Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pagi itu keadaan sungguh nyaman….senyaman dirinya…Putri melangkah ke beranda rumah untuk menghirup udara nyaman itu… Suasana bising dan berhabuk yang dicemari dengan asap kenderaan dan juga manusia yang tidak bertanggungjawab telah dia tinggalkan…hanya untuk memenuhi kehendak keluarga supaya dia bernikah dengan insan yang dia langsung tidak kenal dan cintai.Cinta??Apa itu cinta??dia sendiri tidak tahu..namun dia berharap agar perkahwinan yang dirancang keluarga itu akan sentiasa bahagia.Yusri,telah dia tinggalkan tanpa alasan dan sebab yang mampu diterima akal..namun dia tahu hatinya itu masih milik Yusri. “Maafkan aku Yus..aku bukan sengaja hendak melukakan hati dan perasaan kau..tapi keadaan telah memaksa aku”.Yusri hanya memandang wajah sayu Putri itu tanpa jawapan atau pun soalan.Putri sendiri tidak tahu apa yang bermain didalam kepala Yusri. “Sayang…kenapa duduk disini sorang-sorang? Tidak mahu temankan abang sarapan?” Putri yang sedang enak dibuai kenangan silam itu terkejut dengan pelukan mesra Hafsham,suaminya yang dia sendiri tidak kenal hati budinya lagi.Selesai solat zohor,Putri mengemaskan pakaian dan barang-barangnya untuk kembali ke bandar Kuala Lumpur yang penuh dengan suka dan duka yang pernah dia lalui… “Abang, mana beg baju abang?Put hendak kemaskan ni”.“Ada disitu la..abang pergi kemaskan kereta sebentar” jawab suaminya selamba.Sudah lima hari dia berada dirumah mentuanya. “Mak..!” Putri tiba-tiba teringatkan maknya. Sebelum pulang ke Kuala Lumpur,dia singgah sebentar dirumah maknya… “Maafkan mak Along...mak bukan mahu musnahkan masa depan kau nak…cuma mak mahu kau bahagia.” Jelas Mariam.Dia tahu anaknya itu sedih dan marah dengan perbuatannya. ………….****………….
Sudah satu tahun dia menjadi isteri Hafsham,namun tidak pernah sekali pun dia melihat suaminya itu mengerjakan solat…pernah sekali suaminya itu balik dalam keadaan mabuk … “Abang ini kenapa????tidak pernah sekali pun Put tengok abang solat?” tanya Putri selepas melihat suaminya masuk dan terus menuju ke katil… Tanpa menjawab soalan isterinya itu,Sham terus merebahkan diri diatas katil,Putri hanya memandang dan menggelengkan kepala sambil melipat kemas sejadahnya dan meletakkannya didalam almari. ……………****………….
“Hai sayang….busy today? I miss you lah…” kedengaran suara Yusri dihujung ganggang telefon.“Yes...letih la sayang,banyak betul kerja hari ni.Lunch pun tidak sempat” Putri mengeluh.Putri tahu Yusri benar-benar sayangkannya.Malah Yusri pernah datang kerumah ibunya di Johor.Yusri memang seorang yang jujur dan ikhlas menyintai dirinya.Malah hidupnya kini berubah selepas mengenali Yusri. “Ok lepas habis kerja I jemput you,kita pergi makan ok” ayat terakhir sebelum Yusri menamatkan perbualan. Putri tersenyum sendirian. “Hoi..mengelamun ke?” Putri terkejut dengan teguran Aida,kawan baik yang memahami dirinya. “Aku asyik teringatkan Yus sahaja.Langsung tidak dapat lupakan dia dalam kepala aku ni.Aku mahu buat macam mana ini Aida.Tolong lah aku.” jelas Putri dalam nada sedih. “Well..kau sayangkan suami kau?” Putri hanya memandang muka kawannya itu tanpa menjawab soalan tadi. “Sayangkah aku pada Hafsham?aku sendiri tidak pasti.Yang aku tahu dia adalah suami aku yang sah.” jawab Putri dalam hatinya. “Tidak” itu yang terkeluar dari mulutnya. Aida terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Putri. “Kau fikirlah baik-baik Put.Sham suami kau,Yus tu cuma kenangan yang kau tidak boleh lupakan sahaja.Fikirlah masak-masak.Jangan nanti kau menyesal dikemudian hari.Aku tidak mahu melihat kau sedih lagi.Aku pergi dulu ok.Ada appointment sebentar lagi.”Jelas Aida. ……………****………….
