Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Rizwan termenung memandang sawah padi yang terbentang di depan matanya. Hati yang lara dibawa lari ke kampung neneknya. Cuba mencari kedamaian di samping cuba melupakan segala tragedi yang telah menimpa. Terlayang di tubir matanya raut wajah Sofia, isteri yang tak berdosa itu menangis hiba, tak ingin melihat wajahnya lagi. Hati lelakinya menangis. Salah aku! Salah aku!! ****** Sepasang angsa yang sedang berkejaran di tasik menjadi tatapan mata Rizwan. Ahh..tenang sekali..tapi mengapa hatiku runsing? Dia mendengus sendirian apabila mengingatkan pertengkarannya dengan Sofia, isterinya sebentar tadi. "Kenapa dengan Fia ni? Abang tengok kebelakangan ni asyik bad mood aje? Dah muak tengok muka abang ke?" Soalan yang meletus keluar dari bibirnya itu sesungguhnya sukar untuk dibendung lagi. Hatinya geram melihatkan gelagat Sofia yang bersikap acuh tak acuh terhadapnya. " Apa abang cakap ni? Fia banyak kerja lah..Muak apa pulak?" Sofia ternyata kurang senang dengan soalan Rizwan yang dirasakan cuba menaikkan kemarahannya. Aku ni dahlah tengah tension.. "Dah tu apasal seminggu dua ni asyik diam je..Makan pakai abang pun tak macam dulu dah." Rizwan masih tak berpuas hati. "Abang..tolonglah faham..Fia tengah sibuk sekarang ni..Projek tengah banyak.Fia banyak benda lagi nak fikir ni." Jawapan Sofia benar-benar membuatkan Rizwan bengang. "Kalau macam tu, Fia anggap je la keje tu sebagai laki Fia ok!" Sejurus dengan itu Rizwan keluar. Kuat sekali bunyi hentaman pintu di telinganya.Sofia hanya menggeleng melihatkan kelakuan suaminya itu.
Rizwan terasa malas untuk pulang ke rumah. Mengadap Sofia yang terlalu tekun dengan kerjanya itu membuatkan hati lelakinya mendengus marah. Dia tak mahu bertengkar kerana pertengkaran dengan Sofia hanya akan menyerabutkan lagi kepalanya yang sudah sedia berserabut. Kakinya diayun menuju ke Nissan Sentra miliknya yang tersadai di tepi jalan. Puas sudah memikirkan penyelesaian untuk masalahnya dengan Sofia namun tidak juga ditemui. Kelihatan sebuah proton Waja berhenti di depan keretanya. Rizwan hanya memerhatikan susuk tubuh yang keluar dari kerusi pemandu Waja itu.
"Rizwan!" Rizwan kaget. Kelihatan seorang gadis yang cantik sedang menuju ke arahnya sambil tersenyum. Suraya! Rizwan kaku melihatkan Suraya berdiri di depannya. Dadanya sedikit gementar apabila terasa panahan mata bundar milik Suraya menerobos masuk kedalam anak matanya.
"Hei..kau buat apa kat sini? Lama tak jumpa. Ingat aku lagi tak?" soalan yang bertubu-tubi dari Suraya apabila melihatkan Rizwan yang masih kebingungan. "Err..Su..Lama betul tak jumpa." Hanya itu yang mampu dikatakan Rizwan. Suraya hanya ketawa sambil memandangnya. Cantiknya! Rizwan seperti baru tersedar yang dia berada di tepi jalan bersama Suraya, bekas rakan sekuliahnya 6 tahun dulu.
Sofia masih leka meneliti kertas yang berlonggok di meja pejabatnya. Tugas sebagai seorang akauntan memaksanya untuk selalu pulang lewat malam. Teringat dia kepada Rizwan. Segera didail nombor telefon suaminya itu tapi tak berjawab. Takkan merajuk? Hatinya resah juga memikirkan sikap Rizwan yang agak berubah kebelakangan ini. Selalu sahaja pulang lewat malam. Hatinya segera menidakkan prasangka jahat yang mendatang.
