Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Awak nak pergi jauh..?" soal Erni, matanya berkaca memandang Hairie tidak mengerti. Hairie merenung Erni, bibirnya bergerak-gerak seakan ingin menyatakan sesuatu, tapi suaranya seakan tersekat di kerongkong. "Sayang..awak, awak tahu kan…" Hairie tidak dapat menghabiskan kata-katanya, dia menjadi kelu melihat Erni yang sudah mula menitiskan air mata. Hairie menarik tangan Erni ke pangkuannya lalu digenggam erat. Erni membiarkan. "Sayang, awak tahukan saya sayangkan awak..saya cintakan awak sorang je..Erni sayang, saya pergi dua tahun je..saya janji takkan lupakan awak…Awak tunggu saya ya sayang..?" Hairie memandang lembut wajah Erni, sedaya-upaya dia cuba memujuk hati Erni. Titisan jernih masih lagi bersisa di pipi mulus gadis itu.
"Kenapa awak mesti pergi..awak memang tak fikir langsung tentang perasaan saya kan.. awak cuma fikir masa depan awak sorang je. Mungkin dua tahun bagi awak tak lama, tapi bagi saya, dua tahun tanpa awak, sangat-sangat menyeksakan! Memang awak boleh janji macam-macam, tapi dalam masa dua tahun tu, apa-apa pun boleh jadi." Erni teresak-esak menangis. Hairie mengeluh..tidak tahu apa lagi yang perlu diperkatakan. "Erni..tolonglah faham saya…." Hairie memandang penuh pengharapan, tangan Erni digenggam erat. Erni membatu. Suasana sepi seketika... Tiba-tiba Erni bangun, genggaman tangan Hairie direntap. Hairie tersentak. "Sayang..?" Hairie kaget. Erni memandangnya sedetik, kemudian berlalu pergi. "Erni…." Hairie hanya mampu mengeluh di dalam hati. Dia tidak terdaya melakukan apa-apa lagi. Betapa dia mohon pengertian gadis itu sekarang. Pandangan kosong dilemparkan pada riak air Tasik Titiwangsa itu. Namun hatinya tidak setenang itu…
******
"Erni pergi mana tadi?" Niat Puan Sariah mahu berbual-bual dengan anak gadisnya itu terhenti. Hairan melihat wajah gadis itu yang masam mencuka. Apa kena dengan budak ni..desis hatinya. Namun dibiarkan sahaja. Masak sangat dia dengan perangai Erni, lagi ditanya lagi parah jadinya. Bila hatinya sejuk, dia sendiri akan datang bercerita. Sedari kecil memang begitu. Erni memang suka berterus-terang tentang perasaannya. Kalau merajuk, Erni akan memberitahu apa yang membuatkan dia terasa hati selepas rajuknya itu hilang.
Erni menyembamkan wajahnya ke katil dan menangis semahu-mahunya. Terasa tidak percaya apa yang dilaluinya sebentar tadi. Hatinya masih tidak mengerti apa yang terjadi. Dia tidak pernah membayangkan situasi sebegini. Tidak pernah dia terfikir untuk berjauhan dengan Hairie. Hairie akan tinggalkan aku… Tidak..Hairie bukan begitu.. Tapi Hairie memang akan tinggalkan aku..! Suara hatinya berbicara sendiri. Erni mencapai telefon bimbitnya. Tiada pesanan mahupun panggilan dari Hairie. Memang dia dah lupakan aku..Desisnya. Tiba-tiba hatinya menjadi geram, lalu dimatikan telefon bimbit itu. Bukannya nak pujuk aku! Erni merengus sendiri.
******
Jam di dinding menunjukkan pukul 5.30 petang. Usai solat Asar, Erni termenung di birai jendela biliknya. Tiada apa yang menarik, hanya barisan rumah di hadapannya dan suara kanak-kanak yang sedang riang bermain tapi tidak kelihatan. Mungkin di taman permainan yang tidak jauh dari situ. "Erni tak turun makan ke?" tiba-tiba suara Puan Sariah kedengaran di luar bilik. "Tak lapar lagi Ma," Erni menjawab malas. Perbualan habis di situ. Erni berlalu ke katil. Bola matanya tertancap pada bingkai gambar di atas meja kecil di sisi katil itu, lalu dicapainya. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu. Dia dan Hairie sedondon memakai warna ungu. Gambar itu di ambil sewaktu majlis perkahwinan abang Emran tahun lepas. Itulah pertama kali Hairie datang ke rumah, lalu diperkenalkan kepada keluarga. Papa dan Mama menerima baik kedatangan Hairie, cuma Mama seakan kurang senang dengan hubungan mereka. Tidak pula Mama mengatakan yang dia tidak setuju tapi dari reaksinya Erni perasan yang Mama sedikit kurang senang. Tapi Erni tidak ambil kisah, selagi Mama tidak menyatakannya terang-terang.
