Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Suraya akur dengan kehendak takdir. Hari ini dia melangkah keluar dari rumah seorang wanita yang dahulunya pernah menjadi pembantu rumahnya untuk ke sebuah rumah berbangsa cina untuk dijadikan pembantu rumah. Satu jawatan yang tidak pernah diimpikan Suraya sebelum ini. Tidak pernah terlintas pun dalam fikiran warasnya untuk bekerja sebagai pembantu rumah, inikan pula menjadi pembantu rumah di rumah yang bukan dari kaumnya sendiri. "Puan, inilah pembantu yang saya janjikan tu." Kata Temah seraya memperkenalkan Suraya kepada Mey Lin. Wanita berbangsa Cina itu melemparkan sekuntum senyuman kepada Suraya dan mereka bersalaman tanda berkenalan.
Peristiwa itu bagaikan semalam berlaku. Kini Suraya sudah lima bulan berada di rumah banglo mewah itu. Segala keperluan penghuni rumah besar yang terdiri dari sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki itu telah diketahui kesemua tentangnya. Mey Lin begitu sayangkan Suraya kerana gadis itu menjadi temannya semasa ketiadaan suami dan anaknya pada waktu siang tatkala mereka pergi bekerja. "Puan, hari ini kita nak masak lauk apa?" Soal Suraya lalu duduk di sisi Mey Lin yang sedang mengupas bawang. Wanita itu lebih gemar memasak untuk suami dan anaknya dan tidak membenarkan mana-mana pembantu rumah turun ke dapur itu tetapi sejak kedatangan Suraya, wanita itu banyak belajar tentang halal dan haram dalam masakan melayu dan terutamanya agama islam. Pada waktu mula-mula datang bekerja di rumah besar itu dahulu banyak kerja yang tidak tahu dilakukannya termasuklah memasak. Mey Lin banyak mengajar gadis muda itu memasak dan kini segala makanan kegemaran tuan besar dan tuan mudanya dalam tangannya. Malah banyak rahsia Suraya juga diketahui Mey Lin. Mey Lin tidak merungut dengan perangai Suraya dan setiap tingkah laku Suraya di tegur dengan sabar dan tabah. Teguran Mey Lin itu umpama teguran seorang ibu kepadanya dan dia tidak pernah berkecil hati dengan Mey Lin. "Wah, dah pandai masak sekarang ni." Usik Temah yang datang melawat Suraya di rumah Mey Lin. Wanita itu risau dengan keadaan Suraya yang dahulunya tidak tahu melakukan kerja rumah itu inikan pula memasak. "Perlahan-lahanlah tu. Kan saya ada untuk mengajarnya." Kata Mey Lin yang amat-amat memahami Suraya yang dahulunya anak orang kaya itu. Keluarganya jatuh muflis kerana perbuatan khianat orang dan kedua orang tuanya meninggal dunia kerana terkejut dengan keadaan kehidupan mereka yang mendadak itu.
