Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Cuaca pada petang itu sangat indah.Seindah hati Nur Sofea Adrina.Hari ini,gadis yang berusia 23 tahun tersebut telah dipertemukan dengan seorang jejaka yang sangat memikat hatinya.Pertemuan dengan jejaka tersebut tidak dirancang dan pertemuan tersebut memang telah ditakdirkan.Sofea termenung di anjung rumahnya.
***
Tum!!!!
Sofea jatuh terduduk.Buku-buku yang dipegangnya jatuh bertaburan.Buku-buku Sofea telah tercampur dengan buku dan fail insan yang telah melanggarnya.Sofea sedikit marah kerana ada orang melanggarnya secara tiba-tiba.Sofea bingkas bangun.Dia melihat seorang jejaka dihadapannya.
"Ops..maafkan saya.Saya dah terlambat nak pergi kerja",seorang jejaka bernama Fitri Akmal meminta maaf kepada Sofea kerana telah terlanggar Sofea sewaktu Sofea sedang berjalan menuju ke sebuah kafe. "Takpe…saya tak apa-apa pun",jawab Sofea.Dalam hati Sofea berkata, ‘Wah..kacaknya..’ Fitri menghulurkan tangan pada Sofea. "Maaf ye,awak.Saya betul-betul minta maaf.Saya tak sengaja terlanggar awak.Saya dah terlambat nak pergi kerja ni". "It’s ok..saya tak luka apa-apa pun",jawab Sofea sambil mengutip bukunya yang terjatuh di lantai.Fitri turut menolong Sofea mengutip bukunya. "Terima kasih awak.Ok bye….",Fitri berlalu sambil melambaikan tangan.
Sofea terpaku.Tidak sempat dia hendak menghulurkan salam perkenalan terhadap jejaka tersebut.Namanya pun Sofea tidak tahu.Sofea telah jatuh hati pada jejaka itu.Wajahnya yang kacak dan berbudi bahasa telah menambat hati Sofea.Wajah jejaka tersebut seiras wajah pelakon pujaannya ‘Fahrin Ahmad’.Rasa menyesal menyelubungi hati Sofea tapi Sofea kuatkan hatinya dengan mengatakan kalau ada jodoh,pasti mereka dipertemukan semula.Sofea berlalu daripada tempat kejadian menuju ke sebuah kafe untuk bertemu kawan-kawannya.
***
Kring…kring….
Lamunan Sofea terhenti.Sofea melihat telefon bimbit ditangannya.Nombor yang tidak dikenali.Sofea malas untuk menjawab panggilan tersebut kerana sebelum ini terlalu ramai yang mengganggunya walhal dia tidak mengenali mereka.Dengan perasaan yang berat,Sofea menjawab panggilan tersebut. "Hello",jawab Sofea dengan perasaan yang malas. "Hello,ni Cik Sofea ke?Saya Fitri Akmal". Sofea terdiam.Dalam hatinya ditimpa dengan pelbagai persoalan. ‘Siapa Fitri Akmal?Aku tak kenal pun’. "Ops..sorry awak.Saya tak jelaskan siapa saya dengan lebih jelas pada awak.Saya yang terlanggar awak pagi tadi.Ingat tak?Saya terambil salah satu buku awak.Dalam buku ni ada nombor telefon awak.So,saya pun terus telefon awak.Maaf kalau saya mengganggu awak petang-petang macam ni",jelas Fitri dengan panjang lebar. Sekali lagi Sofea terpaku.Mulutnya sedikit ternganga.Rasa berat untuk dia bercakap dengan jejaka yang sudah memikat hatinya dengan hanya sebuah senyuman dan budi bicaranya. "Oh yeke?Takpelah..saya Nur Sofea Adrina.Awak boleh panggil saya Sofea je.Erm…buku apa yang awak terambil tu?",Sofea berjaya mengumpul kekuatan bercakap dengan putera idamannya. "Diari awak.Tapi awak jangan risau.Saya tak baca pun.Saya cuma baca biodata awak pada muka hadapan diari awak ni je". "La..diari saya ke?Saya tak perasan pulak diari saya hilang.Erm..boleh awak pulangkan semula diari saya tu tak?",Sofea teringin untuk bertemu jejaka itu semula. "Memang saya nak pulangkan diari ni pada awak semula.Macam ni lah.Esok dalam pukul 5.00 petang kita jumpa dekat tempat kita accident tu semula.Saya pulangkan diari awak semula masa tu". Hati Sofea berbunga riang.Bukan sahaja dia dapat bertemu dengan Fitri semula malahan Sofea telah dapat nombor telefonnya sekali.Dengan hati yang penuh gembira,Sofea setuju dengan cadangan Fitri. "Ok..esok kita jumpa.Assalammualaikum…" "Waalaikummusalam…".Sofea mematikan panggilan Fitri.Sofea bernyanyi kecil kerana perasaannya penuh dengan bunga-bunga cinta.
