BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, Ogos 05, 2008
Cerpen : Suhana
joanne
josephine_anne99@yahoo.com

Dari langit kelabu menitis butir-butir air ringan. Diantara butir-butir air
itu, melayang jurai-jurai halus menabiri ruang pagi. Aku termenung mengigat
kembali kisah lampau ketika papaku menghilangkan diri selama 5 tahun.
Itulah persoalan yang bermain di minda ku kini. Aku masih tertanya-tanya,
mengapakah papa pergi meninggalkan aku dan mama? Tetapi walau apa pun
persoalannya, aku pasti papa mempunyai alasan sendiri.

" Suhana, kenapa dengan kau ni, asyik termenung saja dari
tadi," tanya Lisa rakan sebilik ku di kampus Universiti Putra Malaysia.

" Eh… Lisa, terkejut aku. Bila kau sampai? Kamu ni datang tak
reti nak beri salam ke," ujarku sambil mengusap dada.

" Baru je. Ha.. tu lah lain kali jangan asyik termenung je,
kan dah kena. Aku tengok kau ni macam ada masalah je. Apa problem kau? Mana
tahu aku boleh tolong," kata Lisa yang inginkan kepastian.

" Tak ada apa-apa Lisa. Cuma aku teringatkan papaku yang sudah
lama menghilang," jawabku sebak.

" Maafkan aku Su. Tapi kenapa papa kau tergamak tinggalkan kau
dan mama kau?" soal Lisa sambil meletakkan tangannya diatas meja.

" Entahlah Lisa, aku sendiri pun tak tahu. Dahlah malas aku
nak fikir tentang tu lagi," jawabku sambil memohon diri untuk meninggalkan
tempat duduk ku. Aku terus melangkah meninggalkan Lisa yang kehairanan.

Selepas kuliah, Lisa mengajak aku ke kantin. Aku ingin menolak
pelawaannya kerana tidak berselera untuk makan. Aku asyik memikirkan
kesihatan mamaku yang sering terganggu sejak akhir-akhir ini. Tetapi aku
tidak sampai hati untuk menolak pelawaannya. Semasa kami baru hendak
mengambil tempat duduk, muncul seorang pelajar lelaki yang bercermin mata
dan memakai t-shirt berwarna biru. Kami sama-sama tidak mengenali lelaki
tersebut.

" Selamat tengah hari kak, boleh tumpang tanya, kenal tak
Suhana binti Shamsuddin," Tanya pelajar itu.

" Kenal tapi kenapa adik cari dia?" balas Lisa yang inginkan
kepastian.

" Sebenarnya, saya nak serahkan sepucuk surat kepadanya," ujar
pelajar tersebut sambil menunjukkan sampul surat yang berwarna putih.

" Surat?" Dari siapa? Sayalah Suhana," tanyaku harian.

" Entahlah kak, saya hanya ditugaskan menghantar surat ini,
tapi saya tak kenal empunya surat," balasnya lagi.

" Em.. tak apalah. Terima kasih ya dik," jawabku ikhlas.

" Sama-sama."

Aku tertanya-tanya, siapakah yang mengirim surat ini. Tulisan yang tertulis
di dalam surat itu tidak pernah ku lihat.

" Su, cepatlah buka surat tu. Aku tak sabar nak baca ni," ujar
Lisa yang tidak sabar lagi untuk mengetahui isi surat itu.

" Nantilah kejap. Takkan kita nak baca kat kantin ni. Kat
sinikan banyak orang, lagipun tadi kamu kata nak makan, kita makan
dululah," balasku lagi.

Selesai sahaja kami makan, aku dan Lisa beredar untuk ke Taman Tema. Aku
membuka sampul surat itu dengan seribu satu persoalan bermain di benakku.
Lisa kelihatan seronok dan tidak sabar untuk mengetahui kandungannya.

" Cepatlah Su, buka surat tu, aku tak sabar lagi ni," kata
Lisa yang baru sahaja melabuhkan punggungnya atas kerusi di Taman Tema.
Tanpa membuang masa, aku membuka sampul itu dan membaca kandungan surat
tersebut. Alangkah terkejutnya aku tatkala membaca surat yang diutuskan
oleh seorang lelaki yang agak ku kenali tetapi tidak begitu rapat.



