Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku menatap slip keputusanku. Tercatat huruf ‘A’ dari atas hingga ke bawah. Mungkin keluargaku akan bergembira tapi bagiku, inilah penebus kegagalanku. Kalau ‘dia’ masih ada bersamaku, mungkin dialah yang paling gembira. Mungkin dia tidak akan kecewa lagi.
Entah mengapa, dia bersusah payah untukku serta rakan-rakanku. Seorang insan yang memang suci perjuangannya. Tak pernah kulihat dia mengeluh untukku. Dia terlalu sabar. Dialah cikgu …… ………. Hari yang baru bermula terasa begitu dingin sekali. Hujan yang jatuh satu-persatu dan akhirnya menjadi lebat. Cikgu Imah segera keluar dari kereta Produa Kancilnya. Dia berlari anak menuju ke tempat teduh. "Alamak, mana nota aku ni?!" gumam Cikgu Imah. Dalam kedinginan itu, masih terasa panasnya hati gara-gara kehilangan nota kakinya. "Nasib malang betullah! Baru je aku siapkan nota tadi! Cuai betullah!"bebel cikgu yang masih baru itu. "Cikgu, saya terjumpa kertas ni tadi. Ini ke yang cikgu cari?" soalku. "Hah, ni dia! Terima kasih Ina," ucap Cikgu Imah riang. Cikgu Imah melihat diriku yang kurang kemas. Dia melihat diriku dari kaki hingga kepala. "Ina, mari ke sini," kata Cikgu Imah. Aku pun terus berjalan mendekati Cikgu Imah. Dengan segera, dia membetulkan tudungku. "Boleh cikgu tanya sesuatu?" soal Cikgu Imah. "Ya, sudah tentu boleh,"jawabku. "Apa pekerjaan ayah kamu?" "Sebenarnya, ayah saya cuma seorang petani. Gajinya tidaklah seberapa,"terus terang aku menjawab. "Oh,begitu.Maafkan cikgu jika cikgu membuatkan kamu tersentuh," itu sahaja yang mampu diucapkan si cikgu. "Tak mengapa.Boleh saya masuk ke kelas dahulu?" aku meminta izin untuk meminta diri. "Ya, silakan,"kata si cikgu itu.
"Hmm, baik betul tingkah laku budak-budak di kampung.Tak seperti budak bandar yang memang terlalu moden sehingga biadap terhadap guru mereka," puji Cikgu Imah dalam hatinya. Dengan gembira,riang,syukur dan bermacam-macam lagilah perasaannya,dia melangkah ke bilik guru. Kelakuan cikgu muda itu menjadi tumpuan sahabatnya, Cikgu Amira. Selalunya, Cikgu Imah selalu akan kelam-kabut apabila tiba di sekolah. "Amboi, ceria cikgu pagi ni. Ada ‘apa-apa’ ke?"usik Cikgu Amira. "Hish, mana ada ‘apa-apa’. Tak boleh ke ceria sikit pagi ni?"sindir Cikgu Imah. "Mestilah boleh tapi….lain macam je cikgu pagi ni,selalunya mesti ada saja masalah," kata sahabat cikgu muda itu. "Pagi yang indah…..lalalala,"Cikgu Imah menyanyi dengan riang dan tidak mahu melayan sahabatnya itu.Dibiarkan saja sahabatnya yang terlupa untuk masuk ke kelas itu. "Alamak, dah lewat ni!" baru Cikgu Amirah tersedar dia telah lewat untuk masuk ke kelas. ……….. "Baiklah murid-murid, tolong keluarkan buku nota kalian.Seterusnya, salin peta minda di papan hitam. Sebentar lagi, cikgu akan terangkan satu persatu tentang topik ini. Jika ada soalan, jangan segan-segan bertanya," Cikgu Imah memberi arahan. Memang dia mempunyai jiwa seorang guru. Murid-murid yang lain tidak pernah membantah apa yang diarahnya. Personalitinya seolah-olah memberi semangat untuk murid-murid belajar. Di kawasan pedalaman, kanak-kanak lebih suka bermain daripada belajar. Sekolah seolah-olah merupakan tempat yang paling dibenci. Mereka hanya ke sekolah kerana terpaksa. Begitu juga dengan aku. Aku tak pernah memahami apa itu sekolah. Hanya tempat untuk belajar subjek-subjek yang diajar oleh guru-guru yang garang. Itu semua menghilangkan minat kami semua terhadap pelajaran. Tapi,sejak kehadiran guru- guru dari bandar,kami lebih suka belajar berbanding dahulu. Antaranya,Cikgu Imah,Cikgu Amira, Cikgu Faizal dan Cikgu Aman. Cara pengajaran mereka sangat ceria. Tambahan pula, mereka berpengalaman kecuali Cikgu Imah dan Cikgu Amira. Yang paling aku kagumi ialah Cikgu Imah. Dia tidak pernah kisah mengenai kekurangan kami malah dia suka membantu kami. Dia mengajar kami erti sebenar Sains. Subjek Sains bukanlah subjek yang bosan seperti yang kami sangka tetapi subjek yang paling mudah. Subjek yang boleh dikatakan ‘ceria’ dengan eksperimen, peta minda dan sebagainya. Sinar guru-guru ini telah menerangi pelajaran kami yang sememangnya gelap.Bukanlah bermaksud kami tidak pandai mengeja atau menulis tetapi kami sukar menerima pelajaran. Guru Besar mengetuk pintu. Segera aku dan rakan sekelas bangun dan memberi salam.Kelihatan dia amat gembira sekali. Dia ingin bercakap dengan Cikgu Imah di luar kelas. "Cikgu, saya amat berbangga dengan prestasi murid-murid