Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Aku rasa, aku nak pakai tudung labuh macam hang la.Ok tak mate?" Soalku spontan sewaktu sedang sibuk mengemas almari pakaian. Sue yang sedang khusyuk membaca majalah "Tamadun" seakan terkejut mendengarnya. "Biar betul…dah habis fikir ke?". Sue semacam ragu dengan keputusan nekadku. Manakan tidak, aku yang sememangnya ranggi tiba-tiba ingin bertukar angin. Hai..tentu saja mengundang sangsi teman sebilikku itu. " Takkan nak buat baik pun kena fakir banyak kali…Hang jugak kata, kebaikan tu perlu disegerakan, takut-takut tak sempat..." Aku cuba membela keputusanku. "Kalau hang dah faham macam tu, aku sokong sangat.Alhamdulillah, tambah lagi sorang hamba Allah yang ikut syariat..The question is…bila nak mula? Sue semakin teruja. " Esok! Aku pinjam tudung hang, boleh?". "Macam tak biasa…tentulah boleh."
****************** Ke kuliah dengan imej baru membuatkan aku sedikit kekok. Apatah lagi bila mengenakan tudung pinjam yang kurang sut dengan saiz mukaku. Ternyata aku sedikit tembam berbanding Sue walaupun selama ni aku selalu menggelarnya Sue montel. Baju kurung ungu berbunga krim yang sekali-sekala ku pakai dulu nampaknya manis sekali bila kupadankan dengan tudung krim Sue. Mendengar pujian teman-teman membuatkan aku rasa tersangat malu. Macamlah aku ni baik sangat. Tudung aje labuh..ilmu di dada tak seberapa.
Lima hari mengenakan pakaian sempurna ini, membuatkan aku semakin biasa. Tambahan pula, Sue sempat menjahitkan beberapa helai tudung. Terima kasih tak tehingga buat Sue yang sudi seharian menemankan aku ke Alor Setar mencari kain, tolong jahit pula. Banyaknya pahala dia...
******************** Pulang dari kelas OB tengahari itu, aku terus ke kafeteria kolej untuk mengisi perut. Niat paling utama sebenarnya ingin menjenguk "pegeon hole" ku yang terletak bersebelahan kafe. Dah hampir sebulan tiada khabar berita dari si dia. Rindu? Sikit-sikit ...
Ternyata, tiada khabar gembira melainkan beberapa keping surat panggilan mesyuarat persatuan selain memo "group discussion". Argh!!Jiwaku menjerit sekuat jeritan perutku yang tersangat lapar gara-gara tak sempat bersarapan pagi." Lantak hang la Faris...baik aku makan nasi. La..gi baik!" Niat makan di kafe terpaksa kubatalkan kerana ingin segera naik ke bilik.Aku bungkus saja makanan. Lapar, malangnya tiada selera.
Sue sedang nyenyak tidur tanpa menyedari kepulanganku. Penat agaknya berjaga semalaman menyiapkan tugasan. Kuletak beg dan makanan di meja dan terus menyelit di sebelah Sue. " Mate..teruk la Faris tu. Lama betul tak hantar surat. Dah tak nak kat aku ke?" Segera aku mengadu macam selalu."Bukan tak nak...hang tu yang tak sabar.." (Ait! Dengar rupanya...)"Aku jumpa dia kat kelas COBOL tadi. Dia bagi hang surat. Tengok la dalam beg tu!" Aku segera mendapatkan beg lusuh Sue. "Thanks mate!" Kata-kata terakhir sebelum aku hanyut melayan surat Faris.
Rupa-rupanya, Faris ingin mengucapkan tahniah atas perubahanku. Lagi? Dia sisipkan sekeping penanda buku yang dihiasi kata-kata " All Human Are Guilty, But the Best Among Them Are Those Who Ask Forgiveness From Allah". Terima kasih lah Faris…Kebelakangan ini, ringkas saja surat Faris buat aku. Aku terima saja sebagaimana aku menerima pendiriannya untuk tidak lagi bertemu denganku. Ternyata Faris ingin berubah dan dia jelas dengan jalannya. Cuma aku yang masih ragu. Jalan lurus yang kutuju kadang-kadang ada persimpangan yang mengganggu.