Sofia mendengar deruan kereta Rizwan sambil matanya mengerling jam di dinding. 2.30 pagi! Rizwan agak terkejut melihat Sofia berada di sofa rumah sambil memandangnya. Dia berasa serba tak kena apabila Sofia merenungnya dengan pandangan yang aneh. "Abang..pergi mana sekarang baru balik?" Sofia sengaja melembutkan suaranya agar tak terkesan kemarahan yang sedang bertunas di dadanya itu. "Kuar ngan kawan." Ringkas dan padat. Membuatkan Sofia semakin tak senang duduk. Diekori langkah Rizwan menuju ke bilik peraduan mereka. "Kawan mana pulak? Tak pernah pun abang balik lewat macam ni. Sejak seminggu ni Fia tengok selalu pulak abang keluar malam." "Aik..Fia perasan ek abang takde kat umah? Ingatkan tak tau.. maklumlah orang sibuk." Panas telinga Sofia mendengar sindiran suaminya itu. Ingin sahaja mulutnya menjawab. Namun ditahan juga agar keadaan tidak menjadi lebih keruh. Sudahnya, Sofia tertidur dengan hati yang walang.
"Ntahlah Su..aku pun tak tahu la. Kitorang sekarang dah tak mesra macam dulu." Rizwan tak tahu mengapa begitu mudah dia bercerita tentang masalahnya kepada Suraya. Padahal kalau nak diikutkan, dulu pun mereka bukanlah rapat sangat. "Sabarlah Wan..Biasalah tu kalau dah masing-masing sibuk. Kau janganla fikir sangat. Nanti aku buat kau lupakan masalah kau tu nak?" Suraya tersenyum menggoda. "Macamana tu?" Suraya hanya tersenyum sambil jarinya meniti di jari jemari Rizwan, mencetuskan debaran hebat di dada Rizwan.
Sofia mengesat airmata yang seakan tak mahu berhenti dari mengalir. Seketika kedengaran derapan langkah kaki yang menghampiri bilik tidurnya. Sofia hanya membatu mengadap cermin solek. Matanya memerhatikan gelagat Rizwan. Tiada lagi ciuman mesra dari Rizwan untuknya. Rizwan agak hairan dan seketika gugup melihatkan wajah Sofia yang keruh. Matanya yang bengkak jelas membuktikan ada tangisan yang baru sahaja berlangsung.
"Kenapa ni?" Dia mendekati Sofia. Hatinya agak risau melihatkan keadaan Sofia begitu. Sakitkah? "Fia kenapa? Sakit ke?" Panas hatinya apabila persoalannya tidak dijawab. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini cepat sahaja kemarahan muncul di ruang hatinya apabila berhadapan dengan Sofia, wanita yang pernah membuat hati lelakinya separuh gila dilamun cinta. "Abang ngan sape tadi? Siap pegang-pegang tangan lagi. Apa abang buat kat luar tu." Sofia tak dapat menahan sabar. Pedih hatinya melihat kelakuan suaminya yang bermesraan dengan seorang perempuan seksi. Malu pada rakan sejawatnya juga semakin menyemarakkan kemarahan yang bertandang. "Sape plak?" Rizwan kaget. "Abang jangan nak tipu Fia!" Dia menghampiri Rizwan. Memaksa Rizwan memandang wajahnya. "Abang ada perempuan lain kan?" "Abang sedar tak apa abang buat? Ingat orang tak nampak ke? Tak tau malu ke?!" Sofia melepaskan segala persoalan. Rizwan kelihatan tegang. "Eh, Fia.. Kalau abang buat macam tu pun, Fia patut tahu kenapa. Fia tu yang tak tau menjadi sorang isteri. Laki ada kat rumah buat macam tunggul. Abang bosan tau tak tengok Fia asyik mengadap laptop tu. Bosan tau!" Keras kata-kata yang keluar dari bibir Rizwan. "Jadi betullah abang ada perempuan lain?" Menggeletar suaranya saat menuturkan kata-kata itu. Airmatanya merembes laju. "Yes.. so what my dear??" Dengan nada sinis Rizwan menjawab. "Any problem?"
Paaangg!!
