Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kedengaran bunyi kicauan riang sekawan burung yang bertebangan di udara. Disebuah taman kelihatan sepasang kekasih sedang duduk di atas kerusi berhampiran bibir tasik. Mereka sedang berbual sesuatu sambil bergurau senda. "Abang"? Mereka bertentang mata, tiba-tiba Ayu bersuara. "ye sayang. Kenapa?" Hazwan menyahut panggilan Ayu dengan nada suara yang lembut. "Ayu nak buat satu permintaan dengan abang, Ayu harap abang setuju dengan permintaan Ayu ni" riaksi wajah Ayu yang comel itu tiba-tiba berubah menjadi serius. "permintaan? Permintaan apa ni sayang, nampak macam serius je? bagitahu lah abang apa permintaan sayang tu?" Wajah Hazwan nampak kelihatan risau. "Nanti kalau kita kahwin, kalau boleh Ayu nak kita pakai baju pengantin warna hijau, bersanding di atas pelamin warna hijau boleh katakan semua hijau la, abang setuju tak?" Ayu tiba-tiba tersenyum. "La... ingatkan apa tadi, rupa-rupanya itu je permintaan sayang abang ingat sayang nak sebuah rumah banglo berharga 1 Juta tadi. Sayang ni buat abang risau je lah". Hazwan menarik lafa lega setelah mendengar permintaan Ayu sambil tersenyum lega. "Abang belum jawab lagi soalan Ayu tadi". Ayu menarik semula senyuman manisnya, mukanya masam kembali. "Sorry, sorry, abang lupa jangan lah merajuk sayang. Ok, abang tak kisah nak pakai baju warna apa pun, yang penting sekali lepas kita kahwin kita bahagia sehingga ke akhir hayat itu saja". Hazwan menatap wajah Ayu yang kelihatan tersipu-sipu itu, tangan Ayu digemgam erat. Sejurus selepas itu, mereka beredar dari situ. Dua bulan selepas itu, berlangsunglah majlis akad nikah Ayu dan Hazwan. Majlis diadakan secara sederhana di rumah Ayu. Ayu duduk bersimpuh di atas katil sedang menunggu ketibaan pengantin lelaki. Wajah ayu nampak manis dan berseri pada malam itu, senyuman yang terukir diwajahnya membuktikan bahawa dia merasa amat gembira dan bahagia pada malam itu. Riaksi wajahnya kelihatan tenang dan kelihatan agak tidak sabar menunggu ketibaan pengantin lelaki untuk mendengar lafaz akad nikah yang bakal diucapkan oleh bakal suaminya sebentar lagi. Tiba-tiba "kring... kring... kring.." telefon bimbit Ayu berdering, Ayu segera mencapai telefon bimbitnya yang terletak di atas meja di tepi katil. "Hello". Ayu menjawab panggilan tersebut. "sayang...". Kedengaran suara seorang lelaki, Ayu kenal benar dengan suara itu. "Siapa ni?!" Ayu terkejut apabila mendengar suara memanggilnya sayang. Ayie bersuara lagi, "ni I lah Ayie, takkan U dah lupakan I?". tangan Ayu tiba-tiba meramas baju pengantin yang dipakainya dia terkedu apabila mendengar suara Ayie yang telah sekian lama menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita setelah hubungan mereka tidak direstui oleh ibubapa Ayu. "Ayie?" suara Ayu tiba-tiba menjadi perlahan. Ayie bersuara"Ya sayang I ni, I dah balik sayang, I nak jumpa U, I rindu sangat dekat U" Ayie meluahkan perasaan hatinya kepada Ayu. "apa? U nak jumpa I? Tolong jangan ganggu I lagi, sebentar lagi I... I... I... akan bergelar isteri orang, tolong lah" Ayu tergagap-gagap menerangkan keadaan yang sedang dihadapinya. "Sayang please sayang jangan macam ni, I masih perlukan U please maafkan I, I tahu I yang bersalah tapi please la tolong lah terima I balik. I really need U sayang, please... I tahu U pun masih sayangkan I , Please sayang terima lah I balik, please! Please! I merayu pada U sayang" Ayie merayu pada Ayu supaya Ayu menerimanya kembali, Ayie sengaja mahu mengkhianati Ayu untuk membalas dendam terhadap kedua ibubapa Ayu yang tidak merestui hubungan mereka kerana Ayie telah mengetahui bahawa Ayu akan berkahwin dan mahu menghancurkan rumahtangga Ayu dengan