BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, Ogos 17, 2008
Cerpen : Gelora Jiwa
nurasz
epinicegirl_92@yahoo.co.uk

Hati kecil Husna dipukul resah. Peristiwa yang dilihatnya tengah hari tadi benar-benar mengusik hati perempuannya. Hafiz tega menduakannya. Benarlah khabar angin yang didengarinya selama ini bahawa Hafiz, lelaki yang telah memberikan harapan padanya itu telah mempunyai wanita lain.
"Husna....," suara Puan Suraya, ibunya mematikan lamunan Husna.
Air mata yang menitis itu lantas diseka oleh Husna. Pandangannya dialihkan pada Puan Suraya yang berdiri di muka pintu. Husna cuba mengukir senyuman yang manis.
"Kenapa dengan Husna ni? Ibu tengok 2-3 hari Husna mula bercuti ini, Husna lebih suka duduk terperuk di dalam bilik. Ibu risau, ayah risau, Haris juga risau melihat Husna begini. Ada apa-apa yang Ibu tak tahu ke?" ujar Puan Suraya sambil berjalan ke arah Husna yang berdiri di pintu beranda. Tangan gadis itu disentuhnya. Sejuk.
"Husna tak apa-apalah ibu. Cuma Husna risau menunggu keputusan peperiksaan tahun akhir Husna hari tu ibu. Ibu, ayah dan Haris tak usahlah risau. Husna tak apa-apa," kata Husna perlahan. Suaranya agak tersekat-sekat.
"Husna...Husna tu anak ibu. Tak usahlah Husna menipu ibu. Ibu juga pernah merasa muda seperti Husna sekarang. Umur Husna juga dah mencecah usia 24 tahun. Ibu cuma ada Husna sebagai anak gadis ibu. Jangan menipu ibu, Husna. Apa masalahnya?" ujar Puan Suraya lembut.
Husna terperanjat. Namun kemudian dia berasa sangat sayu. Puan Suraya nyata lebih dulu dapat menangkap apa yang telah terjadi.
Air mata Husna mula menitis. Puan Suraya dipeluknya. Dia kalah. Mana mungkin dia mampu membohongi insan yang telah melahirkannya ke dunia ini.
"Husna kalah ibu. Maafkan Husna. Husna tidak mampu menjaga amanat ibu sebaik-baiknya. Hati Husna telah dicuri dan kemudiannya dihancurkan dengan kejam ibu," ujar Husna perlahan dengan air mata yang jatuh berguguran. Husna benar-benar kalah.
"Tidak mengapa Husna. Semua itu adalah kehendak Maha Esa. Bersabarlah Husna. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya dengan apa yang tidak mampu dan tidak tercapai oleh hambanya Husna, banyakkan berdoa dan lebihkan beribadat kepada-Nya Husna. Ibu tahu kamu mampu," ujar puan Suraya sambil mengusap lembut kepala anak gadisnya itu.
Husna menangis sepenuh hatinya.
.............................................
Kringg...kring...kring...kring...
Bunyi mesej masuk. Husna tidak menghiraukannya. Dia pasti itu adalah Hafiz.
Seketika kemudian bunyi nada’sayang sayang’ nyanyian Aliff Aziz pula mengisi ruang bilik tidur Husna itu. Husna mengeluh lagi. Telefon bimbit di atas meja kecil di sebelah katil diambilnya. Tertera dengan jelas nama Hafiz di skrin telefon. Husna meletakkan telefon itu kembali. Buku novel ‘Pergilah Sepi’ dibacanya semula. Setelah 2-3 kali telefon itu masih tetap berbunyi, Husna mulai berasa bosan. Punat hijau di tekannya.
"Apa yang Fiz nak lagi? Bukankah segala-galanya telah terbukti. Jangan ganggu Husna lagi," jerkah Husna. Masih segar di ingatannya perdebatan yang berlaku antara dia dan Hafiz beberapa hari lalu semasa mereka di Majlis Konvokesyen.
"Dengar penjelasan Fiz dahulu Husna. Beri Fiz peluang," rayu lelaki itu.
