Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Qai, Lepas kau sekolah kau boleh jumpa aku kat belakang sekolah sekejap," Ujar Arul sebelum berlalu keluar daripada kelas.
Qaida ataupun sering digelar Qai di kalangan rakan-rakannya tergamam. Wantan yang digigitnya tadi tiba-tiba terasa liat untuk dikunyah. Mirza yang sedang makan juga tergelak kecil melihat reaksi Qaida yang seolah-olah ternampak hantu.
"Kau okey ke Qai?" tanya Mirza apabila melihat wajah Qaida yang mula berubah warna dari putih ke merah.
"Erk.aku okey sahaja. kenapa?" Qaida bertanya kembali. pura-pura tidak mengerti. padahal dia tahu Mirza perasan akan reaksinya tadi.
"Apalah agaknya si Arul nak bagitahu sampai ajak kau jumpa dia kat belakang sekolah ni?" Qaida hanya menjungkit bahu tanda tidak tahu.
"Entah-entah dia nak bagitahu yang dia suka kat kau tak?" Mirza mengusik.
Dia sebenarnya tahu bahawa Qaida sudah lama memendam perasaan kepada Arul ataupun Zaharul sejak mereka baru menjejak kaki ke sekolah menengah ni lagi. kalau ikut kira-kira sudah hampir 4 tahun Qaida pendam perasaannya. Namun sedikitpun rahsia Qaida tidak terlepas ke pengetahuan Arul.
Sejak kebelakangan ini pun Mirza sendiri hairan bagaimana Arul dan Qaida mula bersahabat. Mungkin sejak mereka berada di kelas yang sama dan kebetulan kedudukan meja mereka bersebelahan. hmm. ada kemungkinan juga Arul hanya sekadar mahu berkawan dengan ikhlas sahaja dengan Qaida. Tetapi tidak mungkin gadis secantik Qaida tidak mendapat perhatian daripada jejaka seperti Arul. Kalau di luar sekolah, berlambak-lambak lelaki yang mengejar Qaida tetapi semuanya di 'REJECT' kerana hati Qaida hanya untuk dia seorang sahaja. bukan Mirza tidak tahu semua ini.
Sedang Mirza asyik mengelamun, lain pula pada Qaida yang mula tidak lalu makan. Wantan yang tinggal bersisa di biarkan di atas meja. otaknya ligat memikirkan apa kemungkinan yang akan dibicarakan oleh Arul lepas sekolah nanti.
'Mengapa nak jumpa lepas sekolah? dalam kelas tak cukup lagi ke? Ada hal penting ke dia nak jumpa aku? Tak pun dia nak...luahkan perasaan pada aku???' 'Alamak! apa aku nak buat ni. lately mmg aku perasan akan kepelikan Arul. Akhir-akhir ini dia asyik pandang aku aje. seolah-olah ada makna tersembunyi di balik pandangannya,'
"Huh! apa-apapun Qai. rileks...tenang. jangan gelabah. apa-apa pun yang akan diperkatakan oleh dia. kau buat tidak tahu sahaja okey?? oraite!" perlahan-lahan Qaida berjalan menuju ke gate belakang sekolah.sebaik sahaja dia membelok kelihatan Arul sedang berbual dengan seorang lelaki. Mereka serentak menoleh ke arah Qaida sambil tersenyum.
"Hai, Qai. aku tak sangka kau akan muncul juga," ujar Arul sambil tersenyum manis.
"Err..dah kau nak jumpa. aku on je la. takkan nak tolak kot. Maybe ada perkara penting kau nak bagitahu aku," Qaida beralasan cuba mengawal gejolak hati.
"Bagus! macam ni la member aku. Oh ya, kenalkan ini Azrif, budak kelas sebelah je, Alaa..takkan kau tak kenal kot?" ujar Arul beriya-iya.
berkerut dahi Qaida. Apa tujuan semua ini? Azrif? oh ya, mestilah aku kenal. pelajar yang mengharumkan nama sekolah dengan ciptaan kereta solarnya menjuarai ke peringkat kebangsaan. tidak lama lagi kumpulan mereka akan dihantar mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa pula.