***
Sofea melihat jam ditangannya.Sudah pukul 5.30 petang.Bayang Fitri pun dia masih tidak nampak.Hati Sofea mula memikirkan yang bukan-bukan.Dia rasa telah ditipu oleh Fitri.Tiba-tiba seseorang telah menepuk bahu Sofea dari belakang.Sofea sedikit terkejut.Dia memalingkan muka ke belakang.
"Ni Cik Sofea ke?"Fitri menegur dengan sopan. Sofea tersenyum.Jejaka idamannya berada di depan mata. "Ye..saya Sofea tapi tak payahlah bercik-cik.Panggil Sofea je.Ni Fitri kan?",Sofea sengaja memberi pertanyaan walhal dia yakin itulah jejaka yang telah melanggarnya semalam.Tak mungkin dia lupa pada wajah jejaka tersebut. "Betul..Maaf saya terlambat.Traffic jam tadi.Oh ye..ni diari awak.Maaf..saya tak sengaja terambil.Tapi,untung juga.Dapat saya kenal dengan awak",Fitri tersenyum manis pada Sofea.Fitri terpikat dengan wajah Sofea yang sangat manis bertudung.Seperti gadis idamannya yang selalu dia dambakan. Semalam,sewaktu dia terlanggar Sofea,dia tidak perasan wajah Sofea kerana tergesa-gesa mahu ke office.
Sofea memberikan senyuman yang membuatkan Fitri bertambah terpikat padanya.Senyuman Sofea sangat manis dan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya lebih membuatkan senyuman Sofea bertambah manis.Fitri yakin sesiapa sahaja boleh terpikat dengan hanya sebuah senyuman Sofea.
"Eh..takkan nak berdiri dekat sini je.Jom pergi dekat restoran tu.Saya belanja awak minum",pelawa Fitri. "Takkan minum je.Belanjalah makan sekali",Sofea sempat bergurau dengan Fitri.Sofea rasa sangat selesa dengan Fitri walaupun baru mengenalinya. "Mestilah saya belanja makan sekali.Jomlah.Boleh kita berbual-bual lebih lama". Sofea berjalan beriringan dengan Fitri.Di restoran tersebut,mereka cuma memesan air minuman sahaja. "Eh..awak taknak makan ke?Saya belanja ni",Fitri memberi offer pada Sofea. "Takpelah..saya dah makan kat rumah tadi.Saja bergurau suruh awak belanja saya tadi",jawab Sofea. Fitri tersenyum mendengar jawapan daripada Sofea.Dia begitu gembira Sofea berada disisinya walaupun dia masih tidak tahu sepenuhnya tentang Sofea.
***
Sofea melihat gambar Fitri yang sedia ada di atas meja sebelah katilnya.Telah 8 bulan mereka kenal antara satu sama lain.Tapi hubungan mereka hanya sekadar teman tapi mesra.Sofea mengambil gambar Fitri dari atas meja.Sofea tersenyum melihat gambar Fitri.Gambar itu diambil semasa Sofea menemani Fitri bermain futsal.Pada masa itu Fitri beria-ria mahu Sofea menemaninya bermain futsal.Kata Fitri kehadiran Sofea akan membuatnya lebih bersemangat untuk bermain.Sofea tersenyum sendirian mengingati kisah itu. "Fit,aku sayang sangat kat kau.Kalau lah aku berani luahkan perasaan aku ni pada kau.Tapi aku takut kau menolaknya.Kau tiada rasa apa-apa perasaan ke pada aku?",Sofea bermonolog sendirian.Dalam melayan perasaan,telefon bimbitnya menerima satu meseg.Sofea membukanya.Meseg itu daripada Fitri.Jejaka idamannya.Segera Sofea membaca meseg Fitri.Sudah 2 hari Fitri tidak menelefon dan memberi meseg kepadanya kerana Fitri sangat sibuk menyiapkan kerja-kerja pejabatnya.
