Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Bak bunga harum wangi semerbak, Darah merah panas mengelegak, Penuh rasa gagah memberontak, Kerna tak mahuguna otak, Tanpa panduan hidup ljadi haprak, Jika segala nasihat dibuat pekak,
Suasana musim baru persekolahan memang nyaman dengan keadaan bersedia untuk menyambut kedatangan murid-murid yang baru tamat musim cuti, mereka akan kembali mengadap papan hitam, mengadap buku, dan juga muka para cikgu-cikgu. Suasana sunyi dikoridor kembali riuh dengan gossip budak-budak perempuan, kembali bingit dek karenah gurauan budak-budak lelaki. Namum bagi pelajar yang baru naik ketingkatan empat sekolah menengah suria, mereka adalah yang paling gembira kerana bagi mereka tahun inilah tahun bulanmadu mereka. Setelah bersekang mata tahun lalu menghadapi PMR, tahun ini bagi sesetengah daripada mereka adalah masa inilah untuk bergembira. Tapi ia bukanlah bagi semua pelajar, ada juga yang lebih panjang fikirannya, tahun ini mereka kena bersiap awal untuk menghadapi SPM tahun depan, penentu masa depan mereka. Terutama Dyna (Siti Nordiana nama sebenar) gadis cantik , bijak dan juga ulat buku. Dia ingin terus bersekolah disini walaupun keputusan PMRnya agak cemerlang, dia akan terus setia disisi buku tercintanya. Dia mengambil keputusan untuk tidak ke sekolah asrama penuh kerana tak mahukan tekanan, walaupun semua rakan-rakannya yang cemerlang sudah masuk kesekolah asrama penuh.
"Cikgu tahun ni saya nak masuk semua acara sukan, bolehkan cikgu, saya yakin saya akan sapu semua pingat." "Tengoklah tapi kenalah bagi dekat pelajar lain juga, larat ke awak nak masuk semua acara." "Alah cikgu mereka semua tu lembik, baik bagi saya semuanya" "Iye lah tu, awak ni tak ada kelas ke sekarang ni, duk melepak kat sini? Nanti kalau pengetua datang baru tahu." "Tak. cikgu Kassim ada mesyuarat" "Pergi balik kelas, nanti kau kena denda pula" "Baik cikgu,"
Fardi atau Fardinan nama sebenarnya jejak idaman, anak kacukan namum hidup dalam suasana kampung, atlet sekolah yang cemerlang, tahun ini dia berazam untuk menyertai sebanyak yang mungkin dalam semua acara sukan, biasalah kalau dah atlet mesti ramai peminat perempuan, jadi dia ni selalu guna kesempatan itu untuk memikat gadis jelita dekat sekolah.
"Di, tahun ni siapa pula mangsa kau?" "Mangsa apa pula ni Din?" "Alah kau ni buat-buat tak tahu pula, macam biasalah kau tu kan romeo kat sekolah ni, jadi, berapa ramai perempuan yang kau nak kaut tahun ni?" "Kau ni. Sampai tahap tu kau bagi kat aku, aku ni bukannya jahat sangat, saja aku nak mengorat dia orang tu, takut nanti tak de orang mengorat langsung, kesianlah dekat diorang tu pulak." "Apa kata, kau cuba Dyna?" "Mmm, cadangan kau tu memang bernas. Tapi dia liat sikit aku dah cuba tahun lepas, tapi tak melekat, tahun siap dia." "Itu dia, Fardi si romeo dah kembali mengganas…" "Ada-ada sajalah kau ni" "Sekarang ni kau dah nak pikat Dyna, Jadi macamana kalau aku ambil Fati…."
Nordin kawan Fardi, dia juga merangkap ketua tingkatan 4 sutera, mereka dah berkawan semenjak kecil dari sebelum sekolah tadika lagi. Dia memang dah kenal betul dengan perangai si Fardi yang selalu memikat anak-anak gadis suci yang baru nak mengenal erti cinta.
"Mak dah ambil borang sekolah teknik vokasional, mak nak kau sekolah kata sana, lagipun pelajaran kau tak berapa bagus, lebih baik sekolah kat sana, terjamin sikit masa depan kau. kau boleh terus ambik kelas kemahiran." "Tapi mak…." "Tak ade tapi-tapi lagi, aku dah telefon bapak kau, dia pun dah setuju." "Tak guna cakap dengan mak, bukan nak dengar cakap orang pun, sebab tu bapak ceraikan mak!" "Hei! Kau jangan nak tukar cerita lain pulak, aku tengah cakap pasal kau sekarang ni."
Huda, gadis sederhana disekolah, dia tak berapa popular tapi agak cun juga, dan dia hampir bertukar jadi liar disebabkan perasaan memberontak dalam dirinya berpunca dari masalah dirumah yang sentiasa menekan perasaannya. Oleh kerana rasa memberontaknya, dia sering tersalah memilih kawan, kebanyakan kawan-kawannya adalah dari pelajar yang teruk, mereka terdiri daripada pelajar yang suka pau kuih dan bekal makanan budak-budak tingkatan satu, dan bekas teman lelakinya, Amri sudah berhenti sekolah selepas PMR, dan berkerja di Kuala Lumpur. Namum dia ada seorang kawan perempuan yang rapat iatu Dora, berlagak macam tomboy.
