Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Ya Allah, Ya Tuhanku… Ampunilah segala dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, guru-guruku serta seluruh umat Islam. Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hatiku, kurniakanlah NurMu kepadaku dan janganlah Kau palingkan hatiku setelah Engkau berikan pertunjukMu kepadaku. Berikanlah aku sifat-sifat mahmudah menggantikan segala mazmumah dalam diriku ini, Ya Allah. Lindungilah aku dari gangguan syaitan yang direjam, lindungilah aku daripada melakukan maksiat dan peliharalah aku daripada azab api neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau zat yang Maha Besar, Maha Agung, Kau mengetahui segala yang tersurat dan tersirat. Oleh itu, Kau ketemukanlah aku dengan lelaki yang boleh membimbing daku ke jalanMu, yang mempunyai cinta mendalam terhadapMu agar saja kami bisa mengemudi bahtera kasih kami dalam redhaMu. Dalam usia yang menginjak dari hari ke hari ini Ya Allah, aku memohon padaMu temukanlah aku dengan jodohku. Aku sudah berusaha dan aku kini redha dengan ketentuanMu. Aku serahkan segalanya padaMu, Ya Tuhanku. Sesungguhnya Engkau mendengar rintihan hatiku, Maha Suci Allah… Amin…" Amyra Najwa meraup wajahnya dengan tapak tangan yang berlapik telekung sekaligus menghapuskan sisa mutiara di tubir matanya. Dia lega. Sesungguhnya ketenangan yang diperoleh itu tidak dapat diluahkan dengan bait kata. Baginya, ketenangan seusai solat tidak dapat ditandingi. Amyra memohon supaya dipercepatkan jodohnya. Umminya sudah mula bising kerisauan melihat anak gadisnya yang bakal berusia dua puluh lapan tahun itu tidak berteman. Sambil melipat telekung, memori Amyra tiba-tiba tersangkut pada situasi di pasaraya minggu lepas. Seorang lelaki lengkap berkemeja dan bertali leher sedang merenungnya ketika dia leka memilih sayuran. Waktu bola mata mereka bertaut, lelaki itu menghulurkan sejuring senyuman. Manis! Namun Amyra tidak membalasnya. Cepat sahaja kepalanya dihalakan ke arah lain. Bimbang membalas senyuman orang yang tidak dikenali. Zaman sekarang tidak boleh sembarangan senyum. Takut lain pula jadinya. ******************** Awal pagi itu, Amyra menyiapkan sarapan ringkas untuk dirinya sendiri. Roti bijirin penuh bersama tuna dan dilengkapi segelas jus epal tanpa gula. Sambil menikmati hidangan, dia terkenangkan kampung halaman yang sudah hampir dua bulan tidak menjilat tapak kasutnya. Kicauan merdu Sang Pipit di bukit kecil belakang rumah menggamit kenangan. Lama benar rasanya suara itu tidak menjamah gegendangnya. Deru sungai di hujung kampung yang seringkali menjentik ide untuk menyiapkan karya puisinya serasa begitu dekat di hati. Tatkala seluruh isi alam lena dihayun mimpi, Amyra bangun mengerjakan tahajjud. Kemudian dia berwirid panjang. Setelah mengaminkan doa, dia lantas menolak daun tingkap membiarkan bayu memeluk dirinya erat. Berteleku di situ mencari ilham baru disamping menghayati sinar dari langit. Baginya, lukisan alam yang dihiasi corak bintang serta melodi dari cengkerik amat indah dan sempurna buat malam. Saat itu, Amyra terkapar dalam lautan rindu pada kampungnya. Jika diikutkan hati, setiap hujung minggu Amyra mahu pulang. Namun semuanya tidak semudah itu. Kerjanya yang tidak menentu menjadi alasan setiap kali umminya di kampung bertanya. Bukan dia sengaja beralasan tetapi itulah hakikatnya. Lorong yang dipilihnya sendiri dengan restu keluarga. Dia sengaja menjerumuskan dirinya ke lembah itu walaupun dia tahu ia langsung tidak