Erni meletakkan kembali bingkai itu di tempatnya. Di mencapai telefon bimbitnya lalu dihidupkan. Selepas seketika, pun masih tiada apa-apa khabar dari Hairie. Erni menjadi geram. Dimatikan kembali telefon bimbit itu. Egokah aku…? Penting dirikah aku…? Dia menyoal hatinya sendiri. Dia tidak pernah menghalang Hairie untuk melakukan apa-apa, malah dia tidak putus-putus memberi semangat. Sewaktu belajar dahulu, Hairie mahu bekerja sambilan. Dia agak kurang setuju kerana bimbang pelajaran Hairie terganggu, tapi masih, dia memberikan semangat dan bantuan seadanya. Dialah yang menjadi jam loceng Hairie setiap pagi kalau-kalau lelaki kesayangannya itu terlajak tidur, sentiasa mengingatkan Adi, teman karib Hairie supaya menyimpan nota untuk Hairie kalau-kalau teman lelakinya itu tidak dapat ke kuliah dan dia sendiri yang akan menghantar Hairie ke tempat kerja kalau hari hujan, tidak sampai hati dia membiarkan Hairie menunggang motosikal dalam cuaca sebegitu. Segala-galanya dia lakukan untuk Hairie. Cintanya dia pada lelaki itu hanya Tuhan yang tahu. Biarlah ada seribu lelaki yang lebih baik, di matanya tetap Hairie yang paling sempurna.
Kursus mereka berbeza di universiti, jarak usianya dengan Hairie pun berbeza dua tahun. Selepas tamat belajar, Hairie mendapat kerja tetap di sebuah firma pengurusan kewangan. Erni masih lagi di universiti yang sama meneruskan pengajiannya. Namun hubungan mereka masih baik, tidak terjejas apa-apa. Dia selalu membantu di saat-saat poket Hairie kering di tengah bulan ketika awal bekerja dahulu. Tidak sedikit pun dia kisah walaupun sesetengah orang mengatakan dia terlalu memanjakan Hairie. Baginya dia tidak perlukan apa-apa selain kasih-sayang dan perhatian Hairie. Sebab itulah, bila Hairie menyuarakan hasrat untuk menerima tawaran kerja di Cape Town pagi tadi, dia begitu kecil hati. Tidak cukup lagikah apa yang Hairie miliki sekarang ini? Kenapa perlu pergi jauh? Sungguh dia tidak mengerti... ******
‘Erni sayang, flight saya pukul 2.00 petang ni. Terpulanglah pada awak nak datang atau tak. Saya sentiasa menunggu dan saya harap awak pun sentiasa setia menanti saya .I Love You…’ -Hairie
Bola mata Erni buntang membaca pesanan ringkas tersebut. Matanya memandang jam di dinding. 12.30 tengahari! Perjalanan dari rumahnya ke KLIA memakan masa hampir satu jam. Erni pantas bangun menuju ke bilik air membersihkan diri. Sekilas memandang wajahnya di cermin, Erni mencebik tidak puas hati. Wajahnya sembap kerana banyak menangis dan lewat tidur semalam. Pukul berapa dia lena pun dia tidak sedar. Sedaya-upaya dia cuba melitupnya dengan concealer. Dia tidak mahu Mama lihat wajahnya sembap. Dia tidak mahu Hairie lihat wajahnya sembap dan tidak cantik sebelum pergi!
"Erni nak pergi maa…?" Puan Sariah tidak sempat menghabiskan kata-katanya. Pusing kepalanya melihat Erni terkocoh-kocoh menuruni anak tangga lalu berlari keluar. Seketika kemudian kedengaran enjin kereta dihidupkan dan sayup-sayup meninggalkan halaman rumah. Puan Sariah terkebil-kebil sendiri.
Erni memandu bagaikan masa tidak menunggunya lagi. Dirempuh sahaja lampu isyarat merah dan dia tidak kisah lagi memotong selagi ada ruang. Hon-hon dari kenderaan lain dia tidak peduli lagi. Hatinya sakit merentasi jalanraya yang sesak di kota metropolitan itu lalu Erni menghala arahnya ke KL Sentral. Sampai di KL Sentral, Erni parkir keretanya di Hotel Hilton. Lantaklah mahal pun, nak cepat ni! Bisik hatinya. Dia berlari menuju ke lif. Lif yang menyusup pantas itu dirasakan lambat sekali. Melangkah keluar dari pintu lif, dia berlari lagi menuju ke kaunter tiket KLIA Transit. Erni mundar mandir di platform. Tren masih belum tiba, dia resah. 6 minit menunggu dirasakan begitu lama. Ingin saja dia menangis tapi dia tahu malu.