*****
Suasana diperpustakaan, aroma bau buku lama, dan bunyi buku dibaca secara senyap menjadikan afmosfera di perpustakaan agak berbeza. Bagi Dyna ia sudah sebati, semenjak dia mula mengenali perpustakaan sampai sekarang dia sudah anggap perpustakaan sebagai rumahnya yan kedua, masa tu dia di darjah tiga, masa tu hujan sangat lebat, masa tu dia baru boleh membaca dengan lancar. Dia masih ingat lagi buku pertamanya, buku lagenda bawang puteh bawang merah, perasaan pertama itu membuatkan dia sentiasa berkunjung kesana tanpa jemu, hubungan yang terjalin antara mereka berdua memang istimewa, tiada siapa yang dapat menghalang hubungan mereka mahupun pengawas perpustakaan. Kini sudah mencecah 7 tahun hubungan mereka, kini juga dia telah dilantik oleh cikgu Haliza menjawat jawatan bendahari perpustakaan, dan juga bakal ketua perpustakaan tahun depan.
"Tengah baca buku ke?" "Taklah tengah basuh pinggan." "Alah awak ni, gurau sikit pun tak boleh ke?" "Ada apa ni, datang nak pinjam buku ke, mana kad perpustakaan awak?" "Kad? Saya tak ada kad perpustakaan, kalau guna kad pengenalan boleh tak pinjam buku?" "Dah berapa lama awak sekolah, takkan benda macam ni pun awak tak tahu.?" "Janganlah marah, saya gurau je," "Sini bukan tempat nak bergurau, ni tempat baca buku, kalau nak bergurau pergi bilik guru besau," "Hahahaha!. Pandai jugak awak melawak. Apa kata saya belanja awak minum petang ni kat warung Kak Midah." "Kat asrama kami ada minum petang juga, tak payah nak bazirkan duit awak tu." "Ooo duduk asrama, ada tempat kosong lagi tak kat asrama perempuan sekarang ni? Boleh tak saya nak masuk lagi." "Oi!. Tepi sikit la, orang nak pinjam buku ni." Tiba-tiba marah budak tingkatan Dua Sutera yang hendak meminjam buku. "Dyna, petang nanti saya datang cari awak kat asrama ok!" "Tak ada kerja lain, mengorat aje kerja dia, aku tak nak pula dia ngorat." Bisik dalam hati budak tingkatan Dua Sutera yang masih berada dikaunter perpustakaan. "Kau tu masih mentah lagi, tak padan dengan aku.." Bisik Fardi dalam hati sambil berjalan keluar dari perpustakaan dengan misi yang gagal.
Rumput padang bola dah bersedia menerima tujahan pemain-pemain bolasepak wakil sekolah yang turun bermain walaupun pertandingan antara sekolah lambat lagi. Fardi dalam posisi pemain tengah sedang mengambil sepakan percuma, dia mulakan dengan larian yang bagus lalu membuat satu tendangan lencong, melambung melepasi benteng yang dibuat oleh pasukan lawan, bola menuju ke pintu gol, sikit lagi hampir melepasi penjaga gol, tetapi malang bola agak tinggi melepasi palang. Namum begitu beberapa budak perempuan bersorak diluar padang, mereka datang semata-mata mahu tengok Fardi. Tiba-tiba Fardi keluar padang dan tak mahu teruskan permainan. Petang ini cuma satu sahaja tujuan dia, Dyna, secara kebetulan Dyna baru keluar dari perpustakaan, lalu dia mengejar Dyna sambil berteriak memanggil nama Dyna bergema satu blok, nampaknya Dyna bersama kawannya namum setelah mendengar teriakan Fardi seperti burung yang nak mengawan lalu Tini meninggalkan Dyna seorang diri bersama Fardi.
"Awak baru habis ulangkaji ke?" "…….."sambil Dyna memalingkan muka kearah lain. "Awak nak minum tak pasni?" "…….."sambil Dyna memandang buku yang dipegangnya "Kenapa awak diam aje ni, awak tak suka saya ke, bukan saya harapkan apa-apa pun dari awak cuma nak berkawan dan kenal lebih rapat lagi dengan awak, awakkan pandai jadi boleh saya belajar dengan awak. betul tak?" "Kan awak ada ramai kawan perempuan lain suruhlah mereka aje ajar awak." "Mereka semua tu bukanlah pandai sangat pun, sama taraf dengan saya aje, kita kawan okey, boleh la…." "Mmmm. Saya kena tengok dulu, awak cukup tak kriteria yang melayakkan awak jadi kawan saya." "Apa syarat dia?" "Pertama, jujur…" "Saya memang jujur…saya tak pernah curi akan kuih kat kantin." "Kedua, baik hati…" "Hati saya memang baik, saya tak pernah sakit hati," "Ketiga, tak de bau badan…." "Nanti jap, badan saya berbau ke, ini sebab saya baru lepas main bola," Sambil Fardi menghidu bau badannya yang agak berbau. "Tak de la…siapa pun boleh jadi kawan saya, janji dia ikhlas nak berkawan, setakat kawan aje tau." "Okey, saya janji akan beli minyak wangi baru esok, baru tau!, Lagi satu boleh tak saya masuk study group awak,"
Akhirnya strategi pertama Fardi sudah berjalan lancar, menjadi kawan kepada Dyna , lepas ni mulalah rancangan kedua memikat hati Dyna, memang licik kepala otak si Fardi. Boleh dicalonkan jadi presiden persatuan buaya darat se-malaya.
