BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, Ogos 10, 2008
Cerpen : Pemilik Hati
zaufeeraz
ayu_85n@yahoo.com

Titis-titis hujan masih turun membasahi bumi. Aku memandang ke luar jendela, termenung. Satu rutin yang semakin menjadi sebati dengan diriku hari demi hari. Satu keluhan keluar dari seulas bibirku. Lantas aku melarikan pandanganku ke ruang bilikku. Mataku terhenti pada bingkai gambar yang setia berada di sebelah tempat beraduku. Tanganku mencapai bingkai gambar itu. Mengamati raut-raut wajah yang menghiasi sekeping gambar itu. Ceria. Alangkah indahnya saat itu...

Keluhan kedengaran lagi. Di manakah dia? Ke mana dia menghilang? Sudah seminggu raut wajah yang kurindui itu tidak kelihatan. Sudah seminggu suara serak-serak basah itu tidak ku dengar. Mesej yang kuhantar tidak berbalas. Panggilanku tidak berjawab. Dia seolah-olah ingin melarikan diri dariku. Tanpa aku mengetahui apa salahku.

'Abang...Ira rindu..abang ke mana? Kenapa abang buat Ira macam ni..?' hatiku merintih. Hanya itu yang mampu aku lakukan saat ini. Aku buntu. Fikiranku bercelaru memikirkan Imran Iskandar, kekasih hati yang kupuja siang dan malam. Lelaki yang mendapat tempat istimewa dalam hatiku. Dadaku bagaikan ingin pecah menanggung rindu. Namun aku tahu, perasaan rinduku ini tidak boleh terus dilayan. Aku bingkas bangun. Bersiap.

Sejam kemudian aku sudah berada di pejabatku. Inilah hidupku, berhadapan dengan lukisan-lukisan teknikal yang mungkin tidak difahami orang lain. Tugasku sebagai jurutera memaksaku menghadap lukisan-lukisan, lakaran-lakaran, angka-angka yang merumitkan. Aku menarik nafas dalam-dalam. Memejamkan mataku. Cuba menenangkan hatiku. Cuba untuk membuang perasaan hati yang rawan. Cuba untuk menumpukan perhatian pada kerjaku.

"Shahira Fartiza."

Satu suara kedengaran, lantas aku membuka mataku. Seraut wajah yang amat kukenali berada di hadapanku. Aku menunggu ayat seterusnya yang bakal keluar dari mulutnya.

"Into my office now."

Dengan ayat berupa arahan itu, pantas kakinya melangkah meninggalkan mejaku. Aku menarik nafasku lagi. Kali ini lebih dalam. Itulah ketuaku, Daniel Luqman. Lelaki yang sering mengganggu ketenanganku di waktu kerja. Yang sering memeningkan kepalaku. Ada sahaja kerja yang kulakukan tidak memuaskan di matanya. Ada saja komen yang kedengaran dari mulutnya. Entah apa pula salahku kali ini. Belum panas punggungku duduk di kerusi, aku harus menghadap mukanya lagi. Bosan. Sekurang-kurangnya berilah aku sedikit waktu untuk menenangkan diriku. Mengembalikan mood kerjaku. Fikiranku sudah cukup bercelaru. Serabut. Aku yakin setelah menjejakkan kakiku ke biliknya, fikiran ini akan bertambah serabut.

Namun itu semua hanya mampu aku luahkan dalam hatiku. Dia ketuaku, itulah hakikatnya. Aku mengambil buku catatanku dan pen, melangkah pantas ke biliknya. Setelah mendapat arahan menyuruhku masuk, aku melangkah kaki melewati pintu yang memisahkan mejaku dengan mejanya. Bosku itu sedang sibuk membelek proposal yang amat kukenali. Improvement Project Proposal yang aku berikan dua hari lepas. Suasana hening menyelubungi bilik itu. Hanya kedengaran bunyi selakan kertas darinya. Aku mengambil peluang ini untuk melihat sekitar biliknya yang sederhana besar itu. Kemas. Gambar pemandangan indah tergantung elok di belakang kerusinya. Menyejukkan mata yang memandang. Aku terleka melihat keindahan gambaran itu tanpa menyedari wajahku diperhatikan olehnya.

“I want you to re-do this proposal. This is not up to my expectation."

Suara itu sekali lagi mengembalikan aku ke alam nyata. Aku memandangnya. Kurang berpuas hati dengan kata-katanya, seolah-olah memperkecilkan aku.

“But Encik Daniel, I did this proposal based on what you want. This is exactly referring to what you said that day. And if you don't remember, I would like to remind you that this is the third time I did correction on this proposal," ujarku tegas.

“And I would like to remind you back, that I will not accept this proposal until correction is made! I don't care this is the third time, or the hundredth time. Your proposal is not satisfactory," balasnya. Matanya tajam memandangku. Aku membalas renungannya, enggan beralah. Lima minit berlalu. Aku mengalihkan pandanganku. Akur dengan kekalahanku. Matanya seolah-olah mendalami hatiku. Seolah-olah ingin membaca isi hatiku.

Entah mengapa hatiku berdebar-debar. Jantungku bergetar. Ada perasaan halus bermukim di hati. Bukan ini yang ku mahu, apatah lagi dengan lelaki bergelar ketuaku ini. Yang sering menyesakkan nafasku dengan kata-katanya. Aku memejamkan mataku sedetik, cuba mengembalikan kekuatan diri. Menghilangkan debar di hati. Saat aku membuka mataku, aku menatap wajahnya kembali.

“You are the bos. Ok, what correction you want me to do this time?" tanpa menghiraukan matanya yang masih memandangku, aku bertanya. Malas untuk berlama-lama di dalam bilik itu. Terasa seakan sukar untuk bernafas. Setelah mencatat butir-butir penting ke dalam bukuku, aku meminta diri untuk beredar.

“I'll make the correction and submit the proposal to you tomorrow," kataku ringkas. Wajahku penuh keyakinan. Aku tidak mahu dipandang kecil olehnya. Aku mahu membuktikan padanya kemampuan diriku. Aku wanita, yang mungkin dianggap lemah olehnya, tapi aku mahu buktikan hasil kerjaku setaraf kaumnya. Daniel memandangku penuh minat.

“Is there anything else Encik Daniel?" suaraku memecahkan keheningan bilik itu. Daniel memandangku lagi. Sesaat kemudian dia tersenyum, lantas kepalanya digelengkan. Kacak. Tidak aku nafikan hakikat itu. Tapi itu tidak memberi apa-apa makna kepada diriku. Setelah memastikan tiada apa lagi yang ingin diperkatakan olehnya, aku melangkah keluar dari bilik tanpa menghiraukan sorotan matanya.

Sekembalinya ke meja, aku mencapai telefon bimbit yang sudah lama sepi tanpa panggilan dari Imran. Aku menekan nombornya, cuba untuk menghubunginya. Seperti apa yang kujangka, panggilanku tidak berjawab, walaupun talian berjaya disambungkan. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku, cuba untuk mengelakkan fikiran-fikiran jahat yang bermain di mindaku. Mungkin dia sibuk dengan tugasnya. Sebagai seorang usahawan, aku tahu jadual kerjanya tidak menentu. Tapi tidak pernah sesibuk ini. Mungkin ada projek baru yang memerlukan lebih tumpuannya. Aku menumpukan perhatian kepada komputer di hadapanku. Jari-jemariku laju menaip butiran-butiran yang perlu, membetulkan proposal yang kubawa keluar tadi. Dan aku hanyut dalam keasyikan dengan kerjaku...

Telefonku menyanyikan irama lagu With You nyanyian Chris Brown menandakan ada panggilan masuk untukku. Aku mendengus kecil kerana konsentrasiku sedikit terganggu. Tanganku yang sedari tadi lincah menaip terhenti lantas mencapai telefon yang berada di hujung meja. Dalam hatiku tertanya-tanya siapa yang menelefonku saat-saat seperti ini. Aku jarang menerima panggilan peribadi di waktu kerja. Tertera satu nama yang tidak asing lagi pada pandanganku.

'Abang?' hatiku berdetik. Lantas aku menekan butang answer. Rindu untuk mendengar suaranya untukku. Rindu untuk mendengar panggilan manjanya untukku. Hatiku berbunga keriangan. Terasa segar, bagaikan disirami air sejuk yang mendamaikan.

