BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, November 03, 2008
Cerpen : Di Persimpangan
Nama Pena : matahariku

Keheningan malam itu tidak memberi apa-apa makna buatku sebaliknya kedengaran bunyi cengkerik bersahut-sahutan sesama mereka. Hatiku terusik dengan nostalgia silam. Entah apa yang aku kenangkan bila semuanya hancur dimamah usia. Adakah hatiku masih simpan baki penderitaan dulu atau sekadar menyingsing memori lalu. Hatiku masih bertapakkan duka dan dosa silam. Aku telah terserempak dengan Azlan, kekasih lamaku bersama kekasihnya yang baru. Mengapa aku dipertemukan dengan lelaki tidak berguna itu. Lelaki yang hampir menghancurkan masa depanku dan maruahku. Aku telah hanyut dengan cinta dusta bersama Azlan. Oh, Tuhanku!. Kembalikanlah sinar hidupku ini. Pudarkanlah segala titik hitam yang menutupi jiwaku ini. Aku seperti hilang pautan dan harapan. Tiba-tiba aku merasa ada suara yang memekik di telingaku.
"Mar, apa yang kau menungkan tu. Mak dah sediakan makanan dekat atas meja. Mak nak pergi ke rumah Mak Esah kau tu, ada kenduri arwah malam ni". beritahu ibu.
"Yelah mak, nanti Mar habiskan makanan tu. Mak nak balik pukul berapa?
"Kau ni macam tak tahu pulak. Lagi tak selesai kenduri tu takkan mak nak balik. Nanti apa pulak Mak Esah kau tu kata. Tengok-tengok rumah sama. Mak pergi dulu".
"Baiklah mak". balas Mardiah.
Malam itu terlalu sunyi dan sepi bagiku. Aku syukur dengan kuniaan Ilahi kerana akhirnya aku dapat menjadi dirku sendiri. Dulu aku hampir hanyut dibuai godaan dunia yang binasa. Tugas yang kugalas kini bukanlah hendak kubanggakan namun terlalu berat kurasakan. Aku telah menunaikan harapan arwah ayahku yang inginkan aku menjadi seorang guru. Katanya tugas guru terlalu mulia dan dipandang tinggi oleh agama. Sedangkan ketika itu, aku tiada langsung minat dan keinginan untuk begelar seorang pendidik. Aku ingin menjadi seorang pelukis yang terkenal. Aku terlalu meminati lukisan kerana di situ aku dapat meluahkan segala gelora dan perasaanku. Tapi aku telah melukai perasaan arwah ayahku dengan sikapku yang terlalu keras kepaa dan tidak suka hidupku dikongkong. Aku telah berjaya melanjutkan pelajar di Universiti Sains Malaysia dalam bidang seni. Bapaku menentang hebat keinginanku itu dan mahu aku melanjutkan pelajaran di maktab. Aku tetap dengan keinginanku itu tanpa menghiraukan perasaan ayah. Ayah sememangnya tidak suka dengan pilihanku sehinggakan dia seolah-olah membuangku dalam hatinya. Mungkin itulah sebabnya aku terlalu sayangkan ayah.
"Mar, tak nak balik lagi ker? Kau nak buat kelas mengelamun ker? sapa Ayu seperti sudah lama memerhati tingkah laku yang menyendiri sejak dari tadi.
"Ada-ada je kau ni ni. Aku baru nak kemas buku-buku ni. Kejaplah".
"Kau nak singgah ke bazar? Aku nak beli lauk ni."
"Hih... pemalas sungguh kau ni. Apa salahnya kalau kau masak."
"Aku malas nak masak. Kau tak kenal lagi ke aku ni. Kalau mak aku pergi Seremban, tak ada maknanya aku beli lauk. Kalau tak beli aku nak berbuka dengan apa."
"Emmmm...aku no komen. Nasibla sapa yang jadi laki kau nanti."
"Kurus keringla jadinya." balas Ayu sambil tersengih.
