Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Wei, apa duk termenung ni? Tak de kerja ke?" Aku tiba-tiba je di tegur oleh seseorang. Tegas dan sedikit kuat, memeranjatkan aku. Lantas lamunanku mati disitu. "Maaf. Puan… Laa hai, ko ke? Ingat lady boss tadi. Apa hal sergah-sergah orang ni, hah!" gerutuku. Geram dengan sikap Asyikin yang suka sangat menegurku tanpa memberi salam. "Heh, salahkan orang pula. Yang ko tu, angan-angankan sapa? Putera kayangan ke? Sampai dah tiba waktu lunch pun tak sedar." Alamak malunya. Aku sebenarnya sedikit gusar. Ada-ada je benda yang menganggu concentration aku. "Oh ya ke? Tak perasanlah pula. Masa tu cepat sangatlah hari ni. Ko lapar tak?" "Mestilah. Tengok perut aku dah bising ni. Ko tak dengar ke?" "Dengar… Dengar….," jawabku sambil ketawa kecil. Geli hati dengan sikap kawanku yang seorang ni. Asyikin ni kalau bab makan, first class. Tak payah jemput. Laju je. Tapi body dia tetap maintain. Macam aku ni taklah kurus sangat. Berisi juga. Tapi, kalau nak kata gemuk pun tak juga. Boleh tahanlah. Aku sebenarnya sedikit terganggu memikirkan hal yang mak aku ungkitkan pagi tadi. Aku belum lagi tergerak hati nak mendirikan rumah tangga. Aku sendiri pun tak berapa pasti sebabnya. Tapilah kan, menurut firasat sahabat karibku, aku ni mungkin fobia dengan alam perkahwinan. Betul ke? Entahlah. Yang aku tahu, aku tak nak kahwin mahupun mencari calon buat masa terdekat ni. Aku lebih selesa bersendirian, melayan perasaan sendiri. Aku ni tak suka cari masalah. "Alhamdullilah, kenyang sungguh aku hari ni. Terima kasih, cik Shafinaz Suzanna kerana susah-susah belanja aku makan," omong Asyikin sambil mengeliat malas. Tiada lagi ruang kosong untuk diisi. Aku hanya menggeleng melihat telatah Asyikin. Tak pernah nak berubah. "Kasihmu aku terima. Apa nak buat, kan?" balasku sambil mencapai gelas yang berisi teh o’ ais, minuman kegemaranku. Begitulah kami dua sahabat menghabiskan masa lunch kami. Selain itu, kami juga berkongsi menyewa bilik yang sama; nak kurangkan sikit perbelanjaan. Maklumlah, kami ni anak dagang. Datang ke KL, semata-mata untuk mencari rezeki. Tiada gunanya memikirkan soal jodoh. Pada malam harinya, Asyikin tergesa-gesa bersiap. Aku nak juga tahu. Rupanya, dia ada janji temu dengan tunangnya yang kebetulan akan berada di KL untuk satu minggu berturut-turut. Katanya ada conference penting di Putrajaya. Nampak gayanya, kenalah aku teman diri sendiri malam ni. Malasnya aku nak turun pergi makan sorang-sorang. Tak bestlah. Kalau ada Asyikin, boleh juga kami sembang-sembang sementara menunggu pesanan kami. Tapi, apa nak buat. Tak kan aku nak halang member aku tu berjumpa dengan bakal suaminya. Tak manislah pula. Nak ikut sama nanti dikatakan kacau daun pula. "Pak, bagi saya nasi putih campur tom yam pedas.Untuk sorang ya." "Siap. Minum apa, dik?" "Emmm…. Sirap limau, pak." "Ok. Tunggu sebentar ya." Aku mengangguk sambil menghadiahkan sekuntum senyuman buat Pak Mail. Aku memang selalu makan kat sini. Sedap! Aku duduk di meja yang paling hujung sekali. Ramai sangat pelanggan Pak Mail. Tak cukup tempat pula. Akhirnya, pesanan aku tiba. Sedang aku sibuk melayani hidangan, tiba-tiba aku disapa oleh seseorang. "Hai." Suara seorang lelaki! Tersirau darahku. Aku perlahan-lahan mengangkat sedikit kepalaku. Siapa pula mamat ni? Tak pernah pun aku jumpa sebelum ni. Macam mana ni? Nak jawab ke tak? Aku confused. "Cik adik, boleh saya tumpang duduk kat meja