Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Bunyi ketawa berdekah-dekah yang berpanjangan mengelabui pemikiran Faizun yang berlumuran dengan debu tanah. Saat itu dia merasakan maruahnya bagai diinjak-injak tanpa rasa belas. Belum sempat dia membetulkan duduk, satu lagi sepakan keras singgah di rusuk kirinya. Faizun tersedak sambil menghamburkan darah merah pekat. Entah apalah salahnya diperlakukan dengan sebegitu kejam sekali. Dia tidak pernah menyusahkan orang lain. Dia tidak pernah mengganggu kehidupan orang lain. Tetapi sebaliknya mereka begitu suka mengganggu kehidupannya. Faizun tertiarap di atas tanah yang kotor sambil tubuh badannya menggeletar kesakitan. Dia tidak mampu lagi untuk bangun. Apatah lagi untuk melawan. Kudrat kecilnya takkan dapat menentang kebiadaban keempat-empat lelaki sekampung yang begitu seronok melihat dirinya tersungkur sujud di kaki mereka. Sekali lagi sepakan kuat mengenai rusuk kirinya membuatkan Faizun menjerit kesakitan. Airmata lelakinya bercucuran tanpa sedar. Menangisi penindasan yang dilakukan terhadap dirinya.
"Bangun..!! Aku belum puas lagi bangsat..!! Bangun aku cakap..!!", jerit Ramdan yang juga merupakan ketua bagi kumpulan pembuli itu. Dia mencekak baju yang dipakai oleh Faizun dan memaksanya untuk berdiri. Tetapi tubuh Faizun yang sudah lembik itu kembali menyembah bumi tatkala Ramdan melepaskan pegangannya pada baju Faizun. Bob, salah seorang dari kumpulan itu menendang tubuh Faizun beberapa kali tanda tidak puas hati. Faizun sudah tidak berdaya lagi untuk menjerit. Dia membiarkan sahaja dirinya diperlakukan seperti bola. Dia sudah tidak bertenaga lagi hatta untuk menahan setiap pukulan dan sepakan yang bertubi-tubi itu sekalipun. Airmatanya deras mengalir. Setelah puas mengerjakan batang tubuh Faizun, keempat-empat mereka meludah ke tubuhnya. "Kalau kau ingat dengan kelapa buruk kau ni boleh buat kau kaya, kau silap..!! Pasal kelapa bapak kaulah kelapa-kelapa aku semuanya tak laku kau tau?!.. Memang kau ni manusia celaka..!!", jerit Ramdan lagi seraya menendang perut Faizun sekuat hati. Terhambur lagi darah pekat dari mulut Faizun yang terkoyak membuatkan matanya berpinar-pinar lalu pengsan.
"Cis..!! 'Blah'lah geng..!! Biar dia mampus kat situ..!!", arah Ramdan pada kawan-kawannya. "Habis.. kelapa-kelapa tu semua macam mana?..", tanya Leong sambil menunjukkan jari ke arah basikal kepunyaan Faizun yang sarat dengan kelapa tua. "Apalah bodoh sangat?.. kita ambil semua kelapa tu sebagai ganti kerugian perniagaan Ramdan..!!", usul Hanif pula. "Bagus cadangan kau tu Nip..!! Ambil..!! Ambil semuanya..!!", ujar Ramdan sambil ketawa terbahak-bahak. Habis kesemua kelapa milik Faizun dipunggah dari basikal itu. Kemudian mereka menendang-nendang basikal itu hingga menjadi bengkok disana-sini. Selepas habis mengerjakan basikal tua milik Faizun itu, mereka terus meninggalkan kawasan itu dengan tawa yang semakin galak. Segala kelapa milik Faizun dibawa bersama. Tinggallah tubuh Faizun yang masih tidak sedarkan diri terbungkang di situ. Kawanan sang gagak semakin memenuhi kawasan itu sepertinya sedang meratapi takdir Faizun yang sentiasa dirundung malang.
