Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"SELAMAT pagi semua!" Farah menuruni tangga dan mendekati dapur. Tangan bapa dan pipi ibunya dikucup mesra. Tanpa dipelawa, dia melabuhkan punggung di kerusi berhadapan ibunya. Bibir gadis milik nama Farah Diana binti Suhaimi itu tidak lekang dek senyuman.
"Bukan main ceria lagi anak ayah pagi ini. Ada apa-apa ke?" surat khabar di tangan Encik Suhaimi dilipat dan diletakkan ke tepi.
"Mana tak cerianya, bang. Hari ini kan hari pertama Farah di tingkatan 6. Tak sabarlah tu nak jadi pelajar semula setelah menganggur lepas SPM hari itu," balas Puan Fitriah bagi pihak Farah. Dia menuangkan air Nescafe ke cawan suaminya.
"Mama ni! Farah mana ada menganggur. Sekurang-kurangnya lepas peperiksaan SPM, Farah ada ambil lesen kereta. Farah juga ada belajar kelas komputer dan belajar memasak dari bibik. Kan bik?" kata Farah kepada bibik Susan yang datang menghampiri dengan piring berisi karipap.
"Iya pak, buk. Farah ini rajin sekali orangnya," ucap bibik Susan, membela anak bongsu kepada majikannya itu. Bibik Susan sudah 10 tahun bekerja di kediaman mereka dan sudah dianggap umpama saudara kandung mereka sendiri.
"Ha, tengok! Kan benar apa yang Farah bilang sama mama?" usik Farah dalam bahasa indonesia. Encik Suhaimi ketawa sementara Puan Fitriah menggelengkan kepalanya.
"Hm, baguslah kalau macam itu. Bila lagi nak masakkan untuk kami berdua? Kami nak juga rasa," Puan Fitriah membalas usikan Farah.
"Farah busy lah, mama. Farah sekarang sudah naik pangkat jadi penolong ketua pengawas. Banyak tugas yang perlu Farah laksanakan. Hari ini saja Farah akan menjadi wakil bagi kelas Farah untuk sesi pengenalan bersama pelajar baru. Selepas itu hendak mengetuai mesyuarat pengawas dan bola jaring lagi. Mana ada masa? Lain kali lah ye. Sorry..." alasan Farah. Sesekali diteguk jus oren yang sudah terhidang di atas meja.
"Banyaklah alasan kamu, Farah. Itu busy ini busy. Dulu Farah pernah janji nak masak untuk kami selepas habis SPM tetapi tak juga masaknya. Sekarang nak tunggu selepas peperiksaan STPM pula ke? Alamatnya tak dapatlah kami merasa masakan anak dara kami ini,"
Farah menahan tawa. "Itulah, ma tapi Farah nak buat macam mana? Farah sibuk pun bukan untuk apa. Demi pelajaran juga. Farah kena pandai membahagiakan masa di antara sukan dan pelajaran. Sukan juga penting, ma. Diambil kira dalam pemilihan ke IPT," terang Farah.
"Biarlah Farah tu, Fit. Ada betulnya kata-kata dia. Dia sedang berusaha untuk yang terbaik dalam hidupnya. Yang lain tu boleh tolak tepi dulu. Apa yang penting sekarang adalah masa hadapannya. Abang pasti, Farah akan berjaya sambung belajar dan insyaALLAH, abang mahu dia melanjutkan pelajaran ke luar negara,"
"Terima kasih, pa! InsyaALLAH, Farah akan berusaha menjadikan kata-kata papa itu suatu kenyataan!" kata Farah penuh keazaman.
"Baguslah. Papa suka dengan keazaman Farah. Nah! Ambil ini," segugus kunci di kocek Encik Suhaimi diberikan kepada Farah.
"Kunci? Kunci apa ini, papa?" Farah mengerut dahi sebaik sahaja kunci itu berada di tangan.
"Kunci kereta Farahlah,"
Farah terkejut. Bulat matanya merenung Encik Suhaimi dan Puan Fitriah. Tidak percaya!
"Kereta Myvi merah itu?" tanya Farah lagi, masih kebingungan.
"Iyalah, sayang..."
"Pa dan ma tak tipu?"
Encik Suhaimi dan Puan Fitriah saling berpandangan. Puan Fitriah tersenyum lalu mendekati Farah.
"Betul, sayang. Kereta ini sekarang milik Farah. Farah kan sudah punya lesen? Papa dan mama pasti Farah akan memerlukan kereta itu untuk ke mana-mana. Lagipun Farah kan sudah besar. Papa dan mama pun tidak mahulah Farah asyik bawa skuter je ke sekolah. Sekali sekala bawalah kereta pula. Kawan-kawan pun Farah boleh tumpang kereta Farah,"
Air mata Farah seakan mahu menitis. Terharu. Kunci di tangan ditenung.
"Terima kasih, pa.. ma," ucapnya. Luhur.
"Yahoooo!!!!!!" jerit Farah sekuat hati. Jus oren yang masih berbaki separuh diteguk sehingga habis. Beg galas yang tersangkut di tepi kerusi segera dicapai.
"Takkan cepat sangat Farah nak sekolah? Makan pun belum lagi ni,"
"Farah dah kenyang. Pergi dulu, ma.. pa!" Farah terus merangkul tubuh mama tercintanya. Pipi ayahnya turut dikucup. Kakinya melangkah laju menuju porch kereta. Senyumnya semakin lebar apabila melihat kereta Myvi merah terparkir di hadapan rumah. Segera dia memasuki perut kereta itu dan akhirnya kereta itu berderum meninggal villa dua tingkat itu.
"Farah anak yang baik, kan abang?" tanya Puan Fitriah sebaik sahaja melihat Farah berlalu pergi. "Ya. Dia pasti tidak akan menghampakan kita..." balas Encik Suhaimi dengan begitu yakin.
-----------------------------
FARAH semakin melebarkan senyumannya. Hari ini pasti merupakan hari yang baru dalam hidupnya. Dia tidak sabar lagi untuk memulakan saat-saat bergelar pelajar semula. Dia akan kembali semula ke sekolah tercintanya. Kali ini bukan sebagai pelajar sekolah menengah, tetapi sebagai pelajar pra-universiti! Dia akan memastikan impiannya menjadi kenyataan! Dia pasti!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
nice story.....i like it