Setelah menghantar Ayu ke rumahnya, aku terus memandu pulang ke rumah. Kelihatan mak sedang menjirus pokok bunganya di halaman rumah. Pokok bunga melur dan mawar merah kelihatan kembang mekar seindah warnanya. Kedengaran bunyi ayam berkokok dan anak ayam menjerit memanggil ibunya yang hilang entah ke mana. Itik nila dan angsa saling terkedek-kedek beriringan pulang ke sarang di belakang rumahku.
"Lambat kau pulang hari ni, Mar? tanya ibu sambil mengangkat pasu bunganya ke tepi dinding rumah.
"Mar singgah bazar tadi.Temankan Ayu. Mak masak apa hari ni? balasku sambil menanggalkan stoking di kakiku. Aku duduk di atas kerusi rotan sambil menanggalkan tudung di kepalaku.
"Masak lemak cili padi dengan kuih karipap sardin. Kegemaran kau tu."
"Ni yang buat Mar tak sabar nak berbuka ni."
"Kau tu dah solat Asar ke belum. Jangan nak lengah-lengah sembahyang bulan-bulan puasa ni. Kurang pahala puasa tu nanti."
"Yelahlah mak"
Itulah ibuku yang tak pernah jemu mengingatkan aku tentang sembahyang. Baginya, sembahyanglah segala-galanya. Walau susah mahupun senang. Mungkin sebab itulah dia sentiasa tenang walau apa yang jua yang datang. Bagiku, mak adalah contoh teladanku. Aku mahu menjadi sepertinya. Walaupun tak sekolah setinggi aku namun kaya dengan budi bahasa dan kasih sayang. Kesetiaannya kepada arwah bapanya tiada belah baginya. Doanya sering diutus walaupun sudah empat tahun bapa pergi meninggalkan kami.
"Nanti selepas berbuka, cepat bersiap. Solat terawih kat masjid."
"Malas la mak. Tak larat nak pergi. Perut ni dah kenyang sangat."
"Jangan nak mengada-nagada. Sapa suruh makan banyak. Kalau dah berbuka tu, makan macam tak makan seminggu."
"Alah mak, hari ni je. Bukan selalu. Mak pergi seorang dah la."
"Dah mak tak nak dengar alasan apa-apa lagi. Makan cepat sikit. Mak nak sembahyang Maghrib."
Mak berlalu dari meja makan dan terus ke bilik air. Aku nampaknya tidak berjaya memujuk mak. Ahh.... malasnya. Aku bangun sambil membawa pinggang ke singki lalu membasuhnya. Setelah selesai, aku terus berlalu masuk ke dalam bilik. Suasana di masjid sunyi dan kedengaran bacaan ayat Al-Quran melalui corong radio. Aku duduk di bucu almari dengan telekung di kepala sambil memeluk sejadah biruku. Mak duduk di hadapan saf menunggu kedatangan kawan-kawannya sambil membaca Al-Quran. Mataku sudah layu dan aku mengimpikan bantal busukku di rumah. Betapa enaknya kalau dapat tidur ketika waktu ini. Tiba-tiba kedengaran azan berkumandang di ruang angkasa Kampung Air Hitam. Aku seolah-olah pernah mendengar suara tukang bilal ini. Tapi di mana? Mungkin anak muda di kampung ni yang baru berjinak-jinak dengan tugas sebagai Bilal kampung. Setelah selesai solat terawih aku pulang bersama-sama mak dan Mak Esah.
"Hah! cikgu tak pergi sekolah ke esok."
"Emmm...esokkan cuti Mak Esah. Takkanlah Mar nak duduk sorang-sorang kat sekolah tu. Nanti orang cakap Mar ni tiga suku pulak."
"Datanglah ke umah mak Esah esok. Lama dah kamu tak pergi jengok umah Mak Esah. Dah tak sudi ke cikgu oiiii..."
"Bukan tak sudi, tapi malas Mak Esah."
