Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Adik duduk ye?.. mak nak masak sekejap tau..!!", Nana meletakkan anak patungnya dalam posisi duduk. Ibunya Halita hanya memerhatikan sahaja. "Adik nak makan apa?.. mak masak ye?..", keletah Nana menggamit perhatian ibunya. Sesekali terhibur juga Halita melihatkan anak perempuan bongsunya itu bermain masak-masak bersama anak patung kesayangannya. Nana memang sangat gemar bermain dengan anak patung itu. Pernah pada satu hari, anak patungnya terjatuh ketika mereka berdua menaiki motor untuk kedai. Terus sahaja dia meloncat turun dari motor untuk mengambilnya kembali. Menjerit-jerit Halita bagaikan hilang akal kerana menyangkakan Nana terjatuh dari motor yang ditungganginya. Namun Nana langsung tidak mengalami sebarang kecederaan. Sedikit calar pun tidak kelihatan pada tubuhnya. Sebaliknya Nana hanya tersenyum sambil membersihkan gaun putihnya yang sedikit kotor.
"Nah..!! Makan ye?.. Aumm.. sedap tak?..", Nana menyuakan sudu yang dipegangnya ke arah mulut patung itu seolah-olah sedang memberikan ia makanan. "Nana bagi makan apa tu?..", ujar Halita sambil tersenyum. "Nana bagi nasik.. dia cakap sedaplah bu..!!", balas Nana. Halita melihat jam di dinding berhampiran dengannya. "Dah pukul sebelas..", katanya di dalam hati. Dia harus mengejutkan anak lelaki sulungnya untuk ke sekolah. Halita meninggalkan kerja-kerja di dapurnya dan terus masuk ke dalam bilik anak lelakinya. "Syafiq.. Syafiq.. bangun lekas..!! Pergi sekolah..", Halita menggoyang-goyangkan badan Syafiq yang berkelubung dalam selimut. Melihat Syafiq yang tidak memberikan sebarang reaksi, Halita menepuk peha anaknya itu dengan lembut sambil memanggil namanya. Syafiq membuka mata dengan perasaan malas-malas. 'Prangg..!!', bunyi sesuatu yang pecah berderai mengejutkan kedua anak-beranak itu. Halita segera keluar dari bilik. "Ya Allah Ya Tuhanku.. kenapa ni Nana?..", jerit Halita. Dia melihat anak bongsunya itu duduk bersila di hadapan pinggan kaca yang pecah bertaburan di atas lantai sambil memeluk erat anak patung kesayangannya. "Nana tak buat bu.. 'adik' ni yang pecahkan..!!", ujar Nana memaksudkan anak patungnya. Halita merenung Nana dengan perasaan geram. Masuk kali ini sudah lima pinggan kacanya pecah.
"Nana jangan nak tipu ibu.. takkan patung tu boleh pecahkan pinggan?..", marah Halita. Dia mengambil penyapu di dapur dan terus mengutip serpihan-serpihan kaca yang bertaburan. "Jangan bangun..!! Ibu nak kutip kaca ni..!!", sergah Halita pada anaknya bila melihat Nana yang hendak bangun dari duduknya. Setelah pasti tiada serpihan-serpihan besar yang tertinggal, Halita terus menyapu permukaan lantai itu kerana bimbang kalau-kalau masih ada lagi serpihan kecil yang bertaburan. "Kenapa bu?..", suara Syafiq dari muka pintu biliknya dengan wajah yang kusut masai. "Tak ada apa-apalah..!! Pergi mandi cepat.. nanti tertinggal bas sekolah..", Halita mengarahkan. Syafiq menjeling ke arah Nana yang berwajah sugul sambil memandang lantai. Geram sungguh hatinya. Kalau bukan kerana adik bongsunya itu, ibunya takkan marah-marah begini. "Bodoh..!!", katanya pada Nana sambil menunjukkan buku limanya. Nana menjeling tajam ke arah Syafiq sambil menarik muka masam. Halita yang melihat bibit-bibit perbalahan antara mereka berdua itu segera mencelah. "Sudah..!! Sudah..!! Nana pergi main kat luar.. ibu nak kemas ni sekejap..!! Syafiq pergi mandi lekas.. cepat..!!", ujarnya.