******************* Diam tak diam, aku kini di semester akhir. Kesibukan menyudahkan pengajian melekakan aku dari melayan kisah perhubunganku dengan Faris. Suratnya pun kian malas menjengahku. Kelibatnya apatah lagi. Terlalu jarang aku terserempak. Bidang pengajian berbeza tambah menjarakkan aku dan Faris. Menyingkap kisahku dan Faris mengingatkan aku detik-detik manis bercampur pahit sewaktu di Matrikulasi. Dia yang terkenal dengan sikap ego terus-terusan mengundang minat di hatiku. Bodoh ke? Entahlah, yang penting, akhirnya dia menyarankan agar hubungan rakan sekelas ditukar kepada lebih dari itu. Aku terus terima lantaran itu yang kutunggu. Teringat kisah itu, aku ketawa sendirian. Zaman tidak matang di matrikulasi rupa-rupanya mengundang padah dalam episod kehidupanku. Apa lagi yang lebih parah selain terjerat dalam rasa cinta pada seseorang?
Seperti bermimpi di siang hari bila hari ini aku memerima sepucuk surat bersampul putih. Tentunya dari Faris. Hatiku bagai disiat-siat bila Faris dengan nada keliru menghuraikan perasaannya tehadapku. Katanya, dia tidak dapat menjanjikan apa-apa dalam perhubungan kami. Tambahnya lagi, sekiranya aku bertemu insan yang lebih baik, pergilah...Sebegini lama kutunggu khabar darinya adakah ini natijahnya? Meluncur laju air mataku mengenangkan kasih tulusku dipandang sepi oleh Faris. Takkanlah begitu sekali dia berubah hingga kenangan bersamaku pun ingin dibuang jauh. Sungguh, kita banyak lalai dulu. Tapi tidaklah jauh tersasar hingga boleh menjadi kenangan yang cukup memalukan untuk kau bawa bersama imej barumu itu. Aku juga ingin berubah menjadi lebih baik, sebab itu aku setuju untuk tidak bertemu denganmu. Aku juga ingin menjunjung syariat sebagaimana nasihat yang kau sering sajikan dalam setiap titipanmu. Tapi, adakah boleh kubuang saja rasa kasih padamu yang sudah kusemat hampir tiga tahun ini? Kalau bukan kau yang kutunggu, sudah lama aku menyambut lamaran Hasran, teman sekolah yang dari dulu menantiku. Dia juga bagus, pasti tidak kecewa jika bersuamikan dia. Tapi hati ini hanya untuk hang Faris...Tak faham ke?
Aku pendamkan saja hal surat Faris itu dari pengetahuan Sue. Malas mendengar ulasan panjang lebar Sue yang pastinya menambah sakit hati ini. Nampaknya Sue semacam tahu gelodak di hatiku. Aku minta dia abaikan saja hal aku dan Faris malah aku nasihati dia agar segera selesaikan hal cinta rahsianya pada Izwan, salah seorang pimpinan kampus. Hm..Sue yang warak itu memang dah mengarut bila sengaja menyiksa jiwa dengan cinta sebelah pihak sebegitu. Aku pun kering idea bagaimana mahu menolongnya lantaran manusia bernama Izwan itu tiada siapa yang berani mendekatinya. Sue yang meminatinya sekian lama, terus menanti lamaran tak pasti. Sue dan aku kini sama -sama tersepit di saat-saat akhir menghabiskan sisa pengajian di bumi Sintok ini. Aku yang konon-konon selesa dengan Faris, rupanya belum pasti. Bimbang sungguh mengenangkan hari-hari mendatang bila berada di alam pekerjaan. Mana nak ku cari lelaki sempurna untuk dijadikan calon suami? Kasih menggunung pada Faris membutakan mataku pada hakikat banyak lagi lelaki baik di dunia ini.
****************** Ramadhan menjengah. Sayu hati mengenangkan inilah Ramadhan terakhir di sini, juga Ramadhan pertamaku setelah kembali mengenal Ilahi. Akan kunikmati sepuasnya Ramadhan kali ini besama teman-teman yang akan kutinggalkan. Sue, Wann, Ida, Kak Tie..dan ramai lagi. Cuma satu yang mengganggu emosiku, Ramadhan kali ini tiada lagi kiriman kurma dari Farhan. (Ala..berlambak jual di kedai!)
Sewaktu singgah minum di kafe Pernas pulang dari "group discussion" dari Kolej Petronas malam tadi, aku disapa oleh Kak Ina . Katanya ingin berbincang hal penting denganku. Janjiku untuk bertemunya di perpustakaan jam 11 pagi esok hari. Siapa tak kenal Kak Ina..." Match Maker". Hajat siapa pula yang bakal disampaikan padaku kali ini. Macam tak tahu aku sudah berpunya.