Kehadapan saudari Suhana Shamsuddin,



Salam perkenalan. Terlebih dahulu saya ingin memohon seribu kemaafan jika
kedatangan warkah ini menyusahkan saudari. Sememangnya saya tahu saudari
akan berasa hairan dengan kehadiran warkah ini. Tetapi niat saya hanya
untuk mengenali saudari dengan lebih dekat lagi.

Saya sudah lama ingin meluahkan perasaan saya terhadap saudari
tetapi saya berasa segan. Tetapi kali ini saya cuba memberanikan diri untuk
berterus terang. Untuk pengetahuan saudari, saya sudah lama tertarik dengan
saudari tetapi saya pendamkan sahaja. Pendekkan cerita, saya benar-benar
mencintai saudari.





Ikhlas dari,


Haikal Hazran.



Selesai sahaja aku membaca surat itu, aku merasakan tidak
percaya yang selama ini Haikal Hazran, lelaki yang terkenal dan diminati
oleh pelajar perempuan di kampus itu menulis surat cinta kepadaku. Aku
tergamam.

" Biar betul lelaki ni," ujarku hairan.

" Betullah tu Su. Si Haikal ni memang dah lama syok kat kau.
Cuma kau je yang tak tahu, ataupun kau buat-buat tak tahu," usik Lisa lagi.

Keesokkan pagi, aku dan Lisa berjalan menuju ke bilik kuliah. Aku merasakan
yang kami sedang diekori oleh seseorang dari belakang. Aku berasa takut
tetapi aku tidak memberitahu Lisa. Aku mengajak Lisa berjalan dengan
pantas. Lisa hairan dengan kelakuanku.

" Eh.. kenapa dengan kau ni Su? Kau tarik-tarik tangan aku ni
kenapa? Ada hantu kejar ke," kata Lisa separuh bergurau.

" Aku rasa macan kita diekori saja. Aku takutlah. Jalanlah
cepat," jawabku separuh berbisik.

Tanpa berlenggah lagi, aku dan Lisa berjalan laju dan aku berasa lega
apabila melihat dua orang penuntut yang sedang berjalan bersama di depan
kami untuk ke kampus.





Sejak pagi tadi, aku merasakan ada seseorang yang sedang
memerhatikan pergerakkan aku. Selepas selesai kuliah, aku mengajak Lisa
menemani ku ke kantin. Semasa di kantin, aku masih dapat merasakan yang
gerak geri aku sedang diperhatikan. Aku memberitahu Lisa perkara tersebut
tetapi Lisa mengatakan bahawa itu hanyalah mainan perasaan aku sahaja.

Walaubagaimana pun, aku yakin bahawa itu adalah realiti. Setelah Lisa
beredar untuk memesan makanan, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang memakai
kemeja putih sambil memegang sejambak bunga ros berwarna merah hati berdiri
di tepi ku. Lelaki yang aku kenali dan yang telah mengirim sepucuk surat
kepadaku tempoh hari. Entah mengapa aku dapat meneka bahawa lelaki itulah
yang memerhatikan gerak geri aku dari pagi tadi. Tanpa segan, lelaki itu
mengambil tempat duduk di depanku.

" Hai…, saya Haikal. Maaf kerana membuat saudari kurang
senang. Tujuaan saya hanya ingin mengenali saudari dengan lebih dekat. Saya
tahu saudari sudah pun membaca surat yang saya tulis tempoh hari," ujar
lelaki itu sambil menghulurkan sejambak bunga kepadaku.

Aku menyambut bunga yang dihulurkan tetapi aku kurang senang dengan
kelakuannya yang terlalu berani dan tidak tahu malu.

" Terima kasih. Saya Suhana. Jangan panggil saya saudari.
Memang saya dah baca pun surat awak tu," kataku lagi.

" Kalau macam tu baguslah. Panggil saya Haikal. Saya tak
bermaksud untuk memaksa Suhana menerima saya, Cuma kalau boleh saya
inginkan jawapan kepada soalan saya," katanya lagi.

