Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Mama!! Mama!!" Jerit Aiman. "Nape sayang? " Aiman menangis, mengapa dengan anak ku. "Azim ejek Aiman tak de papa, ne papa Aiman ma? " tanya Aiman padaku. "Papa Aiman kan belayar, naik kapal besar tu" jawab ku. "Mama tipu! Mak Leha kata tak pernah nampak papa balik sejak Aiman kecil lagi" bentak Aiman. "Papa Aiman dah mati!!" kasarnya aku. Aiman tunduk lalu berjalan perlahan-lahan ke bilik nya. Tidak pernah mama meninggikan suara padanya. Bukan niatnya untuk membuat mama marah tapi ejekan dari Azim betul-betul membuat dia sedih. Maafkan Aiman, mama.
Betapa bersalahnya aku meninggikan suara pada Aiman, tapi sudah acap kali soalan itu keluar dari bibir comel itu, dan membuat jiwa ini berkocak antara marah, kecewa dan pilu. Memang ini salah ku, maafkan mama Aiman sebab mama rasa begitu kejam membiarkan Aiman membesar tanpa kasih sayang yang sempurna. Mama juga tak mahu semua ini terjadi sayang, tapi mama terlalu sayangkan papa Aiman.
"Kita kahwin tapi Syam tak nak ada anak" kata Syamil. "Terpulang pada Syam kalau itu yang lebih membahagiakan Syam, Jiha hanya tak nak hati tua Pak Yahya terluka lagi, itu sahaja" balas Najiha. Pedihnya hati yang mendengar, tetapi untuk membalas jasa Pak Yahya dia tak peduli walau apa sahaja syarat dari Syamil. Majlis pernikahan diadakan secara kecil-kecilan sahaja. Tiada pelamin indah, tiada makan damai, tiada acara yang indah-indah seperti yang diimpikan. Tapi apa yang lebih penting bagi Jiha, senyuman dari bibir tua dan raut wajah gembira dari kulit yang telah berkedut Pak Yahya. Kesihatan lelaki yang menjaga dia selama ini yang sekarang menjadi bapa mertua nya lebih penting dari impiannya. Di tambah dia juga sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Syamil sejak di bangku sekolah. "Abah bersyukur kalian telah bersatu, dan harapan abah semoga cepat abah timang cucu" senyuman abah cukup menyerikan pagi aku, dia bertambah sihat, cuma Syam yang sering muram. Tetapi dia tak pernah lupa tanggungjawab sebagai seorang suami, aku amat bersyukur. Dalam diam sudah dua bulan kami sah menjadi suami isteri. " Abah, esok Syam mula belayar semula, abah jagalah diri baik-baik, tengok-tengokkan Jiha ye" " Kau tu hati-hati di lautan, ingat kami di sini, jangan tinggal solat kau" pesan abah. "Baiklah" jawab Syam acuh tak acuh. "Syam, Jiha nak beritahu sesuatu, JIha hamil, Jiha tahu Syam tak inginkan anak ini, tapi Jiha bukan sape-sape nak lawan takdirNya, maafkan Jiha" kataku ketika sedang sibuk memasukkan baju di dalam beg pakaian Syamil. "Gugurkan anak tu, Syam tak nak ada tanggungjawab lebih dari ini, faham!" "Syam! Tidak, walau apa pun terjadi, Jiha tak akan gugurkan anak ini" tangis Jiha. "Ok, kalau Jiha tak nak gugurkan,Syam tak akan pulang lagi" ugut Syamil. "Kesiankan abah Syam, Jiha janji tak akan susahkan Syam, Jiha akan jaga sendiri"’ " Sukahati kau lah, aku pergi dulu"
Syamil betul-betul mengotakan kata-katanya, abah sering demam merindui Syam yang sudah lama tidak pulang. Aku bersendirian melalui saat-saat yang indah dan duka seorang diri. Mujur Mak Long selalu menjengukku serta abah. Aku risau tentang abah, bibir nya selalu memanggil nama Syam ketika tidur. Maafkan Jiha, Abah. Ketika melahirkan Muhamad Aiman Harith, aku terlalu sedih kerana tiada suami di sisi, aku tidak dapat bersalin normal tetapi kekecewaan itu aku atasi bila mengenangkan mungkin itu sahaja zuriat yang dapat aku lahirkan. Abah gembira tetapi aku tahu dia memendam rasa. Dia mula rasa bersalah kerana merasakan aku tidak bahagia. Abah tidak membenarkan aku bekerja, tapi duit pencen dan hasil buah kelapa sawit serta dusunnya cukup menyara kami. Abah mengupah orang kampung untuk menjaga segala tanamannya itu kerana dia sendiri sudah uzur, hanya bila dia rasa ingin berpeluh, dia akan melawat kebun-kebunnya. Aku sendiri tak menyesal atas apa yang aku lalui, aku ikhlas demi membalas jasa abah yang memelihara aku setelah kehilangan tempat bergantung sejak berumur sepuluh tahun.
