Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hati kecil Husna dipukul resah. Peristiwa yang dilihatnya tengah hari tadi benar-benar mengusik hati perempuannya. Hafiz tega menduakannya. Benarlah khabar angin yang didengarinya selama ini bahawa Hafiz, lelaki yang telah memberikan harapan padanya itu telah mempunyai wanita lain. "Husna....," suara Puan Suraya, ibunya mematikan lamunan Husna. Air mata yang menitis itu lantas diseka oleh Husna. Pandangannya dialihkan pada Puan Suraya yang berdiri di muka pintu. Husna cuba mengukir senyuman yang manis. "Kenapa dengan Husna ni? Ibu tengok 2-3 hari Husna mula bercuti ini, Husna lebih suka duduk terperuk di dalam bilik. Ibu risau, ayah risau, Haris juga risau melihat Husna begini. Ada apa-apa yang Ibu tak tahu ke?" ujar Puan Suraya sambil berjalan ke arah Husna yang berdiri di pintu beranda. Tangan gadis itu disentuhnya. Sejuk. "Husna tak apa-apalah ibu. Cuma Husna risau menunggu keputusan peperiksaan tahun akhir Husna hari tu ibu. Ibu, ayah dan Haris tak usahlah risau. Husna tak apa-apa," kata Husna perlahan. Suaranya agak tersekat-sekat. "Husna...Husna tu anak ibu. Tak usahlah Husna menipu ibu. Ibu juga pernah merasa muda seperti Husna sekarang. Umur Husna juga dah mencecah usia 24 tahun. Ibu cuma ada Husna sebagai anak gadis ibu. Jangan menipu ibu, Husna. Apa masalahnya?" ujar Puan Suraya lembut. Husna terperanjat. Namun kemudian dia berasa sangat sayu. Puan Suraya nyata lebih dulu dapat menangkap apa yang telah terjadi. Air mata Husna mula menitis. Puan Suraya dipeluknya. Dia kalah. Mana mungkin dia mampu membohongi insan yang telah melahirkannya ke dunia ini. "Husna kalah ibu. Maafkan Husna. Husna tidak mampu menjaga amanat ibu sebaik-baiknya. Hati Husna telah dicuri dan kemudiannya dihancurkan dengan kejam ibu," ujar Husna perlahan dengan air mata yang jatuh berguguran. Husna benar-benar kalah. "Tidak mengapa Husna. Semua itu adalah kehendak Maha Esa. Bersabarlah Husna. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya dengan apa yang tidak mampu dan tidak tercapai oleh hambanya Husna, banyakkan berdoa dan lebihkan beribadat kepada-Nya Husna. Ibu tahu kamu mampu," ujar puan Suraya sambil mengusap lembut kepala anak gadisnya itu. Husna menangis sepenuh hatinya. ............................................. Kringg...kring...kring...kring... Bunyi mesej masuk. Husna tidak menghiraukannya. Dia pasti itu adalah Hafiz. Seketika kemudian bunyi nada’sayang sayang’ nyanyian Aliff Aziz pula mengisi ruang bilik tidur Husna itu. Husna mengeluh lagi. Telefon bimbit di atas meja kecil di sebelah katil diambilnya. Tertera dengan jelas nama Hafiz di skrin telefon. Husna meletakkan telefon itu kembali. Buku novel ‘Pergilah Sepi’ dibacanya semula. Setelah 2-3 kali telefon itu masih tetap berbunyi, Husna mulai berasa bosan. Punat hijau di tekannya. "Apa yang Fiz nak lagi? Bukankah segala-galanya telah terbukti. Jangan ganggu Husna lagi," jerkah Husna. Masih segar di ingatannya perdebatan yang berlaku antara dia dan Hafiz beberapa hari lalu semasa mereka di Majlis Konvokesyen. "Dengar penjelasan Fiz dahulu Husna. Beri Fiz peluang," rayu lelaki itu. "Sudahlah Fiz. Bukankah sudah puas kita bertelingkah sebelum berpisah dahulu. Husna bosan Fiz. Jangan ganggu Husna lagi. Husna mahukan