"Dia ni kalau cuti-cuti bukannye buat apa pun Esah. Tidurlah kerjanya. Lagi tak terbit matahari tu taknya bangun ehhh.. Sebab tu tak ada orang masuk meminang sampai sekarang ni." kata ibu sambil memegang lampu suluh. Keliahatan gelap-gelita suasana tanpa disirami cahaya bulan.
"Biasalah Mar. Anak zaman sekarang. Samalah perangainya dengan si Ayu tu. Takpalah, dah sampai pun rumah aku ni. Aku balik dulu. Jalan elok-elok. Assalamualaikum." pesan Mak Esah.
"Waalaikummusalam." aku dan mak menjawab serentak.
Setelah pulang, aku menonton televisyen. Drama kegemaranku semestinya Tangisan Bulan Madu. Cerita yang sememangnya menyusuk jiwaku. Tapi tak seronok juga kalau menonton seorang di ruang tamu. Kadang-kadang bosan juga tinggal berdua. Asyik buat benda yang sama setiap hari. Abang aku dah kahwin dan menetap di Kuala Lumpur dan kakak sulungku bekerja sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Sabah. Kakak aku yang ketiga masih belajar di United Kingdom. Aku saja yang menetap di kampung ni. Setelah tamat diploma pendidikan di UPSI aku mendapat tawaran mengajar di kampungku sendiri. Rezekiku mungkin di kampung sendiri. Terasa juga ingin merantau ke tempat orang seperti abang dan kakak-kakakku. Tapi baik juga aku tinggal dekat kampung. Sekurang-kurangnya dapat aku jaga makan minum dan sakit emak. Lepas jugak rindu emak pada anak-anaknya yang lain. Emak datang dengan membawa segelas teh dan sepinggan pisang goreng lalu duduk di sebelah aku.
"Mak nak cakap sesuatu dengan Mar?" kata ibu seperti ada sesuatu yang emak simpan selama ini dari pengetahuanku.
"Apa dia mak? Macam serius sangat jer."
"Ni pasal masa depan Mar. Mar sekarang ni dah 27 tahun. Dah tiba masanya untuk fikirkan masa depan Mar. Mak ni dah tua. Entah esok ada ke tak lagi tak tahulah. Kalau diizinkan Allah, mak nak tengok kau berkahwin dan hidup bahagia Mar. Itu saja impian mak sekarang."
"Mak, kenapa cakap macam tu. Sedih tau Mar. Cukuplah Tuhan ambil ayah daripada Mar. Jangan ambil mak." balasku sambil memeluk ibu sekuat-kuatnya. Aku tiba-tiba berasa tersentuh dengan kata-kata ibuku itu. Jiwaku yang selama ini terlalu keras akhirnya retak seribu dengan kata-kata emak.
"Semua orang akan pergi Mar. Itulah dinamakan takdir Tuhan. Mar kena terima qada dan qadar. Andai mak pergi dulu, Mar pandai-pandailah bawa diri. Sebab tulah mak nak Mar kahwin. Sekurang-kurangnya ada orang yang dapat lindungi dan tengok-tengokan Mar suatu hari nanti." kata ibu sambil mengusap rambutku yang panjang ke paras bahu itu.
"Tapi mak, Mar tak bersedia lagi untuk itu. Mar nak bersama mak. Mar tak nak ulangi kesilapan lalu. Mar cukup menderita mak."
"Sudahlah, jangan dikenang kisah tu. Kan mak dah cakap yang ayah tak pernah bencikan Mar. Ayah amat sayang dekat Mar. Cuma ayah tak pandai nak tunjuk sayangnya pada Mar."
"Mak, kenapa Mar terlalu bodoh masa tu. Kalaulah Mar ikut cakap ayah mesti ayah masih hidupkan."
"Ishh. Tak baik cakap macam tu. Semua yang berlaku ada hikmahnya nak. Kalau tak jadi macam tu mungkin sekarang ni Mar tak bersama mak. Entah apa yang Mar buat kat luar sana. Mar kena bersyukur kerana Allah masih bagi kesempatan kepada Mar untuk kembali ke pangkal jalan."