Terdengar seseorang memberi salam di luar rumah. Nurin, anak keduanya sudah pulang dari sekolah. Terkocoh-kocoh dia menanggalkan kasut sekolahnya di luar dan terus masuk ke dalam rumah. Beg sekolahnya yang berat di campakkan ke atas sofa. Nurin duduk sambil menyandarkan tubuhnya yang keletihan di atas kerusi. "Pergi tukar baju tu dulu Nurin..!! Nanti kotor..", ujar Halita yang kurang senang melihat perlakuan anak perempuannya itu. "Nanti kejaplah bu.. Nurin penatlah..!!", jawab Nurin sambil menekan punat pada alat kawalan jauh televisyen. Dari satu saluran ke satu saluran televisyen dia menukar untuk mencari cerita yang menarik untuk di tonton. Tiba-tiba jari-jemarinya terhenti dari menekan punat alat kawalan jauh itu. Sebuah cerita yang bertajuk 'Child's Play' sedang dimainkan di kaca televisyen. Watak Chucky iaitu sebuah anak patung yang dirasuk oleh roh penjenayah kejam itu membuatkan mata Nurin tertumpu ke arah televisyen. Wajahnya berkerut-kerut bila melihat anak patung itu menekup muka pemandu kereta itu dari belakang dengan menggunakan plastik sehingga pemandu itu kelemasan dan mati akibat kekurangan oksigen. "Eeiii.. jahatnya..!!", bisik Nurin perlahan.
"Nurinnnn..!! Tak dengar apa ibu cakap tadi?.. pergi tukar baju sekarang..!! Ibu rotan nanti..", jerit ibunya membuatkan Nurin kelam-kabut menutup televisyen. Dengan perasaan yang berat, dia mengambil beg sekolahnya dan masuk ke dalam bilik untuk menyalin pakaian. Halita merasa sungguh sibuk hari ini. Kerja memasaknya sekejap-sekejap terpaksa ditinggalkan kerana melayan karenah anak-anaknya yang sukar menerima nasihat. Dia harus menyiapkan segera makanan untuk santapan keluarganya dengan segera. Dalam kesibukan itu, Halita tiba-tiba terdengar sesuatu. Seakan bunyi orang berbisik namun terasa begitu hampir. "Ibu.. saya lapar..", suara itu menerjah masuk melalui corong pendengarannya. Halita mencari-cari dari arah manakah suara itu datang. Tiba-tiba Halita tersepak sesuatu lalu memandang ke bawah. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat patung kepunyaan anak bongsunya itu berdiri tegak sambil memandang ke arahnya. Halita menjerit dan meloncat-loncat ketakutan. Ditendangnya anak patung itu beberapa kali sehingga terpelanting menghempas dinding dapur. Kemudian dia terus berlari ke ruang tamu sambil menoleh ke belakang. Risau jika patung itu mengekorinya.
"Ibu..!! Kenapa ni?..", Nurin bertanya pada Halita. Dia melihat ibunya berlari tunggang-langgang dari arah dapur ke ruang tamu rumah. Halita yang termengah-mengah tidak mengendahkan pertanyaan anak gadisnya itu. Dia kemudiannya duduk di atas sofa untuk meredakan perasaan cuak yang melanda hatinya. Melihat pertanyaannya langsung tidak dijawab, Nurin masuk semula ke dalam bilik dan menutup pintu. Entah apalah yang berlaku kepada ibunya. Dia malas hendak mengambil tahu. Halita menyandarkan tubuhnya sambil memandang ke arah siling. "Betul ke apa yang aku nampak tadi?.. Takkanlah patung tu boleh berdiri dan bercakap pulak?..", bisiknya. "Ibuuu..!! Kenapa ibu tendang 'adik'?.. sakitlah 'dia'..!!", suara Nana yang sedang marah mengejutkan dirinya. Berderau darahnya melihat anak bongsunya itu berdiri di sebelahnya sambil memeluk anak patungnya itu yang sudah pecah di bahagian muka. "Mana ada ibu tendang?.. Ibu tak sengajalah..", ujar Halita. Dia gerun melihat wajah patung itu yang seakan-akan memandang ke arahnya. "Ibu tipuu..!! 'Adik' cakap ibu yang tendang..!!", ngomel Nana kepada ibunya. Halita terdiam seketika. Seingatnya semasa kejadian di dapur tadi, Nana tiada disitu. Jadi sepatutnya Nana tak tahu menahu langsung tentang kejadian itu. Tanpa berkata apa-apa, Nana terus meninggalkan ibunya yang terkedu sambil mengendong patung itu.
