Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Farizal menambahkan lagi kelajuan motosikal apabila anak mata koko miliknya menangkap kelibat seorang gadis yang bertocang sedang mengayuh basikal di hadapannya. Dia masih dapat mengecam gerak tubuh itu meskipun jarak mereka yang agak jauh. "Hai sayang.." Serta merta motosikalnya diberhentikan dihadapan Azra, gadis yang sering menjadi ingauan mimpinya. Terkocoh-kocoh gadis itu membrek basikal yang dinaiki sehingga hampir terjatuh. "Apasal kau ni?! Nak bunuh orang ke??". Mata Azra mencerlung melihat wajah Farizal yang tersengeh-sengeh seperti kerang busuk. "Ala sayang..jangan la marah..abang tak sengaja la.." Farizal hanya ketawa apabila melihat Azra mencebikkan bibirnya. "Boleh jalan la ngan sayang dan abang kau tu..dah la aku nak balik..tepi.." Dia hanya melihat gadis itu berlalu pergi dengan senyuman yang memanjang. Adegan itu sememangnya sudah dihafal dalam kotak ingatannya. Azra kelihatan seperti jual mahal tapi hatinya seperti dapat merasakan yang gadis itu juga ada menyimpan perasaan terhadapnya. Ahh..kenangan..Farizal segera melangkah membawa tubuhnya ke bilik air. Mengangkat wuduk untuk mengerjakan salah satu tiang agama yang kini telah menjadi sebati dengan dirinya. Kenangan indah bersama Azra Safiya disimpan kemas dalam lubuk hati yang paling dalam. Biarlah di situ saja ia tersimpan..tak perlulah diluahkan dengan kata-kata.. ****** "Kenapa kau sanggup buat macam ni hah?! Kau dah gila ke? Aku benci kau tau tak!!" Farizal merenung air jernih yang dilihat mengalir dari kelopak mata Azra, gadis yang disayangi dan dicintai sepenuh hati sejak mereka berada di tingkatan 4 lagi. Terhenjut-henjut bahunya menahan esakan yang semakin kuat menekan penjuru hati barangkali. "Kenapa nangis? Rizal tak apa-apa.." Tenang dia menutur bicara. Tanpa diduga Azra menyembamkan mukanya di dada Farizal yang sedang berbaring di katil hospital. Mindanya segera mengingat kembali peristiwa yang berlaku awal pagi tadi, semasa dia hendak melintas jalan untuk ke sekolah. Tiba-tiba dilihatnya sebuah kereta meluru laju dan malangnya dia tak sempat untuk bertindak. Hanya pasrah sambil melihat kereta itu semakin mendekati tubuh lampainya. Tiba-tiba badannya terasa terhenyak ke depan. Aduh! Eh, tak de darah. Seketika matanya membulat apabila dipalingkan wajah dilihatnya Farizal Hakimi terbaring di jalan raya! "Azra Safiya menangis yer…ni free show ini..bertuah Rizal dapat tengok hari ni.." Azra hanya diam sambil matanya merenung kaki Farizal yang berbalut akibat patah dilanggar kereta sewaku cuba untuk menyelamatkannya. "Kaki awak dah patah..kenapa buat macam tu?" Nada yang tadinya kasar telah bertukar rentak. Begitu juga dengan panggilan baru itu yang dirasakan lembut sahaja pada pendengaran Farizal. Hatinya bernyanyi riang meskipun kesakitan di tubuhnya terasa masih menjalar terutama di bahagian kaki. "Sebab apa yer..ermm..sebab… Azra Safiya ada sorang je kat dunia ni..kalau Azra Safiya dah takde, macamana Farizal Hakimi nak hidup ngan gembira lagi..Lagipun, patah aje..bukan kudung pun kan sayang.." "Rizal! Tolong jangan cakap macam tu." Sungguh dia terkejut dengan tindakan Farizal menyelamatkannya. Bukan dia tak tahu perasaan lelaki itu terhadapnya, tetapi dia tak menyangka perasaan itu sungguh kuat kerana mereka hanya berusia 17 tahun pada masa itu. Namun, ternyata hati dan perasaan sukar untuk dimengertikan. Sejak itu ikrarnya hanya untuk mencintai Farizal Hakimi, satu-satunya lelaki yang sudi mengorbankan nyawa hanya untuk seorang gadis biasa sepertinya. Rizal..Hatinya menyebut nama itu sambil merenung raut wajah yang telah bersemadi kukuh dalam hatinya. "Awak..Rizal penat..Rizal tido erk.." Azra hanya mengangguk dan membetulkan selimut yang menutupi tubuh Farizal. Seketika kemudian dilihatnya Farizal telah terlena. Serta merta hatinya digigit kesayuan.