*****
Malam ini Alex akan membawa teman wanitanya makan di rumahnya untuk berkenalan dengan keluarganya. Mey Lin begitu berbangga kerana anaknya itu berjaya memikat seorang gadis yang sangat cantik dan pandai bergaya. Model terkenal itu sangat padan dengan Alex yang merupakan ahli perniagaan yang termuda dan ternama di Malaysia itu. Alex membantu ayahnya menguruskan hotel mewah milik keluarganya yang bertaraf lima bintang. Ramai artis luar negara menginap di hotelnya memandangkan perkhidmatan yang ditawarkan memuaskan hati pihak-pihak terbabit. "Su, masak sedap-sedap tau. Bakal menantu aunty nak datang makan malam ni." Suraya tersenyum mendengar arahan Mey Lin itu. Dia bangga kerana puan besarnya percaya dengan masakannya itu. "Puan, kali ni dah masuk tujuh kali puan beritahu saya." "Maaf, aunty gembira sangat ni." Suraya tumpang gembira melihat majikannya gembira walaupun jauh di sudut hatinya mempunyai perasaan sedikit cemburu dengan kehadiran perempuan lain dalam hidup Alex itu. Memang bakal menantunya itu seorang model yang terkenal, banyak majalah yang memaparkan gandingan anak tunggal Mey Lin dengan model terkenal itu. Banyak pakaian-pakaian cantik dan moden pernah digayakannya dan sejak dua bulan yang lalu Mey Lin asyik membelek majalah-majalah fesyen itu semata-mata untuk mengetahui perkembangan bakal menantunya itu. Malam itu rumah besar itu bagaikan menyambut perayaan, banyak makanan yang mewah dan lazat dihidangkan di meja makan hanya untuk menjamu selera bakal menantu keluarga ternama itu. "Alex, mana Jes. Lambatnya..." "Sabarlah, mak. Mungkin jalan jammed,kut." Alex menyabarkan ibunya yang tidak sabar menyambut bakal menantunya itu. dari pukul 8.00 membawa jam 10.00 malam, kelibat Jessyca masih belum kelihatan. Suraya mengusap lembut belakang Mey Lin yang kelihatan agak tegang itu. "Tuan, nampak pada gayanya...tetamu mungkin tak datang malam ni." Bisik Suraya pada Hei Wong. Lelaki yang begitu tenang itu hanya mengangguk sahaja tanpa banyak bercakap. Dengan perasaan yang agak kecewa dia menarik tangan isterinya lalu membawa wanita itu keluar dari rumah. "Su, kemaskan meja. Kami makan kat luar saja malam ni." Kata Hei Wong memberi arahan. Suraya hanya mengangguk menerima arahan. Alex terus termenung di meja makan, kecewanya pada kekasihnya itu tidak terhingga. "Tuan, tuan nak makan?" Soal Suraya sejam kemudian apabila melihat Alex masih di meja makan termenung panjang mengenangkan makan malam yang sepatutnya menjadi satu kenangan indah tidak menjadi itu. Alex mengangguk seraya berkata... "Awak temankan saya makan." Bahasa melayu Alex tidak kurang hebatnya. Mungkin dia banyak berurus niaga dengan bangsa melayu membuatkan dia sedikit pun tidak pelat. Suraya agak terkejut dengan pelawaan itu tetapi terpaksa akur memandangkan tuannya itu belum menjamah sebarang makanan sejak petang tadi dan dia juga lapar. "Saya dah kata nak jemput dia tapi dia tak mahu." Kata Alex seolah-olah mengadu kepada Suraya tanpa dipinta. Suraya hanya mengangguk tanpa berpaling kepada Alex yang kelihatan agak kecewa itu. "Tuan, sabarlah. Tuan mesti bertolak ansur." Pujuk Suraya agar hati Alex kembali tenang. Alex hanya tersenyum melihat reaksi Suraya yang agak malu berdepan dengannya itu. Hei Wong dan Mey Lin pulang tepat jam 12.00 tengah malam dan terkejut melihat Suraya dan Alex makan bersama. Pasangan itu saling berpandangan dan kemudian tersenyum. "Tak mengapalah mamanya, sekurang-kurangnya kali ini anak kita makan. Elok daripada yang dulu, kan." Kata Hei Wong seraya menarik tangan isterinya naik ke tingkat atas bilik tidur mereka. Mey Lin mengangguk setuju dengan kata-kata suaminya itu. Jika dahulu, jika kecewa dengan sikap kekasihnya, Alex akan mabuk dan tidak akan pulang ke rumahnya. Mey Lin gembira dengan adanya Suraya, sikap anak jantannya itu sedikit berubah.