"Sudahlah Fiz. Bukankah sudah puas kita bertelingkah sebelum berpisah dahulu. Husna bosan Fiz. Jangan ganggu Husna lagi. Husna mahukan keamanan hidup," jerit Husna. Darahnya benar-benar tersirap apabila Hafiz masih mahu menyambung ikatan yang telah putus itu.
"Husna salah faham. Apa yang Husna lihat tempoh hari bukanlah seperti apa yang Husna fikirkan. Jangan bertindak dengan rasa amarah menguasai diri Husna. Fiz sayangkan Husna," ujar Hafiz lagi.
"Stop it!!!" jerit Husna. Talian telefon dimatikan. Telefon bimbit itu dicampaknya. Terburai segala isinya. Husna menangis lagi. Fikirannya kacau. Mukanya disembamkan ke atas katil.
Pintu bilik terbuka dengan tiba-tiba. Haris terpacul di muka pintu. Lelaki itu gusar mendengar bunyi bising dari bilik kakak kembarnya itu. Haris tambah terkejut apabila melihat keadaan Husna, telefon yang berderai dan katil yang bersepah.
"Husna...mengapa ni?" tanya Haris dan memberanikan diri mendekati Husna.
"Tinggalkan Husna bersendirian Haris. Husna mahu sendiri," esak Husna perlahan.
"Husna...sudah hampir sebulan Husna begini. Semenjak habis belajar lagi....selepas Majlis Konvokesyen pula....Husna makin menjauhkan diri daripada Haris. Haris mahu berkongsi penderitaan Husna itu," ujar Haris sayu.
"Tolong Haris. Berikan Husna masa," rayu Husna.
Haris menganggukkan kepalanya. Dia berjalan ke luar bilik Husna. Haris seakan dapat mengagak sebab kakak kembarnya itu berduka lara.
....................................................
"Husna....," sapa Haris perlahan. Husna yang sedang asyik memandang laut dihadapannya terkejut. Pandangan mata dialihkan kepada Haris.
Husna mengukir seyuman. Haris ceria.
"Bagaimana? Adakah cadangan Haris berjaya?" tanya Haris lalu turut duduk di sebelah Husna.
"Thanks a lot Haris. Maafkan Husna kerana melampiaskan rasa kecewa Husna pada Haris. Benar kata Haris tempoh hari bahawa Haris patut tahu perkara sebenar. Terima kasih kerana membawa Husna ke sini. Husna benar-benar berasa tenang kini," kata Husna.
"Husna...Haris faham situasi Husna. Ibu telah menceritakan apa yang berlaku pada Haris. Dan Haris dapat merasai kesakitan yang Husna rasakan," ujar Haris.
Husna terdiam. Fikirannya melayang pada saat Hafiz melafazkan ikrar cintanya dulu.
................................................
Hafiz dan Husna belajar di unversiti yang sama di Bandar Kuala Lumpur. Mereka berdua bersahabat baik. Dalam diam kedua-duanya menyimpan perasaan terhadap satu sama lain. Pada suatu hari, Hafiz berterus-terang pada sahabatnya itu.
"Husna...ada sesuatu yang Fiz mahu khabarkan."
"Apa dia? Husna sedia mendengarnya."
"Hati Fiz telah dicuri oleh seseorang, Husna."
Husna terpana. Hati perempuannya bagai ditusuk sembilu. Pedihnya menjalari ke seluruh tubuh.
"Siapakah manusia yang malang itu Fiz?" tanya Husna bergurau.
"Adakah insan yang mencuri hati Fiz malang wahai cik adik Husna?" tanya Hafiz kembali. Matanya memandang ke arah Husna. Pandangan itu punya makna yang tersendiri.
"Husna hanya berguraulah. Fiz seorang sahabat yang baik, memahami dan Husna amat senang berkawan dengan Fiz. Maka, insan yang mencuri hati Fiz itu adalah insan yang sangat bertuah Fiz. Sangat bertuah," ujar Husna tanpa mampu membalas mata Hafiz. Hatinya bergelora hebat.
