Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Di atas meja tulis itu sarat dengan pelbagai buku. Ah! Yang mana harus aku mulakan? Projek paper Pn. Bahariah belum lagi aku sentuh, baru mencari-cari rujukan yang sepatutnya. Semalam sehari suntuk masaku dihabiskan di Library, cuma beberapa buah buku saja yang dapatku pinjam.
Dia meninggalkan meja tulisnya, lalu menghempaskan badannya ke atas tilam, ingin melepaskan lelah , fikirnya. Tatkala memandangkan beg sandangnya yang agak kusam warnanya itu (almaklumlah berhari-hari menjadi peneman yang setia tersandang di pundaknya ke hulu dan ke hilir). Dia tersenyum, lalu mencapai begnya dan segera tangannya mengeluarkan sesuatu dalam beg itu. Sampul surat buatan sendiri itu diambil dan ditarik isi yang ada di dalam. Sekeping warkah biru berada di tangannya. Dibuka dan terus dibacanya.
" Salam Ukhuwah...... Buat Saudari yang berlesung pipit.... Maafkan Utusan Biru ini menganggu harianmu...... Utusan ini bukanlah bermaksud untuk menyembah, memuja, apatah lagi untuk merayu kepada Saudari yang berlesung pipit....
"Berlesung pipit? Akukah? Shalina meraba pipi sebelah kirinya, memang sejak lahir lagi dia memiliki lesung pipit itu. Dengan segera Shalina menatap baris yang berikutnya....
"Ku utuskan Utusan Biru ini.... Tanda untuk menjalinkan ukhuwah perkenalan.... Lantas untuk mengharumkannya dengan tali persahabatan.... Bersama Saudari Berlesung pipit...... Nawaitu Utusan Biru hanya untuk mencari .... Keredhaan Ilahi......
P/S : Letakkan suratmu di laci tempat dudukmu di Lab....
Utusan Biru.
Utusan Biru? Berkerut-kerut dahinya kehairanan dengan nama si pengirim. Aik? Sapalak yang nak kenakanku kali ni....Tak sudah-sudah ngan surat layang....Akhir semester yang lepas, dia dihujani dengan berbakul-bakul kiriman email entah dari siapa, tidak pula dia ketahui. Email yang seakan-akan memujuknya agar dapat menyambut huluran salam perkenalan dan tak ketinggalan juga email yang berharap sangat dia menjadi buah hati pengarang jantung si pengirim. Apabila dia dan Sofi menyiasat perkara itu , tahulah dia semua itu kerja Si Zahid yang memang selama ini menaruh hati kepadanya. Em, ntah-ntah ini pun kerja Si Zahid kot? Hatinya meneka-neka. Tapi, ada kelainan susunan ayat yang ditulis, ayatnya menunjukkan kematangan seseorang....mungkin? Tapi, berbunga-bungala pulak....Jiwang karat sungguh mamat ni..siap gelarkan aku si gadis berlesung pipit....Uwek? Nak terloya aku membacanya....Biarlah....dah tak kuasa aku melayannya.... Warkah Biru itu dilipat dan dimasukkan semula ke dalam sampulnya. Dia mengeliat dan terus merebahkan diri dan terlelap.
" Woi kawan, makan sorang je ke?" Zahid yang baru sampai di Kafe Fakulti menepuk bahu Faiz yang termenung jauh. Dengan segera Zahid melabuhkan punggungnya disebelah Faiz. Terencat anganku! Desis Faiz seraya menyuapkan mee goreng ke dalam mulutnya. " Iz, Kau dah tengok tak Filem yang baru keluar tu?" Tanya Zahid dan dengan pantas tangannya merampas pinggan yang terisi mee goreng dari tangan Faiz. Selamba saja dia menyuapkan ke dalam mulutnya. Tingkah lakunya itu diperhatikan saja oleh Faiz .Faham benar dengan perangai kawannya itu. " Filem apa? Kalau filem cintan-cintun ni maapla, bukan taste aku....tapi kalau cerita seram tu aku dah tengoklah, dua hari lepas dengan Karena...." Matanya masih menjeling Zahid yang rakus menelan mee gorengnya. Laparlak tu, tau amek hak orang aje! Kutuk Faiz dalam hati.
" Oo, iyeke? Cerita The Others tuke? Nape tak ajak aku sekali....eh!Karena mana lakni? Awek baru ker?"