"Ye, aku kenal. siapa tak kenal Muhd Azrif Haikal, pereka termuda kereta solar sekolah ini," ucap Qaida sambil tersenyum mengangguk. Azrif tersipu-sipu sedikit. dia pun turut menangguk hormat.
"Emm. sebenarnya Qai, tujuan aku panggil kau jumpa kat sini sebenarnya bukan aku yang nak jumpa kau, tapi Azrif," terlopong mulut Qaida seketika. 'Azrif? Kenapa dia nak jumpa aku?'
"She's yours buddy," Arul menepuk bahu Azrif lembut sebelum berjalan menuju ke sudut tepi bukit meninggalkan Azrif dan Qaida bersama.
"Err.erk. Maaflah, Qaida. er. Qai. saya mengambil masa awak," ujar Azrif sedikit gagap.Qaida tersenyum lembut.
"Tak apa,"
"Sebenarnya.. saya dah lama sukakan awak. sejak tahun lepas lagi, sudi tak kalau saya mahu berkenalan dengan awak sejurus jadikan awak sebagai teman wanita saya?" gugup sahaja nada suara Azrif. wajah kuning langsat itu juga bertukar kemerahan menahan rasa malunya.
Qaida terlopong. 'Biar betul mamat ni? straight forward tu,' Qaida masih membisu. Hatinya sedang berperang.
seketika matanya memandang ke arah Arul yang sedang bercangkung di hujung bukit. kelihatan tenang sekali dia.
Tidak sedikit pun dia memandang aku? adakah kau tidak ada sebarang perasaan terhadap aku Arul? walaupun sedikitpun? Adakah kau sedar aku sukakan kau? ****
"Qai..Kenapa kau reject Azrif? kau patut terima dia tahu, rugi kau lepaskan dia. dahlah dia baik hati, pandai, rupa pun boleh tahan kacak walaupun handsome lagi aku, hah! lagi satu, dia pun sopan santun baik budi pekerti, bukan itu ke perempuan zaman sekarang carikan pada lelaki? apa lagi yang kau nak?"
"Susah tahu nak jumpa lelaki macam dia lepas ni..tak menyesal ke?" celoteh Arul perlahan tapi panjang lebar agar kata-katanya tidak di dengari oleh Encik Izani yang sedang sibuk menyalin nota sejarah di hadapan papan putih.
Qaida sedikit jengkel mendengar kata-kata Arul. 'Ish! aku nak kat dia, dia boleh kenen-kenenkan aku dengan member baik dia pulak,'
"Aku tahu Azrif tu Pandai, Baik hati... tak macam orang yang duduk di sebelah aku ni. Jauh panggang dari api. kenapalah kau tak minta sedikit kepandaian Azrif tu eyh?" sengaja Qaida memerli Arul bagi menutup mulutnya.
"Zaharul! Kamu cakap apa?" tiba-tiba suara garau Encik Izani mencelah. Arul yang sedikit berdiri terus terduduk sambil tersengih menahan rasa malu.
"Takde apa cikgu. Saya cakap cikgu kat sini baik-baik. Saya tak pernah kutuk cikgu. sayang cikgu!"kata-kata Arul sedikit membikin gamat seluruh kelas dengan keletah Arul. Cikgu Izani pun sendiri tidak jadi marah setiap kali berdepan dengan Arul.
itulah dia kelebihan Arul menyebabkan aku meminati dia dari dahulu. Pandai mengambil hati sesiapa sahaja. Kata-katanya yang selamba mampu mencuit hati sesiapa sahaja. tambahan lagi dia memiliki raut wajah ala-ala Zoey hos dalam cerita Gerak Geri Gasing tu. Tidak hairan la dia punya peminat keliling pinggang.Namun yang peliknya, Arul tidak pernah kelihatan bersama mana-mana gadis. Believe it or not. dia tidak pernah punya satu.
jikalau ditanya kenapa? pasti jawapannya sangat mudah sehinggakan budak darjah satu pun mampu menjawabnya.