keamanan hidup," jerit Husna. Darahnya benar-benar tersirap apabila Hafiz masih mahu menyambung ikatan yang telah putus itu. "Husna salah faham. Apa yang Husna lihat tempoh hari bukanlah seperti apa yang Husna fikirkan. Jangan bertindak dengan rasa amarah menguasai diri Husna. Fiz sayangkan Husna," ujar Hafiz lagi. "Stop it!!!" jerit Husna. Talian telefon dimatikan. Telefon bimbit itu dicampaknya. Terburai segala isinya. Husna menangis lagi. Fikirannya kacau. Mukanya disembamkan ke atas katil. Pintu bilik terbuka dengan tiba-tiba. Haris terpacul di muka pintu. Lelaki itu gusar mendengar bunyi bising dari bilik kakak kembarnya itu. Haris tambah terkejut apabila melihat keadaan Husna, telefon yang berderai dan katil yang bersepah. "Husna...mengapa ni?" tanya Haris dan memberanikan diri mendekati Husna. "Tinggalkan Husna bersendirian Haris. Husna mahu sendiri," esak Husna perlahan. "Husna...sudah hampir sebulan Husna begini. Semenjak habis belajar lagi....selepas Majlis Konvokesyen pula....Husna makin menjauhkan diri daripada Haris. Haris mahu berkongsi penderitaan Husna itu," ujar Haris sayu. "Tolong Haris. Berikan Husna masa," rayu Husna. Haris menganggukkan kepalanya. Dia berjalan ke luar bilik Husna. Haris seakan dapat mengagak sebab kakak kembarnya itu berduka lara. .................................................... "Husna....," sapa Haris perlahan. Husna yang sedang asyik memandang laut dihadapannya terkejut. Pandangan mata dialihkan kepada Haris. Husna mengukir seyuman. Haris ceria. "Bagaimana? Adakah cadangan Haris berjaya?" tanya Haris lalu turut duduk di sebelah Husna. "Thanks a lot Haris. Maafkan Husna kerana melampiaskan rasa kecewa Husna pada Haris. Benar kata Haris tempoh hari bahawa Haris patut tahu perkara sebenar. Terima kasih kerana membawa Husna ke sini. Husna benar-benar berasa tenang kini," kata Husna. "Husna...Haris faham situasi Husna. Ibu telah menceritakan apa yang berlaku pada Haris. Dan Haris dapat merasai kesakitan yang Husna rasakan," ujar Haris. Husna terdiam. Fikirannya melayang pada saat Hafiz melafazkan ikrar cintanya dulu. ................................................ Hafiz dan Husna belajar di unversiti yang sama di Bandar Kuala Lumpur. Mereka berdua bersahabat baik. Dalam diam kedua-duanya menyimpan perasaan terhadap satu sama lain. Pada suatu hari, Hafiz berterus-terang pada sahabatnya itu. "Husna...ada sesuatu yang Fiz mahu khabarkan." "Apa dia? Husna sedia mendengarnya." "Hati Fiz telah dicuri oleh seseorang, Husna." Husna terpana. Hati perempuannya bagai ditusuk sembilu. Pedihnya menjalari ke seluruh tubuh. "Siapakah manusia yang malang itu Fiz?" tanya Husna bergurau. "Adakah insan yang mencuri hati Fiz malang wahai cik adik Husna?" tanya Hafiz kembali. Matanya memandang ke arah Husna. Pandangan itu punya makna yang tersendiri. "Husna hanya berguraulah. Fiz seorang sahabat yang baik, memahami dan Husna amat senang berkawan dengan Fiz. Maka, insan yang mencuri hati Fiz itu adalah insan yang sangat bertuah Fiz. Sangat bertuah," ujar Husna tanpa mampu membalas mata Hafiz. Hatinya bergelora hebat. "Husna....sesungguhnya insan itu amat istimewa dalam hidup Fiz. Insan itu telah membawa seribu satu kemanisan buat Fiz. Fiz berjanji, selagi nyawa masih di badan, selagi hidup dikandung tanah, selagi