Faiz hanya mengangkatkan keningnya dan ada senyuman dibibirnya. Dia sebenarnya mahu menghabiskan mee gorengnya , malas hendak memanjangkan cerita , lagi-lagi pasal Karena , adik sepupunya itu. Ingatannya kembali pada dua hari yang lepas, apabila dia baru saja mengambil Karena dari Kolejnya, Dia terserempak dengan Shalina yang memandangnya tidak berkelip dan ada kehampaan pada wajahnya. " Eh, Zahid kau tak abis-abis ke jadi kadam Romeo Skema ni?" Selamba mulut Laser Sofiah mengenakan Zahid. " Woi, sedap-sedap kau mengata aku? Eh, Murai Tak Berlesen, kau kalo tak firekan keLaseRan mulut tu , agaknya jemlah otak kaukan?" Kata-kata Zahid disambut muncungan Sofi yang panjang lima inci itu. "Ha, tengoktu, muncung Tenuk dia dah kuar...." Pecah ketawa Sofi mendengarnya. Dia yang pada mulanya ingin merajuk dengan kata-kata Zahid terus tak jadi apabila disebut Tenuk, binatang yang seperti Tapir itu. Faiz yang hanya mendengar hanya mematukan diri dan sesekali matanya melilau seperti mencari seseorang. Itulah Sofiah, walaupun dikata bagaimanapun, dia tetap maintain. Matanya memandang Faiz yang sedari tadi hanya membatukan diri.Eh, Romeo Skema ni sombong betul! Muka je hensem, tapi hati berkarat! Ada senyuman terbit dibibirnya. "Eh, Faiz! Kau ni kebulur ke, dari tadi asyik menyuap je....tak sudi ke ajak aku makan sekali?" Usik Sofi dan terus duduk di hadapan Zahid. " Makan?" Hanya itu yang mampu diucap oleh Faiz sambil mengangkat sudunya tanda isyarat. Sofi seraya mengangguk dan faham benar perangai Si Faiz coursematenya itu yang dari dulu kurang bercakap dengannya waima bebudak coursemate perempuan yang lain. Tetapi sejak tiga tahun di sini, Faiz memang terkenal dengan keHenseMan mukanya tu, selalu sangat tukar awek....Iyelah ,saham tengah naikkan? "Mana Shalina? Final year ni selalu ke dia ikat perut tak makan?" Lancar saja mulut Zahid menanyakan Shalina , gadis pujaan hatinya. Dada Faiz sedikit bergetar apabila nama itu disebut dari bibir pesaingnya selama ini. Suapannya terhenti dan matanya segera melilau mencari gerangan empunya nama. "Eh, sibuk-sibuk bertanya ni , apasal? Apa, kau nak beri nafkah ke kat dia?" Tanya Sofi yang tahu bahawa Zahid ada hati pada romatenya itu. "Boleh sangat kalau Dia setujulah...." Zahid memain-mainkan keningnya dan sambil tersenyum sumbing kepada Sofi. "Dahlah, tak kuasa aku nak melayan kau..okeylah, aku banyak kerja ni....cau dulu.." Segera Sofi meninggalkan mereka terutama sekali tak sanggup dia menjawab pertanyaan Si Zahid tu pasal Shalina.Shalina sihat tak?Shalina tengah buat apa? Dan ntah apa-apa lagi yang akan keluar dari mulutnya nanti.Teringat dia dengan pesanan Shalina " jangan bagi muka sangat kat Zahid tu, Shal tak suka...." .Langkahannya semakin panjang menuju ke Lab.
Faiz kembali dengan khayalannya. Mana dia? Dah hampir tiga minggu suratku tidak dibalas. Tak sudi ke? Hati Faiz resah sejak dia mengirimkan surat kepada Shalina. Gadis yang dalam diam telah menambat hati lelakinya. Sejak setahun yang lalu, entah mengapa gadis itu yang dipuja dan dirindu. Jika tidak dapat bertentang mata dengannya, hati Faiz akan jadi tidak tentu arah bagaikan cacing kepanasan. Tetapi, dari jauh saja dia dapat memuja gadis pujaannya itu kerana Shalina sendiri seorang yang tegas dalam pergaulan. Tatatertibnya dijaga rapi, jarang dia melihat Shalina berbual dengan kengkawan coursemate lelaki kecuali dalam group studi yang disertai bersama teman-teman perempuan yang lain. Ah! Sebab itu kot aku jatuh hati dengannya, ditambah lagi lesung pipit disebelah kiri pipinya.....Sedar-sedar Zahid sudah lama meninggalkannya berseorangan di Kafe itu. Dengan pantas , dia menghabiskan saki-baki mee goreng dipinggannya.