ni? Tak de tempat lain," pintanya lembut. Ceh! Aku ni kenapalah lekas benar gabrah. Macam-macam yang aku fikirkan. Aku tidak menjawab, sebaliknya hanya mengangguk. Tanda setuju. "Thanks." Peliklah mamat sekor ni. Meja, kerusi ni bukan aku punya. Tempat awam. Kira okeylah tu dia dah minta kebenaran. Tapi kenapa nak ucap terima kasih pula. Aku sedikit kekok meneruskan santapanku. Sebelum ni aku tak pernah duduk makan semeja dengan mana-mana lelaki pun. Tak cukup dengan tu, mamat ni tenung aku macam nak telan aku hidup-hidup je. Entah apa masalah dia. Aku ni memang pandai cover. Aku sikit pun tak layan. Aku pura-pura seperti tidak perasaan diri aku diperhatikan. Nasi kat pinggan aku ni bila nak habis…. rasa macam banyak pula. nak buang sayanglah pula. Aku memang sejak kecil lagi dah dididik supaya tidak merugikan makanan. Nangis nasi tu nanti. "Cik, awak ada masalah ke?" tiba-tiba mamat terlebih sopan tu tanya aku. Sibuk je. Kenapa, muka aku ni nampak macam ada masalah ke? Balasku, tapi dalam hati jelah. Tak berani nak tembak kat laki tu. Bukannya aku kenal dia pun. Tak pasal-pasal kena lenting pula. Aku memandang tepat wajah mamat kat depan aku tu. Kali ni, dia pula macam tak selesa. Tahu pun. Macam tu jugalah aku pun rasa bila orang tengok aku tanpa berkelip mata. Rasakan sekarang. Balas dendam ni. "Awak tak selesa ke?" sekali lagi aku diajukan pertanyaan. Dia ni tak nak mengaku kalah. Dah tahu aku tak nak jawab, tapi masih juga mencuba. Aku ni pun teruk juga perangai. Orang tu bukannya tanya benda yang bukan-bukan. Aku menarik nafas panjang sebelum menjawab pertanyaan lelaki tersebut. "Taklah. Saya okey je." "Kalau awak feel not comfortable, saya boleh cari table lain." "Hiskkkk, tak pelah. Saya tak kisah. Lagipun saya dah nak balik ni," jawabku sambil tersenyum kelat. Dia membalas senyumanku, semanis madu. Kacak juga mamat kat depan aku ni. Tapi, Pujianku ini tiada niat lain. Ikhlas. Apa salahnya kalau sekali-sekala kita puji seseorang yang memang berhak mendapatkannya. Akhirnya, aku mengatur langkah menuju ke apartment dengan ditemani oleh bebola mata lelaki tadi. Dia ingat aku tak nampak. "Comelnya gadis tu. Macam anak patung. Cute sangat. Melepaslah pula," bisik hati kecil Shahmir Shazlan. "Moga-moga aku diketemukan sekali lagi dengan dia. Aku pasti akan cuba-cuba berkenalan dengan dia. Walaupun aku tahu aku perlu bekerja keras untuk merapatinya. Dia bukan gadis sebarangan. Aku dapat rasa sangat kemuliaan diri gadis itu." Hari-hari berikutnya berjalan seperti biasa. Aku bahagia menjalankan kewajipanku sebagai seorang Personal Financial Executive, di Maybank bersama-sama dengan Asyikin. Walaupun kadang-kadang tu aku ada juga kena marah dengan lady boss, Pn. Martini Sulaiman. "Finaz, Pn. Mar panggil ko." "Panggil aku. Ko tau ke apa sebabnya Syikin?" "Manalah aku tahu. Cepat pergi. Nanti lenting pula orang tua tu," bisik Asyikin. Aku pula serba tak kena jadinya. Apa lagi aku dah buat ni? Aku perlahan-lahan menghampiri bilik pejabat Pn. Martini. Aku dijemput masuk. Suaranya lembut. Tak ada tanda dia tengah angin. Aku melangkah masuk. Ada oranglah pula kat situ, bersama-sama dengan Pn. Martini. "Assalammuallaikum, Pn. Mar panggil saya ke?" "Waalaikummussalam. Ya! Sila duduk sebentar. Ada hal sikit saya nak bincang dengan awak." Aku memang dah blur. Tak faham apa yang tengah berlaku kat situ. Lebih-lebih lagi bila terpandang lelaki separuh umur yang duduk kat situ. Dia tersengih-sengih