*****
Suraya banyak membantu Alex dalam perhubungan lelaki itu dengan model terkenal itu. Perangai Jessyca yang kadang-kadang agak menjengkelkan itu dapat diatasi Alex dengan tenang apabila lelaki itu mendapat kata nasihat dan tunjuk ajar dari Suraya. "Su, bunga semalam menjadilah. Thanks." Ucap Alex kepada Suraya seawal pagi sebelum lelaki itu ke tempat kerjanya. Sejak perangai merajuk Jessyca menjadi-jadi, Alex terpaksa melakukan banyak perkara demi memujuk kekasih hatinya itu. Apa yang diajar Suraya itu sebenarnya dibayangkan seperti lelaki itu sedang memujuknya. Suraya akur pada permainan takdir itu. Entah kenapa tiba-tiba dia dapat merasakan yang dia menyukai lelaki yang menjadi teman berbualnya itu. Saban malam Alex akan datang berbual dengannya sebelum tidur, Alex akan bercerita tentang buah hatinya itu, baik dan buruk perangainya semua Suraya tahu.
*****
"Su, hari ini saya akan lafazkan." Suraya faham dengan kata-kata itu. Malah dia tumpang gembira dengan berita itu. Hari ini Alex akan melamar Jessyca untuk dijadikan isterinya yang sah. Tapi entah kenapa Suraya semakin cemburu mendengar berita gembira itu. Jauh di sudut hatinya dia menyintai lelaki berkulit cerah dan bermata sepet itu. "Kahwin? Dengan kamu? Please, not now. I don’t want any commitment now. I want free from any commitment. Kahwin dengan kamu akan membuatkan hidup aku terkongkong, aku tak nak dikongkong, FAHAM!" Kata Jessyca. Dia menolak mentah-mentah lamaran Alex itu dan terus berpindah kepada pasangan yang lain malam itu juga. Dengan gembiranya Jessyca menari tanpa rasa bersalah. Alex melamar Jessyca semasa mereka berada di sebuah kelab malam di bandar besar itu. Jessyca bukan sahaja menolak lamaran itu tetapi juga mempermainkan perasaan Alex dengan mengatakan lelaki itu lelaki bodoh kerana ada hati mahu berkahwin dengan model terkenal dan cantik sepertinya itu. Bukan jenis Jessyca untuk berkahwin pada masa dia mencapai satu tahap kejayaan yang cemerlang kini. Alex begitu bengang melihat perangai Jessyca itu. Gadis itu dengan pantas meninggalkan Alex dan terus menari dalam pelukan seorang lelaki lain. Kemarahan Alex menggunung tinggi. Lelaki itu mencampakkan bekas yang mengandungi cincin lamaran itu lalu mengampiri meja bar. Arak-arak mahal yang memabukkan itu segera dituangkan ke dalam gelasnya dam malam itu dia sengaja memabukkan dirinya berserta dengan linangan air mata yang setia menemaninya. "Tuan, ini milik tuan yang tertinggal." Seorang pekerja di kelab malam itu memberikan kembali bekas cincin itu kepada Alex ketika lelaki itu meninggalkan bar kelab malam itu dengan ditemani seorang pekerjanya yang kebetulan berjumpa dengannya di tempat itu.
‘Aku sukakan dia tetapi mustahil untuk kami hidup bersama...’
Baru sahaja Suraya memulakan bicara hatinya untuk rakaman tiba-tiba pintu biliknya dikuak dengan kuat sekali. Alex muncul dalam keadaan mabuk. "Jes, kau perempuan sundal. Kau tinggalkan aku hanya kerana aku inginkan kau berkahwin denganku. Benarlah kata mereka... kamu bukan perempuan tetapi jalang." Kata Alex seraya memandang Suraya dengan satu pandangan yang amat tajam lagi marah. "Tuan, kenapa ni? apa yang berlaku?" Soal Suraya dengan nada yang amat takut. Perangai Alex tidak pernah dilihatnya sebelum ini. "Oh, kau tanya aku kenapa selepas apa yang kau telah buat pada aku." Marah Alex. Pada matanya bukan Suraya yang berdiri dihadapannya itu tetapi Jessyca, perempuan yang sangat-sangat mengecewakannya itu. Suraya menjerit meminta dilepaskan tetapi malam itu membuatkan tiada siapa yang dapat membantunya memandangkan Mey Lin dan Hei Wong tiada di rumah itu kerana mereka bercuti ke luar negara. Malam itu Suraya telah menjadi mangsa kemarahan Alex. Dalam tidak sedar Alex telah menodai Suraya yang disangkanya Jessyca. Suraya hanya mampu menangis mengenangkan perbuatan tuannya itu terhadapnya.
