BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Oktober 31, 2008
Cerpen : Kerana Satu Janji
Nama Pena : eyla aqilla

"Ya Allah, Ya Tuhanku… Ampunilah segala dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, guru-guruku serta seluruh umat Islam. Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hatiku, kurniakanlah NurMu kepadaku dan janganlah Kau palingkan hatiku setelah Engkau berikan pertunjukMu kepadaku. Berikanlah aku sifat-sifat mahmudah menggantikan segala mazmumah dalam diriku ini, Ya Allah. Lindungilah aku dari gangguan syaitan yang direjam, lindungilah aku daripada melakukan maksiat dan peliharalah aku daripada azab api neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau zat yang Maha Besar, Maha Agung, Kau mengetahui segala yang tersurat dan tersirat. Oleh itu, Kau ketemukanlah aku dengan lelaki yang boleh membimbing daku ke jalanMu, yang mempunyai cinta mendalam terhadapMu agar saja kami bisa mengemudi bahtera kasih kami dalam redhaMu. Dalam usia yang menginjak dari hari ke hari ini Ya Allah, aku memohon padaMu temukanlah aku dengan jodohku. Aku sudah berusaha dan aku kini redha dengan ketentuanMu. Aku serahkan segalanya padaMu, Ya Tuhanku. Sesungguhnya Engkau mendengar rintihan hatiku, Maha Suci Allah… Amin…" Amyra Najwa meraup wajahnya dengan tapak tangan yang berlapik telekung sekaligus menghapuskan sisa mutiara di tubir matanya. Dia lega. Sesungguhnya ketenangan yang diperoleh itu tidak dapat diluahkan dengan bait kata. Baginya, ketenangan seusai solat tidak dapat ditandingi.
Amyra memohon supaya dipercepatkan jodohnya. Umminya sudah mula bising kerisauan melihat anak gadisnya yang bakal berusia dua puluh lapan tahun itu tidak berteman. Sambil melipat telekung, memori Amyra tiba-tiba tersangkut pada situasi di pasaraya minggu lepas. Seorang lelaki lengkap berkemeja dan bertali leher sedang merenungnya ketika dia leka memilih sayuran. Waktu bola mata mereka bertaut, lelaki itu menghulurkan sejuring senyuman. Manis! Namun Amyra tidak membalasnya. Cepat sahaja kepalanya dihalakan ke arah lain. Bimbang membalas senyuman orang yang tidak dikenali. Zaman sekarang tidak boleh sembarangan senyum. Takut lain pula jadinya.
********************
Awal pagi itu, Amyra menyiapkan sarapan ringkas untuk dirinya sendiri. Roti bijirin penuh bersama tuna dan dilengkapi segelas jus epal tanpa gula. Sambil menikmati hidangan, dia terkenangkan kampung halaman yang sudah hampir dua bulan tidak menjilat tapak kasutnya. Kicauan merdu Sang Pipit di bukit kecil belakang rumah menggamit kenangan. Lama benar rasanya suara itu tidak menjamah gegendangnya. Deru sungai di hujung kampung yang seringkali menjentik ide untuk menyiapkan karya puisinya serasa begitu dekat di hati. Tatkala seluruh isi alam lena dihayun mimpi, Amyra bangun mengerjakan tahajjud. Kemudian dia berwirid panjang. Setelah mengaminkan doa, dia lantas menolak daun tingkap membiarkan bayu memeluk dirinya erat. Berteleku di situ mencari ilham baru disamping menghayati sinar dari langit. Baginya, lukisan alam yang dihiasi corak bintang serta melodi dari cengkerik amat indah dan sempurna buat malam. Saat itu, Amyra terkapar dalam lautan rindu pada kampungnya.
Jika diikutkan hati, setiap hujung minggu Amyra mahu pulang. Namun semuanya tidak semudah itu. Kerjanya yang tidak menentu menjadi alasan setiap kali umminya di kampung bertanya. Bukan dia sengaja beralasan tetapi itulah hakikatnya. Lorong yang dipilihnya sendiri dengan restu keluarga. Dia sengaja menjerumuskan dirinya ke lembah itu walaupun dia tahu ia langsung tidak ada kaitan dengan kursus yang dipelajarinya ketika menuntut dahulu. Kecintaannya pada bidang itu diuli dengan sedikit sifat belas kasihan serta tanggungjawab pada generasi sendirilah maka lahirnya Sinar Iman. Sesungguhnya Amyra Najwa amat bersyukur dengan kelahiran itu.