"Nasiblah Mar masih ada emak. Kalau tak, tak tahulah kepada siapa Mar nak mengadu harap."
"Tapi Mar nak tahu tak? Dulu arwah ayah pernah inginkan Mar dijodohkan dengan anak Mak Esah, Razif abang Ayu. Mar ingat tak lagi?" tanya ibu sambil tersenyum.
"Razif yang nakal tu. Selalu ejek Mar ayam katik tu. Lepas tu suka mengusik jadi hantu masa Mar pulang mengaji dekat rumah Mak Piah. Tak naklah dia mak. Kenapa arwah ayah suka dekat dia. Dah la nakal lepas suka mengintai orang mandi pulak tu."
"Ishh...kamu ni. Itu dulu masih dia kecil lagi. Sekarang ni dia dah berubah. Masa lima tahun lepas dia ada datang ke rumah kita. Masa arwah ayah kamu masih hidup. Mak pun tak tahu kenapa arwah ayah kamu berkenan sangat dekat dia. Ayah kamu asyik memuji si Razif tu."
"Ni mesti dia pergi bomoh ayah ni. Kalau tak kenapa ayah terus suka dekat dia. Tak masuk akal."
"Tak baik Mar tuduh macam tu. Mungkin dia ikhlas dan baik hati."
"Mak tak kenal dia. Mar benci dia."
"Dahlah tu. Dah lewat ni. Nanti tak jaga pulak sahur. Pergi masuk tidur. Mak nak sembahyang sekejap." suruh mak sambil membetulkan sanggul rambutnya.
Hari berganti hari, sudah tiga minggu berlalu dan akan berganti bulan. Ramadan ingin melabuhkan tirai, Syawal pula datang mencelah. Aku masih menimbangkan permintaan emak dan mungkin sudah tiba masanya untuk aku lemparkan kenangan itu jauh dari sudut hatiku.
"Ayah, itu adalah keputusan Mar, kenapa ayah tidak pernah bagi Mar peluang untuk memilih jalan sendiri. Mar memang tak berminat nak jadi cikgu." kata aku.
"Sejak bila Mar pandai membantah kata orang tua. Mar sedar tak siapa dengan siapa Mar bercakap. Siapa yang tanggung persekolahan Mar sampai berjaya? Hina sangat ke kerja tu?" marah ayah kepada Mar dengan muka yang merah padam. Kesabarannya hilang disebabkan kata-kata anaknya yang bernama Mardiah.
"Kenapa ayah tak paksa kakak dan abang jadi guru? Kenapa Mar pulak. Ayah tahukan Mar suka melukis. Mar tak nak jadi guru. Itu adalah keputusan Mar." balas aku dengan nada memberontak dan kecewa.
"Baik kalau itu keputusanmu, Mar. Ayah takkan hiraukan apa yang kau mahu lakukan selepas ini. Buatlah apa-apapun. Bagi ayah, kau anak yang tak tahu kenang jasa orang tua. Ayah mahu tengok setakat mana kau boleh pergi dengan minat kau sebagai pelukis." pedih kata-kata ayah itu menikam perasaan muda anaknya itu.
"Sabar, abang. Jangan dikata begitu. Dia anak kita, bang." pujuk ibu sambil menepuk bahu ayah.
"Aku tak pernah ada anak sedegil ini. Apa yang aku buat bukan mahu merosakkan masa depannya. Apa yang dia dapat dengan melukis. Nak merempat di jalanan dengan lukisan itu. Aku suruh dia belajar supaya menjadi orang yang berguna untuk masyarakat. Bukan menjadi pelukis jalanan" balas ayah lalu bangun meninggalkan aku dan ibu di ruang tamu.