"Aku selalu tengok kau ni selalu duk perhatikan si Fardi tu, ada hati ke?" Tegur Dora melihat Huda yang sedang asyik memerhatikan Fardi dari jauh. "Tak de lah, aku suka tengok lelaki macam dia, tegap dan cergas." "dan buaya….." "Tak baik kau mengata orang tau." "Alah dah marah ke, takkan tak boleh nak mengumpat sikit pasal hero awak tu?" "Tapi siapalah aku, nak kan dia tu, dia popular, aku pula biasa aje, dah lah dia tu banyak peminat, kalahkan artis." "Kalau kau betul sukakan dia, semua tu tak jadi hal, janji kau nak, aku akan uruskan." "Macamana tu?" "Nantilah aku uruskan, petang nanti kau ikut aku pergi tengok dia main bola kat padang. Okey." "Nak buat apa." "Ade la." Entah apalah rancangan Dora dengn Huda, nampaknya Fardi memang naik lemaklah pasti, ramai betul gadis gilakan dia. Sementara itu dia yang tak tahu, Huda juga sukakan dia. Dia masih lagi cuba menawan hati Dyna. Sekarang ni dah pandai masuk kumpulan belajar sekali dengan Dyna, dia menunjukkan semangat yang tinggi walaupun agak janggal kerana cuma dia seorang sahaja lelaki dalam kumpulan itu, kawan-kawan Dyna juga agak tak selesa, kerana kelakuan Fardi yang kadangkala agak menjengkelkan yang kadang-kadang menganggu tumpuan mereka untuk belajar..
"Ina, kami bukan apa, Cuma rasa tak selesalah bila ada Fardi dalam study group kita." Yati meluahkan rasa kurang selesa dengan kehadiran Fardi didalam kumpulan mereka. "Laa. Kenapa pulak, saya ingatkan awak semua dah setuju," "Itu sebelum kita orang belajar sekali dengan dia, tapi tengoklah tadi masa awak tengah mengajar Siti, dia sempat main mata dengan saya pulak." "Baguslah tu ada juga lelaki suka dengan awak." "Eh. Nanti awak tak marah ke, kalau saya rampas teman lelaki awak." "Hei!. Siapa cakap dia tu teman lelaki saya. Kita orang cuma kawan aje tau." "Iye la tu, kenapa awak berlawa sakan tadi, biasanya masa study awak pakai pakaian biasa aje, tadi siap pakai kebaya lagi.Mmm… ni mesti ada apa-apa ni." "Mana ada. Nantilah saya akan tegur sikit si Fardi tu, kalau dia degil kita keluarkan sajalah dia. Okey tak cik Yati." "Saya tu tak kisah, tapi takut awak yang tak tahan rindu nanti." "Tak de maknanye."
Memang itulah sifat Dyna mulut sebut lain hati kata lain, dalam senyap sunyi dia dah mula menaruh perasaan terhadap Fardi, cuma masa sahaja akan menentukan semuanya. Hati perempuan keras bak nasi, kena air mulalah cair. Itu pun Fardi belum mulakan langkah kedua dia. Tapi tanpa pengetahuan Fardi, Dora gunakan Nordin untuk jalankan rancangannya untuk satukan Huda dengan Fardi, Fardi kini menjadi rebutan dua hati. Selepas habis budak-budak lelaki bermain bola, Dora dan Huda berlari dapatkan Nordin untuk mengorek rahsia Fardi, dengan ini senanglah sikit Huda hendak memikat Fardi. Otak si Dora ni boleh kira juga ligatnya. Satu senarai lengkap pasal diri Fardi dah siap, Nordin pun dah dapat habuan, mee sup dengan air sirap bandung. Dora, walaupun agak tomboi. Tapi jiwa dia masih perempuan, jalan yang dia buka untuk Huda memang baik, jadi cuma tinggal Huda pula mainkan peranannya sendiri.
"Din, nampaknya selera kau dah bertukar sekarang ni." "Selera apa pulak ni, tak faham aku." "Kau ingat aku tak nampak ke? Sejak dua tiga hari ni aku tengok kau selalu sangat berjumpa dengan Dora, kasar-kasar dia pun kau minat juga yer?" "Hei! Kau jangan tengok dia tak guna mata, dia tu kasar kat luar aje tapi jiwa dia lembut." "Memanglah lembut dia tu kan perempuan, tapi kalau kau buat hal dengan dia, Bolehlah merasa makan sup penyepak cap tapak kaki si tomboy tu," "Kau tahu tak? ada orang minat giler dengan kau," "Siapa dia tu, kalau Dyna memang dah dalam tangan aku." "Bukan, bukan Dyna, tapi kawan Dora, si Huda." "Huda, budak kelas sebelah tu, tak perasan pulak aku." "Kalau kau nak, biar aku uruskan." "Ikut suka hati kaulah." "Cantik!, petang ni kau jumpa dia kat warung Kak Midah. Okey tak?" Nordin mengaturkan pertemuan Fardi dan Huda. "Ok." Balas Fardi ibarat kucing dengan ikan, dapat peluang terus sambar.
Nampaknya Fardi lebih pantas, Nordin dah aturkan pertemuan mereka petang nanti. Sebagai balasan sekali lagi Nordin dapat habuan baik punya, mee sup dengan air sirap bandung lagi la lepas ni. Namun keadaan memang tak menentu macam cuaca, kejap panas kejap hujan, selepas waktu rehat Dyna telah mendapat panggilan dari rumah, mak dia telah jatuh sakit sebab dia memang jatuh ditangga dekat rumah dia, keadaannya taklah teruk sangat cuma terseliuh dan ada bengkak dan lebam sikit. Sebagai lelaki sejati petang itu dia terpaksa atau sengaja pergi kerumah Dyna kononnya nak melawat mak dia. Tapi jangan buruk sangka dia memang ikhlas hati dengan buah orennya sekali. Nampaknya terpaksalah Nordin menjawab dengan Dora dikedai Kak Midah sebab Fardi tak boleh datang, pelbagai alasan dia bagi, akhirnya sebagai habuan melepaslah mee sup dengan air sirap bandung dicampur dengan kata-kata pedas bak cili dari Dora, berasap telinga Nordin yang mendengar.
