Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Kalau kita tak mendengar tazkirah lebih dari 3 hari, hati kita akan mati." kata- kata ini amat sesuai dengan diriku..sementelah lagi selepas kaki ini melangkah ke IPTA. Amat kurang aku mengisi hatiku yang dah laparkan pengisian rohani ini dengan tarbiyah hati..bila dah agak "lalai" ni, banyak jer anasir-anasir luar yang nak menceroboh masuk..yer r kan, antivirus yang kuguna dah lama tak di updatekan dengan tazkirah..
Saban waktu, aku selalu lihat roomateku berbalas-balas mesej dengan si buah hati pengarang jantung..terdetik juga dihati perasaan iri hati..Sebelum ini, aku sentiasa diberi peringatan oleh sahabat –sahabatku tentang couple ni..tiada istilah couple dalam Islam. Yang ada hanya jalan-jalan yang dapat melorongkan ke arah perzinaan..
"tiada hubungan antara lelaki dan perempuan melainkan perkahwinan"
" la taqrabuz zina!! menghampiri zina pun dah tak boleh, apalagi melakukan zina..menghampiri tu termasuklah ber’couple dan bergaul bebas lelaki dan perempuan.zina ni boleh jadi zina hati,mata, telinga dll" nasihat seorang sahabatku dalam satu majlis ilmu di sekolah dulu...
tapi, selepas masing-masing bawa diri, tiada lagi nasihat yang mengunjung tiba..yang ada hanyalah bisikan nafsu muda yang ingin bebas setelah lama dibiuskan dengan ingatan dan nasihat sahabat-sahabatku...
**************************************
Akhirnya, aku berkenalan dengan "seseorang"..mulanya tu sebab tersilap call.. Aku terlupa akan kata-kata yang pernah kuucapkan pada seorang sahabatku dulu.
"Norul, lau boleh cuba elakkan bercakap dengan lelaki dalan telefon untuk mengelakkan zina hati dan telinga.mungkin kita kata, kita leh kawal hati kita, tapi macam mana dengan lelaki tu??lau bercakap sudah pasti, akan bergelak ketawa.dan sedikit sebanyak ia akan mencetuskan satu perasaan lain di hati masing-masing."
Dan juga kata-kata ustazahku.
"Dua orang(lelaki dan perempuan) yang bercakap dalam telefon ditempat yang sunyi,sama jer dengan berkhalwat.yang bezanya tak nampak muka secara zahir tapi hanya diimaginasikan ada didepan mata..lainlah kalau bercakap depan ibubapa dan kawan-kawan.intonasi suara dan apa yang dicakapkan tu leh dikawal lagi.tapi,kalau sorang-sorang dalam bilik??mula tu ok lagi,tanya khabar jer.lama-lama.....Antum fikir sendiri.."
Benarlah Allah akan uji setiap bait kata yang terucap di bibir kita..itulah yang berlaku pada diriku.pada mulanya aku sekadar menganggap Akmal sebagai kawan biasa sementelah lagi aku sebenarnya agak malu dengan lelaki sebelum ini.tapi,lama-kelamaan, dari seorang teman biasa dah jadi agak "luar biasa"..Diriku semakin hanyut dengan cinta manusia yang tak berkesudahan.cinta yang penuh dengan kepuraan tapi disebalik kepuraan itulah aku tetap berada dan hinggap.Terasa agak pelik dan janggal bunyinya..
Masa tu, terselit juga satu perasaan bersalah pada diri sendiri, lebih-lebih lagi perasaan takut dan malu pada Allah masih ada..tapi, perasaan untuk enjoy lagi mendominasi diri."muda hanya sekali,so kita enjoy!!" entah macam mana aku boleh terlupa.Ya!! muda memang hanya sekali.tapi, alangkah eloknya masa muda tu aku gunakan untuk gerak kerja Islam!!membantu teman-teman yang masih lagi diulit mimpi yang tak berkesudahan!!dan sudah tentu membantu diriku sendiri..
Tapi, saat itu diriku juga masih terumbang-ambing.turut sama "berganding bahu" ke arah perkara yang tak elok.masih lagi perlukan seseorang umtuk membangunkan aku dari angan-angan yang tak berkesudahan.