Sejak hari itu, hubungan aku terlalu jauh dan bagai ada sempadan yang kebal yang tidak dapat aku tembusi. Aku meneruskan minatku itu walaupun ditentang oleh semua ahli keluargaku termasuk abang dan kakak-kakakku. Aku belajar hidup berdikari dan aku semakin berani. Aku hilang arah dan semakin jauh dari prinsip hidup yang selama ini aku pegang. Aku telah berubah menjadi wanita yang berhati kering dan penuh dengan dendam terhadap keluargaku sendiri. Aku mula jebakkan diri dengan pelbagai lurah dosa. Aku telah menemui cinta pertamaku dengan seorang lelaki yang bernama Azlan. Dialah yang mengajarku erti kebebasan dan keseronokkan yang tidak pernah aku rasakan selama ini. Aku menjadi lupa pada asal dan siapa diriku sebenarnya. Pelajaranku entah ke mana. Yang aku tahu ketika itu ialah berserok sahaja. Aku sudah lama tidak pulang ke kampung. Telefon jarang sekali. Namun begitu, semua berakhir apabila aku mendapat panggilan telefon daripada kak long pagi itu.
"Eh! Mar. Kau ni nak jadi apa hah. Balik kampung pun tak pernah. Telefon tak pernah diangkat. Kau tahu tak ayah tenat dah ni. Kau ni nak jadi anak derhaka ke? Kak long nak kau balik kampung hari ni jugak. Kalau kau rasa sayang dekat ayah." kata kak long dengan suara yang nyaring dan berdesing telinga aku dibuatnya mendengar panggilan telefon itu.
Aku kelu tanpa kata-kata. Aku mati akal untuk berbuat apa-apa. Padaku semua itu seperti mematikan perasaanku selama ini terhadap ayah.. Aku berasa malu terhadap diriku ini. Ajakan Azlan untuk keluar pada malam ditolak oleh aku. Azlan mendesakku sehingga aku melakukan sesuatu di luar dugaanku. Aku telah meminta untuk memutuskan hubunganku dengan Azlan. Azlan memujukku dengan sumpah dan rayuan yang biasa kudengari. Aku tahu Azlan mempunyai wanita lain yang lebih cantik dan berada daripadaku. Dan aku tahu dia hanya mempermainkan perasaanku ini. Aku tidak mahu menggadaikan maruahku untuknya. Aku tinggalkan semua itu lalu mengikut kata hatiku yang inginkan ku kembali ke pangkal jalan. Dalam hatiku, aku takut kehilangan sesuatu yang amat bernilai dalam hidupku. Aku pulang keesokan harinya dengan seribu penyesalan. Setelah tiba di muka pintu bilik, ku lihat ayah terbaring lesu dan lemah seperti tidak bernyawa. Hatiku luluh dan rasanya seperti ingin rebah sujud di kaki ayah. Di situlah aku belajar sesuatu tentang erti kasih sayang yang sebenar. Air mataku menitis laju. Aku terus berlari memeluk ayah seperti aku kecil-kecil dulu. Ayah membuka kelopak matanya yang sudah berkedut menampakkan urat-urat hijaunya. Aku menangis hiba di sisi ayah.
"Ayah, ampunkan Mar. Ampunkan Mar." aku mengucup tangan ayah sekuat-kuatnya sambil menangis teresak-esak. Ibu datang menggosok belakangku. Aku merasa kebahagianku yang hilang kini datang kembali seperti dulu. Aku melihat ayah seperti ingin berkata sesuatu tetapi tidak berupaya. Ayah sudah hilang kekuatannya melakukan semua itu. Aku melihat air mata mengalir di pipinya. Ayah seperti menarik nafasnya dalam-dalam. Aku memejam rapat-rapat mataku seperti tidak mahu melihat semua ini berlaku di hadapan mataku sendiri. Semua datang mengelilingi ayah. Kak long tidak putus-putus membaca yasin untuk ayah. Ibu duduk di tepi aku dan abang ngah meriba ayah sambil mengajar ayah mengucap. Mulut ayah berkerut-kerut menyebut sesuatu. Aku dapat merasai betapa sakit dan perihnya ayah ketika itu. Ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan wajah yang tenang. Ayah pergi buat selama-lamanya tanpa sempat untukku meminta maaf kepadanya. Aku menjadi kabur pandangan lalu dunia menjadi gelap seketika.