" Maaf, buat masa ni, saya tak ada jawapan untuk soalan
Haikal," jawabku dengan tenang.

Selang beberapa minit kami berbual, akhirnya muncul juga Lisa sambil
membawa dulang makanan.

" Em.. Haikal, saya perkenalkan, ini kawan saya, Lisa," ujarku
sambil menarik tangan Lisa.

" Hai.., saya Haikal. Em.. kalau macam tu saya minta diri
dulu," jawabnya lagi sambil beredar dari tempat duduknya.

Aku dan Lisa hanya memerhatikan gerak geri lelaki yang mengelarkan dirinya
Haikal. Aku memang tidak pernah terfikir bahawa lelaki itu ingin mengenali
ku. Dalam kampus Universiti Putra Malaysia itu, siapa yang tidak kenal
dengan anak tokoh koprat yang terkenal Haikal Dato’ Hazran.

" Beruntung kau Su, si Haikal tu tergila-gilakan kau. Semua
perempuan dalam kampus ini ingin menjadi teman wanitanya, tapi kau juga
yang dicarinya. Haikal tu hensem apa! Kalau aku, aku terima saja dia tu.
You’re the lucky girl," ujar Lisa sambil senyum sinis.

" Alah.. kau ni tak habis-habislah Lisa. Aku bukannya mata
duitan ataupun tengok muka hensem. Aku Cuma nak berhati-hati je…, jangan
salah pilih dahlah," balasku selamba.

Malam itu, aku menerima panggilan telefon daripada Haikal.
Haikal mengajak aku keluar makan hujung minggu ini. Pada mulanya, aku
berjaya menolak pelawaannya dengan alasan banyak sangat assignment yang
perlu disiapkan. Tetapi Lisa telah bersuhabat dengannya mengatakan itu cuma
alasan aku untuk mengelak dari keluar dengannya. Lisa juga yang memberikan
nombor telefon aku kepadanya. Kadang-kadang, aku geram juga dengan sikap
Lisa yang suka membuat sesuatu tanpa pengetahuan ku dan menyusahkan.

" Lisa, hujung minggu ni kau temankan aku ya. Si Haikal tu
ajak aku keluar lunch. Aku benggang betullah dengan si Haikal tu," ujarku
binggung.

" Alah.. kau ni Su, Haikal tu bukannya ajak aku, dia ajak kau.
Keluar lunch aja apa salahnya," balas Lisa sambil tersenyum.

" Baiklah, kalau kau tak nak temankan aku pergi, aku pun tak
nak pergilah," kataku separuh mengugut.

" Kau ni Su, macam-macamlah. Oklah, aku temankan kau pergi,"
jawabnya mengalah.


Pukul 12.30 tengah hari, aku dan Lisa menunggu Haikal di depan
pintu masuk utama kampus. Waktu itu, aku berasa geram kerana terpaksa
menunggu Haikal dibawah matahari yang panas terik. Sepatutnya dia yang
mengajak keluar, dialah yang mesti tunggu. Itulah janji lelaki, senang
diucap tapi susah untuk melakukannya. Hampir lima minit menunggu barulah
nampak keretanya.

" Maaflah, lambat, traffic jam," kata Haikal memberi alasan.

" Tak apalah Haikal, kami faham," jawab Lisa yang sedang
mengatur langkah masuk ke dalam kereta. Sepanjang perjalanan aku hanya
berdiam diri sahaja. Tidak ada apa yang hendak aku bualkan. Sesampainya di
restoran, kami memesan makanan dan minuman. Sedang kami rancak berbual
sambil menunggu makanan, Lisa menerima panggilan telefon. Sejurus selepas
itu, Lisa meminta diri dan meninggalkah aku bersama Haikal. Aku geram
dengan Lisa. Aku tahu Lisa sengaja memberi alasan supaya aku boleh makan
berdua dengan Haikal. Aku hanya berdiam sahaja kerana malu lagipun ini
pengalaman pertama aku keluar dengan lelaki.

