Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Badan sudah terasa lenguh. Pinggang sudah mula menyengat. Terasa nyilu. Namun minat untuk terus berchatting masih menggebu. Sedang mataku merenung nick-nick yang ada dalam skrin komputer, tiba-tiba aku terlihat satu nick yang unik. >ALAM MAYA.. Itulah nick yang dipakai oleh user tersebut.
ALAM MAYA hanya memberi kata salam sebagai memulakan 'perbualannya'. Aku menjawap dan menunggu jika ada lagi ayat yang ditaip olehnya. Tetapi hampa.. Entah kenapa aku jadi memikirkan dia. Padahal biasa-biasa sahaja seperti yang lainnya, aku tidak kisahkan siapa pun jua nick yang online. Tetapi kali ini lain sekali perasaanku.
Lelah menanti, aku mengambil keputusan untuk offline. Seperti biasa salam perpisahan ku taip. Mataku yang hampir layu tiba-tiba segar kembali bila terbaca salam balasan dari ALAM MAYA.
ALAM MAYA said> Wa'alaikumsalam PL. Saya nantikan kemunculan PL esok malam..
Aku tidak pasti perasaan apakah yang sedang aku rasa saat itu. ALAM MAYA menanti kemunculanku? Haiz.. pelik tetapi sempat juga aku membalas mesejnya.
PL said> Insya'Allah ALAM MAYA..
Sebelum off kan line aku menjenguk profile ALAM MAYA. Tidak banyak keterangan mengenai butir-butir dirinya. Tetapi aku tahu ALAM MAYA seorang jejaka.
Keesokan harinya aku online lagi. Lebih awal dari semalam. Tetapi sehingga jam menunjukkan angka sebelas empat puluh-lima minit malam, ALAM MAYA belum juga muncul. Bila aku ingat kembali, semalam pun dia muncul sekitar jam dua-belas lebih tengah malam. Hmm.. mungkin sebentar lagi dia pasti online. Aku menyabarkan diri. Tetapi sehingga ke pukul satu pagi, nick yang aku nanti tidak juga timbul. Tiba-tiba aku baru kenal erti hampa.
Aku baru berkira-kira untuk offline, tiba-tiba aku mendapat mesej peribadi. ALAM MAYA!! Dia menghantar mesej peribadi. Rupanya dia sudah online sedari tadi tetapi tidak berchatting di main skrin. Sekadar memerhatikan ayat-ayat chatter lain termasuk diri ku.
PL said> Awak chatter baru ke kat sini? Macam baru je saya perasan nick awak. ALAM MAYA said> Tak juga.. dah lama saya perhatikan awak. PL said> Perhatikan saya untuk apa? ALAM MAYA said> Sesaja.. saya suka cara awak berkomunikasi dengan chatter lain. Sopan..
Tidak sangka selama ini diriku jadi perhatian seseorang. Sedang aku memikirkan jawapan untuk membalas mesejnya, aku cuba ingatkan kembali 'perbualan' ku yang sudah-sudah bersama chatter lain. Takut jika ada yang keterlaluan. Malu juga rasanya.
ALAM MAYA said> Kenapa senyap? Are you there?
Aku tersenyum dengan mesej terkininya.
PL said> Saya tak tahu nak kata apa.. ALAM MAYA said> Tak perlu kata apa-apa. Taip je.. :) PL said> hahaha ALAM MAYA said> Saya nak kenal awak lebih rapat lagi. Awak sudi tak? PL said> Takde apa yang istimewa tentang saya. Tapi kalau awak sudi nak kenal apa salahnya.
Semenjak itu aku dan ALAM MAYA menjadi kawan rapat. Sejauh ini perhubungan kami hanya melalui alam siber. Dia memang berbeza dari kenalan aku yang lain. Jarang dia bertanya hal-hal peribadiku. Sehingga aku sendiri jadi segan untuk bertanya hal-hal peribadinya. Tidak pernah sekali dia meminta untuk berhubung di telefon. Apalagi untuk bertemu. Aku mengikut sahaja caranya. Walaupun jauh di sudut hati ingin sekali aku mengenalinya lebih dari itu.
Satu malam ALAM MAYA mengatakan satu hal yang membuat hatiku berlonjak keriangan.
ALAM MAYA said> Awak tak terasa ingin bertemu dengan saya ke?
Kalau ALAM MAYA berada di hadapanku, pasti dia nampak pipiku memerah kerana malu. Bukan malu apa, dia seakan dapat membaca apa yang bermain di fikiranku. Aku mencari alasan sebagai mengelak untuk menjawap. Sebenarnya tidak tahu jawapan apa yang patut aku beri.
PL said> Kalau saya tanya awak balik, awak tak teringin nak bertemu dengan saya ke? :) ALAM MAYA said> :)
Hanya icon senyum. Kemudian ALAM MAYA terus senyap. Salah ke pertanyaanku?