"Husna....sesungguhnya insan itu amat istimewa dalam hidup Fiz. Insan itu telah membawa seribu satu kemanisan buat Fiz. Fiz berjanji, selagi nyawa masih di badan, selagi hidup dikandung tanah, selagi matahari dan bulan saling berganti, selagi Allah masih memberi peluang pada Fiz untuk bernafas, selagi itulah Fiz akan mencintai dan menyayangi dia. Fiz akan setia," ujar Hafiz penuh romantis.
Hati Husna bagai dirobek mendengar madah-madah cinta Hafiz itu. Dia cuba bertenang. Kepalanya ditundukkan.
"Bertuah sungguh insan itu Fiz," ujar Hafiz perlahan. Dia mencuba sedaya-upayanya menyembunyikan gelora jiwanya itu.
"Mengapa Husna? Adakah apa-apa yang salah pada percakapan Fiz?" tanya lelaki itu apabila Husna menjadi pasif dengan tiba-tiba.
"Tidak ada apa-apa Fiz. Husna cuma memikirkan betapa istimewanya insan itu pada Fiz. Husna tumpang gembira Fiz," kata Husna berbohong. Husna cuba tersenyum tapi nyata sia-sia.
"Pandang Fiz, Husna. Pandang mata Fiz. Nyatakan yang Husna cukup gembira apabila Fiz dah ada pilihan hati," ujar Hafiz lembut. Husna menggeleng-gelengakan kepalanya.
"Pandang Fiz, Husna,’ ujar Hafiz sekali lagi dengan tegas.
Kali ini Husna mengangkat kepalanya. Kolam matanya digenangi air. Hafiz faham mengapa gadis itu jadi begitu.
"Husna...maafkan Fiz kerana bertindak menguji Husna tapi Fiz cuma mahu mengetahui hati budi Husna. Fiz sayangkan Husna," ujar Hafiz lembut. Matanya memandang tepat mata gadis itu. Dia cuba menghantar sinar kasihnya buat gadis itu.
Tidak semena-mena air mata Husna menitis. Husna cuba memahami maksud Hafiz itu. Hafiz faham lantas berkata, "Ayat-ayat cinta yang Fiz ikrarkan tadi adalah milik Husna. Muhd Hafiz Hakimi mencintai Siti Nurul Husna. Insan yang bertuah itu adalah Husna, sayang," ujar Hafiz berani.
Husna menangis semahu-mahunya. Tanpa perlu diucap Hafiz tahu Husna juga menyayangi dirinya. Jika tidak masakan gadis itu menangis sedemikian rupa. Itulah kali pertama Hafiz melihat Husna yang sentiasa riang itu menangis semahunya.
Bagi Husna, saat itulah saat paling bermakna dalam hidupnya. Dia menangis semahu hatinya namun dia mampu mengukir senyuman apabila membayangkan masa depannya yang penuh dengan bunga-bunga cinta.
.............................................
Haris terkejut apabila Husna menangis dengan tiba-tiba.
"Jangan tumpahkan air mata itu lagi kak. Haris turut merasai kepedihannya. Biarkanlah yang berlalu itu terus berlalu," ujar Haris lembut. Haris memegang erat tangan kakak kembarnya itu untuk mententeramkannya.
"Haris...Husna mencintai Hafiz. Husna tak pernah rasa bahagia dalam bersahabat seperti mana manisnya mengenali Hafiz. Husna tak percaya yang Hafiz tega menduakan cinta Husna. Husna benar-benar kecewa Haris," ujar Husna dalam esakannya.
"Husna, peristiwa pahit itu telah pun berlalu. Biarkanlah ia menjadi sejarah....menjadi iktibar buat kita semua. Jangan biarkan kenangan itu menghantui hidup Husna lagi," ujar Haris memberikan semangat.
Husna menganggukan-anggukkan kepalanya. Terpahat kukuh di dalam hati Siti Nurul Husna untuk melupakan apa yang telah berlaku. Itu azamnya.
........................................
