BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Oktober 22, 2008
Cerpen : Takbir yang hilang
Syuhadah hassan
blackqueen_168@yahoo.com

Suara takbir yang sayup ku dengar membuatkan jiwa diusik kenangan lampau. Jika dulu, aku pasti mengelak untuk mendengar laungan takbir kerana jiwaku rasa dipalu untuk menitiskan airmata dan mengimbau kembali segala kedukaan dalam hidupku. Bagiku, airmata ialah musuh bagi kebahagian.

Sewaktu semua orang sibuk berpusu-pusu pulang ke kampung membuat lemang dan ketupat, aku membawa jiwa menghayati takbir sambil menyelusuri kegelapan malam di pantai. Sesekali aku menjeling Atika yang berlari-lari mengikut gigi air. Melihat keletah dan ketawanya yang baru menjangkau 3 tahun membuatkan hatiku bertambah tenang. Dia memandangku sambil menarik tanganku mengikut rentaknya. Senyumannya membuatkan aku rindu pada satu wajah. Wajah yang membuatkan aku mahu mendengar kembali takbir yang hilang dalam diriku, serta wajah yang menyedarkan aku tentang siapa diriku.

Aku tak pasti dari mana wujudnya perempuan ini dalam keluarga dan hidupku. Tapi, bila aku mula mengenal dunia, aku sudah ada dia dalam keluargaku yang juga disertai mak dan ayah. Aku tak pernah menganggap dia adik perempuanku kerana dari awal lagi aku sudah diberitahu yang dia anak angkat mak dan ayah. Mak sibuk menyuruh aku membahasakan diriku 'abang' bila berhadapan dengannya dan dia'adik'. Namun kerana kebencian yang entah atas dasar apa dan kenapa, aku membahasakan diriku 'aku' dan 'engkau'.

Beza umur kami hanya 2 tahun. Sewaktu aku ke sekolah, aku paling malas kalau mak meminta aku mengawasinya. Aku paling menyampah kalau dia datang kepadaku untuk bersama-sama pulang ke rumah. Aku paling benci kalau kawan-kawan memberitahu kecemerlangan dia sebagai adik aku. Sudah berapa kali aku katakan yang dia bukan adik aku dan segala perihal tentang hidupnya tidak ada kena mengena dengan hidupku.

Sebab dia aku selalu dikenakan denda kerana membulinya, tak kira di rumah atau di sekolah. Sebab dia, aku diketepikan walaupun aku juga johan perlawanan bola sepak kerana semua tahu, dia lagi pandai dari aku. Sebab dia, mak terpaksa bekerja dan aku tidak mendapat kasih sayang dari mak kerana gaji ayah tidak mencukupi untuk menanggung dia. Sebab dia, hubungan kami sekeluarga dengan nenek Maimon jadi renggang kerana nenek Maimon tidak suka kehadiran dia yang tak tahu dari asal-usulnya.

Mulanya kehidupan mak memang senang kerana keluarga mak, memang dari orang kaya, hasil peninggalan harta atuk, Tuan Murshid yang berniaga eksport dan import kapal. Tapi disebabkan dia, mak terpaksa hidup tanpa sesen pun duit dari nenek Maimon yang meneruskan perusahaan itu dan mak terpaksa berdikari.

Pokok pangkalnya aku memang tak suka dia sampai aku tak sanggup nak pandang dia dan selalu berharap dia segera mati. Segala yang dia buat tak pernah kena dengan jiwa aku. Tapi, mak dan ayah selalu menyebelahi dia membuatkan aku rasa tersisih. Aku sentiasa mencari helah untuk menindasnya sehingga suatu hari aku menolaknya hingga dia terjatuh dari tingkat atas ke tingkat bawah rumah. Melihatkan dia yang tidak bergerak membuatkan aku kaget . Mak panik dan nasib dia baik kerana dia sempat diselamatkan. Nasib aku pula yang tak berapa baik kerana disebabkan itu, aku dirotan hingga berbirat belakangku dan aku tak akan lupa parut di dahinya, hasil kerja tanganku.

Selepas itu, aku bertambah anti dirinya, bukan dirinya sahaja, namun semua wanita di dunia ini termasuk mak dan nenek aku. Tetapi, apa yang aku paling pelik tentang diri perempuan ini, dia tak pernah membantah dan melawan apa aku cakap, macam dia tak ada perasaan dendam dan benci pada diri aku. Makin aku tengking, makin dia berlembut dengan aku.

Aku semakin memberontak dari hari ke hari sehinggalah aku tak sedar yang kami sudah dewasa. Majlis perkahwinan Mak Su, kak Marshitah yang merupakan adik mak, terpaksa kami berempat hadiri demi menjaga nama keluarga mak yang dikatakan kelas atasan. Kehadiran kami terpaksa disambut baik oleh nenek Maimon dan Mak Long, Melati kerana kami juga darah dagingnya. Tapi, sampai giliran dia, maki hamun dan caci maki yang dia dapat.

"Aku dan keturunan aku tak ada kena mengena dengan diri kau, kenapa kau nak menyusahkan aku dan keluarga aku?! Aku tak pernah terima kau dan kau ni dah kira beruntung sebab anak aku nak jaga kau anak pungut yang tiba-tiba hidup kat sini! Aku tahu kau ni hanya nak kaut harta aku kan?! Kalau tak tak adalah kau merempat lagi kat sini, kan? Kau kena sedar yang kau ni tak setaraf dengan keturunan aku, faham?! Jadi, dah selama ni kau dah banyak berhutang dengan anak aku, sekarang aku tak minta kau ganti balik, cuma aku minta kau berambus dari hidup anak aku dan jangan nak sibuk mengaku yang aku nenek kau!!"

Hamburan kata nenek Maimon menggegarkan satu rumah dan merembeskan airmata yang selama ini aku nantikan dari matanya. Mak menangis meraung-raung mahukan pembelaan bagi pihaknya dan dia nampak tenang tanpa apa-apa kata. "Dia tak bersalah pun, ummi…Mai dan abang Redzuan yang nak jaga dia. kalau ummi nak marah, marah kami..Jangan halau dia, ummi. Dia tak ada siapa-siapa kat dunia ni kecuali kami. Kami sayang dia..". Maaf, tapi aku tak pernah terdetik untuk dan akan sayang dia. Dia tak ada lagi bagus!
"Aku dah cakap, aku benci anak pungut ni!!". Belum sempat nenek Maimon menyambung tohmahannya, dia segera berlari keluar sambil mengesat airmatanya. Aku harap, itulah kali terakhir aku melihatnya dalam hidup aku. Nenek Maimon nak kami sekeluarga hidup dengannya di banglo Impian. Mak pula memang menolak kesenangan kerana kata mak selagi dia menyayangi 'anak perempuannya' itu, dia tak akan melangkah ke banglo Impian.