PL said> Awak marah ke? Kenapa senyap?
Lama kemudian baru dia membalas.
ALAM MAYA said> Tak.. cuma saya sedang fikirkan masa dan tempat pertemuan kita nanti.
Ya Tuhan! Romantik sungguh kedengarannya. Hatiku berlonjak kegirangan. Tetapi seketika kemudian aku gelisah. Apa yang menjadi fikiran, bagaimana nanti bila pertemuan itu terjadi? Kacakkah dia? Aku takut jika dia lebih kacak dari yang aku bayangkan. Mahukah pemuda kacak berkawan dengan aku yang serba kekurangan ini?
ALAM MAYA said> Hmm.. awak pula yanag diam. Tak suka nak jumpa dengan saya? PL said> Eh! tak..err maksud saya suka..eh..
Sampai gagap aku jadinya.
ALAM MAYA said> Tak apa. Nanti kita arrangekan lagi. Buat masa ni saya sayangkan cara perhubungan yang macam ni. Rasanya tanpa bertemu muka, perhubungan kita akan lebih lama terjalin.
Pelik bila aku fikirkan maksud kata-kata ALAM MAYA. Pelik juga dengan sikapnya. Tetapi ada juga kebenaran pada kata-katanya itu. Tentu benar apa yang bermain di fikiranku, takut dia tidak mahu berkawan dengan aku lagi setelah pertemuan pertama. Atau tentu perhubungan seterusnya di ruang chat, tidak semesra pada awalnya. Mungkin juga.
Akhirnya tinggallah harapan begitu sahaja. Dari hari ke hari hubungan kami kian mesra. Rancangan untuk bertemu tidak pula diulang menyebutnya. Aku keliru namun membiarkan sahaja. Hingga pada satu hari...
Setelah hampir satu bulan satu minggu usia perkenalan kami, aku merasa kelainan pada 'bicara-bicara' ALAM MAYA. Dia tidak seperti di awal perkenalan yang begitu ramah dan lucu. Dalam seminggu terakhir 'perbualan' aku bersamanya, ALAM MAYA begitu sensitif. Dia kerap melakarkan bait-bait kata yang berunsur kesedihan, kehilangan dan perpisahan. Mengapa?
PL said> Awak kenapa ni? Lain sekali sikap awak kebelakangan ni? ALAM MAYA said> Takde apa-apa. Saya macam biasa je. PL said> Awak tak sama macam yang saya kenal sebulan lalu. Kalau boleh saya mengagak.. awak sedang patah hati ke? ALAM MAYA said> Maaflah kalau awak terkesan dengan kelainan saya. Sebenarnya saya nak undang awak..
'Kata-katanya' putus di situ membuat aku resah menanti. Tidak pula aku mahu bertanya apa selanjutnya. Bukan apa, bila terbaca perkataan undang, aku jadi tahu sendiri. Tidak perlu dia meneruskan aku sudah pasti mungkin dia mahu mengundangku ke majlis pertunangan atau perkahwinannya. Ya Tuhan! Dugaan apakah ini? Baru saja kemesraan ingin berputik di hati, aku sudah terasa jauh kehilangan.
ALAM MAYA said> Awak... kenapa awak senyap? Awak baca mesej saya tak?
Lama selepas itu baru aku membalas.
PL said> Ye saya baca.. dan sedang menunggu apa seterusnya.. ALAM MAYA said> :) Sebenarnya saya nak undang awak datang ke rumah saya. Tapi sebelum tu saya nak tanya satu perkara.. PL said> Apa dia? ALAM MAYA said> Awak pernah mengalami suasana perpisahan dengan seseorang tak?
Aku sudah dapat mengagak apa yang ada di fikiran ku sudah pasti itu yang dia maksudkan. Entah kenapa aku rasa marah dengan tiba-tiba. Geram dengan sikapnya yang seakan-akan mempermainkan perasaanku. Sengaja melengah-lengahkan 'kata'.
PL said> Awak jangan cakap berbelit-belitlah. Cakap je terus terang yang awak akan berkahwin. Awak nak undang saya ke majlis awak kan? Awak nak tinggalkan saya kan?
Aku sudah tidak dapat menyembunyikan lagi perasaan amarah ku. Semuanya sudah aku luahkan. Namun dalam kemarahan aku menangis. ALAM MAYA mungkin tidak nampak airmata ku berlinang ketika aku menaip ayat itu. Tetapi rupanya aku silap.