Lambaian tangan Haris dan Puan Suraya mengiringi perjalanan Encik Safwan dan Husna menaiki kapal terbang yang akan ke Indonesia. Encik Safwan yang mempunyai urusan di Indonesia membuatkan Husna tidak melepaskan peluang itu untuk melapangkan fikirannya.
"Ibu...mampukah Kak Husna?" tanya Haris kepada Puan Suraya yang berdiri di sebelahnya.
"Ibu yakin Husna mampu. Kita doakan sahaja kebahagiaan Husna, Haris," ujar Puan Suraya sambil mengusap kepala Haris.
" Baguslah kalau begitu kata ibu. Mari kita pulang ibu," ajak Haris. Puan Suraya menuruti. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kereta.
.........................................
Kini telah seminggu lebih Encik Safwan berada di Indonesia. Urusan yang dikendalikan olehnya itu hampir selesai. Namun begitu, atas permintaan Husna untuk berada lebih lama di rantau itu membuatkan Encik Safwan melanjutkan tempoh berada di Indonesia hingga 3 minggu.
"Terima kasih ayah. Terima kasih kerana memahami Husna," ujar Husna apabila Encik Safwan bersetuju dengan permintaannya.
"Demi anak ayah tidak mengapa Husna," ujar Encik Safwan lembut. Husna tersenyum.
Walaupun berada di Indonesia, Husna tidak lupa bertanya khabar Haris dan juga Puan Suraya di Malaysia setiap hari.
Husna menghubungi Haris melalui e-mail. Tiap-tiap hari sebelum tidur, Husna akan ber ‘chat’ dengan adiknya, Haris terlebih dahulu. Haris senang hati apabila dapat melihat perubahan sikap Husna hari demi hari. Puan Suraya juga melafazkan syukur kepada Ya Rabbul Izzati apabila Haris mengkhabarkan perubahan Husna itu.
...............................
Bunyi loceng pintu mengganggu konsentrasi Haris yang sedang leka di hadapan komputer. Dia hairan apabila bunyi loceng itu terus-terusan berbunyi.
"Ah..patutlah. Ibu tiada di rumah," desis hati kecil Haris.
Akhirnya dengan rasa malas dan geram, Haris menuruni tangga dan berjalan ke pintu rumah. Dia terkejut apabila seorang lelaki yang agak serabai penampilannya berdiri lesu di depan pintu.
"Adakah ini rumah Siti Nurul Husna?" tanya lelaki itu tanpa berlengah.
"Ya. Namun Husna tiada di rumah sekarang. Silalah masuk terlebih dahulu saudara," ujar Haris. Hati kecil Haris dapat mengagak siapa gerangan lelaki itu. Namun dia kehairanan melihat keadaan lelaki itu.
Haris menjemput lelaki itu duduk dan meminta lelaki itu menunggu sebentar. Haris menuju ke dapur dan menyediakan minuman ringan untuk tetamunya itu. Apabila Haris kembali semula ke ruang tamu, Haris terpana apabila lelaki itu sedang berdiri tepat di hadapan gambar besar kakak kembarnya ketika di Majlis Konvokesyen beberapa bulan yang lalu. Lelaki itu tunduk menekur lantai.
"Saudara...," sapa Haris sopan.
"Di manakah Husna?" tanya lelaki itu perlahan.
"Jemputlah minum dahulu saudara. Kemudian boleh kita berbincang," ujar Haris lembut.
Lelaki itu menurut ajakan Haris. Dengan lemah-longlai lelaki itu duduk dan meneguk segelas air. Nampak sungguh lelaki itu sedang mencuba mengumpulkan kekuatannya.
"Saudara ini Hafiz, bukan?" tanya Haris tiba-tiba apabila sepi menyelubungi mereka sekian lama.
Lelaki itu lantas memalingkan mukanya kea rah Hafiz. Dia kehairanan.
"Benar...saya adalah Hafiz,’ ujar lelaki itu perlahan.