memandangku. Kenapa pula pak cik ni? Dah gila ke? Heh! Tak baik aku kata macam tu. "Pn. Mar, saya ada buat silap lagi ke?" soalku. Aku memang dah tak boleh sabar lagi. "Taklah. Sebelum tu kenalkan suami saya, Dato’ Sulaiman." "Apa khabar, Dato." Aku menegurnya. "Sihat. Tak yahlah berdato’ dengan saya. Panggil je abah." Eh! Kenal pun tidak. Tiba-tiba suruh panggil abah. Memang peliklah. "Shafinaz, sebenarnya kami berdua ni ada niat panggil awak ke sini. Kami nak lamar awak untuk anak tunggal kami. Sudi tak?" terang Pn. Martini. Aku dah terpana mendengar isi hati boss aku tu. Mana mungkin. Aku tak kenal anak dia. Aku perlu mengambil keputusan yang berpihak kepadaku sendiri. "Pn. Mar, Dato, saya minta maaf banyak-banyak sangat. Saya tak dapat terima lamaran ni. Saya belum bersedia lagi. Maaf ya." "Tak pelah, Shafinaz. Kami tak memaksa. Tapi, diharapkan awak fikir-fikirkan pinangan ni ya. Kami berkenan sangat dengan awak. Kami yakin, begitu juga dengan anak kami nanti." Kenapalah aku selalu sangat didatangi masalah yang sama. Asyik-asyik kahwin. Aku tahulah sekarang ni aku dah capai 25 tahun. Tapi, itu tak bermakna aku kena jugak kahwin kan. Macam kat luar tu, ingat semua bila dah capai umur 23 tahun tu terus je kahwin ke. Ni zaman moden. Ada banyak lagi benda nak buat. Aku ceritakan pada Asyikin apa yang Pn. Martini cakapkan siang tadi sebaik sahaja tiba di rumah sewa. Dia apa lagi… gelakkan aku. Entah apa yang lucunya. Aku pun tak tahu. Aku sedikit tersinggung. "Terima jelah. Keluarga kaya-raya mereka tu. Ko boleh hidup senang." "Wei, ko ni… aku tak pernah pandang harta tau." "Taklah, itu bukan maksud aku sebenarnya. Itu hanya sampingan. Aku tak suruh ko kahwin sekarang juga. Tunang dulu. At least taklah kau tu jadi anak dara tua nanti. Dah ada calon. Bila-bila pun boleh kahwin." "Kenapa tak ada yang faham perasaan aku ya? Aku belum jumpa orang yang aku cintai. Aku tak boleh pakai kahwin je. Tak bercinta pun tak pe. Yang penting aku kenal hati budi dia. Itu dah cukup," terangku panjang lebar. Asyikin terdiam mendengar kata-kataku. Mungkin dia diimpit rasa bersalah kot. Aku akhirnya mengambil keputusan untuk tidur je. Malas aku nak keluar makan. Tak lapar pun. Asyikin tak pula datang mengangguku. Aku tak dapat tidur. Dah cuba paksa pun. Jauh dilubuk hatiku tiba-tiba semacam perasaan terbit. Aku tidak dapat katakan dengan pastinya apakah perasaan itu. Gemuruh tak tentu pasal. Jangan-jangan ada perkara yang tak diingini nak berlaku kot. Hisk! Minta sangat dijauhkan. Aku tak sanggup nak menghadapinya. Jiwa aku ni bukannya kuat. Dahlah tu cepat sangat sensitifnya. Nanti tak pasal-pasal aku meraung kat tengah jalan pula. Seperti biasa, aku hujung-hujung minggu macam ni suka sangat menghabiskan masa di taman bunga. Rasa seronok hati bila tengok kemekaran bunga-bungaan yang tersenyum manis menyambut salam daripada mentari. Biasanya Asyikin tidak turut serta. Jauh katanya. Sebenarnya itu hanya alasan. Dia tu tak suka duduk kat taman macam orang bodoh. Aku suka. Tak kisahlah walaupun seorang diri. Sedang aku leka menghayati setiap kuntum bunga-bungaan disitu, aku dihampiri oleh seseorang. Aku segera menoleh. Pantas. Memeranjatkan si tuan punya badan. "Cik adik ni, buat saya terkejut je. Kuss semangat. Nasib tak de sakit jantung. Kalau tak, alamatnya masuk hospitallah." "Maaf. Tak sengaja," jawabku spontan. Aku tak berniat nak takutkan orang. Kalau orang tu dah takut tu bukanlah salah