"Mar, nanti kau hantarkan lauk ni dekat Mak Esah. Katakan mak tak boleh datang. Sibuk nak siapkan baju anak kak long kau ni. Kirim salam mak dekat dia." pesanan ibu itu mematikan lamunanku.
Aku seperti terpinga-pinga dan buntu dengan kata-kata. Lalu aku beredar dari perkarangan rumahku. Aku berjalan keseorangan kerana rumah Ayu tidaklah jauh sangat dari rumahku. Setelah lima minit, maka sampailah aku di halaman rumah Mak Esah. Kelihatan kereta Vios berwarna hitam mengilat-ngilat tersadai di bawah pokok mempelam. Aku dapat mengagak milik siapa kereta ini. Razif!. Mak Esah memanggilku masuk ke dalam rumahnya. Aku memberikan mangkuk tingkat yang diberikan oleh ibu kepada Mak Esah. Mak Esah memberitahu Ayu keluar ke pekan Bidor membeli kelengkapan untuk hari raya. Aku duduk di ruang tamu sambil membaca majalah Gila-gila. Aku malas menganggu Mak Esah di dapur. Biarlah dia dengan kerjanya. Aku terlupa untuk bertanya tentang Razif. Ke mana dia?
Tergelak-gelak aku keseorang seperti disampuk oleh jembalang tanah. Aku tiba-tiba terkejut dengan suara yang menyapa dari belakangku.
"Cikgu Ainul Mardiah sihat. Baru sampai ke?" sapa Razif dari belakang lalu duduk berhadapan denganku. Dia tersenyum memandang gelagatku yang serba tidak kena.
"Sihat. Awak pulak sihat? Lama tak jumpa ek. Baru balik ke?" tanyaku dengan nada suara yang tersekat-sekat.
"Saya macam yang Mar tengok la. Baru sampai semalam. Mak cik sihat. Lama saya tak jenguk mak cik."
"Ermmmm...mak sihat je. Yelah orang sibuk dengan kerja sekarang ni. Mana ada masa nak balik kampung. Nak buat bangunan tertinggi pulak kot."
"Sibuklah jugak. Tapi bukan saya tak nak balik. Cuma tak ada masa jelah. Sebab tulah sampai sekarang tak ada orang nak kahwin dengan saya. Termasuklah dengan awak."
"Eh! Apa pulak kena mengena dengan saya. Awak tak kahwin sebab memang tak ada orang nakkan awak tu. Dah la tak handsome pulak tu." balasku dengan senyuman sinis.
"Oh! Awak kata saya tak handsome. Sebab saya handsomelah takde orang berani nak kahwin dengan saya. Awak pun apa kurangnya, sampai sekarang tak kahwin-kahwin. Ke awak nak cari jejaka ayam katik, putera idaman awak tu" kata Razif sambil ketawa.
"Saya nak tunggu pinangan dari putera raja bukan ayam katik. Awak tu hantu galah panjang. Memang sesuai jadi arkitek."
"Putera raja hantu galah panjang awak tu dah ada dekat depan mata awak ni. Awak je tak perasan." Razif memandangku dengan seribu jawapan. Aku senyap bagai tiada suara yang ingin dikeluarkan. Mujur Mak Esah datang. Tidak apalah yang akan disoal lagi tentang diriku oleh Razif.
Aku berbual lama dengan Razif. Mak Esah hanya tersenyum memandangku. Aku berasa malu. Aku merasakan ada sesuatu yang berubah pada Razif. Dia tidak seperti yang aku duga. Mungkin sebab dia berpeluang belajar di luar negara sehingga mendidiknya menjadi seorang yang matang dan berfikiran jauh ke hadapan berbanding denganku. Dia kelihatan bijak dalam memberi pandangan yang bernas dan aku seronok bila berbual dengannya. Aku tidak merasakannya sebelum ini. Bagiku dia tidak seperti lelaki yang aku kenal sebelum ini.