matahari dan bulan saling berganti, selagi Allah masih memberi peluang pada Fiz untuk bernafas, selagi itulah Fiz akan mencintai dan menyayangi dia. Fiz akan setia," ujar Hafiz penuh romantis. Hati Husna bagai dirobek mendengar madah-madah cinta Hafiz itu. Dia cuba bertenang. Kepalanya ditundukkan. "Bertuah sungguh insan itu Fiz," ujar Hafiz perlahan. Dia mencuba sedaya-upayanya menyembunyikan gelora jiwanya itu. "Mengapa Husna? Adakah apa-apa yang salah pada percakapan Fiz?" tanya lelaki itu apabila Husna menjadi pasif dengan tiba-tiba. "Tidak ada apa-apa Fiz. Husna cuma memikirkan betapa istimewanya insan itu pada Fiz. Husna tumpang gembira Fiz," kata Husna berbohong. Husna cuba tersenyum tapi nyata sia-sia. "Pandang Fiz, Husna. Pandang mata Fiz. Nyatakan yang Husna cukup gembira apabila Fiz dah ada pilihan hati," ujar Hafiz lembut. Husna menggeleng-gelengakan kepalanya. "Pandang Fiz, Husna,’ ujar Hafiz sekali lagi dengan tegas. Kali ini Husna mengangkat kepalanya. Kolam matanya digenangi air. Hafiz faham mengapa gadis itu jadi begitu. "Husna...maafkan Fiz kerana bertindak menguji Husna tapi Fiz cuma mahu mengetahui hati budi Husna. Fiz sayangkan Husna," ujar Hafiz lembut. Matanya memandang tepat mata gadis itu. Dia cuba menghantar sinar kasihnya buat gadis itu. Tidak semena-mena air mata Husna menitis. Husna cuba memahami maksud Hafiz itu. Hafiz faham lantas berkata, "Ayat-ayat cinta yang Fiz ikrarkan tadi adalah milik Husna. Muhd Hafiz Hakimi mencintai Siti Nurul Husna. Insan yang bertuah itu adalah Husna, sayang," ujar Hafiz berani. Husna menangis semahu-mahunya. Tanpa perlu diucap Hafiz tahu Husna juga menyayangi dirinya. Jika tidak masakan gadis itu menangis sedemikian rupa. Itulah kali pertama Hafiz melihat Husna yang sentiasa riang itu menangis semahunya. Bagi Husna, saat itulah saat paling bermakna dalam hidupnya. Dia menangis semahu hatinya namun dia mampu mengukir senyuman apabila membayangkan masa depannya yang penuh dengan bunga-bunga cinta. ............................................. Haris terkejut apabila Husna menangis dengan tiba-tiba. "Jangan tumpahkan air mata itu lagi kak. Haris turut merasai kepedihannya. Biarkanlah yang berlalu itu terus berlalu," ujar Haris lembut. Haris memegang erat tangan kakak kembarnya itu untuk mententeramkannya. "Haris...Husna mencintai Hafiz. Husna tak pernah rasa bahagia dalam bersahabat seperti mana manisnya mengenali Hafiz. Husna tak percaya yang Hafiz tega menduakan cinta Husna. Husna benar-benar kecewa Haris," ujar Husna dalam esakannya. "Husna, peristiwa pahit itu telah pun berlalu. Biarkanlah ia menjadi sejarah....menjadi iktibar buat kita semua. Jangan biarkan kenangan itu menghantui hidup Husna lagi," ujar Haris memberikan semangat. Husna menganggukan-anggukkan kepalanya. Terpahat kukuh di dalam hati Siti Nurul Husna untuk melupakan apa yang telah berlaku. Itu azamnya. ........................................ Lambaian tangan Haris dan Puan Suraya mengiringi perjalanan Encik Safwan dan Husna menaiki kapal terbang yang akan ke Indonesia. Encik Safwan yang mempunyai urusan di Indonesia membuatkan Husna tidak melepaskan peluang itu untuk melapangkan fikirannya. "Ibu...mampukah Kak Husna?" tanya Haris kepada Puan Suraya yang berdiri di sebelahnya. "Ibu yakin Husna mampu. Kita doakan sahaja kebahagiaan Husna, Haris," ujar Puan Suraya sambil mengusap kepala Haris. " Baguslah kalau begitu kata ibu. Mari kita pulang ibu," ajak Haris. Puan Suraya menuruti. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kereta. ......................................... Kini telah seminggu lebih Encik Safwan berada di Indonesia. Urusan yang dikendalikan olehnya itu hampir selesai. Namun begitu, atas permintaan Husna untuk berada lebih lama di rantau itu membuatkan Encik Safwan melanjutkan tempoh berada di Indonesia hingga 3 minggu. "Terima kasih ayah. Terima kasih kerana memahami Husna," ujar Husna apabila Encik Safwan bersetuju dengan permintaannya. "Demi anak ayah tidak mengapa Husna," ujar Encik Safwan lembut. Husna tersenyum. Walaupun berada di Indonesia, Husna tidak lupa bertanya khabar Haris dan juga Puan Suraya di Malaysia setiap hari. Husna menghubungi Haris melalui e-mail. Tiap-tiap hari sebelum tidur, Husna akan ber ‘chat’ dengan adiknya, Haris terlebih dahulu. Haris senang hati apabila dapat melihat perubahan sikap Husna hari demi hari. Puan Suraya juga melafazkan syukur kepada Ya Rabbul Izzati apabila Haris mengkhabarkan perubahan Husna itu. ............................... Bunyi loceng pintu mengganggu konsentrasi Haris yang sedang leka di hadapan komputer. Dia hairan apabila bunyi loceng itu terus-terusan berbunyi. "Ah..patutlah. Ibu tiada di rumah," desis hati kecil Haris. Akhirnya dengan rasa malas dan geram, Haris menuruni tangga dan berjalan ke pintu rumah. Dia terkejut apabila seorang lelaki yang agak serabai penampilannya berdiri lesu di depan pintu. "Adakah ini rumah Siti Nurul Husna?" tanya lelaki itu tanpa berlengah. "Ya. Namun Husna tiada di rumah sekarang. Silalah masuk terlebih dahulu saudara," ujar Haris. Hati kecil Haris dapat mengagak siapa gerangan lelaki itu. Namun dia kehairanan melihat keadaan lelaki itu. Haris menjemput lelaki itu duduk dan meminta lelaki itu menunggu sebentar. Haris menuju ke dapur dan menyediakan minuman ringan untuk tetamunya itu. Apabila Haris kembali semula ke ruang tamu, Haris terpana apabila lelaki itu sedang berdiri tepat di hadapan gambar besar kakak kembarnya ketika di Majlis Konvokesyen beberapa bulan yang lalu. Lelaki itu tunduk menekur lantai. "Saudara...," sapa Haris sopan. "Di manakah Husna?" tanya lelaki itu perlahan. "Jemputlah minum dahulu saudara. Kemudian boleh kita berbincang," ujar Haris lembut. Lelaki itu menurut ajakan Haris. Dengan lemah-longlai lelaki itu duduk dan meneguk segelas air. Nampak sungguh lelaki itu sedang mencuba mengumpulkan kekuatannya. "Saudara ini Hafiz, bukan?" tanya Haris tiba-tiba apabila sepi menyelubungi mereka sekian lama. Lelaki itu lantas memalingkan mukanya kea rah Hafiz. Dia kehairanan. "Benar...saya adalah Hafiz,’ ujar lelaki itu perlahan. Hafiz menceritakan hal sebenar kepada Haris. Tanpa segan-silu dia hampir menitiskan air mata apabila menyentuh saat ketika Husna bertindak meninggalkannya. Hafiz juga hampir separuh mati ketika mencari Husna. Gadis itu telah meninggalkannya tanpa sebarang alamat, sebarang berita untuk dirinya. "Saudara, mengapa saudara tergamak menduai Kak Husna?" tanya Haris tegas. "Saya bukan menduai Husna saudara. Husna salah faham. Perempuan yang dia nampak itu adalah sepupu