Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Itu saya tak tahu dan tak mahu ambil tahu..!! Yang saya tahu sekarang peratus jualan syarikat kita sudah di atasi oleh Kumpulan Berita Kini.. dan saya mahu kamu pergi cari berita-berita yang lebih hangat lagi..!!", suara pengarah kepada syarikat penerbitan akhbar tempatan di mana tempat Laili serta Aman itu membuatkan seluruh pekerja yang berada di situ diam seribu bahasa. Aman menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Laili cuma menjuihkan bibir. "Tapi kami kekurangan sumber tuan.. Kami dah cuba sedaya-upaya untuk mencari berita-berita hangat yang tuan mahukan tu..!! Sebaliknya wartawan dari Berita Kini itu lebih pantas dari kami..", Aman cuba memberi penjelasan. "Itu salah kamu..!! Sepatutnya kamu harus bertindak lebih awal daripada mereka.. jangan beri saya alasan sebegitu..!! Saya tak boleh terima..!! Kalau kamu berdua mahu terus berkerja di sini, buat seperti yang saya arahkan.. otherwise, Sayonara..!!
"Itulah aku dah cakap kat korang tadi.. jangan pakai alasan tu..!! Kau faham-faham jelah perangai big boss kita tu.. Susahh..!!", Mia memujuk Laili. Laili cuma mendiamkan diri. Dimarahi di hadapan rakan-rakan sekerja bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan baginya. Ini soal maruah. Malu betul rasanya bila berhadapan dengan situasi sedemikian rupa. Aman cuma mampu tersenyum sumbing. Dia sudah lali dengan benda-benda seperti ini. Sebagai jurugambar syarikat penerbitan akhbar terkenal tanahair, dia sudah betah melalui kehidupan yang mencabar. Setakat dimarahi sebegitu tidaklah sampai meninggalkan bekas dalam hatinya. "Laili..!! Kita buat cerita misteri nak?..", cadang Aman setelah Mia beredar dari sisi Laili dan menyambung tugasnya semula. "Cerita misteri?.. kau ingat senang ke?.. mana nak dapat cerita-cerita macam tu?..", Laili segera bertanya. Sememangnya bukanlah satu kerja mudah untuk mencari sumber seperti itu di kota metropolitan ini. Tambahan pula dia kurang percaya kepada benda-benda mistik sebegini. "Kita jangan cakap pasal ni kat sini..!! Jom.. aku belanja kau minum kat Jalan Imbi..!!", Aman menarik lengan Laili. Mereka berdua kemudiannya bergegas meninggalkan bangunan empat tingkat itu dengan menaiki kereta Ford TX3 milik Aman.
"Bang..!! Bagi limau ais dengan.. eh..!! kau nak apa?..", tanya Aman pada Laili sebaik sahaja mereka berdua melabuhkan punggung di kedai makan tepi jalan itu. "Fresh orange jelah..!!", pendek sahaja Laili menjawab. Dia masih lagi geram dengan peristiwa yang di alaminya di pejabat tadi. "Alahh.. tak payahlah kau nak buat muka macam kambing..!! Biasa la kena marah macam tu..", Aman berjenaka. Laili menjeling pada Aman dengan pandangan yang tajam membuatkan Aman jadi serba-salah. "Okey.. okey..!! Sekarang ni kau nak dengar tak plan aku?..", ujar Aman setelah meminum seteguk dua air minuman yang dipesannya. "Cakap jelahh..!!", rengus Laili. Rimas benar menunggu penjelasan rakannya itu. "Kali ni cerita kita mesti 'meletup' punyalah..!! Kita buat-buat cerita hantu.. Mesti dapat tersiar kat muka depan punya..", terang Aman. "Buat-buat?..", aju Laili yang masih belum menangkap maksud Aman. "Maksud aku.. kau tulis cerita kononnya ada puaka yang mengamuk dalam satu rumah besar.. Aku ambil gambar..!! Pasal props, itu kau tak payah risau.. aku buat semuanya..!!", terang Aman lagi. Laili membeliakkan mata. Selama setahun dia menjadi wartawan di syarikat itu, tidak pernah pula terlintas dalam fikirannya untuk mereka satu cerita palsu. Lainlah Aman yang sudah lima tahun berkerja di syarikat itu. Besar kemungkinan ini bukan kali pertama dia melakukan kerja-kerja seperti ini.
