Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ya Allah! Ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, guru-guruku dan seluruh umat muslimin dan muslimat. Peliharalah daku dengan sebaik-baik peliharaanmu Ya Allah, perkuatkanlah ingatanku untuk mengingatimu Ya Allah, ayat suci alquranmu dan ilmu-ilmu yang bermanfaat kepadaku. Berikanlah daku ketenangan dalam jiwaku dan permudahkanlah segala urusanku. Teguhkanlah keimananku kepadamu Ya Allah, semoga aku tidak tergolong dikalangan orang-orang yang sesat. Amin..
Usai menunaikan solat, hatiku tenang kembali. Kejadian siang tadi benar-benar menguji kesabaranku, agama Islam ditempelak atas keizinannya membenarkan poligami dikalangan penganutnya. Hampir sahaja tanganku menjengah pipi seorang kafir dalam sesi diskusi definisi poligami dalam sejagat atas kebiadapannya itu. Cepatku beristighfar dan dengan pengalaman yang ku ada selama tiga tahun pengajianku di sini menangani manusia seperti ini, kubidas semula hujahnya. Akhirnya dia memohon maaf dan mengakui kesilapannya memperlekehkan Islam sebagai agama yang suci.
Ketukan pintu bertalu-talu mengejutkan lamunanku, segera kutanggalkan telekung dan membukanya. Jennifer, rakan sekuliahku masuk dengan mukanya yang kelihatan hampir menangis. "Widya, you have to help me! Mike's finding me now and I don't know where to go except you," luah Jennifer sebaik pintu kamarku kututup.
Lantas kuteringat perbualan kami minggu lalu ketika Jen menceritakan Mike mengugut untuk membunuhnya sekiranya mereka berpisah. Aku memberikan persetujuanku untuk membenarkannya menginap di kamarku malam itu, aku cuba membujuk hatinya untuk bertenang melihatkan keadaannya yang masih gelisah.
Masuk waktu Isyak, aku meminta diri untuk bersolat dahulu. Dia hanya melihat segala perlakuanku mengambil wudu' dan bersolat dari bucu katilku. Usai berdoa, dia segera menanyakanku akan perlunya solat. Raut mukanya yang ingin tahu memberikanku semangat untuk memberitahunya lebih lanjut mengenai Islam. Dia turut hairan dengan semangat dan kecekalanku menghadapi kehidupan yang serba mencabar di bumi yang asing bagiku ini terutama apabila dicabar anasir-anasir yang cuba menggoyahkan peganganku.
Hatiku puas apabila dapat berdakwah kepadanya, sekurangnya satu tanggungjawabku berjaya kutunaikan. Memberi tunjuk ajar kepada yang memerlukan. Alhamdulillah, kehadiranku di bumi asing ini tidak memudarkan ghirah islamiah yang ada. Mudah-mudahan aku dapat tetap beristiqamah di jalan-Nya. Baru sedikit itulah yang boleh kulakukan sebagai menandakan syukurku atas nikmat-Nya yang tidak terhitung.
Keesokannya oleh kerana tidak punya agenda pada hari itu, aku menemani Jen untuk berbincang dengan Mike secara baik. Meskipun pada mulanya Mike hampir melepaskan geramnya padaku, namun akhirnya Jen berjaya meyakinkannya untuk berpisah.
"Widya, can you tell me more about Islam"' soal Jennifer dalam perjalanan kami ke rumah sewaku. Hatiku berbunga, insyaAllah akan ada seorang saudara baruku, saudara seislam. Aku membawanya ke masjid berhampiran untuk bertemu orang yang lebih arif daripadaku untuk membimbingnya.
Hari-hari seterusnya kujalani seperti biasa, kami semakin rapat dan dia pula semakin rajin ke pusat bimbingan saudara baru untuk menambahkan pengetahuannya meskipun belum memeluk Islam. Tidak lupa kupanjatkan doa setiap kali solatku agar terbuka hatinya untuk menjadi seorang muslimah yang bertaqwa. Suatu hari dia memberitahuku yang dia akan mengikut keluarganya untuk berhijrah ke Munich, Jerman. Kesangsian hatiku memuncak, aku takut bibit-bibit keyakinan dan kepercayaannya akan goyah. Dia cuba meyakinkanku untuk percaya kepadanya. Aku akur dengan keputusannya itu.
Kami terputus hubungan sejak itu dan sehingga aku menerima ijazahku, khabarnya tidak lagi kuterima.
"Ummi, kenapa Ummi termenung ni? Oh, Ummi rindu Abi ye?" anakku Aisyah yang kini berusia lima tahun mengusikku, ketidakhadiran Abinya kerana outstation dijadikan sumber usikannya. "Mana Aisyah tahu? Kecik-kecik dah pandai ye nak usik Ummi rindu Abi konon. Aisyah yang nangis malam-malam panggil Abi! Abi!" kuajuk suaranya yang menangis hampir setiap malam merindukan suamiku.
"Assalamualaikum," kedengaran suara memberi salam di pintu hadapan rumahku. Aisyah berkejar untuk membukanya, kudengar dia memanggilku. "Waalaikumussalam, Ummi ada orang putih datang rumah,". "Aisyah, kenapa cakap macam tu?" kutegur Aisyah sebelum aku terpana seketika melihat seseorang yang telah lama tidak kutemui, hampir sahaja tidak kucamnya kerana berjubah dan berhijab. "Jennifer!" kami berpelukan erat melepaskan rindu masing-masing. "Not Jennifer anymore, Nur Solehah binti Abdullah," dia menegur bicaraku. Alhamdulillah! Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana telah memberi petunjuk dan hidayahmu kepada seorang saudara baruku, Nur Solehah binti Abdullah.
nice story writer,but it's too short..It looks like there's no challenge for jennifer to convert,but in reality there's too many challenges for someone when they want to convert their religion especially from their family..so,I hope next time you can do some research on those challenges and include them in your writing...so that people will be interested to read more.. Keep up your effort...
thanx fOr the comment.. this is my first masterpiece.. so so.. (>o<) Thanx again!!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
nice story writer,but it's too short..It looks like there's no challenge for jennifer to convert,but in reality there's too many challenges for someone when they want to convert their religion especially from their family..so,I hope next time you can do some research on those challenges and include them in your writing...so that people will be interested to read more..
Keep up your effort...