" Abah minta maaf pada Jiha" kata abah pada petang yang hening ketika kami sedang berehat di beranda sambil minum kopi. " Kenapa abah minta maaf pada Jiha"? soalku pelik. " Abah merasakan kamu tidak bahagia dengan Syamil" abah mula sedih. " Tidak abah, Jiha cukup bahagia. Kalau Jiha tak bahagia takkan muncul Aiman sekarang ini" jawab ku. " Apa khabar Syam, di mana dia sekarang, ada dia hubungi kamu Jiha"?. " Ada abah, dia sihat, cuaca buruk sebab itu dia lama tak pulang, bimbang keselamatan di tengah laut" bohong aku. Maafkan Jiha, tapi Jiha tak nak abah susah hati. " Kita doakan sahaja dari jauh ye Jiha, abah nak buat kenduri doa selamat untuk Aiman dan Syamil" " Baiklah abah" Aku segera ke rumah Mak Long keesokan hari nya untuk memberitahu tentang hajat abah. Selepas itu aku ke bank mengeluarkan duit belanja. Kenduri berjalan lancar hujung minggu tersebut. Semua orang simpati dengan aku, tetapi aku cuba menyembunyikan duka di hati. Seminggu selepas itu, kesihatan abah semakin buruk, dia langsung tidak mahu pergi ke hospital, sakit tua katanya. Abah tenat, tetapi Syam tidak dapat dihubungi. Bagaimana lagi caranya, aku sudah buntu, hanya berserah padaNya. Abah meninggalkan aku sendiri bersama Aiman yang belum mengerti apa-apa. Sedih nya aku sudah tak terkata, mengapa aku di uji lagi. " Jiha, jaga Aiman baik-baik, sampaikan salam abah jika Syam pulang, sampaikan juga salam maaf dari abah, abah juga turut minta maaf pada kamu". "Abah jangan cakap begitu, abah tak pernah salah pada kami" esak ku. " Jaga lah rumah dan kebun ayah, semua ayah serahkan pada Aiman bila cukup umurnya. Kamu sebagai pemegang amanahnya" " Abah, bukan itu yang Jiha harapkan, abah mesti sembuh" " Masa abah sudah tak panjang lagi Jiha, kamu mesti kuat menempuh hidup ini". Abah menghembuskan nafas nya yang terakhir di hadapan kami dan saudara terdekat kecuali Syam yang tidak muncul. ..................................................... Kini, Aiman telah pun berusia lima tahun dan mula pandai bertanya, tapi aku tak tahu apa harus aku jawab padanya. Maafkan mama Aiman. Semalam Aiman demam, merajuk tidak mahu makan walau aku masak bubur sayur kegemarannya. " Aiman sayang mama tak? Suka ke mama nangis?" " Aiman cuma nak tahu mana papa Aiman" " Papa kan belayar sayang, mama pun tak tahu papa kat mana" " Mama bohong kan, Aiman tak de papa kan ma?" " Aiman. Kalau tak de papa, Aiman tak lahir tau sekarang ni" " Tapi Aiman tak nak la sekolah lagi, Aiman malu kawan-kawan suke ejek Aiman tak de papa" " Aiman kan hero, mane boleh kalah, biarlah orang nak kata apa pun, yang penting Aiman tahu kebenarannya kan" "Baiklah mama, sekarang Aiman nak mama suap sampai Aiman kenyang then i want go to shopping!" jerit Aiman. Syukur aku panjatkan kerana Aiman mengerti.
