BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Oktober 31, 2008
Cerpen : Pantai Memori
Nama Pena : Allianora

Hari ini hari pertama cuti pertengahan penggal. Akmal tidak dapat mengawal kegembiraannya sejak tadi. Dia masih lagi tersengih-sengih mengenangkan cuti yang bakal dipenuhi dengan pelbagai aktiviti bersama kawan-kawannya kelak. Banyak yang telah mereka rancangkan. Namun, segala angan-angannya musnah begitu sahaja apabila Puan Rosidah tiba-tiba memberitahunya sesuatu petang itu.
Dia seakan tidak percaya apabila mendengar kata-kata ibunya. Sedaya-upaya dia cuba mengawal rasa terkejut. "Mak ni biar betul! Takkan mak nak Akmal pergi Pangkor cuti ni?"
"Eh, yang kau terkejut sangat ni apasal? Takkan mak nak tipu kau pulak? Tengoklah muka mak ni betul-betul. Sekarang kau nak percaya ke tak?" kata Puan Rosidah sambil menayangkan muka selamba. Hampir tergelak Akmal dibuatnya walaupun kepalanya ligat mencari alasan.
"Yalah, yalah. Akmal percaya. Tapi mak.. Akmal tak decide lagilah nak pergi ke tak. Takkan mak nak tengok anak mak ni duduk diam macam kera sumbang kat rumah atuk nanti? Mak kan tau yang Tuk Man dengan Akmal ni tak berapa… ala.. mak taulah kan?" Kata-katanya dibiarkan tergantung. Puan Rosidah menggigit bibirnya. "Mak tak kira. Kau mesti pergi jugak! Mak dah beritahu Tuk Man kau yang kau akan balik bercuti ke Pangkor. Lagipun kau kan dah lama tak balik jumpa Tuk Man dan Nek Jah. Bila lagi? Kau pun boleh tolong apa yang patut kat sana nanti. Inilah masanya kau nak mengeratkan hubungan kau dengan atuk dan nenek kau. Tak gitu?"
Akmal menggeleng. "Mak.. Akmal tak nak pergi. Janganlah paksa Akmal. Akmal janji lepas SPM nanti Akmal pergi. Tak pun sepanjang cuti ni Akmal janji takkan guna kereta abah. Okey?" pujuk Akmal bersungguh-sungguh. Seboleh-boleh dia tidak mahu pergi. Apatah lagi semenjak datuk dan neneknya itu berpindah ke Pulau Pangkor, hubungan mereka bertambah renggang.
"Kau kena pergi jugak. Esok abah hantar kau sampai ke jeti. Jangan nak melencong mana-mana pulak. Mak dah janji."
"Hah?! Esok?!" ujar Akmal separuh terjerit. Kali ini nampaknya dia tidak boleh berbuat apa-apa. Puan Rosidah mengulum senyum. Senyuman kemenangan!