"Weh..! Kau ni termenung pulak..nak kuar tak ni..?" Azra tersentak apabila dijerkah Salina, sahabat baik yang selama ini sentiasa berada di sisi. Salina sorang sajalah tempatnya mengadu apabila rindunya kepada Farizal datang bertandang. "Yelah..nak pergilah ni.." ****** "Kenapa ni? Kau masih ingatkan dia?" Soalan yang diutarakan Salina hanya dijawab dengan satu keluhan panjang. "Ntahlah.." "Sudah-sudahlah tu Az..aku kesian betul tengok kau macam ni..benda ni kan dah lama.." Salina meluahkan perasaan hatinya. "Aku tak faham kenapa dia tinggalkan aku macam tu aje..lima tahun kami bersama..alih-alih dia cakap nak putus..aku tak tau apa salah aku.." Lirih suaranya saat menuturkan kata-kata itu. Kepedihan yang dirasakan akibat perbuatan Farizal yang meninggalkannya di saat hatinya sudah benar-benar bersedia untuk meneruskan hidup bersama sungguh meninggalkan kesan yang mendalam. "Mungkin dia ada sebab tersendiri yang dia tak dapat jelaskan pada kau?" "Mungkin..tapi mungkin jugak dia ada orang lain..kami berpisah bukannya lama pun..Setahun aje dia pergi sana.tu pun seminggu pergi dah buat hal..mungkin dia kenal perempuan lain kat sana.." Farizal meninggalkan Azra di Malaysia selama setahun untuk mengikut ibu bapanya ke United Kingdom kerana terikat dengan urusan kerja. Tetapi ternyata pertemuan antara mereka sebelum Farizal berangkat ke sana merupakan kali terakhir bagi Azra. Farizal hilang khabar berita. Sehinggalah suatu hari dia menerima panggilan telefon dari lelaki itu. "Rizal..kenapa lama tak hubungi saya?" Azra segera mengutarakan persoalan yang sering menggangu tidurnya selama 4 bulan setelah Farizal menyepikan diri. "Sibuk..sebenarnya Rizal nak bagitau something.." Dada Azra tiba-tiba berdebar-debar. Dia hanya menunggu kata-kata Farizal yang seterusnya. "Rizal rasa hubungan kita takkan ke mana. Mama ngan papa nak jodohkan Rizal dengan anak kawan dorang kat sini..and Rizal dan setuju." Lancar dan bersahaja Farizal menutur bicara. Azra hanya mampu terdiam tanpa dapat berkata apa-apa. Mindanya terasa kosong dan seketika pipinya terasa hangat dengan airmata yang mengalir dengan sendirinya. "Rizal..sampai hati cakap macam ni yer..? Mana kasih sayang Rizal selama ni..?" Dia cuba mendapatkan penjelasan. Bergetar suaranya menutur ayat demi ayat untuk merungkai apa sebenarnya yang telah berlaku sehingga Farizal begitu mudah melupakan segala kenangan mereka selama 5 tahun bersama. "Kita dah tak der jodoh..Rizal minta maaf banyak-banyak.Bye." Klik! Talian diputuskan dengan tiba-tiba. Azra hanya mampu meratapi pemergian Rizal, juga meratapi diri yang ditinggalkan begitu sahaja setelah dia menyerahkan sepenuh hatinya kepada pemuda itu. Dia merasakan hidupnya kosong dan gelap dengan tiba-tiba. Rizal!! Hatinya melaung-laung nama yang sudah terang-terang tidak menginginkan dirinya lagi. ****** Farizal tersentak apabila dikejutkan oleh mamanya yang mengatakan mereka telah sampai ke rumah. Dua tahun berada di luar negara, akhirnya kakinya jejak juga ke rumah itu untuk sekali lagi. Menghuni pula dalam bilik miliknya yang menyimpan pelbagai kenangan cintanya bersama Azra. Ruang kamar itu menjadi saksi betapa dia menggilai gadis itu sehingga setiap penjuru bilik terdapat potret wajah Azra Safiya. Tapi sayang keadaan tidak memungkinkan dia untuk memiliki Azra lagi. Perlahan-lahan dia mengatur langkah menuju kamar peribadinya. Semuanya dijaga rapi pembantu yang telah diupah oleh ibu bapanya. Sebaik pintu terbuka terpampanglah kenangan yang indah yang selama ini hanya tersimpan dalam sanubari. Hatinya menangis