aku. "Dimaafkan. Sorang je ke?" "Ya," jawabku ringkas. Dia tulah mamat yang aku jumpa kat gerai makan tempoh hari. Macam mana dia boleh ada kat sini? Jangan dia ekori aku dahlah. Ceh! Pandai-pandai je tuduh orang. Perasaan nak mampus. "Ingat kat apa tu, awak?" "Ahhh??? Tak ada apa-apalah. Cuma.. Emmm… just leave it." Aku pun tak tahu apa yang aku merepek. Buat malu je. Tak pasal-pasal dia ingat aku mengelamun. "Siapa nama awak? Boleh berkenalan tak? Harap sangat awak sudilah terima salam persahabatan saya. Ikhlas ni." "Emmm… bolehlah. Apa salahnya. Nama saya Shafinaz Suzanna. Awak?" soalku kembali. Dah adat, kenalah tanya balik. "Sedap nama tu. Saya panggi awak Inaz ya. Nama saya Shahmir Shazlan. Ikut suka Inazlah nak panggil apa. Saya tak kisah." Dia tersenyum manis. Kacak dan segak juga lelaki kat depan aku ni. Tak de cacatnya. Perfect! Terpikatlah pula aku. Nampak gaya macam anak orang-orang kaya je. Tapi budi bahasa memang tinggi. Tak berlagak katakan. "Kalau macam tu saya panggil awak… awak jelah ya…" jawabku sambil mengaru-garu kepalaku yang bertudung kemas. Ini menyebabkan Shazlan tergelak kecil. Dia masih lagi merenung wajahku tanpa sedikit pun mengalih pandang ke arah lain. Aku semakin gelisah. Mungkin dia dah dapat rasa perubahan pada wajahku. Segera dia mengalih ke arah pasangan couples yang ada kat situ. "Inaz, saya rasa macam nak bagitahu perkara sebenar kat awak." "Apa bendanya?" "Sebenarnya saya ekori Inaz." "Oh! Patutlah awak boleh ada kat sini ya." "Bukan tu je. Kawan Inaz, Asyikin tu kenalan saya sejak kat U lagi. Dia tu junior saya. Dia yang bagitahu saya Inaz kat sini." "Asyikin punya kerjalah ya ni. Tak pe. Sabar. Nanti saya ketuk kepala dia." Aku geram sangat dengan Syikin sekarang ni. Dia nak kenakan aku. "Inaz masih tak dapat agak lagi ke? "Agak apa benda? Saya tak fahamlah." "Saya serius nak berkawan dengan Inaz." "Yalah, kan saya dah terima salam persahabatan awak." "Tak. Saya nak lebih dari tu." "Maksud awak?" Aku mula rasa gugup. Sekarang baru aku tahu kenapa sejak tiga empat hari ni selalu benar fikiranku melayang jauh. Rupanya aku bakal berdepanan dengan bala baru. Punca utamanya kawanku sendiri. Siap dia! "Saya cintakan Inaz," luah Shahmir Shazlan jujur. Dia memang tak dapat nak sorok lagi. Dia dah jatuh hati pada Shafinaz sejak pertemuan mereka yang pertama lagi. Dan dia bertambah gembira apabila melihat Shafinaz bersama dengan Asyikin. "Apa? Cintakan saya? Saya tak nak." "Kenapa?" "Tiada niat nak jatuh cinta." "Yalah, kenapa?" "Tiada sebab." "Tapi saya yakin; cintaku, cintamu juga." "Jangan perasan." "Kenapa, Inaz takut rahsia hati Inaz terbongkar ke?" "Malas saya nak layan awak." "Ego Inaz tak bertempat tau." "Saya nak balik. Selamat tinggal." "Sebelum tu. Inaz dengar dulu apa saya nak kata. Saya ikhlas nak bernikah dengan Inaz. Malahan saya dah minta mama dan papa lamarkan Inaz untuk saya. Rasanya sampailah mereka kat kampung Inaz malam ni." Aku terbeliak. Gila ke lelaki ni. Aku ingatkan dia main-main je. Saja nak gurau dengan aku. Tak sangkalah pula dia serius macam ni. "Awak ni biul ke?" "Ya, sejak bertemu dengan Inaz saya dah jadi biul." Aku dah tak dapat nak tahan lagi. Aku gelak. "Opssss… maaf. Saya dah tak dapat kawal." "Tak kisahlah. As long as Inaz sudi terima saya. Jangan buat saya merayu-rayu depan orang ramai kat sini tau. Saya tak tahu malu." "Mengaku pun yang awak tu tak tahu malu." "Jangan ubah topik. Inaz terima cinta saya atau tak? Kata