"neza, esok keluar nak??kita tengok wayang.." Ajakan dari Akmal membuatkan aku terfikir sejenak..TENGOK WAYANG!! Sepanjang usiaku, aku tak pernah tengok wayang..bukan kerana ditempatku dulu tak ade panggung wayang melainkan hatiku sentiasa berfikir bahawa tempat tu tak sesuai dengan diriku..
Aku serba salah.Antara naluri hatiku dengan ajakan seseorang yang istimewa.Mana lagi penting???Alhamdulillah Akmal dapat terima yang aku tak nak tengok wayang walaupun pada mulanya dia agak kecewa..last-last dia datang kat kampus aku jer..Masa tu aku mampu lagi menolak, akan datang ???
*****************************************
Sampailah satu ketika, tika itu aku dalam perjalanan balik kampung sempena cuti semester..aku solat Subuh disebuah surau..tetiba jer seorang adik( lebih muda dariku, mungkin masih sekolah menengah), bertanyakan maksud dari surah as-Soff ayat 3-4.. Walaupun aku rasa agak pelik, tapi aku tengok juga ayat yang adik tu tunjukkan. Patutlah dia guna al-Quran yang tak ade terjemahan.Then,aku menunjuk ke arah tafsir yang ada kat surau tu..
Adik tu kemudiannya amik tafsir tersebut dan menyuruhku baca..
"mengapa kamu katakan apa yang tidak kamu kerjakan.sesungguhnya Allah benci pada sesiapa yang mengatakan sesuatu yang tidak dilakukannya.."
Aku terkedu seketika, Ya Allah, apa yang dah kulakukan selama ini.. tanpa sedar manik-manik ait mataku luruh tanpa rasa segan dan malu.selepas itu baruku tersedar rupa-rupanya adik yang menegurku tadi ialah juniorku masa aku masih bersekolah dulu..
Hatinya tergerak mahu menyapaku selepas melihat caraku berpakaian yang agak berbeza berbanding dengan waktu persekolahanku dulu..pakai lebih kurang ajer dan tak menepati cara berpakaian seperti yang disarankan oleh Yusuf al-Qadrawi seorang ulama’ yang disegani.apa yang ditekankan oleh Yusuf al-Qadrawi ialah pakai pakaian seperti dalam solat, tidak terlalu jarang,tidak terlalu nipis,tidak menjolok mata dan semua ini hendaklah berlaku secara serentak..kata-kata yang acapkali kusebut tika majlis ilmu disekolah dulu..
Aku mendakap tubuhnya dan mengucapkan terima kasih di atas tegurannya yang kukira amat berhikmah..tanpa perlu bersyarah panjang lebar hanya sekadar menggunakan ayat al-Quran mampu meluruhkan hijab yang mengaburi mataku sebelum ini..
Hatiku tak putus-putus mengucapkan syukur pada Allah.walaupun diri ini sentiasa lalai dan leka dengan secebis nikmat dunia, tapi Dia masih berikan aku peluang untuk meng’islah kembali jawarihku..Syukur padaMu Ya Rabb..
***********************
Dan, mungkin ianya satu kebetulan ataupun satu rencana yang telah dirancang oleh Allah ke atasku,seorang sahabatku mengirimkan satu SMS yang agak ringkas tapi amat meruntun naluriku..
"Sahabatku,apa khabar imanmu tika ini?? Salam ingatan dari sahabat untuk sahabat tersayang"
Sudah agak lama aku tak mendengar kata-kata ini... "apa khabar wahai imanku saat ini?adakah di tahap yang terlalu kronik hingga perlukan syifa’ segera??nau’ zubillah." Segala perbuatan yang telah kulakukan dulu terbayang dimata..ligat bermain-main di tubir mataku seolah-olah tersenyum mengejek bahawa diriku telah kalah..telah kalah pada gelonjak nafsu muda.telah kalah pada naluri yang inginkan keseronokan palsu semata-mata..kalah?? adakah aku benar-benar telah kalah??
Cepat-cepat gambaran itu ku tepis bila kurasa perasaanku kembali berbolak-balik.. Ya Allah,kau tetapkan hatiku ini pada jalanMu Ya Allah..jalah yang kau redhai dan jalan para pencintaMu Ya Rabb.. Ya!!aku akan cuba bangkit kembali..sebab kutahu aku masih ada Tuhan yang takkan tinggalkanku keseorangan.. Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun...