saya. Dia akn bernikah hujung bulan ini dan waktu itu kami sedang mencari barang-barang untuk hantaran. Tunang sepupu saya juga turut ada bersama kami tapi mungkin saat itu Husna tidak menyedarinya. Saya yang mengikrarkan cinta kepada Husna. Saya tak akan bertindak bodoh dengan menduai dia. Saya cintakan dia," ujar Hafiz keras. "Saudara, saya dan Husna datang dari rahim yang sama. Kami berkongsi masa dan waktu yang sama. Saya cukup mengenali kembar saya itu. Kak Husna tidak akan menuduh secara melulu saudara. Kak Husna amat menyayangi saudara. Dia tersangatlah terseksa apabila melihat saudara bersama perempuan lain. Kak Husna sangat sensitif saudara. Dua bulan saya perlu menjaga setiap kata-kata saya kerana saya tak mahu melihat dia menangis. Air mata adalah peneman setianya selama ini. Ketiadaan Kak Husna di rumah ini juga adalah atas desakan saya agar dia boleh berehat buat seketika," ujar Haris dengan jelas. "Jika saudara mahu melihat Husna kembali tersenyum, izinkanlah saya bertemu Husna. Saya mahu memperbaiki semula keadaan ini. Seperti mana terseksanya Husna, saya juga merasa kesannya seperti mana awak lihat pada saya hari ini. Saya berjanji tidak akan melukai Husna lagi. Saya sedar saya seorang yang mudah mesra dengan semua orang. Mungkin kerana itulah dia mengambil keputusan sedemikian kerana sering mendengar cerita buruk mengenai saya. Ramai rakan-rakan saya mencemburui saya kerana berdamping dengan gadis secantik dan sebaik Husna. Saudara, saya pohon bantulah saya," ujar Hafiz dengan nada rayuan. "Jika saya membantu saudara, mahukah saudara berjanji dengan saya?" tanya Haris menduga Hafiz. " Saya sanggup berjanji apa sahaja demi Husna," jawab Hafiz tanpa teragak-agak. " Begini...berjanjilah pada saya yang saudara akan setia hanya pada Kak Husna. Jagalah dia, sayangilah dia, sepertimana saudara menjaga dan menyayangi diri saudara sendiri. Sesungguhnya antara saya dan Kak Husna ada ikatan yang sangat kukuh. Jika dia sakit, saya turut merasainya," ujar Haris panjang lebar. Hafiz mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju. Hafiz dan Haris kemudiannya berbincang apa yang akan dilakukan untuk menyatukan kembali dua sahabat itu dengan baik dan manis tanpa pergaduhan mahupun perdebatan. ................................. " Ibu setujukah dengan cadangan Haris ini, ibu?" tanya Haris meminta pendapat. "Haris...sesungguhnya Haris dan Husna sahajalah anak yang ibu ada. Jika ibu tak dapat nak selami hati kamu berdua sebaiknya apalah gunanya ibu? Sebanyak manapun ibu memahami kamu berdua, ibu pasti kamu berdua lebih memahami apa yang terbaik untuk diri kamu masing-masing," ujar Puan Suraya sambil tersenyum. Haris tersenyum manis. Persetujuan ibunya itu sudah cukup menggembirakan. Haris lega kerana telah mendapat restu ibunya dan tidak sabar-sabar lagi menanti kepulangan ayah dan kakak kembarnya itu pada esok hari. .............................. " Ibu....," suara Husna kedengaran dari hadapan Balai Ketibaan Penerbangan Antarabangsa KLIA itu. Puan Suraya berpaling ke arah suara itu. Husna sedang berlari anak ke arahnya dengan senyuman yang terukir manis di bibirnya. Hati ibu itu bersyukur tatkala melihat perubahan anak perempuannya itu. "Husna rindukan ibu dan Haris," ucap Husna selepas mencium tangan Puan Suraya. Senyuman