putus. Kalau tak… saya janji tak kan ganggu Inaz lagi. Tak kan datang cari pun. Kalau itu yang Inaz nak." Kini, suara Shazlan sedikit tegas. Aku serba-salah. Bila otak kata tolak je lamaran tu, hati pula kata jangan buat kerja bodoh. Bukan senang nak dapat lamaran yang baik. Tengok gaya nampak sangat yang Shazlan tu baik orangnya. "Saya ada pilihan lain tak?" Ceh! Apa punya soalan aku tanya. Macam orang tak betul pula. "Kalau saya kata tak ada. Terimalah saya. Saya janji akan bahagiakan Inaz buat selama-lamanya. Sebelum ni pun tak tak pernah memiliki mahupun dimiliki. Inaz cinta pertama saya," luah Shazlan sambil tiba-tiba je melutut depan Shafinaz. Aku terharu. Aku pun suka juga dengan dia. Ingat nak jual mahal tapi tak jadilah pula. Balik-balik aku yang malu. "Eh! Apa ni? Bangun cepat. Orang semua tengok kita je." "Fuyooooo... romantiknya brother. Baru nak pikat ke? Teruskan. Kami sokong ni." jerit salah seorang daripada pasangan yang ada situ. Aku dah merah muka ni. Kulit pun dah tebal semacam. "Sudikan Inaz menjadi permaisuri saya?" bisik Shazlan sambil menghulurkan sebentuk cincin berlian yang memang cantik sangat. Bukan aku je, sesiapa pun bila dilamar sebegitu sekali, sure boleh cair punya. Perlahan-lahan aku mengangguk. "Hurrayyyyyy!!!!!!" jerit Shazlan. Hampir nak roboh taman bunga tersebut. Akhirnya, majlis Ijab-kabulku bersama Shazlan diadakan dengan begitu meriah sekali. Lagi satu berita yang mengejutkanku. Hari tu aku tolak pinangan Pn. Martini dan Dato’Sulaiman. Balik-balik mereka juga yang jadi mertuaku. Mana aku tahu Shazlanlah anak mereka. Tapi, itulah takdir. Jodoh dan pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan tuhan. Kini, aku sudah pun bergelar isteri kepada Shazlan, beberapa jam lepas. Pejam celik dah pun selesai majlis perkahwinan. "Ayang, abang gembira sangat hari ni. Abang dah ada ayang kat sisi abang. Mestilah gembira kan?" usik Shazlan. Aku faham benar disebalik maksud ayat tu. "Malas nak layanlah. Inaz nak turun bawah jab. Tolong mak kemas-kemas sikit." Aku sebenarnya nak larikan diri. Sebabnya... tahu-tahulah bila suami isteri baru nak bermanja. Tapi, belum pun aku sempat melangkah keluar, dah pun ditarik oleh Shazlan. "Tunggulah yang. Yang tu esok pun boleh buat. Mama dah masuk tidur dah. Jom duk sebelah abang." Aku akur. "Awak... ehhhh... abang... apasal semacam je perangai abang ni?" "Hisk... tak baik tau cakap macam tu. Hari ni malam pengantin kita. Mestilah ada feeling tertentu," sambungnya sambil mencuit pipiku. Aku dah agak pun. Aku dan Shazlan telah memulakan hari pertama kami dengan penuh kasih-sayang. Moga-moga perhubungan kami kekal abadi.
biase je cte ni...jalan cerita yang dah lapuk..xde feeling langsung ...straight foward sgt dan amat membosan kan.......xde ide ke nak hasil kan karya yg lebih bgs?????
apala story ko ni..melompat-lompat..daya imeginasi ko ni kenalah up sikit...ada ker,tak kenal leh terus terima lamaran...nak wat cerita kena kretif bukan tangkap muat jer...cuba lagi
rase nye idea tue dh ada..cume perlu diperbaiki..beberapa plot perlu dipanjangkan..walaupun cerpen, x semestinye terlalu pendek..lg 1, bhasa yg digunakan rasenye perlu disantaikan lagi..x t'lalu formal sgt..pd pendapat sayalah..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
biase je cte ni...jalan cerita yang dah lapuk..xde feeling langsung ...straight foward sgt dan amat membosan kan.......xde ide ke nak hasil kan karya yg lebih bgs?????