******
" Salam Ukhuwah........
Hampir sebulan kosong dan sepi laci mejamu..... Mengapa? Tidak sudikah gerangan Saudari Berlesung Pipit membalasnya? Nawaituku hanya ingin mencari keredaan Allah untuk mengenalimu........"
Utusan Biru.
Shalina melipat kembali warkah biru itu. Hai, kecewa nampaknya. Emoticonnya pun menandakan seperti orang bersedih hati. Seperti ada kuasa menarik-narik tangannya untuk membalas utusan itu. Lantas, dicapainya sehelai kertas dan dia mula mencoretkan sesuatu.
" Salam Ukhuwah bersama......
Kehadapan Saudara Utusan Biru.... Jangan khuatir salammu disambut..... Terima kasih ...... Tetapi siapakah disebalik nama ini?"
Kertas itu dilipat kemas, berulang-ulang Shalina membacanya dan tersenyum meleret. Cehwah, sejak bilalak aku pandai berbunga-bungani....Lantaklah! Sejak dua minggu yang lalu, dia cuba bertanyakan kepada Sofi tentang utusan ini, puas jugak dia dan Sofi mengintip siapa punya angkara yang berniat tak baik kepadanya. Berhari-hari dia dan Sofi melepak di Taman Fakulti yang menghadap bangunan Lab aras tiga agar senang dia nampak kelibat orang yang keluar masuk ke Lab itu, di mana tempat bebudak coursenya sahaja yang menggunakan Lab itu. Dia bingung! Sofi dan Dia cuba meneka-neka beberapa nama bebudak coursematenya. Zahid? Tak mungkin. Sejak dia mengetahui Zahid yang menghantarkan email-email yang tak sepatutnya dulu, dia terus berhadapan dengan Zahid dan memberikan kata dua penjelasan bahawa dia menganggap Zahid tidak lebih dari seorang teman belajar. Dia ke sini , hanya untuk mengutip sejuta ilmu untuk bekalan masa depan. Kecuali, "RomSkem" ....Budak hensem yang berhati karat! Gelar Sofi kepada Faiz.Faiz? Ah, nama itu sungguh jauh dariku. Lagi pun sebulan yang lalu apabila dia terserempak dengan Faiz bersama budak tahun satu, siapa ye namanya. Ah! Namanya seperti nama pelakon Bollywood yang terkenal tu....Karena kot, menaiki kereta entah ke mana.Em, awek baru dia kot!
************
" Salam Ukhuwah kembali.... Terima kasih kerana menyambut salam ini.... Siapa Utusan Biru? Tak usah diragui..... Utusan Biru hanya di hadapan, di belakang, di kanan dan Di kirimu..... Belajarlah bersungguh-sungguh..... Kerana Utusan Biru ........ Ingin benar memanjat tangga kejayaan..... Bersamamu..... Jumpa lagi dilain lembaran......
Utusan Biru.
Shalina termangu membaca warkah biru yang baru diterimanya pada tengahari tadi di laci tempat duduknya di Lab. Sedangkan pagi tadi laci itu kosong hanya bukunya saja ditinggalkan apabila Sofi mengajaknya ke Kafe tengahari itu. Pulang saja dari Kafe, sampul surat berwarna jingga telah terletak cantik di dalam laci mejanya.Liciknya pengirim surat ini! Desis hatinya. " Shal, ingat sok paper En.Halim....Kau ni dari tadi asyik termenung aje....masalah ape lagi yang melanda?" Tanya Sofi apabila dilihatnya Shalina dari tadi asyik termenung memanjang. "Ini hah...." Shalina menghulurkan sampul jingga itu kepada Sofi. Barulah Sofi faham mengapa Shalina termenung , pasal pengirim misteri yang menggelarkannya Utusan Biru. "Baiklah, mulai saat ini , aku akan berusaha menjejaki misteri yang menjadi misteri kepada persoalan kau!" Janji Sofi seraya memberikan isyarat seperti seorang pekerja yang patuh pada tuannya. Kelakuannya itu disambut senyuman Shalina yang menampakkan lesung pipitnya.
