Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Jam menunjukkan seawal 6 pagi, kedinginan yang aku rasakan pagi itu benar-benar menusuk hingga ke tulang. Aku turun dari katil dan terus membuka jendela. Aku menarik nafas sedalamnya sambil mendepakan tangan. Dalam pada itu juga aku sempat bersyukur di dalam hati kerana masih lagi dapat melihat keindahan ciptaan-Nya. Hari ini sudah genaplah 2 tahun aku menjadi isteri kepada suamiku, Sabaruddin. Lelaki yang menjadi pilihan kedua orang tuaku. Lelaki yang telah membuka mataku mengenali apa itu erti kebahagiaan dalam percintaan. Walaupun dia bukan cinta pertamaku, tapi keikhlasan dan sifat penyayangnya terhadap diriku telah membuatkan aku semakin hari semakin sayang lantas memberinya ruang untuk bertakhta di hati ini yang dahulunya di miliki oleh Azrul, bekas kekasihku. Ah, Azrul hanyalah kenangan silamku. Cinta dan kesetiaanku kini hanyalah untuk suamiku. Aku menoleh melihatnya yang sedang nyenyak tidur. Lena dibuai mimpi agaknya. Segera aku duduk dibirai katil dan memain-mainkan jariku di mukanya yang bersih dan berkumis itu. Aku melihat mukanya berkerut-kerut. Tawa yang ku tahan akhirnya meledak keluar juga. "Abang" terjaga, dengan pantas dia menarik lenganku menyebabkan badanku terdorong ke depan. "nakalnya isteri abang ni…"ucapnya sambil tersengih. "eh, mana ada, fizah Cuma nak kejutkan abang solat subuh, itu sahaja." balasku menahan ketawa. Tiba-tiba dia mendekatkan bibir ke wajahku, tetapi dengan pantas sahaja tangan kiriku menekup mulutnya. "busuklah, abang kan belum gosok gigi lagi.." aku ketawa dan segera bangun dari situ. Aku melihat dia menarik semula selimut dan mengiring membelakangiku. Alamak,.Merajuk pula suami kesayanganku ini, macam mana nak pujuk ni? fikirku. Setelah puas berfikr, akhirnya aku duduk semula di atas katil. " Fizah minta maaf, abang janganlah merajuk macam ni, Fizah bergurau jela tadi." jelasku. Tiada respon yang ditunjukkan olehnya. Abang masih membatu dalam selimut. Aku menjadi buntu. " Abang, sudahlah tu, marilah solat subuh berjemaah, nanti terlewat pula."aku mencuba nasib sekali lagi. Aku melihatnya menggerakkan tubuh. Abang bangun dan senyum lebar kearahku menampakkan sebaris giginya yang putih dan teratur. "ha, tahu pun cemas, abang main-main sahaja tadi." ujarnya sambil mencuit hidungku, membuatkan aku tersipu malu. "mari solat bersama sayang."aku menurut sahaja katanya. Kadangkala sikapnya memang sukar diramal. Itu yang membuatkan aku semakin ingin mengenali dirinya.
Di Poliklinik Dr Siti Nurhafizah.
tok,tok,tok..ketukan di pintu kedengaran. "Masuk." pintaku sambil tangan ligat menyusun rekod-rekod pesakit yang kurang teratur di atas meja. "Assalamualaikum, Dr Siti Nurhafizah Hemdan." Hampir terlepas fail yang ku pegang tatkala mendengar suara garau yang cukup aku kenali suatu ketika dahulu. Setelah sekian lama tidak bertemu,tanpa khabar berita, akhirnya dia muncul semula tanpa diduga. "Waalaikumsalam, silakan duduk." jawabku tenang. Sesekali aku mencuri pandang ke arahnya. Badannya kelihatan susut, tapi wajahnya yang putih bersih dengan kumis nipis serta berjanggut sejemput tetap menyerlahkan penampilannya tengahari itu. "Doktor kenal saya lagi tak?" tanya Azrul sambil melemparkan senyuman manis kepadaku walaupun dia kelihatan kurang bermaya. " Kenal. Azrul