+ Assalammualaikum Fea.Tengah buat apa tu?Fit ganggu ke?Dah 2 hari tak dengar berita daripada Fea.Fit sibuk sangat.Tak sempat nak tanya khabar Fea.Fea sihat ke?Fit rindu Fea sangat-sangat.
Sofea tergelak kecil.Fitri menyatakan yang dia rindu padanya.Sebelum ni Fitri tidak pernah berkata yang dia rindu pada Sofea walaupun seminggu mereka tidak bertemu.Dengan pantas jari kecil Sofea membalas meseg tersebut.
+ Waalaikummusalam.Fea tak buat apa-apa pun.Cuma termenung je.Fit tak ganggu pun.It’s ok Fit.Fea faham yang Fit sibuk sekarang ni.Fea sihat je.Alhamdulillah…Fit sihat ke?Kerja Fit dah settle ke?
Sofea menunggu balasan meseg daripada Fitri.3 minit kemudian,Sofea menerima balasan meseg daripada Fitri.
+ Thanks sebab faham situasi Fit sekarang.Fit risau Fea merajuk je bila Fit tak meseg or telefon Fea.Fit sihat je.Kadang-kadang tu ada jugak batuk-batuk.Sebenarnya,Fit nak ajak Fea keluar dinner pukul 8.00 malam nanti.Boleh tak?Fit ada something nak bagi dekat Fea ni.
Hati Sofea ditimpa persoalan. ‘Ada something untuk aku??Apa bendanya?’.Sofea membalas meseg tersebut.
+ Boleh Fit.Pukul 8.00 malam nanti Fit jemput Fea depan rumah ye?
Fitri mengucap syukur Sofea terima perlawaannya untuk keluar dinner.Dia sudah dapat mengumpul kekuatan untuk melamar Sofea menjadi suri hidupnya buat selama-lamanya.Dia tak mahu Sofea dirampas oleh orang lain.Fitri membalas meseg Sofea dengan penuh rasa gembira.
+ Thank you,Fea.Pukul 8.00 nanti Fit jemput Fea.Salam..
Hati Sofea masih lagi tidak tenteram kerana tidak tahu apa something yang Fitri mahu bagi padanya.Sofea terus membuka almari bajunya untuk memilih baju yang bakal dipakai waktu dinner dengan Fitri malam nanti.
***
Sofea duduk berhadapan dengan Fitri di meja makan.Fitri tersenyum melihat penampilan Sofea.Cantik.Sangat cantik.Malahan tingkah lakunya yang lemah lembut,berbudi bahasa dan sopan santun yang membuatkan hati kecil Fitri sangat terpaut pada gadis di hadapan matanya sekarang.
"Macam mana batuk Fit tu?Dah kurang ke?Kalau belum,jom Fea temankan pergi klinik",Sofea memulakan perbualan. "Erm..dah ok sikit sebab Fit dah pergi klinik pagi tadi.Cantik Fea malam ni.Manis je pakai baju kurung tu.Macam perempuan melayu terakhir pulak",Fitri memuji keayuan Sofea memakai baju tradisional orang melayu.
Sofea tersenyum mendengar kata-kata Fitri.Senyumannya menampakkan lesung pipit di pipinya.Fitri merenung wajah Sofea selama mana yang dia mampu.
"Fit,janganlah tengok Fea lama sangat.Takutlah Fea.Ha…ada something apa untuk Fea ni,Fit?",pertanyaan Sofea menghentikan lamunan Fitri. "Erm..benda ni penting sangat tau.Fit harap,Fea jangan terkejut pulak". Hati Sofea mula rasa gelisah. ‘Benda apa pulak yang Fit nak bagi ni?’. Fitri mengeluarkan cincin dari poket baju kemejanya.Dengan penuh debaran,Fitri melamar Sofea. "Nur Sofea Adrina,sudikah awak jadi suri hidup saya untuk selama-lamanya?Saya sangat sayangkan awak,Fea.Saya harap awak sudi terima lamaran saya ni",Fitri melamar dengan penuh keyakinan. Sofea terpempan.Antara realiti dan fantasi.Dia seakan tidak percaya jejaka idamannya selama ini sedang melamarnya.Dengan hati yang berbunga-bunga,Sofea memberi jawapan. "Saya sudi,Fit.Saya sudi jadi suri hidup awak". Fitri mengucapkan syukur.Segera dia menyarungkan cincin di jari manis Sofea.Selepas menyarungkan cincin,Fitri bangun dan menyanyikan lagu Untukmu Selamanya khas untuk Sofea.Semua yang ada di restoran tersebut menepuk tangan kepada pasangan romantis itu.Sofea benar-benar terharu.Airmata kesyukuran mengalir perlahan di pipi putih dan gebu Sofea.