ada kaitan dengan kursus yang dipelajarinya ketika menuntut dahulu. Kecintaannya pada bidang itu diuli dengan sedikit sifat belas kasihan serta tanggungjawab pada generasi sendirilah maka lahirnya Sinar Iman. Sesungguhnya Amyra Najwa amat bersyukur dengan kelahiran itu. ******************** Enjin Myvi merah itu mula mengaum selepas Amyra mengunci pagar rumah. Dia harus cepat. Ada temu janji dengan klien yang harus dipenuhi. Amyra tidak suka membiarkan kliennya menanti. Kerja sepertinya memang perlu pantas. Silap perhitungan, kliennya akan beralih ke pusat lain. Amyra tidak mahu semua itu berlaku. Bukan duit yang difikirkan. Sebaliknya, Amyra sekadar hendak melihat sejauh mana potensi Sinar Iman di mata masyarakat. Namun sesekali dia sedar bahawa tidak semua yang berlaku adalah seperti yang kita harapkan. Amyra tersenyum sendiri sambil matanya terus membelah kesibukan jalan raya. Amyra merapikan tudung hijau muda di kepalanya. Dia membelek dirinya sekilas pada refleksi kaca panjang yang tergantung pada dinding pejabatnya. Dia tersenyum sendiri apabila agak berpuas hati dengan penampilannya pagi itu. Dia tampak berkaliber dalam busana muslimah yang digayakan. Jubah moden hijau muda dilapisi dengan kain jarang berwarna hitam dengan sedikit potongan serong pada lengan dan kaki jubah menampakkan busana itu begitu menarik. Sedikit eyeshadow berwarna hijau muda yang disapu pada kolopak mata menaikkan seri matanya yang tersedia dengan alis lentik. Pewarna bibir merah ceri yang dioles nipis melengkapkan lagi penampilannya. Sempurna! Sekuntum senyuman dihadiahkan buat cermin itu persis mengucapkan terima kasih. Amyra berpusing sekali lagi untuk melihat dirinya buat kali terakhir. Selepas itu, cepat-cepat dia menyusun langkah menuju ke meja kerja, menyediakan apa yang patut untuk kliennya sebentar nanti. "Masuk!" Syuhada yang tampak manis dengan kebaya moden itu pantas mengatur langkah merapati meja Amyra. Seorang wanita dan lelaki muda serta seorang remaja perempuan membuntuti Syuhada. Selepas memaklumkan sesuatu, Amyra menjemput tetamunya duduk. "Saya Amyra Najwa bt Azhar, pengasas Sinar Iman. Cik ni…" "Aisyah Hanani, panggil saja Hana. Lebih mesra. Ini suami saya, Zafrul dan ini adik ipar saya, Zulaikha," tutur wanita itu dengan senyum ramahnya. Terpegun Amyra melihat watak yang begitu tenang riaknya. Senyumannya amat memukau sekaligus menghalau resah yang bertamu di hati. Pasti kliennya kali ini mudah dibawa berunding. Amyra mengangguk dan tersenyum sambil jemarinya menari mencatat butiran pada satu borang. "So, apa masalahnya ni?" Amyra membuka bicara sediplomasi mungkin. Aisyah Hanani menceritakan perihal adik iparnya itu dari A sampai Z. Zafrul hanya mendiamkan diri dan mengangguk. Sesekali dia menyampuk, menambah apa yang diperkata oleh isterinya. Zulaikha kaku tanpa perasaan di hujung sofa jingga. Dia buat tidak endah sahaja. Amyra masih fokus pada pasangan tersebut sambil tangannya masih lincah mencatat apa yang dirasakan patut. Agak lama juga mereka bercerita dan Amyra masih setia mendengar dengan semangat yang berkobar untuk membantu Zulaikha. "Baiklah, Hana, Zafrul. Rasanya akak sudah faham masalah Zulaikha. InsyaAllah, kami di Sinar Iman akan membantu setakat yang terdaya," ujar Amyra dengan senyum manis. "Terima kasih, Kak Myra. Kalau ada apa-apa hal terus hubungi kami ye. Nombor telefon Hana dah tinggalkan pada Syuhada tadi." Amyra mengangguk. Dia lebih senang berurusan dalam keadaan yang tidak formal. Cukup dengan