manis dihadiahkan buat ibu dan adik kembarnya itu. Haris ceria. Encik Safwan yang berjalan di belakang Husna hanya tersengih melihat adegan itu. Puan Suraya dan Haris mencium tangan Encik Safwan. Mereka sama-sama kembali ke rumah selepas itu. .............................. "Apa mimpi Haris ajak Husna keluar ni?" Tanya Husna sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi Restoran Mewah Alice itu. "Haris ada sesuatu yang amat penting mahu dibincangkan dengan Husna," ujar Haris tenang. "Apa bendanya tu? Sampai perlu bawa Husna makan di luar. Adakah adik kakak ni dah jatuh hati dengan seseorang maka perlukan bantuan kakak untuk beritahu ayah dan ibu?" "Kakak ni sampai ke situ pula. Merepek je la. Ini bukan pasal Haris tapi kakak." "Baiklah. Apa dia?" "Kita makan dulu. Lepas tu baru kita bercerita." Husna mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju. Husna agak gementar melihat adik kembarnya itu agak serius. Jarang sekali Haris bersikap begitu. Sambil menjamu selera, Husna menceritakan pengalaman menariknya selama berada di Indonesia. Apabila masuk hal-hal yang lucu, kedua-dua beradik itu ketawa bersama-sama. Selepas habis makan barulah Haris mula membuka cerita. "Kak...beberapa hari lepas ada orang datang ke rumah." "Datang ke rumah? Apa kehendaknya?" "Mereka datang mahu....mahu...mahu merisik kakak." "Merisik kakak? Haris jangan main-main. Be serious." "Buat apa pula Haris nak menipu kakak? Orangnya baik kak. Haris berkesempatan berbual dengan lelaki itu dan Haris berkenan dengan sikap lelaki itu." "Kita tak boleh nilai orang dari luaran Haris. Kakak dah serik Haris." "Kak...Haris lelaki. Haris tahu bagaimana personaliti seorang lelaki dari cara dia bercakap dan bergaul. Hati haris senang dengan lelaki itu. Kakak fikirkanlah dahulu. Ibu dan ayah menyerahkan keputusan pada tangan kakak. Begitu juga Haris." "Tapi Haris...." "Kak...janganlah bersikap pasif. Jangan membenci lelaki kak. Jangan disebabkan kakak kecewa dengan Hafiz kakak bertindak menolak semua lelaki. Tak semua lelaki sama kak. Demi Haris, tolonglah fikir dahulu." Husna diam. Dia kebingungan. Husna sebenarnya takut untuk berharap lagi. Pengalaman dikecewakan oleh lelaki bernama Hafiz itu benar-benar mengajarnya agar lebih berhati-hati. Permintaan Haris tak mungkin diketepikan. Husna sedar bahawa Haris mahu melihat dia bahagia. Namun begitu, desakan hati kecilnya agar menolak risikan itu juga mendera perasaannya. "Berikan Husna masa. Namun Haris janganlah terlalu berharap," ujar Husna selepas mendiamkan diri sekian lama. "Baiklah. Seminggu," kata Haris. Selepas membayar harga makanan Haris dan Husna bergerak meninggalkan restoran itu untuk pulang ke rumah. Jam menunjukkan pukul 11.00 malam. Pasti ayah dan ibu sedang menunggu kepulangan mereka berdua. ......................................... "Husna...dengar penjelasan Fiz terlebih dahulu," rayu Hafiz. "Apa lagi yang mahu diperjelaskan Fiz? Jika selama ini Husna mendengar kata-kata orang tapi kini Husna melihatnya dengan mata kepala Husna sendiri. Husna belum rabun lagi Fiz," jerkah Husna. "Perempuan itu sepupu Fiz. Fiz cuma menemankan dia dan tunangnya membeli barang-barang untuk hantaran. Kami berkawan sejak kecil, takkan Fiz nak tolak ajakan dia," jelas Hafiz tanpa dipinta. "Sepupu apa bertepuk