"Sahabat, terima kasih diatas ingatan tulusmu..ketahuilah sahabat, hatiku tika ini menangis hiba lantaran sikap dan jawarihku sedikit tersasar. Perasaan inginkan keseronokkan telah menguasai diri dan hatiku. Sahabat,jangan kau terkejut andai mendapat berita tentangku yang agak terleka dengan cinta manusia dan zaman remaja yang amat mencabar ini..Alhamdulillah, Allah telah memberiku kesedaran bahawa apa yang sedang kulakukan adalah salah melalui seorang teman..kini, aku ingin bangkit kembali dan mengotakan janji yang pernah terlafaz dulu.. Janji yang diucap dihadapan ustazah Solehah dan sahabat- sahabat bahawa diri ini mahu menjadi mata-mata rantai perjuangan As-Syahid Hassan al-Banna.Doakan diriini sahabat...."
Sejujurnya aku membalas SMS sahabatku itu..Sebab memang itulah hasrat hatiku kini.. akan ku cuba lupakan dan jauhkan perasaan terlalu cintakan dunia.. janji yang pernah terluah dulu sedikit sebanyak akan kucuba tunaikan. Ku coretkan ungkap kata yang lebih kepada rasa yang kurasakan sekarang ni buat sahabat-sahabatku..
Hati ini acap kali berbicara, Hati ini kerap kali mengeluh hiba, Bilakah hati yang kian haus ini Bakal disirami embun yang Dapat menghilangkan kehausan ini...
Mujur ada tangan yang masih setia Menghulur, walau seringkali kasar ditepis tangan itu, oleh jawarih dan tutur kataku yang kasar terluah...
namun,hati si pemiliknya tegar jua untuk menarikku jauh dari kebingungan ini, jauh keluar dari ancaman nafsu lawwamah yang kian hebat menghimpit diri, semakin hari kian menyesak nuraniku.
Kini, Huluran itu kusambut jua, Seiring hasrat naluriku untuk berubah, bisikan dan gelisah kalbu yang sering bertamu dulu kian menjauh, tutur hikmah seorang sahabat mampu menjadi benteng diri, dan menarikku rapat denganNya...
terima kasih teman, kerana sudi hadir dalam hidup ini, hati yang dulu gelisah sentiasa, kian pudar dan menghilang, benarlah kata pujangga hati yang tertaut kerana Allah, ikatannya sangat manis dan utuh kekal selamanya....
***************
"Akmal, saya minta maaf banyak-banyak lau kata-kata saya ni membuatkan awak kecewa..Tapi, saya nak awak tahu kekecewaan sekarang amat kecil berbanding dengan kecewanya iman kita tatkala melihat kita berhubung sebegini..saya nak awak tahu, perhubungan sebegini takkan kemana.saya sudah sedar apa yang berlaku dan saya juga amat berharap agar awak juga sedar bahawa jodoh pertemuan itu ditangan Allah.hanya Dia yang dapat menyatukan hati-hati hambaNya.lau boleh kita jangan berjumpa lagi selepas ini.kita sama-sama meng’islah diri kembali dan merenung dengan mata hati setiap apa yang telah kita lakukan..Insya’Allah kalau ada jodoh,kita akan berjumpa lagi dalam situasi dan keadaan yang berbeza.." ~ Neza~
Sepucuk surat perpisahan kuberikan kepada Akmal.. ku doakan agar dia faham dan dapat menerima keputusanku ini dengan hati yang terbuka. apa yang ku ingin lakukan sekarang ialah meneruskan perjuangan as-Syahid Hassan al-Banna di kampusku sekarang.."jika kamu mengejar akhirat nescaya dunia akan mengejarmu".Insya’Allah..
itulah yang aku sdg hadapi skang.... disbbkn hubungan kami xkn kemana, kami mengambil keputusan untuk berpisah... btapa pedihny prasaan ini... tp itulah yang sebaik-baikny... kalau kami mmg ditakdirkn bersama, insyaAllah.... jika bukan, ak redha....
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
alhamdulillah moga saya juga mampu melakukan sedemikian rupa...