*****
"Tuan, bangun dah tengah hari ni." Kejut Suraya apabila melihat Alex terlentang di atas sofa di kediaman mewahnya itu. Suraya bangkit dan segera menyediakan hidangan untuk tuannya yang kelihatan agak sakit itu. Mungkin kesan dari mabuknya semalam. Suraya berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku kepadanya semalam dan Alex pula tidak mengingati apa yang berlaku semalam kecuali dia ditinggalkan oleh Jessyca hanya kerana meminta sebuah perkahwinan yang bahagia. "Er... Su tak makan sekali?" Suraya menggelengkan kepala seraya meninggalkan Alex di meja makan sendirian. Sedih hatinya tatkala mengingatkan kejadian semalam. Gadis itu masuk ke biliknya agar lelaki itu tidak perasan yang dia menitiskan air mata. Sebuah kotak biru tersergam kaku di atas meja di tepi katilnya. Suraya mengambilnya lalu membukanya. Diperhatikannya betul-betul cincin itu. Sungguh cantik, alangkah bagus jika cincin dari emas putih dan sebutir berlian yang bertahta di atasnya itu adalah miliknya. Suraya mencium cincin itu lalu disimpannya ke dalam laci mejanya.
*****
Dua bulan berlalu. Alex banyak menghabiskan masanya di rumah. Dia tidak lagi keluar pada waktu malam mahupun bergaul dengan teman-teman kelabnya. Mey Lin dan Hei Wong agak simpati dengan nasib yang menimpa anak tunggalnya itu. "Su, kasihan Alex. Tapi dia tidak tunjukkan kekecewaannya itu kepada umum. Mungkin dia berlagak tabah." Kata Mey Lin kepada Suraya dan gadis itu hanya mengangguk tanpa menjawab. Sejak beberapa minggu yang lalu dia begitu lemah sekali. Asyik muntah dan pening kepala membuatkan dia tidak mampu untuk melakukan kerja dengan sempurna. "Su, kenapa dengan kamu ni? Sakit lagi ke?" Suraya mengangguk dengan pertanyaan itu. Mey Lin amat bimbangkan kesihatan pembantu rumah kesayangannya itu. Kebetulan Alex pulang awal pada hari itu. "Alex, temankan Su ke klinik, dah seminggu macam ni. Mak bimbanglah." Alex mnurut tanpa membantah walaupun dia penat. Suraya tiada pilihan lain lagi, perkara ni harus diberitahu kepada Alex dan lelaki itu harus tahu walaupun dia tidak mahu bertanggungjawab. Gadis itu menggunakan kesempatan hari itu untuk membongkarkan segala-galanya. Suraya telah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku nanti. Jika dia dihalau pun tak apa asalkan satu kebenaran terbongkar kerana dia tidak mampu menyimpannya sendirian lagi. "Tuan, kita jangan ke klinik. Saya mahu kita ke tempat yang agak sunyi supaya kita boleh berbincang." Alex hairan dengan permintaan pembantu rumahnya itu. Alex membawa Suraya ke atas bukit di mana menjadi tempat dia melepaskan dendam dan dukanya. "Tuan, saya dah tahu apa sakit saya. Sekarang ini saya cuma inginkan tuan juga tahu penyakit saya ini?" Alex mengerutkan dahinya. Apa kena mengena pula dia dengan penyakit Suraya itu. "Saya mengandung. Dah dua bulan dan anak yang saya kandung ini adalah anak tuan." Tersentak Alex mendengarnya. Mahu percaya tapi seingatnya dia tidak pernah melakukan apa-apa hubungan dengan Suraya mahupun dengan perempuan lain, tak mungkin...tak mungkin. "Kamu jangan nak tuduh saya atas kesilapan kamu." Kata Alex separuh marah. Suraya hanya tersenyum mendengarnya dan perkara itu membuatkan Alex semakin hairan. Dia bersedia menerimanya segala tekanan ini. "Nah, tuan dengar ini." Suraya memberikan pita rakaman yang tidak ingin dia dengar itu. Alangkah terkejutnya