ALAM MAYA said> Awka jangan menangis sekarang.. Belum masanya. Saya tahu siapa pun akan sedih pada perpisahan. Tapi awak kena terima hakikat bahawa semuanya pasti ada berlawan. Bertemu dan berpisah.. Yang hidup pasti mati.. Kalau macam ni saya tak jadilah nak undang awak. PL said> Elok lah tu..! Tak payah undang tapi dah bagitau. Lepas ni tentu saya jadi penunggu setia kemunculan awak kat ruang chat ni. Sementara awak menghilang terus kan? ALAM MAYA said> Kenapa awak marah sangat ni? kenapa awak menangis? Patutnya saya yang lebih marah dan sedih. Marah pada diri saya sendiri sebab mengenalkan diri pada awak dan sedih sebab.. tak dapat bersama dengan awak..
Di akhir 'katanya' ALAM MAYA mengeluh berat. Aku terpujuk dengan kesayuannya. Lama kami berdiam. Masing-masing sedang melayan perasaan. Mungkin dia sudah dapat menjangka perasaan sebenarku padanya. Apakah dia juga berperasaan sepertiku?
Sebelum mengakhiri 'perbualan' ALAM MAYA meminta maaf atas semua kesilapannya dan berharap sangat akan kehadiranku pada hujung minggu nanti. Dia memberi alamat rumahnya.
ALAM MAYA said> Awak boleh bersedih tapi selepas awak datang ke rumah saya nanti. Itulah hari pertemuan kita yang saya dah plan. Awak nak jumpa dengan saya kan? Kalau awak bersedih sekarang, mungkin akan jadi penghalang awak untuk datang dan saya yang akan bersedih sebab awak tak datang jumpa saya. Awak datang k.. please.. PL said> Awak sedih sekejap je.. lepas tu awak tentu berbahgia.. :(
Sempat aku menyindir.
ALAM MAYA said> Ye.. sudah tentu saya bahgia.. lepas bertemu dengan awak. Jadi tolong bahgiakan saya dengan kehadiran awak k..
Tak sangka dia membalas sindiranku dengan 'kata-kata' yang semakin mengguris perasaan. Kemudian ALAM MAYA terus memberi salam perpisahan sejurus sebelum dia offline. Aku terpaku di hadapan skrin komputer sambil merenung alamat rumah ALAM MAYA. Beginikah akhirnya perkenalan kami?
Tanpa sedar aku menyalin alamat itu di satu kertas kecil. Aku masih buntu untuk buat keputusan sama ada mahu pergi atau tidak.
Hari minggu yang dinantikan pun tiba. Tidak dinyatakan pula pukul berapa majlis bermula. Tentu sama seperti majlis-majlis perkahwinan biasa.
Aku masih berkira-kira untuk pergi atau sebaliknya. Seperti ada yang buat aku terkilan sedikit dengan undangan ALAM MAYA. Dia memang sangat berbeza. Sukar dibaca rentak hatinya. Apakah dia tidak perasan selama ini dia seolah-olah memberi harapan dan akhirnya dia yang menghancurkan. Atau aku sajakah yang berperasaan sedangkan dia memang ikhlas hanya mahu berkawan dengan aku?
Andai benar itu undangan perkahwinannya, tentulah perancangan itu sudah dibuat awal-awal lagi. Mustahil dalam tempoh sebulan tujuh hari dia baru sedari yang dia akan menjadi suami orang. Mengapa dalam masa itu dia menanti kemunculanku setiap malam di ruang siber? Cara dia mengundang juga sukar ditebak maksudnya. Mengapa tidak dia yang minta alamat rumahku supaya kad undangan itu dipostkan sahaja?
Mengapa itu dan mengapa ini, membuat aku mengambil keputusan untuk pergi kerumahnya. Supaya aku dapat jawapan bagi tiap persoalanku. Aku keluar rumah selepas solat Zohor.
Tiba di sana suasana di bawah bloknya sunyi sekali. Di mana pula majlisnya diadakan? Tetapi mengikut alamat yang diberi memang benarlah aku sedang berada di bawah bloknya. Puas berpusing aku mengambil keputusan untuk naik kerumahnya.
Setiba di hadapan rumahnya, aku terpaku melihat suasana hiruk pikuk. Ada beberapa orang yang sedang bergotong royong memasak di koridor rumah itu. Hairan bermukim di hati. Majlis sederhana sahajakah ini?
Sedang aku terpinga-pinga, tiba-tiba aku terdengar satu suara menegur.
"Cari siapa kak?"
"Er..," aku terkejut tetapi sempat membalas senyuman manis seorang gadis belasan tahun di hadapanku. "Ini majlis apa dik?" Soal ku.
Gadis itu memandangku dengan wajah berkerut. Kehairanan barangkali. Tetapi aku sendiri tidak kurang kehairanan.
"Ini majlis.. kenduri tahlil arwah abang saya yang ke empat puluh hari, kak."
