Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hanya tinggal seminggu lagi ketika itu. Aku gembira akhirnya masa yang ditunggu- tunggu akan tiba jua. Aku akan berkahwin dengan Diaz dan akan menjadi miliknya yang sah dalam beberapa hari lagi. Percintaan selama 3 tahun akan kami tamatkan dengan membina sebuah masjid yang indah yang pastinya penuh dengan bunga-bunga cinta. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kebahagiaan yang tidak terhingga ini. Kad jemputan telah habis diedarkan. Barang-barang hantaran juga telah tersedia di birai katil bahkan pelamin juga sudah dihias. Boleh dikatakan semuanya telah siap hanya menunggu hari bahagia sahaja. Aku dan Diaz baru sahaja menamatkan pengajian diploma kami dan Diaz mahu kami segera berkahwin. Lamaran Diaz aku sambut dengan perasaan terkejut dan aku menerimanya tanpa berfikir panjang. Aku yakin dengan keputusanku. Ibu dan ayah juga tidak membantah. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya hati ini. Kek perkahwinan masih lagi belum ditempah. Aku perlu ke pekan untuk menempah kek itu. Aku mahu pergi sendirian sahaja pada mulanya tetapi ibu melarang kerana mengikut adat bakal pengantin perempuan tidak boleh keluar rumah dalam masa terdekat sebelum hari pernikahan. Selepas puas memujuk akhirnya ibu membenarkan aku keluar dengan syarat aku harus ditemani oleh saudara terdekat. Kebetulan sepupuku, Sasa ada di rumahku pada ketika itu dan aku meminta dia untuk menemani aku. Kami pergi ke pekan dengan menaiki motosikal yang di pandu oleh Sasa. Tiba- tiba motosikal itu berhenti ditengah jalan. Menurut Sasa, motosikal itu rosak. Aduh!! Macam mana ni?? Aku mengeluh sendirian. Tempat itu agak sunyi dan bersemak. Sasa memeriksa motosikal tersebut dan mendapati motosikal itu ternyata tidak rosak sebaliknya hanya kehabisan petrol. Sasa menepuk dahinya sendiri seakan mengakui kesilapan dirinya yang tidak memeriksa motosikal itu terlebih dahulu sebelum keluar tadi. Kami mengambil keputusan untuk menolak motosikal itu sampai ke pekan dan mengisi petrol disana. Tiba- tiba seorang lelaki muncul dari celahan semak dan menerkam ke arah kami. Sasa berjaya memboloskan diri dari cengkaman lelaki bertopeng itu dan terus melarikan diri. Aku menjerit ketakutan. Di dalam hati, aku bersyukur kerana Sasa dapat melarikan diri dan dia akan mendapatkan pertolongan dari orang ramai. Aku cuba sedaya upaya untuk melawan lelaki ganas yang hendak merogolku itu tetapi kudratku tidak mampu menolak tubuhnya yang jauh lebih besar itu. Aku menjerit sekuat hatiku. Malangnya tiada siapa yang mendengar. Bantuan dari Sasa tidak mampu lagi ku tunggu. Semuanya telah hancur. Aku kehabisan tenaga untuk terus menghalang niat terkutuk lelaki durjana itu. Inikah nasibku? Maruahku diragut pada saat aku akan mendirikan rumah tangga dengan insan yang aku benar- benar sayangi. Apa yang harus aku lakukan sekarang? Lelaki durjana itu meninggalkan aku setelah mendapat apa yang dia mahukan. Tidak lama kemudian Sasa tiba bersama kedua orang tuaku. Menurut ayah, perkara ini harus di rahsiakan. Tiada siapa harus tahu hal ini termasuk Diaz. Diaz pasti tidak dapat menerima hakikat ini. Mawar yang sudah pudar warnanya tidak mungkin akan dihinggapi sang kumbang lagi. Malangnya perkara ini