********************
Enjin Myvi merah itu mula mengaum selepas Amyra mengunci pagar rumah. Dia harus cepat. Ada temu janji dengan klien yang harus dipenuhi. Amyra tidak suka membiarkan kliennya menanti. Kerja sepertinya memang perlu pantas. Silap perhitungan, kliennya akan beralih ke pusat lain. Amyra tidak mahu semua itu berlaku. Bukan duit yang difikirkan. Sebaliknya, Amyra sekadar hendak melihat sejauh mana potensi Sinar Iman di mata masyarakat. Namun sesekali dia sedar bahawa tidak semua yang berlaku adalah seperti yang kita harapkan. Amyra tersenyum sendiri sambil matanya terus membelah kesibukan jalan raya.
Amyra merapikan tudung hijau muda di kepalanya. Dia membelek dirinya sekilas pada refleksi kaca panjang yang tergantung pada dinding pejabatnya. Dia tersenyum sendiri apabila agak berpuas hati dengan penampilannya pagi itu. Dia tampak berkaliber dalam busana muslimah yang digayakan. Jubah moden hijau muda dilapisi dengan kain jarang berwarna hitam dengan sedikit potongan serong pada lengan dan kaki jubah menampakkan busana itu begitu menarik. Sedikit eyeshadow berwarna hijau muda yang disapu pada kolopak mata menaikkan seri matanya yang tersedia dengan alis lentik. Pewarna bibir merah ceri yang dioles nipis melengkapkan lagi penampilannya. Sempurna! Sekuntum senyuman dihadiahkan buat cermin itu persis mengucapkan terima kasih. Amyra berpusing sekali lagi untuk melihat dirinya buat kali terakhir. Selepas itu, cepat-cepat dia menyusun langkah menuju ke meja kerja, menyediakan apa yang patut untuk kliennya sebentar nanti.
"Masuk!" Syuhada yang tampak manis dengan kebaya moden itu pantas mengatur langkah merapati meja Amyra. Seorang wanita dan lelaki muda serta seorang remaja perempuan membuntuti Syuhada. Selepas memaklumkan sesuatu, Amyra menjemput tetamunya duduk.
"Saya Amyra Najwa bt Azhar, pengasas Sinar Iman. Cik ni…"
"Aisyah Hanani, panggil saja Hana. Lebih mesra. Ini suami saya, Zafrul dan ini adik ipar saya, Zulaikha," tutur wanita itu dengan senyum ramahnya. Terpegun Amyra melihat watak yang begitu tenang riaknya. Senyumannya amat memukau sekaligus menghalau resah yang bertamu di hati. Pasti kliennya kali ini mudah dibawa berunding. Amyra mengangguk dan tersenyum sambil jemarinya menari mencatat butiran pada satu borang.
"So, apa masalahnya ni?" Amyra membuka bicara sediplomasi mungkin.
Aisyah Hanani menceritakan perihal adik iparnya itu dari A sampai Z. Zafrul hanya mendiamkan diri dan mengangguk. Sesekali dia menyampuk, menambah apa yang diperkata oleh isterinya. Zulaikha kaku tanpa perasaan di hujung sofa jingga. Dia buat tidak endah sahaja. Amyra masih fokus pada pasangan tersebut sambil tangannya masih lincah mencatat apa yang dirasakan patut. Agak lama juga mereka bercerita dan Amyra masih setia mendengar dengan semangat yang berkobar untuk membantu Zulaikha.
"Baiklah, Hana, Zafrul. Rasanya akak sudah faham masalah Zulaikha. InsyaAllah, kami di Sinar Iman akan membantu setakat yang terdaya," ujar Amyra dengan senyum manis.
"Terima kasih, Kak Myra. Kalau ada apa-apa hal terus hubungi kami ye. Nombor telefon Hana dah tinggalkan pada Syuhada tadi." Amyra mengangguk. Dia lebih senang berurusan dalam keadaan yang tidak formal. Cukup dengan panggilan nama sebagai pengganti diri. Tugasnya memerlukan suasana yang santai tanpa tekanan bagi memudahkan proses yang selanjutnya.