Melangkah masuk ke dalam tren, Erni memilih tempat duduk yang berhampiran pintu. Ada seorang lelaki Cina duduk di hadapannya. Erni tidak dapat menahan lagi, dia tidak kisah lagi dengan sesiapa di situ, air matanya mengalir. Dia tertekan dalam keadaan sebegitu.
******
Hairie asyik memeriksa telefon bimbitnya, kalau-kalau ada pesanan ataupun panggilan dari Erni. Tetapi hampa. Erni benar-benar merajuk kali ni…gerutunya. Sudah dua kali panggilan untuk ke pesawatnya diumumkan, tapi Hairie masih terasa berat untuk pergi. Di pandang adiknya di sebelah, Halif dan temannya Adi, yang turut sama hadir menghantarnya di KLIA. Halif sedang asyik membaca suratkhabar manakala Adi biasa-biasa saja, sedang memeriksa sesuatu di telefon bimbitnya.
"Erm, aku nak pergi dah ni." Hairie bangun. Halif mendongak, kemudian tunduk kembali melihat jam tangannya. "Kak Erni tak datang ke?" Halif bertanya, tidak tahu apa-apa. Hairie tersenyum tawar sambil mengjungkit bahu. Adi yang tahu apa yang berlaku hanya diam. Dia tahu Hairie kecewa Erni tidak datang mengiringinya. Tapi gadis itu juga harus diberi masa. "Okaylah, Along pergi ni. Tengok-tengokkan mak, abah, adik-adik kat rumah. Ada apa-apa bagitahu Along. Kau pun jaga diri baik-baik jugak." Halif mengangguk-angguk. Hairie memeluk adiknya. Dihampiri Adi. "Adi, tolong jaga Erni, untuk aku…" Adi mengangguk, mengerti sekali. Dipeluk sahabat baiknya itu. "Pergi ni, Assalamualaikum." "Waalaikumussalam.." Halif dan Adi menjawab serentak. Hairie berlalu namun bola matanya masih meliar mencari kelibat Erni. Tiada.. Hairie melangkah hampa.
******
"Hairie!!! Awak!!" Erni menjerit tercungap-cungap. Dilihatnya Hairie sudah melepasi pemeriksaan imegresen kastam. Seketika kemudian Hairie menoleh ke belakang. Dilihatnya lelaki itu terpaku. Erni melambai, dia tersenyum dalam tangisan yang tidak berhenti. Hairie mengangkat tangan membalas lambaian, tapi masih kaku. Dia tidak percaya Erni ada di situ. "I Love You!!" Erni menjerit, nada suaranya bergetar, tidak segan-silu lagi dengan orang ramai yang ada di situ. Hairie tersenyum lebar, dadanya sebak. Dia membuat isyarat supaya Erni menunggu dia kembali. Erni mengangguk-angguk seakan faham. Hairie melambai-lambai sambil melangkah pergi..
Erni memandang sekeliling, semua mata tertumpu ke arahnya. Dia malu sendiri, tetapi dia tidak begitu peduli. Yang penting Hairie tahu cintanya tak pernah pudar. Erni melangkah longlai keluar dari situ. "Cik, kad pengenalan." Erni tersentak. Lupa pula sebentar tadi puas dia memujuk pengawal keselamatan dan polis di situ supaya membenarkan dia masuk lalu menyerahkan kad pengenalannya sebagai jaminan. "Terima kasih.." Erni mengambil kad pengenalannya lalu dimasukkan ke dalam tas tangan.
Sampai di rumah, kelihatan Puan Sariah sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah. "Erni pergi mana tadi?" Soal Puan Sariah sebaik sahaja anak gadisnya itu melangkah keluar dari kereta. "Pergi airport ma," Erni duduk di kerusi batu di laman berhampiran Mamanya. "Erni pergi airport?" Puan Sariah bertanya lagi, ingin memastikan apa yang didengarinya. "Erni hantar Hairie, dia ke Cape Town.." Puan Sariah menutup pili air lalu duduk bersama di kerusi batu tersebut. "Hairie pergi Cape Town? Buat apa? Berapa lama? Tak bagitahu Mama pun?" Bertubi-tubi soalan Puan Sariah. Wajahnya bersemangat ingin tahu. "Erni pun baru tahu tiga hari lepas. Bos dia hantar dia ke sana, katanya jadi project manager kat sana..dua tahun ma…lama kan.." Erni merenung Mamanya. Puan Sariah termenung sejenak. "Lama jugak tu..takpelah Erni, ramai lagi lelaki yang sudi nak kat anak mama ni.." Erni tersentak. Kenapa Mamanya berkata begitu? Kenapa Mama seolah-olah melemahkan semangatnya. "Kenapa mama cakap macam tu? Bukannya Hairie nak putuskan hubungan dengan Erni, dia cuma pergi sana untuk kerja kan Ma? Lama mana pun Erni akan tunggu dia!" Tiba-tiba Erni jadi emosi. Ditinggalkan Puan Sariah sendiri dan berlalu masuk ke rumah.