" Hai… apa khabar?" Tanya Haikal memecahkan suasana. Dia
menceritakan tentang latar belakangnya walaupun aku tidak pernah bertanya.
sunyi.

" Khabar baik," jawabku selamba.

Aku berasa kekok tatkala berdepan dengan Haikal. Tetapi kadang kala aku
berasa seronok berbual dengannya. Aku sedar dalam diam aku berasa senang
bersamanya.

" Suhana, awak tahu tak kenapa saya suka kat awak?" tanya
Haikal sambil memandang kepadaku. Aku kurang senang dengan pandangannya.
Aku hanya menggelengkan kepalaku.

" Sebenarnya, sudah lama aku perhatikan Su. Su lemah lembut
tapi tegas orangnya. Su juga tidak mudah tergoda. Itulah perkara yang
membuatkan Haikal tertarik dengan Su," ujarnya panjang lebar tetapi aku
dapat melihat keikhlasan di wajahnya. Kami tidak banyak berbual tetapi aku
terhibur. Haikal seorang yang suka bergurau dan berjenaka. Dia
menceritakan tentang latar belakangnya walaupun aku tidak pernah bertanya.
Aku juga senang berbual dengannya dan aku memberitahunya yang aku sekarang
tinggal bersama mamaku. Haikal bertanya tentang papaku kerana dia hairan
mengapa aku hanya menceritakan tentang mamaku sahaja. Pada mulanya aku
enggan menceritakan hal sebenar kerana malu, tetapi apabila ku fikirkan
tentang keikhlasannya menceritakan tentang hal keluarganya, perasaan malu
ku mula hilang. Aku merasa lega kerana dapat menceritakan masalah papaku
kepadanya. Aku hanya pernah menceritakan hal ini pada Lisa sahaja dan
Haikal orang yang kedua mengetahui hal ini. Setelah
selesai makan, Haikal menghantar ku balik ke asrama UPM.

Malam itu aku berasa sangat gembira. Aku merasakan masa
terlalu cepat berlalu. Aku belum puas berbual dengan Haikal. Entah mengapa,
aku merasakan Haikal berjaya menambat hatiku. Selama ini aku tidak pernah
mengalah dengan lelaki. Mungkin kerana aku takut kisah mama dan papaku akan
berulang lagi. Walaupun aku baru mengenali Haikal, aku dapat merasakan yang
dia tidak akan mengecewakan aku. Namun begitu, aku juga harus berhati-hati
jika enggan pisang berbuah dua kali.

" Hoi..! kau ni Su, asyik berangan je. Aku masuk pun kau tak
sedar. Apa yang kau angankan kat katil tu?" tanya Lisa yang tersenyum
sinis.

" Kau ni Lisa buat aku terkejut je. Lain kali kalau nak masuk
ketuklah pintu, tak pun berilah salam," jawabku sambil mengusap dadaku/

" Macam mana date kamu tadi, seronok tak. Macam mana dengan
Haikal?" tanya Lisa lagi.

" Macam mana apa?" tanyaku inginkan kepastian.

" Alah.. dia ok tak. Maksud aku, dia tu tergolong dalam lelaki
idaman kau," tanya Lisa sambil melabuhkan punggungnya di atas katil.

Aku tidak menjawab pertanyaan Lisa. Aku hanya tersenyum sahaja. Lisa juga
hanya tersenyum kerana faham akan jawapan ku.





Genap dua bulan, perkenalan aku dan Haikal. Aku sangat gembira
tatkala berada disampingnya. Semalam, Haikal memberitahu aku bahawa dia
ingin membawa ku berjumpa dengan orang tuanya. Aku menolak pelawaannya
kerana terlalu awal tetapi Haikal tidak pedulikan alasan aku. Dia ingin
memperkenalkan aku dengan orang tuanya pada hujung minggu ini. Aku terpaksa
akur dengan keputusan Haikal kerana aku tidak punya alasan yang munasabah.