*****
Bunga-bungaan ditanam dikawasan sekolah memang ada memberi sedikit kesan positif kepada persekitaran pembelajaran, ia bagaikan terapi semulajadi menghidupkan suasana persekolahan. Dan mungkin disalah guna oleh sesetengah pelajar, terutama Fardi untuk memikat Dyna, dia telah menyakiti sepohon pokok yang tak berdosa, semuanya demi merebut sekeping hati suci, nampaknya cinta Dyna dan Fardi mula berputik bak bunga-bunga ditaman dekat belakang sekolah dibawa jagaan tukang kebun. Dyna, walaupun cuba menahan dirinya daripada jatuh cinta, akhirnya terperangkap juga dek naluri remaja, yang terlalu alergi dengan haruman bunga dari luahan mulut sang lelaki yang manis bak madu. Walaupun sekarang Fardi dah ada Dyna, tetapi dia belum boleh berhenti daripada memikat, dia mahu lebih, dia hendak juga merebut posisi dihati Huda, maka, Nordin, sekali lagi menjalankan tugas sebagai mangsa keadaan, walaupun dia sudah serik dek mulut celupar Dora, namum dia tekadkan hati, demi sahabat, walaupun kisah atau hikayat percintaan Fardi dan Dyna sudah hangat jadi gosip mengalahkan sinetron dan telenovela dekat kaca televisyen, tetapi Huda tetap menaruh harapan terhadap Fardi, kenapa? Dora pun tak faham.
"Kenapalah kau bodoh sangat, dia kan dah bersama Dyna sekarang?" "Kenapa tak boleh ke aku cuba, hei! lelaki boleh kawin sampai empat tau, inikan pula baru bercinta." "Jadi kau sukalah dimadukan, tak baik tau kau merosakkan hubungan orang, pastu kau akan sakiti dan malukan kaum kita sendiri, faham tak?" "Mmm, aku tak faham, cintakan memang sukar nak difahami. Bagi aku biar naluri aku yang tentukan, tak payah banyak fikir." "Ikut hati mati, ikut rasa binasa, tak gitu?" "Salah tu, bagi aku, ikut hati nikmat dirasai, ikut rasa …apa yer?" "Kalau nikmat buat sementara saja buat apa, pastu kecewa. Merana beb" "Janganlah serius sangat, kita cuma nak suka-suka ajekan, awak rilekslah. Saya tahulah apa yang saya buat, jangan bimbang okey." "Eeee, penat aku dibuatnya. Memang tak makan saman betul, macam mak kau jugak. Degil!"
Percintaan di alam remaja memanglah indah, bagi yang pertama kali terjebak, berjalan rasa bagai tak pijak kebumi, kalau silap langkah memang padah menanti, asal tahu jaga diri, selamatlah hidup ini, walaupun bagi Dyna ia adalah pertama kali, tetapi nampaknya ia tak sangatlah memberi kesan terhadap dirinya, mungkin kerana menebalnya rasa cinta pada buku dan ilmu menjadikan dia tidak begitu ghairah untuk bercinta dan terlalu menumpukan pada pelajaran. Boleh dikatakan Fardi telah gagal dalam misinya, Dyna terlalu sukar untuk dijinakkan, walaupun dah dua minggu secara rasmi mereka bercinta namum tak pernah sekalipun mereka keluar makan atau minum apatah lagi keluar meronda kat bandar, hubungan mereka hanya setakat berjumpa waktu petang dan masa rehat waktu sekolah. Sebab itulah Fardi mencari mangsa yang lain, Huda, namum dalam hatinya masih tak mahu lepaskan Dyna, walaupun kekadang nampak sangat Dyna dah jadi queen control.
"Dyna. Agak lama juga ye kita kawan, bila agaknya kita nak keluar dating…" "sekarang ni bukan dating ke?" "Dating apa, ini dating dengan buku, maksud saya kita keluar makan ke, keluar jalan-jalan ke. Takkan awak tak nak merasa sepertimana pasangan lain" "Merasa apa? Saya sibuklah, kan saya dah cakap hari tu, sekarang ni masa saya belajar, jadi saya nak fokus pada pelajaran. Setakat jumpa awak kat sebelah petang lepas study. Tu okeylah. Tapi kalau lebih-lebih, sorry, takde masa." "Takkanlah tak ada masa langsung, awak kenalah rehat juga, boleh pecah kepala tau study banyak sangat." "Biarlah. Kita nak pecah kepala ke apa ke. Awak tu saya tengok banyak sangatlah main, awak tak study ke? Asyik main aje." "Ehh. Saya study, tiap-tiap malam saya buka buku. Lepas tu saya tidur. Lagipun banyak dah saya belajar masa study group dengan awak." "Baguslah kalau macam tu. Eh! siap ke simpan buku-buku tu semua, saya dah nak keluar ni nak kunci pintu perpustakaan."
Selepas Fardi keluar dari perpustakaan tiba-tiba dia disapa oleh Azmi, budak kampung seberang, sebenarnya mereka ni musuh tetapi setakat perang dingin ajelah.
