Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tatkala kenangan lalu mengetuk tabir ingatan, pasti air jernih itu mengalir laju. Salahkah aku kerana mencintai seseorang yang tak mungkin akan pernah menjadi milikku? Salahkah aku kerana tidak bisa melupakan semua kenangan tentang dirinya? Khairul…adakah aku yang bersalah kerana terlalu mencintai dirimu? Bukan pintaku untuk terus mengingatimu…namun perasaan yang hadir ini sukar dilenyapkan biarpun aku tahu kau tak mungkin akan pernah mencintaiku lagi.
Ponnnn……siren feri berbunyi lagi. Namun, gadis itu masih di pelabuhan itu. Merenung wajah alam yang makin melabuhkan tirainya. Sinar jingga mentari petang makin suram. Dia terus mencari, apakah salah dan khilafnya selama ini. Arelyna edrienaz…sebuah watak ciptaan tuhan di dunia ini. Selama ini, dia tidak pernah merasakan suatu perasaan sebegini. Pedih…perit…sakit…luluh…kecewa…semuanya bersatu menjadi satu. Baru kini dia mengerti betapa sakitnya bila dilukai. Dia ibarat menunggu bulan jatuh ke riba…dia tahu, insan yang dicintainya selama ini sedang menempuh saat-saat bahagia dalam hidup. Ijab yang bersaksi, akad yang berwali…"khairul…aku bukanlah gadis yang sempurna. Aku juga bukanlah bidadari syurga…namun aku punya rasa cinta untukmu. Cinta yang ikhlas dan sukar terpadam dari lubuk hati ini."
Lagu tema kartun ‘Doraemon’ membingit pagi itu. Nada dering dari telefon bimbit arelyna edrienaz itu mengganggu suasana pagi yang damai. Perlahan-lahan dia menjawab panggilan yang masuk. "Haaaa…pukul berapa sekarang? Whatssss? 8.30 pagi? Kenapa tak kejutkan aku tahun depan je?huhhhh…" dicapainya tuala bercorak kartun sin chan, dengan tergesa-gesa menuju ke bilik air.
Kuliah 3 jam pagi itu selesai juga akhirnya. "Nasib baik pensyarah tak sedar time aku masuk tadi. Hehehehe…" "wei edi…ko ni memang la. Aku call ko dekat 38 kali pagi tadi. Tidur mati betul la ko ni. Esok2 kalau ko kawin, nescaya laki ko breakfast batu la jawabnya." bebel nadia, teman baik arelyna. Edi, itulah panggilannya dalam kalangan teman-teman seangkatan. Tiada siapa pernah berani memanggilnya dengan panggilan arelyna atau edrienaz. Pernah tercipta hari ini dalam sejarah, seorang budak lelaki di kampus itu dikejarkan ke hospital gara-gara memanggilnya dengan nama penuhnya tersebut.
"yang ko membebel mcm mak cik ni nape? Aku tido lewat la smalam. Wat asigment Prof. Adnan. Ari ni nak kena submit la," balas arelyna. Memang sudah menjadi rutin Nadia untuk mengejutkan arelyna setiap pagi. Atau dengan lebih tepat lagi, nadia bertindak sebagai pembantu peribadi Arelyna. Dasar liat bangun pagi.
"Tu la ko. Aku suruh wat awal ko tak nak. Asyik ngan citer kartun ko tu je. Aku pun tak paham nape ko suka sangat ngan citer kartun tu…takde pekdah langsung…dah la…"
"dah…dah…dah…stop wei. Geli taik telinga aku dengar ko pot pet pot pet pagi2 ni. Apa2 hal, jom kita soru dulu…" belum sempat nadia menghapiskan syarahannya, arelyna sudah memotong. Dengan langkah besar seperti Gundam (citer kartun la), mereka berdua menuju ke kafe Wak Lu.
Petang yang damai itu, selepas habis kelasnya, dan sudah tercetak di dalam kalendar hijrah tanggal 15 Januari 2008, hari selasa, jam 2.30 petang, arelyna terpaksa berhempas pulas menolak skuternya yang jenama nyamuk itu gara-gara kehabisan minyak. "nasib baik aku pakai seluar…kalau la aku pakai baju kurung tadi, maunya malu yang teramat…dah la pakai ayu-ayu macam tu…last2 kena tolak motor lak….hahahaha…" sempat juga la dia mentertawakan dirinya sendiri. Kerana terlewat bangun pagi tadi, arelyna terlupa untuk memeriksa tangki minyak skuternya itu.