Sofia lantas berlari meninggalkan Rizwan. Rizwan terduduk di birai katil saat terdengar deruman kereta Sofia membelah keheningan malam. Digosok-gosok pipinya yang terasa perit terkena tamparan Sofia. Pertama kali isterinya bertindak begitu. Dia hanya diam sambil menahan hatinya yang sakit melihatkan pemergian Sofia.
Sofia mengambil keputusan bercuti selama seminggu untuk menjernihkan kembali keadaan. Namun hatinya kecewa apabila Rizwan membalas dengan persoalan yang sungguh menyakitkan. "Fia..abang nak kawin ngan Suraya." Sofia memandang wajah Rizwan yang kelihatan tenang. Terasa mahu dicarik-carik sahaja wajah itu. "Apa abang cakap? Nak kawin? Kawin ngan betina tu?" "Fia!" Rizwan bingkas bangun apabila mendengarkan kata-kata Sofia. "Up to you ok..Sama ada Fia bagi ke tak abang akan tetap kahwin ngan Suraya." Sofia hanya tersenyum walaupun hatinya terasa pedih yang teramat. Sampai hati abang! "Atas sebab apa abang nak kawin ngn dia? Sebab Fia sibuk?" Dia masih mahu mengawal kesedihan yang dirasakan cukup dahsyat menyerang hatinya. "Sebab abang cintakan dia." Terasa berhenti degupan jantung Sofia saat mendengarkan kata-kata itu. Sofia memandang wajah Rizwan dalam-dalam. "Abang nekad?" "Ya.."
Sofia memandu sendirian membelah kepekatan malam..membawa hati yang lara. Pengakuan Rizwan sungguh memeritkan hati wanitanya. Airmata sahaja temannya di saat itu. Biar aku pergi! Hatinya berlagu pilu. Tiba-tiba keretanya dirasanya dirempuh dari belakang. Sewaktu dia memberhentikan kereta, kelihatan dua orang lelaki keluar dan menariknya ke dalam semak yang berhampiran. Sofia hanya mampu menjerit minta dilepaskan. Nama Rizwan disebut-sebut dengan harapan suaminya itu datang menyelamatkannya namun hampa. Tubuhnya terasa ditindih dengan kasar. Sambil tangannya memukul lelaki itu, mulutnya memanggil nama Rizwan, agar diselamatkan. Akhirnya dia pengsan apabila dirasakan satu tamparan hebat singgah di pipinya yang basah dengan airmata.
"Pergi!!! Aku benci kau..! Pergi!!!" Sofia menjerit nyaring apabila dilihatnya Rizwan berada di sisinya sambil memegang tangannya. "Fia..mengucap Fia." Kedengaran suara ibunya menenteramkannya. Ayahnya juga dilihatnya turut memberinya kekuatan dengan memegang bahunya yang terhenjut-henjut menahan tangisan. "Mak..tolong mak. Tolong suruh dia pergi. Fia tak nak tengok dia mak..Ayah tolong yah.." Sofia mengangis semahu-mahunya. Benci sungguh hatinya melihat wajah sugul Rizwan. Jangan nak berlakon! Semua sebab kau!! "Wan..jom kuar dulu.." kelihatan ibu mertuanya menarik tangan Rizwan. Matanya juga merah kerana menangis melihatkan kelakuan menantunya yang seperti hilang akal. Lebih dari itu dia juga kasihankan Rizwan. Namun, hati wanitanya memahami mengapa Sofia bertindak demikian.