***
Sudah 5 bulan Fitri dan Sofea bertunang.Mereka akan disatukan 2 bulan lagi.Sofea bersyukur kerana dipertemukan jodoh dengan jejaka yang sangat memahaminya dan sangat menyayanginya.Sepanjang mereka bertunang,tiada apa-apa masalah antara mereka walaupun ada yang cuba menghancurkan hubungan mereka tetapi mereka telah menyelesaikannya dengan baik.Sofea membelek gambar-gambarnya bersama Fitri.Akhirnya hajat untuk menjadi pasangan Fitri kini jadi kenyataan.Lagi 2 bulan dia akan menjadi isteri Fitri yang sah.Sofea terkejut apabila telefon bimbitnya berbunyi.Dia tersenyum melihat nama Fitri terpampang dihadapan skrin telefonnya.Sofea segera menjawab panggilan tersebut.
"Assalammualaikum tunangku yang tersayang",Fitri memulakan perbualan dengan kata-kata romantis. "Waalaikummusalam tunangku",Sofea gembira mendengar suara insan yang bertakhta dihatinya itu. "Abang sekarang ada kat mana?Office ke kat rumah?". "Abang ada kat rumah ni.Abang nak ajak Fea pergi tengok baju pengantin.Nak tak?" "Erm..boleh juga.Fea pun tak buat apa-apa sekarang ni." "Kalau macam tu,sejam lagi abang datang jemput Fea dekat rumah ye?Fea tunggu tau.Mekap cepat sikit.Hehehehe…"Fitri memerli Sofea. "Ala..perli Fea lah tu.Fea mekap pun untuk tunang Fea ni juga.Bukan untuk orang lain",Fea merajuk. "Fea sayang,abang bergurau jelah.Janganlah merajuk dan ambil hati pula.Abang tahu Fea cantik untuk abang",Fitri memujuk Sofea. "Yelah…jangan lupa jemput Fea sejam lagi tau.Jangan lewat". "Yes Madam!!Hehehe".Panggilan dimatikan.
Sofea tersenyum sendirian melayan kerenah Fitri.Fitri memang sentiasa membuat Sofea tersenyum dan gembira setiap hari.Itulah yang membuatkan Sofea tidak sabar berkongsi hidup dengan bakal suaminya itu.
***
Sofea dimasukkan ke wad hospital kerana disyaki menghidap penyakit demam denggi sebulan sebelum perkahwinannya dengan Fitri.Fitri yang pada masa itu outstation di Johor segera pulang ke Kuala Lumpur untuk melawat tunang kesayangannya.Sofea terharu dengan kesanggupan Fitri melawatnya walhal Fitri sedang menjalankan tugas pada waktu itu.
"Kenapa abang balik ni?Abang kan tengah bekerja.Lagipun jauh dari Johor ke sini",Sofea mengerutkan dahi. "Ala..abang risau tentang kesihatan Fea ni.Abang taknak terjadi apa-apa pada tunang abang.Abang tak kisah pandu kereta dari Johor ke sini demi Fea",Fitri memberikan jawapan yang menyentuh hati Sofea. "Terima kasih abang,sebab sudi lawat Fea",Sofea memberikan senyuman yang manis pada Fitri. "Macam nilah tunang abang.Senyum je..barulah nampak manis",Fitri menggenggam erat tangan Sofea.Hati Fitri rasa sangat tenang bersama tunangnya.Dia yakin Sofea adalah gadis yang tercipta untuknya dan dia yakin Sofea tercipta daripada tulang rusuknya seperti Hawa yang dicipta daripada tulang rusuk Nabi Adam. "Abang,berapa hari lagi abang kena kerja dekat Johor tu?",Sofea menanyakan soalan kepada tunangnya apabila dia melihat tunangnya mendiamkan diri. "Abang kena kerja kat sana 3 hari je lagi.Petang ni abang perlu balik ke Johor semula.Ada kerja lagi.Fea jaga diri elok-elok tau.Jangan lupa makan ubat.Abang yakin Fea akan cepat sembuh.Abang sentiasa sayangkan Fea dan akan terus sayangkan Fea hingga akhir hayat abang".