Shalina membalas warkah itu pada keesokan harinya. Dia dan Sofi telah merancang sesuatu untuk menyiasat siapakah Utusan Biru yang sebenarnya. Selepas tamat kuliah , Shalina tidak terus pulang ke Kolej. Sofi setia menunggu di taman Fakulti. Matanya tidak henti-henti memandang ke arah pintu Lab. Manakala Shalina pulak setia menunggu di bilik persediaan makmal bersama Kak Nor yang bertugas di sebelah petang.
"Tit,tit...." Handset Shalina berbunyi menandakan dia menerima mesej. Apabila dibuka tertera nama Sofi. " Shal, Aku terpaksa balik dulu , perut sakit sangat....Soriye....." Alamak, nampaknya aku soranglah yang meneruskan rancanganni. Sejam , dua jam.. makmal sebelah masih kosong dan sepi. Kak Nor pun telah ditanya beberapa kali mengenai kelibat bebudak coursematenya tetapi jawapan yang diterima menghampakannya. Entah-entah Kak Nor pun bersubahat sekali tak? Hisy, tak elok buruk sangka! Fikirnya.
Faiz mengatur langkah ke Makmal Tiga dengan hati yang berbunga. Keresahannya telah terpadam dan telah digantikan dengan harapan yang setinggi puncak Everest gamaknya.
" Shal, Akak kuar kejap, nak pesan ape-ape tak?" Suara Kak Nor menghentikan lamunan panjang Shalina. Shalina hanya mengeleng-gelengkan kepalanya dan terus membaca laporan amalinya kerana esok perlu dihantar ,pagi tadi paper En.Halim dapat juga dia menjawab dengan hati yang tenang. Moga-moga aku peroleh A dalam subjeknya.Doa Shalina di dalam hati.
"Assalammualaikum....Kak Nor" Faiz memberi salam seraya menolak pintu yang separuh tertutup. Dia menjangkakan Kak Nor bertugas pada sebelah petang, sudah lama dia tidak bersembang dengan Kak Nor, Pembantu Makmal yang peramah dan banyak membantunya dalam amali. Faiz juga tidak menjangka bahawa cepat benar Shalina membalas suratnya, apabila dia saja menjenguk ke laci di tempat duduk Shalina tadi, sudah ada sepucuk surat untuknya. Hatinya girang tidak terkata. Tetapi , tatkala pintu terkuak , hatinya kaget. Bukannya Kak Nor yang berada di mejanya tetapi Shalina. Shalina juga terkejut dengan kemunculan Faiz. Di tangannya, seperti ada sesuatu yang disembunyikan seperti..... "Eh, maaplah menganggu..tak apalah....saya balik dulu...." Niatnya ingin berjumpa Kak Nor terus dibatalkan. Faiz juga cuba menyembunyikan kegugupannya dan terus berlalu pergi. Shalina hanya memandang dan dia seperti mengesyaki sesuatu apabila kelakuan Faiz seperti orang yang takut-takut. "Ya Allah! Di tangannya tadi...." Dengan segera Shalina bangun dan menghalakan kakinya ke meja tempat duduknya.Sah!
-------------------------------
"Assalammualaikum Saudara Utusan Biru........
Caramu yang ingin menyemai tali persahabatan amat saya hargai. Tetapi masa yang tidak mengizinkan saya untuk menyiramnya lantas jauh sekali untuk membajanya tika ini kerana hambatan masa dan harapan yang tak ternilai dari kasih Bonda dan Ayahanda adalah satu amanah yang cukup besar kepada saya. Bukan bermakna juga huluran itu tidakku sambut, jangan terus kalah dan mengalah kerana itu akan mengajarmu erti tidak putus asa.... Akhir sekali ucapan terima kasih kerana sudi mengenaliku dan banyak memberi kata-kata perangsang agar kita sama-sama dapat mendaki punjak jaya. Tunggu saya di hadapan pintu Dewan Besar nanti....." Shalina Uthman.
Berulang-ulang kali Faiz membacanya dan ditekan-tekan ayat yang terakhir itu. Tunggu saya di hadapan pintu Dewan Besar? Ada senyuman kepuasan terukir dibibirnya. InsyaAllah!Tekad hatinya.
Dihujung sana, Shalina mengucap kesyukuran kepada Ilahi apabila jejaka idamannya yang dipuja dalam diam telah menjadi miliknya secara tidak rasmilah.... Tuhan, terima kasih memakbulkan permintaanku selama ini. Amin!
betolbetol.....ending dye x brapa best laa...but gud try:p
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
salam...cite ni x brp menarik la n ending de...cam senang sgt je..sori ye