"Boleh laku ke cerita hantu-hantu ni?.. pembaca sekarang tak baca tabloid lagilah..!!", Laili bertanya pada Aman. "Wei.. pembaca sekarang nilah yang suka baca cerita-cerita mengarut kau tau?.. Lagi mengarut, lagi dia orang suka..!!", ujar Aman sambil tersenyum menampakkan barisan gigi hadapannya yang tidak tersusun. "Sekarang ni kau nak ke tak nak?..", Aman bertanya pada Laili pula sambil matanya dengan nakal merenung susuk tubuh Laili yang putih mulus. "Yelah..!! Tapi kalau kau tengok aku macam tu lagi, aku tikam mata kau dengan garfu ni nanti..!!", ujar Laili separuh menjerit. Membuatkan Aman termalu sendiri kerana leka 'menjelajah' setiap inci tubuh gadis itu tanpa menyedari yang Laili sudah lama perasan akan perlakuannya. "Ni air ni siapa nak bayar?", tanya Aman sebaik sahaja melihat Laili dengan selamba bangun dan menuju ke arah kereta. "Banyak cantik muka kau..!! Kau kata nak belanja tadi?", laung Laili yang sudahpun berada berhampiran kereta Aman. Aman menggaru kepalanya lagi.
"Nilah dia rumah yang aku cakap kat kau tadi.. Banglo ni dah bertahun-tahun terbiar.. Tak ada siapa nak tinggal kat sini..!!", Aman memuncungkan mulut sebagai isyarat menunjuk kepada rumah banglo dua tingkat yang dihurung oleh semak-samun itu pada Laili. Mereka berdua sudahpun berada di dalam kereta Aman yang dipenuhi barang-barang yang dikutipnya dari stor di pejabat petang tadi. Laili memeluk tubuhnya tanda kesejukan. Remang-remang senja yang menjalari setiap pelusuk rumah kosong itu membuatkan roma-romanya terasa tegak berdiri. Banglo itu kelihatan menyeramkan. Seperti rumah berpuaka pula keadaannya. "Kalau bukan sebab kerja, jangan haraplah aku nak datang sini..!!", ujar Laili yang kemudiannya mengambil jaket milik Aman di bahagian belakang kerusi dan terus menyarungkannya ke badan. Terasa menyesal pula kerana memakai pakaian yang kurang sesuai dengan tempat sebegini. Aman terkekeh-kekeh mengetawakan Laili yang mengenakan baby-T dengan skirt lace labuh berwarna putih. "Lainkali dah tahu nak pergi tempat-tempat macam ni, pakailah jeans ke.. jaket ke.. Dah kau ambil jaket aku tu aku nak pakai apa pulak karang?..", tanya Aman yang masih tersenyum. "Ladies first okay..!!", Laili berkata sambil tersenyum mengejek. "Sukahati kaulah Laili..", balas Aman.
Bersusah-payah Aman mengangkut semua barang-barang yang akan digunakan bagi tujuan cerita rekaan mereka ke dalam rumah itu. Laili hanya melihat sahaja tanpa sedikitpun menghulurkan bantuan. Dia berjalan-jalan di sekitar rumah itu tetapi tidaklah sampai terlalu jauh dengan kedudukan dimana Aman berada. Tiba-tiba Laili terlihat sesuatu di sebalik pokok pisang bersebelahan rumah itu. Laili segera merapati. Matanya dapat menangkap suatu benda berkilau seperti barang kemas. Laili membongkok lalu mengutip benda itu. "Kalung?.. cantik juga..!! Tapi siapa punya pulak terbiar kat sini?..", fikir Laili. Dia memandang sekeliling. Tiada satupun rumah yang berhampiran dengan banglo terbiar itu. Seingatnya dalam perjalanannya ke sini bersama Aman tadi, hanya ada sebuah rumah papan yang tidak berpenghuni yang dilihatnya. "Oii.. perempuan..!! Jomlah masuk.. kau nak duduk luar sorang-sorang ke?..", jerit Aman dari muka pintu banglo berkenaan. Berderau darah Laili bila di sergah sedemikian rupa. Laili mengurut dadanya untuk menghilangkan perasaan cuak.
"Kau tengok ni.. aku jumpa kalung..", ujar Laili sebaik sahaja dia merapati Aman yang sedang khusyuk memasang peralatan. Aman mengambil kalung itu dari tangan Laili dan menelitinya. "Ini kalung emas tulen ni..!! Mana kau dapat?..", aju Aman. "Aku jumpa kat celah-celah pokok pisang kat sebelah rumah ni masa aku jalan-jalan kat luar tadi..", terang Laili. "Huii.. kau ni.. Entah-entah penunggu rumah ni yang punya tak?", ujar Aman berseloroh. Dengan secara tiba-tiba terdengar satu bunyi yang kuat dari arah dapur rumah banglo itu. Bunyi seperti sesuatu yang besar jatuh menghempas lantai. Laili dan Aman berpandangan sesama sendiri. Dengan perasaan takut-takut, Aman bangun lalu melangkah ke bahagian dapur. Laili segera menurut sambil memeluk erat lengan Aman. Dapur rumah itu agak gelap. Sementelah lagi sudah banyak pokok-pokok yang tumbuh merendang menutupi cahaya yang sepatutnya menerjah masuk melalui tingkap dapur itu. "Tak ada apa-apalah..!! Kucing agaknya.. Jom kita sambung kerja..!! Cepat siap cepatlah kita balik..", Aman cuba menenangkan Laili yang ketakutan. Mereka kemudiannya menyambung kembali kerja-kerja memasang peralatan khas yang dibawa dari stor pejabat.