Hafiz menceritakan hal sebenar kepada Haris. Tanpa segan-silu dia hampir menitiskan air mata apabila menyentuh saat ketika Husna bertindak meninggalkannya. Hafiz juga hampir separuh mati ketika mencari Husna. Gadis itu telah meninggalkannya tanpa sebarang alamat, sebarang berita untuk dirinya.
"Saudara, mengapa saudara tergamak menduai Kak Husna?" tanya Haris tegas.
"Saya bukan menduai Husna saudara. Husna salah faham. Perempuan yang dia nampak itu adalah sepupu saya. Dia akn bernikah hujung bulan ini dan waktu itu kami sedang mencari barang-barang untuk hantaran. Tunang sepupu saya juga turut ada bersama kami tapi mungkin saat itu Husna tidak menyedarinya. Saya yang mengikrarkan cinta kepada Husna. Saya tak akan bertindak bodoh dengan menduai dia. Saya cintakan dia," ujar Hafiz keras.
"Saudara, saya dan Husna datang dari rahim yang sama. Kami berkongsi masa dan waktu yang sama. Saya cukup mengenali kembar saya itu. Kak Husna tidak akan menuduh secara melulu saudara. Kak Husna amat menyayangi saudara. Dia tersangatlah terseksa apabila melihat saudara bersama perempuan lain. Kak Husna sangat sensitif saudara. Dua bulan saya perlu menjaga setiap kata-kata saya kerana saya tak mahu melihat dia menangis. Air mata adalah peneman setianya selama ini. Ketiadaan Kak Husna di rumah ini juga adalah atas desakan saya agar dia boleh berehat buat seketika," ujar Haris dengan jelas.
"Jika saudara mahu melihat Husna kembali tersenyum, izinkanlah saya bertemu Husna. Saya mahu memperbaiki semula keadaan ini. Seperti mana terseksanya Husna, saya juga merasa kesannya seperti mana awak lihat pada saya hari ini. Saya berjanji tidak akan melukai Husna lagi. Saya sedar saya seorang yang mudah mesra dengan semua orang. Mungkin kerana itulah dia mengambil keputusan sedemikian kerana sering mendengar cerita buruk mengenai saya. Ramai rakan-rakan saya mencemburui saya kerana berdamping dengan gadis secantik dan sebaik Husna. Saudara, saya pohon bantulah saya," ujar Hafiz dengan nada rayuan.
"Jika saya membantu saudara, mahukah saudara berjanji dengan saya?" tanya Haris menduga Hafiz.
" Saya sanggup berjanji apa sahaja demi Husna," jawab Hafiz tanpa teragak-agak.
" Begini...berjanjilah pada saya yang saudara akan setia hanya pada Kak Husna. Jagalah dia, sayangilah dia, sepertimana saudara menjaga dan menyayangi diri saudara sendiri. Sesungguhnya antara saya dan Kak Husna ada ikatan yang sangat kukuh. Jika dia sakit, saya turut merasainya," ujar Haris panjang lebar.
Hafiz mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju. Hafiz dan Haris kemudiannya berbincang apa yang akan dilakukan untuk menyatukan kembali dua sahabat itu dengan baik dan manis tanpa pergaduhan mahupun perdebatan.
.................................
" Ibu setujukah dengan cadangan Haris ini, ibu?" tanya Haris meminta pendapat.
"Haris...sesungguhnya Haris dan Husna sahajalah anak yang ibu ada. Jika ibu tak dapat nak selami hati kamu berdua sebaiknya apalah gunanya ibu? Sebanyak manapun ibu memahami kamu berdua, ibu pasti kamu berdua lebih memahami apa yang terbaik untuk diri kamu masing-masing," ujar Puan Suraya sambil tersenyum.
Haris tersenyum manis. Persetujuan ibunya itu sudah cukup menggembirakan. Haris lega kerana telah mendapat restu ibunya dan tidak sabar-sabar lagi menanti kepulangan ayah dan kakak kembarnya itu pada esok hari.