“Abang..Putri rasa tidak sedap badan.Temankan Putri pergi klinik boleh?.” Tanya Putri pada Sham. “Pergilah sendiri..abang penatlah..selalu pandai sahaja keluar sendirian.Sekarang sudah tidak tahu pula ke?” Balas Sham dalam nada selamba.Sedih Putri mendengar jawapan suaminya itu. “Tahniah puan,puan bakal bergelar ibu.puan mengandung 2 bulan.” Terkejut Putri mendengar penjelasan Dr Halim…Aku sekarang bermimpi ke? “Hello…..Aida,Aku ada berita baik nak sampaikan pada kau ni …kau dimana sekarang?aku mahu jumpa kau ” Tanya Putri dalam nada gembira. “Dah berapa bulan?tahniah….kau dah bagi tahu Sham ke?” tanya Aida.Tiba-tiba dia teringatkan suaminya. “Put..nanti kita jumpa ditempat biasa okey.Aku ada kerja hendak disettlekan ni.”Sambung Aida.Putri mematikan talian telefon. “Abang tidak mahu anak lagi buat masa sekarang…Sekiranya Put pregnant just gugurkan sahaja” terngiang-ngiang suara Sham ditelinganya. “Putri…kau sudah beritahu Sham ke belum?”Soalan Aida itu betul-betul mengejutkan Putri dari lamunannya.Putri hanya menggelengkan kepala. “Aku takut…Sham pernah cakap yang dia tidak mahukan anak buat masa skarang ini.dia suruh aku gugurkan kalau aku pregnant.Aku takutlah Aida.” jelas Putri dalam nada sedih dan bingung.Aida agak terkejut dengan cerita yang baru dia dengar dari Putri. ……………****………….
Malam itu,Putri menunggu suaminya pulang.Puas Putri menyusun ayat untuk memberitahu Hafsham tentang dirinya yang bakal bergelar ayah..Tetapi kata-kata Hafsham sering menghantui dirinya. “Bolehkah Sham menerima anak didalam perut aku ini?.” Tanya Putri pada dirinya sendiri.Malam itu Putri menunggu suaminya pulang dengan perasaan yang bercampur baur.Dia sendiri tidak tahu samada dia sudah cukup kuat untuk memberitahu suaminya itu bahawa dia mengandungkan zuriatnya.Jam sudah menunjukkan hampir pukul empat pagi.Sham masih belum pulang..Putri sudah terlena disofa.Dia sendiri tidak tahu sudah berapa kali dia bangun pergi ke bilik air.Pagi itu dia terjaga agak lewat..mungkin kerana terlalu penat menunggu suaminya pulang..Putri segera bersiap untuk ke pejabat.Dia hampir terlupa bahawa dia mempunyai temu janji dengan Dato’Azahari iaitu ayah saudara Sham,suaminya. ……………..****………………
“Encik Yusri…ini dokumen yang Encik minta tadi..”sapa wanita yang memakai blaus berwarna merah jambu itu.Nampak sesuai dengan kulitnya yang putih dan gebu .Tiba-tiba dia teringatkan seseorang yang pernah meninggalkan dia dengan alasan yang dia langsung tidak boleh terima.Namun dia redha dengan keputusan yang dibuat.terdetik hatinya ingin menemui kembali cinta lamanya itu.. “Mahu lagikah dia dengan aku ini?” tanya Yusri pada diri sendiri.Masih jelas diingatan Yusri saat-saat yang dia sendiri tidak mampu hendak lupakan.Waktu itu dia sedang menunggu Putri disebuah restaurant di KLCC,sempana ulang tahun percintaan mereka yang ke-3 tahun.Tapi malangnya,ucapan yang indah dan kata-kata yang manis tidak dapat diluahkan malam itu kerana dia menerima satu berita yang melukakan hatinya sendiri. “Aku minta maaf Yus.Aku bukan sengaja hendak melukakan hati kau,tetapi aku terpaksa.Aku harap kau dapat maafkan aku” Jelas Putri sambil menangis.Yusri tahu dalam hati Putri hanya ada dia sahaja. “Mungkinkah dia dipaksa keluarga untuk melupakan aku?Walau apapun alasan yang diberikan,aku doakan dia bahagia.” Kata Yusri pada dirinya sendiri.Deringan telefon mengejutkan lamunannya. “Hello…ok sebentar lagi I sampai.see you.ok.bye” Yusri meletakkan ganggang telefon dan terus segera keluar dari pejabatnya.Didalam kereta,Yusri masih lagi teringatkan Putri.Lagu yang sedang berkumandang dicorong radio juga diendahkan.Masih terbayang-bayang lagi wajah manis Putri dan senyuman yang selalu diberikan kepadanya.Dalam tidak sedar sudah hampir satu tahun dia tidak berjumpa dengan Putri selepas kejadian tempoh hari. ………………****………………….