Sofea tergamam.Kata-kata Fitri itu membuatkan hati Sofea sebak.Dia rasa seperti akan berjauhan dengan Fitri buat selama-lamanya.Dia sendiri tidak mengerti kenapa perasaannya merasakan begitu.Sofea menatap wajah Fitri yang agak sugul.
"Kenapa muka abang macam susah hati je?Abang tak sihat ke?".Sofea merasa hairan kerana sebelum ini tidak pernah dia lihat wajah tunangnya sebegitu rupa. "Ah..takde apa-apa lah sayang.Mungkin abang penat je kot.Kerja kat Johor tu banyak sangat",Fitri memberikan jawapan yang sedikit-sebanyak melegakan hati Sofea. "Tulah..kerja kuat sangat abang ni.Kenalah rehat juga.Janganlah kerja je.Kan abang dah penat.Tak best lah tengok muka abang macam ni.Fea nak abang happy macam selalu",Sofea sedikit merungut kerana Fitri terlalu kuat bekerja sampaikan ada kalanya Fitri pulang kerja pukul 10.00 malam. "Sayang,abang kerja pun untuk kita juga.Lagi sebulan kita akan disatukan.Abang kenalah kerja kuat.Nak kumpul duit.Abang taknak Fea dirampas orang",Fitri tersenyum melihat Sofea yang risau akan kesihatan dirinya. "Yelah tapi ingat,kena rest jugak tau". "Ye sayang.Abang ingat nasihat Fea tu", Fitri mencium tangan Sofea.
***
Sofea dibenarkan keluar wad 3 hari selepas itu.Dia tidak sabar menanti kepulangan tunangnya dari Johor kerana dia begitu rindu pada Fitri.Sofea tidak sabar untuk bertemu dengan Fitri dan meluahkan yang dia begitu rindu pada Fitri walaupun baru 3 hari mereka tidak bertemu.Jam menunjukkan pukul 6.00 petang.Fitri masih tidak sampai lagi.Hati Sofea mula dirundung resah.Resah memikirkan sesuatu yang buruk terjadi pada Fitri.Cepat-cepat dia buang perasaan negatif itu.Segera dia mengambil telefon bimbitnya dari atas katil.Sofea terus mendail nombor Fitri.Tut…tut…masih tidak dijawab.Sofea mencuba sekali lagi.Masih juga begitu.Dia tidak senang duduk.Selepas lebih 10kali telefon dan Fitri tidak menjawab panggilannya,Sofea putus asa.Dia campak telefonnya ke atas katil.Bukan kerana dia marah tetapi dia risau akan tunangnya.Selepas 20 minit,Sofea menerima panggilan daripada Fitri.Sofea menjawab panggilan tersebut.Fitri terus meminta maaf pada Sofea.
"Sofea,maafkan abang tak jawab panggilan Fea tadi.Tadi abang pergi makan.Abang tertinggal telefon dalam kereta.Maafkan abang ye?",Fitri sedikit memujuk. "Takpelah.Fea cuma risaukan abang je.Abang kat mana sekarang ni?",Sofea rasa geli hati mendengar Fitri memujuknya walhal dia tidak marah pada Fitri pun. "Abang ada dekat Negeri Sembilan ni.Nanti dah sampai K.L,abang terus datang jumpa Fea ye?". "Ok…Fea rindu sangat kat abang.Pandu kereta elok-elok tau",Sofea memberi nasihat kepada Fitri. "Baik sayang.Abang pun rindu sangat dekat Fea". Sofea mematikan panggilan Fitri.Sofea merebahkan diri di atas katil sambil memeluk gambar Fitri.Dia begitu tidak sabar menemui bakal suaminya.3 hari bagaikan 3 tahun lamanya dia tidak berjumpa dengan putera idamannya yang bakal menjadi suaminya beberapa minggu sahaja lagi.