..............................
" Ibu....," suara Husna kedengaran dari hadapan Balai Ketibaan Penerbangan Antarabangsa KLIA itu.
Puan Suraya berpaling ke arah suara itu. Husna sedang berlari anak ke arahnya dengan senyuman yang terukir manis di bibirnya. Hati ibu itu bersyukur tatkala melihat perubahan anak perempuannya itu.
"Husna rindukan ibu dan Haris," ucap Husna selepas mencium tangan Puan Suraya. Senyuman manis dihadiahkan buat ibu dan adik kembarnya itu. Haris ceria.
Encik Safwan yang berjalan di belakang Husna hanya tersengih melihat adegan itu. Puan Suraya dan Haris mencium tangan Encik Safwan. Mereka sama-sama kembali ke rumah selepas itu.
..............................
"Apa mimpi Haris ajak Husna keluar ni?" Tanya Husna sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi Restoran Mewah Alice itu.
"Haris ada sesuatu yang amat penting mahu dibincangkan dengan Husna," ujar Haris tenang.
"Apa bendanya tu? Sampai perlu bawa Husna makan di luar. Adakah adik kakak ni dah jatuh hati dengan seseorang maka perlukan bantuan kakak untuk beritahu ayah dan ibu?"
"Kakak ni sampai ke situ pula. Merepek je la. Ini bukan pasal Haris tapi kakak."
"Baiklah. Apa dia?"
"Kita makan dulu. Lepas tu baru kita bercerita."
Husna mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju. Husna agak gementar melihat adik kembarnya itu agak serius. Jarang sekali Haris bersikap begitu.
Sambil menjamu selera, Husna menceritakan pengalaman menariknya selama berada di Indonesia. Apabila masuk hal-hal yang lucu, kedua-dua beradik itu ketawa bersama-sama. Selepas habis makan barulah Haris mula membuka cerita.
"Kak...beberapa hari lepas ada orang datang ke rumah."
"Datang ke rumah? Apa kehendaknya?"
"Mereka datang mahu....mahu...mahu merisik kakak."
"Merisik kakak? Haris jangan main-main. Be serious."
"Buat apa pula Haris nak menipu kakak? Orangnya baik kak. Haris berkesempatan berbual dengan lelaki itu dan Haris berkenan dengan sikap lelaki itu."
"Kita tak boleh nilai orang dari luaran Haris. Kakak dah serik Haris."
"Kak...Haris lelaki. Haris tahu bagaimana personaliti seorang lelaki dari cara dia bercakap dan bergaul. Hati haris senang dengan lelaki itu. Kakak fikirkanlah dahulu. Ibu dan ayah menyerahkan keputusan pada tangan kakak. Begitu juga Haris."
"Tapi Haris...."
"Kak...janganlah bersikap pasif. Jangan membenci lelaki kak. Jangan disebabkan kakak kecewa dengan Hafiz kakak bertindak menolak semua lelaki. Tak semua lelaki sama kak. Demi Haris, tolonglah fikir dahulu."
Husna diam. Dia kebingungan. Husna sebenarnya takut untuk berharap lagi. Pengalaman dikecewakan oleh lelaki bernama Hafiz itu benar-benar mengajarnya agar lebih berhati-hati. Permintaan Haris tak mungkin diketepikan. Husna sedar bahawa Haris mahu melihat dia bahagia. Namun begitu, desakan hati kecilnya agar menolak risikan itu juga mendera perasaannya.
"Berikan Husna masa. Namun Haris janganlah terlalu berharap," ujar Husna selepas mendiamkan diri sekian lama.
"Baiklah. Seminggu," kata Haris.
Selepas membayar harga makanan Haris dan Husna bergerak meninggalkan restoran itu untuk pulang ke rumah. Jam menunjukkan pukul 11.00 malam. Pasti ayah dan ibu sedang menunggu kepulangan mereka berdua.