panggilan nama sebagai pengganti diri. Tugasnya memerlukan suasana yang santai tanpa tekanan bagi memudahkan proses yang selanjutnya. Amyra menghantar Hana dan Zafrul ke kereta selepas dua wanita itu bersalaman. Zulaikha ditinggalkan di Sinar Iman untuk tindakan Amyra. Sinar Iman adalah sebuah rumah perlindungan bagi remaja yang bermasalah. Namun begitu, tidak semua remaja bermasalah akan diterima masuk. Sinar Iman hanya membantu remaja yang mempunyai masalah sosial dan belum terjebak dengan seks. Ada juga sesetengah kes di mana remaja yang pernah melakukan hubungan berlainan jenis akan diterima dengan syarat remaja itu harus melakukan beberapa ujian. Hal ini adalah untuk memastikan tidak ada benih bayi yang tersemai dalam rahim remaja tersebut di samping melihat tahap kesihatan diri mereka. Setakat ini Amyra belum mampu untuk membela remaja yang mengandung dan sudah dijangkiti HIV dan AIDS. Amyra tahu bukan sedikit kesabaran yang diperlukan untuk mendidik remaja bermasalah ini. Oleh sebab itu dia bermula dari bawah. Bermula dengan remaja yang mempunyai masalah sosial sahaja dahulu. Lagipun, Sinar Iman baru sahaja tiga tahun bertapak. Belum cukup mantap untuk menampung segalanya. Biarlah segalanya dimulakan secara berperingkat. Agar hasilnya nanti tidak mengecewakan. Zulaikha telah dihantar untuk sesi kaunseling sebagai permulaannya. Selepas dua jam nanti barulah dia akan dihantar ke kamarnya yang juga menempatkan beberapa orang remaja lain. ******************** Amyra termenung di bangku panjang menghadap tasik. Dia teringatkan mimpinya. Seorang lelaki berkemeja lengkap dengan tali leher melamar Amyra menjadi permaisuri hidupnya. Amyra tidak tahu siapakah gerangan manusia itu. Lirikan mata yang sempat ditatap dalam mimpi semalam tidak cukup untuk menjelaskan siapa dia. ‘Ah! Usah difikirkan sangat. Bukankah mimpi itu mainan tidur? Mana mungkin ia menjadi kenyataan.’ Amyra cuba memadamkan ingatan tentang lelaki misteri tersebut untuk membuang resah yang mula menjentik tangkai hatinya. Dia tidak mahu fikir lagi. Cepat-cepat dia menyedut sisa minuman dalam kotak lantas bersedia untuk pulang. Ketika mengundurkan kereta, Amyra terperanjat! Dia ternampak lelaki di pasaraya dahulu dalam cermin pandang belakang. Rupa-rupanya lelaki itu sudah memerhatikan kelakuannya dari mula hingga dia menapak masuk ke kereta. Lelaki itu tersenyum kepadanya dan seperti dahulu juga, senyuman itu masih tidak kurang perisanya. Manis sekali. Amyra mula khuatir. ‘Punyalah besar tempat ni tapi dekat sini pun boleh terserempak.’ Pelik! Sebagai langkah berjaga-jaga, Amyra menekan satu butang di sisinya lalu kesemua pintu terkunci. Tanpa membuang masa, dia memecut keretanya dan lemas dalam kesesakan trafik. ******************** Amyra memeriksa mail box Sinar Iman. Banyak email yang diterima dan kebanyakannya adalah daripada ibu bapa dan keluarga remaja yang pernah menetap di situ. Ada yang mengucapkan terima kasih dan mendoakan kejayaan Sinar Iman. Namun tidak kurang juga yang memberi tindak balas yang negatif. Amyra tidak kisah. Baginya semua itu harus diambil kira sama ada positif atau negatif. Masing-masing mempunyai pendapat mereka sendiri. Tidak semua remaja yang dibentuk di Sinar Iman akan mengamalkan apa yang diajar selepas pulang kelak. Malah, Amyra sendiri tidak dapat memberi jaminan bahawa remaja di bawah jagaan Sinar Iman ini tidak akan kembali kepada perangai lama selepas tempoh mereka menetap di sini. Sambil membalas email itu otak Amyra