Alex tatkala mendengarnya. Menyesal bercampur kecewa tidak terhingga, dia benar-benar berdosa dengan Suraya. "Tuan, ini milik tuan." Suraya menghulurkan kotak cincin itu. Alex mengambilnya lalu duduk berlutut mengadap Suraya. Lelaki itu mengeluarkan dompetnya. "Tuan, kalau tuan tak nak bertanggungjawab, saya faham. Saya tak akan gugurkan kandungan saya ini dan saya akan fahamkan anak ini bila dia besar nanti." Kata Suraya tegas seraya melangkah beberapa langkah membelakangi Alex, tak sanggup dia berdepan dengan lelaki yang menghamilkannya itu. "Tidak..." Alex berdiri di hadapan Suraya lalu mengeluarkan gambar Jessyca yang disimpan di dalam dompetnya lalu dikoyaknya di hadapan Suraya. "Saya akan mengahwini kamu dan saya bersedia untuk memeluk islam demi anak saya." Kata-kata Alex itu amat mengejutkan Suraya. Tidak disangkanya lelaki itu akan berkata demikian. Biar betul, lelaki itu akan mengahwininya. Bagaimana pula dengan keluarga lelaki itu nanti. Alex mencampakkan kotak cincin itu jauh ke bawah bukit. "Tuan, kenapa buang?" "Bukan tuan, panggil saya Alex. Eh, bukan. Bak kata Malik, abang." Alex teringat kawan melayunya yang berbahasa dirinya abang apabila lelaki itu bercakap dengan tunangnya. Suraya tersenyum mendengarnya dan membiarkan dirinya dipeluk Alex. "Cincin itu tidak seharusnya dipakai oleh seorang wanita sesuci kamu." Kata Alex. Suraya tersenyum puas dan bangga kerana apa yang disangkanya kusut sama sekali.
*****
"Apa? Tak mungkin..." Marah Mey Lin. "Betul mak, Alex tak tipu. Alex berdosa sangat pada Su." PANG! Satu tamparan seorang ibu hinggap di pipi jantan Alex. Buat pertama kalinya Mey Lin menampar Alex. "Aunty, jangan...tuan dah insaf dia janji yang dia tidak akan minum arak lagi dan dia bersedia untuk mengawini Su." "Dia sememangnya kena berbuat demikian. Anak tak guna, emak tak pernah ajar kamu buat begitu." Alex memeluk kaki ibunya sambil memohon maaf dari ibunya. Mey Lin bersedia untuk menyerahkan anaknya memeluk agama islam. Lelaki itu perlu bertanggungjawab di atas kesalahannya itu.
*****
Suraya kini dilayan bagaikan puteri di rumah besar itu. Alex juga telah bersedia untuk ke pejabat agama untuk memeluk agama islam. "Abang, jangan peluk islam kerana anak ini dan Su. Peluklah islam kerana tuhan yang satu." Kata Suraya. Alex mengangguk setuju. "Memang, abang ingin memeluk islam setelah abang tengok Su begitu tenang menghadapi musibah yang menimpa Su. Agama Su begitu suci. Lepas abang peluk islam abang akan ajak emak dan ayah peluk islam sama." Suraya berbangga dengan Alex yang begitu berminat dengan agama islam itu. Dia berbangga kerana begitu tabah dan sabar menghadapi musibah yang menimpa dirinya itu. Dengan tidak semena-mena, dia mampu menarik seorang lelaki memeluk agama sucinya itu. Alex memeluk agama islam dengan menggunakan nama islamnya, Muhammad Kamal Alex bin Hei Wong. "Aunty..." "Bukan aunty, sayang. Mak." Suraya tersenyum, gembira dengan penerimaan Mey Lin terhadapnya itu. "Mak, menurut agama Su, kami tak boleh berkahwin sekarang kerana Su mengandung." Mey Lin mengerutkan dahinya. "Dah tu bila boleh berkahwin?" "Selepas tiga bulan Su bersalin." Mey Lin mengangguk mendengarnya tetapi demi maruah keluarga dan maruah Suraya, wanita itu perlu melakukan majlis perkahwinan itu. Satu majlis perkahwinan diadakan di rumah besar itu sebelum perut Suraya bertambah besar.