Amyra menghantar Hana dan Zafrul ke kereta selepas dua wanita itu bersalaman. Zulaikha ditinggalkan di Sinar Iman untuk tindakan Amyra. Sinar Iman adalah sebuah rumah perlindungan bagi remaja yang bermasalah. Namun begitu, tidak semua remaja bermasalah akan diterima masuk. Sinar Iman hanya membantu remaja yang mempunyai masalah sosial dan belum terjebak dengan seks. Ada juga sesetengah kes di mana remaja yang pernah melakukan hubungan berlainan jenis akan diterima dengan syarat remaja itu harus melakukan beberapa ujian. Hal ini adalah untuk memastikan tidak ada benih bayi yang tersemai dalam rahim remaja tersebut di samping melihat tahap kesihatan diri mereka. Setakat ini Amyra belum mampu untuk membela remaja yang mengandung dan sudah dijangkiti HIV dan AIDS.
Amyra tahu bukan sedikit kesabaran yang diperlukan untuk mendidik remaja bermasalah ini. Oleh sebab itu dia bermula dari bawah. Bermula dengan remaja yang mempunyai masalah sosial sahaja dahulu. Lagipun, Sinar Iman baru sahaja tiga tahun bertapak. Belum cukup mantap untuk menampung segalanya. Biarlah segalanya dimulakan secara berperingkat. Agar hasilnya nanti tidak mengecewakan. Zulaikha telah dihantar untuk sesi kaunseling sebagai permulaannya. Selepas dua jam nanti barulah dia akan dihantar ke kamarnya yang juga menempatkan beberapa orang remaja lain.
********************
Amyra termenung di bangku panjang menghadap tasik. Dia teringatkan mimpinya. Seorang lelaki berkemeja lengkap dengan tali leher melamar Amyra menjadi permaisuri hidupnya. Amyra tidak tahu siapakah gerangan manusia itu. Lirikan mata yang sempat ditatap dalam mimpi semalam tidak cukup untuk menjelaskan siapa dia. ‘Ah! Usah difikirkan sangat. Bukankah mimpi itu mainan tidur? Mana mungkin ia menjadi kenyataan.’ Amyra cuba memadamkan ingatan tentang lelaki misteri tersebut untuk membuang resah yang mula menjentik tangkai hatinya. Dia tidak mahu fikir lagi. Cepat-cepat dia menyedut sisa minuman dalam kotak lantas bersedia untuk pulang.
Ketika mengundurkan kereta, Amyra terperanjat! Dia ternampak lelaki di pasaraya dahulu dalam cermin pandang belakang. Rupa-rupanya lelaki itu sudah memerhatikan kelakuannya dari mula hingga dia menapak masuk ke kereta. Lelaki itu tersenyum kepadanya dan seperti dahulu juga, senyuman itu masih tidak kurang perisanya. Manis sekali. Amyra mula khuatir. ‘Punyalah besar tempat ni tapi dekat sini pun boleh terserempak.’ Pelik! Sebagai langkah berjaga-jaga, Amyra menekan satu butang di sisinya lalu kesemua pintu terkunci. Tanpa membuang masa, dia memecut keretanya dan lemas dalam kesesakan trafik.
********************
Amyra memeriksa mail box Sinar Iman. Banyak email yang diterima dan kebanyakannya adalah daripada ibu bapa dan keluarga remaja yang pernah menetap di situ. Ada yang mengucapkan terima kasih dan mendoakan kejayaan Sinar Iman. Namun tidak kurang juga yang memberi tindak balas yang negatif. Amyra tidak kisah. Baginya semua itu harus diambil kira sama ada positif atau negatif. Masing-masing mempunyai pendapat mereka sendiri. Tidak semua remaja yang dibentuk di Sinar Iman akan mengamalkan apa yang diajar selepas pulang kelak. Malah, Amyra sendiri tidak dapat memberi jaminan bahawa remaja di bawah jagaan Sinar Iman ini tidak akan kembali kepada perangai lama selepas tempoh mereka menetap di sini.
Sambil membalas email itu otak Amyra mengembara. Dia teringat zaman awal remajanya. Dia pernah bertukar cerita dengan seorang teman yang dikenali menerusi alam maya. Mereka tidak pernah bersua. Hanya email menjadi penghubung. Salah satu sebab mereka terus berkawan adalah kerana mereka mempunyai kebolehan yang serupa. Mereka turut berkongsi sebahagian minat dan impian yang sama. Malah temannya itu pernah berjanji untuk bekerjasama dengan Amyra membuka sebuah pusat perlindungan remaja bermasalah satu hari nanti. Amyra sebenarnya tidak kisah sangat sama ada dia menunaikan janji itu atau tidak. Yang paling penting adalah persahabatan mereka.