***************

Hembusan bayu laut menyambut kedatangan anak muda tersebut. Akmal menghela nafas. Nampaknya terpaksalah dia meneruskan rancangan emaknya yang tidak diketahui langsung apa motifnya. Petang itu mereka bertiga menghabiskan masa minum petang bersama di laman belakang yang mengadap laut. Akmal lebih banyak mendiamkan diri. Terasa kekok pun ada. Tuk Man apatah lagi. Tanya sepatah, sepatah juga yang keluar daripada mulutnya. Terpaksalah Nek Jah berlawak jenaka bagi memeriahkan suasana.
"Esok Akmal ikutlah Tuk Man dan Nek Jah ke nursery. Tolong apa yang patut je. Lepas pukul 3 Akmal buatlah apa saja. Belajar dekat laut ke, apa ke… tempat-tempat sekitar ni cantik pemandangannya. Kau pun nak ambil SPM tahun ni kan?" soal Nek Jah.
"Er.. em.. ya. Boleh jugak. Nanti Akmal bolehlah mengembara kat sekitar ni."
Nek Jah senyum tatkala terlihat wajah Tuk Man yang kaku. Kekok semacam!
Keesokannya Akmal pun memulakanlah pengalaman hidupnya yang baru di Pulau Pangkor ni. Banyak juga perkara baru yang dipelajarinya. Haru-biru keadaan. Sekejap tersilap sukat baja, sekejap tersilap siram pokok. Akhirnya Tuk Man juga terpaksa turun padang mengajar cucunya itu. Selama beberapa hari di situ, Akmal menyedari sesuatu. Hubungannya bersama Tuk Man secara tidak langsung bertambah rapat. Datuknya itu selalu mengajarnya cara-cara memelihara orkid dengan betul. Masanya di taman kecil ini lebih banyak diluangkan bersama Akmal. Kadang-kala Akmal mengikutnya menjaga dan menghantar pokok-pokok orkid ke rumah pelanggan, ke pejabat, atau ke hotel-hotel. Hampir seluruh penduduk di pulau ini mengenali datuknya.
"Rupa-rupanya Tuk Man ni popular jugak kan? Tak sangka Akmal ada atuk macam ni," usik Akmal setelah mereka pulang dari pekan. "Yalah tu. Ni bodek-bodek ni nak apa? Terus-terang je la. Macam Tuk Man tak tahu," balas Tuk Man sambil menurunkan beberapa pasu bunga dari belakang lori. Akmal turut sama membantu.
"Mana ada apa-apa." Akmal tergelak kecil. Dia senang bersama Tuk Man.
Tuk Man senyum nakal. "Baiklah. Disebabkan hari ni Akmal dah banyak tolong atuk, atuk benarkan Akmal balik awal. Tapi jangan nak main je. Baca buku tu. Kau nak periksa besar tahun ni."
"Wah, bestlah atuk ni! Terima kasih Tuk Man!" Seperti orang mengantuk disorongkan bantal dan tanpa berlengah lagi, Akmal segera beredar. Selepas makan tengah hari dia segera mengayuh basikalnya bersama nota-nota catatannya hingga Nek Jah sendiri tidak sempat bertanyakan arah tujuannya.
Akmal menghentikan kayuhan apabila tiba di satu tempat yang agak sunyi. Dia pantas merebahkan diri di bawah sepohon pokok ru yang besar. Pemandangan di situ memang cantik dan udaranya pun segar. Nun jauh dihujung daratan terdapat sebuah rumah api. Rumput-rumput di situ tumbuh menghijau diselangi bunga-bunga kecil berwarna kuning.
Akmal mula membaca nota-nota catatannya penuh khusyuk. Setiap saat dirasakan bagai lambat berlalu. Sepuluh minit terlelap bagaikan sejam berlalu. Dia terjaga tika terdengar suara seseorang ketawa. Perlahan-lahan dia membuka matanya.
"Er.. eh! Awak ni siapa? Apa awak buat kat sini?" ujar Akmal tergagap-gagap. Manalah tau kalau-kalau ada aksi terlampau yang dilakukan ketika tidur tadi. Gadis dihadapannya ketawa kecil.
"Suka hati sayalah nak duduk kat mana-mana pun. Kat sana ke, kat si nun ke.. Saya pun selalu jugak datang sini. Ingatkan hari ni nak melukis kat sini kejap tapi tengok-tengok awak ada kat sini. Macam tak pernah tengok pun awak sebelum ni. Awak orang baru kat Pangkor ni ke?" soal gadis berbaju biru itu penuh minat.
Akmal bangun. "Kalau macam tu maaflah sebab ambil tempat awak. Saya tak tahu. Saya datang bercuti ke sini. Saya cucu Tuk Man. Awak kenal tak?"
"Tuk Man? Oh.. Tuk Man kedai runcit tu ke?"
"Kedai runcit?" ujar Akmal. ‘Kedai runcit mana pulak ni? Dia ni ada soundtrouble kot..’ bisik hati Akmal. "Atuk saya Tuk Man yang buka nursery orkid tu."
"Oh.. Tuk Man dengan Nek Jah kan?"
"Ha.. betullah tu."
"Kenal. Tuk Man dengan Nek Jah selalu jugak datang rumah saya. Alamak!" Spontan gadis itu terjerit. Terkejut Akmal.
"Kenapa awak ni? Terkejutkan saya jelah!" getus Akmal.
"Heheh.. sorry ya. Saya sebenarnya dah lambat ni. Saya mintak diri dululah ya. Pergi dulu!" Serentak itu gadis itu segera bergegas pergi. Akmal terpinga-pinga.
"Nanti dulu! Nama awak…" Ungkapan itu dibiar tidak bernoktah bila gadis kecil itu sempat berpaling dan melambai ke arahnya sebelum hilang di sebalik pepohon ru.
"Nama awak siapa?" Soalan itu terlontar keluar antara dengar atau tidak. Akmal terkesima, namun dia kemudian tersenyum lebar.