Di biliknya, Erni menangis. Niatnya untuk berkongsi perasaan dengan Mamanya terbantut. Sudahlah sedih, Mamanya pula seakan gembira Hairie pergi. Kenapa Mama begitu? Erni tidak faham apa yang wanita itu maksudkan. Sesungguhnya dia setia menanti.
******
Sudah hampir empat bulan Hairie pergi. Erni pun sudah betah sendiri. Selang tiga hari Hairie akan menghantar e-mel padanya. Kadang-kadang seminggu sekali di waktu sibuk. Ada juga Hairie menelefon, tetapi tidak lama. Sekadar bertanya khabar dan melepas rindu. Sesungguhnya Erni teramat rindu, tetapi dikuatkan hatinya. Malam itu Hairie mengirimkan gambar-gambarnya di Cape Town melalui e-mel. Erni tersenyum sendiri melihatnya. Hatinya berasa sayu, terasa Hairie amat jauh darinya. Semoga Tuhan kuatkan hatinya, dan hati Hairie juga.
"Erni, taknak makan malam ke? Mama dengan Papa nak turun makan ni" Kedengaran suara Mamanya di luar bilik. Erni bangun membuka pintu. "Papa dah balik?" Erni menjengulkan kepala ke luar pintu. "Ada kat bawah, baru sampai." Puan Sariah berlalu. Erni tercegat seketika di muka pintu. Tidak lama kemudian dia mengekori langkah Mamanya. Di meja makan, Mamanya sedang menghidangkan makan malam. Erni membantu Mamanya. Kemudian mereka sama-sama duduk menikmati makan malam. "Best pergi Dubai, Pa?" Erni berbasa-basi dengan Papanya memulakan perbualan. "Bolehlah. Tapi kalau Erni dengan Mama yang pergi, tak balik dah kot agaknya. Beli-belah siang malam!" Encik Badrul berseloroh. Erni tergelak. Mamanya pun ketawa sama. "Habis tu Papa bawak balik souvenir tak kat Erni?" "Ada…" Balas Encik Badrul sepatah. Erni tersenyum gembira.
Usai makan malam, selepas mencuci pinggan mangkuk di dapur, Erni menonton televisyen di ruang tamu. Bosan asyik terperap di bilik. Encik Badrul menonton sama. Puan Sariah sudah lama menghilang ke tingkat atas. "Erni dah dapat kerja ke belum?" Encik Badrul bertanya tiba-tiba. Erni terdiam seketika, agak bingung. "Ha’a, ada dapat satu. Tapi kat Nilai, jauh sangat. Erni tolak. Yang lain tu Erni tak pergi interview" Erni menjawab bersahaja. Takut juga Papanya marah. "Kawan Papa tengah cari pegawai bahagian HR company dia. Erni nak tak? Minggu depan dah boleh start" Erni berpura-pura khusyuk menghadap televisyen, sedangkan fikirannya terganggu. Dia belum bersedia untuk bekerja walaupun sudah lebih enam bulan menganggur. Tapi kalau Papanya menawarkan, itu maknanya sau kemestian, bukan pilihan! "Erm..bolehlah Pa.." Erni menjawab acuh tak acuh. Tidak lama kemudian dia berlalu ke tingkat atas, terasa kekok berlama-lama dengan Papanya. ******
Hari ini hari pertama Erni bekerja. Agak janggal pada mulanya berada di pejabat. Dia diberi sebuah bilik dan seorang setiausaha. Terasa belum layak untuk bergelar Pegawai Sumber Manusia di sebuah syarikat maju. Setiausahanya pula lagi berusia dan berpengalaman daripadanya. Hari pertamanya hanya berkepit dengan Kak Roha, setiausahanya yang peramah itu. Mujurlah Kak Roha tidak lokek ilmu. Apa yang Erni tidak faham diterangkan dengan jelas.