.........................................
"Husna...dengar penjelasan Fiz terlebih dahulu," rayu Hafiz.
"Apa lagi yang mahu diperjelaskan Fiz? Jika selama ini Husna mendengar kata-kata orang tapi kini Husna melihatnya dengan mata kepala Husna sendiri. Husna belum rabun lagi Fiz," jerkah Husna.
"Perempuan itu sepupu Fiz. Fiz cuma menemankan dia dan tunangnya membeli barang-barang untuk hantaran. Kami berkawan sejak kecil, takkan Fiz nak tolak ajakan dia," jelas Hafiz tanpa dipinta.
"Sepupu apa bertepuk tampar, bergurau mesra, bermain tangan? Husna nampak semuanya Fiz. Husna tak sangka Fiz begitu kejam," jerkah Husna lagi.
"Husna....kami tersangatlah rapat. Sepertimana rapatnya Husna dengan kembar Husna, begitulah rapatnya Fiz dengan sepupu Fiz tu. Percayalah Fiz, Husna," pinta Hafiz bersungguh-sungguh.
"Pergi Fiz!! Pergi!! Husna bencikan Fiz!! Pergi!!" jerit Husna.
"Kak..kak..Kak Husna...," suara Haris menerjah pendengaran Husna. Terasa bahunya digoyangkan oleh seseorang.
"Astaghfirullahala’zim," ucap Husna pantas apabila dia tersedar dari mimpinya.
"Lain kali sebelum tidur basuh kaki dahulu, kak," tegur Haris.
Fikiran Husna melayang ke mimpi yang dialaminya sebentar tadi. Dia berasa sayu dengan tak semena-mena. Berbagai-bagai telahan menerjah fikirannya. Dia menundukkan kepala merenung katil.
"Maafkan Haris kak," ucap Haris serba-salah.
Air mata Husna gugur dengan laju tanpa dipinta. Haris kebingungan. Tiba-tiba Husna memeluknya. Haris tambah hairan.
"Haris...Husna takut jika Husna salah. Husna sudah sedaya-upaya melupakan Hafiz tapi Husna gagal. Husna masih menyayangi Hafiz," ujar Husna dalam rengekannya.
Haris melonggarkan pelukan Husna dan memegang tangan kakak kembarnya itu. Haris memaksa Husna memandang matanya.
"Kak Husna....Haris cukup memahami kakak. Apa salahnya kalau kakak telefon dia dan pinta penjelasan daripada dia. Haris tak mahu kakak terus dirundung kesedihan. Haris turut terasa tempiasnya," ujar Haris lembut.
Husna diam. Otaknya ligat berfikir.
"Esok rombongan yang merisik kakak itu akan datang. Berfikirlah semasak-masaknya. Masa seminggu yang diberikan telah sampai kak," ujar Haris lagi.
Husna masih diam. Haris melepaskan pegangan tangannya. Dia berjalan ke biliknya dan mengambil sebuah kotak yang sederhana besar saiznya. Kotak itu diletakkan di hadapan Husna. Husna kehairanan.
"Tengoklah isi kotak ini. Mudah-mudahan kakak akan membuat keputusan yang sewajarnya. Haris percayakan kakak," ujar Haris lembut. Haris melangkah keluar dari bilik itu dan menutup pintu bilik kakak kembarnya itu.
Selepas beberapa ketika, Husna mula lega kembali. Husna masuk ke dalam bilik air, membasuh muka dan mengambil wudu’. Jam di dinding berdenting menandakan pukul 2 pagi. Husna menunaikan solat sunat tahajud, solat sunat hajat dan solat sunat istikharah. Jiwanya tenang.
Selepas melipat kain telekung, mata Husna terpaku pada kotak yang diberikan oleh Haris tadi. Hatinya bergelora hebat. Perasaan ingin tahunya membuak-buak.
Sekeping sampul surat diletakkan dia atas kotak itu. Dengan tangan yang terketar-ketar, Husna membuka sampul surat itu dan membacanya. Wangian milik seseorang mengharumi surat itu. Tulisan cacing kerawit itu cukup dikenalinya. Jantungnya berdegup kencang.

