Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Gambar Kamariah ku tatap tak sudah, ada getar di hujung rasa. Masih wangi baldu kasih sayangnya di sisi ku. Terasa ada sisa titisan tangisan yang mengalir lesu di pipi. Tetamu untuk majlis tahlil arwah pada malam terakhir ini nampaknya sudah beransur-ansur pulang. Aku tak dapat menahan diri. Sebelum majlis tamat , aku rebah dalam linangan air mata yang tak sudah, bukan takdir pemergian Kamariah yang ku tangisi, tapi ada sendu yang belum pudar. Bagaimana ya Allah, bagaimana harus aku redakan perasaan ini, dunia sudah hilang nyawanya, ceria tawa ku sudah hilang warnanya… Ingin sekali masa ku undur sedapat yang boleh, Kamariah, sekuntum mujahidah yang telah ku sunting sejak seminggu yang lalu dari perbatasan daerah menara gading. Pemergian yang sungguh mengejutkan ini membawa angin taufan yang menggila pada sebuah lautan ketenangan dan kedamaian di sanubari ku. Melihat redup senyum manisnya, makin ku terasa, hangatnya kasih sayang Tuhan pada suratan seorang permaisuri yang banyak mengorbankan dunia demi akhiratnya…. Inai di jari belum tanggal warnanya, perkakasan pernikahan kami masih belum dikemas semuanya, tapi pengantinnya sudah tiada buat selama-lamanya… Al-bait Mawaddah kini hanya tinggal kesepian, belum pun sempat kami memakmurkannya sebagai mahligai barakah tanda terpatrinya kasih sayang kami di bawah ri’ayah Tuhan, Kamariah pergi mendahului cita-cita untuk sehidup semati….. Kami merancang, Allah merancang, dan nihayah kasih sayang ini, perancangan Allah mengatasi segalanya……..
Terasa indahnya fitrah berkasih sayang yang Allah campakkan dalam diri setiap manusia. Kamariah yang sering menjadi puteri impian kepada rakan-rakan seperjuangan ku sewaktu di UM dahulu, kini sah menjadi suri hidup ku. Di antara ramai-ramai kuntuman mawar yang menghiasi taman pengajian ku, Kamariah permata yang telah mencuit hati, memenangi anugerah dekan, pimpinan mahasiswi tertinggi di kampus, jambangan mahmudahnya menarik seluruh rasa tertumpah pada dirinya. Sungguh kelat menerima takdir ini, tapi apakan daya, kawan-kawan, saudara mara yang datang mengucapkan alfu mubarak semasa hari pernikahan, datang lagi hari ini, bukan bersama hadiah atau ucap tahniah namun dengan wajah duka, menyedekahkan al Fatihah, membawa isteri ku jauh dari sisi dunia, mengusung jenazahnya ke tanah pusara….aku tidak mampu untuk berbuat demikian, bagaikan baru sembuh dari derita penyakit kronik, aku terkulai lesu di sisi mak, aku mamai seketika, mana tidaknya, isteri yang ku hantar ke rumah teman rapatnya pada waktu pagi dalam keadaan baik, sihat sebelah petangnya aku melihat jasadnya diiringi ke tanah perkuburan. Pedih, sakitnya hati ini tidak terbendung lagi, penjahat laknat, membunuh permata dunia hati ku….mungkin hukuman dunia dia terlepas, namun di hadapan Rabbul Jalil, dia pasti takkan dapat mengelak lagi.. Kata Umairah, sebaik kau keluar dari laman rumahnya, kau menanti abang penuh setia di tepi pagar rumahnya, tanpa disangka, datang sebuah kereta membawa mu. Diingatnya, abang yang menjemput mu, rupanya tamu yang tak diundang. Entah berapa lama kau bergelut, Pak Mail terjumpa jasad mu di bahu jalan, 2 km dari tempat dompet mu dijumpai Abah. Abang yang sampai lewat 3 minit dari kereta tu, bungkam bila dikhabarkan berita ini. Deritanya hayat mu ditikam peragut itu… hati apa mereka ini….!