"Lecehla. Nanti masa couple. ada pulak kes-kes gaduh/merajuk/ masam muka. pastu lelaki juga kena pujuk," ujar Arul dengan muncung panjang sedepa.
"Habis tu takkan kau nak menyolo sampai ke tua kot?" balas Qaida.
"Hish. takde la. buat masa sekarang aku stay single la dulu. dah sampai masanya nanti aku dah jumpa awek yang betul-betul ngam dengan aku. Aku janji kau orang first aku bagitahu," Qaida mencebik.
"Ala. macam ye-ye je kau akan bagitahu aku dulu,"
"Ehh.. betul. kau tak percaya? aku berani sumpah ni?" Arul pura-pura mengangkat tangan kanannya.
"oih. janganlah angkat sumpah. kau tahukan aku tak suka," Arul ketawa melihat raut wajah Qaida yang pucat.
"Comellah kau ni Qai. Senang cite kau jadi awek aku mahu?" kata-kata Arul seolah-olah ada benda yang menusuk jantung Qaida. Terkejut.berdebar hatinya tiba-tiba. 'Biar betul mamat sekor nie,'
"kau jangan main-main la Arul. kau suka kan bergurau," Arul hanya ketawa galak melihat mata Qaida yang mula terbelalak sebijik macam burung hantu.
"Cuak kau,"Qaida hanya tersenyum tawar. 'Aduhai Arul. kalau la kau tahu apa yang ada dalam hati aku ni. Pasti kau terkejut,"
*****
"Qai!!" Qaida menoleh sebaik sahaja mendengar namanya dilaung. sudah dijangka si pemanggilnya adalah Arul sendiri. kelihatan Arul sedang melambai-lambai riang sebelum menghampirinya. Dia tidak berseorangan, di sebelahnya Azrif juga turut serta. kedua-duanya segak memakai baju melayu lengkap berwarna oren.Qaida sedikit terpempan melihat kekacakkan 2 pemuda di hadapannya. Namun sudah pasti, Arul akan dikatakan lebih kacak baginya.
"Korang daripada mana ni? segaknya," puji Qaida. Arul dan Azrif hanya tersenyum-senyum.
"Kitaorang daripada rumah orang kahwin. Alang-alang rumah tu dekat dengan pekan so si Azrif ni ajak aku datang sini nak cari buku katanya," jelas Arul sambil menjeling sahabatnya yang menunduk.
"Qai pula buat apa kat sini?" tiba-tiba Azrif bersuara.
"Oh, aku datang sini nak cari washing machine baru, kat rumah aku punya rosak," ujar Qaida sambil tersenyum melihat perubahan raut wajah Arul mahupun Azrif.
"Gurau jelah. dah datang kedai buku. nak cari buku rujukan la takkan nak cari ikan kot," terkekeh-kekeh Qaida ketawa besar.
"Mana tahu kau nak pancing ikan besar ke," Qaida menjeling Arul tajam.
"Eh alang-alang datang sini. jom duduk borak. aku belanja," ajak Arul tiba-tiba. Qaida dan Azrif terpinga-pinga. namun tak lama akhirnya dia setuju.
mereka masuk ke Cafe Jaya. Baru beberapa minit memesan air minuman, tiba-tiba Arul menyeringai sambil menekan-nekan perutnya.
"Sorrylah korang. aku punya perut memulas la pulak. Aku pergi tandas dulu la eyh?" bingkas Arul berdiri untuk berlalu.
Wajah Qaida berubah apabila Arul meninggalkan dia berdua dengan Azrif. Terasa agak pelik pula apabila ditinggalkan berdua dengan Azrif. Seolah-olah dia masih tidak sedar apabila seorang lelaki seperti Azrif menyukai perempuan sepertinya.
Mereka masih terdiam. membisu seribu bahasa.'Siaplah kau lepas ni Arul!' gerutu hati Qaida geram kerana dia tahu Arul sengaja mahu mengenakannya.
"Hey..Maaflah..." tiba-tiba Azrif bersuara.