*************

Bau kek coklat yang dibakar Nek Jah menusuk hidung. Akmal tersengih-sengih sendiri sejak tadi lagi. Dia masih teringat peristiwa semalam. Entah siapalah gadis itu. Teringin rasanya untuk dia mengenali gadis itu dengan lebih mendalam. Mungkinkah dia akan bertemunya lagi? Tidak sabar rasanya untuk dia kembali ke tempat semalam. Mungkin gadis itu ada di situ.
"Eh, yang kau tersengih dari tadi macam kerang busuk ni kenapa?" tegur Nek Jah sambil memasukkan bekas-bekas kotor ke dalam sinki.
"Tak ada apa-apalah Nek Jah. Eh, dah lewat ni. Nanti Tuk Man tunggu lak. Akmal pergi dulu ya!" Sempat juga Akmal mengambil sepotong kek sebelum berlalu pergi. Nek Jah senyum sendiri. "Baguslah. Harap-harap hubungan mereka dah bertambah baik," monolognya sendirian.

*************

Tuk Man membetulkan kedudukan pasu bunga. Akmal cuma memerhati di tepi, hanya menjadi pak pacak sahaja kali ini. Hari ini tak banyak kerja yang dilakukannya. Wajah Tuk Man direnungnya dalam. Dari air mukanya Akmal tahu ada sesuatu yang mengganggu fikiran datuknya itu.
"Tuk Man muram je hari ni. Kenapa tuk?"
"Hm.. tak ada apa-apa. Cuma.." Kata-katanya terhenti seketika. "Akmal cuba tengok bunga ni." Jari Tuk Man lantas menyentuh sekuntum Ascocenda Vanda berwarna ungu. "Bunga ni memang cantik tapi sayangnya jangka hayatnya tak lama. Macam tu la hidup manusia. Walaupun pada mulanya ia mekar penuh warna tapi lama-kelamaan ia akan layu juga. Lepas tu ia akan gugur dan jatuh ke tanah."
"Apa maksud atuk?" Akmal tidak mengerti. Reaksi atuknya lain hari ini. Berbeza benar dari semalam dan kelmarin.
Tuk Man mengeluh panjang. "Bila Tuk Man dah tak ada nanti, Tuk Man harap Akmal selalu-selalulah balik sini. Jangan lupakan Nek Jah dan nursery ni. Tuk Man ni dah tua. Bila-bila masa je kita boleh mati. Kita tak tahu apa akan jadi pada masa depan."
"Tuk Man jangan cakap macam tu lagi. Akmal janji Akmal takkan lupakan Nek Jah, Tuk Man, dan nursery ni. Akmal janji pada atuk. Pengalaman kat Pangkor ni tak sama dengan tempat lain. Akmal baru sedar yang Akmal masih punya orang-orang yang penting dan sayangkan Akmal macam Akmal sayangkan semua orang."
Tuk Man senyum. "Alhamdulillah. Bangganya Tuk Man dengar cucu Tuk Man ni cakap macam tu. Nampaknya cucu atuk ni dah matang dan dah sedar betapa beratnya tanggungjawab hidup. Tuk Man yakin Akmal boleh jadi manusia yang berguna kelak."
"Assalamualaikum.. Tuk Man. Mak Cik Ziela suruh.. er.. saya mengganggu ke?" Satu suara yang seperti pernah didengari Akmal sebelum ini menegur mereka dari belakang. Seorang gadis sedang memandang mereka tanpa berkelip.
Akmal tersentak. Dia kaku seketika. Tuk Man segera membalas, "Eh, Iza. Waalaikumsalam… Mak Cik Ziela nak apa tadi?"
"Mak cik suruh Iza datang ambil pokok bunga orkid yang dia pesan hari tu. Dia kata dah beritahu Tuk Man pagi tadi."
"Oh, pokok yang dia nak ada kat tepi tu. Em.. Tuk Man ada hal sikit. Tuk Man pergi dulu. Akmal, pergi tolong Iza. Hantarkan pokok tu ke rumah dia." Akmal mengangguk sebelum Tuk Man beredar.
"Mari saya tolong." Akmal segera mengikat pokok tersebut di belakang basikalnya sebelum menuntun basikalnya menuruti langkah Iza. "Heh, tak sangka betul jumpa awak lagi." Akmal memulakan perbualan. Gadis itu tersenyum.
"Saya Akmal. Awak?"
"Ainizah. Panggil Iza je."
"Rumah awak jauh ke?"
"Taklah." Iza ketawa. "Kenapa? Tak sanggup nak hantarkan ke?"
Akmal menggeleng. "Mana ada. Saja nak ambil tahu. Mak Cik Ziela tu mak cik awak ke? Awak tinggal dengan dia?"
Iza mengangguk. "Ha’ah. Saya tinggal dengan mak cik saya sejak kecil. Saya ni anak yatim. Nasib baik mak cik saya ada. Dialah yang jaga saya selama ni."
"Er, maaf… saya tak tahu." Akmal mula menggelabah.
"Tak apa. Saya tak kisah." Iza senyum lagi. Cair hati Akmal dibuatnya.
Mereka kemudian lebih banyak mendiamkan diri. Banyak yang mahu diperkatakan namun Akmal seakan tidak mampu membuka mulutnya. Dia lihat gadis itu juga begitu. Masing-masing diam seribu bahasa. Tidak lama kemudian mereka tiba di depan sebuah rumah.
"Setakat ni saja Akmal. Terima kasih," ucap Iza ketika dia hendak menutup pintu pagar. Akmal mengangguk. Dia memerhati Iza masuk ke dalam rumah sebelum tiba-tiba mulutnya ringan untuk berkata sesuatu. "Er.. Iza!"
"Ya." Iza menoleh. Dia memandang Akmal yang tersengih-sengih. "Kenapa?"
"Esok saya tunggu awak kat tempat semalam. Awak datang ya? Pukul dua." Laju Akmal berkata. Entah mengapa tiba-tiba sahaja dia boleh berkata demikian.
Iza memandang Akmal tidak berkelip. Berpeluh-peluh Akmal bila direnung sebegitu. Namun seketika kemudian Iza senyum. "Pukul dua." Dia kemudian ketawa kecil sebelum hilang di sebalik daun pintu.
Akmal bersorak girang. "Yes! Langkah pertama dah selesai!"