tampar, bergurau mesra, bermain tangan? Husna nampak semuanya Fiz. Husna tak sangka Fiz begitu kejam," jerkah Husna lagi. "Husna....kami tersangatlah rapat. Sepertimana rapatnya Husna dengan kembar Husna, begitulah rapatnya Fiz dengan sepupu Fiz tu. Percayalah Fiz, Husna," pinta Hafiz bersungguh-sungguh. "Pergi Fiz!! Pergi!! Husna bencikan Fiz!! Pergi!!" jerit Husna. "Kak..kak..Kak Husna...," suara Haris menerjah pendengaran Husna. Terasa bahunya digoyangkan oleh seseorang. "Astaghfirullahala’zim," ucap Husna pantas apabila dia tersedar dari mimpinya. "Lain kali sebelum tidur basuh kaki dahulu, kak," tegur Haris. Fikiran Husna melayang ke mimpi yang dialaminya sebentar tadi. Dia berasa sayu dengan tak semena-mena. Berbagai-bagai telahan menerjah fikirannya. Dia menundukkan kepala merenung katil. "Maafkan Haris kak," ucap Haris serba-salah. Air mata Husna gugur dengan laju tanpa dipinta. Haris kebingungan. Tiba-tiba Husna memeluknya. Haris tambah hairan. "Haris...Husna takut jika Husna salah. Husna sudah sedaya-upaya melupakan Hafiz tapi Husna gagal. Husna masih menyayangi Hafiz," ujar Husna dalam rengekannya. Haris melonggarkan pelukan Husna dan memegang tangan kakak kembarnya itu. Haris memaksa Husna memandang matanya. "Kak Husna....Haris cukup memahami kakak. Apa salahnya kalau kakak telefon dia dan pinta penjelasan daripada dia. Haris tak mahu kakak terus dirundung kesedihan. Haris turut terasa tempiasnya," ujar Haris lembut. Husna diam. Otaknya ligat berfikir. "Esok rombongan yang merisik kakak itu akan datang. Berfikirlah semasak-masaknya. Masa seminggu yang diberikan telah sampai kak," ujar Haris lagi. Husna masih diam. Haris melepaskan pegangan tangannya. Dia berjalan ke biliknya dan mengambil sebuah kotak yang sederhana besar saiznya. Kotak itu diletakkan di hadapan Husna. Husna kehairanan. "Tengoklah isi kotak ini. Mudah-mudahan kakak akan membuat keputusan yang sewajarnya. Haris percayakan kakak," ujar Haris lembut. Haris melangkah keluar dari bilik itu dan menutup pintu bilik kakak kembarnya itu. Selepas beberapa ketika, Husna mula lega kembali. Husna masuk ke dalam bilik air, membasuh muka dan mengambil wudu’. Jam di dinding berdenting menandakan pukul 2 pagi. Husna menunaikan solat sunat tahajud, solat sunat hajat dan solat sunat istikharah. Jiwanya tenang. Selepas melipat kain telekung, mata Husna terpaku pada kotak yang diberikan oleh Haris tadi. Hatinya bergelora hebat. Perasaan ingin tahunya membuak-buak. Sekeping sampul surat diletakkan dia atas kotak itu. Dengan tangan yang terketar-ketar, Husna membuka sampul surat itu dan membacanya. Wangian milik seseorang mengharumi surat itu. Tulisan cacing kerawit itu cukup dikenalinya. Jantungnya berdegup kencang.
Assalamualaikum... Husna pasti terkejut menerima warkah ini daripada adik Husna sendiri. Cuma Fiz sudah tidak tahu lagi apakah cara terbaik agar Husna menerima Fiz kembali. Husna...Fiz bersumpah bahawa Fiz tidak pernah berniat mempermainkan Husna. Fiz menyertakan bersama gambar pertungan sepupu Fiz bulan lepas. Percayalah...Fiz benar-benar menyayangi Husna. Hidup dan mati Fiz hanya bersamamu. Terimalah Fiz kembali...Terimalah pinangan Fiz...Fiz tak sanggup menanggung derita ini lagi. Isi kotak ini bukti cinta Fiz pada Husna. Sayang....maafkan Hafiz..