***
Sofea bergegas berlari menuju ke wad Fitri.Dia terkejut mendapat berita kemalangan Fitri.Fitri kemalangan sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas setengah jam Fitri menelefon Sofea.Sebuah lori hilang kawalan dan merempuh kereta yang dipandu Fitri.Keadaannya sangat kritikal.Doktor mengatakan peluang untuk Fitri hidup amat tipis kerana Fitri mengalami pendarahan dalaman.Tulang rusuknya juga retak kerana mengalami hentakan yang cukup kuat didadanya.Kedua-dua kakinya juga patah.Sofea menangis melihat keadaan Fitri yang penuh dengan wayar-wayar.Fitri masih sedar waktu itu.Dia turut menangis melihat Sofea.Dia merasakan dia akan meninggalkan Sofea selama-lamanya.Sofea mendekati Fitri dan memegang tangan Fitri yang berbalut.Dia amat takut kehilangan Fitri.Sofea menangis semahu-mahunya.
"Sayang,janganlah menangis.Abang tak sukalah tengok sayang macam ni",Fitri memujuk Sofea dan dia juga mencuba sedaya upaya menahan airmatanya daripada mengalir lagi.Dia tidak mahu membuatkan hati Sofea lebih terluka. "Abang,kuatkan semangat ye?Abang mesti hidup untuk kebahagiaan kita.Kita akan berkahwin.Abang tak boleh tinggalkan Fea.Please…",Sofea menangis lagi. "Tak Fea.Masa abang dah hampir tiba.Kalau abang ditakdirkan meninggalkan dunia ini sekarang,abang nak Fea berjanji takkan sedih-sedih lagi macam ni.Boleh janji dengan abang tak?". "Abang,Fea taknak abang tinggalkan Fea buat selama-lamanya.Fea tak boleh hidup tanpa abang.Abanglah yang memberi sinar kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup Fea.Fea tak mahu kehilangan abang.Fea perlukan abang",Fea menangis di dada Fitri. "Sayang,janganlah menangis.Fea yang abang kenal,seorang yang tabah.Bukannya yang cepat mengalah menghadapi dugaan hidup macam ni.Abang nak tinggalkan dunia ni dengan tenang.Abang taknak Fea macam ni.Hati abang tak tenteram",dengan seluruh kekuatan Fitri mengusap rambut Sofea. "Abang,Fea nak jadi isteri abang.Fea nak abang sentiasa berada disisi Fea.Fea perlukan abang.Abang,janganlah tinggalkan Fea". "Sayang,abang berjanji akan terus sayangkan Fea walaupun jasad abang tiada di muka bumi ni lagi.Maafkan abang dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau abang ada menyakiti hati Fea dan kata-kata abang menyinggung perasaan Fea.Maafkan abang",nafas Fitri mula turun naik.
Fitri merasakan waktunya sudah hampir tiba.Sofea menangis melihat keadaan Fitri.Sofea segera mengucapkan kalimah syahadah ke telinga Fitri.Fitri mengikuti bacaan ayat suci itu.Selesai mengucapkan kalimah syahadah,Fitri menghembuskan nafasnya yang terakhir.Fitri meninggalkan tunang kesayangannya buat selama-lamanya.Sofea meratapi pemergian Fitri.
"Abang…….bangun abang.Abang tak boleh tinggalkan Fea macam ni je.Bangun abang..bangun…..",Sofea menggerak-gerakkan badan Fitri yang tidak bernyawa lagi. "Fea,redhailah pemergian Fitri.Fea menangis macam ni akan menambahkan penderitaan Fitri lagi.Fitri mesti nak tengok Fea teruskan hidup dengan bahagia.Sudahlah Fea..Fitri dah tinggalkan kita buat selama-lamanya.Fea menangis airmata darah sekalipun,Fitri takkan kembali pada kita semula.Kita yang masih hidup ni perlu mendoakan kesejahteraan Fitri di sisi Yang Maha Esa",ibu Fitri memujuk Fea.Dia tidak sanggup melihat Sofea terus menangis.Dia tahu Sofea amat menyayangi anaknya tapi takdir telah memisahkan mereka buat selama-lamanya.Sofea memeluk ibu Fitri dengan erat. "Berhentilah menangis Sofea.Makcik ni ibu Fitri.Lagilah makcik sedih kehilangan anak tunggal makcik tetapi makcik tak boleh buat apa-apa.Dah sampai ajal Fitri.Kita kenalah redha dan tabah dengan apa sahaja dugaan yang Allah beri pada kita.Jangan menangis lagi ye?",ibu Fitri mengesat air mata Sofea. "Terima kasih makcik.Fitri akan sentiasa berada dihati dan fikiran saya". Jenazah Fitri dibawa pulang ke kampung untuk dikebumikan.