Selepas waktu rehat, Kak Roha membawanya berjumpa semua kakitangan di syarikat tersebut. Pagi tadi dia hanya diperkenalkan dengan staf di bahagian Sumber Manusia oleh Encik Aqil, CEO di situ. Erni merasakan hari pertama bekerja tidaklah seteruk mana cuma agak bosan kerana tidak tahu apa yang patut dilakukan dan berdebar-debar kerana bimbang dengan penerimaan pekerja di situ.
Erni tiba di rumah lebih kurang pukul 6.30 petang. Dia keletihan. Walaupun tidak banyak kerja yang dilakukan, sekadar memeriksa fail-fail syarikat, dia tetap berasa penat. Rumahnya sunyi-sepi. Mungkin Mamanya keluar, kereta Mamanya tiada di laman. Papanya pula sah-sah belum pulang ke rumah. Erni menuju ke bilik, lalu badannya dihempaskan ke katil empuk itu. Beberapa minit kemudian dia bangkit kembali, teringat dia belum solat Asar lagi. Erni menuju ke bilik air.Selesai solat Asar, Erni terus melelapkan mata. Penat benar rasanya.
Terjaga dari tidur, jam di dinding menunjukkan pukul 9.30 malam.Erni beristighfar. Ya Allah, aku terlepas maghrib! Erni cepat-cepat bangun menunaikan solat Isyak dan mengqadha’ solat maghribnya. Usai solat, Erni memeriksa kotak melnya. Dia tersenyum gembira melihat e-mel baru dari Hairie.
‘Erni sayang, maaf lama tak e-mel, saya sibuk sangat kat sini. Awak apa khabar sayang? Saya rindu nak makan masakan awak..tapi saya lagi rindu awak! Baru baca e-mel awak tadi, so how’s your first day at work? Awak jangan layan tau kalau ada orang mengorat awak kat office tu.. Cakap kat diorang tak lama lagi awak nak kahwin. Kenapa saya suruh awak cakap macam tu, sebab saya ada berita baik untuk awak! Tempoh projek saya dah dipendekkan. Saya cuma perlu handle projek tu untuk setahun. Just a few months to go dear..Tak sabar nak balik jumpa awak sayang..I Love You So Much..’
-Hairie
Selesai membaca, Erni tersenyum lebar. Tidak dapat digambarkan lagi betapa gembira hatinya. Hanya tinggal lapan bulan lagi penantiannya. Erni tidak sabar-sabar lagi. Hatinya berbunga-bunga.
******
"Baiklah, mesyuarat kita ditangguhkan setakat ni. Bersurai." Kata-kata Encik Aqil mengakhiri mesyuarat pagi itu. Erni mengemaskan fail-failnya bersedia untuk keluar dari bilik mesyuarat. "Erni, jom lunch?" Ashraf tiba-tiba menyapa dalam perjalanan ke biliknya. Erni melihat jam tangannya. Dah dekat pukul 1.00 rupanya..Ashraf masih lagi memandangnya menanti jawapan. "Erm, nanti I tanya Kak Roha dulu.." Erni menuju ke biliknya meninggalkan Ashraf sendirian. Kak Roha tiada di meja. Erni masuk ke biliknya untuk menyimpan fail dan mengambil tas tangan. Keluar dari bilik, Ashraf sudah tercegat di tepi meja Kak Roha. "Roha takde kan, so...shall we?" Erni hanya tersenyum sambil mengjungkit bahu lalu mengekori Ashraf.
"Kita nak makan kat mana ni?" Erni bertanya, Kekok pula dia hanya berdua sahaja di dalam kereta Ashraf. "Adalah, you ikut jelah. Bukannya I nak culik you pun. Takyah risau lah." Ashraf menjawab bersahaja. "Okay..I tanya jelah." Erni membalas. Suasana sepi. Hanya lagu di radio yang mengisi ruang. "You pernah datang sini tak?" Ashraf bertanya setelah mereka berdua melangkah keluar dari kereta, menuju ke sebuah restoran Arab di Jalan Ampang. "Pernah kot, dengan family I.." Erni menjawab ringkas. "I selalu jugak datang sini, tapi malam-malam lah. Lepak dengan kawan." Cerita Ashraf. Erni cuma tersenyum dan mengangguk.