tidak dapat ditutup selamanya. Pada hari pernikahanku, Diaz datang tanpa baju melayu dan tanpa perarakan dari kaum keluarganya. Sebaliknya Diaz datang bersama Sasa dan memutuskan untuk membatalkan pernikahan kami. Aku faham segalanya. Perkara yang ingin dirahsiakan bukan rahsia lagi. Di saat aku lemah tidak berdaya dan terpaksa menahan perasaan malu yang tidak terhingga, adikku Amran datang menghulurkan bantuan. Dia bersedia mengahwiniku walaupun jarak usia kami jauh berbeza. Umurnya baru 18 tahun tetapi sanggup berkorban demi aku. Aku tahu dia sangat menyayangi aku sebagai kakaknya walaupun aku bukan saudara kandungnya. Ibu dan ayah mengambil aku di rumah anak yatim 21 tahun yang lalu. Tetapi aku terkejut dengan niat sucinya itu. Demi menutup aib keluarga dia sanggup membuat keputusan sebesar itu. Ayah bertegas pernikahan harus dilangsungkan walaupun terpaksa menukar pengantin lelaki. Ibu dan ayah bersetuju dengan keputusan Amran dan mereka telah berkorban demi aku dan demi menjaga maruahku. Tetamu sudah memenuhi ruang halaman rumah kami. Aku menurut sahaja apa kata ibu dan ayah. Mungkin itu yang terbaik. Aku terharu dengan pengorbanan mereka sekeluarga terhadapku. Sehari kemudian aku mendapat khabar tentang Diaz. Diaz telah berkahwin dengan Sasa. Aku juga mendapat tahu bahawa motosikal yang aku dan Sasa gunakan untuk ke pekan beberapa hari yang lalu rupanya tidak rosak mahupun kehabisan petrol. Semuanya telah dirancang. Lelaki bertopeng yang telah memusnahkan hidupku juga telah dapat ditangkap. Diaz! Sungguh keji hatimu. Aku langsung tidak menyangka semua ini angkara kau dan Sasa. Akukah yang bodoh? Telah banyak temanku yang menasihati aku agar menjauhi mu Diaz, tetapi aku tidak mengendahkannya kerana aku percaya pada cinta kita. Aku percaya hubungan kau dengan Sasa telah berakhir sebelum aku menerimamu sebagai kekasihku. Rupanya ini hanyalah helah semata-mata. Sasa! Akhirnya kau berjaya membalas dendam padaku. Kau berjaya memusnahkan hidupku dan kau berjaya melunasi segala iri hatimu padaku. Aku akan jadikan semua yang telah berlaku sebagai pengajaran dalam meneruskan perjalanan hidupku. Terima kasih atas pengalaman berharga ini. Adikku Amran! Hatimu sungguh suci. Pengorbananmu murni dan ketulusan hatimu tidakku sangsi. Perjalanan kisah kita baru bermula dan telah ku siapkan sebuah lembaran baru untuk kita meniti hari- hari seterusnya. Aku akan menguatkan semangat ku untuk terus bernafas di dunia ini demimu. Demi seorang adik yang tidak putus memberikan harapan dan keyakinan. Seperti katamu, hidup adalah sebuah harapan dan harapan adalah milik setiap insan. Jangan pernah berputus asa selagi kita belum berusaha, berusaha mengharungi segala ombak cabaran yang mendatang. Tuhan tidak akan menguji hambanya pada sesuatu yang tidak mampu di tanggung oleh hambanya. Oleh itu jangan menyerah kalah. Ya!! Benar katamu Amran. Aku tidak akan berputus asa dalam menjalani hidup ini. Sekarang kau bukan lagi adikku, kaulah suamiku dan engkaulah yang layak berada dalam hatiku. Terima kasih adikku, terima kasih sayangku.
entah kenapa, x selesa baca kakak kawin dengan adik walaupun bukan adik beradik kandung. adik beradik angkat pun mesti ada rasa sayang kakak kepada adik, kan? boleh ke ditukar kepada sayang pada suami?
ada gak adk angkt g2 kn.... mgkn adk angkt die cnta die... tp penulis xnyatakan dlm cite die kot..... hrp penulis mantapkan lg jln cte nie supaya pembaca xtertanya-tanya.
BULANBINTANG tq 4 da komen..ni 1st cerpen...kalo ada kekurangan tu sory k..harap sudi bc cerpen kedua sy "aku mahu menjadi hawamu"
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
entah kenapa, x selesa baca kakak kawin dengan adik walaupun bukan adik beradik kandung. adik beradik angkat pun mesti ada rasa sayang kakak kepada adik, kan? boleh ke ditukar kepada sayang pada suami?