mengenangkan cinta yang tak kesampaian. Tambah menyakitkan apabila dia sendiri terpaksa melafazkan kata-kata perpisahan yang tak pernah difikir akan dilakukannya. ‘Kita dah takde jodoh’. Masih terngiang-ngiang di telinganya perkataan yang sangat dibenci itu. Ahh..kenapa!! Kenapa aku diuji begini?? Azra!! Rizal rindukan awak.. Dia memeluk gambar Azra yang berada di tepi katil. Buat pertama kali selepas menuturkan kata-kata perpisahan itu setahun setengah yang lepas dia menangis hiba. Airmata lelakinya mengalir lesu membasahi wajah yang selama ini tidak pernah tersenyum setelah hidupnya terasa diragut dengan sadis. Dengan pandangan yang kabur direnung kakinya yang berlunjur lesu di katil bujang itu. Aku cacat! Aku tak layak untuk kau lagi..!! segera terimbas tragedi yang berlaku pada minggu pertama di tiba di UK. Dia dirempuh oleh sebuah kereta sewaktu berjalan untuk mendapatkan teddy bear yang ingin dikirim kepada Azra. Tiba-tiba dia merasakan tubuhnya melayang. Sedar-sedar sahaja kaki kirinya telah tiada dari paras lutut ke bawah. Kecederaan yang parah menyebabkan kakinya tak dapat diselamatkan. Dan itulah penyebabnya Azra terpaksa ditinggalkan. Tak sanggup dia melihat airmata Azra yang akan mengalir apabila melihat keadaannya. Lebih dari itu dia takut Azra akan bersimpati padanya. "Azra…Rizal rindu.." Dia masih memeluk potret Azra sambil mengurut-urut kakinya itu. Benci seketika apabila menatap tubuh yang sudah tidak sempurna lagi. Namun, hatinya segera tersedar bahawa semua itu adalah ujian. Semoga Azra bertemu lelaki yang lebih baik..yang bisa menjaganya dengan sempurna. Dia hanya mampu berdoa dalam hati. ****** "Az..tengok subang ni..cantik kan.." Salina melihat-lihat subang emas yang dipamerkan di dinding kaca kedai emas Habib Jewels di Sogo itu. "Aik..mana dia ni..?" dia mencari-cari kelibat Azra yang telah hilang. "Weh..buat apa kat sini? Aku cakap sorang-sorang tadi tau tak.." Azra dilihatnya sedang berdiri sambil merenung sesuatu di hadapannya. Seorang lelaki yang berkerusi roda yang sedang leka membaca sebuah majalah menjadi tatapan mata Azra.Dilihatnya wajah Azra berubah pucat. "Azra.." Tidak sempat dia menghabiskan kata-katanya apabila dilihat Azra telah melangkah menghampiri pemuda yang memakai topi itu. "Rizal.." Farizal tersentak. Dipalingkan wajahnya dan jantungnya berdegup kencang apabila wajah Azra Safiya memenuhi ruang matanya. Majalah yang dipegang segera dicampak ke tempatnya dan dia mula menggerakkan kerusi roda itu dengan kelam kabut. "Rizal..Jangan pergi..tolong jangan pergi.." Azra sudah melutut di hadapannya sambil memegang kerusi rodanya. Matanya sedang mengalirkan titisan jernih yang selama ini tersimpan sekian lama. "Awak salah orang..tepi..saya nak lalu.." Farizal berusaha untuk menahan kesedihan yang hebat menyerang tangkai hatinya. "Rizal…Saya tau awak Rizal..Farizal Hakimi..saya tau awak..tolong jangan pergi..Kita cakap sekejap yea.." Azra dapat melihat fizikal Farizal dan sekarang dia memahami segalanya. "Hey..kau tak faham ker aku cakap aku nak lalu..tolong ke tepi!" jerkahan yang kuat mendorong beberapa orang menyaksikan adegan itu. Azra juga terkejut keran diherdik sebegitu rupa. "Rizal.." Tiba-tiba Azra melihat mama Farizal muncul di sebalik rak-rak buku. Matanya membulat melihat Azra yang melutut di hadapan anak lelaki tunggalnya itu. "Mama..please take me out of here..please ma.." Puan Shafina hanya memandang wajah Azra yang sudah basah sambil tangannya segera menolak kerusi roda Farizal. Dia mengangguk kepada Azra sebagai isyarat untuk mengikutnya.