Ashraf menarikkan kerusi untuk Erni. Erni duduk. Ashraf mengambil tempatnya, berhadapan dengan Erni. "You nak makan apa?" Ashraf bertanya. "You nak belanja ke?" Erni menduga dengan nada berseloroh. "Ish you ni, of course la, I yang ajak you lunch kan..Takkan you yang belanja, jatuhlah saham I.." Erni ketawa. "You orderlah apa-apa pun, Semua I makan." " Semua you makan eh?" Ashraf bertanya dalam nada mengusik. "You ni...!!" Erni menjeling tajam. "Okay, okay..." Ashraf ketawa sambil mengangkat tangan tanda mengalah. Sejenak kemudian pelayan datang mengambil pesanan.
Selesai makan tengahari, mereka terus pulang ke pejabat. Erni merasa senang dengan Ashraf walaupun pada mulanya agak kekok. Lelaki itu suka bercerita, ada saja perkara yang hendak dibualkan. Setelah agak lama berbual, Erni pun sudah tidak janggal lagi untuk bercerita hal dirinya pula kepada Ashraf. Dia juga senang dengan Ashraf kerana lelaki itu mudah ketawa hatta perkara kecil sekalipun. Tapi dia tidak pasti pula adakah karektor Ashraf memang begitu atau dengan dia sahaja Ashraf berperwatakan begitu. Sedikit sebanyak kesunyiannya terisi..Erni sedar itu...
******
"Erni, kawan Erni datang ni" Terdenga suara Puan Sariah sayup-sayup memanggil dari tingkat bawah. Kawan? Kawan mana pulak datang petang Sabtu ni..? Erni tertanya-tanya. Laju kakinya menuruni tangga. "Ashraf?" Ashraf tersenyum memandang Erni di ruang tamu. "Mama, er..ni kawan sepejabat Erni, Ashraf.." Erni memperkenalkan Ashraf kepada Mamanya. "Mama tahu, mama dah berbual dengan dia tadi..jemputlah minum Ashraf," ujar Puan Sariah sambil tersenyum. "Terima kasih Auntie, susah-susah aje." Ashraf membalas. Puan Sariah berlalu meninggalkan mereka berdua.
"Mana you tahu rumah I kat sini?" Erni bercakap separuh berbisik. Ashraf tersenyum. "Macamlah susah sangat nak cari rumah you ni. I mintak address dengan Roha.." "Oh..Okay." Erni membalas sepatah. "I nak ajak you keluar ni. I dah mintak izin Mama you, dia dah bagi greenlight.." ujar Ashraf. "Hah, keluar? Nak pergi mana? Berani you mintak izin dengan Mama I..?" Erni menyoal sinis. "Mestilah, nak ambil hati mak mertua...cepatlah siap!" Ashraf berseloroh. Erni menggeleng-geleng sambil tersenyum. Tidak kuasa dia melayan Ashraf. Erni berlalu ke tingkat atas untuk bersiap. Sebenarnya dia terasa hati dengan Mamanya, mudah benar Mamanya memberi kebenaran kepada Ashraf, kalau dengan Hairie dulu, berjela-jela pertanyaan Mama kalau Hairie ingin membawanya keluar.
"Kita nak pergi mana ni?" Erni bertanya. Ashraf tersengih. "Setiap kali you naik kereta dengan I, itulah soalan wajib you. You ikut jelah..I tak culik youlah! Kita jalan-jalan je. Tengok movie ke.." Erni tersengih. Jari-jemarinya membuat isyarat ‘okay’.
Lebih kurang pukul 9.00 malam, Erni sampai di rumah. Masuk ke bilik, Erni menghempaskan badannya ke katil. Dia tersenyum sendiri. Hatinya sedikit bahagia bersama Ashraf. Sudah enam bulan mereka berkawan sejak bekerja di syarikat yang sama. Erni senang dengan Ashraf, hatinya yang sepi terisi kembali...tapi Hairie..? Erni bingkas bangun lalu memeriksa e-melnya. Ada empat e-mel baru dari Hairie yang belum dibacanya. Bermakna hampir tiga minggu dia mengenepikan Hairie. Rasa bersalah menyelinap dalam hatinya. Hairie tidak pernah melupakannya, Hairie sentisa mengucapkan kata cinta padanya. Tetapi dia sedang meniti bahagia bersama lelaki lain. Siapa yang mungkir janji sekarang Erni....? Erni menyoal dirinya sendiri. Seketika kemudian dia menangis teresak-esak.
E-mel Hairie dibalasnya ringkas, namun masih lagi berselindung mengatakan dia sibuk bekerja dan teramat penat sehingga lupa memeriksa e-melnya. Erni termenung sejenak... memikirkan soal hatinya..Sesungguhnya dia lemah tanpa Hairie..dia lemah tanpa cinta.. Sedikit pun dia tidak berniat untuk curang, tetapi entah mengapa hatinya cepat lebur apabila berhadapan dengan Ashraf. Ashraf, lelaki itu baik..sentiasa berusaha untuk menggembirakannya. Lelaki itu tidak bersalah kerana dia yang tidak pernah bercerita tentang kewujudan Hairie. Erni sendiri tidak pasti apa perasaannya terhadap Ashraf. Namun cintanya pada Hairie tidak pernah hilang. Lelaki itu masih lelaki kesayangannya. Erni buntu..