******
Rizwan tersentak apabila dirasakan satu tangan menyentuh bahunya. Ayah rupanya. "Bila ayah sampai?" Rizwan menyalami tangan ayahnya. "Baru aje..Kenapa termenung kat sini?" Rizwan hanya tersenyum. "Baliklah Wan..Kau kena hadapi semua ni. Anggap sebagai ujian. Ayah yakin Sofia perlukan kau." "Wan takut Fia akan suruh Wan pergi..Wan tak sanggup.Lagipun semua ni memang salah Wan." Ada nada kekesalan di hujung bicara Rizwan. Dia masih ingat pada malam dia mengatakan mahu mengahwini Suraya, Sofia bertindak di luar dugaan. "Okey..abang kahwinlah ngan dia."Lirih suara Sofia. "Tapi lepaskan Fia..Fia tak sanggup diduakan." Dengan linangan air mata Sofia menuturkan kata-kata itu. Bulat mata Rizwan mendengar permintaan Sofia itu. Belum sempat dia berkata apa-apa, Sofia terlebih dahulu menyambung kata-katanya. "Fia tau Fia bukan isteri yang baik..Fia minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki..halalkan segala makan minum Fia..Fia doakan abang bahagia." Masih terdengar di telinga Rizwan esakan Sofia waktu itu. Airmata Sofia benar-benar menyentuh hati lelakinya. Namun, dia hanya tersedar apabila dilihatnya Sofia telah pergi membawa diri. Dia mahu mengatakan bahawa dia takkan sanggup untuk melepaskan Sofia hanya untuk mendapatkan Suraya. Tapi sayang..Sofia terlalu cepat pergi. Sehinggalah dia diberitahu isterinya itu menjadi mangsa perkosaan dua orang lelaki pada malam itu. Perasaannya saat itu seperti mahu membunuh diri! "Baliklah..Ayah nak kau jaga dia." Suara ayahnya mematikan lamunan Rizwan. "Bukan salah kau pun..ni semua ujian Allah.." Rizwan hanya membisu.
Sofia merenung ruang kamar yang kelam. Meratapi diri yang dirasakan sudah tiada kehormatan lagi. Masih tergambar di ruangan mindanya kejadian ngeri itu. Meskipun dia pengsan saat itu, namun dia tahu apa yang berlaku. Kesakitan adalah bukti segala-galanya. Hatinya menyumpah-nyumpah. Lupa seketika pada qada’ dan qadar yang telah ditetapkan. "Fia..Wan datang." Kedengaran suara ibunya. Sofia hanya mendiamkan diri. "Fia…" Dilihat jari-jemari suaminya itu meraih tangannya. "Fia..jom kita keluar ambik angin.." Rizwan berhati-hati menutur bicara. Dilihatnya Sofia memandangnya. Seketika tangannya ditepis kasar.
"Aku tak nak tengok kau lagi. Kau boleh pegi berambus dengan betina tu. Aku benci kau!!" Sofia merasa dadanya bergetar menahan kemarahan."Tak perlu simpati pada aku. Sekarang kau ada alasan kukuh untuk tinggalkan aku. Aku dah kotor! Sekarang kau pergi..pergi!!" Sofia hilang pertimbangan diri. Lupa dirinya sedang bercakap dengan Rizwan yang masih sah bergelar suaminya. "Fia..abang tak nak kahwin ngan Suraya..malam tu lagi…" "Sudah!! Aku tak nak dengar. Kau tipu aku!! Kau penipu!!" Sofia berlari dan mengunci diri dalam bilik air. Tangisan yang kuat memenuhi deria pendengaran Rizwan. "Fia..Dengarlah cakap abang..Abang tak sanggup lepaskan Fia untuk kahwin dengan Suraya. Abang sedar yang abang cintakan Fia sorang jer..Abang dah putuskan hubungan dengan dia.." Rizwan cuba menerangkan duduk perkara sebenar. "Abang tak simpati pada Fia..abang cuma nak jalankan tanggungjawab abang sebagai suami..abang takkan tinggalkan Fia walau apapun yang dah berlaku.." Rizwan masih cuba memujuk Sofia. "Pergi! Aku tak percayakan kau lagi..Sebab kau semua ni berlaku..Pergi!!" Sofia masih menjerit-jerit menahan tangisan. Pedih hatinya mengenangkan suami yang dicintai pernah mencintai wanita lain selain dia isterinya. "Kau curang! Kalau tak semua ni takkan jadi.Aku takkan maafkan kau!" "Fia..tolonglah jangan cakap macam tu..Abang tau abang salah.." hati Rizwan tersayat dengan tutur kata Sofia. "Abang minta maaf.." Dia segera meninggalkan Sofia dan menuju ke kereta. Tak sanggup rasanya mendengar herdikan Sofia. Sofia yang dicintai selama ini. Airmatanya mengalir lesu mengenangkan rumahtangga yang dibina hampir berkecai. Semua kerana kesilapannya sendiri sehingga Sofia yang terpaksa menanggung penderitaan.