Kini, selepas masing-masing mendapat tempat di universiti, semakin jarang mereka berkongsi cerita. Baik Amyra mahupun temannya, kedua-duanya mendiamkan diri. Tambahan pula, temannya itu melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana mengikuti ibu bapanya yang mencurahkan khidmat di negara asing. Baru Amyra teringat. Dia sudah lama tidak membuka mail boxnya sendiri. Asyik dengan Sinar Iman sehingga tiada masa untuk ruang peribadinya. ‘Entah-entah ada email darinya. Tapi, ah! Tak mungkinlah.’
"Assalamualaikum…" Seorang gadis terus sahaja masuk dan melabuhkan punggung di hadapan Amyra tanpa menanti salamnya disambut. Wajahnya masam mencuka. Muncungnya panjang sedepa. Amyra tergelak kecil melihat gadis itu.
"Kenapa ni, Ika? Bergaduh dengan siapa lagi hari ni?" soal Amyra dengan suara yang lembut setelah menjawab salam dalam hati. Dia memandang Zulaikha dengan penuh kasih seorang kakak.
"Midah tu, Kak Myra. Dia cakap Ika tak pandai buat kuih. Dia cakap lagi Ika ni kaki bangku sebab tak pandai guna mesin jahit tu. Benci la kak. Dia selalu kutuk Ika," adunya dengan wajah tidak puas hati. Kepalanya tunduk sahaja. Amyra menahan gelak mendengar simpulan bahasa yang digunakan oleh Midah pada tempat yang salah itu.
"Midah tu memang macam tu. Tapi hatinya baik tau? Mungkin sebab Ika baru lagi di sini, jadi Ika rasa tidak selesa. Perlahan-lahan la, nanti lama-lama mesti okey punyalah. Percaya cakap akak." Amyra cuba memujuk. Namun, tiada respon dari gadis tinggi lampai itu. Amyra bangun mengambil tempat di sebelah Zulaikha. Dia menarik tangan gadis itu dan menggenggamnya.
"Ika, pandang akak. Kalau betul Ika tak pandai buat kuih, akak boleh ajarkan. Pasal mesin jahit tu pun akak boleh mintak Mak Yam tolong tunjukkan kat Ika macam mana nak guna. Ika tak payah la risau. Lama-lama nanti mesti Ika mahir buat semua tu." Amyra memandang tepat ke arah gadis itu. Zulaikha sudah boleh dijinakkan. Tidak seperti ketika dia mula-mula ditinggalkan di Sinar Iman dahulu. Bukan main dia mengamuk jika ada sesiapa yang memanggilnya ‘Ika’. Dia lebih suka panggilan ‘Zul’, tampak berani katanya. ‘Ika’ terlalu lembut baginya. Tapi kini tidak lagi. Dia sudah mula selesa dengan ‘Ika’. Tiba-tiba Ika memeluk Amyra. Amyra tersenyum mengucap syukur dalam hati. Sambil itu tangannya mengusap lembut kepala Ika.
"Jom, kita tolong kawan-kawan buat kuih," usul Amyra. Ika meleraikan pelukan dan lantas matanya menjilat keseluruhan wajah bujur sirih itu. Dia tersenyum sambil menarik tangan Amyra.
Amyra memerhatikan Midah menggoreng donut dalam kuali. Ada gaya. Patutlah dia selalu sahaja mengejek Ika. Amyra merapati gadis itu. Sudah hampir satu tahun Midah dalam jagaan Sinar Iman.
"Midah, nanti dah siap semuanya angkat masuk dalam kereta akak okey?"
"Yelah. Kak Myra, hari ni lebih sikit kuihnya. Semalam Kak Mai restoran tu mintak buat lebih sebab selalu je tak cukup. Pelanggan yang lewat mesti kempunan," Midah memberitahu dengan penuh semangat. Gembira benar nampaknya apabila semua hasil jualan laris.
Sebenarnya, remaja di sini diasuh untuk melakukan pelbagai kerja. Mereka dilatih untuk hidup berdikari. Mereka menyediakan hidangan harian secara bergotong-royong selain mencuci pakaian mereka sendiri. Mereka turut dibantu oleh Mak Yam, seorang wanita 40-an yang turut menguruskan remaja di situ. Mak Yam adalah antara kakitangan yang terpenting. Dia mengajar mereka menjahit, memasak dan membuat kuih. Kuih donut adalah salah satu daripada lima jenis kuih lain yang dipasarkan di kedai dan pasaraya berhampiran Sinar Iman. Hasil jualan kuih ini adalah bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian remaja di sini. Begitu juga dengan pendapatan hasil tempahan baju. Semuanya akan digunakan untuk membeli makanan basah dan kering, pakaian serta kelengkapan yang lain.