Kugagahkan juga kaki menuju ke perpustakaan walaupun kurang sihat. Pulang lewat malam tadi, terus saja aku menelaah nota "International Banking" untuk peperiksaan minggu depan. Mungkin itu punca aku selesema. Kak Ina sudahpun menunggu di lobi perpustakaan. Terus kami ke tingkat dua mencari sudut yang agak terpencil. Macam ada rahsia besar gayanya.
Memang rahsia besar! Masih terngiang-ngiang kata-kata Kak Ina tadi. " Akak ni, sampaikan hajat orang. Dah lama dia minat kat awak. Akak pun takut sebenarnya nak cakap, tapi akak terpaksa." Teka-teki Kak Ina menggusarkan aku. "Akak kan tau, saya steady dengan Faris." Aku cuba mengalih perhatian Kak Ina. Aku juga rimas dengan situasi begitu." Akak tahu, tapi muslimin ni beriya-iya minta akak usahakan."Kak Ina mula mendesak."Sapa kak?" Laju saja aku bertanya, nak tahu siapa jejaka malang tu. " Izwan". Sepatah kata Kak Ina cukup membuatkan aku rasa nak pitam. Langkahku semakin laju selaju debaran jantungku. Ya Allah! Dugaan apakah ini. Bagaimana harus ku berdepan dengan Sue yang baik itu?
Aku disambut mesra oleh Sue. "Mate, malam ni kita buka puasa kat masjid nak? Dah lama tak makan bubur lambuk.."(Sue! Maafkan aku..)" InsyaAllah..hang tak ajak Wann ke?" Aku cuba mengawal perasaan. " Semua pegi.." Sue nyata riang seperti biasa. Kalaulah dia tahu..
Kunjungan sulungku ke masjid sejak menjadi penghuni kampus terpencil ini, mengundang sayu yang tidak dapat kugambarkan. Andai sejak dulu aku berpeluang menikmati saat-saat begini alangkah bagusnya. Sue sememangnya tidak kekok menguruskan hidangan berbuka puasa. Kak Zue memintaku mengambil bubur lambuk di kawah. Adoi...takde tugas lain ke? Tebalnya muka terpaksa berdepan muslimin yang sedang mengacau bubur lambuk. Kuheret Sue menemaniku. Ya Allah! Kenapa Izwan yang berada di posisi kawah. Sumbang langkah kakiku sewaktu hampir ke khemah memasak. Kuhulurkan saja periuk tanpa bercakap walau sepatah. Sue kulihat selamba mengawal emosi. Aku pula yang lebih. " Terima kasih. Jangan makan banyak, takut gemuk!" Sempat Izwan mengusik. Boleh tahan...
Solat Tarawikh berimamkan Izwan sedikit mengusik emosiku. Kemerduan bacaan ayat-ayat Al-Quran benar-benar menyentuh jiwa. Adakah aku mula goyah? Tidak...Aku banyak membisu sepanjang perjalanan pulang. Sue sibuk mengulas peristiwa di kawah bubur lambuk. Aku sekadar menambah seadanya. Otakku ligat memikirkan penyelesaian terbaik antara aku dan Sue.
*****************
" Akak harap, awak dapat pertimbangkan lamaran Izwan. Bersungguh betul dia. Banyak dah kami cadang nama kat dia. Semua dia tolak. Rupanya dia tunggu awak." Kak Ina mengharap bagi pihak Izwan.
Aku berperang sendiri. Antara Izwan yang bersungguh, tapi diminati Sue ataupun Faris yang kukasihi tapi seakan kian jauh meninggalkanku. Kuhamburkan kegusaranku pada Shima, rakan sekelasku masa matrikulasi dulu. Dia yang paling kuyakini dalam situasi getir ini kerana Sue tidak lagi sesuai untuk menjadi tempat aku mengadu rasa. Adakah ini tanda-tanda aku mengkhianatinya?
Kekusutan mencari jalan paling baik melupakan aku pada tempat mengadu yang sepatutnya. Mujur Shima pantas menunjuk jalan. Kupenuhi malam-malam Ramadhan berikutnya dengan solat istikharah minta petunjuk dari Allah.