Pulang ke rumah, mak sibuk mencarinya. Bila kami masuk ke biliknya, rupa-rupanya semua barang-barangnya sudah tiada.


Untuk mak,ayah dan abang,

Adik nak minta maaf kerana perbuatan adik mungkin menimbulkan kerisauan di hati mak dan ayah. Adik rasa tindakan nenek Maimon betul jika adik ditempatnya. Jadi, adik minta izin mak dan ayah untuk adik cari siapa diri adik yang sebenar untuk buktikan kepada nenek Maimon yang adik bukan anak pungut dan kembalikan maruah adik yang tercalar ini. Harap dengan ketiadaan adik, hubungan mak dan nenek Maimon akan kembali erat semula. Minta halalkan makan, minum, pakai adik selama ini dan silap kata sekali lagi minta ampun harap dimaafkan. Segala-gala yang adik dapat selama ini adik ucapkan terima kasih dan memang cukup dari apa yang adik mahu. Budi semua memang tak dapat adik bayar dengan nyawa adik sekalipun. Seluas langit dan sedalam lautan sayang adik untuk mak, ayah dan abang. Jika jodoh itu memang milik kita, pasti kita akan berjumpa lagi.


Salam kasih dan sayang,
Adik.

Tatkala membaca warkahnya membuatkan aku orang yang paling bahagia di dunia hari itu. Mak dan ayah pula sebaliknya. Mereka tidak jemu mencari, jika nasib mereka baik, dia tak jauh dari rumah. Namun usaha mereka menemui jalan buntu kerana mereka memang benar-benar sudah kehilangan anak perempuan mereka.


Perjalanan hidup kami sekeluarga berjalan seperti biasa. Aku menyambung pelajaran di tingkatan 6 dan akan berhadapan dengan STPM. Setelah semuanya berlalu, hatiku tiba-tiba jadi sepi. Bila fikirkan kembali, rasa kelakar pula. Aku memberitahu diriku, itu bukan rindu tetapi teringat kerana orang yang menjengkelkan sudah tiada. Sudah tiada lagi orang yang boleh aku marah, herdik dan buli. Tak ada siapa lagi yang boleh aku lepaskan geram dan arahkan itu ini.

Seminggu selepas itu, Ramadhan menjelma. Mak masih tak henti-henti menyebut fasal dia dan paling aku menyampah mak menjahit baju kurung untuk raya kerana dia dapat merasakan yang adik akan pulang menemuinya hari raya ini. Dia asyik menyatakan mahu aku mencarinya dan mahu aku melindunginya seperti yang selalu disuruh olehnya dulu semasa di sekolah. Aku hanya mengangguk kerana aku sudah penat menerangkan kepadanya yang adik tak akan pulang.

Malam raya yang paling menyayat hatiku dan tak pernah aku jangka akan berlaku. Malam raya yang mengubah seluruh hidupku dan menjadikan aku seorang yang kejam pada diri sendiri.

Kami sekeluarga berbuka di luar kerana kata mak mahu meraikan berbuka puasa yang terakhir di restoran kegemaran adik meskipun dia tiada. Katanya cara itu boleh mengubat kerinduan mak pada adik.

Sedang ayah memandu, tiba-tiba sebuah lori tanah merempuh kereta kami dari arah depan. Aku yang berada di belakang hanya mampu mendengar pekikan mak dan ayah dan kereta kami yang hilang kawalan terseret hingga ke bahu jalan. Segala-galanya gelap dan bila aku tersedar, aku terbaring di katil dan di sebelahku nenek Maimon dan mak long Melati. Aku melihat kaki yang bersimen dan kepala yang berbalut. Badanku rasa sengal-sengal dan kepalaku berdenyut kencang. Aku toleh nenek Maimon lagi dan ak u lihat dia menangis tersedu-sedu.

"Kenapa?". Dia diam. Aku pandang sekeliling. "Mak dan ayah mana?". Giliran mak long Melati pula yang menangis sambil memelukku. Aku tak sedap hati, ada sesuatu yang tak kena. Mereka belum sempat berkata-kata apa-apa, tapi aku boleh agak apa yang ingin diberitahu. Mataku berkaca.

"Nenek..Mak long! Pekak ke?! Saya tanya mak dan ayah mana?!", kebiadapanku terserlah. "Adam…apa yang mak long nak cakap ni harap kamu bawa bersabar…Sebenarnya, mak dan ayah kamu, dah tak ada..". Aku terus berpaling dari mereka dan mengeluarkan kedukaan aku dengan menangis sepuas-puasnya. Tambah memilukan, waktu itu juga aku mendengar takbir dilaungkan. Kepahitan yang terlalu sukar untuk aku terima. Sejak dari hari itu, aku mula berharap itulah kali terakhir aku mendengarnya.

--------------------


Kenapa Tuhan tak ambil aku sekali?! Biarkan aku terkapai-kapai mencari kasih seorang diri di dunia ini! Aku tahu aku memang bukan anak yang baik dahulu, tetapi jangan denda aku dengan cara begini! Aku belum puas menerima kasih sayang dari mak dan ayah sejak dia berambus dari rumah, tetapi kini aku pula yang ditinggalkan berseorangan.

Aku tinggal bersama nenek Maimon dan mak long Melati dengan dua anak perempuannya di banglo Impian. Pak long seorang juruterbang dan jarang ada di rumah. Nenek Maimon mahu aku mewarisi segala perusahaannya tetapi aku menolak dengan alasan aku tidak berminat untuk berniaga dan mengejar impian aku untuk bergelar inspektor polis. Mulanya dia tidak bersetuju dengan cita-cita aku, namun kedegilan aku membuatkan dia akur. Nenek Maimon memang akan mengikut segala kerenah aku kerana hanya aku waris tunggal keluarga Murshid.

Akhirnya, aku berjaya bertugas sebagai inspektor polis di bahagian gerakan khas. Tiada apa yang aku lakukan setiap hari selain bekerja kerana dengan cara itu aku boleh melupakan kedukaan aku. Namun, aku masih belum lupa amanat mak supaya aku mencari adik. Aku nak dia tahu yang mak dan ayah sudah tiada.

Malam itu, aku ditugaskan untuk mengintip pergerakan seorang suspek yang dikatakan terlibat dalam kegiatan pelacuran haram. Kami bertiga namun sampai di satu lorong, kami terpaksa berpecah dan mengekorinya secara berseorangan. Entah apa yang aku fikirkan malam itu hingga aku terleka dan tidak menyedari suspek sudah menghidu pergerakkanku membuatkan dia mengambil langkah awal. Kalau dia melarikan diri dari aku, itu boleh dimaafkan tetapi dia telah melakukan tindakan yang mungkin menyebabkan aku tidak sempat menunaikan amanat mak.