"Apa cerita, romeo kita, dah dua minggu pun masih belum boleh pegang tangan ke?" "Apa yang kau cakap ni mengarutlah, cinta aku ikhlas bukan nak semua tu." "Kelakar romeo macam kau pun kena queen control…" "Bukan queen control, tapi itu tandanya aku sayang kat dia….." "Sampai kau kena tolong dia simpan buku kat perpustakaan?" "Hei Azmi, aku dengar kat kampung kau ada anjur perlawanan bola betul ke?" "Itulah pasal aku cari kau, ingat nak ajak team kampung kau join sekali, sepuluh ringgit sorang je, yuran dia. Masuklah boleh rasa tendangan aku nanti." "Jangan kau yang pecah muka kena rembatan aku sudahlah. Okey tunggulah team aku kalahkan team kau nanti."
Setelah mendapat perlawaan dari Azmi itu, Fardi terus mendapatkan Padil, ketua pasukan bola kampung mereka, bagaikan tradisi permusuhan antara dua kampung itu dah jadi tradisi, mereka berbalah dalam semua hal, untuk tunjukan siapa yang lebih kuat. Jadi hujung minggu ini mereka akan beradu dalam perlawanan bola sepak. Biasanya akan berakhir dengan pergaduhan. Namum kali ini idak pula erhadi pergaduhan, walaupun pasukan Fardi kalah, mereka tidak mengambil keputusan untuk bergaduh dengan pasukan Azmi.
"Esok hari ahad, boleh tak kau cuba ajak Huda keluar esok?" "Aku lagi kena, dah la kita kalah, kaki aku pula bagai nak patah kena tendang Azmi tadi, nasib padil tak bagi kita orang gaduh kalau tak pecah muka budak tu." "Sudahlah dengan bola tu, sekarang ini kau pergilah cari Dora tu suruh dia ajak Huda keluar, kau dengan Dora kau dengan Huda." "Senangnya dia bagi kat aku, tak kuasa aku dengan si minah berlagak macam jantan tu, hari kau tak jadi nak jumpa Huda tu, sedap mulut dia aje cakap aku ni penipu dengan buaya darat, kau tahu kalau tak ingat dia perempuan memang makan penampar aku budak tu." "Esok jadi tu, kau berbaik-naiklah dengan Dora tu, baru cerah masa depan aku, nak sapu Huda." "Yelah cerah masa depan kau, kelabu asaplah masa depan aku."
Huda tidak seperti Dyna,sebab dia mudah dibawa kesana kemari, mengikut kemahuan Fardi, tetapi jauh dilubuk hatinya tetap tercabar untuk menundukkan hati Dyna.
"Ada apa awak ajak saya keluar ni. Kan semua orang dah tahu awak tu kepunyaan Dyna?" "Kenapa ada orang akan marah ke nanti?" "Saya tak de orang yang nak marah, cuma awak tu ajelah, nanti gaduh besar pula." "Kitakan keluar makan-makan aje, macam kawan-kawan yang lain jugakan, biasalah tu kan?" "Saya tak biasa. Kalau setakat nak jadi kawan, kenapa tak kawan aje dengan Dora? lainlah kalau kita ni jadi pasangankan." "Awak tak kisah ke, tak takut ke saya inikan buaya." "Lagikan buaya dekat orang boleh jaga, inikan pula nak jaga buaya bertopengkan manusia." "Ewah. Sedapnya mulut. Siap jadikan kita ni pepatah pula."
Hajat si Huda dah tercapai untuk mendapatkan cinta Fardi, sekarang dia akan mengatur rancangan baru untuk menyingkirkan Dyna dari hari Fardi. Nampaknya rancangan Huda lebih kedepan lagi, memanglah, perempuan mana yang sanggup berkongsi kasih dengan orang lain. Di sekolah pada hari isnin, sekali lagi ribut dengan gosip, percintaan Huda dengan Fardi pula hangat. Dyna, walaupun tak menunjukkan reaksi, tetapi dalam hatinya ada sekelumit cemburu. Namum mungkin I.Q. dia yang tinggi sikit jadi dengan tenang dia memutuskan hubungan dengan Fardi. Mungkin Fardi pula yang tak mampu untuk terima yang cintanya telah ditolak, tetapi dalam perasaannya mungkin dah hilang rasa kesal, dan kecewa, namum dalam hatinya dia masih mengharapkan cinta Dyna.
"Dengarlah dulu saya nak jelaskan ni…." "Tak ada apa yang hendak diterangkan, kitakan cuma kawan, tak lebih dari itukan," "Saya dengan Huda keluar sebab nak temankan Din dan Dora, jadi saya kenalah temankan dia," "Jadi Din yang salahlah sekarang?" "Janganlah macam ni, buruk muka awak merajuk tau." "Biarlah, saya rasa setakat ini sajalah hubungan kita, saya pun bukan hadap sangat nak jadi kekasih awak." "Mana boleh, cuma awak saja yang betul-betul saya cinta," "Cuma saya, maksud awak ada ramai lagi teman wanita awak dan cuma saya?" "Tak, bukan begitu…." "Saya kata cukup, cukuplah, lepas kita cuma kenal sebagai teman sahaja Okey. Lagipun saya nak tumpukan pada pelajaran, sebelum saya hanyut dengan permainan ni, baik saya berhenti sekarang. Huda pun baik juga orangnya, jagalah dia baik-baik. Bye."