bukan?" balasku bersahaja. Apa dia ingat aku sudah hilang ingatan ke? Tanyaku dalam hati. " awak sakit apa ni?serius ke?" soalku lagi. " saya rasa sakit sangat, sakit menanggung rindu pada awak." ucapnya dengan nada gurau. " main-main pula dia ni,awak lupa ke saya ni kan dah jadi isteri orang?" tegasku pada azrul mengenai status diriku sekarang. " tahu.." sepatah sahaja jawapannya. " sudahlah, biar saya lakukan pemeriksaan ke atas awak." dengan pantas aku menyumbat stetoskop ke telinga, memeriksa kadar denyutan jantungnya. Bagaikan terkena kejutan elektrik tatkala jariku tersentuh bidang dadanya. Aku memeriksa suhu badannya pula. Sesekali aku mendengar dia batuk. " awak demam ni, saya bagi awak surat cuti sakit selama 2 hari, ubat demam, batuk dan antibiotik. Jururawat saya akan beri penerangan yang lebih lanjut nanti. Makan ubat ikut masa dan selamat berehat." nasihatku padanya. Dia tersenyum dan mencapai tanganku, aku menjadi kaget. " terima kasih Fizah.."ucapnya perlahan. Mata kami berdua bertembung. Aku seperti lupa mengenai Sabarudin seketika. Tiba-tiba pintu dikuak dari luar... ’Sayang...mari pergi makan tengahari..." Sabarudin terpacul di muka pintu. Air mukanya yang tadi ceria bertukar seperti menahan marah. Dia merenungku tajam. "maaflah mengganggu ’kesibukan’ kamu berdua." Perlinya lagi. Aku segera menarik pantas tanganku yang berada dalam genggaman Azrul. "abang...ia bukan seperti yang abang sangkakan!" aku bersungguh memberi penjelasan. Belum sempat aku mengejarnya, Sabarudin berlalu dan menghempas pintu dengan kuat. Aku terkejut dengan tindakannya itu. Tidak pernah aku melihat dia marah sebegitu. "maafkan aku Fizah, aku tak sangka akan jadi begini..." Azrul memohon maaf. Ah! Senangnya dia menutur kata maaf padaku. Aku hanya mampu mengeluh dan memandangnya lesu. Aku berjalan mundar-mandir menunggu Fizah pulang dari kliniknya. Masih terbayang di ingatanku cara mereka berdua berpegangan tangan. Api cemburu sebagai seorang suami makin membara. Kereta milik Fizah akhirnya masuk ke perkarangan rumah. Fizah melangkah anak tangga dan memasuki ruang kamar. Dia menghampiri diriku. "abang...percayalah apa yang abang lihat tengahari tadi bukan seperti apa yang abang sangkakan, kami tidak buat apa-apa." "awak ingat saya ni bodoh?tak ada mata? Saya nampak dia memegang tangan awak! Dasar isteri curang!" jerkahku. Marah yang ku tahan akhirnya meledak keluar. "abang! Sedikit pun tidak pernah terlintas dihati ini untuk saya curang pada abang, saya masih sedar, saya isteri abang yang sah!" Aku melihat air matanya gugur satu persatu. "isteri?! Isteri yang curang didepan mata suaminya sendiri? Saya tahu, saya adalah suami pilihan orang tua awak, tapi, awak kena ingat yang saya ni suami awak! Bukan Azrul!" aku meninggikan suara dihadapan mukanya. Fizah terus mencapai beg tangan dan berlari keluar bersama linangan air matanya. aku hanya membiarkan sahaja dia berlalu. Dari ekor mata, aku melihat dia menghidupkan enjin kereta dan meninggalkan banglo 2 tingkat yang menjadi saksi cinta kami. Aku duduk di katil dan meraup muka dengan kedua tanganku. Ya Allah, apa yang sudah ku lakukan ini? Kemana terbangnya imanku? Aku menyoal sendiri. Aku benar-benar rasa seperti dirasuk. Perasaan kesal menyelinap disegenap ruang hati. "Abang masih sayangkan Fizah." keluhku.