MasyaAllah!! Tidak tahu apa yang terjadi selepas itu. Sesedarnya aku sudah berada di dalam rumah ALAM MAYA dengan dikelilingi beberapa orang ahli keluarganya. Dari mereka aku mendapat tahu kenduri tahlilnya akan bermula selapas Maghrib nanti. Gadis tadi ialah adik ALAM MAYA, meminta aku menunggu sehingga habis kenduri nanti.
Menyampaikan ke waktu itu, aku dapat mengenali diri ALAM MAYA sebenarnya melalui cerita-cerita adiknya. Aku dapat melihat wajah ALAM MAYA melalui potret-potretnya. Dia memang kacak. Jauh lebih kacak yang aku bayangkan. Tetapi sayang dalam usia yang masih muda ALAM MAYA sudah kembali ke rahmatullah disebabkan kemalangan motosikal semasa pulang dari Internet Cafe.
"Abang memang kerap ke sana sejak dia melihat nick kakak dalam ruang siber. Dia selalu cerita pada saya tentang 'perbualan' kakak bersama teman chatter. Abang kata dari 'kata-kata' gurauan dan 'nasihat-nasihat' kakak, abang dapat mengagak bagaimana keperibadian kakak. Abang berharap dapat bertemu dengan kakak satu hari nanti. Tapi.. "
Aku turut menangis bersama adik ALAM MAYA. Segala persoalan ku sudah terjawap. Rupanya selama ini aku 'berbicara' dengan roh. Patutlah nicknya pun aneh. Patutlah ALAM MAYA payah untuk bertemu. Patutlah puitisnya sayu-sayu. Patutlah dia memintaku supaya jangan bersedih dahulu. Patutlah dia harapkan sangat kehadiranku ke rumahnya. Apa benarkah dia bahagia setelah bertemu aku dengan cara begini?
Tanpa sedar aku menadah tangan membaca Al-Fateha dan mendokan kesejahteraannya.
"Semoga kamu di tempatkan di sisi orang-orang yang beriman, Nizam... Amin Ya Rabbal Alamin."
Hari-hari sesudah itu berlalu dengan begitu sepi. Aku masih belum dapat menerima hakikat bahawa aku kehilangan seorang teman chatter, yang sememangnya tidak ada di alam maya ini. Kerana itulah setiap malam aku masih online dan menanti kemunculan nicknya. Namun penantianku sia-sia. Puitis perpisahan yang pernah dilakarnya benar-benar ditujukan buat ku.
Hingga detik ini selagi aku belum dapat mengembalikan diriku sendiri, selagi itulah nick PL tidak akan terlihat di ruang chat seperti selalu.
TAMAT
p/s Pertama sekali, terima kasih kerana membaca karya saya. Ini ialah cerpen saya yang pertama di sini. Idea datang semasa saya sedang berchatting dan dalam masa yang sama saya sedang mendengar rancangan Misteri Jam 12 di station radio Ria 89.7 FM. Tapi ini semua hanya rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahu pun mati. Semoga teman pembaca terhibur membacanya. Selamat membaca.
(Novel karya saya, Perginya Bersama Cinta juga sedang di siarkan di lelaman ini)
mcm penah baca kat mingguan wanita...xtau ape tajuknya tp sumthing cmni...chat ym then tbe2 tau laki tu dh mati...bezanya laki tu mntk pompuan tu cr mayat dier
Seperti yg saya nyatakan di atas ini karya dan idea saya sendiri. kalau ada yg sama dgn kisah di Mingguan Wanita, itu mungkin kebetulan. Saya pun tak tahu dan tak terbaca majalah tu.
Apapun terima kasih sekali lagi atas komen-komen teman pembaca semua.
Janganlah marah penulis ni. lgipun, tak adalah seram sangat. seram sikit aja. kalau igat tuhan tak adalah takut sngt. By the way, cerita ni best. cerita yang penulis lain-lain pun best.
Terima kasih kerana membaca dan tinggalkan komen teman pembaca semua.
Apapun saya minta maaf kalau cerita ini menakutkan. Pada saya selagi saya sendiri tak rasa apa2 sewaktu menulisnya, tentulah ceritanya tak seram langsung. Lagi pula bukan ke kita sepatutnya lebih takutkan Allah dari benda2 lain. Saya rasa semua tahu itu kan?
actually kisah ni memang menarik,dan tak ada yg mustahil bila allah mengizinkan ia berlaku,and 4 me tak ada yg seram,fikirlah dari sudut positifnya pasti kita semua dapat pengajaran.
MasyaAllah, tak sangka masih ada yg membaca cerita lama ni.. dan beri komen. Terima kasih lah teman pembaca.
Saya mmg minat selalu tidur lambat. Jadi radio Ria lah jadi teman saya. Tentulah saya dgr rancangan tu.. :)
Buat Afyda..bila lagi nak jadikan impian anda tu jadi kenyataan. Cubalah hantar karya anda.. moga berjaya.
~Putri Lily~
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
seram siottt!!!