Fardi meneruskan hubungan dia dengan Huda dan Dyna pula hanya sebagai kawan. Belum lagi Huda menjalankan rancangannya, dia dah dapat apa yang diingini. Tapi mampukah Fardi bertahan dengan Huda seorang sahaja, dah habis ke gadis dekat sekolah tu, tak mungkin, si Fardi tu memang buaya, dia dah ada sasaran baru, Hani, budak sekelas dengan dia, kali dia sendiri yang akan mainkan peranan, Nordin dah tak mahu terlibat lagi, dia tak nak sakiti hati Huda dan dapat balasan dari Dora, dia tak nak jadi mangsa keadaan lagi. Hani ini lain sikit dia adalah sepupu kepada Azmi, Nordin bimbang jika Fardi hanya gunakan Hani untuk lepaskan geram kat Azmi, namum minggu itu Fardi dikejutkan dengan berita yang agak mengelegakkan darah, Dyna dengan Azmi bercinta, betul, memang benar, kalau dah sampai kemulut Yati itu memang sah semua berita tu benar. Perkara ini lagilah memanaskan keadaan, memanglah selama ini mereka bermusuh tetapi tak pernah sampai bertumbuk. Apa yang telah Azmi buat sampaikan Dyna yang keras hati pun dapat dia tawan dengan mudah.
"Apa kurangnya aku ni hah, senang-senang aje dia terima si Azmi tu." "Mungkin dia nak sakitkan hati kau, sebab itulah dia cari musuh kau, untuk balas dendam, percayalah cakap aku, Dyna cuma main-main aje dengan Azmi." "Kalau dia nak bercinta dengan orang lain aku tak kisah, tapi kalau dengan si Azmi tu aku memang kisah, kau tau lah macamana perangai dia tu, setan dia lebih besar daripada aku." "Kau tak perlu risaulah kau yang buaya ni pun Dyna boleh control, inikan pula si Azmi bonggok tu. Eh! Bila pula kau nak ajak Hani keluar, hujung minggu ni boleh tak, kalau boleh ajaklah sekali kawan dia tu Faridah." "Tak boleh, aku ada rancangan lain, kalau kau nak ikut pun boleh, aku dah ajak Huda picnic dekat air terjun, kau nak ikut? Dora pun ade sekali tau." "Best juga tu, dah lama tak picnic-kan, jangan kau nak buat macam-macam pulak, kalau tahu dekat mak dia habislah kau." "Nak buat apa? kita pergi makan-makan pastu mandi, balik la. Tak de nak melencong kelainnya, aku ni nampak aje buaya tapi baik hati." "Bukannya aku tak tau, apa yang kau dah buat kat Fati dulu…" "Buat apa? kiss sikit aje, itu pun kat pipi. Korang aje yang lebih-lebihkan cerita. Pastu hebohkan satu kelas, sampai sekarang budak perempuan kelas kita takut dengan aku. Diorang kata aku ni buaya." "Sudahlah aku nak pergi hantar buku laporan kedatangan kat pejabat ni, jom ikut aku."
Hujung minggu, biasalah hari-hari yang akan dihabiskan untuk melepaskan tekanan dan bebanan sebesar batu dekat atas kepala, salah satu tempat popular dekat kampung ni ialah air terjun, memang cantik, dan nyaman, boleh mandi, berkelah, siap ada climbing rock semulajadi tapi kena hati-hatilah sikit, takut jatuh pula nanti. Biasalah kalau dah namanya berkelah mesti ada juadah, ayam bakar dan mee goreng dan ada air sirap, lepas makan terus mandi memang best. Dora memang macam lelaki selamba dia mandi dengan baju-T dia pakai seluar jeans, tapi tidak Huda dia tak mandi lagi, sambil makan dia perhatikan telatah Fardi dan Nordin serta Dora sedang main air, seronok betul dia orang tu.
"Fardi, awak betul-betul serius ke dengan hubungan kita ni?" "Eh, apa soalan awak ni, macam was-was aje dengan hubungan kita ni. Saya dah semakin dewasa, dah matang dari dulu, dulu saya banyak main-main, orang baru kenal cintalah katakan. Cinta monyet, sekejap dengan dia ni, sekejap nakkan orang tu." "Jadi memang betullah awak ni buaya." "Mana buaya, dalam sungai tu ke?" "Tak adelah, baru-baru ni awak dengan Dyna, lepas tu senang-senang aje awak bercinta dengan saya pula." "Ooo itu, saya dengan Dyna kan cuma kawan aje, tak de apa-apa pun. Lagipun sekarang ni diakan dengan Azmi" "Awak cemburu tak dengan diorang tu?" "Mana ada, buat nak cemburu, diaorang tu yang patut cemburu, kitakan pasangan romantik." "Kalau betul awak cintakan saya, saya nak bukti." "Bukti? nak buktikan apa." "Buktilah, sebagai tanda cinta awak pada saya." "Awak nampak tak pokok besar tu mari kita kesana." "Awak nak buat apa?" "Baiklah, dengan bersaksikan batu dan pokok serta air terjun ni, saya akan, ukirkan nama kita berdua dibatang pokok besar tu, biar semua orang tahu, saya cintakan awak." "Romantiknya awak ni." "Tengoklah teman lelaki siapa, kan?"
Hubungan Fardi dan Huda semakin baik, harapan Huda hubungan mereka akan lama sikit kerna dia tahu risiko bercinta dengan Fardi yang ramai peminat tu. Selepas balik dari berkelah, Fardi dalam perjalanan pulang kerumah dengan motornya dia terserempak dengan Hani, Hani sedang berjalan seorang diri sambil membibik beg plastik berisi barang dapur yang dipesan oleh emak dia. Apa lagi pucuk dicita ulam mendatang, walaupun baru tengahari tadi berjumpa dengan Huda, sekarang boleh pikat perenpuan lain.