mengembara. Dia teringat zaman awal remajanya. Dia pernah bertukar cerita dengan seorang teman yang dikenali menerusi alam maya. Mereka tidak pernah bersua. Hanya email menjadi penghubung. Salah satu sebab mereka terus berkawan adalah kerana mereka mempunyai kebolehan yang serupa. Mereka turut berkongsi sebahagian minat dan impian yang sama. Malah temannya itu pernah berjanji untuk bekerjasama dengan Amyra membuka sebuah pusat perlindungan remaja bermasalah satu hari nanti. Amyra sebenarnya tidak kisah sangat sama ada dia menunaikan janji itu atau tidak. Yang paling penting adalah persahabatan mereka. Kini, selepas masing-masing mendapat tempat di universiti, semakin jarang mereka berkongsi cerita. Baik Amyra mahupun temannya, kedua-duanya mendiamkan diri. Tambahan pula, temannya itu melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana mengikuti ibu bapanya yang mencurahkan khidmat di negara asing. Baru Amyra teringat. Dia sudah lama tidak membuka mail boxnya sendiri. Asyik dengan Sinar Iman sehingga tiada masa untuk ruang peribadinya. ‘Entah-entah ada email darinya. Tapi, ah! Tak mungkinlah.’ "Assalamualaikum…" Seorang gadis terus sahaja masuk dan melabuhkan punggung di hadapan Amyra tanpa menanti salamnya disambut. Wajahnya masam mencuka. Muncungnya panjang sedepa. Amyra tergelak kecil melihat gadis itu. "Kenapa ni, Ika? Bergaduh dengan siapa lagi hari ni?" soal Amyra dengan suara yang lembut setelah menjawab salam dalam hati. Dia memandang Zulaikha dengan penuh kasih seorang kakak. "Midah tu, Kak Myra. Dia cakap Ika tak pandai buat kuih. Dia cakap lagi Ika ni kaki bangku sebab tak pandai guna mesin jahit tu. Benci la kak. Dia selalu kutuk Ika," adunya dengan wajah tidak puas hati. Kepalanya tunduk sahaja. Amyra menahan gelak mendengar simpulan bahasa yang digunakan oleh Midah pada tempat yang salah itu. "Midah tu memang macam tu. Tapi hatinya baik tau? Mungkin sebab Ika baru lagi di sini, jadi Ika rasa tidak selesa. Perlahan-lahan la, nanti lama-lama mesti okey punyalah. Percaya cakap akak." Amyra cuba memujuk. Namun, tiada respon dari gadis tinggi lampai itu. Amyra bangun mengambil tempat di sebelah Zulaikha. Dia menarik tangan gadis itu dan menggenggamnya. "Ika, pandang akak. Kalau betul Ika tak pandai buat kuih, akak boleh ajarkan. Pasal mesin jahit tu pun akak boleh mintak Mak Yam tolong tunjukkan kat Ika macam mana nak guna. Ika tak payah la risau. Lama-lama nanti mesti Ika mahir buat semua tu." Amyra memandang tepat ke arah gadis itu. Zulaikha sudah boleh dijinakkan. Tidak seperti ketika dia mula-mula ditinggalkan di Sinar Iman dahulu. Bukan main dia mengamuk jika ada sesiapa yang memanggilnya ‘Ika’. Dia lebih suka panggilan ‘Zul’, tampak berani katanya. ‘Ika’ terlalu lembut baginya. Tapi kini tidak lagi. Dia sudah mula selesa dengan ‘Ika’. Tiba-tiba Ika memeluk Amyra. Amyra tersenyum mengucap syukur dalam hati. Sambil itu tangannya mengusap lembut kepala Ika. "Jom, kita tolong kawan-kawan buat kuih," usul Amyra. Ika meleraikan pelukan dan lantas matanya menjilat keseluruhan wajah bujur sirih itu. Dia tersenyum sambil menarik tangan Amyra. Amyra memerhatikan Midah menggoreng donut dalam kuali. Ada gaya. Patutlah dia selalu sahaja mengejek Ika. Amyra merapati gadis itu. Sudah hampir satu tahun Midah dalam jagaan Sinar Iman. "Midah, nanti dah siap semuanya angkat masuk dalam kereta akak okey?" "Yelah. Kak Myra, hari ni lebih sikit kuihnya. Semalam Kak Mai restoran tu mintak buat lebih sebab selalu je tak cukup. Pelanggan