"Maafkan auntie sebab tak cakap apa-apa pada Azra..semua ni permintaan Rizal..dia tak sanggup Azra terseksa jika bersamanya. Dia kata dia dah cacat..dah tak mampu untuk jaga Azra." Azra hanya mendiamkan diri mendengar penjelasan Puan Shafina yang sememangnya telah mengetahui hubungannya denga Farizal selama ini. Salina juga hanya mendiamkan diri. Dia tak menyangka sama sekali akan bertemu dengan Farizal dalam keadaan begitu. Sedikit sebanyak dia juga dapat memahami apa yang sebenarnya berlaku. "Dia tak pernah menangis sejak dia mintak putus dengan Azra dulu. Kali terakhir auntie tengok dia nangis masa dia dapat tahu kakinya dah tak de separuh. Tu pun dia nangis sorang-sorang. Auntie dah tak dapat tengok dia senyum dan ketawa lagi lepas tu. Dia jadi sangat pendiam. Tapi auntie bersyukur sebab dia seperti dapat menerima dugaan tu. Dia tak pernah merintih dengan auntie.." "Tapi..Puas auntie dan uncle pujuk dia untuk buat operate..guna kaki palsu, dia tak nak jugak..kami pun tak tau kenapa.." Puan Shafina melihat wajah keruh Azra sebelum menyambung bicara. "Auntie rasa dia lebih kecewa apabila terpaksa kehilangan Azra..sebab auntie dengar dia menangis masa hari pertama kami tiba di rumah..auntie dapat agak dia rindukan Azra sebab dalam bilik dia penuh dengan gambar Azra..macam dulu-dulu jugak.." Azra ternyata tidak dapat menahan tangisannya. Teresak-esak dia menangis di pelukan Puan Shafina. Rizal..kenapa Rizal tanggung sendiri..hatinya hiba yang teramat dengan kenyataan itu. "Sabarla Azra..auntie doakan Azra jumpa ngan lelaki yang sempurna untuk Azra..seperti doa Rizal sehari-hari.." "Auntie…kenapa cakap macam ni..? Azra tak pernah terfikir untuk putus dengan Rizal..Azra boleh terima dia auntie..Azra tak pernah berhenti berharap untuk bersama dia sejak kami putus dulu.." Puan Shafina turut menitiskan airmata melihat keadaan Azra dan mengenangkan nasib Farizal. Kadang-kadang dia menyalahkan dirinya sendiri kerana menyebabkan Farizal jadi begitu. Kalau bukan dia dan suaminya membawa Farizal ke UK, tentu anaknya itu masih bahagia dengan Azra. Namun, dia tahu semua itu sudah tertulis. "Rizal takkan terima sayang..Dia tak nak Azra simpati pada dia.." "Auntie.." Azra hanya dapat menyebut perkataan itu. Salina menggenggam tangan Azra sebagai tanda sokongan. Simpatinya tumpah melihatkan nasib Azra dan Farizal. Tiba-tiba Azra berlari menuju ke kamar Farizal. Puan Shafina dan Salina hanya memerhatikan derapan langkah Azra yang semakin hilang di pandangan. Puan Shafina mengharapkan agar Farizal akan kembali ceria dengan kehadiran Azra semula. Namun, dia juga tidak mahu terlalu berharap.