" Banyak beli barang namapak, nak masak apa?" "Tak ada lah, emak pesan suruh beli barang. Awak dari mana ni?" "Saya nak balik rumah sayalah, takkan nak balik rumah awak pula. Marilah saya tumpangkan." "Tak payahlah, rumah saya pun kat depan sana tu je," "Hei. Awak ada dengar tak pasal gig esok?" "Ada band dari ipoh turun kat sini. Kenapa awak nak join sekali ke? Takkan mat jiwang macam awak ni nak pergi tempat macam tu." "Kenapa tak boleh ke? Saya pun layan jugak lagu-lagu rock." "Rock apa? rock kapak." "Saya tahulah awak tu rockstar, open minded." "Apalah awak ni, saya cuma gurau aje." "Azmi pergi tak?" "Kenapa awak takut dengan dia ke?" "Takut? siapa takut, ingat tau walaupun awak sepupu dia awak duduk kat kampung ni." "Hei, bukalah sikit minda korang tu sikit, tak de bezanya, kalau nak maju kena luas pemikiran terima dan hormat perbezaan diantara kita semua. Betul tak?" "Alah macam cikgu pulak. Awak nak tak jadi girlfriend saya." "Boleh, tapi saya tak layan lagu jiwang, boleh masuk ke dengan kepala awak tu." "Heh, saya boleh layan semua lagu, awak juga yang kata kita kena berfikiran terbuka terima semua perkara. Kita kena terbuka dalam semua perkara kan?" "Tapi kena pegang pada prinsip. Bukan main hentam saja."
Hani gadis kampung dah terlebih terdedah dek budaya luar, dia juga tanpa segan silu memakai seluar pendek paras lutut semasa bersiar-siar diwaktu petang hari, dia juga suka dengar lagu-lagu yang budak kampungan tak suka dengar dan boleh buat mak bapak pecahkan pemain kaset dan cakera padat kat rumah. Dia ada band sendiri, dia boleh dikatakan minah rocklah. Jadi biasalah kalau nak melepak kat luar, ahli kumpulan Padil terdiri daripada Padil, Fardi, Nordin, dan beberapa konco-konco yang ganas. Petang tu diaorang akan buat kacau kat tempat gig tu, melompat dan menari, kononnya dia orang layan lagu-lagu remaja dan berfikiran terbuka, walaupun diarong tak berapa faham sangat dengan lirik dengan lagu yang bingit.
"Awak ni muka macam mat salleh, tapi hidup cara orang kampung." "Apa pula? kitakan asal dari kampung, tak salahkan. Lepas emak dan ayah saya Meninggal, nenek dan atuklah yang jaga saya sampai sekarang, ikut cara kampung, mandi sungai, main lumpur." "Emmm patutlah. Awakkan pandai main gitar, masuklah band kitaorang, nak tak?" "Bolehlah sikit-sikit tapi rock kapak ajelah, lagipun saya tak minatlah jadi ahli musik," "Betul Tu, benda ni nak kena ada minat, kalau dah minat semuanya takkan jadi halangankan." "Jadi awak sudi tak jadi girlfriend saya." "Ehh!. Kesitu pulak, Emmm, tengoklah dulu kalau awak ni termasuk dalam senarai saya ke tak. Senang aje awak minta yer macam cinta tu boleh dibeli kat pasar pulak." "Takde lah saya gurau aje. Dalam gig tu band kau pun main jugakan? Lets rock n roll!"
Satu persatu gadis yang dia cuba dekati, kebanyakan akan melekatlah, Fardi tu macam gam. Tengoklah bagaimana pula dengan Hani. Tapi yang penting hujung minggu itu mereka memang gembira, mungkin hati Hani dah tertarik dek magnet Fardi. Selepas balik dari gig, Fardi terserempak dengan Azmi dan rakan-rakannya, mulanya mereka hanya berbual lepas tu, keadaan jadi tak terkawal apabila Azmi dengan sengaja menelefon Dyna didepan Fardi, macam nak menunju-nunjuk. Disebabkan penuh dengan perasaan geram didalam gengaman dilepaskan satu penumbuk kemuka Azmi maka berlakulah pergaduhan mereka berdekatan lorong. Akibat pergaduhan itu, Padil ditangkap diatas tuduhan mencederakan orang, sambil Fardi dan Nordin serta beberapa orang lagi berjaya melarikan diri. Namum selepas itu mereka semua yang terlibat ditangkap semasa dirumah kemudian itu dilepaskan balik diatas jaminan polis. Akibat seterusnya daripada pergaduhan itu hubungan Azmi dan Dyna telah putus, namum Huda masih lagi tetap dengan Fardi. Mereka semua juga telah digantung sekolah selama seminggu.
"Betul ke, awak bergaduh dengan Azmi pasal Dyna?" "Takdelah, Azmi tu yang berlagak sangat. Saya geram, jadi saya pukullah, lagipun dah lama dia nak cari pasal dengan saya." "Tak payahlah awak sembunyikan lagi, saya dapat rasa, awak masih ada hati dekat Dyna. Kalau macam tu baik kita putus sajalah." "Dengar dulu apa yang sayang nak cakap, awak ingat lagi tak, saya dah ukir nama kita berdua, ia akan kekal sampai bila-bilakan, sama macam cinta kita,"
Walaupun telinga Huda tenang sikit selepas dipujuk Fardi tetapi dihatinya masih terbuku rasa cemburu dan kurang percaya dengan Fardi yang akan meletup bila-bila masa jika Fardi tersilap langkah. Berbalik kepada budak Hani, disebelah petang da akan menbantu emak dia dekat warung, walaupun dia rock!, dia banyak menbantu keluarganya dan dia juga gadis yang baik, yang meberontak hanya muziknya dan pakaiannya bukan jiwanya.