"Ya Allah Ya Tuhanku..!! Kenapa dengan kau ni Ijun?.. Apa dah jadi ni?..", soal ibu Faizun sebaik sahaja terlihat pakaian anaknya yang berdiri di muka pintu koyak-rabak di sana-sini. Wajahnya yang lebam-lebam selain terdapat beberapa kesan calar yang jelas kelihatan di merata tubuhnya membuatkan ibu tua itu terkaget sebentar. Matanya sudah merah bersama linangan airmata yang tidak tertahan. Faizun langsung tidak menjawab pertanyaan ibunya. Rembesan airmata yang keluar di celahan kelopak mata Faizun yang terpejam bagaikan menjawab semua persoalan. Ibu tua itu teresak-esak menahan kesedihan yang amat sangat. Pilu hatinya melihat penderitaan yang dialami oleh anak tunggalnya itu. Bukan sekali, malah sudah berkali-kali anaknya diperlakukan sedemikian rupa. Bahkan Faizun pernah pulang ke rumah dengan memegang sebelah tangannya yang patah akibat dibelasah oleh orang kampung. Entah apalah silap keluarganya pada kaca mata mereka.
"Diorang marah Ijun sebab Ijun jual kelapa mak.. Ijun bukan jual kelapa orang lain.. kelapa arwah abah jugak..!! Kenapa diorang pukul Ijun mak?..", ujar Faizun sayu. Ibu tua itu hanya menangis dan terus menangis. Melihatkan pakaian Faizun yang compang-camping itupun sudah membuatkan jiwanya meruntun kesedihan. Apatah lagi mendengar pertanyaan anaknya itu yang menahan kesakitan akibat perbuatan biadab oleh mereka-mereka yang berhati laknat. Hatinya bagai dihiris-hiris. Sakitnya bukan kepalang. Ibu manalah yang sanggup melihat darah keturunannya diherdik, dicaci, dimaki dan dipukul sebegitu rupa?. Faizun meniarap diatas lantai kayu rumah usang itu. Belakangnya penuh dengan calar balar. Dia menyembunyikan wajahnya daripada pandangan ibunya. Terhinggut-hinggut bahunya dengan tangis yang ditahan-tahan. Dia sudah jelak. Muak dengan perangai orang kampung. Sudah tiba waktunya untuk dia berhijrah kepada yang lebih baik. Kedaifan yang ditanggung oleh keluarganya membuatkan Faizun merasa harga diri mereka jatuh ke tanah yang berdebu tebal. Semuanya gara-gara arwah bapanya.
"Bapak kau ada dulu bolehlah kau berlagak..!! Mentang-mentang orang tua tu pakai 'ilmu'.. Habis semua orang kampung ni lintang-pukang lari bila nampak dia..!!", kata-kata itu bagaikan terngiang-ngiang di telinganya. Memang arwah bapanya berilmu. Orang kata 'ilmu' milik arwah bapanya mampu menundukkan sesiapa sahaja. Malah dia pernah melihat arwah bapanya berkelahi dengan seekor seladang yang sedang mengamuk. Dengan sekali tampar, seladang yang beberapa kali ganda lebih besar itu tumbang menyembah bumi. Begitulah kuatnya penangan arwah bapanya sehingga semua orang-orang di kampung itu langsung tidak mahu mendekati mereka. Sesiapa sahaja yang mencari masalah dengan keluarganya akan menerima padah yang buruk. Sehinggalah pada suatu hari arwah bapanya terlantar di pembaringan kerana sakit tenat. Tangannya yang satu ketika dulu mampu menumpaskan seekor seladang akhirnya tidak mampu untuk mengangkat segelas air sekalipun. Masuk hari yang kesepuluh, arwah bapanya meninggal dunia dalam keadaan yang mengerikan. Seluruh badannya bertukar menjadi hitam legam dan terlalu sukar untuk diangkat ke perkuburan. Kata orang lagi arwah bapanya mengamalkan sejenis ilmu kebal. Faizun tidak pasti pula akan kesahihannya.