Lima minit kemudian aku kembali memandang skrin komputer.

'Kenapa lain benar suara abang? Kenapa abang nampak begitu tergesa-gesa? Kenapa abang tidak menyatakan cinta dan rindunya kepadaku seperti biasa? Kenapa abang kedengaran resah? Kenapa?' berbagai-bagai soalan menerjah ke dalam ruang mindaku. Sesungguhnya aku tiada jawapan yang tepat untuk semua persoalan itu. Aku pasti aku akan mendapat penjelasan sejelas-jelasnya petang ini, ketika aku bertemunya nanti. Aku resah, namun cuba ku buang resah itu jauh-jauh. Rindu yang meraja di hati menenggelamkan keresahanku yang menjalar. Aku rindu! Tiap detik ku rasa begitu lambat berlalu. Tidak sabar-sabar untuk menamatkan waktu kerjaku dan bertemu dengan buah hatiku yang seorang itu.

Tepat jam 5.45 petang, aku melangkah kaki keluar dari pintu pejabatku. Permintaan ketuaku supaya aku pulang lambat petang itu terpaksa aku hampakan. 'Sorry bos, not today..,' getus hatiku. Secubit rasa bersalah menerpa ke dalam hatiku kerana terpaksa meninggalkan ketuaku terkial-kial dengan kerjanya, namun sekali lagi perasaan rindu itu memadamkan rasa bersalahku. Aku berjanji dalam hati untuk menebus kesalahanku hari ini pada keesokan harinya.

Setengah jam kemudian, aku masih lagi menunggu di hadapan bangunan tempat kerjaku. Resah, risau, marah dan geram silih berganti. Kalau kutahu ini bakal terjadi, tak perlu aku bergegas pulang tadi. Sempat aku tolong ketuaku di atas sana menyiapkan kerjanya. Hatiku mengomel.

Tiba-tiba bahuku dicuit. Hilang kemarahanku. Luntur rasa geramku. Keinginan untuk menatap wajah Imran mengatasi segala-galanya. Dengan senyum manis terukir di wajah, aku memusingkan badanku untuk menatap wajah yang kurindui.

"Abang..kenapa la..."

Sebaik sahaja mataku bertemu matanya, hilang senyumanku. Hilang suara manjaku sebentar tadi.

"Er...bos? Dah siap kerja?" sapaku menutupi rasa malu.

Encik Daniel hanya tersenyum melihat gelagatku itu. Matanya seperti tadi, tidak jemu-jemu menatap wajahku, sehinggakan aku menjadi rimas. Aku membalas pandangannya, sekadar memberitahu bahawa aku menunggu balasan kata darinya.

"Patut la cepat je you nak balik hari ni Shahira..nak ganti guard kat sini rupanya," aduh..perliannya. Tepat ke batang hidungku. Mukaku merah menahan malu.

'Ni abang punya pasal la ni..tak pasal-pasal kena perli dengan bos. Adus...'

"A ah la Encik Daniel, memang saya nak ganti Pak Samad pun. Dia kata dia cuti hari ini. Tapi time saya dah habis. Now it's your turn pulak kan?" balasku selamba. Ha, amik ko!

Kata-kata spontan yang keluar dari mulutku itu mengundang ketawa besar Encik Daniel. Aku turut sama tergelak, serasa turut gembira mendengar ketawanya. Terasa seperti satu nyanyian di telingaku.

"Ira!" satu suara yang cukup kukenali terdengar di telingaku, mematikan ketawaku juga ketawa ketuaku itu. Aku menoleh ke arah suara itu. Senyumku melebar. Pantas aku menuju ke arahnya. Tangan kuhulurkan, dan seperti biasa, aku mencium lembut tangannya. Damai yang kurasa masih seperti dulu. Imran mencium tanganku kembali. Senyumku makin melebar. Imran yang kukenali juga masih Imran yang dulu. Tiada apa yang berubah.

“Shahira, since your partner is already here, I'll make a move first. Next time jangan jadi guard kat depan ni lagi. You're worth more than that," dengan kata-kata itu, Encik Daniel berlalu pergi, meninggalkan aku dan Imran. Aku tahu, kata-kata itu ditujukan kepadaku dan juga Imran, di atas kelewatannya petang itu. Yela, it's not safe to be here alone, apatah lagi kalau perempuan sepertiku. But it's alright, I'm sure Imran has a good reason for his late.

Tanpa kata, Imran memimpin tanganku ke kereta. Sebaik sahaja kami berada di dalam perut kereta, Imran kembali menggenggam tanganku. Kali ini lebih erat. Aku menoleh ke arahnya. Imran menatap wajahku lembut. Sebelah lagi tangannya mengusap pipiku lembut. Mukaku sedikit berkerut. Bukan bererti aku tidak suka akan perbuatannya itu. Aku suka dimanja begitu, namun ada sedikit rasa hairan dengan perlakuannya itu.

"Abang rindu..." terungkai persoalanku saat mendengar ucapan itu dari mulutnya. Bibirku mengukir satu senyuman. Aku membalas genggaman erat tangannya, seakan ingin memberitahu bahawa aku turut merinduinya. Aku merebahkan kepala ke bahunya, melepaskan kerinduan yang membengkak di hati. Bahuku dipaut kejap. Terasa indah di hati. Hilang kerinduanku yang bersarang di hati.

"Abang rindu sangat kat Ira..abang minta maaf sebab lama tak contact Ira. Abang ada problem sikit before this. Sorry abang tak beritahu Ira pasal ni. Abang tak nak buat sayang abang risau. Tapi it's ok now..abang dah setelkan problem tu. Sorry again sebab cakap dengan Ira sekejap je tadi. I was in a meeting at that time, but I can't wait to tell you that I want to meet you. I really, really miss you. Badly. Maafkan abang ye sayang?" panjang penjelasan Imran, mematikan telahan buruk yang berlegar di fikiranku beberapa hari ini.

Setitis air mataku gugur, lantas kuseka, dengan berpura-pura mneggosokkan mataku. Aku tak ingin Imran tahu yang aku menangis. Namun Imran lebih kenal akan diriku. Aku mungkin Shahira Fartiza yang tegas dan lantang di pejabat, tapi aku masih lagi Ira yang manja dan sensitif di sisi abang Imranku.

"Sayang..kenapa ni? Marahkan abang ye..? Abang minta maaf ye sayang?" ujar Imran.

Aku menggelengkan kepalaku, tanda menafikan kata-katanya. Aku langsung tidak memarahi Imran.

"Ira rindu abang..." dengan kata-kata itu, air mata makin laju menuruni pipiku. Sudah seminggu kutahan tangisan ini. Biarlah hari ini aku melepaskan segalanya, juga meredakan kerinduanku ini.

Tubuhku dibawa ke dakapannya. Memang itu yang aku perlukan saat ini. Tangannya mengusap pipiku, cuba menghilangkan air mataku yang tidak henti-henti mengalir. "Dah, jangan nangis lagi ek..I'm here for you now..Abang tau abang salah..buat Ira macam ni. Maafkan abang ye..Shhh..jangan nangis sayang. Abang kan ada ni.." kata-kata Imran sedikit sebanyak meredakan tangisanku. Aku cuba mengawal esak tangisku. Aku tahu Imran risau setiap kali aku menangis. Juga rasa bersalah, kerana seringkali airmataku gugur kerananya. Aku tidak mahu begitu. Sedikit demi sedikit, tangisanku beransur reda.

Hari itu amat bermakna buat diriku. Aku menghabiskan masaku bersama Imran. Saat Imran menghantarku pulang, terasa berat hatiku ingin melepaskannya pergi. Andainya aku mampu menghentikan waktu, akan kuhentikannya saat ini. Biar aku selamanya bersama Imran.. Aku takut kiranya Imran kembali menyepikan diri. Aku tahu bukan maksudnya untuk mendiamkan diri. Aku faham akan tugasannya. Namun bagiku, apalah salahnya kira beban kerjanya itu dikongsi bersamaku. Agar ringan bebannya. Aku tahu bukan niatnya untuk meminggirkanku dalam soal itu. Cuma Imran bimbang akan menyusahkanku, akan membuatkan aku risau, walhal itu semua tidak benar. Aku cuma ingin berada di sisinya, saat suka dan dukanya. Saat bersamanya malam itu, aku cuba mengorek tentang masalah yang dihadapinya, yang membuatkan dia seakan menyepikan diri daripadaku, yang membuatkan aku resah sehingga mengganggu tidurku. Namun Imran hanya tersenyum dan berkata bahawa itu tidak penting. Lagipun ianya telah diselesaikan. Aku akur dengan keengganannya.