"Okay.. sekarang kau tarik tali tu..!! Jangan kuat sangat..!!", Aman mengarahkan. Laili yang berdiri berhampiran tangga itu menarik muka masam. Aman berada agak jauh darinya. Kedudukan tangga itu yang agak terpencil membuatkan Laili kurang selesa. Sesekali dia menjeling ke bahagian tingkat dua rumah itu. Gelap dan menyeramkan. Bila saja Laili menarik tali yang sedang dipegangnya, satu lembaga berpakaian putih keluar menggelongsor dari arah atas. Laili agak sedikit terkejut. "Macam 'real' pulak..!!", fikir Laili. Aman dengan pantas mengambil beberapa puluh keping gambar. Setelah selesai, dia terus berjalan ke bahagian bilik utama dimana satu lagi shoot menanti. "Okay Laili.. aku nak kau bukak tingkap tu dan buat-buat terperanjat tau?.. Ini last snap kita..!!", ujar Aman sambil mengacungkan jari ke arah tingkap bilik. Laili terus sahaja membuka tingkap itu. Dia tak mahu lagi untuk duduk lama-lama dalam rumah ini. Sebaik sahaja Laili membuka tingkap itu, Aman terus mengambil gambar. Cahaya lampu flash menerangi ruang bilik itu. Tiba-tiba Aman tergamam. Dia memandang Laili dengan tidak berkedip-kedip. "Aa..aa.. Lai.. Lailiii.. cepat datang sini..!!", Aman seperti mahu menjerit tetapi suaranya seperti tersekat di kerongkong. Dia dengan jelas dapat melihat ada satu wajah perempuan yang mengerikan pada lensa kameranya sebentar tadi. Kalau nak diikutkan, itulah rancangannya. Memang ada satu patung berambut palsu diletakkan di sebalik tingkap tersebut. Tetapi sewaktu dia mahu menekan punat kameranya untuk beberapa snap terakhir, dia ternampak ada satu lagi wajah wanita yang menjeling tajam ke arah Laili.
Laili segera berlari ke arah Aman setelah menyedari perubahan airmukanya yang menjadi pucat. Hampir-hampir saja Laili mahu terjatuh akibat tersadung wayar-wayar yang berlingkar di atas lantai. Belum sempat Laili sampai ke tempat Aman berdiri, tiba-tiba Laili terasa lehernya di cekik dari belakang. Dia tak mampu untuk melepaskan diri. Seperti ada satu tangan ghaib yang sedang mencengkam lehernya. Tubuhnya terawang-awang di udara. Aman dengan pantas datang membantu namun secara tiba-tiba wajahnya ditampar oleh 'sesuatu' dengan kuat membuatkan dia tercampak ke tepi dinding. Aman tidak sedarkan diri dengan kepalanya berlumuran darah akibat terhantuk ke dinding. Setelah puas bergelut, Laili akhirnya berjaya melepaskan diri dari cengkaman 'tangan ghaib' itu. Terjelepuk tubuhnya ke lantai rumah. Sakitnya bukan kepalang lagi. Laili segera merangkak ke arah Aman yang pengsan sambil menjerit memanggil namanya. Skirt yang dipakainya koyak-rabak seperti di cakar sesuatu dari arah belakang. "Berani kau masuk ke kawasan aku..!! Kau akan menjadi 'santapan' aku hari ini..!!", satu suara bergema namun Laili langsung tak dapat meneka dari arah mana ia datang.
'Kuala Lumpur - Seorang wartawan wanita dan seorang jurugambar lelaki dari sebuah syarikat akhbar tempatan dijumpai dalam keadaan mengerikan dalam sebuah rumah kosong berhampiran pinggir bandar malam semalam. Seorang penduduk berhampiran memberitahu dia ada terbau busuk dan terlihat kesan darah pada dinding rumah ketika melalui rumah itu lalu terus melaporkannya kepada polis. Hasil daripada maklumat, sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui tubuh Nur Laili, 22 tahun dan Khairul Zaman, 28 tahun berada di dalam bilik utama manakala kepala kedua-duanya dijumpai berhampiran pokok pisang di bahagian luar rumah. Pihak polis meminta kepada orang awam yang mempunyai maklumat agar memberikan keterangan dengan segera bagi membantu siasatan.'
Mia mencampakkan akhbar Berita Kini itu ke lantai sambil menekup mulut. Dia seratus-peratus menyalahkan pengarahnya atas kejadian itu. Tak tersangka olehnya azam kedua-dua arwah untuk mendapatkan satu cerita untuk muka depan akhbar menjadikan diri mereka sendiri sebagai berita muka depan.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
not bad... bes gak... tahniah... :)