila masa pulak kau ada sepupu? Bukan ke mak ngan ayah kau anak tunggal? Jangan nak berlakon...just tell me the true. kau dah bosan ngan aku? Cakap aje tapi jangan buat aku macam ni...aku tak nak jadi orang bodoh!" " i still sayang kat u...percayalah.." Anita dah mula menangis... " that enough..the game its over! Lepas ni kita tak ada apa-apa hubungan lagi dan aku dah malas nak tengok muka kau! Selamat tinggal.." Ayat itu diucapkan dengan perasaan yang lega. Terasa bahunya ringan..beban yang selama ini ditanggung seperti telah dilepaskan...aneh,tiada perasaan kecewa mengundang di hati..sedih juga tidak... Seketika bibirnya menguntum senyum...hati ini milik kau Alia.. ********************************* Buat gadis kesayangan.... Tidak ada apa yang paling membahagiakan selain daripada mendapat balasa cinta daripada insan yang sejujur dan seluhurmu... Diri ini amat bahagia dalam dakapan kasih sayang yang kau berikan.. Aku disini masih menghitung hari bersama harapan-harapan yang dibina setiap hari untuk menunggu hari bahagia bersamamu... Nantikan kepulangan diriku bersama senyumanmu yang paling manis.. Kau tetap yang paling teristimewa di hatiku... Salam sayang penuh kerinduan dari jauh, Fariz...
Alia melipat perlahan surat yang diterima pagi itu. Hatinya digigit rasa rindu yang sangat mendalam... Siapa sangka sahabat yang pernah sama-sama merasa susah dan senang denganya dulu kini menjadi insan yang paling istimewa di hati... Ini takdir tuhan, sejauh mana dia ingin melarikan diri daripada Fariz, semakin dekat pula tuhan temukan hati mereka. Dia masih di sini, menabur bakti pada sekolah lamanya yang telah menyimpan banyak memori manis antara dia dan Fariz...dia berjaya menjadi guru, impian yang telah ditanam sekian lama telah menjadi kenyataan. Fariz telah menyambung pelajaran ke luar negara....resultnya telah melayakkan dia menerima biasiswa daripada kerajaan. Namun, dia tahu itu bukan penghalang untuk dia dan Fariz terus menjadi pasangan yang paling bahagia.... " akak...! family abang Fariz datang..mak suruh keluar. Diorang datang meminang..." Muka adiknya terjengul di sebalik pintu biliknya. Haa? Meminang pukul lapan pagi? Aku belum mandi....ish... Jaga kau Fariz!!! Hatinya menjerit....... ************************************ Hasil nukilan, Aiza aidir.
best!...saya peminat karya awak aiza aidir...comelnyerrrr
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
nape ari nih sume cite pon cumel2..sweet2 jew??heee...
make me think of sum1...miss him so much!!!
citer ni best2...keep it up k...
(^_^)