Aku dipukul dengan kayu dari belakang membuatkan aku dalam keadaan tidak bersedia untuk berhadapan dengannya yang datang dengan dua orang rakannya. Belum sempat aku melawan, perut dan kepala aku dipukul bertubi-tubi hingga aku tak mampu untuk bercakap. Entah kenapa yang ada dibenakku dan yang tergambar waktu itu bukannya mak,ayah, nenek Maimon atau rakan setugasku tetapi adik.

Mereka beredar selepas mendengar bunyi tapak kaki menanda kehadiran seseorang. Aku dengar bunyi tapak kaki itu makin hampir dengan bau haruman yang biasa aku bau 6 tahun lepas. Kadang-kala bau haruman boleh membuatkan kita teringat sesuatu keadaan.





"Eh..ada orang pengsan lah!". Aku mendengar suara itu dalam keadaan aku separuh sedar. Bila aku membuka mataku semula, aku sudah terlantar di atas katil dengan keadaan berbalut. Aku toleh di sebelah kanan aku seorang doktor lelaki tersenyum padaku.

"Inspektor dah sedar pun. Inspektor dah 3 hari tak sedarkan diri, nasib baik inspektor dihantar cepat ke hospital, kalau tak saya tak boleh nak agak apa yang berlaku pada inspektor.." "Siapa… yang hantar saya.. ke sini?" "Oh..seorang perempuan, bila saya tanya namanya dia terus diam dan berlalu pergi". Aku mengimbas kembali peristiwa malam itu. Aku macam pernah terdengar suara perempuan itu. Dia ke?

Selepas seminggu, aku dibenarkan pulang. Malam itu juga aku pergi ke tempat aku dibelasah, bukan nak mencari semula anak orang yang sesuka hati belasah aku, tetapi nak mencari heroin aku.

Dari satu pub ke satu pub aku mencari. Berada dalam keadaan hingar-bingar itu membuatkan aku rasa lemas. Ini, yang terakhir. Tetapi aku hampa. Sebelum aku pulang, aku terdengar suara penyanyi kelab ini yang sama seperti suara orang yang aku cari. Aku toleh melihat penyanyi yang berpakaian tak senonoh sambil menari-nari di atas pentas. Orang ramai di bawah yang kebanyakkannya lelaki bersorak sambil melentok-lentok mengikut nyanyiannya. Ya Allah, katakanlah bukan dia orang yang aku cari. Katakanlah ini semua tipu, aku sedang bermimpi sekarang!

Selesai dia menyanyi, perempuan itu turun dari pentas dan berjalan ke bilik air. Aku hanya mengekorinya. Dia masuk ke bilik air wanita, aku dah tidak peduli dan masih dibelakangnya kerana hanya tempat itu yang tiada orang.

"Zulaika Abdullah!". Dia berhenti. Kaget nama penuhnya dikenal seseorang. Dia cuba buat-buat bertenang. "Saya rasa awak salah orang..", katanya sambil berpaling, tetapi bukan senyuman yang aku balas. Pang!

Penamparku hinggap di pipinya. Matanya berkaca. Dia meraba pipinya. "Aku tak salah orang! Parut kat dahi kau jelas menceritakan segala-galanya tentang masa silam kau! Selepas apa yang mak dan ayah bagi, ini yang kau bagi pada mereka?!" "Itu hak dan hal saya, tak ada kena-mengena dengan awak!" "Tak ada kena-mengena kau cakap?!". Aku menarik rambutnya dan bawa dia menghadap cermin. "Sakitlah! Jangan buat macam ni!" "Oh, kau tahu sakit?! Mata aku lagi sakit tengok pakaian kau, kerja kau..entah macam mana hidup kau! Ini yang kau cari selama ni?! Patutlah sibuk nak lari dari rumah!!". Aku melepaskan genggaman rambutnya dan dia terduduk di tepi dinding sambil menangis.

"Siapa cakap tak ada kena-mengena?! Kalau bukan sebab arwah mak yang amanatkan aku suruh cari kau, aku pun tak ada masa nak buat kerja buang masa ni, tahu?!". Dia berhenti menangis dan mendongak memandangku. "Arwah mak? Maksudnya.." "Mak dan ayah dah tak adalah, bengap! Sedar-sedarlah diri tu sikit!". Aku mahu menapak untuk pergi, tetapi aku berpaling semula kepadanya yang masih teresak-esak menangis. "Terima kasih sebab selamatkan aku!".

"Inspektor Adam Hafizi Redzuan!". Aku berpaling sebaik sahaja namaku diseru. Kelihatan seorang perempuan dengan kamera dilehernya dan buku nota di tangannya. "Awak nak apa pagi-pagi buta dah terpancul kat pejabat saya ni?". Sengaja aku meninggikan suara dan membengiskan muka.

"Macam ni inspektor layan wartawan? Kalau ikutkan prosedur saya, boleh je saya nak tulis tentang layanan inspektor pada press..". Amboi, mengugut nampak? "Kalau tak ada benda penting, saya masuk dulu..". "Nanti dulu, inspektor! Saya nak tanya fasal kes dadah di Shah Alam minggu lepas?" "Awak boleh tanya Inspektor Hartini!". Aku terus meninggalkan dia terpingga-pinga di luar.

Ini salah seorang wanita yang paling aku tak faham dalam dunia. Sofea, wartawan yang aku kenal sejak aku mengendalikan kes penyuludupan dadah di sempadan Thai. Sejak dari kes itu, kalau tak ada perkara penting pun, dia masih menganggu aku walaupun aku melayan dia dingin dan kadang-kala caci maki yang dia dapat. Dia hanya sengih dan terus menerus mengajak aku makan atau bersiar-siar dengannya. Dia ingat aku ada banyak masa lapang untuk buat kerja merepek macam tu? Memang dia muka tembok!

Malam itu, hati aku terbawa untuk kembali ke kelab semalam untuk mencari Zulaika. Tapi, bila aku tanya orang di situ, kata mereka Zulaika sudah berhenti kerja. Kalau dia sudah insaf, baguslah. Tapi, jika tidak, aku masih memegang amanat mak. Aku bertanyakan alamat Zulaika, tak jauh dari kelab terbabit.

Bila aku selidik, dia bukannya dah insaf. Cuma mahu melarikan diri dari aku. Aku tak pasti atas motif apa tindakan dia dan aku berpura-pura booking satu bilik karoke untuk bersendirian dengannya. Bila dia masuk dan melihat aku ada di situ, mukanya nampak terkejut sangat.