Hazwan. "apa yang U merepek ni? U masih sayangkan I? tapi kenapa dulu U tak berusaha untuk memenangi hati ibubapa I? U rasa berputus asa lepas tu U tinggalkan I macam tu je tanpa sebarang khabar berita, U langsung tak ambil berat pasal I, tapi U masih boleh cakap yang U masih sayangkan I please leave me!" tiba-tiba perasaan serba salah muncul dalam diri Ayu, hatinya masih mempunyai perasaan sayang terhadap Ayie namun Hazwan telah menggantikan perasaan itu setelah dia ditinggalkan. "Sayang please terima lah I kembali, lepas ni I janji I akan memenangi hati orang tua U dan I tak akan tinggalkan U lagi, I bukan sengaja tinggalkan U tapi sebenarnya I pergi jauh untuk mencari apa yang orang tua U mahukan dari I. Percayalah, sekarang I dah dapat apa yang U mahu dan orang tua U mahukan, I dah dapat lebih dari cukup sayang" Ayie berusaha untuk meyakinkan Ayu. "Betul ke apa yang U cakap ni?" Ayu mahukan kepastian dari Ayie. "betul sayang I tak tipu U, apa yang I dapat kalau I tipu U" Ayie masih berusaha untuk meyakinkan Ayu. " Tiba-tiba Ayu mematikan panggilan, hatinya merasa tidak tenang setelah menerima panggilan daripada Ayie, perasaan serba salah meyelinap dalam dirinya, dia buntu dan Ayu masih tidak dapat menyembunyikan perasaan sayangnya pada Ayie yang masih terselit dicelah hatinya. "Ya Allah, tolong lah hambamu yang dalam kebingungan ini tolonglah tunjukkan jalan kepada hambamu ini Ya Allah" hatinya mula berkata-kata sambil berdoa kepada Allah moga dibukakan fikirannya ketika itu. Tiba-tiba kedengaran pintu biliknya diketuk, perlahan-lahan pintu biliknya dibuka. "Ayu, pengantin lelaki dah sampai mari keluar nak" kehadiran ibunya telah memecahkan kebuntuan fikirannya yang sedang bercelaru itu. "Ayu kenapa ni nak, gementar ye? Ayu tarik nafas panjang-panjang baru lah hilang rasa takut tu, tak ada apa-apa akan berlaku kita doakan majlis ini berlangsung dengan selamat ye, sekejap lagi Ayu akan bergelar isteri orang" ibunya sempat berpesan dan menenangkan Ayu yang kelihatan agak cemas. Fikirannya kembali bercelaru, setelah keluar dari biliknya Ayu ternampak Hazwan yang sedang duduk bersila di atas bantal alas berwarna putih dengan riaksi wajah yang ceria sambil mengadap Tok kadi yang sedang sibuk membelek-belek dokumen perkahwinan mereka. Hazwan tersenyum manis setelah melihat wajah Ayu yang berseri itu, Ayu membalas senyuman Hazwan dalam keadaan terpaksa. Ayu terus melabuhkan punggungnya ke atas bantal alas, kata-kata Ayie tadi masih terngiang-ngiang di telinganya, tiba-tiba dia terbayangkan kenangan silam sewaktu dia menjalinkan hubungan cinta dengan Ayie. "Baiklah pengantin perempuan sudah bersedia, bagaimana pula dengan pengantin lelaki sudah bersedia?" Tok kadi meminta kepastian daripada Hazwan. "Sudah Tok, saya sudah lama bersedia" Hazwan menjawab pertanyaan Tok kadi dengan nada suara yang penuh keyakinan seolah-olah tidak sabar untuk diijabkabulkan. "Alhamdulillah, baiklah kita mulakan sekarang" Tok kadi dengan segera mencapai tangan pengantin lelaki yang telah lama dihulurkan. "Wahai Mohammad Hazwan Bin Ahmad aku..." ijab tok kadi tiba-tiba terhenti kerana terkejut dengan bantahan Ayu. "Nanti dulu! Nanti dulu!" Ayu bingkas bangun. "Sayang kenapa ni? Ada apa-apa masalah ke?" Hazwan serta para tetamu terkejut dan hairan setelah melihat riaksi Ayu yang nampak gelisah itu. "Maafkan Ayu abang, Ayu tak nak teruskan perkahwinan ini" Ayu tertunduk serba salah. "Sayang kenapa ni? Apa masalah sayang?" Hazwan bingkas bangun menuju ke arah Ayu yang masih tercegat dibelakangnya. "Ayu mintak maaf, Ayu belum bersedia, Ayu masih belum bersedia untuk berumahtangga dan jadi isteri abang" wajah Ayu kelihatan serba salah, tidak terniat di