Aku melihat Haikal yang tenang memandu keretanya. Hati ku
berdegup kencang. Aku belum bersedia untuk berjumpa orang tua Haikal.
Pelbagai persoalan yang bermain di minda ku. Aku risau orang tuanya tidak
menyukai ku. Aku dan Haikal memang jauh berbeza. Haikal anak orang
terhormat tetapi aku? Susah untukku lafazkan.

" Hei.. apa yang kau menungkan ni. Berangan ya. Mama dan
papaku tak makan oranglah. Mereka makan nasi," ujar Haikal mengusikku.

Aku hanya berdiam diri sahaja. Kata-kata Haikal itu dapat menenangkan
sedikit rasa resah ku.

" Ha.. kita dah sampai ni, jomlah keluar," kata Haikal sambil
melontarkan senyuman kepadaku. Aku hanya mengikut sahaja. Sesampainya kami
di muka pintu, Haikal memberi salam dah dijawab oleh seorang wanita yang
sedang berjalan ke arah kami. Wanita itu menjemput kami masuk.

" Mama, inilah Suhana yang Haikal selalu ceritakan kat mama,"
kata Haikal. Aku terkejut takala terdengar Haikal memberitahu mamanya yang
dia selalu menceritakan tentang diriku. Apakah aku selalu menjadi topik
perbualan Haikal dan mamanya? Tetapi aku lega melihat mamanya tersenyum
kepadaku.

" Oh.. inilah Suhana yang Haikal selalu cerita ya. Suhana
cantik orangnya, sopan pulak tu. Patutlah Haikal ni tergilakan Suhana.
Suhana apa khabar?" tanya Datin Afifah sambil menjemputku duduk.

" Khabar baik mak cik," jawabku mesra.

" Mama, papa mana?," soal Haikal sambil memanjangkan lehernya
mencari papanya.

" Papa kamu ada kat taman tu, sedang berbual dengan pak cik
Sham," balas Datin Afifah.

" Bila pak cik Sham sampai mama?" tanya Haikal lagi.

" Baru je. Katanya ada hal office yang perlu diselesaikan,"
ujar Datin Afifah lagi. Aku hanya berdiam diri mendengar dua beranak itu
berbual. Dari wajah Haikal, aku dapat merasakan yang Haikal sangat rapat
dengan mamanya. Aku berbual panjang dengan mama Haikal hingga tidak sedar
yang Haikal sudah beredar dari tempat duduknya. Mungkin Haikal pergi
mendapatkan papanya. Tidak lama kemudian, aku melihat Haikal bersama
papanya datang kearah ku.

" Suhana, kenalkan ini papaku, Dato’ Hazran," kata Haikal
memperkenalkan papanya.

" Hai, Suhana," balas Dato’ Hazran sambil tersenyum mesra.

" Amboi… Haikal. Kau tak nak kenalkan buah hati kau pada pak
cik ke?" tanya seorang lelaki yang tiba-tiba sahaja bersuara. Aku tidak
pasti dari manakah datangnya suara itu.

" Oh.. pak cik Sham. Ini Suhana," kata Haikal.

" Su, ini pak cik Sham, rakan kongsi papa," balas Haikal
sambil menunjuk ke arah seorang lelaki yang digelar pak cik Sham.

Alangkah terkejutnya aku tatkala terlihat lelaki itu. Lelaki yang aku
rindui selama ini. Lelaki yang meninggalkan aku dan mama selama lima tahun
tanpa berita. Aku tergaman. Hatiku terasa diragut. Air mata ku jatuh ke
bumi tanpa henti.

" Su…ha..na," balas pak cik Sham lagi.

" Pak cik kenal Suhana ke?" tanya Haikal.

" Haikal, Suhana ni anak pak cik yang pak cik tinggalkan lima
tahun lalu," katanya sambil mengesat air matanya.