"Ah? erk?" kalut Qaida tiba-tiba. 'Apa dia cakap ni? dia dengar ke apa yang aku cakap dalam hati tadi?'"Saya minta maaflah kalau awak rasa Arul seolah-olah memaksa awak. Dia kadang-kadang suka memaksa," ujar Azrif sambil mengusap tengkuknya perlahan.
"Oh, tak apa. Tak kisah. sekali sekala begini apa salahnya kan?" Qaida tersenyum cuba menenangkan dirinya yang kalut. malu betul!
"Baguslah macam tu," Qaida merenung Azrif lama. Jauh berbeza jika dibandingkan dengan Arul yang Happy go Lucky. Azrif lebih tenang dan sopan orangnya.
"Saya nak tahu kenapa awak suka pada saya?" tiba-tiba sahaja soalan itu terluncur dari mulut Qaida. secepat kilat Qaida menutup mulut celuparnya. 'Argh! bodohnya aku! pergi tanya soalan itu pula,'
"Erh. Sorry-sorry! Tak perlu jawab soalan tu. anggap je awak tak dengar," gelabah Qaida tiba-tiba. Azrif tiba-tiba ketawa. Qaida pelik. aku ada buat lawak ke tadi?
"Awak ni sama macam Arul la.kelakar dan jenis yang berterus terang. Apa yang awak fikirkan awak cakap sahaja apa yang terlintas di fikiran tanpa selindung. sebab itu saya tertarik dengan awak," beritahu Azrif.
"Oh? erh. terima kasih," Qaida tersenyum lega.
"Eyh? dah hampir 15minit Arul pergi tandas? sembelit ke dia tu?" tiba-tiba Azrif bersuara sambil meneliti jam tangannya.
"Biar saya pergi tengok sekejap," Qaida bingkas berdiri sebelum berlalu keluar kedai buku.Di luar kelihatan Arul sedang sedap-sedap bersidai di beranda. Khusyuk sekali dia melayan perasaan sehingga tidak menyedari kehadiran Qaida di belakang.
"HOI!" sergah Qaida disertai dengan tepukan di bahu. "MAk aih! Ish! kau ni. nak aku mati cepat ke? tak reti-reti nak bagi salam ke?" bebel Arul geram.Qaida hanya tersengih.
"Kau buat apa kat sini? kata pergi tandas? sini ke tandas kau?" sindir Qaida."Takdela. aku tengah tengok awek-awek cun lalu lalang kat bawah sana. kau nak tengok? seksi ooh," Arul membalas sindiran Qaida. kali ni giliran Qaida pula mencebik.
"Qai.." panggil Arul perlahan. "Hm?"
"Kau memang tak boleh terima Azrif ke?" Qaida tersentak. serentak dia menoleh memandang Arul yang juga sedang merenungnya tajam.
"Tak boleh,"
"Kenapa?"Qaida terdiam seketika sebelum menjawab."Sebab dalam hati aku ada orang lain,"
**** 20 April 2007, Qaida merenung lama tarikh hari ini lama, kemudian matanya beralih pada kotak yang berbungkus kemas di atas katilnya.
'Patut ke aku beri pada dia?' desis hati kecil Qaida. Hari ini merupakan ulangtahun harijadi Arul yang ke-17. pada tahun terakhir ini Qaida bercadang untuk meluahkan perasaan sebenarnya selama 4 tahun itu kepada Arul. Semangat berkobar-kobarnya runtuh apabila dia tahu Arul pasti tidak ada hati padanya daripada caranya cuba menyatukan Qaida dengan sahabat baiknya sendiri.
"Qaiiii!!~" laungan manja Arul langsung tidak diambil peduli oleh Qaida, dia meneruskan langkahnya menuju ke kelas tanpa sedikitpun menoleh ke arah Arul.
"Oih! kau kenapa?" tanya Zira. sedikit sahaja lagi tubuhnya dan Qaida akan bertembung tadi. Qaida tidak menjawab dia hanya diam sahaja.
"Qai? kau sihat ke?" tanya Mirza apabila melihat raut wajah rakannya itu tidak seceria selalu.
Qaida menggeleng laju. "Takde apa-apa. aku okey," ingin sahaja dia beritahu Mirza perkara sebenar tetapi dia malu.