‘Abang tak kisah apa yang dah berlaku, sayang..’ Hatinya menggumam sendiri. ‘Abang sayang Fia..’ Dia membiarkan airmatanya keluar agar segala kepedihan turut hilang bersamanya. Tetapi kenyataan tetap kenyataan. Sofia semakin jauh dari jangkauannya.
Lima bulan berlalu.. Lelaki yang bertanggungjawab ke atas penderitaan Sofia telah berjaya diberkas atas bantuan orang ramai selepas dua bulan kejadian itu berlaku. Sejak kejadian itu juga Sofia hanya berkurung di rumah. Sudah banyak masanya dihabiskan untuk cuba menerima segala yang telah ditakdirkan. Namun terkadang tidurnya masih terganggu. Imbasan kejadian itu menyebabkan dia fobia untuk memandu kereta. Namun,hari ini dia berani membawa kakinya melangkah ke Tasik Damai, tempat di mana kasih sayangnya bersama Rizwan berputik dan akhirnya mekar.
Sayu hatinya mengimbau sejarah silam. Sejak lima bulan itu juga Rizwan selalu datang menjenguk dan memujuknya. Namun hatinya terasa mati.
"Fia.." Kedengaran suara yang menegurnya. Sofia berpaling dan agak terkejut apabila dilihatnya Rizwan berada di belakangnya. "Abang minta maaf sebab ganggu Fia.." Dilihat Rizwan melabuhkan punggung di sisinya. "Dulu kita selalu datang sini kan.. selalu bagi ikan-ikan makan.." "Itu dulu..sekarang keadaan dah lain." Rizwan agak terkejut apabila Sofia telah sudi berbicara dengannya. Tiada lagi jerit pekik seperti yang biasa kedengaran. "Tapi kasih sayang abang pada Fia tetap seperti dulu." Sofia membuang pandang ke arah tasik yang terbentang luas. "Abang sedar abang dah banyak buat Fia menderita.."Kedengaran suara Rizwan yang kendur. Sofia hanya tersenyum sinis. "Saya tak macam dulu lagi..Sekarang saya redha dengan apa yang berlaku..Biar saja keadaan kekal begini..Saya tak boleh bersama awak lagi" Tenang sahaja Sofia menuturkan kata-kata itu. Rizwan dihimpit kegelisahan "Awak bebas buat apa yang awak nak sekarang." "Fia.."Rizwan mencelah. "Abang sayang Fia…cinta abang tak berubah walau apa saja yang dah berlaku.." Dia cuba memohon pengertian Sofia. "Hati saya dah kosong..Tiada lagi cinta untuk awak buat masa sekarang.." Dan Sofia berlalu meninggalkan Rizwan yang kebingungan. Seketika kedengaran jeritan Rizwan. "Abang akan tunggu Fia..! Abang sayangkan Fia..Abang cinta Sofia Adrine!!" Sofia meneruskan langkahnya tanpa berpaling lagi. Biarlah Tuhan yang menentukan langkahnya yang seterusnya. Dugaan yang melanda dan mengenangkan cinta yang pernah dikhianati oleh insan yang paling dipercayai benar-benar telah mematahkan hatinya untuk bercinta lagi.
Rizwan hanya mampu memandang pemergian Sofia dengan pandangan yang kabur. Abang akan tunggu Fia..
yeah bagus..biasanya dlm byk2 cerita lelaki curang selalu dimaafkan oleh isteri. Isteri curang mesti dapat pembalasan.Ginilah bagus puashati aku mbacanya sesuai dgn jiwa wanitaku.
best cite ni... lelaki mmg cam 2 klu dh x suke ckp org pompuan mcm2 curg sekali pasti de ke2 X..... pengalaman.....se....dih tpi.... x sume lelaki cam 2 tahniah wat penulis
wah... sedih kisah ni.... mungkin kah cinta mereka akan bersatu semula?
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
not bad...best...