Azra dapat melihat Farizal terkocoh-kocoh menghayun langkah bersama tongkatnya apabila melihat kelibatnya. Dengan sepantas kilat dia menaiki anak tangga dan berusaha untuk menghalang Farizal dari menyembunyikan diri darinya. "Rizal..jangan buat saya macam ni..apa salah saya.." Azra nekad untuk mendapatkan penjelasan dari Farizal sendiri. "Awak nak apa lagi? Awak nak harap apa lagi..? Ni…ni..nampak ni??" Farizal mencampakkan tongkatnya dan memegang dinding seraya menunjukkan kakinya yang telah cacat. "Nampak tak?! Tau tak apa makna ni? Aku dah cacat…dah kudung..kau nak harap apa lagi?!" Tindakan dan kata-kata Farizal disambut dengan airmata Azra. Terhenjut-henjut bahunya menahan esakan. "Saya tak kisah..kita dah lama bersama..hati saya ngan Rizal..semua ni tak penting.." dia cuba untuk mendapatkan pengertian dari Farizal. "Aku tak boleh nak jaga diri sendiri pun, apatah lagi nak jaga kau..sudahlah..sekarang ni memang kau cakap tak kisah..tapi nanti bila kau dah rasa bebannya kau akan kisah.." Farizal kembali mengatur langkah, namun ditahan oleh Azra. Tangannya cuba diraih Azra tetapi ditepis dengan kasar. "Tak payah nak sentuh aku..tak payah simpati pada aku..pergi sekarang.." Dia bimbang tak dapat menahan airmata yang seakan tidak mampu dibendung lagi. Pilu hatinya apabila terpaksa melukakan Azra, sedangkan dia juga terlalu menyintai gadis itu. Namun dia tak sanggup untuk menghancurkan masa depan Azra. Dia merasakan dia sudak tidak layak lagi untuk berdampingan dengan gadis tinggi lampai itu. "Sampai hati Rizal buat saya macam ni..saya tak pernah menyangka Rizal yang saya kenal sekejam ni..saya benci..saya benci awak!" Sebaik menuturkan kata-kata itu dia tergesa-gesa menuruni anak tangga, ingin meninggalkan Farizal yang dirasakan sudah berubah. Tiada lagi cinta untuknya. Namun, entah bagaimana kakinya tersilap melangkah. Seketika tubuhnya terasa bergolek, berpusing-pusing dan hentakan demi hentakan di tubuh dirasakan sangat menyakitkan. Telinganya menangkap suara Farizal yang menjerit memanggil namanya. Seketika pandangannya gelap.. ****** Azra membuka matanya dan serentak dengan itu kepalanya terasa berdenyut. Kat mana ni…hatinya berbisik. "Kakak.." Kedengaran suara ibunya memanggil. Dilihatnya ibu, ayah serta dua orang adiknya ada bersama. Begitu juga Salina. "Kakah dah sedar yer…Ibu dengan ayah risau sangat. Adik-adik pun risau.." Ibunya mencium dahi Azra yang berbalut. Salina juga datang dan menggenggam tangannya. "Syukur kau selamat.."Azra masih bingung. "Ibu..Ayah..apa dah berlaku.." "Kakak jatuh dari tangga..dah la jangan cakap banyak..berehat yer.." Ayahnya pula menyampuk. "Angah, adik..mai cium kakak.." Seketika kedua-dua adik perempuannya datang dan menciumnya. Sejurus selepas itu dia terlena lagi.
"Saya minta maaf..kalau saya tak bawak dia ke rumah benda ni takkan jadi.." Puan Shafina memeluk Hajah Rosnah. Suami masing-masing hanya berdiam diri melayan perasaan. "Tak pe la..akak tak salahkan Ina..Akak harap Azra tabah.." Hajah Rosnah hiba. Anak sulungnya disahkan mengalami masalah pada tulang belakangnya. Risiko untuk mengalami kelumpuhan tinggi dan dia tak tahu bagaimana untuk memberitahu Azra tentang perkara itu. Farizal hanya berdiam diri. Untuk menatap wajah Azra dia jadi takut. Perasaan menyesalnya tak kunjung padam. Dia masih terlihat tubuh Azra yang jatuh dari tangga kerana melarikan diri darinya. Saat itu dia ingin mendapatkan gadis itu namun kakinya tak berdaya melangkah. Farizal hanya mampu menjerit memanggil nama Azra sehinggalah mamanya dan Salina muncul dan terkejut melihat tubuh Azra terbaring dia lantai dengan kepala yang berdarah.