Tiba-tiba, sebuah kereta jenama Honda civic yang sudah siap di ‘upgrade’ berhenti di hadapan arelyna. Seorang lelaki yang mukanya boleh la tahan kacaknya, keluar dari kereta tersebut. Arelyna sudah membuka langkah kuda-kudanya; bimbang menjadi mangsa manusia tidak bertanggungjawab. Tiba-tiba… "boleh saya bantu awak?cik…" lelaki itu bersuara.
Kerana kurang yakin dengan keikhlasan lelaki itu, arelyna pun bersuara," boleh ke saya percayakan awak ni? Ada jaminan insurans ke yang awak tak akan apa-apakan saya?" Senyuman terukir di wajah lelaki itu tadi. "well…terpulang pada awak. Setahu saya, kedai motor terdekat ada la lebih kurang 8 kilometer dari sini. Saya khairul…Mohd.Khairul bin Abdullah. Ini mykad saya," sambil menghulurkan mykadnya kepada arelyna, mengharapkan keikhlasannya diterima.
"macam mana awak tahu yang motor saya rosak?saya tak cakap pun apa masalah saya. Apa natijahnya kalau saya percayakan awak? Dan yang paling penting, mykad awak ni yang ori ke, yang palsu punyer? Nampak mcm ciplak je…" arelyna terus mengeluarkan ayat-ayat ‘powernya’ kepada lelaki tadi. Biarpun di dalam saat-saat genting seperti ini, egonya tetap tinggi.
"it’s okey kalau awak tak perlukan khidmat saya. Kalau macam tu, saya beredar dulu la ye." Khairul mula melangkah ingin beredar dari situ.
"awak…saya tak cakap pun tak perlukan khidmat awak. Saya Cuma tanya. Dan yang paling utama, motor saya ni tak rosak. Cuma minyak je tak ada. Lupa nak isi la pagi tadi," luah arelyna, bimbang jika tiada lagi insan yang sudi menghulurkan bantuan. Memang benar. Kedai motor dan juga stesyen minyak terdekat terletak lebih kurang 8 kilometer dari tempat dia berada sekarang.
"heheheehe…saya pun acah je tadi tu. Saja nak tengok awak macam mana," sambut khairul.
"cis…tak guna betul dia ni. Ada ke saja nak kenakan aku," gumam arelyna di dalam hati.
"Macam ni la awak, rasanya saya ada simpan minyak dalam bonet kereta saya. So, tak perlu la awak tolak motor awak ni lagi. Saya bukan apa…kesiankan awak je. Dah merah muka tu kena panas ni," ulas khairul tanpa dipinta.
Di situlah segalanya bermula. Detik itulah yang memulakan segalanya. Mulai dari saat itu, arelyna mulai rapat dengan Khairul. Rupa-rupanya, mereka berdua belajar di kolej yang sama. Bezanya, Khairul merupakan pelajar pengajian jarak jauh manakala arelyna pula pelajar sepenuh masa di situ. Khairul merupakan seorang usahawan muda di bandar itu, menyambung pelajarannya dalam bidang perniagaan di kolej arelyna belajar.
"awak…nape orang panggil awak edi? Kan sedap nama penuh awak tu? Tak kesian ke kat mak bapak awak? Penat2 diaorang letak nama awak, alih2 panggil edi je…" Khairul meluahkan ayat lewat pertemuan mereka petang itu. "nape awak tanya camtu? Ehhh…best apa nama edi 2!! Baru la stylo wak…" balas arelyna, sambil menghirup ice blended mocca kegemarannya. "awak, kalau saya nak panggil awak selain nama edi tu, leh tak? "awak nak panggil saya apa?" "saya nak panggil awak Edriena! Leh?" "hmmmm…ntah la. Suka ati awak la." Arelyna sendiri tidak mengerti apa yang terjadi dengan dirinya kini. Kalau suatu waktu dulu, dialah insan yang akan bertukar menjadi Incredible Hulk saat nama perempuannya disebut. Tapi kini, semuanya berubah. Arelyna berubah sepenuhnya. Dia berubah sepenuhnya hanya kerana Khairul. Khairul banyak menegurnya dan membentuknya menjadi muslimah sejati. Kata Khairul, wanita solehah tempatnya di syurga. Wanita solehah ibarat permata yang bersinar. Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah. Arelyna Edrienaz mendambakan untuk menjadi wanita yang solehah. Kerana khairul jugalah, arelyna mula mendekati pencipta yang Esa. Dan hatinya juga mulai menyayangi Khairul,merindui khairul, mencintai khairul.