"Kak Myra, ingat tak tentang jawatan kosong yang akak suruh Syud iklankan di akhbar beberapa bulan lepas?" Tanya Syuhada yang entah dari mana datangnya. Amyra seperti berfikir seketika sambil mencuci tangannya, kemudian mengangguk. Dia masih ingat jawatan pembantu kaunselor lelaki yang diperlukan.
"Ingat. Tapi, takde respons pun kan? Kenapa Syud tanya?" Syuhada tersenyum senang melihat Amyra yang sudah mula mengerutkan dahinya. Gadis lepasan diploma itu terus merangkul pinggang Amyra dengan lagak manja sekaligus mendorongnya keluar dari dapur.
"Baru ada respons, kak. Tu kat dalam bilik tamu ada orang tunggu nak ditemuduga. Kacak, kak!" Celoteh Syuhada menggeletek tangkai hati Amyra. Dia hanya menggelengkan kepala dengan senyum nipis tika Syuhada membetulkan kebaya ungu yang tersarung di tubuhnya. Amyra sedar Syuhada sengaja ingin mengusiknya. Walhal gadis itu tahu Amyra pasti akan mengemaskan dirinya sendiri nanti.
"Perfect! Dah, cepat kak masuk dalam bilik. Nanti Syud bawa dia masuk."
Amyra mengelap peluh yang merenik di wajah dan membetulkan sedikit make upnya yang agak comot selepas membantu Ika membuat donut di dapur tadi. Bukan apa, dia tidak selesa berbincang empat mata dalam keadaan kurang rapi. Ada sahaja yang akan dijamahnya nanti.
"Yes, Syuhada. Take him in," Amyra memberi arahan selepas mendengar suara Syuhada di corong telefon. Sedetik kemudian, dia ternampak kelibat seseorang berdiri di hadapan mejanya sebaik sahaja Syuhada merapatkan daun pintu.
"Sila duduk," Amyra masih tekun mencatat sesuatu pada organizernya. Kepalanya masih tunduk.
"Assalamualaikum," sepotong doa itu berjaya mengangkat wajah Amyra. Dia terperanjat amat! Mata itu! Ya, mata yang masih terukir jelas pada benaknya dan serupa dengan yang ada di hadapannya tika ini. ‘Ya Allah, apakah ini petunjukMu? Berikanlah aku secebis kekuatan untuk berhadapan dengannya,’ doa Amyra dalam hati.
"Assalamualaikum, Cik Amyra Najwa Azhar," ulang lelaki itu sekali lagi. Mungkin dia sedar wanita ini belum lagi menyambut huluran salamnya. Amyra menggerakkan bibirnya tanda menjawab salam sekaligus menutup debar di hati tika mendengar sebaris namanya meniti bibir itu. ‘Mungkin Syuhada yang memberitahu namaku.’ Amyra cuba mengukir senyum.
"Datang untuk temuduga, kan? Nama encik?" Dia benar-benar terlupa untuk meminta profil lengkap tentang lelaki ini dengan Syuhada tadi. Anak mata Amyra melekat pada kemeja dan tali leher yang dipakai. Seperti pernah dilihatnya sebelum ini.
"Muhamad Hanafi bin Mohd Lotfi," jawabnya sambil menghulurkan fail biru tua. Kali ini Amyra benar-benar terkesima. Akalnya pantas mencari-cari logik nama itu dengan memori silamnya. Akhirnya, fail itu menjelaskan segala-galanya. Lelaki lulusan University of Auckland, New Zealand itu memang teman sibernya dahulu. Amyra memandang Hanafi dan kelihatan dia mengangguk tanda mengiakan apa yang berlaku. Amyra merasa seperti darah menyerbu ke mukanya. Dia masih tersenyum seolah tidak percaya dengan keajaiban yang berlaku.
"Pasaraya, tasik, Sinar Iman. Boleh tahan jugak sombong awak tu ye?" Perlahan Hanafi menuturkan kata. Sepatah-sepatah suara Hanafi menyerap ke dasar hati Amyra. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa lelaki yang tersenyum padanya di pasaraya dan di tasik dahulu adalah orang yang sama dengan lelaki yang melamarnya dalam mimpi tempoh hari. ‘Apakah dia yang Kau bayangkan untukku sebelum ini? Berikanlah daku petunjukMu, Ya Rahman, Ya Rahim…’