"Kenapa awak ganggu saya lagi?!". Aku hanya memandangnya. Diam. Mukanya ketakutan, mungkin khuatir aku akan berkelakuan seperti malam kelmarin. Dia cuba lari, tapi aku segera mengunci pintu bilik itu.

"Maafkan Ika, abang! Maafkan Ika!!", Zulaika meraung sambil terduduk dan menekup telinganya. Aku terkedu. "Maafkan Ika, abang. Maafkan Ika kalau Ika yang menyebabkan mak dan ayah pergi tinggalkan abang. Maafkan Ika kalau abang rasa malu dengan Ika! Ika tak pernah terfikir yang Ika akan buat kerja ni. Tapi, bila Ika kerja begini, Ika rasa bebas dari segala tohmahan orang! Ika tak payah fikir untuk menjaga hati orang dan Ika tak payah nak tahu tentang orang di sekeliling Ika. Ika tak ada harta, tak ada sesiapa untuk dimalukan! Kerja begini memang layak untuk anak pungut macam Ika!". Hati aku rasa terhiris bila mendengar Zulaika berkata begitu. Aku takung airmata dari berderai jatuh. Hatiku luluh mendengar tangisannya.

Aku melutut, memandang mukanya. "Siapa kata Ika anak pungut? Siapa kata Ika tak ada sesiapa? Ika kan ada abang, mak, ayah, nenek Maimon, mak long dan mak su..". Buat pertama kali aku membahasakan diriku 'abang' dan dirinya 'Ika'. Dia masih dengan esaknya. "Dah..jangan nangis lagi. Sekarang Ika ada abang. Abang akan melindungi Ika macam mak dan ayah melindungi Ika dulu..ok?". Dia mendongak, pelik mendengar aku berlembut dengannya. Aku senyum sambil menyapu airmatanya.

"Abang janji. Abang janji selagi abang hidup, abang akan melindungi Ika..", kataku sambil kepalanya dekat dengan hatiku. Zulaika masih lagi membisu. Aku menghantarnya pulang. Aku melarangnya dari bekerja di situ lagi. Aku akan mencarinya kerja lain dan akan menemaninya mencari kerja esok.

Pagi-pagi lagi, aku membawanya keluar. Dia masih lagi takut-takut untuk bercakap dengannya. "Dah makan?". Dia teragak-agak untuk menjawab, tapi akhirnya dia menggeleng. Kami makan nasi lemak di gerai berdekatan. Hanya aku yang bercakap, dia mengangguk dan sesekali dia senyum. Kami bergerak ke satu tempat ke satu tempat, dan baru aku tahu, susah juga mencari kerja di bandar besar begini jika tiada pengalaman dan pendidikan. Patutlah dia mengambil jalan pintas dengan bekerja di kelab malam.

Berkat kesabaran kami, Zulaika berjaya mendapat kerja di sebuah kedai makan. Barulah aku nampak senyuman yang ikhlas terukir. "Lepas ni jangan tinggal kat rumah flat tu lagi". Zulaika nampak terkejut, tapi dia tiada keberanian untuk bertanya. "Abang rasa tempat tu macam bahaya, tak sesuai untuk Ika duduk berseorangan. Ika duduk rumah sewa abang". Zulaika diam lagi. "Abang boleh balik banglo Impian. Lagipun rumah tu dekat sikit dengan tempat kerja Ika yang baru ni". Aku memandangnya dan dia mengangguk.

Selepas daripada peristiwa itu, aku kerap membawanya keluar makan. Zulaika pun sudah tidak rasa janggal lagi untuk bercakap itu dan ini dengan aku. Dia nampak bebas ketawa dan senyum. Aku masih merahsiakan identitiku sebagai polis, khuatir dia akan takut untuk berdepan denganku. Aku memberitahunya yang aku bekerja dengan nenek Maimon.

Jika ada masa terluang, aku akan membawanya keluar bersiar-siar. Betul, ini kali pertama aku keluar dengan perempuan. Aku rasa selesa keluar dengan Zulaika, mungkin sebab aku pernah hidup sebumbung dengannya dulu. Baru aku sedar Zulaika ada daya penarik yang mampu membuatkan lelaki yang mengenalinya cair, mungkin termasuk aku. Tak hairan peminatnya ramai di kelab dulu. Kalau dia diberi peluang, mungkin kerjanya sekarang lebih tinggi gajinya berbanding aku. Tetapi, nasib tidak menyebelahi dirinya. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Aku terkejut bila disergah seseorang sebaik saja mahu membuka kereta untuk pulang, petang itu. Aku toleh dan berseringai Sofea senyum, takut akan diherdik olehku. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku terajang dia bukan saja dari tempat kerja aku, malah dari hidup aku.

"Saya nak ajak inspektor minum..". Belum sempat aku bertanya, dia sudah menerangkan. "Saya sibuk, tak ada masa untuk semua tu" "Ala..kejap je inspektor, saya belanja" "Kan saya dah cakap saya sibuk! Awak ni tak paham bahasa melayu ke? Nak saya cakap tamil?" "Boleh jugak kalau inspektor tahu, sebab saya tahu bahasa tamil. Kita kan rakyat Malaysia yang majmuk, kenalah tahu semua bahasa di sini, betul tak?", dia sengih lagi, menaikkan amarah aku.

"Eh, kenapa awak ni suka sangat kacau saya? Awak ni tak tahu malu ke? Tak penat ke selalu kena maki dengan saya?" "Saya memang tak tahu malu, itu dah terpaksa saya berdepan sejak saya berani mengatakan saya seorang wartawan. Saya suka kacau inspektor..itu dah jadi hobi saya" "Takkan awak suka kat saya kut?", tiba-tiba terpancul soalan itu dari mulut aku. "Kalau saya cakap ya macam mana? Saya tahu inspektor seorang yang jenis tak layan perempuan, sebab tu saya berani kacau inspektor!"

Tergambar di fikiran aku tatkala ini hanyalah wajah Zulaika. Aku tak faham kenapa wajahnya yang sering bermain di fikiranku kini. Jika terlena, hanya Zulaika yang muncul dalam mimpiku. Apakah petanda semua ini?

"Maafkan saya. Tapi, saya tak boleh menerima awak kerana saya cintakan orang lain. Namanya Zulaika. Harap awak berhenti menganggu saya. Saya pergi dulu", dengan penuh yakin aku memberi penyataan terbabit hingga ternganga Sofea mendengarnya.

"Inspektor sengaja keluarkan penyataan tu supaya inspektor boleh mengelak dari saya, kan?" "Terpulang pada awak untuk percaya atau tidak. Kalau awak nak, siasat lah tentang dia. Zulaika bekerja di Restoran Rebung. Tunggu sahaja pengumuman perkahwinan kami", aku membiarkan dia tertanya-tanya di situ.