Syawal kali ini memberi aku seribu makna yang tidak dapat dinilai nikmatnya. Setelah solat hari raya di masjid, aku bersama emak pergi melawat pusara ayah. Aku mensedekahkan bacaan yasin dan doa agar ayah bahagia di sana. Abang dan kakakku tidak pulang. Mereka terpaksa bertugas dan ada yang beraya di rumah mentua. Pagi itu juga aku terkejut apabila ibu memberi sebuah bungkusan yang mengandungi bingkai dan gambar yang mengimbau pada kenangan lalu. Aku membuka bungkusan itu dengan seribu tanda tanya. Bersama-sama lukisan itu, terselit sepucuk surat yang tertulis:
Assalamualaikum...
Ke hadapan anakku yang dikasihi dan disayangi. Ayah ingin menyatakan hasrat ayah melalui surat ini. Ayah terlalu kejam tehadap kamu. Ayah sedar tentang sesuatu apabila melihat lukisan ini, Mar. Ayah telah melakukan kesilapan besar terhadap seluruh kehidupanmu.
Ayah telah kenal siapa, anakku yang bernama Ainul Mardiah setelah melihat lukisan ini. Mungkin ketika Mar membaca surat ini, ayah sudah tiada di dunia ini. Tapi apa yang ayah mahu ialah melihat Mar di sisi ayah sebelum ayah pergi nanti. Maafkanlah ayah, nak. Ayah amat menyayangimu. Tidak pernah tersimpan perasaan benci dalam hati ayah terhadapmu.

Sambunglah cita-citamu. Ayah sentiasa menyokongmu. Ayah harap Mar dapat mencari kebahagian dan impian yang sebenar. Sekian,anakku.

Ayahandamu,
Bakar

Tersentuh aku apabila membaca surat itu. Tidak kusangka lukisan ini telah merubah segala-galanya. Seingat aku, lukisan ini telah memenangi tempat pertama di peringkat negeri sempena Hari Keluarga. Ketika itu aku masih belajar di tingkatan lima. Aku melukis hanya sekadar minatku yang mendalam terhadap seni lukisan. Aku memberi tajuk lukisan ini "Di Persimpangan". Bagiku, lukisan itu mempunyai sesuatu yang amat bernilai buatku. Lukisan itu menceritakan tentang aku dan ayah. Hanya aku dan ayah yang memahaminya. Aku tidak mahu ayah tahu pasal lukisan itu. Aku tahu ayah tidak suka aku melukis. Jadi aku telah menyimpan lukisan itu di dalam bilik stor. Semua yang berlaku adalah ketentuan Ilahi. Hanya Allah yang mengetahuinya. Aku amat merindui ayah.
Pada malam itu, aku keluar bersama-sama Razif ke sebuah Restoran Ala-ala Masakan Thai yang terkenal di Ipoh. Aku tidak tahu mengapa beria-ia benar Razif mengajakku keluar pada malam itu. Aku terasa sungguh bangga berjalan di samping seorang lelaki yang gagah perkasa dan tinggi macam menara KLCC. Aku merasakan orang-orang lain memandang kami berjalan berdua-duaan. Bagai langit dan bumi. Aku yang sememangnya seorang gadis yang rendah berbanding Razif yang tinggi. Mungkin lahir rasa cemburu melihat kami berdua. Aku suka perasan sendiri. Setelah tiba di restoran itu, kami duduk di bawah cahaya lampu yang bagiku terlalu romantik. Di hadapanku terlihat sebatang lilin merah dan sekuntum bunga yang seolah-olah mengerti hasrat dan perasaan kami berdua.
"Mar, Razif ingin nyatakan sesuatu. Tapi Mar kena dengar dahulu."
"Apa sebenarnya yang Razif nak katakan. Cakaplah, Mar sedia menerima apa jua yang lahir dari mulut Razif."
"Sejak dulu lagi saya menyimpan perasaan yang mendalam terhadap Mar. Tapi perbezaan jarak dan masa yang membataskannya. Tapi sekarang ni saya tak akan lepaskan peluang ni. Saya nak melamar awak sebagai teman dan isteri saya sehingga ke akhir hayat. Sudikah Mar menerima lamaran saya?"
