Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Siulan kecil dibunyikan buat melayan dada yang kencang berdebar menunggu giliran untuk ditemuduga. Pandangan sinis orang disekelilingnya tidak diendahkan. Segak masing-masing dengan uniform rasmi: kemeja dan blazer yang melambangkan sekolah mereka.
Tolonglah! Kalau korang bangga sangat dengan sekolah korang kenapa minta nak masuk sekolah ni? Tersenyum sinis dia memikirkan perkara itu.
Jauh sekali perbezaan dari segi pemakaian Yui dengan mereka. Toye dengan sut jumper hitam putih dan topi yang menutup hampir separuh wajah, Yui serius. Poyo! Itu pula pandangan calon-calon lain terhadap dirinya.
Lelaki kesemuanya. Mereka berharap benar dapat memasuki SMT Mahkota yang terkenal sebagai salah sebuah sekolah sukan paling berprestij di Malaysia. Biasiswa yang ditawarkan kali ini ternyata berjaya menarik lebih daripada seribu permohanan. Selepas melalui beberapa saringan peringkat negeri, yang disenarai pendekkan hanya sepuluh orang. Mereka berkampung selama dua hari di SMT Mahkota bagi menjalani saringan individu. Peringkat terakhir adalah temuduga dengan ahli tertinggi organisasi sekolah. Daripada sepuluh, lima orang sahaja yang akan terpilih.
Yui memerhati pesaingnya satu-persatu. Berdiri menyandar di penjuru ruang menunggu itu, dia tidak menafikan wujud suasana tegang sesama mereka. Bukan calang-calang yang terpilih. Yui sudah mengenal pasti lawannya sejak awal lagi.
Ramli Ismail, 17 tahun. Anak didik Tahar Harun yang merupakan lagenda pemain bola sepak kebangsaan. Menjadi wakil Malaysia bagi pemain bawah 18 tahun dan sekarang direhatkan agar dia dapat menumpukan pelajaran pada SPM.
Chong Wei Kiat, 16 tahun. Penuntut SMJK Chung Hwa yang pernah memenangi terbuka Malaysia bagi acara Tennis. Selain itu dia juga terkenal dengan kecermelangannya dalam akademik. Seorang yang pendiam.
Raj Nathan, 16 tahun. Striker bagi pasukan Selangor bawah 18 tahun. Pernah menjaring gol terbanyak bagi kejohanan sukan sekolah peringkat kebangsaan. Karektornya bersahaja dan mudah didekati.
Daniel Iskandar, 17 tahun. Dengan ketinggian 1.85m, dia menjadi orang penting bagi pasukan bola keranjang remaja kebangsaan. Pernah dirisik beberapa pasukan ternama namun Daniel tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan ke arena antarabangsa.
Empat calon ini yang diramal akan mendapat tempat istimewa di SMT Mahkota. Calon-calon lain adalah Simon Tan, jaguh Squash Kuala Lumpur. Wira anak Sagah, olahragawan Sarawak. Yusri Ngadiman, juara Junior Cup Badminton Malaysia. Zulfahmi Fauzan, pemegang rekod renang kejohanan sukan sekolah peringkat kebangsaan; dan Quek Boon Poon, ahli gimnas yang pernah mewakili Malaysia ke Sukan Sea. Dan terakhir sekali…
"Yuhanis @ Yui Ito!" Jerit suara Encik Fazley, Pembantu Tadbir yang tercegat dipintu bilik temuduga. Serentak itu terbeliak mata calon-calon yang berada di bilik menunggu itu. Masing-masing memandang sekeliling mencari gerangan pemilik nama yang dipanggil. Ada calon perempuan ke?
"Yo’!" Yui mengangkat tangan menyahut. Sinis dan tertawa kecil, Yui terhibur melihat reaksi mereka. Dia membetulkan topinya dan bersahaja berjalan ke arah Encik Fazley, bersedia untuk ditemuduga.
Ya! Aku memang perempuan. Kenapa, tak percaya ke? Soal Yui dalam hati. Sememang perwatakannya akan mengelirukan sesiapa sahaja.
---------------------------------
"Dr. serius nak ambil budak tu?" Soal Yusuf Bashah, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar SMT Mahkota sejurus calon terakhir keluar daripada bilik temuduga.
"Dr., dia tu perempuan! Pendek pula tu! Konflik nanti jadinya dengan pelajar-pelajar yang lain!" Idris Atan, Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik pula menyuarakan pendapatnya. Tidak pernah terjadi lagi dalam sejarah, pelajar perempuan mahu memasuki pasukan bola keranjang SMT Mahkota!