*****
Menjelang majlis perkahwinan Suraya dan Kamal Alex, adik-beradik Mey Lin mula bertandang di rumah besar itu. "Kak, betul ke nak buat majlis melayu ni? Siap ada pelamin lagi tu." Soal adik Mey Lin dalam bahasa cinanya. Mey Lin mengangguk bersungguh-sungguh. "Don’t said that Alex is muslim now?" Soal seorang lagi adik Mey Lin, wanita itu kelihatan agak bergaya berbanding yang lain. Anak-anaknya juga jauh bergaya dari sepupunya yang lain, al-maklumlah suaminya memiliki sebuah syarikat hartanah di luar negara. "Yes, why. Is it wrong?" Soal Mey Lin dengan nada yang agak tegas. Suraya yang mendengarnya agak simpati dengan nasib bakal ibu mertuanya itu. Dia tahu keluarga itu akan menghadapi cemuhan sebegitu kerana sudah lumrah alam yang manusia memang sukar untuk menerima sebarang bentuk perubahan tetapi apabila keadaan itu sudah sebati mereka akan melupakannya begitu sahaja. "Bukannya salah tapi dalam keluarga kita tak ada lagi yang masuk islam kerana cinta." Kata adik Mey Lin yang bongsu membantah. Pantang benar dia dengan agama islam itu. Mungkin dia merasakan pertukaran agama itu amat berat dan tak terfikir dalam mindanya yang waras yang salah seorang ahli keluarganya akan bertukar agama hanya semata-mataa untuk berkahwin dengan seorang pembantu rumah. "What ever. Yang aku mahukan majlis ini akan memperkenalkan kamu semua kepada menantu aku, bukan untuk kamu mengutuk atau menghina dia. Faham." Tegas Mey Lin dalam bahasa cinanya. Dia tidak mahu bercakap dalam bahasa inggeris kerana dia tahu Suraya faham. Kamal Alex diberi isyarat mata oleh ibunya agar membawa isterinya itu jauh dari sanak saudara ibunya itu kerana tidak mahu menantu tunggalnya itu kecil hati. Satu lagi ujian sebelum melayakkan Suraya sebagai menantu keluarga Mey Lin dan Hei Wng itu. Suraya redha dengan semua itu kerana dia juga sukar untuk menerima permainan takdir itu pada asalnya. "Walau satu dunia pun menghalang cinta abang pada Su abang tetap dengan pendirian abang. Kerana islam telah membuka hati abang untuk mencintai Su, hanya Su." Kata Kamal Alex seraya mencium tangan bakal isterinya itu. Lelaki itu juga tidak menyangka yang dia akan bertukar agama hanya untuk mendapatkan sebuah perkahwinan yang bahagia, satu impian yang diimpikannya sejak dia memiliki segala kemewahan dalam hidupnya itu.