"Apa yang kau menung tu Ijun?.. terkenang bapak kau ke?..", suara seorang lelaki menyapa dirinya membuatkan Faizun tersentak. "Pak Lang..!! Terkejut Ijun.. Pak Lang dari mana ni?..", ujar Faizun menyembunyikan perasaannya. "Tak usahlah kau nak berdalih dengan aku Ijun.. aku kenal kau dari kecil..!! Aku pun rindukan arwah jugak.. mungkin orang kampung ni kuat mengata arwah tapi dia memang seorang abang dan ketua keluarga yang baik Ijun..!! Dia sentiasa pentingkan keluarga..", ujar bapa saudaranya pula yang perasan akan perubahan riak airmuka anak saudaranya itu. Dia tahu keluarga arwah abangnya itu teruk diherdik oleh orang kampung. Dia juga tahu anak saudaranya itu selalu dibelasah oleh mereka-mereka yang berdendam. Tapi apakan dayanya, kakinya yang tempang sebelah gara-gara kemalangan ketika sedang berkerja di kilang kejuruteraan beberapa tahun lepas menyukarkan dirinya untuk mempertahankan keluarga itu dari menjadi bahan pelampias dendam. "Kau nak jadi kebal?.. Aku boleh tolong.. Itupun kalau kau sanggup..!!", tanyanya pada Faizun. Tersentak anak muda itu tatkala mendengar pelawaan bapa saudaranya. Serta-merta dia terbayangkan wajah arwah bapanya. Segala kisah tentang kehebatan arwah bapanya berlegar-legar di ruang kotak pemikirannya.
"Macam mana pak lang?..", soal Faizun seperti tertarik dengan tawaran yang dibuat. Bapa saudaranya tersenyum penuh makna. "Senang je.. kau pergi cari siung babi hutan tunggal..!!", terangnya. "Babi tunggal?..", Faizun terkedu. Seumur hidupnya inilah baru pertama kali mendengar perkataan itu. "Babi tunggal tu orang cakap babi jantan tunggal yang beranak pada bulan satu.. Setiap kali ia berkubang, ia akan tinggalkan siungnya di darat..!! Kalau kau berjaya dapatkan siung tu, kau akan jadi kebal..!!", terang bapa saudaranya lagi. Faizun terdiam. Tawaran bapa saudaranya bercampur baur dengan ingatan kata-kata Ramdan kepadanya pagi tadi. Fikirannya menjadi tidak menentu. "Kau fikirlah baik-baik.. Aku cuma beritahu kau jalan mudah untuk keluar dari masalah kau sekeluarga ni saja..!! Selebihnya terpulanglah pada kau..", ujar bapa saudaranya yang kemudiannya meninggalkan Faizun sendirian. Faizun duduk termanggu memikirkan perkara itu. Segala bentuk penghinaan terhadap keluarganya bagaikan tiada bernoktah. Dia sudah bertekad. Dia mesti mengubah nasib malang keluarganya. Dia akan menghidupkan semula legasi arwah bapanya. Biar orang kampung tahu akibat menghina keluarganya.
"Kau nak ke mana Ijun?.. Belum siang lagi ni..!!", ujar ibunya lembut. Dia melihat anak tunggalnya itu sedang menyisipkan golok ke pinggang sambil menggalas segelung tali. "Ijun nak jadi kebal mak..!! Ijun nak jadi macam arwah bapak..!!", terang Faizun tanpa sedikitpun menoleh ke arah ibunya yang berdiri sambil memegang bingkai pintu. Ibu tua itu tersentak. "Kau nak buat apa Ijun?.. Kau nak jadi macam bapak kau?.. Kau tak takut dosa ke Ijun?.. Bawak mengucap nak..!! Jangan buat mak macam ni.. Kaulah satu-satunya anak mak.. Mak taknak kau ikut jejak langkah arwah bapak kau nak..!!", rayu ibunya. Faizun memekakkan telinga. Azamnya takkan dapat dilentur dengan mudah. Tekadnya menggunung tinggi. Faizun tidak berkata apa-apa tatkala melangkah meninggalkan rumah pusaka arwah bapanya itu. Menghilang di sebalik rimbunan semak samun. Meraung-raung si ibu tua itu meminta anaknya kembali ke pangkuannya. "Jangan kau ikut jejak langkah arwah bapak kau Ijun..!! Dia melanggar hukum Tuhan..!! Dia sesat Ijunn..!! Mak tak mahu kau jadi sesat..!!", laung si ibu tua itu dari rumah sedang Faizun sudahpun menjauhi rumah itu dan menghala ke arah hutan dara berhampiran.