"Teh O ais satu, taruk air batu lebih sikit!" "Air batu lebih takde, batu jalan banyak ada, nak tak?" "Apalah batu jalan, mahu patah gigi aku. Hani kita keluar dating nak tak hujung minggu ni." "Dating? Bila masa pula kita bercinta?" "Bukan dating tu, tapi jamming lah." "Okey juga, nampaknya awak dah semakin open sikit, tak delah nak jadi katak bawah tempurung ajekan kat kampung ni." "Tapi saya kenalah banyak belajar lagi pasal muzik korang, boleh pinjam kaset lagu yang korang main tak." "Ada, dekat sekolah esok saya bawa, lagu yang kita orang rakam minggu lepas, kita orang main lagu nirvana dengan butterfingers."
Fardi memang bijak semua perkara dia boleh kawal, otak bergeliga boleh bikin batu cincin, otak pembelit nombor satu. Dekat sekolah keesokannya mereka berjumpa, Hani bagi kaset yang Fardi minta, namum kejadian itu telah disaksikan dengan mata dan kepala Dora sendiri, serta-merta mulutnya pun bertindak balas untuk sampai ke telinga Huda. Tercetuslah perang besar disekolah, waktu pulang sekolah sedang ramai pelajar lain sedang berarak pulang, tapi Huda pula sibuk mencari Hani, perempuan biasa kalau bergaduh, tarik rambut, tumbukan padu perempuan dan tamparan wanita semua pelajar tertarik hati mahu menonton pertunjukan percuma itu, Hani lebih kasar dan dia hampir memenangi pertarungan itu tetapi ia dapat dileraikan oleh Fardi. Fardi sudah jelaskan semua perkara, tetapi Huda tetap tak mahu bercakap dengan Fardi malah dua hari dia ponteng sekolah. Keadaan ini membuatkan Dora lagi marah siapa lagi yang jadi mangsa, Nordin dan Fardi terpaksa menahan pedih telinga hampir bernanah dimaki oleh Dora, lagi memalukan ia terjadi didepan budak-budak tingkatan satu. Namum tindakan Huda lebih dari jangkaan, apabila dia kembali berjumpa dengan Amri, bekas teman lelakinya dulu, Amri juga telah mengajak Huda untuk lari pergi ke Kuala Lumpur. Oleh kerana jiwanya yang sedang kacau dan kecewa kerana cinta, segala hasutan dan godaan akan masuk kedalam meresapi kedalam jiwanya yang kosong, dia jadi tak mengerti apa yang sedang dilakukan. Berita itu telah diketahui oleh Dora, dan Dyna pun diberitahu hal itu. Jadi mereka telah memaksa Fardi untuk bertanggungjawab dan memujuk Huda supaya membatalkan niatnya itu. "Huda maafkan saya, awak boleh marahkan saya, cakap apa yang awak cakap, tapi tolonglah jangan buat perkara yang bodoh dan boleh jejaskan hidup awak." "Tapi buat apa saya hidup disini, jika sentiasa saya disakiti, saya tak sanggup lagi." "Tapi awak kena ingat awak masih muda, jika inilah pilihan awak, hidup awak akan lagi sengsara." "Senanglah awak cakap, ada awak fikirkan perasaan dan hati orang lain, semasa awak mainkan perasaan orang-orang macam kami. Kenapa awak nak saya fikirkan tentang diri saya pula sedangkan awak tak pernah ambil berat pun pasal saya, awak cuma gunakan perempuan untuk suka-suka. Macam barang mainan awakan?" "Saya tahu saya bukan baik sangat, tapi tolonglah buat keputusan yang baik untuk diri awak sendiri, jangan pedulikan hal saya. Dan satu lagi tolonglah maafkan semua kesalahan saya, saya sedar saya banyak buat salah dengan semua orang." Namum Huda bukanlah liar sangat cuma perasaan memberontak kuat dalam dirinya, dia ingin bebas dan apa yang dia inginkan mesti dia miliki walaupun kadangkala hidup ini bukan begitu, kadangkala kita kena korban atau lepaskan sesuatu yang kita mahu ataupun kadangkala apa yang kita mahu akan dirampas begitu sahaja tanpa kerelaan kita. Dyna yang tidak terleka oleh godaan remaja, terus setia dengan buku-bukunya yang dah jadi kekasih hatinya. Namum dia juga tidak boleh lari dari biasan semasa remaja…… Fardi mungkin terlalu gairah menikmati usia remajanya, sehinggakan segala azamnya lintang pukang, niatnya untuk sertai banyak acara sukan dilupakan kerna lali dek permainan hidup semasa remaja…… Hati Huda kini sejuk kembali, hubungan dengan Fardi telah diputuskan. Namum itu bukan kali terakhir dia jatuh cinta, dia akan terus mencuba dan mencari pasangan baru, setiap liku yang dilalui akan jadi pengalaman dan kenangan semasa remaja…….. Namum bagi semua yang pernah menempuhi usia remaja, mereka takkan melupakan kenangan semasa remaja……..
Jalan cerita berbelit2x, kureng utk difahami, anyway cerita cinta remaja mcm nie, dah biasa dgr segelintir remaja skrg, dah jadi lumrah waktu remaja. Anyway writer good try...all the best, need to improve more....
bosan la... bputar belit... ayat bterabur... tp leh cbe lg ek... cbe wat yg tbaik k... gudluck..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ayyookkk!!
jurnal ke nih?????