"Bang.. saya nak cakap sikit ni..!!", ujar Halita mengejutkan suaminya yang baru masuk tidur setelah penat seharian berkerja. Samsul mengiring ke arah isterinya. "Ada apa?.. saya penatlah..", rengus Samsul. "Petang tadi saya nampak benda pelik.. tapi bukan hantu..!!", Halita menerangkan. Samsul membeliakkan biji matanya. "Nanti..!! Saya pun nak cakap sesuatu dengan Ita.. mungkin sama dengan cerita Ita kot..!!", Samsul mencelah. Halita memasang telinga. "Ada satu hari tu saya ternampak patung yang Nana suka tu berjalan-jalan ke dapur.. saya ingat saya mimpi ke apa ke.. tapi bila saya pergi ke dapur, saya nampak patung tu keluar ikut pintu dapur..!! Lepas tu patung tu hilang tak tau pergi mana..", cerita Samsul membuatkan Halita semakin tak sabar untuk bercerita tentang kejadian siang tadi kepada suaminya. "Saya tengah masak kat dapur.. tiba-tiba saya dengar ada suara mintak makanan sebab lapar.. saya pun tolehlah ke kiri ke kanan.. tak ada apa-apa..!! Tapi bila saya pandang ke bawah, patung tu berdiri sambil memandang ke arah saya..!! Eiii..!! Saya pun lari macam tak cukup tanahlah.. Tapi lepas tu Nana datang marah-marah kat saya.. dia kata patung tu cakap dengan dia saya yang tendang patung tu sampai pecah..!! Padahal Nana tak tau pun pasal kejadian tu bang..!!", terang Halita panjang lebar mengenai kejadian petang tadi.
Samsul termenung sebentar mendengar cerita isterinya. "Saya rasa patung tu ada puaka kot..!! Kita tak boleh biarkan benda ni terjadi kat keluarga kita.. Jom..!! Nana dah tidur kan?.. kita ambil patung tu dan terus bakar..!!", cadang Samsul. Halita menganggukkan kepala tanda setuju. Samsul segera mencapai lampu suluh miliknya dan membuka pintu bilik. Dikerlingkan matanya ke arah jam dinding. Jarum pendek pada jam itu sudah menunjukkan ke angka satu. Semua anak-anaknya sudah lena dibuai mimpi. Halita yang mengekori langkah suaminya dari belakang berasa seram sejuk. Hujan renyai disertai lolongan sahut-menyahut anjing liar di luar rumah menambahkan lagi perasaan gemuruh dalam hatinya. Perlahan-lahan Samsul membuka pintu bilik yang dikongsi bersama oleh Nana dan Nurin supaya tidak mengejutkan mereka. Kelihatan Nana dan Nurin sedang nyenyak tidur di atas katil masing-masing. Samsul segera mencari anak patung kesayangan Nana itu di setiap sudut bilik. Halita pun turut membantu mencarinya. Lima belas minit menggeledah setiap ceruk dalam bilik, namun patung itu langsung tidak kelihatan. "Agaknya Nana lupa bawak masuk dalam bilik kot?.. selalunya dia bawak tidur kan?..", tanya Samsul kepada Halita. Halita hanya mengangguk. "Saya nak carik kat dapur.. awak pergi carik kat ruang tamu..!!", cadang Samsul lagi.
Mata Halita meliar mencari kelibat patung kesukaan anak bongsunya itu di ruang tamu rumahnya. Samsul pula sibuk mencari-cari di dapur. Lama Halita meneliti setiap inci ruang tamu rumah tersebut namun bayang patung itu langsung tidak kelihatan. Tiba-tiba Halita terdengar dengus nafas seseorang berada dekat dengan telinganya sewaktu dia menunduk untuk mengenepikan meja majalah. "Kenapa ibu pecahkan muka 'adik'?.. 'Adik' sakit bu..!!", suara seperti seorang budak kecil menyapa telinganya membuatkan Halita serta-merta berpaling. Alangkah terkejutnya Halita bila sepasang matanya menyaksikan patung milik Nana sedang berdiri dengan wajah menggerunkan tersengih sambil memegang sebilah pisau dapur. Patung itu melompat ke arahnya dan bertenggek di dadanya sambil menyeringai garang. "Ibu dah pecahkan muka 'adik'.. sekarang 'adik' nak ibu rasa macammana 'adik' rasa..!!", patung itu bersuara sambil mengangkat pisau yang digenggamnya ke udara seolah-olah mahu membenamkannya ke muka Halita. Suara Halita seperti tersekat di kerongkong. Seluruh badannya tak mampu untuk digerakkan kerana terlalu takut. Dalam keadaan cemas itu tiba-tiba Samsul datang dan terus memukul patung itu sehingga tercampak ke pintu bilik mereka. Bagai orang gila, Samsul terus menerus memukul patung itu dengan menggunakan kayu belantan yang tersimpan di dapur. Suara patung itu menjerit dan mengaduh kesakitan menyeramkan sesiapa sahaja yang mendengarnya sehinggalah patung itu diam dan tidak bersuara lagi.