"Kenapa terlalu cepat Razif membuat keputusan. Razif dah fikir semasak-masaknya. Mar tak nak nanti Razif menyesal. Mar bukanlah seorang wanita yang sempurna. Mar takut tak dapat menjadi isteri yang sesempurna seperti Siti Khatijah dan sesetia Siti Zulaika kepada Nabi Yusuf."
"Saya tak kisah semua itu Mar. Bagi saya semua manusia tidak dilahirkan sebagai seorang yang sempurna. Tak ada semua manusia yang suci dari melakukan kesilapan. Saya terima Mar seadanya. Saya yakin awak dapat membahagiakan saya. Itulah impian saya dari dulu lagi. Saya mahukan hubungan cinta suci ini diikat dengan lafaz nikah dan terbina dengan hubungan yan sah. Sudikah Mar menjadi pemaisuri dalam hidup saya."
"Mar tak pernah mengharapkan apa-apa dari Razif. Tapi kalau itu yang Razif mahukan, Mar terima. Hanya yang Mar pinta, bimbinglah Mar menjadi isteri yang solehah dan Mar mahukan kebahagian di dunia dan akhirat.
Begitulah kisah cintaku dengan Razif. Cinta yang kian berputik dan mula mekar di sebalik tabir hatiku. Syukurlah kerana masih diberi kesempatan dalam ruang hatiku ini untuk Razif. Aku masih rasa berpeluang untuk dicintai dan mencintai. Cintaku padanya mengajar aku erti kesetiaan dan pengorbanan. Kini aku bahagia di sisi keluargaku. Aku telah menerima lamaran Razif. Aku akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi dengan Razif setelah mengikat setahun tali pertunangan. Aku ingin menunaikan harapan ayah dan ibu untuk melihat aku hidup bahagia dengan Razif. Aku akan menjadi seorang yang dapat berbakti kepada masyarakat walaupun dalam apa jua bidang baik sebagai guru mahupun pelukis. Aku akan tunaikan harapan ibu dan ayahku itu.
Aku mula bergiat semula dengan bidang seni. Bagiku aku tidak perlu lemparkan bakat yang telah dianugerahkan oleh Tuhan kepadaku. Akan aku curahkan segala ilmu yang diperolehi untuk generasiku yang akan datang. Tugas yang aku galas semakin hari semakin berat. Tapi aku akan perjuangankan semua itu hingga ke akhir hayatku. Dan aku berharap Razif dapat menjadi tulang belakang serta memberiku kekuatan dan kebahagiaan yang selama ini kucari. Persimpangan yang telah menjadikan aku seorang manusia yang dapat mengerti tentang erti kasih sayang dan harapan. Kini persimpangan itu telah berlalu bersama kenangan lalu. Biarlah kenangan itu terkubur sebagai sejarah biarpun kini ayah sudah tiada. Aku ingin menyambung hasrat ayah. Hanya kupinta semoga ayah juga bahagia di sana.
posted by Penulisan2u @ 2:53 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
4 Comments:
  • At 3/11/08 10:36 PG, Blogger nana_yoong said…

    i pon rendah gak, xdpt lagi laki tgi setgi KLCC. hahhaha

     

  • At 3/11/08 9:13 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mak aih..bapak jiwangnye kwn aku sorg ni..haha..
    karya ko mmg mantap ler..
    sedih plak bab aku bace tang arwah ayah mar tu.huhu cam nak nangis pon ade..
    pepun gud luck tuk matahariku..cam slalu dga je bunyi tu?? hehe
    curi aku punye lagu tema tu..haha

     

  • At 6/11/08 6:27 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sweet story...teruskan usaha anda.. yg menulis nie cikgu gak ek??pe pun gud luck 2 u dlm bidang penulisan nie..:0)

     

  • At 7/11/08 11:53 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    yela..penulis ni cikgu gak ke??
    bgus..leh jdk teladan pd anak2 murid..chayok2..hehe

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group