Kerisauanku tidak berasas sama sekali. Hari-hari berikutnya turut menjanjikan kenangan manis dan indah buatku. Imran kembali menghubungi dan melayanku seperti dahulu. Hari-hariku disirami kebahagiaan bersamanya. Hubunganku dengan Encik Daniel juga bertambah baik. Dia sudah mula bertoleransi denganku, juga berbual mesra selayaknya sahabat denganku. Aku mula menyenangi kehadirannya di sisiku. Kadangkala kami berbual seperti sahabat baik. Sama-sama berkongsi cerita dan masalah. Sama-sama bergelak ketawa. Gelaran majikan dan anak buah tidak membataskan perhubungan kami. Kadangkala Encik Daniel membawaku berjumpa klien-klien syarikat. Aku dengan berbesar hati menerima pelawaanya. Bagiku, ini adalah peluang keemasan untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang kejuruteraan ini. Peluang seperti itu tidak sekali-kali akan ku siakan.

Hari berlalu begitu pantas. Segalanya berjalan dengan lancar. Percintaanku, kerjayaku, kehidupanku, semuanya mencetuskan senyuman di bibirku. Namun, panas tidak sampai ke petang...bukan setakat hujan, tanpa kusangkakan, ada ribut petir yang menimpaku..

Hari itu aku melalui kehidupanku seperti biasa. Hari ini aku berpakaian agak kemas daripada biasa. Maklumlah, hari ini aku mengikut Encik Daniel dan Encik Basri bertemu dengan klien penting syarikat. Encik Daniel mewakili bahagian kami, Engineering Division manakala Encik Basri dari Business Development Division. Menjadi bunga di antara dua kumbang, aku sering menjadi mangsa usikan mereka berdua. Kedua-dua orang penting syarikatku itu memang begitu sikapnya. Kuat mengusik. Aku sering menjadi bahan. Namun, aku tidak ambil hati dengan sikap mereka, malah turut terhibur dengan telatah dan usikan mereka.

Sebaik sahaja aku kembali ke pejabat selepas lunch bersama ketua-ketuaku, aku menyambung kembali tugasku di meja pejabat.

"Tiiittt...Tiiittt...!" telefonku berbunyi, menandakan ada mesej yang masuk. Dari Imran. Aku tersenyum. Imran sering menghantar mesej kepadaku. Selain bertanya khabar atau berbual, dia sering menghantar kata-kata cinta dan rindunya kepadaku.

'Apa pula yang dihantarnya kali ini?' getus hatiku.

Mesejnya ringkas. Hanya beberapa patah perkataan. Namun, perkataan-perkataan itulah yang mematikan senyumanku. Menyentakkan hatiku. Menyesakkan dadaku. Aku membacanya berulang kali, bimbang tersalah baca. Namun kandungannya tetap sama.

'Ira, kita putus. Mulai hari ini, kita tak ada apa-apa hubungan lagi.'

Putus? Putus??? Apa maksud Imran? Putuskan hubungan kami? Tapi kenapa? Jariku pantas mendail nombor Imran. Deringan kedengaran, namun panggilanku tidak berangkat. Kali kedua juga sama. Masuk kali ketika, suara seorang wanita menyapa halwa telingaku.

'The number you have dialed cannot be reached at the moment. Please try again later.'

Telefonnya telah dimatikan. Tapi kenapa? Apa salahku? Setelah tiga kali telingaku mendengar suara wanita itu, aku meletakkan telefonku perlahan di atas meja. Fikiranku kosong. Suara Encik Daniel yang memanggilku terasa seakan bunyi bising yang tidak membawa apa-apa makna kepadaku. Rina, teman sepejabatku, mencuit lenganku. Mengembalikan aku ke alam nyata. Aku terpinga-pinga melihatnya.

"Bos panggil kau tu," kata Rina perlahan.

Aku memandang ke arah bilik Encik Daniel. Nyata Rina bercakap benar. Saat aku memandangnya, Encik Daniel menggamit tangannya, memberi isyarat supaya aku memasuki bilik pejabatnya. Aku cuba bangun perlahan-lahan, namun kakiku seakan tidak berfungsi. Aku terduduk kembali. Kenapa dengan kakiku? Kenapa aku tak boleh berdiri? Dengan sokongan kedua belah tanganku, aku cuba berdiri sekali lagi. Di saat aku cuba berdiri, tanganku terlanggar bekas alat tulis di atas mejaku. Bersepah pen-penku di atas meja. Aku mengutip satu per satu sambil memarahi diri sendiri. Aku seakan bukan diriku saat itu.

"Ira, are you ok?" suara Rina menyapa telingaku. Aku memandangnya. Wajah sahabatku itu menggambarkan kerisauan. Aku mengukir satu senyuman. Hambar.

"I'm ok..."jawabku perlahan.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Cuba mengembalikan kekuatan diri. Dengan kekuatan yang berjaya aku kumpul, aku berdiri dan melangkah longlai ke bilik Encik Daniel.

"Yes Encik Daniel? Ada apa-apa ke?" tanyaku perlahan.

Encik Daniel menatap wajahku, seperti biasa. Namun kali ini, tatapannya itu membuatkan hatiku disambar rasa marah.

"Encik Daniel, if you ask me to come here just to be silent and watch my face, I think I better go out and continue my work." dengan ayat itu, aku memusingkan badanku, bersedia untuk melangkah.

"Wait."

Sepatah katanya membuatkan aku terhenti. Encik Daniel bingkas bangun dari kerusinya lalu berjalan ke sisiku.

"Come. We discuss over there," jarinya menuding ke arah sofa yang terletak kemas di tepi dinding. Tanpa menungguku, Encik Daniel melangkah ke sofa dan melabuhkan badannya di situ. Dan tanpa membantah, aku mengikut langkah kakinya lalu duduk menghadapnya. Mataku memandang ke bawah. Takut untuk menatap wajahnya. Bimbang dia tahu rahsia hatiku.

"Shahira Fartiza, are you ok?" sekali lagi soalan itu kedengaran di telingaku.

Aku mengangguk perlahan, cuba untuk menyembunyikan kebenaran yang kurasa terserlah di matanya.

"Jangan tipu saya. I know you are not ok. What happen? Tadi masa lunch you seem happy with us. Kenapa sekarang you nampak lost? Is there anything happen? You know you can share anything with me."

Mendengar kata-kata yang lahir dari mulut ketuaku itu, pantas air mata yang kutahan sedari tadi mengalir. Tanpa henti. Aku tidak cuba menghentikan tangisanku, begitu juga dengan dia. Dia hanya membiarkan aku menangis, melepaskan segala rasa pilu di hati. Dengan tangisan yang masih bersisa, aku meluahkan segalanya. Entah mengapa, begitu mudah aku menceritakan segalanya kepada insan bergelar ketuaku ini. Mungkin kerana aku sudah selesa dengannya.

Hari itu, pertama kalinya Encik Daniel menghantarku pulang ke rumah. Aku membantah, tapi katanya bimbang aku belum cukup kuat lagi. Dalam diam, aku mengakui kebenaran kata-katanya itu. Memang aku belum cukup kuat. Badanku terasa cukup lemah untuk bergerak, apatah lagi untuk menaiki bas seperti biasa. Bayangkan, perhubungan yang terjalin selama 5 tahun terputus begitu sahaja, tanpa aku mengetahui sebabnya.