"Beratnya mulut awak. Dari tadi diam aje. Tak nak interview saya ke?" Hanafi menyoal lembut, tidak senang melihat Amyra begitu. Anak mata Hanafi masih terpaku pada seraut wajah di hadapannya. Langsung tidak percaya dia akan bertemu gadis idamannya hari ini. Hanafi tidak tahu mengapa dia begitu tertarik pada wanita yang baru pertama kali dilihatnya ketika wanita itu sedang leka memilih sayuran. Dan dia sama sekali tidak menyangka yang wanita itu adalah kenalan mayanya. Hanafi hanya tahu ketika dia bertanyakan Syuhada nama pemilik Sinar Iman. Amyra mengangkat wajah lalu menarik nafas dalam.
"Saya betul-betul tak sangka kita akan jumpa kat sini, dalam keadaan macam ni. Welcome to Sinar Iman, Mr Hanafi Lotfi," mata Amyra bersinar ketika menuturkannya. Hanafi tersenyum mesra.
"Saya tahu awak pasti akan bagi saya kerja ini. Bukan ke kita mempunyai impian yang sama dan saya dah pun berjanji?" Hanafi mengingatkan. Amyra tersenyum dan mengangguk pantas tanda puas yang teramat. Sedikit pun dia tidak pernah lupa dengan janji yang pernah diukir oleh Hanafi dahulu. Dan kini, Hanafi telah mengotakan janjinya. Amyra sebenarnya masih memikirkan mimpinya. Adakah semua itu suratan atau kebetulan?
"Mari, saya kenalkan awak pada kakitangan di sini dan juga adik-adik saya," ajak Amyra sambil bangkit dari kerusinya. Hanafi turut bangun tetapi dia menghalang laluan Amyra. Amyra memandangnya dengan tanda tanya yang bersarang di minda.
"Myra, sudikah awak menjadi raja di hati saya? Permaisuri hidup saya?" Amyra tersentap. Lamaran tulus itu berdesup masuk ke corong telinganya. Seketika, mata mereka bertaut mesra, menghantar kasih terus ke lubuk jiwa. Perlahan otak Amyra berputar memadankan situasi sekarang dengan mimpi yang pernah dialaminya tempoh hari…
********************
'Ya Allah, panjangkanlah jodoh kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaMu. Tuhanku, satukanlah hati kami dengan jambatan cintaMu, agar kami tidak leka dalam dunia ciptaan kami sendiri. Kurniakanlah kesabaran yang tinggi dan perasaan sayang yang berkekalan hingga akhir hayat kami. Temukanlah kami di Taman Firdausi yang abadi. Amin…' Untaian doa yang diaminkan dalam hati itu mengakhiri hari Amyra Najwa. Dia terus terlena dalam dakapan suaminya, Muhamad Hanafi.
posted by Penulisan2u @ 1:47 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
6 Comments:
  • At 31/10/08 8:19 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cepatnya si hanafi tu lamar amyra. x fikir panjang ke?

     

  • At 1/11/08 1:38 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kan ke dh lama kenal lam cyber.....balik tunaikan janji..

     

  • At 20/11/08 10:31 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    okk..sweet..
    cbe lau pnjgkn tat dia n hanafi jpea...
    dieowg dati' keee..
    bwu syok ck8

     

  • At 22/11/08 6:43 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    trimas ntuk komen anda..

    sy cuba baiki =)




    *eyla aqilla

     

  • At 25/11/08 6:24 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerita nie tergantung

     

  • At 5/12/08 3:34 PTG, Blogger Sweet Blossoms said…

    salam.. jalan cerita menarik.. susunan ayat pn menarik.. ala2 pro skit.. tp cerita ni mcm flash.. laju sgt smp byk perkara yg t'tinggal.. mgkn sbb penulis buat cerpen "cerita pendek".. klu cerita ni djdkan novel, blh x?.. pape pun cite ni best..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group