"awak, saya nak cakap sesuatu boleh?" arelyna memecahkan hening pertemuan mereka berdua petang itu. "emm…kalau saya kata tak boleh, cmna?" khairul cuba menduga arelyna. "tak nak kawan ngan awak lagi la…awak, saya serius ni." "ok la…ada apa sayang, intan payung?" "tapi, awak mesti janji dulu. Lepas apa yang saya cakap ni, walau apa pun jawapan awak, kita tetap kawan ye..?" "hmm…ok, saya janji." "awak, sebenarnya kan…saya kan…" arelyna cuba menghabiskan ayatnya, tapi begitu sukar dirasakannya. "ya…ada apa? Awak sebenarnya apa? Cepatttt…saya tunggu ni," Khairul semakin giat mengusik arelyna. "sebenarnya saya…dah lama sukakan awak, sayangkan awak. Tapi, saya tak harap awak sambut cinta saya ni. Saya dah tak tahan nak pendam je benda ni dalam ati," arelyna meluahkan rasa hatinya. "arelyna edrienaz…sebenarnya, saya pun dah lama sukakan awak. Saya juga sayangkan awak. Arelyna Edrienaz, Mohd. Khairul bin Abdullah sayangkan awak. Sepenuh hati saya," tanpa diduga, khairul melontarkan ayat2 yang bisa menggugurkan jantung arelyna. Cintanya bersambut. Sangkanya, dia hanya bertepuk sebelah tangan. Tapi kini, hari-harinya yang bakal berlalu dirasakan sungguh indah.
Namun, panas disangkakan hingga ke petang, rupanya gerimis di tengah hari. Kita hanya mampu merancang, tetapi tuhan juga yang menentukan. Kasih sayang mereka dilanda dugaan. Suatu petang tatkala dalam perjalanan untuk bertemu Khairul, arelyna menemui kemalangan. Skuter yang dipandunya telah dilanggar oleh sebuah lori ais yang gagal dikawal. Arelyna dikejarkan ke hospital akibat cedera parah. Ternyata, tuhan masih menyayangi hambaNya itu. Setelah koma hampir 3 hari, arelyna mulai sedar. Namun, kemalangan itu mengajarnya suatu erti ketabahan setelah nikmat hidup yang dipinjamkan tuhan selama ini, ditarik balik. Arelyna telah disahkan lumpuh setelah saraf tunjangnya mengalami kerosakan yang teruk.
Selama sebulan di hospital, sekalipun Khairul tidak pernah melawatnya. Hanya ibu bapa dan teman2 sekolej yang hadir melawatnya. Arelyna sedaya mungkin cuba menepis soalan dan keraguan yang bersarang di benaknya terhadap Khairul. Dia cuba meyakini janji2 yang telah Khairul semaikan untuk sehidup semati dengannya. Dia tahu, Khairul juga mencintainya sama seperti dia mencintai dan menyayangi Khairul.
Atas pertolongan sahabat baiknya Nadia, arelyna akhirnya mengaturkan pertemuannya dengan Khairul. Dia sedar, keadaannya yang tidak mampu berjalan lagi, menyukarkan dia untuk pergi bertemu dengan Khairul sendirian. Dia memerlukan pertolongan untuk bergerak dengan kerusi rodanya. Arelyna masih belum dapat menyesuaikan dirinya dengan ‘kaki’ barunya itu.
"Assalamualaikum awak…," arelyna memulakan bicara tatkala pertama kali bersua dengan Khairul selepas peristiwa hitam itu. Sedaya mungkin dia cuba tersenyum di hadapan Khairul agar lelaki itu tidak melihat kesedihan yang ditanggungnya.
"Waalaikumsalam…awak macam mana? Sihat?" Khairul kelihatan bersahaja ketika berdepan dengan arelyna. "saya macam ni la awak. Macam yang awak lihat. Dah tak macam dulu." "maafkan saya sebab langsung tak menjenguk awak di hospital tempoh hari. Saya terpaksa balik Sarawak. Ada hal family sikit." "its okey…saya pun dah discharge dari hospital. Awak tak rindukan saya ke?" arelyna cuba menduga keikhlasan Khairul saat ini. "ermmm…awak, apa tujuan awak ajak saya jumpa ni? Saya tak boleh lama2 kat sini. Ada hal ngan my mom sikit jap lagi," Khairul ternyata tidak betah dengan soalan arelyna tadi. Kesedihan di hati arelyna makin sukar dibendung. Dia cuba menahan air matanya daripada tumpah di hadapan lelaki ini. "awak, saya Cuma nak awak jawab satu soalan je daripada saya. Lepas ni, kalau awak nak balik pun, saya dah tak kisah," arelyna semakin mendekati tujuan utamanya bertemu Khairul petang itu. Nadia yang setia menemaninya sekadar memerhati dua insan ciptaan tuhan ini dari jauh. Permintaan arelyna sendiri agar nadia tidak melihat kekalahan cintanya. Taman tasik Titiwangsa semakin ditimpa gerimis. Arelyna masih setia di situ, menantikan kehancuran cintanya.