Hari-hari yang berikutnya kulalui seperti biasa. Aku berpura-pura ceria. Tiada siapa yang mengetahui gelodak hatiku kecuali Daniel. Kini aku lebih selesa membahasakan namanya tanpa pangkat 'Encik'. Itu pun atas permintaan Daniel. Pada mulanya, aku agak kekok. Namun Daniel membantuku untuk menyesuaikan diri aku. Sejak peristiwa itu, layanan Daniel semakin baik kepadaku. Aku sedar akan situasi ini. Bukan aku sahaja, rakan-rakan sepejabatku juga mula menghidu layanan baik Daniel. Pelbagai usikan yang menghiasi gegendang telingaku hari-hari. Katan mereka, Daniel itu sukakan aku. Ah, mereka tidak tahu apa yang terjadi. Hanya Daniel yang mengerti. Aku tahu, layanan baik yang kuterima itu adalah atas dasar simpati dan kasihan yang lahir dari hati lelaki itu. Dengan berpegang kepada hakikat itu, aku hanya tersenyum dengan kata-kata mereka dan usikan mereka bagai angin lalu di telingaku. Memberitahu perkara sebenar? Tidak perlu kurasakan. Cukuplah kami berdua, dan keluargaku sahaja yang tahu. Aku tidak mahu menagih simpati orang ramai. Itu bukan aku.

Selama berbulan selepas peristiwa itu, aku cuba menghubungi Imran. Niatku hanya untuk mendengar penjelasan dari mulutnya. Kalau benar ada salahku, aku rela melepaskan Imran pergi, walaupun hanya namanya yang tertulis di setiap sudut hatiku. Namun panggilanku tidak dilayan. Akhir-akhir ini, panggilanku gagal bersambung. Imran telah menukar nombornya. Nyata, Imran memang benar-benar memutuskan hubungan kami. Memutuskan untuk membuang aku dari hidupnya. Aku akur. Aku pasrah dengan keputusannya. Mungkin tiada jodoh antara kami berdua.

Petang itu aku menemani Daniel membeli baju untuk anak buahnya yang berkunjung ke rumah. Daniel memang suka mengajak aku sekiranya dia ingin membeli sesuatu. Katanya, citarasa aku bagus. Apa-apa aja lah bos aku ni. Sepanjang perjalanan, kami berbual seperti biasa. Daniel seperti biasa tidak pernah kering dengan usikannya. Usikan-usikan itulah yang menceriakan hariku, menghindarkan kesedihan di hatiku. Usikannya berlarutan sehingga kami sampai ke Mid Valley Megamall. Aku hanya mampu menerima usikannya dengan ketawa. Untuk membalas balik, ah..aku tidak berdaya. Helahnya begitu banyak. Seringkali aku mengalah.

Aku sedang ketawa mendengar cerita Daniel tentang telatah anak buahnya sewaktu mataku menangkap kelibat seseorang. Imran! Tapi bukan berseorangan. Imran ditemani seorang gadis cantik di sisinya. Langkahku terhenti. Ketawaku mati tiba-tiba. Daniel yang menyedari perubahanku ini turut menyoroti pandanganku. Terdengar hembus nafas dari mulutnya. Aku pasti Daniel juga melihat pemandangan yang sama.

Tanpa aku sangkakan, Daniel menggenggam tanganku lantas menarik aku menuju ke arah Imran. Saat itu, Imran masih belum menyedari kehadiranku. Masih seronok berbicara dengan gadis di sisinya. Aku cuba membantah, namun kudrat wanitaku tidak seberapa. Akhirnya aku akur. Aku pasrah dengan apa yang bakal terjadi selepas ini. Aku memejamkan mataku seketika, cuba untuk mencari kekuatan diri. Cuba untuk tidak menunjukkan kelemahanku di hadapan Imran.

"Hai..I think we've met before. You are a friend of Shahira kan?" sapaan Daniel membuatkan perbualan Imran dan gadis itu terhenti.

Jelas kelihatan kejutan di wajah Imran. Mengapa perlu ada kejutan itu? Andainya dia mampu mencari penggantiku secepat ini, begitu juga aku. Aku seakan faham lakonan yang ingin dimainkan oleh Daniel, dan berniat untuk turut serta dalam lakonan ini.

"Hai Imran. Dah lama kita tak jumpa kan? Kenalkan, ini bakal tunang I, Daniel Luqman. Sayang, this is Imran, kawan satu universiti dengan Ira dulu."

Daniel menghulurkan tangannya tanda perkenalan. Lambat-lambat huluran itu disambut oleh Imran. Aku tidak mampu lagi berlama-lama di situ. Cukuplah setakat itu lakonanku. Aku bimbang akan menitiskan air mata kelemahanku di hadapan lelaki yang sehingga kini menjadi satu-satunya lelaki yang bertakhta di hatiku. Masih belum tiada yang mampu menggantikan tempatnya.

"Okla Imran, we have to move first. Cik abang I ni beriya ajak I datang sini shopping barang untuk majlis nanti. Lain kali kita jumpa lagi ye. Oh, by the way, cantik girlfriend you. Pandai you pilih. Jaga dia elok-elok ye. I doakan kebahagiaan both of you. Biar sampai ke jinjang pelamin macam I jugak."

Dengan kata-kata itu, aku menarik tangan Daniel meninggalkan tempat itu, tanpa mendengar sebarang kata-kata yang keluar dari mulut Imran. Langkahku yang pada mulanya laju menjadi semakin perlahan. Setitis air mataku mengalir membasahi pipi. Aku cuba menahan sebak di dada, enggan membiarkan titisan-titisan berikutnya terus mengalir. Saat ini, tangan Daniel pula yang menarik tanganku ke restoran fast food berdekatan. Daniel duduk di sisiku. Tangannya sedari tadi masih setia menggenggam erat tanganku, manakala sebelah tangan lagi mengusap lembut pipiku. Mungkin cuba untuk menghilangkan kesedihanku, sekaligus memujuk hatiku yang rawan.

Spontan aku teringat layanan Imran yang kuterima beberapa bulan lepas. Perlakuan Daniel semakin mengingatkan aku kepadanya. Aku cuba melepaskan tanganku dari genggaman tangan Daniel, namun genggamannya terlalu erat. Aku memandang Daniel. Mata bertentangan.

"Sudahlah tu Daniel. He's not here anymore. Cukup la kot lakonan kita. You did well just now. Thanks a lot."

Tangannya masih tidak berganjak. Sebelah lagi tangannya masih mengusap pipiku. Perlahan-lahan aku memegang tangannya yang berada di pipiku dan menurunkannya. Pantas Daniel menggenggam tanganku itu. Kini kedua-dua tanganku berada di dalam genggamannya. Aku memandang Daniel kembali. Kali ini agak kehairanan. Perlakuannya agak berlainan dari hari-hari biasa.

"Sayang..." ucap Daniel lembut.

Aku mula mengukir satu senyuman yang kuhadiahkan kepadanya. 'Daniel ni nak bergurau dengan aku kot. Dia ni, aku tengah sedih camni, boleh pulak die buat lawak geli geleman macam ni,' getus hatiku.

"Ok,ok..dah dah. Stop it Daniel. Stop your acting. You dah boleh dapat award pelakon lelaki terbaik dah. Kalau you nak buat I gelak, you did it well," kataku sambil tergelak kecil. Hilang sebentar kesedihanku.

Daniel menarik nafasnya dalam-dalam. Dahiku berkerut. Aneh. Kenapa macam orang bermasalah pulak dia ni? Aku tahu Daniel ingin berkata sesuatu kepadaku. Aku diam, menunggu butir bicara yang bakal keluar dari mulut lelaki itu.

"Shahira Fartiza, I'm in love with you. I love you since your first day at our company. I cuba dekati you, then I knew you dah berpunya. I geram, I marah. Kenapa lambat sangat I jumpa you? Sebab tu I selalu marah-marah you awal-awal dulu. Tapi bila I fikir balik, I was not being rational. Walaupun takde peluang dengan you, I tetap cuba berbaik-baik dengan you. Cuba rapat dengan you. Cuma dengan cara itu, I boleh selalu dekat dengan orang yang I suka. Walaupun takde peluang untuk memiliki hati you, I puas. Sebab at least I can see your smile to me. I can know you better. But then you broke up with him. I rasa I ada peluang. I cuba untuk luahkan perasaan I pada you, but every time I fail. Lidah I tak mampu untuk mengungkapkan perasaan I. All I can do is to be with you, to be on your side, to be one of the most important people in your life. I harap you terima I dalam hati you. I know it's hard for you. I takkan paksa you. I akan bantu you untuk belajar mencintai dan menyayangi I."