hatinya untuk melukakan hati Hazwan namun dia sedang bingung dan memaksa dirinya untuk berbuat demikian. "Sayang, kenapa ni? Sayang takut ye, sayang bertenang jangan banyak fikir ok" Hazwan yang tidak mengetahui perkara sebenar cuba untuk menenangkan Ayu. "Abang Ayu tak nak teruskan perkahwinan ini, Ayu mintak maaf" Ayu terus berlari menuju ke biliknya. Hazwan hairan melihat Ayu yang tiba-tiba berubah fikiran sedangkan Ayu sendiri yang mahu mempercepatkan perkahwinan mereka, dia berfikir sejenak dan hatinya tertanya-tanya. Hazwan meminta izin daripada ibu Ayu untuk masuk ke bilik untuk memujuk Ayu. Setelah masuk ke bilik Hazwan bersuara "Sayang, apa yang sebenarnya yang sedang berlaku? Cuba terangkan perkara sebenar kepada abang supaya abang boleh tolong" Hazwan masih mahu mencari kepastian daripada Ayu. "Ayu tak nak Kahwin, Ayu cakap Ayu tak kahwin, Ayu tak nak lah jangan nak paksa-paksa" Ayu meninggikan suaranya sehingga kedengaran sampai ke ruang tamu, kelihatan para tetamu tertanya-tanya. "Kalau sayang tak mahu kahwin sekarang, bila sayang nak kahwin?" Hazwan bertanya dengan nada yang lembut, dia masih bersabar dengan tindakan Ayu itu. "Ayu nak abang lupakan Ayu" Ayu menanggalkan cincin pertunangannya lalu diberikan kepada Hazwan. "Sayang, sampai hati sayang buat abang macam ni, sampai hati sayang tanggalkan cincin pertunangan kita, apa maknanya semua ni? Kalau ye pun sayang tak nak kahwin sekarang kenapa sayang tak bagitahu abang awal-awal lagi boleh abang pertimbangkan, kenapa baru sekarang Ayu buat keputusan? Kenapa Ayu? Sanggup Ayu hancurkan hari bahagia kita yang bakal kita raikan bersama ni" Ayu terdiam sepi, dia tidak tahu lagi apa yang harus dibicarakan, Ayu hanya tertunduk diam seribu bahasa hatinya bagikan sedang dirasuk oleh bayangan suara Ayie. Tiba-tiba airmata Hazwan menitis ke pipi, air mata kelukaan luruh bagaikan matanya dicucuk duri, hatinya terasa bagaikan dihiris. Hazwan terus berlalu keluar dari bilik, cincin pertunangan yang diberi oleh Ayu dicampak di atas lantai. "Mari kita balik" gesa Hazwan kepada rombongannya. Seminggu selepas kejadian itu, perkara sebenarnya telah terbongkar. Petang itu, sewaktu Hazwan pulang dari kerja, dia ternampak Ayu bersama seorang lelaki. Ayu dan lelaki tersebut nampak kelihatan mesra sekali. Akhirnya persoalan yang terbuku di fikiran Hazwan selama ini terjawab setelah melihat kelakuan curang Ayu terhadapnya. Malam itu, Hazwan tidak senang duduk setelah melihat kelakuan curang Ayu terhadapnya. Hatinya bagaikan terbakar, Hazwan merasa tidak berpuas hati dengan kelakuan Ayu yang memutuskan pertunangan mereka dan membatalkan perkahwinan mereka semata-mata kerana lelaki tersebut. "Tergamak kau buat aku macam ni Ayu, , kau malukan aku! kau hancurkan hati aku! Selama ni aku jaga kau! Aku bagi segala yang kau nak, tapi ini balasan kau pada aku! aku takkan berdiam diri kau tunggu lah balasannya aku akan balas semua ini!" fikiran Hazwan bercelaru bagaikan diconteng, walaupun dihatinya masih mempunyai perasaan sayang pada Ayu namun perasaan dendam yang bercampur baur akhirnya mengundang padah kepada dirinya sendiri. Hazwan bercadang untuk membunuh Ayie yang telah merampas kebahagiaannaya itu. Keesokkan harinya, selepas pulang dari tempat kerja Hazwan sudah bersedia menunggu Ayu dan Ayie, rancangannya yang dirancang itu hampir ke kemuncaknya. Setelah ternampak mereka keluar dari pejabat, Hazwan dengan pantas memecut keretanya dengan laju lalu melanggar Ayie, Ayu yang terkejut dengan terkaman kereta itu turut dilanggar oleh Hazwan. Ayu dan Ayie tercampak ke tepi jalan, Hazwan bingung dia tiba-tiba merasa bersalah dengan tindakannya yang terburu-buru itu sehingga mencederakan