Muhd Hafiz Hakimi
Sungguh ringkas isi surat itu. Namun cukup berkesan di hati Husna. Dia sama sekali tidak menyangka Hafiz masih setia menunggu dirinya. Gambar yang diberi oleh Hafiz itu ditatapnya. Dia percaya kini yang Hafiz tidak pernah berniat untuk menduai dirinya. Husna membuka dengan perlahan-lahan isi kotak itu. Hatinya bagai dirobek-robek. Isi kotak itu benar-benar membuatkan dirinya berasa sangat bersalah. Di dalam kotak itu ada semua hadiah pemberian Husna pada Hafiz. Surat dan kad semuanya tersusun rapi. Air mata Husna menitis laju. Apa yang disangkakan selama ini ternyata tidak benar. Sebuah kotak baldu berwarna merah hati menarik perhatiannya. Kotak itu diambilnya. Husna membuka kotak kecil itu dengan berhati-hati. Husna terseyum dalam tangisannya kerana isi kotak itu adalah sebentuk cincin emas. Husna dan Hafiz pernah melihat cincin itu di sebuah kedai emas sebelum mereka berpisah dahulu. Hafiz berjanji bahawa cincin itu akan menjadi miliknya suatu hari nanti. Kini, janji itu telah ditepatinya. Husna sayu. Deringan telefon bimbit meminta perhatian Husna. Nama Hafiz tertera di skrin telefon miliknya itu. Husna menekan punat hijau dan medekatkan telefon itu pada telinganya. Hatinya bergelora hebat. "Sayang...sudikah menjadi suri hidup Fiz?" tanya Hafiz berani. "Macam mana....???" "Jangan difikirkan mengenai hal itu lagi. Haris yang membantu Fiz. Keputusan terletak di tangan Husna. Fiz cintakan Husna sejak dulu...hari ini...dan selamanya," ujar Hafiz lembut. Husna memandang ke arah pintu bilik. Tidak disedarinya sejak bila Haris berdiri di situ. Fahamlah Husna apa maksud Hafiz itu. Hafiz menunggu penuh sabar. "Jika Husna tidak punya pilihan lain, apa lagi yang Husna boleh buat?" ujar Husna perlahan. Jawapan Husna itu sudah cukup menggambarkan hatinya yang sebenar. Hafiz di hujung talian menjerit kegembiraan. Haris di muka pintu tersenyum ceria. Husna pula tunduk malu dengan kejadia yang tidak diduganya itu. Sesungguhnya Husna pasti Allah itu Maha Adil dan keputusannya saat ini adalah keputusan yang terbaik pernah dilkukannya. Husna benar-benar tenang kini. ..............................................
"Cepatlah mama. Nanti kamera tu berdetik," jerit Hanis manja. Husna berdiri di sebelah Hafiz. Seketika kemudian bunyi ‘klik’ kedengaran tanda foto telah diambil. Di dalam foto itu terhias indah sebuah keluarga bahagia. Husna dan Hafiz kini mempunyai 3 orang cahaya mata. Hanis Insyirah yang sulung berusia 6 tahun. Hazriq Hasif berusia 4 tahun manakala yang bongsu, Huda Zafirah berumur 2 tahun. Haris pula telah memilih Nur Musliha sebagai teman hidupnya. Anak-anak mereka adalah Adam Mukhriz, 5 tahun dan Ain Hawani, 3 tahun. Dalam kandungan Musliha pula baru berusia 5 bulan. Peristiwa 6 tahun lepas masih segar dalam ingatan Husna dan Hafiz. Namun mereka bersyukur kerana hubungan mereka masih kukuh sehingga ke hari ini. Sesungguhnya janji Allah itu benar. "Lelaki yang baik itu adalah buat perempuan yang baik. Perempuan yang baik pula adalah buat lelaki yang baik. Begitulah sebaliknya."
awak tiru nama hero n heroin adam n hawa,kan?? x yah tipu la... penggunaan ayat TERLAMPAU SKEMA terutama dalam dialog.. contoh, "adakah adik kakak ni dah jatuh hati dengan seseorang maka perlukan bantuan kakak untuk beruitahu ayah dan ibu?"
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
nama anak haruis tu sama ngan nama hero n heroin novel 'adam n hawa'. rasa klakar plak bila baca ^_^