**************

Selama seminggu mereka berdua menghabiskan masa petang bersama. Akmal mula terasa semakin dekat dengan gadis bernama Iza ini. Baginya Iza seorang gadis yang baik hati walaupun kadang-kala dia berkelakuan kasar. Iza juga suka melukis. Dia akan membawa peralatan melukisnya dan duduk menyiapkan sebuah lukisan. Akmal pula akan membaca buku sambil mendengar celoteh Iza.
Kadang-kala mereka tidaklah kesunyian. Ada juga pengunjung yang tidak putus-putus datang berkelah. Ramai juga yang datang untuk menikmati pemandangan indah di situ.
"Hei.. awak duduk sini sampai habis cuti sekolah ni ke?" soal Iza ketika mereka sedang mengemaskan barang-barang. Cuaca mula bertukar mendung dan nampaknya hujan akan turun pada bila-bila masa.
Akmal mengangguk. Iza tiba-tiba nampak murung. "Kenapa ni? Awak rindukan saya ya kalau saya dah balik Klang nanti?" duga Akmal.
Iza mencebik. "Tolong sikit. Jangan nak perasan. Bukan apa pun. Cuma.. kalau awak dah balik nanti saya tak tahu nak buli siapa. Haha.." Iza ketawa kecil. Nampaknya dia tidak benar-benar bermaksud begitu namun Akmal dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Iza nampak gelisah walaupun dia ceria seperti biasa. Tidak pula Akmal sempat bertanyakan apa-apa apabila tiba-tiba hujan turun dan mereka tergesa-gesa mengayuh basikal pulang.

**************

Akmal sedang menuruni anak tangga apabila telefon tiba-tiba berdering. Rumah itu sunyi sepi hari ini. Apa yang kedengaran hanyalah suara Nek Jah bercakap-cakap dengan seseorang. Tuk Man tiada di rumah ketika itu kerana telah bertolak ke Kuala Lumpur semalam untuk menyelesaikan sesuatu urusan.
"Akmal!" panggil Nek Jah tiba-tiba. Akmal tersentak.
"Akmal, kita ke Kuala Lumpur sekarang!" Suaranya berbaur cemas.
"Kenapa ni nek?" Akmal kebingungan.
"Tuk Man kau.."
"Kenapa dengan Tuk Man?" Akmal mula merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku. "Tuk Man kau kena serangan jantung! Cepat Akmal!" Nek Jah hampir-hampir menangis.