"Mohd. Khairul bin Abdullah, masihkah ada lagi cinta di hati awak untuk saya," arelyna meluahkan ayat itu satu-persatu, penuh teratur. Bumi tuhan ini kian basah ditimpa gerimis. Dia tidak memperdulikan hujan yang melanda. Hajatnya Cuma satu, menamatkan cerita dongeng ciptaannya sendiri. "awak, saya….," begitu sukar untuk Khairul menghabiskan ucapannya itu. "khairul, edriena tak kisah apa pun keputusan yang bakal Khairul buat hari ini. edriena tak nak untuk terus mengharap pada janji2 khairul sebab edriena sedar, kita makin jauh. Biarlah selepas ini kita sekadar kawan. Edriena sedar yang edriena bukanlah gadis yang sempurna untuk lelaki sebaik khairul. Khairul punya segalanya. Edriena dah tak boleh berjalan. Lumpuh khairul…lumpuh.
"edriena, khairul sebenarnya…dah ada pengganti edriena. Khairul rasa bersalah sangat pada edriena. Kalau bukan sebab khairul yang nak jumpa edriena sangat petang tu, mungkin edriena tak akan jadi macam ni. Maafkan khairul edriena. Tapi khairul terpaksa buat pilihan ni, perempuan tu pilihan keluarga khairul."
"terima kasih khairul. Edriena tak pernah salahkan khairul dengan apa yang menimpa edriena. Edriena rasa inilah yang terbaik untuk kita. Edriena bersyukur sangat sebab tuhan pertemukan kita berdua. Khairul dah banyak ajar edriena untuk menjadi seorang wanita sejati. Terima kasih untuk setiap rasa cinta yang pernah edriena rasa, untuk setiap rasa kasih yang menyelinap di hati ini…khairul cinta pertama dan terakhir edriena."
"khairul betul-betul rasa bersalah. Maafkan khairul…"
"sudahlah tu khairul…janganlah kita nak salahkan takdir. Edriena dah lama maafkan khairul. Semua ni dah tertulis untuk kita…edriena merelakan perpisahan ini."
"khairul terpaksa pergi sekarang. Apa pun yang berlaku, khairul harap kita tetap kawan."
"insya Allah…kita tetap kawan."
Ponnnnn….siren feri berbunyi lagi. Tersentak arelyna edrienaz daripada lamunan. Dia sedar, kenangan lalu hanya bisa mengguris hatinya kembali. Namun, setiap kali dia cuba memadam kenangan itu, setiap kali itulah kenangan itu menjelma kembali.
"edi, jom kita balik…dah nak maghrib ni." Kehadiran nadia mengejutkan arelyna. Dia telah menjadi tetamu setia pelabuhan itu sejak dua bulan yang lalu. Melihat keindahan mentari petang dengan harapan dapat melupakan kenangan cinta silamnya. Keputusannya untuk pulang ke kampung halamannya di pulau lagenda itu dirasakan satu keputusan yang terbaik yang pernah dia lakukan. Menjauhkan diri daripada masa silamnya.
Mentari kian berengsot daripada ufuknya. Arelyna Edrienaz juga beransur pulang. Pulang bersama azam untuk melupakan setiap cebis kenangan bersama Mohd. Khairul bin Abdullah. Semoga hari esok yang mendatang akan memberi sinar baru buat insan yang bernama Arelyna Edrienaz. Biarpun dia kehilangan cinta seorang lelaki, namun hikmahnya dia semakin dekat dengan cinta Ilahi, cinta yang hakiki. Sesungguhnya, kebahagiaan tidak pernah hilang daripada hidupnya. Setiap yang terjadi, pasti terselit sejuta hikmah. Bukan tujuannya mengungkit kisah lama, sekadar mengulit kenangan. Mengapa terjadinya perpisahan, di kala dirinya memerlukan secebis rindu menghias kamar kegelapan…tiada guna dia menangis meratapi perpisahan. Kerana dia percaya, sebalik kedukaan pasti terselit kebahagiaan. Sepi sekuntum mawar merah.
Akak mengucapkan syabas pada anda. Tulisan yg baik sekali .. cuma ada sedikit sahaja kesalahan dalam ejaan .. dan yang penting sekali Tuhan dieja dgn huruf T besar bukan yg kecil ya ..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sedih tol cite ni! waa!