yang lewat mesti kempunan," Midah memberitahu dengan penuh semangat. Gembira benar nampaknya apabila semua hasil jualan laris. Sebenarnya, remaja di sini diasuh untuk melakukan pelbagai kerja. Mereka dilatih untuk hidup berdikari. Mereka menyediakan hidangan harian secara bergotong-royong selain mencuci pakaian mereka sendiri. Mereka turut dibantu oleh Mak Yam, seorang wanita 40-an yang turut menguruskan remaja di situ. Mak Yam adalah antara kakitangan yang terpenting. Dia mengajar mereka menjahit, memasak dan membuat kuih. Kuih donut adalah salah satu daripada lima jenis kuih lain yang dipasarkan di kedai dan pasaraya berhampiran Sinar Iman. Hasil jualan kuih ini adalah bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian remaja di sini. Begitu juga dengan pendapatan hasil tempahan baju. Semuanya akan digunakan untuk membeli makanan basah dan kering, pakaian serta kelengkapan yang lain. "Kak Myra, ingat tak tentang jawatan kosong yang akak suruh Syud iklankan di akhbar beberapa bulan lepas?" Tanya Syuhada yang entah dari mana datangnya. Amyra seperti berfikir seketika sambil mencuci tangannya, kemudian mengangguk. Dia masih ingat jawatan pembantu kaunselor lelaki yang diperlukan. "Ingat. Tapi, takde respons pun kan? Kenapa Syud tanya?" Syuhada tersenyum senang melihat Amyra yang sudah mula mengerutkan dahinya. Gadis lepasan diploma itu terus merangkul pinggang Amyra dengan lagak manja sekaligus mendorongnya keluar dari dapur. "Baru ada respons, kak. Tu kat dalam bilik tamu ada orang tunggu nak ditemuduga. Kacak, kak!" Celoteh Syuhada menggeletek tangkai hati Amyra. Dia hanya menggelengkan kepala dengan senyum nipis tika Syuhada membetulkan kebaya ungu yang tersarung di tubuhnya. Amyra sedar Syuhada sengaja ingin mengusiknya. Walhal gadis itu tahu Amyra pasti akan mengemaskan dirinya sendiri nanti. "Perfect! Dah, cepat kak masuk dalam bilik. Nanti Syud bawa dia masuk." Amyra mengelap peluh yang merenik di wajah dan membetulkan sedikit make upnya yang agak comot selepas membantu Ika membuat donut di dapur tadi. Bukan apa, dia tidak selesa berbincang empat mata dalam keadaan kurang rapi. Ada sahaja yang akan dijamahnya nanti. "Yes, Syuhada. Take him in," Amyra memberi arahan selepas mendengar suara Syuhada di corong telefon. Sedetik kemudian, dia ternampak kelibat seseorang berdiri di hadapan mejanya sebaik sahaja Syuhada merapatkan daun pintu. "Sila duduk," Amyra masih tekun mencatat sesuatu pada organizernya. Kepalanya masih tunduk. "Assalamualaikum," sepotong doa itu berjaya mengangkat wajah Amyra. Dia terperanjat amat! Mata itu! Ya, mata yang masih terukir jelas pada benaknya dan serupa dengan yang ada di hadapannya tika ini. ‘Ya Allah, apakah ini petunjukMu? Berikanlah aku secebis kekuatan untuk berhadapan dengannya,’ doa Amyra dalam hati. "Assalamualaikum, Cik Amyra Najwa Azhar," ulang lelaki itu sekali lagi. Mungkin dia sedar wanita ini belum lagi menyambut huluran salamnya. Amyra menggerakkan bibirnya tanda menjawab salam sekaligus menutup debar di hati tika mendengar sebaris namanya meniti bibir itu. ‘Mungkin Syuhada yang memberitahu namaku.’ Amyra cuba mengukir senyum. "Datang untuk temuduga, kan? Nama encik?" Dia benar-benar terlupa untuk meminta profil lengkap tentang lelaki ini dengan Syuhada tadi. Anak mata Amyra melekat pada kemeja dan tali leher yang dipakai. Seperti pernah dilihatnya sebelum ini. "Muhamad Hanafi bin Mohd Lotfi," jawabnya sambil menghulurkan fail biru tua. Kali ini Amyra benar-benar terkesima. Akalnya pantas mencari-cari logik nama itu dengan memori silamnya. Akhirnya, fail itu menjelaskan segala-galanya. Lelaki lulusan University of Auckland, New Zealand itu memang teman sibernya dahulu. Amyra memandang Hanafi dan kelihatan dia mengangguk tanda mengiakan apa yang berlaku. Amyra merasa seperti darah menyerbu ke mukanya. Dia masih tersenyum seolah tidak percaya dengan keajaiban yang berlaku. "Pasaraya, tasik, Sinar Iman. Boleh tahan jugak sombong awak tu ye?" Perlahan Hanafi menuturkan kata. Sepatah-sepatah suara Hanafi menyerap ke dasar hati Amyra. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa lelaki yang tersenyum padanya di pasaraya dan di tasik dahulu adalah orang yang sama dengan lelaki yang melamarnya dalam mimpi tempoh hari. ‘Apakah dia yang Kau bayangkan untukku sebelum ini? Berikanlah daku petunjukMu, Ya Rahman, Ya Rahim…’ "Beratnya mulut awak. Dari tadi diam aje. Tak nak interview saya ke?" Hanafi menyoal lembut, tidak senang melihat Amyra begitu. Anak mata Hanafi masih terpaku pada seraut wajah di hadapannya. Langsung tidak percaya dia akan bertemu gadis idamannya hari ini. Hanafi tidak tahu mengapa dia begitu tertarik pada wanita yang baru pertama kali dilihatnya ketika wanita itu sedang leka memilih sayuran. Dan dia sama sekali tidak menyangka yang wanita itu adalah kenalan mayanya. Hanafi hanya tahu ketika dia bertanyakan Syuhada nama pemilik Sinar Iman. Amyra mengangkat wajah lalu menarik nafas dalam. "Saya betul-betul tak sangka kita akan jumpa kat sini, dalam keadaan macam ni. Welcome to Sinar Iman, Mr Hanafi Lotfi," mata Amyra bersinar ketika menuturkannya. Hanafi tersenyum mesra. "Saya tahu awak pasti akan bagi saya kerja ini. Bukan ke kita mempunyai impian yang sama dan saya dah pun berjanji?" Hanafi mengingatkan. Amyra tersenyum dan mengangguk pantas tanda puas yang teramat. Sedikit pun dia tidak pernah lupa dengan janji yang pernah diukir oleh Hanafi dahulu. Dan kini, Hanafi telah mengotakan janjinya. Amyra sebenarnya masih memikirkan mimpinya. Adakah semua itu suratan atau kebetulan? "Mari, saya kenalkan awak pada kakitangan di sini dan juga adik-adik saya," ajak Amyra sambil bangkit dari kerusinya. Hanafi turut bangun tetapi dia menghalang laluan Amyra. Amyra memandangnya dengan tanda tanya yang bersarang di minda. "Myra, sudikah awak menjadi raja di hati saya? Permaisuri hidup saya?" Amyra tersentap. Lamaran tulus itu berdesup masuk ke corong telinganya. Seketika, mata mereka bertaut mesra, menghantar kasih terus ke lubuk jiwa. Perlahan otak Amyra berputar memadankan situasi sekarang dengan mimpi yang pernah dialaminya tempoh hari… ******************** 'Ya Allah, panjangkanlah jodoh kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaMu. Tuhanku, satukanlah hati kami dengan jambatan cintaMu, agar kami tidak leka dalam dunia ciptaan kami sendiri. Kurniakanlah kesabaran yang tinggi dan perasaan sayang yang berkekalan hingga akhir hayat kami. Temukanlah kami di Taman Firdausi yang abadi. Amin…' Untaian doa yang diaminkan dalam hati itu mengakhiri hari Amyra Najwa. Dia terus terlena dalam dakapan suaminya, Muhamad Hanafi.
salam.. jalan cerita menarik.. susunan ayat pn menarik.. ala2 pro skit.. tp cerita ni mcm flash.. laju sgt smp byk perkara yg t'tinggal.. mgkn sbb penulis buat cerpen "cerita pendek".. klu cerita ni djdkan novel, blh x?.. pape pun cite ni best..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cepatnya si hanafi tu lamar amyra. x fikir panjang ke?