" Aiman! Cepat siap, kita nak pergi rumah Opah Long ni" " Kejap la mama! Kartun ni sikit lagi habis" " Rumah Opah Long bukan jauh pun, sambung tengok kat sana la sayang" Aiman bergegas turun, walau dalam keadaan berpuasa, aku bangga Aiman tak letih seperti kebanyakkan budak-budak seusianya. " Mama, kita berbuka apa nanti kat rumah Opah Long?" " Aiman nak Opah masakkan ape?" " Ummm.. Aiman teringin nak makan ayam percik la mama, Opah pandai buat kan?" " Kalau macam tu, kita singgah kedai beli ayam dulu ok" Aiman di sambut girang oleh Opah Long nya, hanya mereka tempat Aiman menumpang kasih sebagai cucu. Berselera Aiman menikmati hidangan juadah berbuka puasa malam itu, selepas berbuka Aiman mengikut Atok Long nya ke surau pula. Syukur Ya Tuhan kau berikan aku anak yang bijak dan soleh. "Assalamualaikum" "Waalaikumusalam" siapa pula yang datang? Isyak pun belum masuk waktu, takkan Pak Long dah balik, tidak kedengaran pula suara Aiman? " Syam!!" mahu sahaja aku pengsan melihat gerangan orang yang memberi salam. " Kenapa Jiha?" jerit Mak Long yang keluar dari biliknya tanpa menanggalkan telekung. " Syamil! Kenapa kau balik?" Terkejut Mak Long. " Maafkan Syam Mak Long" Syam menitiskan air mata? Kami berpandangan. " Papa!!" " Aiman!!" jerit ku. " Papa, ni Aiman, papa tak kenal Aiman ke? Soal Aiman sambil memeluk Syam. " Tu bukan papa Aiman!, papa Aiman dah mati!" " Mama bohong, ni papa Aiman, sama dalam gambar kat bilik Aiman yang mama gantung tu!" protes Aiman. " Jiha, bawa bertenang nak, biar Aiman mengenal papa nya" Pak Long memujuk. " Tapi Pak Long.." tidak dapat ku tahan lagi air mata ini, aku tinggalkan mereka dan masuk kebilik, tak sanggup rasa nya melihat Aiman yang terlalu merindui papa nya. Biar lah Aiman bertanya sendiri mengapa baru sekarang papa nya muncul, sungguh sangat ini yang ku tunggu tapi tiba-tiba hati seakan memberontak, takut kehilangan kasih dari Aiman. " Jiha, jangan begini nak" pujuk Mak Long. " Tiba-tiba hati Jiha jadi sakit Mak Long, tapi Jiha tahu Aiman perlukan papa nya, dan satu kemungkinan lagi tak mustahil jika Aiman di tinggalkan lagi sekali. Jiha tak nak Aiman sakit lagi Mak Long" aku berkata teresak-esak. " Mak Long dah dengar semua penjelasan Syam di hadapan Pak Long dan Aiman, nampaknya dia telah insaf, hubungan kamu pun tetap sah kerana dia memasukkan nafkah setiap bulan dalam akaun kamu, cuma kamu sahaja yang tidak perasan" " Bukan itu yang Jiha harapkan Mak Long, tapi hati Jiha dah tawar nak terima dia kembali, lagipun dulu bukan dia cintakan Jiha, Jiha rasa Jiha bukan yang terbaik untuk Syam lagi Mak Long". " Jiha, jangan berkata begitu, kenang kan Aiman, biarlah kita yang terluka, asalkan Aiman bahagia" " Mama!!" jerit Aiman. " Mama nangis ke Opah? Nape mama tak keluar jumpa papa?" soal Aiman dan tanpa sempat Mak Long menjawab persoalan dia terus memelukku dari belakang. Bagaimana aku hendak mengawal emosi ku ini. " Mama, jom la kita keluar, papa tanya mama mane" " Aiman.." " Yes mama" " Aiman happy jumpa papa?" " Mestilah, mama tak happy ke?" " Aiman, walau papa lama tak jumpa Aiman, Aiman tak marah kan papa?" " Tak lah, mama kan pesan kita mesti jadi anak yang baik, Aiman tak boleh marah papa atau mama kan, lagi pun Aiman rindu papa, papa jahat tak mama?" " Tak sayang, papa orang yang baik cuma dulu papa marah mama sebab tu lama tak jumpa Aiman, Aiman dengar sendiri kan apa papa cakap dengan opah dan atok" Ku usap mulus pipi Aiman, ku kucup dahi Aiman untuk mengumpul kekuatan berhadapan dengan Syamil. Lantas ku pimpin tangan Aiman menuju ruang tamu. Ya Allah, tabahkan hati ini. " Syam, maafkan Jiha sebab selama ni Jiha yang membuat hidup Syam tak bahagia, hingga abah meninggal dunia pun Jiha tak dapat tunaikan permintaan nya yang merindui Syam, Jiha hanya dapat sampaikan salam maaf dan rindu dari arwah, maafkan Jiha" ucapku sambil mengucup tangan nya. " Syam yang bersalah, tak menghargai pengorbanan Jiha untuk menjaga abah, meninggalkan Jiha ketika Jiha memerlukan kekuatan untuk menempuh hidup ini sendiri. Syam pun minta maaf kerana mengabaikan tanggungjawab Syam". " Sekarang ni Pak Long harap kamu berbaik semula dan mulakan hidup baru, besarkan Aiman dengan sempurna" nasihat Pak Long pada kami. " Baiklah Pak Long" jawab Syamil. Moga dia mengotakan jawapan itu. Amin.