***
Jenazah Fitri yang sudah selesai dimandikan,dikapankan dan disembahyangkan dibawa ke tanah perkuburan.Sofea mengikuti keluarga Fitri ke tanah perkuburan.Sebelum jenazah Fitri dikebumikan,Sofea melihat wajah jejaka kesayangannya sepuas-puasnya kerana selepas ini dia hanya dapat melihat gambar Fitri sahaja.Dia tidak akan bertemu dengan Fitri secara berhadapan.Selesai sudah pengebumian Fitri.Sofea duduk di tepi pusara Fitri.Dia masih tidak percaya kehilangan insan yang sangat disayanginya.Tiada lagi senyuman Fitri yang telah memikat hati Sofea sewaktu kali pertama mereka bertemu.Tiada lagi gelak tawa dan kata-kata romantis daripada Fitri.Hasrat untuk menjadi isteri putera idamannya tidak kesampaian.Majlis perkahwinan yang indah bahagia terpaksa dilupakan.Dia berjanji tiada lelaki lain yang akan berjaya berada di hatinya melainkan Fitri seorang.Sewaktu melayan perasaan,ibu Fitri mendekati Sofea.
"Sofea,sudahlah tu.Yang pergi tetap akan pergi.Kita yang hidup ni perlu teruskan hidup.Ni diari Fitri.Makcik rasa Sofea layak menyimpan diarinya.Ambillah". "Terima kasih,makcik",Sofea mengambil diari bekas tunangnya.Ibu Fitri pun berlalu pergi meninggalkan Sofea di tanah perkuburan itu.Di kulit hadapan diari tersebut terdapat gambar Sofea.Dibawah gambarnya tertulis ‘Sofeaku yang tersayang’.Hati Sofea terusik lagi. "Abang,Fea akan sentiasa melawat pusara abang ni.Fea berjanji dan Fea akan sentiasa mendoakan abang bahagia di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman",airmata Sofea mengalir lagi.Matanya bengkak kerana selalu menangis selepas Fitri pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.Sofea meninggalkan pusara Fitri dan memandu keretanya pulang ke rumah.
***
Sofea merebahkan diri di atas katil.Pantas dia mengambil diari Fitri.Diselaknya satu persatu.Semua yang ditulis adalah kisah antara dia dan Fitri.Sejak mereka berkenalan sampai lah mereka sudah bertunang.Di setiap muka surat diari itu,sentiasa ada perkataan ‘Abang sayang sangat pada Sofea’.Sofea terharu.Fitri amat menyayanginya.Cuma takdir yang memisahkan mereka buat selama-lamanya.Sofea menyelak di muka surat yang terakhir.Ditulis pada hari sebelum kemalangan yang meragut nyawa Fitri.Ia ditulis untuk Sofea.Sofea segera membacanya.
"Sayangku Sofea.Abang terlalu menyayangimu.Abang ucapkan terima kasih kerana sudi terima abang menjadi teman hidupmu,sayang.Sofea,abang nak Fea tahu yang abang akan sentiasa disisi Fea dan abang nak juga Fea tahu yang hanya Fea bertakhta di hati abang.Fea dah berjaya jadi permaisuri di hati abang.Detik perkenalan kita sungguh tidak abang duga.Abang begitu terpikat dengan wajah Fea,senyuman Fea dan tingkah laku Fea.Sangat sempurna bagi abang.Fea,abang akan sentiasa menyayangimu walaupun roh meninggalkan jasad dan jasad ditelan bumi.Itu janji abang.Abang sendiri tak tahu kenapa hari ni abang rasa seperti akan meninggalkan Fea buat selama-lamanya.Ah…mungkin perasaan abang sahaja.Abang tidak akan meninggalkan Fea.Hanya takdir yang dapat memisahkan kita.Itu janji abang pada Fea.Abang bahagia menjadi sebahagian daripada hidup Fea.Sayang Fea selamanya……….
# Ingatlah lagu yang selalu abang nyanyikan untuk Fea sewaktu abang melamar Fea dan setiap kali kita bertemu.Lagu Untukmu Selamanya nyanyian kumpulan Visa.Lagu tu adalah lagu cinta kita.Untukmu selamanya hatiku ini sayang…..