**************

Iza menunggu dengan sabar. Jam di tangan sudah menunjukkan jam 2.15 petang. Pandangan di situ diabadikan di atas sekeping kanvas. Sebuah lukisan berlatarbelakangkan laut dan rumah api serta tiga orang kanak-kanak yang sedang bermain di gigi air ketika itu.
Jarum jam sudahpun menjangkau ke angka tiga. Akmal masih tidak kunjung tiba seperti selalunya. Iza mula gelisah. "Mana Akmal ni?" rungutnya sendirian. Dia hanya mengeluh panjang dan bersabar menanti kehadiran Akmal. Namun setelah hampir tiga jam menunggu, lukisannya yang mula dilukis sejak dua minggu lalu kini sudah siap sepenuhnya tetapi Akmal masih tidak kelihatan.
"Maafkan saya Akmal… semalam adalah hari terakhir kita berjumpa…" ucap Iza perlahan sebelum mengorak langkah pulang….

*************

Akmal tersenyum seorang diri. Lapan tahun telahpun berlalu sejak Tuk Man pergi menyahut panggilan Ilahi untuk selama-lamanya. Lapan tahun jugalah dia tidak ketemu Iza lagi. Dari apa yang Akmal dengar, keluarga mak cik Iza telah berpindah ke tempat lain. Kini Akmal telah berjaya menjadi seorang ahli hortikultur di Bukit Larut. Dia meneruskan impian remajanya dan sekarang sedang giat menjalankan penyelidikan. Nek Jah pula masih gigih meneruskan usaha Tuk Man. Akmal sekali-sekala akan pulang ke Pangkor melawat neneknya dan nursery mereka.
Telefon bimbitnya tiba-tiba berdering sekaligus mematikan lamunannya. "Hello."
"Akmal! Kau apa khabar?" Satu suara menyapanya mesra.
"Baik. Kenapa pulak ni Syam?"
Kedengaran suara Syam ketawa di hujung talian. "Aku cuma nak tanya kau balik Klang tak minggu ni?"
Akmal berkira-kira sendiri. "Em.. Baliklah kot. Kenapa?"
"Aku nak ajak kau ke pameran lukisanlah. Kat Hotel Andalas Garden ni ada pameran lukisan tau. Banyak pihak akan datang. Kau datanglah ya? Sabtu ni."
"Lukisan? Aku minat jugak pasal lukisan ni. Bolehlah kot. Tapi aku tak janji."
"Datanglah. Kalau tak, jangan menyesal. Mesti best punya!" Syam memujuk. "Yalah. Yalah. Mentang-mentanglah kau tu marketing manager kat situ," perli Akmal.
"Thanks Akmal. Kaulah kawan baik aku dunia akhirat."
"Boleh blahlah." Akmal ketawa.

**************

Banyak jenis lukisan dipamerkan di situ. Suasana di Hotel Andalas Garden ini memang meriah. Ramai juga tetamu yang hadir. Akmal hanya melihat-lihat sahaja.
"Kalau kau nak tahu semua lukisan ni hasil karya daripada pensyarah universiti, dan penuntut tahun akhir seni lukis dan seni reka. Temanya ‘Nature’s Beauty’. Kau tengoklah dulu ya. Aku nak ke sana kejap." Syam segera beredar pergi. Akmal senyum. Dia teringat semula kenangan lama. Iza masih lagi bermain di ingatannya. Gadis kecil itu suka melukis.
Sedang dia melihat-lihat lukisan di situ, Akmal terpandang sesuatu. Pemandangan dalam lukisan itu seperti pernah dilihatnya. Dia terpana seketika. "Ini…" Ketika itu juga dia terpandang Syam.
"Syam! Sini kejap!"
"Kenapa kau ni? Apahal?" Syam terpinga-pinga.
"Lukisan ni.. lukisan ni… beritahu aku siapa yang lukis." Akmal berkata spontan.
Syam mengerutkan dahi. "Oh.. ‘Pantai Memori’ ni? Tadi pelukisnya ada kat sini. Aku rasa dia dah pergi ke lobi. Namanya Iza.. hah, betullah! Asfarina Ainiza. Dia tu pensyarah seni lukis. Kenapa kau tanya?"
Pertanyaan Syam langsung tidak dijawab. Akmal lantas berlari menuju ke lobi.
"Apa kena dia ni?" ujar Syam kehairanan.