Azra pasrah. Doktor mengatakan dia lumpuh dari pinggang ke bawah..saat menerima berita itu dia hanya terdiam. Mindanya mengingati Farizal. Mana dia..tak datang ke..sejak dua minggu berada di wad, hanya Puan Shafina dan Tuan Murad yang datang. Farizal langsung tidak kelihatan. Hatinya sayu..hari ini dia akan pulang ke rumah,namun insan yang ditunggu tidak juga kunjung tiba. ****** Azra terdengar pintu biliknya dikuak namun langsung tidak dihiraukan..matanya dibawa merenung padang rumput yang terbentang dari jendela kamarnya. "Kakak..makan bubur ni..petang nanti kita pegi hospital.." Dia hanya mengangguk tanpa memandang ibunya. Sebentar kemudian pintu biliknya ditutup. Namun dia masih merenung pemandangan yang menghijau dari kerusi rodanya. Airmata yang mengalir secara tiba-tiba dibiarkan sahaja. Hanya esakan kecil kedengaran memenuhi ruang kamar yang kosong. "Azra nangis yer.." Tiba-tiba satu suara menyapa.. Serta merta dia memalingkan wajahnya dan terlihat dengan jelas seraut wajah yang sangat dirindui. Farizal menggunakan tongkatnya untuk menghampiri Azra. Dia berlutut di hadapan gadis itu yang semakin galak mengalirkan air mata. "Free show ni..Bertuah Rizal dapat tengok.." Disapu airmata itu. Hatinya yang turut menangis disembunyikan supaya gadis itu mendapat kekuatan darinya. "Rizal rindu sangat kat awak…rindu sangat-sangat.." Tanpa diduga Farizal merebahkan kepalanya di ribaan Azra. "Rizal minta maaf..sebab Rizal ego semua ni berlaku..Rizal sayang awak..sayang sangat..Rizal yang salah.." Akhirnya airmata itu tumpah juga. Dihadapan Azra dia menangis hiba mengenangkan nasib yang menimpa. "Rizal tak nak kehilangan awak lagi..kita akan bersama selama-lamanya kan.." Kepalanya didongakkan dan dilihatnya Azra sedang merenungnya. "Jika dengan lumpuh sahaja yang dapat mengembalikan Rizal, saya sanggup.." kata-kata yang terucap dari bibir Azra mengundang tangisan yang memanjang dari Farizal. Kesalnya tak berkesudahan. "Rizal boleh terima saya kan..sebab saya dah lumpuh..jadi kita dah sepadan kan..sama-sama tak sempurna lagi.." Azra menuturkan perkataan demi perkataan dengan linangan airmata. "Azra..please jangan cakap macam tu..apapun yang terjadi..awak tetap perempuan paling sempurna di hati Rizal.." Farizal menggenggam erat jari jemari Azra. Menghapuskan rindu yang ditanggung selama ini. "Kita nikah yer.." Bulat mata Azra mendengar permintaan Farizal. "Mama, papa, ibu, ayah dan adik-adik…semua dah setuju.." Matanya merenung anak mata Azra. Mencari sesuatu dan akhirnya dia menguntum senyum apabila Azra mengangguk.
Majlis pernikahan diadakan secara sederhana. Farizal kelihatan sangat gembira dengan pernikahan itu. Sungguh dia tak menduga takdir yang tertulis untuknya sedemikian rupa. Akhirnya dapat juga dia memiliki satu-satunya wanita pernah hadir dalam jiwanya. Setelah melalui perpisahan dan tragedi, akhirnya mereka bersatu jua. "Abang bahagia..sayang janji..jangan tinggalkan abang.." Farizal merasakan dia takkan sanggup untuk kehilangan Azra lagi. "Azra janji..kita akan tetap bersama.." Dan malam pun berlalu dengan kenangannya yang tersendiri. ****** "Ada berita gembira.." "Apa dia doktor..?" Azra hanya memandang Farizal yang seakan tidak sabar untuk mendengar penjelasan Dr. Raziah. "Isteri awak Azra.. boleh pulih dalam masa empat bulan lagi jika dia terus menjalani terapi dengan sistematik." Kata-kata itu disambut dengan ucapan syukur yang tak terhingga. Farizal menggenggam erat tangan isteri yang baru seminggu dinikahi itu. "Terima kasih doctor." Malam itu sebelum tidur, kedengaran suara Farizal yang keresahan. "Dua bulan lagi abang akan operate..abang akan dapat kaki balik..walaupun tak ori tapi tak pe kan.." Farizal merenung wajah isterinya. "Kenapa tanya macam tu?" "Sayang kan akan sembuh sepenuhnya nanti..abang pulak.." "Abang..kita dah janji kan..takkan ungkit soal tu lagi..yang penting abang selalu ada disisi Azra pun dah lebih dari cukup.." Farizal tersenyum dan segera dicium tangan Azra. "Terima kasih sebab mencintai abang dengan setulusnya..Sayang terima abang seadanya..abang takkan lupa sampai bila-bila.." Azra merebahkan diri di pelukan Farizal. Mengharapkan hari esok yang lebih cerah akan menanti mereka. Semoga Tuhan merahmati kita selamanya..Hatinya berbisik.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hmmm..best..syahdunyer... ade jugak cinta sejati dlm dunia ni kan..