Gila! Aku memang sudah tidak waras lagi. Benarkah aku menyintai Zulaika? Sejak bila perasaan ini bertandang dalam hatiku? Atau mungkinkah keputusan aku untuk mengahwininya datang dari rasa kasihan dan tanggungjawab sahaja? Aku menyintai orang yang aku benci dulu?

"Kita kahwin?". Mata Zulaika bulat memandangku. Aku dah agak, itu reaksi pertamanya. "Abang..demam ke hari ni?" "Tak..Abang sihat walafiat!", aku mengambil tangannya dan dibawa ke dahiku. Zulaika masih lagi terpinga-pinga. Makanan yang dari tadi terhidang di depan mata tak membuatkan selera aku terbuka langsung.

"Ika dengar tak apa abang cakap? Ika setuju tak?" "Abang..abang jangan main-main. Hal nikah kahwin ni bukan boleh sesedap rasa je cakap..". Dia masih lagi ragu-ragu dengan pendirianku. "Ika..abang tak tahu sejak bila dan bagaimana, tapi abang baru sedar yang abang betul-betul cintakan Ika. Entah-entah dari dulu lagi, tetapi sebab rasa benci yang tebal pada Ika, perasaan tu hanya ada jauh dalam hati abang. Tapi, sekarang abang betul-betul tahu yang abang sayang pada Ika dan abang perlukan Ika. Sebab tu abang tak pernah ada hati pada orang lain sebelum ni, baru abang sedar yang kita ditakdirkan untuk bersama..". Zulaika masih meragui kata-kataku. Aku faham, bukan senang untuk mempercayai kata orang yang pernah melukainya dulu.

"Abang betul-betul nak Ika jadi isteri abang yang sah..Abang akan pegang pada janji abang untuk jaga dan lindungi Ika". Aku mengenggam erat tangannya. "Tapi.." "Kenapa, Ika dah ada orang lain ke?". Dia menggeleng membuatkan aku lega. "Abang tak kisah kerja Ika sebelum ni?" "Itu dulu..Ika yang abang kenal sekarang dah lain". Lama dia diam. "Zulaika..abang serius". Dia memandang mataku dan tidak lama selepas itu, senyuman terukir di wajahnya lalu dia mengganguk. "Terima kasih, Ika"

Status aku yang bergelar suami kepada Zulaika aku sembunyikan dari pengetahuan semua orang, khususnya nenek Maimon dan penghuni banglo Impian. Aku rasa belum tiba masanya lagi untuk mereka mengetahui perkara ini. Rasanya, hanya aku, Zulaika dan Sofea yang tahu hal ini. Rakan sekerja yang lain juga masih aku rahsiakan perkara ini.

Perjalanan hidup kami masih sama. Bangun tidur, pergi kerja bersama. Balik kerja, makan bersama, solat bersama dan tidur. Tapi, aku puas hati kerana aku boleh menatap wajahnya setiap saat. Aku boleh curahkan kasih sayangku padanya setiap saat dan aku boleh melindunginya setiap saat.

"Berapa banyak cinta abang pada Ika?" "Em..seluas langit dan sedalam lautan..". Zulaika gelak. "Kenapa? Kenakan abang, eh?" "Tak..itu ayat Ika lah. Mana boleh abang ambil!" "Eh, siapa cakap?" "Ika lah cakap. Kenapa, abang nak buat apa, nak tembak Ika? Mentang-mentang lah polis!" "Abang rela tembak diri sendiri dari tembak Ika!" "Eleh..ayat manis konon! Dulu suka buli Ika!" "Saja je..nak uji cinta Ika pada abang!". Zulaika tergelak lagi. Kami berpimpinan tangan menyusuri senja di tepian pantai.






Aku tidak pernah menyangka kebahagian yang menjadi milik kami boleh musnah dalam sekelip mata. Hari itu, merupakan detik paling duka dalam hidup aku. Bulan Ramadahan, aku terbaring di sofa rumah kerana kepenatan bertugas di sebelah malam, manakala Zulaika telah berlalu ke tempat kerjanya sejam yang lalu. Kedengaran ketukan di pintu kusangkakan isteriku yang pulang kerana tertinggal barang. Tetapi sangkaanku silap. Orang yang terpacak di depanku kini ialah nenek Maimon dan mak su Marshitah.

Nak tak nak, aku terpaksa menjemput mereka masuk. Terbongkar rahsia aku sudah bernikah tanpa pengetahuan mereka dan isteri aku ialah orang yang dikatakan mereka 'anak pungut', Zulaika. Nenek Maimon bukan sahaja bijak berniaga, malah bijak mengatur hidup. Belum sempat aku membuka cerita, mereka lebih tahu segala-galanya daripada aku.

"Apa yang budak tu nak sebenarnya pada kau dan keluarga kau? Apa yang dia dah bagi kau makan?! Tak habis-habis nak kikis harta kau, dari mak sampailah anak!" "Nenek..kenapa cakap macam tu? Nak atau tak, dia dah jadi isteri Adam yang sah!" "Eh, keturunan aku tak pernah buat kerja gila macam kau ni! Tambahan pulak kau ialah waris tunggal keluarga Murshid! Kau sedar tak dengan siapa yang kau nikah tu?!"

"Dia perempuan macam perempuan lain jugak! Dia tak bersalah!" "Memang dia tak bersalah kalau di lahirkan begitu, tapi kalau dia memilih jalan yang salah, dia tetap bersalah!", sampuk mak su Marshitah. "Adam tak faham.."

"Perempuan yang kau cakap bini kau tu adalah anak luar nikah! Mak dia Zuraini dan dia bersekedudukan dengan anak lelaki aku, arwah pak ngah kau, Murad!". Aku terduduk. Kaku. Rasa macam halilintar menghempas ke bumi tatkala mendengar suratan ini.

"Murad tak mengaku itu anaknya, tetapi bila dia dah nazak kerana barah, barulah dia mengaku pernah bersama dengan Zuraini. Tapi, nenek tak pernah percaya yang dia keturunan nenek, sampai sekarang sebab nenek percaya kalau Zuraini tak goda Murad, mesti perkara ni tak terjadi. Paling nenek benci, bila mak kau terima budak tu dan jaga dia sampai dia besar, lepas Zuraini mati! Nenek tahu, ini mesti hasrat Zuraini yang nak pembalasan kepada nenek, dan Zuraini adalah kawan baik mak kau!". Aku masih tidak percaya hanya diam seribu bahasa.