Penjelasan panjang lebar dari Daniel membuatkan aku tergaman. Aku menggelengkan kepalaku beberapa kali, cuba untuk melenyapkan kata-katanya itu. Aku tidak mampu menerima cinta lelaki lain selain dari Imran. Aku tidak mampu!

"Tell me this is a joke Daniel," ujarku, mengharapkan Daniel akan ketawa terbahak-bahak dengan reaksiku sebentar tadi dan berkata, "It is a joke! Kelakar tengok muka you tadi!"

Tapi bukan itu jawapan yang aku dengar dari mulutnya.

"This is not a joke. I am truly deeply in love with you. Please sayang..allow me to be in your heart. I'll be the best life partner ever." Seandainya kata-kata ini diucapkan kepada orang lain, aku pasti mereka akan melonjak keriangan. Mereka akan menerima lamaran itu dengan hati riang. Tapi bukan aku. Hatiku hanya satu, dan hatiku yang satu ini telah kuberikan kepada Imran. Selagi hatiku ada padanya, tidak mungkin akan wujud lelaki kedua atau ketiga dalam kamus hidupku.

Aku merentap tanganku dari genggamannya. "Sorry Encik Daniel, I tak rasa I boleh terima lamaran cinta you. Hati I ada pada orang lain. Truly sorry." dengan kata-kata itu, sekali lagi aku melangkah pergi meninggalkan seorang lagi lelaki yang penting di dalam hidupku.

Sejak hari itu, setiap hari Daniel cuba menghubungi, memujukku. Tidak pernah jemu meluahkan kata-kata cintanya kepadaku. Sehinggakan aku menjadi rimas. Puas aku menjelaskan bahawa aku tidak punya apa-apa perasaan kepadanya, namun Daniel seolah-olah tidak mengerti. Aku tidak sangka begini akhirnya perhubungan baik antara kami. Bukan aku tidak simpati, atau tidak cuba memberi peluang kepadanya. Aku pernah cuba menyayanginya, tetapi gagal. Nama Imran cukup kuat bertapak dalam hatiku. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menyambung pelajaranku ke peringkat Master.

Keputusanku untuk meletakkan jawatan jelas menjadi kejutan buat seisi pejabat. Apabila ditanya, aku menjelaskan bahawa aku mendapat peluang kerjaya di tempat lain. Hanya keluargaku sahaja yang tahu keputusanku untuk melanjutkan pelajaran. Jauh aku membawa diri, ke kota Australia. Semata-mata untuk melarikan diri dari Daniel. Semata-mata untuk tidak memberi harapan kepada seorang lelaki yang tulus mencintaiku. Maafkan aku Daniel..

Aku juga mengambil peluang itu untuk mengubat parut kelukaanku yang diberikan oleh Imran. Sedikit demi sedikit, aku berjaya mengikisnya dari ingatanku. Namun, tidak terfikir olehku untuk mencari pengganti Imran. Entah mengapa.

Masa berganti. Hari ini sudah genap setahun aku menjadi penghuni kota besar ini. Beberapa bulan lagi aku akan kembali ke tanahairku. Hari ini kuliahku dibatalkan. Aku mengambil kesempatan ini umtuk ke taman berdekatan kawasan tempat rumahku, sekadar untuk menghirup angin segar. Mata kupejamkan. Cuba menikmati kedamaian alam ciptaan Tuhan.

"Ira!"

Kedengaran suatu suara memanggilku. 'Panggil aku ke? Tak kot..' getusku. Mana mungkin ada sesiapa yang mengenaliku di sini. Aku tidak ramai kawan, kerana sikapku yang agak pendiam. Mata terus kupejam. Nafasku ditarik dalam-dalam. Kembali menghayati udara nyaman di taman itu.

"Ira!!"

Kali ini suara itu agak kuat. Hampir di telingaku. Serentak dengan itu, aku terasa bahuku dicuit. Lantas aku membuka mata dan memalingkan wajahku ke sisi, cuba melihat empunya suara itu. Sebaik sahaja wajah itu menjadi tatapan mataku, aku tergamam. Terkejut. Aku bingkas bangun.

"Hawa!!!" jeritku keriangan. Tanganku laju memeluk sebatang tubuh yang sudah lama tidak kutemui itu. Hawa Nur Amalina, my roomate, my buddy and my bestest friend ever during my study in university. Segala cerita tentangku, segala rahsiaku berada dalam tangannya. Kami sangat akrab, seperti adik-beradik. Hawa turut membalas pelukanku.

Setelah beberapa lama berpelukan, aku melonggarkan pelukanku. Saat itu baru aku sedari kehadiran seorang jejaka di sisinya. Tampan. 'Suaminya ke?' teka hatiku. Lelaki itu hanya tersenyum memandangku. Aku membalas senyumannya sambil menganggukkan kepala sedikit, sekadar tanda aku menghormatinya. Mataku difokuskan kembali kepada sahabat yang sudah bertahun tidak kutemui, sejak masing-masing mula membawa diri, mencari rezeki di tempat yang berlainan.

"Lama betul kita tak berjumpa kan Hawa. Apa kau buat di sini? Kau sihat ? Buat apa sekarang ? Siapa ni? Suami ye?" bertalu-talu soalan kuajukan kepada Hawa. Hawa tergelak kecil seraya menjawab,"Banyaknya soalan cik kak oi. Macam bertih jagung! Kenalkan, ini husband aku, Suhaimi. Aku masih bekerja di tempat lama, tapi aku ambil cuti sebulan. Ikut abang aku ni berkursus di sini. Minggu depan kami balik ke Malaysia. Tak sangka pula boleh berjumpa kau di sini. Kau buat apa kat sini?"

"Aku sambung Master kat sini. Insya-Allah lagi tiga bulan aku tamat pengajian. Amboi, diam-diam je berkahwin ye kawan aku sorang ni. Bukannya nak menjemput."

"Ala..sorry la kawan. Aku lost contact dengan korang semua time tu. Handphoneku hilang, address book aku pun tah kat mana. Aku tak tau nak reach kau macam mana. Sorry ek. Kau balik Malaysia nanti, aku buat kenduri besar-besaran, special untuk sahabat kesayangan aku ni. Ha! Ko dengan Imran apa cerita? Confirm dah berkahwin, dah beranak pinak. Mana dia? Tak ikut sekali datang sini? Dah berapa orang anak?" laju mulut Hawa bertanya.

Aku tersentak mendengar pertanyaan Hawa. Ah, mengapa di saat aku ingin melupakan nama itu, ia kembali muncul di halwa telingaku? Salah siapa? Hawa? Hawa tidak bersalah. Dia tidak tahu menahu. Kawan-kawan seuniversiti yang lain pasti turut menganggap kami sudah mempunyai ikatan, dengan hubungan yang terjalin antara kami sejak di zaman universiti lagi. Aku menarik nafas dalam-dalam lantas berkata, "Imran dah jadi sejarah silam dalam hidup aku."

Bulat mata Hawa mendengar berita itu. Aku tahu Hawa terkejut. Sama seperti kejutan yang aku terima saat Imran memutuskan hubungan denganku tanpa sebarang alasan. "Bila ni? Kenapa? Aku selalu berhubung dengan Imran, tapi dia tak cakap apa-apa pun. Kenapa boleh jadi macam ni?" sekali lagi aku di asak soalan yang sukar kujawab.

'Imran hubungi kau Hawa? Tapi dia tak pernah hubungi aku. Bukan setakat itu, dia tak mahu dihubungiku Hawa..'rintihku. Pedih. Kenapa sampai begitu layanan yang aku terima dari Imran.

Aku menarik tangan Hawa ke bangku yang kududuki tadi, lantas aku menceritakan segalanya kepada Hawa. Tentang Imran. Tentang Daniel. Tentang bagaimana aku boleh tercampak ke bumi yang asing ini. Hawa hanya diam dan mengangguk sepanjang aku menceritakan apa yang berlaku. Di akhir pertemuanku dengan Hawa hari itu, dia memintaku supaya bersabar. Kami turut bertukar nombor telefon, dan aku berjanji untuk menghubunginya sekembalinya aku ke Malaysia.