Mohd Fitri Akmal LOVE Nur Sofea Adrina"
Sofea memeluk diari dan gambar Fitri.Dia menangis semahu-mahunya.Air matanya mengalir dengan laju.Dia sangat menyayangi Fitri dan tidak menyangka akan kehilangan Fitri dalam sekelip mata.Di kejauhan hatinya,dia berjanji tidak akan melupakan Fitri dan kenangan indah sewaktu bersama Fitri.Ketika mengenang kisah indahnya bersama Fitri,Sofea tertidur.Dalam tidurnya Sofea bermimpi Fitri datang menemuinya dengan wajah yang bersinar-sinar.
"Sayang,redhailah pemergian abang.Abang tak sanggup tengok Fea macam ni.Abang terpaksa meninggalkan Fea.Abang sudah berada jauh dari Fea.Abang tidak mungkin akan kembali lagi.Abang nak Fea tabahkan hati.Jangan menangis lagi.Fea kena teruskan hidup dengan gembira macam dulu walaupun abang sudah tiada disisi Fea.Abang mahu sentiasa hidup di hati dan fikiran Fea.Fea,ingatlah semua kenangan kita bersama.Abang gembira mengenali Fea.Terima kasih abang ucapkan kerana Fea sudi jadi tunang abang.Fea,abang nak Fea sentiasa doakan kesejahteraan abang disini.Abang sayangkan Sofea sangat-sangat".
Sofea terjaga dari tidurnya.Dia mengucap panjang.Sofea tidak sama sekali menyangka akan bertemu Fitri dalam mimpinya.Dia merasakan seperti mimpi tadi benar-benar terjadi.Dia melihat semua gambar Fitri.Dipeluknya gambar Fitri seerat-eratnya seperti dia memeluk jasad Fitri.Dia teringat akan semua kata-kata Fitri dalam mimpinya. ‘Sayangku Fitri,Fea akan sentiasa mengingati abang sampai bila-bila.Fea redha pemergian abang.Fea berjanji akan teruskan hidup ini seperti biasa tanpa abang disisi Fea lagi.Seperti yang abang mahu,abang akan sentiasa hidup dihati dan fikiran Fea.Fea janji abang.Fea janji.Fea akan terus menyayangi abang.Semoga rohmu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman’. Amin.
** ni karya pertama saya..harap bagi komen untuk saye tingkatkan lagi usaha saya dalam membuat cerpen.
cedihnya citer niee...huk3... tangkap leleh...air liur pun sampai meleleh2 bca cter niee... cte ni kalo buat drama mesti malatop punya lah....betul3 olahan perlu diperbaiki...tahniah coz berjaya membuat saya meleleh air mata....
Bagus sangat jalan ceritanya.. amat menyentuh hati.. Mudah difahami..senang diikuti.. Semoga sentiasa mengasah bakatmu dengan kisah2 yg menarik.. semoga berjaya..
sedihnye cite sy x suke cite sedih sbb sy sng touching x sanggup nk baca couple yg syng menyayangi akhirnya x dpt bersama ..hukhukhukhuk cedihnyeeeeeee
bagus nyerrr citer nie.sediiiih giler...good luck.kalu olahah ayat laen dr yang laen lagi bertambah best..wauu tahniah for u.saya akan selalu tunggu cerpen awak yang seterusnyer
bagus nyerrr citer nie.sediiiih giler...good luck.kalu olahah ayat laen dr yang laen lagi bertambah best..wauu tahniah for u.saya akan selalu tunggu cerpen awak yang seterusnyer
bagus nyerrr citer nie.sediiiih giler...good luck.kalu olahah ayat laen dr yang laen lagi bertambah best..wauu tahniah for u.saya akan selalu tunggu cerpen awak yang seterusnyer
hiii ayg ni pertama kali huby bg komen kat ayg ek heee.....ok lah mcm yg lain ckp citer sedih best stroryline mmg bgs punch line ayg mmg typee sedih la kan,tp tang penggunaan ayat bahas inggeris mesti bersesuaian dgn maksud yg nk disampaikan k,olahan juga taw ayg,anyway love ur work ayg, ILOVE U SO MUCH AYG!
Lagu untukmu selamanya tu arwah kekasih sy pernah bagi kat sy sebelom arwah pergi selamanya. sedih cerita ni.. mcm yang saya lalui.. cuma bezanya fitri ni kemalangan sebelom berjumpa fea.. arwah kekasih sy pulak kemalangan lepas jumpa saya kali terakhir... Al-Fatihah B .
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cite best tp olahan ayat kurang la.
perbaiki ye