******
"Good Morning, Sayang." Ashraf menyapa ketika dia sampai di pejabat pagi itu. Erni tersenyum tawar. Ashraf mengekorinya ke bilik. "You, kenapa ni, muram je? Mata you tu...kenapa... bengkak...?" Ashraf bertanya sambil tangannya cuba menyentuh wajah Erni. Erni mengelak. "I Okay.." Erni tersenyum lagi. "No..no..you’re not okay...talk to me, please?" Ashraf memujuk. "Leave me alone, please?" Erni memandang penuh pengharapan supaya Ashraf memberinya ruang untuk bersendiri. "Okay..." Ashraf bangun menju ke pintu. Wajahnya sedikit kecewa. Erni terduduk, dia menangis lagi...
Selepas insiden pagi tadi, Erni banyak mengelak dari bertemu dengan Ashraf. Ashraf tidak faham kenapa Erni begitu. Hatinya tidak dapat menahan untuk mengetahui apa sebabnya Erni menjauhinya. Lantas dia mengatur langkah ke bilik Erni. "Erni." Erni yang sedang mneulis sesuatu tersentak apabila Ashraf masuk tiba-tiba. "I tak faham kenapa you macam jauhkan diri dari I!?" Erni menjadi tidak tentu arah. Pen diletakkan. "I’m sorry.." Tiba-tiba Erni menangis.. Ashraf kaget. "Sorry? For what? I tak faham...but please jangan menangis.." Ashraf menghampiri Erni. Erni menyapu air matanya. Suasana sepi seketika.
"Ash..Even you tak pernah berterus-terang tentang perasaan you, tapi I faham apa yang you rasa.. Kadang-kadang I pun rasa yang sama. But I’m really sorry..silap I, I tak pernah cakap kat you yang I dah ada boyfriend, and kami akan kahwin tak lama lagi...I’m sorry...My bad..." Erni menangis lagi. Ashraf terkesima. Badannya dijarakkan dari Erni. Lidahnya tidak mampu berkata apa lagi, terasa harapannya hancur berkecai. Kejamnya Erni mencantas rasa hatinya yang sedang berbunga. "Ash!!" Erni memanggil tetapi Ashraf terlebih dahulu hilang dari pandangan. "Ash..I’m sorry.." bisik Erni perlahan. ******
‘Erni sayang, how are you? I miss you so much. Tak sabar rasanya nak jumpa awak. Tinggal satu minggu lagi sayang..Awak masih tunggu saya kan? Lately saya sibuk sikit sayang, nak selesaikan kerja-kerja akhir projek ni. Awak jaga diri baik-baik okay. I Love You.’
-Hairie
Erni tersenyum gembira membaca e-mel ringkas itu. Namun hatinya sedikit kosong tanpa Ashraf. Tidak lama selepas kejadian hari itu, Ashraf ditukarkan ke bahagian akaun. Mungkin Ashraf sendiri yang meminta begitu. Agak jarang dia bertemu Ashraf akhir-akhir, hanya waktu mesyuarat sahaja, itu pun Ashraf berlagak seolah-olah tidak pernah mengenalinya. Biarlah, Ashraf berhak berbuat begitu. Memang dia yang bersalah. Lelaki itu terlalu baik untuk dilukai, Hairie juga begitu. Tetapi dia harus memilih, melukai seseorang juga adalah sesuatu yang perit.
"Erni!!" Terdengar suara Puan Sariah memanggil. "Ya Mama!" Erni menyahut. Dia keluar dari bilik menuju ke arah tangga. "Kenapa Mama?" soal Erni pada mamanya yang berada di tingkat bawah. "Ashraf nak jumpa Erni, dia ada kat luar. Mama ajak masuk tak mahu pulak," Ashraf?? Erni terkocoh-kocoh turun lalu meluru keluar. "Ash!" Erni separa menjerit. Ashraf tersenyum tenang. "You apa khabar?" Ashraf bertanya, seolah-olah tiada apa yang berlaku. "I sihat. You tak nak masuk?" Erni mempelawa. Ashraf menggeleng. Dia mengekori Erni duduk di kerusi batu di laman rumah tersebut.