Burung-burung hutan berterbangan lari meninggalkan kawasan itu. Menandakan ada seseorang sedang menceroboh hutan dara itu dengan tujuan. Faizun melibas-libaskan goloknya ke kiri dan ke kanan untuk membuat satu lorong supaya dia mudah melalui kawasan itu. Seingatnya arwah bapanya pernah ke sini dahulu. Untuk tujuan apa, dia tidak pasti. Arwah bapanya sangat kuat berahsia sehinggalah dia menemui ajal. Namun kini dia pasti tujuan arwah bapanya sama dengan tujuannya sekarang. Macam-macam yang telah ditempuh olehnya sepanjang perjalanan ke sini. Berbagai-bagai halangan seolah-olah ingin menggagalkan usahanya mendapatkan siung babi tunggal. Tiba-tiba telinga menangkap sesuatu bunyi berkeruh di sebalik sebuah busut besar yang cuma sejauh lima kaki sahaja daripadanya. Serta-merta Faizun menekup mulut. Bau busuk seperti bau bangkai binatang segera menyelinap masuk melalui rongga-rongga pernafasannya. Biarpun begitu Faizun tetap menghampiri. Semakin dekat semakin berdebar jantungnya. Memang benar. Ada sebuah paya lumpur di situ. Dan Faizun bagaikan tidak percaya bila melihat seekor babi hutan yang sangat besar sedang berkubang tanpa sedikitpun perasan akan kehadirannya di situ.
"Ini agaknya babi tunggal yang pak lang cakap semalam.. Besar betul..!!", bisik Faizun keseorangan. Dia tidak mahu dirinya terdedah oleh perhatian babi tunggal tersebut. Matanya meliar mencari ke serata sudut di sekitar paya itu. Tiba-tiba pandangannya terhenti pada sebuah batu besar yang berada tidak jauh darinya. "Hah..!! Itu siungnya..", ujar Faizun separa menjerit kerana terlalu gembira. Perlahan-lahan dia merapati batu besar itu. Risikonya amat besar. Jika babi hutan yang besar itu tahu akan kehadirannya, dia pasti akan terbunuh di tangan babi itu. Untuk seketika, Faizun dapat merasakan masa seolah-olah terhenti. Dia cuba mencapai siung itu namun tidak sampai. Dia harus datang lebih dekat. Tiba-tiba babi tunggal itu berlari naik ke darat. Nampaknya ia sudah perasankan kelibat Faizun. Tidak mahu berputih mata, Faizun segera mengambil siung itu dengan pantas dan terus berlari tunggang-langgang meredah onak duri hutan belantara itu. Faizun tidak berhenti-henti berlari. Sesekali dia menoleh ke belakang untuk melihat samada haiwan itu dapat mengejar dirinya atau tidak.
"Aku dah dapat..!! Aku dah dapat..!!", pekiknya menggemparkan seluruh isi hutan. Faizun terlalu gembira namun dia masih terus berlari. Siung sebesar lengan itu dikucupnya laksana sebuah piala kemenangan baginya. Malang sekali, dalam keasyikan meraikan kemenangan itu, kaki Faizun yang rancak berlari tanpa arah itu tersadung pada akar pokok yang menjalari tanah. Serta-merta di tersembam ke tanah bersama siung babi tunggal di tangannya. Lebih malang lagi, siung dalam genggamannya menusuk tepat ke perutnya sehingga tembus ke belakang badan. Faizun kaku di situ. Mulutnya bergerak-gerak seperti ingin menyatakan sesuatu. "Mak.. kenapa Ijun tak kebal mak?.. Maafkan Ijun mak..!!", getar suara Faizun antara dengar dan tidak. Ada linangan airmata yang hangat membasahi pipinya. Kerana terlalu ingin mendapatkan kuasa, Faizun lupa akan hukum yang mesti dipatuhi. Akibatnya dia menemui ajalnya dengan cara yang tidak disangka. Siung babi tunggal yang dikatakan boleh membuat dirinya menjadi kebal itu akhirnya telah menyebabkan dia terbunuh tanpa sengaja. Perlahan-lahan Faizun menutup mata.
Terima kasih di atas semua komen yang diberikan.. Saya akan berusaha untuk memperbaiki penulisan saya dari masa ke semasa..
Salam dari penulis..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cerpen ini membawa mesej yang mendalam