Assalamualaikum...
Husna pasti terkejut menerima warkah ini daripada adik Husna sendiri. Cuma Fiz sudah tidak tahu lagi apakah cara terbaik agar Husna menerima Fiz kembali. Husna...Fiz bersumpah bahawa Fiz tidak pernah berniat mempermainkan Husna. Fiz menyertakan bersama gambar pertungan sepupu Fiz bulan lepas. Percayalah...Fiz benar-benar menyayangi Husna. Hidup dan mati Fiz hanya bersamamu. Terimalah Fiz kembali...Terimalah pinangan Fiz...Fiz tak sanggup menanggung derita ini lagi. Isi kotak ini bukti cinta Fiz pada Husna. Sayang....maafkan Hafiz..

Muhd Hafiz Hakimi


Sungguh ringkas isi surat itu. Namun cukup berkesan di hati Husna. Dia sama sekali tidak menyangka Hafiz masih setia menunggu dirinya. Gambar yang diberi oleh Hafiz itu ditatapnya. Dia percaya kini yang Hafiz tidak pernah berniat untuk menduai dirinya.
Husna membuka dengan perlahan-lahan isi kotak itu. Hatinya bagai dirobek-robek. Isi kotak itu benar-benar membuatkan dirinya berasa sangat bersalah.
Di dalam kotak itu ada semua hadiah pemberian Husna pada Hafiz. Surat dan kad semuanya tersusun rapi. Air mata Husna menitis laju. Apa yang disangkakan selama ini ternyata tidak benar.
Sebuah kotak baldu berwarna merah hati menarik perhatiannya. Kotak itu diambilnya. Husna membuka kotak kecil itu dengan berhati-hati.
Husna terseyum dalam tangisannya kerana isi kotak itu adalah sebentuk cincin emas. Husna dan Hafiz pernah melihat cincin itu di sebuah kedai emas sebelum mereka berpisah dahulu. Hafiz berjanji bahawa cincin itu akan menjadi miliknya suatu hari nanti. Kini, janji itu telah ditepatinya. Husna sayu.
Deringan telefon bimbit meminta perhatian Husna. Nama Hafiz tertera di skrin telefon miliknya itu. Husna menekan punat hijau dan medekatkan telefon itu pada telinganya. Hatinya bergelora hebat.
"Sayang...sudikah menjadi suri hidup Fiz?" tanya Hafiz berani.
"Macam mana....???"
"Jangan difikirkan mengenai hal itu lagi. Haris yang membantu Fiz. Keputusan terletak di tangan Husna. Fiz cintakan Husna sejak dulu...hari ini...dan selamanya," ujar Hafiz lembut.
Husna memandang ke arah pintu bilik. Tidak disedarinya sejak bila Haris berdiri di situ. Fahamlah Husna apa maksud Hafiz itu. Hafiz menunggu penuh sabar.
"Jika Husna tidak punya pilihan lain, apa lagi yang Husna boleh buat?" ujar Husna perlahan.
Jawapan Husna itu sudah cukup menggambarkan hatinya yang sebenar. Hafiz di hujung talian menjerit kegembiraan. Haris di muka pintu tersenyum ceria. Husna pula tunduk malu dengan kejadia yang tidak diduganya itu. Sesungguhnya Husna pasti Allah itu Maha Adil dan keputusannya saat ini adalah keputusan yang terbaik pernah dilkukannya. Husna benar-benar tenang kini.
..............................................

"Cepatlah mama. Nanti kamera tu berdetik," jerit Hanis manja.
Husna berdiri di sebelah Hafiz. Seketika kemudian bunyi ‘klik’ kedengaran tanda foto telah diambil. Di dalam foto itu terhias indah sebuah keluarga bahagia.
Husna dan Hafiz kini mempunyai 3 orang cahaya mata. Hanis Insyirah yang sulung berusia 6 tahun. Hazriq Hasif berusia 4 tahun manakala yang bongsu, Huda Zafirah berumur 2 tahun. Haris pula telah memilih Nur Musliha sebagai teman hidupnya. Anak-anak mereka adalah Adam Mukhriz, 5 tahun dan Ain Hawani, 3 tahun. Dalam kandungan Musliha pula baru berusia 5 bulan.
Peristiwa 6 tahun lepas masih segar dalam ingatan Husna dan Hafiz. Namun mereka bersyukur kerana hubungan mereka masih kukuh sehingga ke hari ini. Sesungguhnya janji Allah itu benar.
"Lelaki yang baik itu adalah buat perempuan yang baik. Perempuan yang baik pula adalah buat lelaki yang baik. Begitulah sebaliknya."
posted by BLOGGER @ 1:24 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
5 Comments:
  • At 17/8/08 4:38 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nama anak haruis tu sama ngan nama hero n heroin novel 'adam n hawa'. rasa klakar plak bila baca ^_^

     

  • At 19/8/08 2:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best gak citer nie...
    p xyah la formal sgt pkai nama 'saudara' plak...

     

  • At 6/9/08 1:43 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerita nie best tp mcm trlalu formal dan kadang2 mcm skema sngt...anyway good job..

     

  • At 28/9/08 7:53 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    awak tiru nama hero n heroin adam n hawa,kan?? x yah tipu la... penggunaan ayat TERLAMPAU SKEMA terutama dalam dialog..
    contoh,
    "adakah adik kakak ni dah jatuh hati dengan seseorang maka perlukan bantuan kakak untuk beruitahu ayah dan ibu?"

    papepun,cite boleh tahan...

     

  • At 18/10/08 1:22 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    interesting.
    kisah benar?

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group