*************

Suasana lobi lengang. Tidak ramai orang di situ. Akmal tercari-cari kelibat Iza. Tiba-tiba Akmal ternampak seorang gadis sedang menapak menuju keluar.
"Iza!" jerit Akmal kuat. Semua yang berada di situ memandangnya. Gadis itu turut menoleh. Akmal kaku. "Er.. maaflah. Saya salah orang." Tersipu-sipu Akmal di situ. Gadis itu cuma tersenyum sebelum melangkah pergi. Akmal kecewa. Nampaknya dia benar-benar tidak akan ketemu Iza lagi. Sedang dia berkira-kira di situ penuh buntu, seseorang menepuk lembut bahunya.
"Akmal…"
Akmal menoleh. Seorang gadis memandangnya dengan wajah pucat. Itulah wajah yang dicari-cari selama ini. Wajah yang tidak pernah berubah sebaliknya bertambah cantik. Ketika itu juga, Akmal mengulum senyuman. Tidak pernah dia mengimpikan akan bertemu dengannya lagi.

*************

Sudah hampir setahun mereka berdua saling berhubungan. Akmal menunggu Iza di tepi tasik. Ramai siswa dan siswi sedang melangkah keluar dari dewan kuliah.
"Iza.. kita lunch sama-sama?" Akmal mengajak sebaik Iza berjalan beriringan bersamanya. Iza hanya mengangguk. " Sanggup awak tunggu saya habis mengajar ya?"
Akmal ketawa kecil. "Saya dah tunggu awak selama lapan tahun ni. Takkan saya tak boleh tunggu sehari lagi, ya tak? Lagipun, sejak saya jumpa awak kat Pangkor dulu, wajah awak dah tersemat dalam hati saya. Sejak itulah saya ingat dan simpan ia sampai sekarang ni."
Iza hanya tersenyum mendengar kata-kata Akmal.
"Iza… ada sesuatu yang saya nak cakap. Saya tak boleh nak tahan lagi. Saya tak nak awak hilang lagi dalam hidup saya untuk kali yang kedua," sambung Akmal serius. Langkah Iza segera terhenti. Dia memandang Akmal tanpa berkelip. Akmal turut menoleh. Dia mencapai tangan Iza. "Saya nak awak jadi teman wanita saya. Saya harap awak terima." Akmal berkata penuh yakin.
Iza terkedu. "Akmal… saya.. saya.. sebenarnya hati saya telah dimiliki oleh seseorang selama ni."
Akmal terkesima. "Er.. apa maksud awak ni?"
Iza mempamerkan riak serius. "Hati saya telah lama dicuri oleh seorang yang saya tunggu lapan tahun ni. Hati saya cuma milik dia seorang. Hati saya milik Mohamad Akmal bin Ilias seorang sahaja." Seketika kemudian Iza senyum kembali.
Wajah Akmal ketara berubah. "Jadi tadi awak main-mainkan saya ya?"
"Saja nak tengok reaksi awak tadi." Iza ketawa besar. Akmal turut senyum. "Jadi.. betul ke kata-kata awak tadi?"
Iza tidak menjawab. Dia hanya tersenyum lebar. "Memang betul awak yang saya tunggu selama ni sebab saya yakin awak akan cari saya juga akhirnya. Sekarang, awak dah buktikan yang penantian saya tu memang berbaloi."
"Jadi.." Akmal mengenyitkan matanya. "Kita kahwin, nak?"
Iza ketawa. "Amboi.. budaya mana awak ikut ni? Baru couple nak terus kahwin?"
"Yes!" sorak Akmal girang. Dia bersyukur kerana Iza masih lagi sabar menantinya. Penantian itu akhirnya membuahkan hasil. Tangan Iza dipegang dan diramas lembut. "Saya janji saya takkan hampakan awak. Terima kasih Iza untuk segala-galanya."
Iza merenung jauh ke dalam mata Akmal. Sinar bahagia itu semakin pasti untuknya. Dia berharap agar kebahagiaan ini akan berkekalan hingga hujung hayatnya.
"Saya pun begitu juga," balasnya penuh pasti.
posted by Penulisan2u @ 2:01 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
3 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group