Nana memeluk ibunya dengan linangan airmata. Syafik dan Nurin membantu Samsul mengumpulkan sampah-sampah bersama patung kesayangan Nana untuk dibakar. Sebaik sahaja Samsul menyalakan api yang kemudiannya menjilat keseluruhan patung tersebut, Nana menangis terngongoi-ngongoi sambil meminta maaf. "Ibu mintak maaf 'adik'.. Ibu terpaksa tinggalkan 'adik'..", rintih Nana. Seluruh keluarga itu berpandangan sesama sendiri.
nice story..teringat satu movie zman saye sekolah menengah dulu,movie tu cite ttg anak patung yang seakan bernyawa..anak patung askar melancarkan perang..yg lanun akan kejar manusia ngan parang dn bunuh manusia..eii..menakutkan..nasib bek saye tak main anak patung dulu...seramnye...
assalamualaikum, salam perkenalan buat penulis,iaitu Qaizar Fazzamy...
Dear Qaizar Fazzamy,
cerita yang d buat oleh penulis,teramatlah scary giler tahap dewa cipan.saya yang membacanya,dah lah naik bulu roma sy,meremang plk 2 kerana feeling baca penulisan yang scary giler ni tahap dewa cipan yang d buat oleh penulis,Qaiszar Fazzamy...
sy ade penah bace cerita yg sama maksud seperti cerita tntg 'anak patung nana',tetapi x sescary cerita yang baru saya baca td..saya sokong penulis tetapi jgn lah wat cerita sebegini lagi ye..sbb kebanyak yang membaca cerpen ni,lemah semangat seperti saya..lagi2,pada bebudak,remaja n org tua yg minat bace cerpen yg lemah semangat..selamat maju jaya buat penulis,Qaiszar Fazzamy..teruskan dengan penulisan seterusnya,ya..jgn berhenti menulis ok..n jgn putus asa menulis cerpen..sy harap,penulis dpt sambut salam perkenalan sy..Good Luck 4 cerpen seterusnya..sy harap,penulis dapat menerima komen2 yg lain sbg ikhtibar dan pengajaran utuk membuat cerpen seterusnya..wassalam
Salam juga Diana.. Terima kasih kerana sudi membaca.. Memang saya lebih suka mereka cerpen dan novel dengan genre sebegini.. Sebab saya tak berapa pandai buat genre cinta..!! Saya juga berterima kasih kepada semua yang telah memberikan komen.. semuanya saya terima dengan hati yang terbuka.. InsyaAllah, saya akan buat yang lebih baik..
dear qaiszar fazzamy, erm,nak tanya c-kit..awk perli saya ker..?erm,saya faham,but,cerita awk best sesgt walaupon seram..saya kasi komen yang fist 2,saya saje nk tgk ape reaksi awk n pembace2 yg lain jg..saya pon ade beri komen kat 1 cite seram jg same je komen saya..sbb saya saje nk tgk reaksi diorg..saya terhibur dgn cerita anda... :)
wassalam..
salam dari pembace, puteri nor alya diana(puteri danish)
Diana salah faham maksud saya.. Saya cuma cakap yang saya tak berapa pandai buat cerita bergenre cinta itu saja..!! Sesiapa yang suka membaca cerita rekaan saya, saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih.. ikhlas dari hati..!! Termasuklah Diana juga..
Sila maafkan saya sekiranya saudari terhadam oleh kata-kata saya yang buruk ini..!! Saya cuma insan jahil yang masih mahu memperbaiki diri..
takut weii..seram gle. tahniah buat penulis, ek sbb dh buat ak takut utk ke toilet dan tido! hehe! penulisan y baik sbb sy jrg berasa tkt setiap kali membaca or menonton cite hantu tp kali ni, ia benar2 beri ksn pd emosi sy! haha! salam prknln drpn sy, Ara Ariani.
hahaha da la den ni penakut adoyai tp stil bes dr citer ni ptt selit sket keagamaan kn org islam xleh smpan patung dlm umah malaikat rahmat x masuk apatah lg melayan patung tu cam bnd idup..cam nana buat niway,nice job author
huhuuu..seramm...good story..sy pn ada jugak anak ptung tp bear lah..first dpt bear 2 sy slalu bckap2 dengan dia..bila ad masalah je sy akn bckp dgn ptung2 seolah2 ptg tu boleh mendengar.. kdg2 tkot gk cz kate org dkt rmh x bek simpn ank ptg..huhu..ape pun..god luck qaiszar fazzamy..buatlah lagi cerita seram yang lain..sy suka cerita seram..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
WEH..MEREMANG BULU ROMA AKU..