Kekasih hati ku, wahai yang menghuni singgahsana hati ini, walau saat kebersamaan kita terlalu singkat namun wadah kasih sayang mu hidup dalam tiap gerak nadi, menjalar dalam tiap titisan darah yang mengalir dalam tubuh ini, harum mahmudah mu kekal terpahat di ingatan selamanya, gambar mu di hari persandingan tetap akan menjadi teman tidur ku, manis rupamu as syahidah ku bertudung putih, berjubah kelabu, tersenyum indah tanda berperibadi mulia mencintai Allah mengatasi dunia dan segala isinya…walau diri menjadi galang ganti, memperjudikan agama tidak sekali ! Sayang, di sebalik senyum manis yang di pamer, terbenam duka dan sengsara yang tidak sempat abang huraikan untuk mu… Merah bibir mu, bersih putih wajah mu mendamaikan kalbu…
Sayang ku Kamariah, agama terlalu mulia untuk dirangkumkan dalam mazmumah abang, dalam dendam dan kebencian abang terhadap pesalah yang telah membunuh jasad mu, sungguh hati ini terlalu marah dan terseksa, namun yang mampu, abang akan tetap bersabar, abang sesekali tidak redha dengan tindakan manusia yang telah membawa Kamariah jauh dari sisi abang… Mungkin perancangan Allah lebih baik buat kita. Detik bersendirian adalah waktu yang amat menyakitkan, abang melihat bayang-bayang mu pada setiap tempat dan jam yang berlalu, untuk mengurangkan ingatan ini dari mengingati mu terlalu payah, apatah lagi untuk melupakan lemah lembut peribadi seri kandi mu, abang menjadi terlalu tidak berdaya.
Wanita solehah penyeri hidup abang, hadirnya diri mu membawa seribu rahmat dan mahgfirah Allah dalam kehidupan abang, biar sekelumit cuma bakti dan pengorbanan yang sempat tercurah, namun hingga saat ini, segalanya masih terasa baru. Sayang, abang terasa sunyi tanpa diri mu sebagai penghibur saat abang memerlukan …. Merendah diri sebagai seorang isteri, pendengar yang baik sebagai seorang kawan, bak anak kecil tempat abang bermanja, tempat abang curahkan kasih sayang ini seikhlas hati, diri mu menjadi inspirasi kejayaan diri ini, sungguh diri mu permata di celahan kaca.
Namun wajah hari ini yang ditatap adalah kedukaan dan kepiluan, hari esok belum pasti, tidak menjanjikan apa-apa. Kamariah meninggalkan abang seorang diri menempuhi kehidupan ini. Abang kembali sendirian merenangi gelombang mehnah. Puteri kecintaan tiada lagi buat menemani… lautan dunia yang pernah kita renangi bersama tidak akan faham dan tahu betapa abang menderita tanpa hadirnya diri mu… gelora di hati sudah tidak ada tamsilan lagi untuk diumpamakan. Seorang wanita solehah itu sama taranya dengan 70 orang lelaki, puteri hatiku.
Namun, inilah ujian. Abang akan tetap bersabar…. Kata-kata Allah dalam Surah Al-Mulk, ayat 2 menjadi penawar dan ubat yang menyembuhkan sengsara perasaan ini.
Maksudnya :
Dialah Allah yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
Al-quran itu penawar, ubat kepada jiwa manusia yang selalu berhajatkan kebahagiaan dan ketenangan. Perjalanan takdir telah menetapkan demikian, apa daya kita sebagai manusia, apa kudrat kita sebagai hamba milik-Nya…. Apabila reda perasaan ini, abang akan berjumpa dengan anak-anak didik mu, abang akan tenangkan perasaan mereka. Mungkin Kiah, Yeop, Milah, Kudin, Fahmi, Arih, Iqbal merasai apa yang abang rasai… Pada petang pengebumian mu, abang tengok mereka menangis tidak henti. Ada sisa rasa yang sukar untuk pulih. Abang tidak mampu mendepani mereka…terbayang di mata, dikau berdiri di tengah mereka, memberi gula-gula, penuh kemesraan dan santun seorang ustazah kesayangan. Moga hikmah yang tersembunyi di sebalik pemergian mu ini membawa rahmat dan keampunan Allah… Moga damailah dikau di sana, mudah-mudahan roh mu dicucuri rahmat…. Abang akan menanti saat pertemuan kita di sana…Al-Fatihah.
sayunye... citer betui ke? andainye kisah ini milik anda...hope tabah mengadapinye...moga rohnya semadi ngan aman...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
luahan ht ek....sdh...klw cte btol, sbr ek hdpi dgaan...