"Erni...bila I fikir balik, memang you dah buat keputusan yang betul. Dia lagi berhak mendapat cinta you..I ni cuma terlambat seminit je hadir dalam hidup you kan..tapi takpelah, I redha..." ujar Ashraf perlahan. "Ash, I mintak maaf. Tapi...I memang tak boleh hidup tanpa dia.." nada suara Erni bergetar. "I faham. I dah maafkan you. Semoga you happy. I balik dulu." Ashraf tersenyum lalu bangun mengatur langkah ke arah keretanya. "Ash!" Erni menggamit. Ashraf menoleh. "Thanks..." Erni tersenyum. Ashraf membalas senyuman itu lalu melangkah masuk ke dalam keretanya. Erni masih tercegat di halaman rumah. Hatinya memanjat syukur ke hadrat Ilahi. Ashraf memang lelaki yang baik, semoga Tuhan temukan Ashraf dengan wanita sebaik dia juga..Erni berdoa di dalam hati.
******
"Sayang!" Erni menoleh. "Awak!!" Lengan Hairie diraihnya. Lidahnya tidak mampu berkata apa lagi, hanya bibirnya yang mampu mengukir senyum tanda gembira yang tidak terhingga. "Rindu sangat kat awak sayang.." Hairie berkata lembut, matanya menatap Erni penuh cinta. "I miss you too..awak keluar dari mana tadi, saya tak nampak pun? Tiba-tiba dah ada kat belakang.." Erni bertanya sambil berjalan beriringan dengan Hairie. "Tu lah sayang, tahulah saya makin handsome, sampai tak sedar saya ada kat situ," "Ee..perasan la awak ni..." Erni mencebik manja. "Awak tunggu sini, saya ambil kereta sekejap." Hairie mengangguk, Erni berlalu.
Selepas membantu Hairie meletakkan bagasi ke dalam bonet kereta, mereka berdua masuk ke dalam kereta. Erni memandu manakala Hairie duduk di sebelah. "Kita pergi rumah saya dulu okay, lepas tu saya hantar awak ke Kajang, boleh?" ujar Erni sambil matanya tidak lepas dari jalanraya. "Pergi rumah awak buat apa, sayang?" Soal Hairie bagaikan seorang anak kecil. Matanya tidak lepas dari memandang wajah Erni, gadis yang dicintainya dan dirinduinya sekian lama. "Mama dah sediakan lunch special untuk awak.." Erni tersenyum memandang Hairie sekilas. "Mama awak buat lunch untuk saya?" Dahi Hairie berkerut "Apa yang peliknya?" Erni menyoal kembali. Hairie tersenyum sambil menggelengkan kepala. "Awak jangan risaulah, walau apapun, Mama tahu saya hanya sayangkan awak sorang je, dan saya takkan kahwin dengan orang lain selain awak.." ujar Erni. Hairie memandang Erni terharu. "I love you, sayang..." Tangan Erni digenggam. "I love you too..." Pandangan mereka bertemu.
cerita ni menarik tapi, ade satu mende saje yang saye kurang jelas..kenapa Puan Sariah macam kurang senang utk menerima Hairie tapi kalo Ashraf, die macam bagi greenlight terus jek? mane lal tau kan,kot2 Hairie tuh maybe anak kandung die dengan suami lame die ke?tu je...
huhuhu... cter ni mcm btl2 kisah aku... sedihnyer t'paksa wt pilihan...pd hal kiter tau org yg t'paksa kiter tinggalkan tu bahagiakan kiter... no words to express my feeling now...
aku rasa aku tau asal mak dia tak terima hairi tu,. maybe hairi tu x de kete ade moto je..pastu erni ni salalu tlg bg duit kt hairi..so mak erni ni takut bile dah kawin pun erni ni kene bantu kewangan si hairi ni.. asyraf plk ade kete so maybe mak dia pikir asyraf nye kewangan kukuh.. so tu lah kot... ape2 pun cerpen yg cantek... and teruskan usaha utk cerita yg lebih bgs..kalu blh jgn tergantung..
Thanks for the comments.. i'll improve it.. sebenarnye cite ni agak t'gantung sbb igt nak wat sambungan tp cam malas plak.hehe.. utk Tanpa Nama yg LAST sekali, anda sgt bijak b'fikir.. sgt tepat alasan anda knape mak erni x suke hairie-sbb pd pndgn die hairie xde kewangan yg kukuh. kalo bace btol2 sy da bg klu dalam perenggan 6 & 7. saje je nk suh pembaca fikir sbb x sume idea prlu diterangkn dgn jelas..hehe..okay, luv u all. muahh!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
erm,bez gak...pape pun teruskan usaha!all the best