"Bila dah tahu status diri dia yang sebenar, dia bekerja di kelab-kelab malam. Dia bukan sahaja bekerja sebagai penari dan penyanyi kelab, tetapi dia pernah jadi pelacur di situ!! Dia keji, dia hina, dia kotor! Perempuan yang macam tu yang kau cinta, yang kau nikahi secara sah, Adam?". Aku mengucap panjang di dalam hati. Ya Allah, benarkah semua ini? Katakanlah aku hanya bermimpi, ini semua hanya dongengan!

"Nenek tahu, kau mesti tak percaya semua ni. Tapi, nenek buat demi kebaikan kau, keturunan nenek. Kalau kau nakkan kepastian, kau boleh tanya dia sendiri. Tapi, ingat Adam. Kau boleh bersama dia. tapi, nasib kau sama macam mak kau. Kau takkan dapat sesen pun harta dari aku! Kau pilih lah mana yang kau rasa betul"

Aku hanya termanggu memikirkan kata-kata tadi. Bila terbayang wajah Zulaika, aku rasa jijik! Aku tidak menyangka dia boleh mengambil kesempatan ke atas aku. Orang yang aku benci, orang yang aku banteras adalah orang yang aku nikahi? Apa telah aku buat?

Petang, Zulaika pulang. Aku tidak boleh melihatnya senyum. Kebencian menyelimuti hati dan benakku. Sampai berbuka, aku masih membatu pada setiap persoalannya. "Kenapa ni?", tanyanya sambil memegang tanganku. "Aah!!", aku tepis dengan rakus dan bengisnya, macam pesalah jenayah yang cuba membodekku.

"Jangan sentuh aku!! Kau ni sampah!", kataku sambil bangun dari tempat dudukku. "Abang, maafkan Ika. Tapi, Ika nak tahu apa salah yang Ika dah buat pada abang?" "Hei, perempuan! Kau tak berhak nak tanya aku macam tu sedangkan kau sendiri dah tahu kesalahan kau!" "Abang.."

Amarahku mengusai diriku hingga aku sendiri tak tergambar apa yang telah aku buat padanya. Perilaku aku waktu itu bagaikan sedang menjalani sesi soal jawab jenayah. Aku menarik rambutnya dan membawanya ke cermin. "Kau tengok diri kau! Tengok! Kau tengok disebalik yang ada di cermin ni! Kau kotor, kau bukan saja anak luar nikah, tapi kau pelacur!", kataku sambil menghumbankannya ke sofa. Zulaika menangis teresak-esak. Esakkannya sedikitpun tidak meninggalkan belas dalam hatiku.

"Maafkan Ika, abang. Ika tahu Ika memang jahat. Ika tak layak bertakhta di hati abang sekalipun berkahwin dengan abang. Tapi, salahkah untuk Ika bahagia? Salahkah seorang perempuan hina yang mencintai abang dari dia kenal hidup hingga habis waktu hidupnya untuk bersama dengan abang?"

"Hei, aku dah tak peduli semua tu! Perkara utamanya kau dah tipu aku!", aku mengoncangkan bahunya. "Tapi, Ika tak tipu tentang cinta Ika pada abang! Sayang Ika memang seluas langit dan sedalam lautan!". Pang!!

Penampar kedua hinggap di pipiku membuatkan dia terdampar semula ke sofa. Pipinya berdarah. "Kau jangan cakap hal cinta lagi dengan aku!! Sekarang kau berambus dari rumah ni! Aku tak nak bela lagi sampah dalam rumah aku! Berambus!". Ika masih lagi terduduk tidak bergerak di situ.

"Hoi!". Zulaika tersentak dengan pekikanku. "Kalau kau tak nak berambus tak pe! Biar aku yang pergi. Aku tak nak tengok muka kau lagi dalam hidup aku!", kataku sambil sengaja melangkah badannya.

Aku keluar dari rumah dengan perasaan marah yang amat sangat. Aku tak pasti arah tujuku tetapi aku telah mengajak Sofea keluar minum. Dia kelihatan pelik tetapi tidak menolak saat yang ditunggu selama ini. Sejak itu, aku banyak menghabiskan masa dengannya. Bila dia mengajukan soalan tentang Zulaika, aku hanya diam dan memintanya tidak mengutarakan soalan yang sama lagi. Aku akan pulang ke banglo Impian dan nenek lega aku memilih untuk bersama dengannya, bukan dengan Zulaika.

Aku tak pernah lagi jejak ke apartment yang aku sewakan bersama dengan Zulaika. Apa yang sudah terjadi kepadanya pun aku tidak ambil tahu. Jika terlintas difikiranku tentang dia, segera aku memikirkan perkara lain dan menyibukkan diri dengan perkara lain.

Takbir bergema lagi. Aku menukar stesen radio. Bilalah agaknya takbir yang aku dengar membuatkan aku gembira. Takbir kali ini pula menyaksikan aku berduka kerana bertemu dengan Zulaika. Perasaanku begitu hancur luluh mengenangkan kembali kehidupan aku bersamanya, dan bagaimana perasaan aku boleh berputik kepadanya.

Bersama dengan Sofea, satu cara untuk aku melupakan Zulaika walaupun sebenarnya agak sukar melupakan dia. Bila difikirkan kembali, aku bertanya kepada diri, adakah salah untuk aku mempergunakan Sofea? Tetapi aku menyedapkan hatiku dengan mendakwa, Sofea boleh menolak aku jika dia enggan.



Aku semakin keliru dengan perasaan aku sendiri. Makin aku lupakan Zulaika, makin kuat aku mengingatinya. Sekarang sudah hampir 9 bulan kami tidak bersama, tapi sebarang surat fasakh darinya masih tidak sampai ke rumahku. Aku juga tidak memberikan sebarang tanda yang aku menceraikannya. Aku sendiri tidak tahu mengapa aku harus bertindakan begitu.

Akhirnya aku kembali semual ke apartment yang pernah kami sewakan bersama. Ada seseorang membuka pintu, tapi bukan orang yang aku cari. Katanya Zulaika sudah pindah, tetapi dia tidak tahu ke mana. Hanya sekeping surat yang tertinggal untukku.

Untuk abang Adam,

Mungkin abang sudah lama melupakan diri Ika, tetapi Ika nak abang tahu, diri Ika yang hina dan sampah ini tak pernah melupakan diri abang. Terima kasih kerana melindungi diri ini, dan Ika minta maaf kerana telah menipu dan menyusahkan diri abang. Baru Ika mengerti, cinta abang hanyalah atas dasar tanggungjawab dan simpati sahaja. Mungkin hanya ini sahaja yang patut diterima oleh manusia macam Ika. Ika menerima apa sahaja keputusan dari abang. Ika rela jka abang mahu menceraikan Ika. Abang berikan saja surat itu pada kawan Ika di rumah sewa lama Ika. Salam penuh kemaafan.