"Okey, Suit yourself," setelah mIrza berlalu, Qaida perasan akan kelibat Arul sedang tersengih-sengih tatkala menerima ucapan harijadi daripada teman-teman yang lain. Qaida kembali gelisah. sebentar lagi pasti Arul akan menuntut hadiah daripadanya.
seperti yang sudah dijangka, Arul muncul dengan senyuman kerang busuknya itu di hadapan Qaida.
"Hye Qai! tadi aku panggil kau. kau buat bodoh je. ada hal ke ?"
"Kau panggil aku ke tadi? sorry. aku tak dengar la," balas Qaida bersahaja.
"Kau sihat ke harini?" tanya Arul tiba-tiba. Qaida mendengus,'dalam hari ini sudah hampir 5 orang tanya perihal kesihatan aku. tapi takde sorang pun tanya pasal perasaan aku! Perasaan aku yang semakin SAKIT'
"Sihat,"
"Betul ni? kalau tak aku kasi kau ubat," serentak itu Arul menghulurkan satu peket panadol actifast.Qaida hanya menggeleng kepala.
"Oh ya. kau free kan petang ni? jom lepak. hari ini birthday aku. Azrif pun ada," ajak Arul gembira.
"Errm. sorry Rul. aku tak dapat nak follow la.aku ada hal sikit tapi nanti aku kirim hadiah kat kau. lepas sekolah okey?"
"Ye ke? ala. kasi je la hadiah tu sekarang Qaiii," rengek Arul.
"Taknak! aku akan kasi lepas sekolah. jumpa aku kat belakang sekolah nanti," ujar Qaida sambil tersenyum nipis.
*** seperti yang dijanji, Arul awal-awal lagi sudah terpacak di pagar belakang sekolah. Suasana di situ senyap sunyi kerana kebanyakkan pelajar-pelajar pulang mengikut pintu hadapan sekolah.
Wajah Arul ceria sahaja menanti dengan sabar kehadiran Qaida. sebaik sahaja terlihat Qaida terus sahaja dia melompat.
"Ish! macam budak-budak. tak boleh bersabar ke?" arul tidak menjawab sebaliknya menghadiahkan sebaris gigi yang tersusun cantik.
"Tapi sebelum tu...Arul. aku nak bagitahu kau something," gugup nada suara Qaida.
"Apa?" Arul membalas acuh tak acuh, bungkusan hadiah di hadapannya dikoyak.
"Aku..sebenarnya...
*****
"Qai..kau dengan Arul okey ke? nampak macam korang tengah gaduh je," getus Mirza apabila melihat keanehan Arul dan Qaida. seorang ke barat seorang ke timur.
"Okey je. takde apa-apa," Qaida terdiam. Peristiwa 2minggu yang lepas mula mengamit kotak memorinya. ***
'Aku sebenarnya sukakan kau," akhirnya terluah juga ayat yang sekian lama disimpan. Arul yang tadi asyik membuka hadiah terpaku.
seketika suasana antara mereka diingin.
"Qai..maafkan aku, aku tak boleh terima kau sebab kawan baik aku suka pada kau," perlahan sahaja suara Arul berhujah.
Qaida menunduk, takungan air matanya mulai pecah. "Tak..Tak mengapa..Aku faham. Kau memang tak pernah suka pada aku.."
"Tapi..kau jangan salah faham. bukan aku tak menghargai Azrif. sememangnya aku gembira bila aku tahu ada orang suka pada aku.. tapi sebenarnya aku amat berharap orang itu adalah kau,"
"Qai!" Laungan Arul langsung tidak diendahkannya. Qaida terus berlari sambil menangis teresak-esak.
"Maafkan aku Arul,"
****
"Qai.ada orang nak jumpa kau," tepukkan di bahu menyedarkan Qaida dari lamunan panjang.
Kelihatan Azrif sedang menanti di hadapan pintu kelas. 'Ah, ada apa dia mahu berjumpa aku?'
"Azrif? ada apa awak mahu jumpa saya?" Qaida memulakan mukadimahnya. Azrif masih terdiam.