yang semakin meningkat.Oleh itu, saya harap prestasi murid dapat dipertingkat lagi. Saya juga berharap cikgu sanggup menerima tawaran ini. Saya harap cikgu dapat mengisi masa yang terluang pada hujung minggu dengan mengajar kelas tambahan. Boleh tak?"tawar Guru Besar. "Sudah tentu,"balas Cikgu Imah kepada Guru Besar yang hampir berusia 50 tahun dan rambutnya yang sudah beruban itu. "Terima kasih, Cikgu Imah,"ucap Guru Besar lalu meninggalkan Cikgu Imah. Pada hujung minggu, kelas tambahan bermula. Hanya Cikgu Imah dan Cikgu Aman sahaja yang sanggup mengorbankan masa mereka. Cikgu-cikgu yang lain pula harus pulang untuk bersama keluarga di kampung.Oleh sebab itu, Guru Besar mengupah dua orang guru yang berpengalaman dari bandar untuk mengajar kami. Kami semua tidak perlu membayar yuran. Semuanya ditanggung oleh Guru Besar sendiri. Beliau merupakan orang yang paling kaya di kampung kami. Suatu ketika, sedang aku berjalan kaki untuk pulang ke rumah,Cikgu Imah memberhentikan keretanya. Cermin kereta dibuka. "Ina, marilah cikgu hantar kamu balik,"pelawa Cikgu Imah. "Tak mengapa. Saya boleh pulang sendiri.Lagipun, rumah saya dekat saja,"kataku enggan menerima pelawaannya. "Ish,janganlah begitu. Marilah naik kereta ni,"pelawanya lagi. Aku akur dengan pelawaannya. Aku terus membuka pintu kereta dan menaikinya. Memang sedikit kekok kerana aku belum pernah merasai nikmat menaiki kereta. Aku menunjukkan arah untuk ke rumahku. Setibanya di rumah, ibu mengajak Cikgu Imah naik ke rumah. "Hmm, aku tak sangka mereka terlalu miskin. Hidup hanya bergantung pada hasil tanah sahaja. Namun, mereka kaya dengan budi pekerti dan kesopanan," detik hati Cikgu Imah. Ibu keluar dari dapur dengan menjamu beberapa keping biskut dan secawan teh kosong. "Jemputlah makan, cikgu. Kami amat berbesar hati dengan kehadiran cikgu," kata ibu. "Eh, tak payahlah susah-susahlah,kak. Saya datang pun cuma nak hantar Ina je,"terang Cikgu Imah. Di hatinya, terasa kehadirannya itu seolah-olah kehadiran bangsawan tetapi dia hanyalah seorang guru.Penghormatan yang diberi sangat tinggi.
Sememangnya mereka menyanjungi sesiapa sahaja yang berjasa tetapi di bandar,guru umpama seorang insan yang biasa malah kebanyakan penduduk bandar berpangkat lebih tinggi dari darjat seorang guru. Maka, mereka tidak ‘pandang’ guru seperti yang sepatutnya. Jika anak mereka yang bersalah, mereka tidak menyalahkan anak mereka tetapi menyalahkan guru. Begitulah ketaranya perbezaan penduduk bandar dan kampung.Bagai langit dan bumi. Suatu ketika, aku teramat kecewa dengan keputusan peperiksaanku. Aku menangis teresak-esak bagaikan air hujan yang tak berhenti. Tiba-tiba, datang seseorang menenangkan aku. Dialah… Cikgu Imah. Cikgu yang tidak pernah membenci anak muridnya walau sedikit pun. "Ina, walau seteruk mana pun keputusan kita, kita mesti menerimanya. Kita mesti menerimanya dengan memperbaikinya. Memang, cikgu faham yang kamu kecewa tapi tidak selama-lamanya kita harus kecewa. Dengan kejatuhan, kita mesti bangkit,"nasihat Cikgu Imah. Nasihatnya seolah-olah nasihat terakhirnya buatku. Andai kutahu, cikgu akan ‘pergi’, pasti aku akan memohon maaf kerana aku telah mengecewakannya. Dia amat berharap aku akan mendapat 5A untuk Peperiksaan Percubaan UPSR. Mungkin, ia sudah ditakdirkan. "Ina, cikgu terpaksa berpindah ke sekolah lain. Maafkan cikgu,Ina. Cikgu tak dapat membimbing kamu sampai UPSR tiba. Tapi, ingatlah yang cikgu amat sayangkan kamu dan semua anak murid cikgu di sekolah ni," Itulah kata-kata terakhirnya kepadaku sebelum dia berangkat ‘pergi’. Keesokan harinya, aku membuka daun tingkap setelah aku terdengar suara Aminah memanggilku. "Ada apa kau datang sini, Minah?" soalku. "Ina…. Aku dapat tahu yang…. Cikgu Imah dah meninggal dalam kemalangan semalam," terangnya. Aku terduduk mendengar khabar itu. Setitis demi setitis air mataku jatuh. "Cikgu…. Maafkan daku," rintih hatiku. Aku berjanji, aku tidak akan menghampakannya lagi…… Kini, aku sudah dapat menebus kegagalanku. Tanpa kejadian itu, mungkin aku tidak akan mendapat keputusan sebegini. Terima kasih cikgu, atas semua yang engkau lakukan. Jikalau engkau masih ada, pasti aku akan mengucapkan ungkapan ini kepadamu.
saya suka cerita ni. cerita ini banyak pengajaran yg saya dapat.. terima kasih penulis. teruskan dalam bab penulisan...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Best...1 penghormatan buat setiap insan yg layak bergelar cikgu...