Yang benar,
Ika

Aku masih menyimpan surat itu tanpa sebarang tindakan. Perjalanan hidupku masih diteruskan walaupun hatiku meronta untuk menjejaki semula Zulaika. Aku masih berhubung dengan Sofea tanpa sebarang ikatan yang tetap, iaitu masih kawan biasa. Tapi, lagakku bagai memberi harapan kepadanya.

"Sampai bila kita nak macam ni je?", soalan yang menjerut perasaan dan mindaku. "Maksudnya?", aku menjawab soalan Sofea, pura-pura tidak mengerti. "Walaupun saya dah simpan perasaan saya dah lama untuk awak, tapi kalau awak tak ada apa-apa perasaan pada saya, jangan berkelakuan macam awak minat pada saya". Sofea berterus terang. "Saya…saya…", aku mati akal. Tak tahu apa yang nak diungkapkan bagi menerangkan keadaan sebenar.

"Saya rasa, baik awak cari balik Zulaika dari awak terus mendera diri awak sendiri. Saya nampak awak begitu zalim dan kejam pada diri awak dan diri orang lain. Lama-lama awak boleh gila. Kita terus-terusan sajalah berkawan. Tak tahulah kenapa, tapi hati saya dah tawar sebab tunggu awak lama sangat". Aku terkejut. Membeliakkan mata. Sofea masih selamber dan tenang di depanku. Mampu lagi untuk menyuapkan makanan dan senyum.

"Kenapa pulak saya perlu cari Zulaika? Dia dah tak ada kena mengena lagi dengan saya!" "Mulut boleh menipu, tapi mata tidak menipu. Saya tahu, awak hanya mempergunakan saya demi melupakan Zulaika. Tapi, ternyata cara awak ni tak membawa sebarang kesan. Jangan paksa diri awak untuk menyintai saya, dan terimalah diri dia seadanya sebab tak ada orang yang sempurna dalam dunia ini kecuali Maha Pencipta kita. Mungkin awak sudah ditakdirkan untuknya dan awaklah orang yang diciptakan untuknya kembali kepangkal jalan..". Aku terdiam lagi. Cara dia bercakap, seolah-olah dia tahu apa yang tersirat dalam diriku. Dia bersiap sedia untuk bangun. "Nanti dulu.."

"Saya tahu apa yang awak nak tanya. Saya kan wartawan! Mestilah saya tahu apa yang terjadi disekeliling saya! Jumpa saya bila awak dah jumpa cinta hati awak yang sejati, Zulaika! Kirim salam saya padanya, katakan saya cemburukan dia". Sofea berlalu pergi.

Aku mula mengerti tentang diri aku. Terima kasih, Sofea, kerana menyedarkan aku tentang cinta sejati. Barulah aku sedar yang selama ini aku hanya mementingkan status dan harta. Aku tak pernah fikir tentang apa yang Zulaika rasa dan harungi. Aku dah lupa pada janji aku untuk melindungiku. Ya Allah, apa telah aku buat! Mak, ayah, maafkan Adam kerana tidak menunaikan tanggungjawab itu.


Aku mula menjejakinya semula. Aku ke rumah sewa lamanya, namun kawannya sendiri tidak tahu ke mana dia pergi. Dia pergi ke restoran tempat dia pernah bekerja, tapi dia gagal menemuinya.

Aku tergerak untuk menjejakinya ke kelab malam yang pernah dia bekerja dahulu. Ternyata usahaku tidak sia-sia. Aku mendekatinya, dia nampak terkejut melihatku. Terus dia melarikan diri dariku, dan aku mengejarnya. Berjaya juga aku memaut lengannya.

"Maafkan abang, Ika! Abang tahu abang salah! Terimalah abang semula, dan abang tak akan mensia-siakan Ika kali ni" "Abang..tolong jangan ganggu Ika lagi! Ika ni sampah, Ika ni hina!" "Ika..jangan cakap macam tu! Abang dah sedar kesalahan abang. Abang terima Ika, asalkan Ika mahu kembali ke pangkal jalan. Abang cintakan Ika, abang berusaha lupakan Ika, tapi abang gagal Ika! Abang masih tak ceraikan Ika, jadi pulanglah semula bersama abang Ika!" "Tak..tak mungkin abang! Walaupun cinta Ika pada abang tak berubah, tapi Ika dah serik..! Serik mengemis cinta dan kasih pada orang! Biarlah Ika dengan kehidupan Ika yang begini, abang ceraikan saja Ika!". Aku melepaskan genggaman tangannya. Sanggup dia minta sesuatu yang tidak pernah aku fikirkan akan aku buat.

Aku hanya mampu melihat dia pergi dalam hiruk-pikuk orang ramai. Jiwaku menangis. Aku pulang ke rumah dengan sendu yang amat dalam. Mungkin ini adalah balasan pada apa yang telah aku lakukan pada dia.

Ramadhan menjelma lagi. Aku berdoa takbir pada syawal kali ini tidak mengundang duka seperti yang sebelumnya. Kad raya dari Sofea bertandang di meja pejabatku. Katanya, jika aku belum dapat memiliki apa yang dihajati, beri diri dan dia masa, mungkin itu lebih baik dari terus memaksa. Aku senyum. Sofea seolah-olah tukang tilik yang tahu segala-galanya tentang aku. Maafkan aku Sofea, hatiku bukan milikmu. Jika tidak, aku pasti akan lebih menghargaimu.

Aku memberikan Zulaika masa, dan selepas seminggu, aku kembali semula ke kelab terbabit. Kata pekerja di situ, dia telah berhenti kerja. Aku hampa. Setiap malam aku berdoa agar aku bertemu semula dengannya, moga Tuhan mengkabulkan doa aku di bulan mulia ini.

Syawal bakal menjelang 2 hari lagi. Aku kini menuju ke sebuah bank kerana kami mendapat maklumat, rompakan bank besar-besaran akan berlaku. Mungkin perompak ini kesuntukan wang untuk beraya.

Akhirnya, perompak yang bertopeng dan bersenjatakan pistol Revolver seramai 4 orang sudah menyeludup masuk bank terbabit. Ada 6 orang awam dan 10 orang kakitangan bank di dalamnya. Setelah hampir sejam pihak kami mententeramkan perompak, akhirnya mereka bersetuju untuk menyerah. Malang tak berbau, sedang 3 orang dari perompak terbabit mengangkat tangan tanda menyerah, seorang dari mereka yang masih bersenjata bertindak melepaskan tembakan secara rambang kepada orang awam yang masih berada dalam bank.