Tiga bulan berlalu dengan pantas. Seperti yang dijanjikan, aku menghubungi Hawa sebaik sahaja menjejakkan kaki ke bumi Malaysia. Hawa meminta untuk bertemu denganku. Katanya untuk menebus kenduri kahwinnya yang tidak dihadiriku. Ada-ada saja sahabatku ini.

Di saat pertemuan aku dan Hawa hari minggu itu, Hawa membangkitkan perihal Imran. Ah, kenapa nama itu perlu disebut-sebut lagi? Kenapa perlu diungkit lagi?

"Aku rasa kau patut jumpa dengan Imran, Ira." cadang Hawa.

Aku menggelengkan kepalaku, tanda tidak bersetuju. "Untuk apa Hawa? Supaya dia dapat melihat kelemahanku? Supaya dia berpuas hati melihat aku masih lagi tanpa teman? Cukuplah Hawa. Cukup sekali aku terluka. Aku tidak kuat untuk terluka lagi. Aku takut kali ini luka itu makin parah, bernanah."

"Ira, kau pernah memberitahuku, kau inginkan penjelasan bukan? Kau mahu tahu kenapa Imran buat macam tu kan? Nah, inilah masanya. Aku minta kau jumpa dia sekali sahaja. Selepas itu, terpulanglah kepada kau,"pujuk Hawa. Hawa memegang bahuku, seakan ingin meyakinkan aku. Aku nampak kesungguhan pada wajah Hawa. Jauh di sudut hati, aku mengakui kebenaran kata-kata itu. Memang benar aku dambakan penjelasan dari Imran. Tapi aku ragu-ragu. Cukup kuatkah aku untuk berhadapan dengannya? Mahukah Imran bertemu muka denganku lagi? Tak mungkin!

Sekali lagi kepala kugelengkan. "It is not possible Hawa. Untuk mendengar suaraku pun dia tak nak, apatah lagi memandang wajahku,"ujarku.

“Pasal tu kau tak perlu risau. I'll arrange everything. The time, the place, everything! What you need to do is just be there on time. Ok dear?"

Aku berfikir sejenak. Setelah beberapa ketika, aku menganggukkan kepalaku perlahan. Tanda bersetuju dengan cadangan Hawa. Hawa tersenyum puas melihat keakuranku dengan cadangannya itu.

Hari yang dinanti akhirnya tiba. Hawa meminta aku menunggu kedatangan Imran di tepi tasik kegemaran kami. Di situlah aku selalu meluangkan masa dengan Hawa. Itulah juga tasik kenangan indahku dengan Imran. Aku pasrah andainya hari ini satu kenangan pahit yang tercoret buatku di tepi tasik ini. Aku duduk di sebuah bangku menghadap tasik sambil menunggu kedatangan Imran. Mataku memandang ke arah tasik yang kelihatan tenang. Cuba untuk menenangkan debaran di hati. Sudah hampir dua tahun kami tidak bersua. Bagaimanakah dia sekarang? Masih seperti dahulu? Sudah berkahwinkah dia dengan gadis cantik itu? Atau, sudah punya anak? Hatiku melontar pelbagai pertanyaan yang hanya terjawab setelah Imran kutemui.

Sedang aku menjamu mata dengan pemandangan indah tasik, aku terasa kehadiran sesorang di situ. Dadaku berdebar kencang. Tanpa perlu menoleh, aku tahu Imran ada di situ. Sesusuk tubuh itu kemudiannya duduk di bangku yang sama, cuma tidak terlalu dekat. Aku di hujung sini dan dia di hujung sana. Suasana sepi menyelubungi kami buat sementara.

"Ira sihat?" mendengar suara yang pernah kurindui, atau tepatnya masih kurindui itu, hatiku menjadi sayu. Aku tunduk, cuba menyembunyikan wajah. Menyembunyikan kekalutan diri. Mata kupejam rapat, cuba untuk mencari kekuatan. Setelah beberapa ketika, aku mengangkat wajahku lantas menjawab, "Alhamdulillah sihat. Imran apa khabar?"

Kekok untuk membahasakan 'I' dan ‎'you' seperti dalam lakonanku suatu masa dulu. Kekok juga untuk membahasakannya 'abang' seperti satu ketika dulu. Layakkah aku menggunakan panggilan itu? Atau sudah ada penggantiku? Aku memberanikan diri memandang ke sisi, cuba untuk menatap wajahnya. Saat itu aku sedar bahawa wajahku menjadi ratahan matanya sedari tadi. Saat mata bertentangan, aku akur dengan rasa hati. Ya, sayangku pada Imran tidak pernah luntur! Hati ini memang gila!

"Imran macam yang Ira tengok ni la,"ujar Imran. Matanya terus menatap wajahku. Aku menundukkan wajahku. Kalah dengan panahan matanya. Hatiku resah. Bimbang Imran dapat membaca rahsia hatiku, juga bimbang hatiku makin terluka. Lebih baik aku segera beredar dari sini.

"Now, can I at last hear your explanation about what you have done to me? Apa salah Ira?" ujarku, cuba mendapatkan penjelasan daripadanya. Suaraku tegas kedengaran. Namun hanya Tuhan yang tahu gelodak hatiku.

Soalanku tidak berjawab. Imran menghulurkan sehelai kertas yang berlipat kepadaku. Aku memandang wajahnya, kehairanan. Aku perlukan jawapan, bukan kertas! Seakan tahu kata hatiku, Imran berkata akhirnya,"I think the answer you need is in here."

Mendengar kata-kata itu, aku lambat-lambat mencapai kertas itu. Agak ragu-ragu. Jawapannya ada di dalam kertas ini? Apa maksud Imran? Lantas tanganku membuka lipatan kertas itu.

Surat?

'Ke hadapan E yang kukasihi..'

Surat ini? Aku seakan tahu siapa pemilik surat itu. Namun aku tetap ingin meneruskan pembacaanku. Ingin mencari jawapan kepada tindakan Imran itu.

'Ke hadapan E yang kukasihi..

Maaf andainya kedatangan warkah ini tidak diundang. Maaf juga kupinta andai kehadiran tinta ini mengganggu gugat ketenanganmu. Niatku cuma satu, agar kau tahu isi hatiku ini.

E,

Sesungguhnya aku menyukaimu. Maaf andai kata ini tidak kau senangi, namun itulah hakikatnya. Sejak mata ini terpandang wajahmu, hati ini sudah terpaut. Mulanya, aku anggap ia hanya mainan perasaan. Namun, sejak pertama kali bertentang mata, hati ini tidak pernah berhenti memikirkanmu. Minda ini, mata ini sentiasa melakar wajahmu. Jiwa ini memberontak untuk mengenalimu lebih dekat. Aku menjadi sang perindu. Rindu akan dirimu. Saat itu, barulah aku sedar bahawa kau telah bertapak di hatiku. Cintakah ini?

E,

Mungkin kau tak sedar mata ini sering memerhatikan dirimu. Diri ini sering kagum denganmu. Kepetahanmu, kewibawaanmu, segala-galanya tentang dirimu. Kita seringkali bertemu, bekerja bersama, namun sukar untuk mendekatimu. Bukan, bukan salahmu E. Cuma aku yang teragak-agak. Aku perempuan. Mana mungkin aku memulakan langkah pertama. Hanya tinta ini menjadi pendengar setia luahanku. Aku menunggumu, mengharapkan kau memulakan langkah. Namun penantianku ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Tidak adakah sekelumit perasaanmu kepadaku E?

E,

Aku ingin sekali meluahkan perasaanku ini kepadamu. Tapi aku takut. Aku bimbang dengan reaksimu. Aku tahu, tak semua orang suka dirinya menjadi perhatian, menjadi tumpuan seseorang. Aku juga begitu. Aku juga mendapat perhatian seseorang seorang lelaki yang kutahu setulus hati menyayangi dan mencintaiku. Lebih tepat lagi, memujaku. Namun itu tidak menjadi kebanggaanku, malah aku rimas. Kerana itu, aku takut rimas itu turut merajai hatimu andai aku meluahkan segalanya. Kadangkala aku hairan. Mengapa mudah benar hati ini kuberikan kepadamu? Mengapa tidak kepada lelaki itu yang kuyakin menyayangiku? Ah, anehnya hati ini.