Aku berasa sangat gembira kerana dapat berjumpa dengan papaku semula. Kami
saling berpelukkan. Haikal, Dato’Hazran dan Datin Afifah membiarkan aku dan
papa bersendirian melepaskan rindu yang sudah lama terpendam. Aku sempat
bertanyakan kepada papaku, mengapa dia meninggalkan aku dan mama. Papa lari
kerana dia berhutang dengan pihak bank. Perniagaan papa gagal sebab itulah
dia mengambil keputusan untuk lari kerana tidak mahu menyusahkan aku dan
mama. Dia juga malu dengan keluarga mama kerana gagal memberikan kesenangan
kepad kami. Papa memberitahu aku bahawa dia mendapat pertolongan daripada
Dato’Hazran untuk membangunkan semula perniagaannya. Setelah berjaya, papa
pernah mencari aku dan mama tetapi kami telah berpindah. Namun, aku tidak
pernah membenci papaku diatas perbuatanya meninggalkan kami.

Dalam suasana yang mengembirakan itu, tiba-tiba aku menerima
panggilan telefon dari Lisa yang mengatakan mamaku telah dimasukkan ke unit
rawatan rapi akibat serangan jantung. Aku, Haikal dan papa bergegas ke
hospital. Sepanjang perjalanan aku menangis tetapi ditenangkan oleh papaku.
Sesampainya kami di hospital, aku berlari untuk mendapatkan Lise.

" Lisa macam mana keadaan mamaku," tanyaku sambil menangis
teresak-esak.

" Sabarlah Su, aku yakin mama kamu tak ada apa-apa. Doktor
sedang merawatnya," balas Lisa sambil menenangkan aku. Tidak lama kemudian
doktor keluar dari bilik rawatan. Tanpa berlenggah lagi, aku terus menuju
ke arahnya.

" Doktor macam mana keadaan mama saya?" tanyaku sambil
mengesat air mata.

" Jangan risau cik, mama cik stabil, cuma dia perlu berehat
dan jangan bagi dia terkejut," kata doktor muda itu.

" Boleh kami jumpa dia?" tanyaku meminta izin.

" Boleh tetapi hanya dua orang saja," kata doktor.

Aku dan papa terus masuk. Aku cuba untuk membangunkan mamaku kerana aku
ingin menyampaikan berita gembira kepadanya. Mama membuka matanya perlahan.
Papaku memegang tangan mama sambil tersenyum.

" Apa khabar Salina? Abang di sini. Abang minta maaf kerana
tinggalkan tanggungjawab abang selama ni. Abang sangat malu dan menyesal
dengan perbuatan abang," kata papa teresak-esak.

" Abang…, Sal tak pernah pun salahkan abang. Sal tahu, abang
ada sebab berbuat begitu," balas mama sambil mengucup tangan papaku. Aku
membiarkan sahaja mereka melepaskan rindu yang sudah lama terpendam. Aku
tahu itulah saat yang ditunggu-tunggu oleh mama dan papaku setelah sekian
lama berpisah.

Pengajianku sudah tamat di Universiti Putra Malaysia dan kini aku berjaya
memegang segulung ijazah. Itulah saat yang mengembirakan kami sekeluarga.
Papaku menyuruh aku bekerja di syarikatnya supaya aku boleh membantunya.
Haikal juga telah mengambil alih syarikat papanya. Aku dan Haikal sudah
bertunang seminggu selepas kami mendapat ijazah. Kini aku merasakan nikmat
kehidupan yang bahagia disamping orang yang tersayang. Hidupku kini lengkap
dengan kepulangan papaku dan kehadiran Haikal.
posted by BLOGGER @ 7:01 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
6 Comments:
  • At 6/8/08 10:25 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    skemanye....ape2 pun cube lagi..

     

  • At 6/8/08 11:40 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    boring.....

     

  • At 6/8/08 12:31 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    asyik kisah cinta ank org kaya...akhirnya ok...pada hakikat ada juga cinta yg x kesampaian....

     

  • At 6/8/08 2:37 PTG, Blogger yanty said…

    besa jer... tp ok la ada idea nk berkarya... hope karya pasni lg gempak...

     

  • At 6/8/08 5:42 PTG, Blogger eyerien said…

    ade jln penceritaan, tp klisenye x sampai...hopefully akn lbh bgs utk next cite...klu bleh wat r story yg nampk realiti dlm life..asik citer2 imaginasi aje...

     

  • At 7/8/08 12:35 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    eh2.....nama cam i lah....suhana...huhuhu..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group