*****
Suraya akhirnya selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 5.5 kg dan diberi nama Pueri Balqis. Kamal Alex menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami Suraya yang sah. Akhirnya juga nasib anak yatim piatu ini terbela. Hidup Suraya berubah apabila menjadi isteri Kamal Alex yang menjadi penganut islam yang sejati. Mey Lin dan Hei Wong juga turut memeluk islam apabila melihat anaknya begitu tenang setelah memeluk agama suci itu walaupun banyak rintangan dan dugaan yang dihadapi semasa di alam perkahwinannya. Mereka sekeluarga menunaikan umrah ketika umur Puteri Balqis mencecah lima tahun.
bagus cite ni tp pelik sket dia ble lhrkan anak smpi 5.5 kg...yg saya tahulah kan...anak 3.5 kg pun org dah ckp besar sgt inikan pla dah 5.5 kg....hehehe...x taula lau saya silap coz saya sndri msh bjg
the story...ok...tapi cam tak logik sket...mana ada anak org kaya nak jadi maid......org kampung pun blm tentu nak jadi maid...then bersalin anak 5.5 kg...mmg tak logik...4 ++ mmg ada tapi 5++....operation la....but good try.....
5.5kg memang tembam.saya ada pengalaman tahun lepas baby saya masuk wad (kuning). saya terperanjat ada baby baru lahir beratnya 5.8kg dimasukkan wad sebab lengan terseliuh.Bila mak dia datang saya tanya dia operation ke? dia jawap normal.doctor pun tak sangka baby dia besar masa scan dia cakap nak dekat 4kg boleh normal tapi bila kepala dah keluar, bahu baby pulak tersekat doctor cuba tarik sampai lengan baby terseliuh. sian baby tapi kalau tengok memang tembam 2x besar dari baby saya.
assalamualaikum,untuk writer,cite ni mmg ada mesejnya tpi mungkin kena ubah sikit kot..:D Islam melarang mana-mana perempuan membiarkan lelaki menyentuhnya melainkan apabila sudah menikah.. so sepatutnya suraya tk blh la biarkan mohd.kamal alex tu sentuh dia tanpa berlapik..right? bukan apa,ada la 2-3 orang kawan saya yg non-muslim bukak blog ni, tkut klau baca,jadi keliru pulak tentang mesej islam yang hendak disampaikan.. tkut jadi fitnah untuk islam ke.. tpi cerita ni mmg ada mesejnye yg tersendiri la..ok la.. cuma perlu diubah..:D ~Bawalah Islam walau kemana kmu pergi~
terlampau besar saiz baby tu 5.5kg...mungkin nak taip 3.5kg.pepun setakat nie seorang baby terbesar pernah dilahirkan dlm lingkungan 5-6kg..kalau xsalah di kelantan
bukan saya nak sakit kan ati penulislah, tapi kan, patutunya penulis kena cerita mcm mana si alex tu tertarik ngan islam.satu lagi, cerpen ni x menarik sbb tak banyak dialog.lastly, saya harap penulis kena buat perancangan dulu sebelum tulis cerpen sbb nanti cerepn jadi x berape kemas....contohnya babak si alex tu.....
maafkan saya.. tapi saya sbgai umat islam, nak btolkan sket elemen islam yg ada dlm cerpen ni. perempuan yg pregnant sbb zina boleh kawen dgn laki yg zina ngn die.xde iddah utk perkahwinan mereka. iddah yg ade adalah utk sorg pompuan yg nak kawen ngn laki B sdgkan die dah pregnant anak laki A.die bleh kawen ngn laki B, tp die xbleh bersetubuh dgn laki tu shgga anak die dah lahir. rujukan: http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=469&Itemid=99
setahu saya mualaf ber bin atau binti abdullah. saya pun bukannya arif sangat. tetapi sepanjang pengetahuan saya, mualaf atau saudara baru ber bin atau binti abdullah
cerita yg menarik tp sya setuju dgn komen2 di atas agar next time penulis merujuk dahulu hukumhakam agama jk ada mana2 part yg melibatkannya. mengubahkan hukum ini besar akibatnya bkan shj pd diri sndiri tp jg kpd yg membaca yg x tau hukum.
asalamualaikum, alhamdulilah bnyak jgak teladan dan pengajaran yg sya dpt drpd cite nie.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hu~hu...
cter nIeyh beSt gaK..
tap ayaT cam sKema jeRp..
nGe~ paPewpo0m..
pNulis b'Bakat...
keeP iT up... [n_+]
chaIyo0k~!!