Ramadhan ke-20, kutulis surat paling dasyat sepanjang hayatku. Satu, untuk Izwan bagi menyatakan penerimaanku. Kedua, untuk Faris memohon maaf kerana terpaksa menarik diri dari perhubungan kami. Ketiga, untuk Sue sahabat baikku bagi melahirkan rasa bersalah. Kuhantar surat-surat tersebut pada penerimanya kecuali surat untuk Sue kusimpan semula. Biarlah Sue tahu sendiri. Tak sanggup aku menghadapinya. Kali ini aku nekad, aku yakin Allah maha mengetahui apa yang terbaik bagi hambaNya.
****************** Terjelepok aku selepas membaca ayat terakhir surat Faris yang baru kuterima sekembalinya aku dari Kolej Pernas tadi.
Hidyah, saya memang berniat mengambil awak sebagai isteri saya yang sah. Saya masih masih menanti dan akan terus menanti.Walau apa yang berlaku saya masih Faris yang awak kenal dulu.
Yang Setia, Faris
Surat kami bertembung di tengah jalan. Rasa ingin kutarik semula surat buat Faris dan Izwan. Tapi mustahil. Sungguhpun sempat ku ambil surat Faris, bagaimana dengan surat Izwan yang jauh nun di Kolej Petronas. Sudahlah Hidayah!jangan kau turutkan lagi jalan yang bersimpang siur itu. Sudah kau temui jalan lurus, teruskan! Faris, betapa payah kasih kupertahankan, begitu sukar juga untuk kulupakan segala kenangan. Doaku agar kau dan aku berbahagia dengan jodoh yang bakal kita terima. Izwan, aku redha jika kau jodohku walaupun hingga kini tiada sedikitpun kasih untukmu. Kutinggalkan alam kampus dengan seribu kenangan manis bercampur pahit. Disisih Sue dan rakan lain gara-gara mengucapkan selamat tinggal pada Faris cukup menyakitkan. Mujur saja baki hari berada di kampus tidak banyak. Penutupnya, Faris pulangkan beberapa kenangan aku dan dia diiringi doa agar aku berbahagia.
*****************
Perjalanan hidupku rupanya tidak semudah yang disangka. Sering bertukar kerja demi membantu keluarga memisahkan aku dari naluri untuk berumahtangga. Dalam masa sama banyak lamaran tiba membuatkan aku agak keliru. Tambahan pula hubunganku dan Izwan berjalan hambar lantaran jarak dan kesibukan tugas . Pernah kami berdiam tanda tidak ada lagi harapan untuk bersatu. Faris pula sekali sekala bertanya khabar dan sentiasa mengikuti perkembanganku. Nyata aku gagal melupakannya begitu juga dia. Cuma rasa hormatnya pada Faris menghalang niat untuk menyambung kasih. Aku hanya berserah dan menanti siapa yang duluan datang bertemu keluarga. Begitu sekali aku keliru walhal keputusan nekad sudah kuambil dulu.
Dua tahun selepas tamat pengajian, kuterima surat perdamaian dari Sue. Dia mohon maaf atas sikap dinginnya lewat perpisahan kami. Maaf juga kerana mencuri baca diariku kerana ingin tahu tentang keputusanku. Alhamdulillah, teman yang hilang sudah kembali.
*****************
Tujuh tahun berlalu, kenangan bersama Faris hadir semula tatkala aku terima sms dari seorang wanita bernama Fiza. Memperkenalkan diri sebagai isteri Faris, sekadar ingin menjalin silaturrahim. Nyata Faris bahagia sebagaimana aku bahagia bersama Izwan. Alhamdulillah. Sue? Juga berbahagia malah duluan mendirikan rumahtangga. Walaupun kami pernah mencipta sengketa, kini aku dan Sue kembali mesra berkongsi cerita suka dan duka. Segala yang berlaku mendidik kami memahami hakikat jodoh pertemuan hanya milikNya. Bersyukur dengan yang dikurniakan memberikan sepenuh ketenangan dalam mencurah cinta dan kasih pada yang lebih berhak menerimanya.
thats why dalam hidp kita kena minta kepastian jika ada masalah atau ketidakpastian...so keputusan boleh dibuat dengan baik ...jika hanya mengikut akal fikiran dan juga pertimbangan ketika itu....ia tidak meemungkinkan suatu keptusan yang pasti..akhirnya kita yang rugi....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
konfliknya...