E yang kusayang,

Andai kata ada jodoh antara kita, aku dengan senang hati menerimanya. Akan kusambut huluran kasihmu itu. Andai tiada, aku akur dengan ketentuan itu. Mungkin bukan dirimu yang ditakdirkan untukku. Berilah kata putus kepadaku, agar aku tidak lagi dalam kesamaran. Ku menanti jawapan darimu.

Aku cinta padamu.

Yang ikhlas,
Shahira Fartiza.'

Perlahan kertas coretanku itu kulipat kembali. Seisi surat sudah kubaca, malah sudah berulang kali. Namun aku masih samar-samar dengan maksud Imran. Kenapa dengan surat ini? Aku memandang wajahnya, cuba mencari jawapan.

Setelah aku yakin Imran tidak akan mengulas apa-apa, aku bertanya,"Apa kaitan surat ini dengan penjelasan yang Ira minta?"

Imran kelihatan terkejut mendengar pertanyaan yang tercetus dari mulutku itu. Tapi cuma seketika. Sebentar kemudian, bibirnya mengukir satu senyuman nipis. Hambar.

"Apa kaitannya?" soal Imran kembali lantas berdiri. Imran melangkah setapak kehadapan, menghadap tasik yang menjadi saksi pertemuan kami hari itu. Aku memandang Imran, sabar menanti butir bicara seterusnya.

"Apa kaitannya? Banyak kaitannya Ira! Ira dah baca surat tu, takkan tak faham lagi. Ok, Imran akan ceritakan. Ingat Imran pernah menyepikan diri dulu? Imran cakap Imran ada problem kan. Surat inilah problem Imran! Imran jumpa surat ini dalam diari Ira. Maaf, bukan niat Imran untuk menceroboh. Ira tertinggal diari dalam kereta Imran. Surat tu terjatuh sewaktu Imran ingin memulangkan diari tu. Seminggu tu, Imran cuba lupakan Ira. Imran cuba lepaskan Ira. Tapi Imran gagal ! Hati ini terlalu sayangkan Ira. Imran tak sanggup kehilangan Ira. Sebab tu Imran butakan hati, butakan mata. Imran cuba lupakan apa yang terkandung dalam surat itu. Imran yakin, kalau Imran layan Ira betul-betul, Imran berjaya tawan hati Ira balik. Tapi selepas itu, Imran nampak Ira dengan Daniel. Ira nampak happy sangat. Imran tau, Daniel la orangnya kan? Surat tu untuk dia kan? Hari tu juga, Imran nekad untuk lepaskan Ira. Imran kuatkan hati untuk putuskan hubungan dengan Ira. Tapi Imran tak boleh dengar apa-apa berita dari Ira, takut Imran berpatah balik. Tapi lepas kita jumpa balik few months after that, Ira kenalkan dia sebagai bakal tunang Ira. Saat itu Imran tahu Imran buat keputusan yang betul. Imran tak nak ceritakan semua ini pada Ira. Imran tak nak simpati Ira. Tapi Hawa yang minta Imran jelaskan semua ini. Ini yang Ira mahu kan? Sekarang Ira dah dapat semua jawapannya kan?" Imran menamatkan ceritanya.

Aku tergamam mendengar penjelasan daripada mulut Imran. Seribu satu rasa menjelma dalam hatiku. Sedih, marah, geram, suka, semuanya bercampur aduk. Aku menarik nafas panjang. Aku tahu, kini giliran aku untuk merungkaikan segala persoalan. Aku bangkit dari bangku yang sedari tadi menjadi penyokongku. Langkah kuatur menuju ke arah Imran yang masih membelakangiku.

"Imran..." panggilku perlahan.

Sebaik sahaja Imran memalingkan wajahnya ke arahku, satu tamparan aku hadiahkan ke pipinya. Tidak cukup kuat untuk meninggalkan bekas di wajahnya, namun cukup kuat untuk membuatkan seraut wajah itu terkejut. Tidak menyangka akan tindakanku itu.

"Itu untuk tidak mempercayai cinta di hati Ira."

Satu lagi tamparan hinggap di sebelah lagi pipinya. Imran tergamam.

"Dan ini kerana meninggalkan Ira begitu sahaja tanpa sebarang penjelasan atau tanpa bertanyakan apa-apa."

Sebaik sahaja aku menamatkan kata-kataku itu, aku mengambil satu lagi langkah, mendekati dirinya. Imran hanya memandangku tanpa sebarang suara. Melihat wajahnya yang terkejut itu, aku tersenyum. Lantas pipi kanannya ku cium.

"Ini tanda cinta Ira yang tak berbelah bagi untuk abang," ujarku lembut.

Pipi kirinya pula menjadi mangsa ciumanku.

"Ini pula tanda Ira hanya milik abang seorang sahaja."

Aku menatap wajahnya lembut. Imran masih lagi terpinga-pinga. Senyumku masih melebar. Aku tahu Imran masih tidak mengerti tindakanku sebentar tadi. Perlahan tangannya kupegang dan aku membawa Imran kembali ke bangku itu. Setelah kami selesa dengan kedudukan masing-masing, barulah aku menerangkan segalanya.

"Abang..surat tu memang Ira yang tulis. Bukan untuk Daniel, tapi untuk abang. Abang ingat tak macam mana kita boleh rapat dulu? Masa tu abang baik dengan Hawa sebab satu sekolah dulu kan? Hawa yang mintak tolong abang menyamar jadi pakwe Ira masa tu kan. Nak elakkan Ira terus diganggu Ikhwan. Ira tau Ikhwan betul-betul sukakan Ira, tapi Ira tak boleh terima dia. Memang rimas sangat dengan dia. Masa abang menyamar tu, Ira happy sangat. Memang Hawa pilih orang yang sesuai. Sebab Ira memang dah suka abang time tu. Ira berangan abang jadi pakwe Ira yang sebenar. Tak sangka pulak lepas tu kita boleh rapat dan abang betul-betul jadi milik Ira. Surat tu Ira karangkan before kita rapat. Saja nak luahkan perasaan, sebab Ira malu nak luahkan betul-betul. Ira tak sangka abang pun sukakan Ira. Bila abang lamar Ira, Ira terus setuju. Sebab..Ira sayangkan abang.."

Sebaik sahaja aku menamatkan ceritaku, aku memandang wajah Imran. Masih ada kerutan di wajahnya.

"Kenapa?" soalku ingin tahu.

Imran memandang wajahku dan berkata,"Habis tu, Ira dengan Daniel..?"

Aku tersenyum mendengar soalannya itu. Aku tahu Imran masih kabur dengan hubungan aku dengan Daniel. "Ira dengan Daniel takde apa-apa hubungan. Sekadar kawan je. Hari tu kami saja berlakon depan abang, konon-konon nak sakitkan hati abang. Ira akui, Daniel memang ada hati pada Ira. Tapi Ira tak boleh terima dia, sebab hati Ira hanya pada abang," jelasku perlahan. Malu rasanya mengungkapkan kata sayang sebegitu. Aku menundukkan wajahku. Namun tidak lama.

Tangan Imran memegang daguku, lantas perlahan mengangkat daguku. Mata kami bertentang. Terpancar kasih yang tak berbelah bagi di mata Imran. Aku tahu dia masih sayangkan aku seperti dulu. Begitu juga dengan aku. Terungkai segala persoalan. Semuanya gara-gara salah faham. Kerana surat itu, aku hampir-hampir kehilangan lelaki kesayanganku. Kerana surat itu, Imran hampir-hampir kehilanganku. Kerana surat itu, kami menjeruk rasa. Kerana surat itu juga, kami membazir masa selama 2 tahun.

Aku menyandarkan kepalaku ke dada Imran. Terlerai rindu yang tersimpan selama bertahun itu. Setitis air mata jatuh ke pipi. Ah, aku kembali menjadi Ira yang manja dan sensitif di sisi abang Imranku. Imran mengusap pipiku, lantas pipiku dicium lembut. Sebelah lagi tangannya melingkar di bahuku, memelukku rapat ke tubuhnya. Sudah lama aku rindukan sentuhan Imran, baru hari ini aku merasainya kembali. Titis air mata makin laju membasahi pipiku. Pelukan Imran semakin erat kurasa, seakan tidak mahu melepaskan aku lagi.

"Kalau semua ni tak terjadi, mesti kita dah kahwin sekarang kan? Entah-entah dah ada anak," Imran bersuara.