Tiba-tiba Qaida sedikit tersentak apabila tangannya ditarik Azrif.
"Saya tidak mahu berputus asa tapi, saya benar-benar sukakan awak Qaida Balqis.saya tidak akan lepaskan awak selagi awak tidak menyatakan kata-kata persetujuan," tegas nada suara Azrif. Hati Qaida sayu.
"Azrif,saya.."
"DUP!"
"belum sempat Qaida berkata apa-apa. tiba-tiba Arul muncul di hadapannya dengan wajah masam. Tangan kanan Qaida yang dipegang Azrif di tariknya kembali.
"Maafkan aku Rif. but for once. aku tak boleh bantu kau lagi.sebab aku..aku sendiri juga sukakan Qai. Aku tak boleh biarkan dia pada kau," Qaida sedikit terpana. 'Betulkah ini yang aku dengar?' pipinya dicubit beberapa kali.
Azrif tiba-tiba ketawa besar. Qaida dan Arul pelik.
"Kau ni bodoh juga eyh Rul," ucap Azrif.
"Huh? apahal pulak?"
"Aku tadi saja mengenakan kau. tapi tak aku sangka kawan aku akhirnya berani mengucap kalimah yang sekian lama aku tak pernah dengar kau ucap," ketawa Azrif makin galak.
"Siot punya kawan," satu tumbukan hinggap di bahu Azrif. tapi Azrif masih ketawa.
"Rilek la. aku bantu kau je, Kau tak perlu mengalah untuk aku Rul. Aku dengar apa yang korang bualkan tempoh hari.Aku ni bukannya tak laku. awek masih ramai kat luar sana," ujar Azrif sebelum berlalu meninggalkan Arul dan Qaida.
"Rul?" Arul menoleh memandang wajah Qaida yang ternyata masih bingung.
"Maafkan aku Qai. Aku mengaku selama ni aku baik dengan kau sebab Azrif. Tapi bila aku mula rapat dengan kau, timbul perasaan suka..tapi aku cuba kawal perasaan aku. tapi disebabkan insiden tempoh hari.aku sedar aku memang tak dapat nak lupakan kau dan persahabatan kita," Arul terdiam.
"Qai...aku.aku sukakan kau,"
Qaida terdiam. Namun tidak lama dia tersenyum.
"Betul juga kata Azrif. bodoh juga kau ni ye?"
"eyh cakap baik-baik sikit. ingat senang ke nak ucap kan lafaz tu? Sekali aku tarik balik ayat tu kang baru tahu" bentak Arul pula.wajahnya kemerah-merahan. Entah menahan rasa malu atau geram.
Qaida ketawa. sebelum merapatkan bibirnya ke telinga Arul.
"Memang kau ni bodoh. tapi bodoh yang berani. Sememangnya lelaki lain tak sebodohmu tetapi mereka bukan kau yang boleh mengantikan tempat kau dalam hati aku," Arul tersenyum lebar.
"Ye ke?"
"Betul,"
"Terima Kasih sayang," terbelalak biji mata Qaida mendengar ungkapan Arul. sebelum mereka sama-sama ketawa bahagia.
wooo.. best nyer. lain kali wat lagi. kehh...keh..keh... best la. tapikan yang cite harga sebuah pengorbanan tu baru betul- betul nampak macam ciplak sebab aku dah baca citenyer. ish..ish..ish.. apapun best cite mereka bukan kau.
me.iyeke..awak dah pernah baca harga sebuah pengorbanan itu sebelum kena terbit kat laman ni?setahu I,cerpen itu sudah pernah tersiar dalam satu surat khabar tempatan di sabah sebelum tersiar kat laman ni. Walaupun orang kata adik ciplak dari komik or whatever..adik teruskan je usaha penulisan adik tu.Orang iri dan dengki bila ada karya yang lebih baik dari hasil mereka,yang penting ALLAH tahu usaha itu benar2 dari usaha dan idea adik sendiri.good job.
hmm.. sye pernah bace cite nie dlm komik.. tajuk die..die bukan kau...karya yamanaka rico... dlm buku teman selamanya..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ngeh2...good job!