Saripah Salbiah tersenyum memandang kedua-dua penolongnya. Di atas kertas permohonan Yui Ito itu dibuat satu garisan melintang, memotong bahagian; Pasukan: Bola Keranjang.
"Yui Ito, kita akan ambil dia atas status kes khas. Pasukannya akan ditentukan kemudian. Saya percaya dengan penilaian Ghani terhadap dia. Lagipun kita memerlukan pelajar seperti dia untuk menceriakan lagi sekolah ini. SMT Mahkota terlalu malap…" Pandangan Saripah beralih dipenghujung meja bujur mesyuarat itu. Terdampan pada susuk tegap milik Ghani Abdullah, Ketua Jurulatih bagi SMT Mahkota yang sedari tadi menjadi pemantau sesi temuduga itu.
"Semua diserahkan pada awak Ghani." Saripah memberikan kepercayaannya.
Ghani bangun, tersenyum pada Saripah dan mengangguk tanda menerima tugasan itu. Bilik temuduga itu ditinggalkan.
-------------------------------
"Saya akan umumkan senarai calon yang tidak diterima ke SMT Mahkota. Anda boleh kemaskan barang dan pulang ke kediaman masing-masing selepas ini." Ghani memberikan penerangan pendek.
"Wow! Macam penyingkiran Akademi Fantasia pula. Keep your fingers cross bro’s! Berdebar-debar ni." Yui menyampuk, meriuhkan suasana yang tegang, Topinya disarung terbalik, menampakkan wajah ceria kacukan Jepun-Melayu itu. Sunyi seketika, semua mata memandang kepada Yui! Yui tersengih, berkerut mukanya dek reaksi tersebut. Kenapa serius sangat diorang ni?
"Gomenasai*!" Sebutnya, menyatakan kata maaf dalam bahasa Jepun. Renungan mata-mata itu bersurai, memfokus semula pada Ghani. Namun tikaman mata orang disebelahnya masih menusuk tepat pada Yui.
"Woi, pendek!" Sergah Daniel perlahan, tidak mahu dirinya menjadi perhatian pula.
"Yo’!" Yui membalas renungan lelaki itu, mesra. Hakikatnya dia tahu Daniel adalah lawannya jikalau dia memasuki pasukan bola keranjang. Daniel menghala pandangannya ke bawah, ke tautan tangan antara dia dan Yui.
"Simon Tan, Wira anak Sagah, Yusri Ngadiman, Zulfahmi Fauzan dan Quek Boon Poon, anda boleh cuba lagi tahun depan." Ghani serius membaca nama pada helaian kertas ditangannya.
"Yang lain, bawa barang anda ke dewan makan. Pantas!" Ghani mengenakan kaca mata gelapnya dan berlalu meninggalkan situ.
"Lain kali jangan sesuka hati nak pegang orang lain!" Bengis Daniel, memberi amaran pada tomboy itu. Dia segera meninggalkan ruang tersebut. Yui agak terkejut, dia mula membuat muka, menghantar langkah pemuda itu menghilang disebalik pintu.
"Kau ada kudis buta ke yang takut sangat orang pegang kau?" Geram Yui! Terlalu dingin lelaki itu pada pandangannya. Dia mengalihkan perhatiannya pada calon-calon lain yang masih ada di dalam bilik itu.
Ramli Ismail, Raj Nathan dan Chong Wei Kiat bersalam-salaman dengan calon-calon yang tersingkir. Menyatakan selamat jalan dan juga memberi kata semangat bagi mengurangkan kekecewaan yang dialami mereka. Yui menghampiri kelompok itu, turut ingin serta. Tatkala salam dihulur…
"Kabel apa yang kau guna?" Soal Zulfahmi Fauzan, memandang serius pada Yui. Bagaimana aku boleh tewas dengan si tomboy ni? Sudahlah kurus kering macam skeleton makmal, kerek pula tu!
"Eh…?" Yui tidak mengerti, salam yang tak disambut dibuat menggosok belakang kepala. Macam nak cari gaduh je!
"Kami tak nampak awakpun dalam dua hari ini, macam mana awak boleh lepas?" Simon Tan dengan pelat cinanya, juga tak puas hati.
"Sudahlah, tak ada rezeki. Chow!" Wira angkat kaki. Malas mahu melayan. Seorang demi seorang membontoti Wira, dengan pandangan jengkel yang ditinggalkan buat Yui.
"Emmm… permulaan yang tak berapa bagus! Ganbattene Yui-chan! Yosh!" Yui mencari semangatnya semula. Kakinya melangkah ke destinasi seterusnya… Er! Dewan makan dekat mana?
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
saye shuke ~ oren