Dalam tangisan, tercetus tawaku mendengar kata-kata Imran. "Nak buat macam mana, orang tu la. Tinggalkan kita macam tu aje. Bukannya nak cakap apa-apa," ujarku sambil mencubit lengannya. Imran mengaduh perlahan. Bukan sakit pun, saja ingin melihat reaksiku. Aku tersenyum sendiri.

Tiba-tiba aku teringat akan sesuatu. Senyumanku hilang serta-merta. Lantas aku menolak tubuh Imran menjauhiku. Imran terpinga-pinga dengan tindakan tiba-tibaku itu.

"Kenapa sayang?"

"Siapa perempuan tu? Bukan main mesra lagi abang dengan dia. Kata sayangkan Ira, tapi depan Ira abang bermesra dengan perempuan lain," keras suaraku bertanya.

Imran tergelak besar mendengar kata-kataku itu. Gelaknya berlarutan, tanpa henti. Aku menjadi berang dengan reaksinya itu. Cemburu mula bermain di hati. Melihat wajahku yang keruh, Imran menghentikan tawanya.

"Ok ok..abang minta maaf. Abang bukan gelakkan Ira, cuma rasa seronok sangat. Sayang abang ni cemburu ye..."usik Imran.

Aku memalingkan wajahku, cuba menafikan kata-katanya itu. Imran memegang daguku, sekali lagi meminta aku menatap wajahnya. Perlahan-lahan, aku akur. Satu senyuman kelihatan di bibirnya.

"Perempuan yang Ira nampak hari tu Zila, cousin abang. Dia datang bercuti dari Terengganu. Zila minta abang temankan dia berjumpa dengan teman lelakinya, sebab dia tak arif sangat area sini. Ira tak perlu risau. Hanya Ira di hati abang, ok sayang?" jelas Imran sambil senyuman masih menghiasi bibirnya.

Aku turut membalas senyumannya. Mukaku merah menahan malu. Malu dengan sikap cemburuku, malu dengan serkap jarangku yang tak mengena. Tubuhku diraih kembali ke dalam dakapannya. Aku memeluk Imran erat-erat, seakan ingin menyatakan betapa aku mencintainya. Hanya dia yang bertakhta di hatiku dulu, kini dan selamanya.

Malam itu kami menghabiskan masa bersama-sama, mengimbau kenangan indah yang pernah tercipta antara kami. Sedang aku menikmati makan malam dengannya, telefon Imran berbunyi menandakan ada mesej masuk. Imran membaca mesej tersebut lantas ketawa kecil. Aku mengerutkan dahiku, tanda tidak mengerti. Imran menghulurkan telefonnya kepadaku, mengisyaratkan aku membaca mesej itu. Sebaik sahaja telefon berada di tanaganku, aku membaca tiap patah kata yang tertera di skrin telefon.

'Hai Imran! Kalo aku tak silap kira, mesti kau ada dengan Ira kan skrg. Biar aku ckp siap-siap, aku dh agak dh! Kau ni pn satu, buat satu2 tu slalu ikut prasaan. Ambil ni sbg pngajarn. Brbincang. Msa kau tunjuk surat tu pda aku tempoh hari, aku dh fhm. Knapa? Sbb aku trlebih dlu bca surat tu (sorry Ira..terrrbaca..hehe). Aku tau surat tu utk kau. Aku kwn dia, aku knal dia, aku tau dia minat sapa. Aku tau Ira mmg suke kau tp tak sgka sdalam tu. Sbab tu aku arrangekn kau brlakon jd pakwe Ira. Ada phm? Okla, tanak kacau daun. Take care! Jga Ira baik-baik ok. Adios.' –Hawa

Mulutku terlopong. 'What? Hawa dah pernah baca surat tu?? Owh, sebab tu la dia beria minta Imran jadi pakwe instant aku dulu. Malunya! Tapi apa pun, thanks Hawa..' bisik hati kecilku.

Aku menatap wajah Imran kembali sambil tersenyum penuh makna. Kali ini giliran Imran mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti. Senyumku semakin melebar. Perlahan kucapai tangannya lantas kucium lembut.

'Shahira Fartiza hanya untuk Imran Iskandar..Hanya abang di hati Ira..' bisikku perlahan kepadanya.

Ya, hanya dia di hati ini..yang memiliki hati ini..dulu, kini dan selamanya... –TAMAT-
posted by BLOGGER @ 6:29 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
11 Comments:
  • At 11/8/08 4:47 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    x best nyer citer ni...
    cuba la wat citer yg best skit..
    mula2 nmpk best tp tbe ending jd terus x best..
    apela...
    poyo jer..

     

  • At 12/8/08 2:51 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    MENYESAL aku bc crite nie....

    x best langsung,

    WASTING TIME!!!!!!!!!!!!

     

  • At 12/8/08 6:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    erm, sori kalau cerpen ni mengecewakn kwn2..dis is my first time tulis cerpen. tu pn tulis time free. sy pn tak reti sgt nk wt crite yg interesting. really appreciate if u guys bg komen n idea to improve my writing. thanks~ =D

     

  • At 12/8/08 6:55 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tahu tak sbb ape crite ni jd x best?
    sbnrnye, x sronok bila akhirnye prmpuan tu dgn imran....sy mghrpkn ending prmpuan tu dgn daniel...baru kena...
    pnulis buat watak daniel tergntung....itu juga satu kesilapan...
    ikhlas sy ckp, pmilihan watak hero tu yg buat keseluruhn crite jd x kena wlupun pd awlnye okey...
    komen ikhlas....

     

  • At 23/8/08 1:27 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sometimes bila kita tulis sesuatu cerita, kita kena baca semula dan pastikan crita tu ada feel, barulh crita tu nnt akan mnrk.

     

  • At 23/8/08 11:07 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tak patut ade part dorg kiss2.
    kan x kawen lg.
    kalau bole, biar releven sikit.

     

  • At 27/8/08 4:04 PTG, Blogger eyerien said…

    AWAL2 CITER NMPK DAH OK TP BLA SMPAI AWAL P'TENGAHAN DAH START BORINK COZ OF PENJELASAN YG IMRAN WAT...X MASUK AKAL LANSUNG...MANA ADE LAKI CAM2 SKANG...THEN BNYK SGT ADEGAN YG T'LEBIH2 ANT LAKI POMPUAN M'BUATKN CITER NI NMPK KEKURANGANNYE...ENDING X KESAH R IRA NGAN SESAPA PN KAN..CUME RALAT SKET COZ TERINGAT KAT ATT BDK2 REMAJA SKANG SEBIJI R CAM IRA NGAN IMRAN..THIS IS KIND OF UNMATURED STORY…WRITER NEEDS PUT MORE INTO PRACTICE…

     

  • At 3/9/08 2:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    xbest langsung...poyo je citer...hujah yg lbih...

     

  • At 4/9/08 1:49 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    to writer:

    E tu stand for who?imran iskandar kan I, not E..u x explain pun pasal E?kalo xpun bgtau la ms imran jd pakwe ira tu, dia gune name glamer ke..ape ke...missing something la.by the way..tingkatkan usaha..ok.

     

  • At 4/9/08 1:55 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    n one more thing...jgn la ade part kiss2 ni.kita org melayu..beragama islam..even pun realiti segelintir couple dah xtau mana haram n halal, jgn la ditunjuk2kan n diceritakan..part citer u leh menggalakkan maksiat..menggalakkan keruntuhan akhlak orang.sorry, this is best comment 4 u..jgn buat citer yg syok sendiri..menerima kritikan sebagai hal positif..insyaAllah, u'll be the best writer. do it again!

     

  • At 10/10/08 2:28 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    actually betul sume komen kat atas tu..x elok wat adegan terlampau..he.he..nak tau tak sy ckup suke bc novel psl kwn pkse,kontrak,tgkp basah n so on la sebab bile penulis nak masukkan adegan camtu org dh x ksh coz mmg dh trtulis lam citer tu diorg tu laki-bini jd org x la trase sgt ngan aksi tu.. sy sbnrnyer terkilan gak watak hero tu cam x sesuai la..sy lbh prefer daniel! lastly lain kali jgn watkan watak seseorg tu trgntg ye cam watak daniel sbb nnt wat org keliru.. keep it up!

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group