Kami segera meluru kepadanya kerana bimbang ramai lagi yang akan tercedera. Tetapi, tembakan itu telah mengena kepada seorang wanita yang berada di dalam bank yang cuba melindungi anak yang didukungnya. Hati aku tergerak untuk menemui wanita terbabit dan alangkah meruntun jiwaku bila melihat wanita itu ialah Zulaika!

Aku bersamanya di dalam ambulans. Mengalir juga airmataku melihatnya sambil aku memangku anak yang dilindungnya tadi. Kanak-kanak perempuan berusia dalam 1 tahun lebih hanya diam melihat ibunya parah. Aku tertanya-tanya siapa agaknya budak yang aku kendong ini. Adakah ini anak aku?

Aku dan budak terbabit menunggu di luar bilik kecemasan. Aku tak putus-putus berdoa agar Zulaika dapat diselamatkan. Aku mahu baiki kembali hubungan kami dan aku nak melindungi dia untuk selama-lamanya. Aku tidak dapat membayangkan hidup tanpanya untuk kali kedua.

Doktor keluar dari bilik berkenaan dan menemuiku. Zulaika masih koma. Harapan untuk dia hidup amat tipis. Tapi, dia meminta aku berserah dan berdoa agar keajaiban berlaku di bulan mulia ini.


Aku membawa meminpin tangan budak perempuan tadi dan membawanya bersamaku. Kami hanya mampu melihat Zulaika yang tidak bermaya. Airmata kami sama-sama mengalir. Zulaika beruntung mempunyai anak yang baik dan tidak banyak kerenah. Penat menunggu begitu, aku membawa budak tadi berbuka bersama dan kerana penat, dia terlena dipangkuku.

Petang raya, keadaan Zulaika masih sama. Saat takbir bergema, hatiku meruntun lagi. Aku menahan sendu hingga aku tertidur. Aku terjaga bila aku dengar ada seseorang memanggilku. Aku mendongak. Zulaika sudah tersedar!

"Ika dah sedar..?" "Abang..jangan menangis..", katanya sambil menyeka airmataku. "Jangan menangis sebab Ika dan jangan menangis sebab takbir ni. Takbir ni tak salah, ia macam takdir. Semakin abang benci ia, semakin banyak ia buat abang menangis...". Aku teringat dulu aku pernah memberitahunya yang aku tak mahu mendengar takbir bila Syawal menjelma dan waktu itu Zulaika hanya membisu.

Dia mengelus lembut rambut anaknya di pangkuku. "Ika..maafkan abang. Kembalilah pada abang. Abang janji abang akan lindungi Ika..abang akan sayang Ika. Abang takkan berhenti menyanyangi Ika.." "Kalau abang nak melindungi Ika, abang lindungilah dan kotakanlah janji abang pada Atika kerana Ika sanggup melindungi Atika. Kalau abang tak percaya, terpulang lah. Tapi, Atika memang anak abang yang sah. Ika tak nak hidup dia jadi sama macam Zulaika dan Zuraini. Anggaplah Atika macam Zulaika". Aku terus memandang Atika dan memeluknya sambil mengangguk. Benar tekaan aku bahawa dia anak kandungku. Abang janji, abang akan melindunginya.

"Takbir yang hilang setelah sekian lama dalam diri abang, jangan abang lupakan lagi kerana takbir itu banyak mengajar dan menyedarkan kita sebagai hamba Allah. Selamilah ia kerana disitu kita akan mengenali siapa diri kita yang sebenar..". Aku memandang Zulaika semula yang nampak kian nazak. Aku mententeramkannya dan memintanya mengucap sambil airmataku tidak berhenti mengalir. Atika terjaga dan turut sama menangis bagai mengetahui situasi yang sebenar.

Zulaika diam. Aku mendengar deru nafasnya. Tiada. Nadinya. Berhenti. Kepadanya dia datang dan kepadanya dia kembali…


Wajahmu,
Seindah serinya mentari yang indah,
Seharum mawar putih sedang berkembang,
Wajahmu,
Mengapa sering terbayang dimataku,
Hingga terbawa dalam mimpiku.


Sayangku,
Tahukah kau di dalam hatiku ini,
Tersimpan perasaan cinta yang suci,
Kau bunga,
Inginku suntingmu menjadi milikku,
Lantasku abadikan dalam hidupku..

Sayangnya,
Harapan yang selama ini bawa,
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi.

Kau pergi jua,
Setelah cintaku ini membara,
Belum sempatku curahkan kasihku,
Kau pergi,
Tak kembali..

Kau Pergi Jua, Adam Ahmad

Kini, hampir 2 tahun segala-galanya berlalu. Atika sudah membesar bersamaku. Nenek Maimon masih kurang percaya Atika anakku walaupun ujian DNA mengesahkan itu anakku dan keturunannya. Aku masih berkhidmat untuk negara dan membuat keputusan untuk tidak meneruskan perusahaan keluarga. Biarlah anak mak long yang menguruskannya.

Aku juga jarang berkunjung ke banglo Impian, takut Atika menjadi mangsa seperti ibu dan neneknya. Aku mahu melindungi Atika seperti melindungi negara. Aku mahu mencurahkan kasih seluas langit dan sedalam lautan kepadanya. Zulaika telah pergi, tapi aku bersyukur dia meninggalkan Atika kepadaku.

Takbir itu takkan hilang lagi dalam hatiku. Alunan takbir terus bergema dan bergema memuji Ilahi…


1.22 pm-10 October 2007
Wednesday-3 days before Syawal
posted by BLOGGER @ 2:15 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
5 Comments:
  • At 24/10/08 10:35 PG, Blogger Sumi & Sara said…

    wah...sedihnya but me like it!!!

    congrats to the author...teruskan usaha!

     

  • At 24/10/08 2:50 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sdih nyer...citer btol ke ni ek????????????????
    btul menyayat ati...

     

  • At 24/10/08 3:30 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    uuuwaaa...sedihnya baca..congrats to the author...

     

  • At 28/10/08 1:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    thankss pd sume yg beri komen..komen2 anda amt sy hargai utk upgradekn lg citer sy.utk pengetahuan sume yg bce citer ni, cerpen 'ssepanjang jalan rindu' merupakan ksimnambungan dr citer ni..hope u all like it!ahakss!

     

  • At 13/1/09 6:33 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kenapa akhirnya zulaikha begitu? kenapa memilih jalan itu? sedangkan dia asalnya bijak pandai...sayang sekali. sebelum komen saya dikritik orang, saya akui saya faham kenapa penulis buat begitu. cuma tak suka! dan penulis jangan ambil kisah dengan komen saya, ya. sebab memang kita x boleh nak puaskan hati semua orang, kan? good job though.

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group