Ayu, dia terus memecut kereta tersebut dan melarikan diri. Pada hari itu, tamatlah riwayat hidup Ayu dan Ayie. "Aku pembunuh! Aku pembunuh! Tidak!" Hazwan mengalami tekanan, di merasa bersalah dengan kelakuannya yang telah menyebabkan dia menjadi seorang pembunuh. "Aku tak bersalah! Dia yang bersalah!" Hazwan menjerit sekuat hatinya seolah telah menjadi separuh gila. keesokkan harinya sewaktu jenazah Ayu dikebumikan, Hazwan datang untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa Ayu dan telah memberitahu perkara yang sebenar, ibubapa Ayu terkejut lalu memarahi Hazwan. Hazwan bercadang untuk menebus kembali dosanya dengan menyerah diri kepada pihak polis. Setelah hampir lima bulan dipenjarakan, akhirnya Hazwan dibawa ke muka pengadilan. "Mohammad Hazwan Bin Ahmad, apakah permintaan terakhir kamu?" suara pengawal penjara yang garau itu tiba-tiba memecah kesunyian sekaligus menyedarkan Hazwan yang sedang asyik mengimbas kembali peristiwa pahit dan kenangan manisnya ketika bersama Ayu dahulu. Hazwan menjawab pertanyaan pengawal penjara tersebut "Saya nak sebuah gitar dan tape recorder" Suara Hazwan seakan-akan lemah. "Ada apa-apa lagi yang kamu mahukan selain dari itu?" pengawal itu meminta kepastian daripada Hazwan. "Saya nak merakam sebuah lagu dan saya mahu menyanyi dengan berpakaian baju pengantin berwarna hijau" airmata Hazwan tiba-tiba mengalir ke pipi. Akhirnya, Permintaan terakhir Hazwan dimakbulkan dan Hazwan telah menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk "CINTA TIGA SEGI" sambil mengenang kembali kenangan silamnya sewaktu bersama Ayu, matanya tertutup rapat seakan-akan sedang menahan keperitan hidup yang sedang ditempuhi. Riwayat hidup Hazwan hampir tiba ke penghujungnya, selepas selesai merakamkan lagu, Hazwan membuka kembali matanya, kelihatan bayangan ibubapanya datang untuk menjemputnya ke sana, tiba-tiba muncul bayangan Ayu disebalik bayangan ibubapanya, Hazwan hanya mampu tersenyum melihat ibubapanya serta Ayu yang datang untuk menjemputnya ke syurga. Hati Hazwan berkata-kata "Sekejap lagi Wan sampai mak, ayah, Ayu sayangku tunggu abang di sana abang akan datang bertemu dengan Ayu di syurga dan kita akan membina sebuah mahligai yang indah dan kita akan hidup bahagia bersama di sana nanti". Pandangannya terhenti di situ, pandangannya yang terang tiba-tiba bertukar menjadi gelap. (scene fleshback kisah hidup Hazwan bersama Ayu sambil lagu CINTA TIGA SEGI diputarkan).
salam.... nape la awak tulis cita cam ni. sy rs 1 malaysia dah tau cita ni n ramai gak yg tau cita ni x btul. cita ni x bp best la. lawak gile bc ending cita ni. nape bj pengantin hijau. kan snang letak title 'cinta 3 segi'. try ur best next time ;)
salam..saya lebih suka komen cerita ni berdasarkan pandangan mata hati. Awak jangan matikan minat menulis, teruskan. Kelebihan karya awak ni adalah awak bina plot cerite yang menarik. SASTERA mencakupi segala jenis penceritaan. Kelemahan awak adalah, penceritaan drpd segi emosi yang tidak dapat berdiri sendiri.Apapun...tahniah.
nilah cite paling bangang yg penah aq bace. 1 malay dh tau kisah nie yg ko pegi tayang tu wt pe? lgpown x kene ngan tajuknye... kalo nk wt cite wtlh yg ori ni x... - putri kaisara binti tan sri hasyim
nilah cite paling bangang yg penah aq bace. 1 malay dh tau kisah nie yg ko pegi tayang tu wt pe? lgpown x kene ngan tajuknye... kalo nk wt cite wtlh yg ori ni x... - putri kaisara binti tan sri hasyim
ala citer ni macam kartun tau tak lawak jerk dengarnyer ala benda ni cam tak logik la bt la citer lain... ini cam adaptasi dari lagu cita tiga segi jerk entah citer tu betol or tak
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hurmm...ntah paper jer....