" Syam, Jiha nak tanya sikit boleh?" " Tanyalah sayang" " Syam akan tinggalkan kami lagi?" " Tidak, Syam akan tinggalkan kamu bila Syam perlu bekerja sahaja. Jiha faham kan kerja Syam macam mana?" " Terima kasih Syam sebab terima kami semula dalam hidup Syam" " Syam pun sama, takut sangat jika Jiha tak terima kepulangan Syam, takut juga Aiman tak mahukan papa nya ni" " Kami selalu bertekak sebab Aiman pertahankan papa nya bila dia kena ejek di sekolah, tapi Jiha terpaksa banyak bohong dengan Aiman kerana tak nak dia sedih terus." " Maafkan papa sayang" kata Syam sambil mengucup dahi Aiman dengan penuh kasih sayang. " Syam, Jiha minta maaf sebab hanya Aiman sahaja yang Jiha mampu beri pada Syam, Jiha tak boleh hamil lagi, rahim Jiha terpaksa di potong sebab ada ketumbuhan. Tapi, kalau Syam nak zuriat lagi, Jiha rela di madu" " Jiha! Tidak sayang, cukup lah Syam dah lukakan hati Jiha" " Jiha ikhlas Syam, Jiha tahu Syam suka kan budak-budak sebenarnya, Jiha dengar Syam berbual dengan Pak Long kelmarin tentang zuriat" " Jiha, Syam redha jika ini ketentuanNya, Syam tak mampu nak bahagi kasih. Syam dah cukup sempurna dengan ada nya Jiha dan Aiman". " Jangan kerana Syam rasa bersalah Syam pendam luka dalam hati yang Syam tak bahagia kerana tak ada zuriat lagi" " Tidak Jiha, percayalah kata-kata Syam, Syam dah insaf atas semua yang Syam lakukan". " Tak apa lah kalau Syam kata begitu, tapi kalau hati Syam teringin nak zuriat lagi, carilah ibu yang boleh melahirkan zuriat untuk Syam lagi ok" " Jiha, awak terlalu baik untuk saya, cukup lah sayang"
Malam melabuhkan tirai nya, sedangkan Jiha masih lagi di tepi jendela merenung bintang di langit. Aiman lena dalam pelukan papa nya. Ya Tuhan, jangan di duga lagi hamba mu ini. Permohonan Syam untuk bekerja sebagai pelatih di akademi telah diterima. Sekarang dia tak perlu berada di tengah laut, hanya jika keadaan memaksa sahaja. Syam berkata pada kami cukup lah dia membawa diri dulu. Lagi pun kesihatan nya tidak berapa mengizinkan dia untuk berada lama di atas laut.
Lebaran ini amat bermakna bagi keluarga kami, kami bersatu kembali. Setelah menziarahi pusara abah, kami menziarahi saudara mara. Malam esok nya kami mengadakan kenduri tahlil untuk arwah abah. Syam menitiskan air mata ketika nama arwah di sebut, tapi Aiman pantas mengesat mutiara itu dari terus jatuh, terharu daku melihatnya. Aiman adalah insan yang paling gembira kerana tidak di ejek lagi oleh kawan-kawannya. Habis semua kawan-kawannya dipaksa datang ke rumah kerana mahu mempamerkan papanya. Geli hati melihat Syam tidak menang tangan melayan kerenah rakan-rakan sekampung Aiman. Syam bertanya adakah aku hendak berpindah, tapi ku geleng sekerasnya. Rumah ini amanah abah, aku tak mahu Aiman membesar di tengah kota yang sesak itu. Bukan tak mahu Aiman lihat dunia luar, Cuma aku perlu berhati-hati dalam memberi didikan pada Aiman. Satu-satunya jantung hati ku. Syam pun tidak banyak soal, dia setuju dengan kata-kata ku, lagi pun dia sanggup berulang alik dari akademi nya ke kampung kami. Cuma bila dia perlu tidur di akademi, kami akan ikut sekali bermalam di sana. Rumah abah kembali berseri, aku merasakan abah tersenyum melihat kami bersatu kembali. Moga tiada lagi dugaan yang berat untuk kami.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
NiCe JoB..!!!
WaT LaGie YaNG TeBaiK K..
TaPi.. KeNaPa CeRPeN aWaK DiCiPlaK.??hahahaha..KaSiHaN..
GuD LuCk..