Berkali-kali aku cuba menghubungi telefon bimbit Fizah, tapi tiada sebarang jawapan. Hari sudah semakin gelap. Dia benar-benar membuatkan aku risau. Aku nekad untuk mencarinya. Sebaik sahaja aku mencapai kunci kereta dan mengatur langkah untuk keluar, kedengaran telefon rumahku berbunyi. Aku segera menjawab panggilan tersebut dengan harapan Fizah menelefonku. "hello, assalamualaikum." sangkaanku meleset apabila mendengar bukan suara Fizah di talian. "waalaikumsalam," jawabku ringkas. "saya Dr. Mohan dari Hospital Universiti Kuala Lumpur, adakah awak suami kepada Siti Nurhafizah?" "ya saya. Kenapa doktor?" "saya harap encik bertenang. Isteri encik terlibat dalam kemalangan. Keadaannya agak kritikal, dia kehilangan banyak darah. Kami perlukan tandatangan encik untuk melakukan pembedahan. Boleh encik datang ke sini sekarang?" "ya, saya akan ke sana sekarang juga, terima kasih doktor." aku meletakkan gagang telefon. Dalam perjalanan ke hospital, aku tidak putus-putus berdoa memohon agar isteriku selamat. Aku menyesal dengan tindakanku menuduhnya curang. Benar kata Akram,kawan baikku. Aku sepatutnya selidik terlebih dahulu sebelum bertindak. Kalau tidak kerana sengketa itu, dia tidak akan ditimpa kecelakaan ini. Nasi sudah menjadi bubur. Segalanya sudah terlambat. Jangan tinggalkan abang Fizah. Abang masih menyintaimu sayang. Air mata kesedihan mengalir keluar dari kelopak mataku. Sejurus sampai di hospital, aku melihat iseriku sedang diusung masuk ke bilik pembedahan. Aku berlari mendapatkan Fizah. Aku menggenggam erat jemarinya. Bibirnya terkumat-kamit seperti mahu memberitahuku sesuatu. Aku mendekatkan telinga ke bibirnya. "Fi..zah..cintakan..abang..Fizah tak curang.." ucapnya dalam nada tersekat-sekat. "abang tahu sayang, mafkan abang. Kita lupakan apa yang dah berlaku." aku mengucup tangannya. Genggaman kami terlerai tatkala pintu bilik pembedahan ditutup rapat. Aku berjalan mundar-mandir diluar bilik pembedahan. Sesekali aku mengintai ke cermin pintu bilik tersebut. Tidak lama kemudian, muncul wajah kedua orang tuaku. "bersabarlah nak..kita berdoa kepada Allah semoga semuanya selamat." ayah menepuk bahuku sebagai memberi semangat. Setelah beberapa jam menunggu, akhirnya Dr Mohan keluar dan menanggalkan sarung tangannya. "maafkan pihak kami, isteri encik tidak dapat diselamatkan. Dia kehilangan banyak darah sewaktu kemalangan, hentakan yang kuat dikepalanya juga menyebabkan darah beku berkumpul dan otaknya gagal berfungsi." Darah yang mengalir dalam badanku terasa berhenti serta-merta. Aku terduduk kaku. "Maafkan abang sayang. Ya Allah, mengapa cepat benar engkau merampas dia dariku." tangisanku kedengaran makin kuat dalam dakapan ayah..
2 tahun kemudian.... Kenangan bersama Fizah masih segar dalam ingatanku. Isteri yang suatu ketika duhulu pernah mengajarku erti kebahagiaan. Selesai bacaan surah yaasin dan doa, aku duduk berteleku sejenak di kuburnya. Tanpa ku sedar, air mata ini mengalir lagi ,aku membiarkan sahaja. Tanda penyesalan dan rasa sayangku padanya masih terasa. Aku akhirnya berlalu dan menuju ke kereta Honda Civic milik arwah. kereta remuk yang telah ku baiki. Lagu yang berkumandang di corong radio begitu mengulit kenangan. Aku menghayati setiap bait-bait lirik itu.
Kelmarin..kau masih bersamaku.. Bercumbu dan merayu. Adakah hari esok,untuk kita bercinta. Seperti yang telah kita lewati. Mengapa..terlalu cepat kau pergi.. Tinggalkan batu nisan.. Kenyataan ini sungguh memilukan.. Ingin ku rasa turut serta.. Tiada guna..aku hidup begini.. Tanpa belaian,kekasih yang sangatku sayangi.. Kepedihan yang kini ku rasakan.. Darimu,yang mencintai aku.. Biarlah..ku relakan kau pergi.. Tinggalkan derita bersama.. Ku doakan kau bahagia di sisi-Nya.. Sementara biarkan aku menangis......
Aku menekan pedal minyak dan membawa diri bersama kenanganku......
thanks kawan2 yang bagi komen pasal cerpen ni..akan saya perbaiki segala kelemahan ni..ni jugak merupakan cerpen saya yang pertama..xpernah menulis pon sebelum ni..hehehehe...
.......citer nie sedih wat saye nak nangis... terharu sangat...tapi simple sgt ar... klw leh isi dipanjangkan ckit tau... ..all the best k n don't give up... ..teruskan usaha...
uhuuu...congrat la my fwen....nnti kita wat trilogy cerpen ek..gabungan syameera ngn deqna..walllah....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
i like this sToRy.....