“Putri apa kabar?sihat ?muka kau nampak pucat sayang..kau sakit?” Tanya Dato’ Azahari.Dia tahu Putri memang tidak gembira hidup bersama anak saudaranya itu.Kalau diikut kan hati tempoh hari,ingin sahaja dia membatalkan perkahwinan anak saudaranya itu dengan Putri. “Uncle..Putri ada sesuatu hendak beritahu dengan uncle.Tapi promise that u dint’ tell anybody termasuk Yusri.” Dato’ Azahari hanya mengangguk tanda setuju. “I’m gonna be a mom” jelas Putri dalam nada yang agak gementar.Dato’ Azahari tidak tahu hendak kata ape.Dia berasa syukur.Mungkin dengan berita ini akan dapat melembutkan hati Sham untuk menerima Putri sebagai isterinya. “Great..Congractulations honey…Uncle tumpang gembira.Tapi …kenapa kau tidak mahu berutahu Sham lagi?Mungkin ini akan dapat melembutkan hati dia untuk terima kau sebagai isteri dia.” Jelas Dato’ Azahari.Putri tidak tahu apa yang hendak dijelaskan kepada Dato’ Azahari tentang keadaan sekarang. “se..se.sebenarnya…Sham pernah cakap yang dia tidak mahu anak dan sekiranya saya pregnant,gugurkan baby itu…” Jelas Putri sambil menangis.Alangkah terkejutnya Dato’ Azahari mendengar berita itu.Tidak dia sangka Sham begitu membenci Putri. …………………..*****……………….
“Abang …Put ada sesuatu hendak beritahu abang .Put…” tidak sempat Putri menghabiskan kata-katanya dia sudah ditengking.Terkejut bukan kepalang Putri.Rasa seperti sudah terputus nyawa dari badannya.Dia terus keluar meninggalkan Hafsham dirumah bersendirian. “Hello…Aida,kau dimana?Ok sekejap lagi aku sampai ok…Bye..” Putri memecut laju ke rumah Aida di Putrajaya. “Assalamualaikum…Aida…” salam Putri disambut laju dan pintu dibuka. “Kenapa kau ni Put ?” tanya Aida sambil memberi Putri minuman. “Kenapa sampai macam tu sekali Sham tu benci sangat dengan kau Put ?” Aida bagai tidak percaya dengan ape yang baru diceritakan oleh rakan baiknya itu. “Tak apa…malam ni kau tidur disini ye.”pujuk Aida.Putri hanya mengangguk lemah tanda setuju. …………………..*****……………….
“Doktor,jika sekiranya saya ingin mengugurkan anak ini…what is the condition that might be I get from that ?” Tanya Putri kepada Dr Halim. “Boleh saya tahu kenapa Puan ingin mengugurkan anak ini ?” Tanya Dr Halim… “ What ? are you sure you want to do this ?” Tanya Aida sebaik diberitahu bahawa Putri ingin mengugurkan bayi yang tidak berdosa itu.Sambil mengeluh Putri menganggukkan kepala.Dalam perjalanan pulang dari rumah Aida, Putri masih teringat kata-kata Dr Halim “Puan,sekiranya Puan mengugurkan kandungan ini,mungkin peluang untuk puan menimang cahaya mata seterusnya tipis.Kerana keadaan Puan tidak mengizinkan puan untuk mengandung lagi.Even if you really want to aborted this child,I’m afraid you will regret it.So I’m suggesting Puan balik rumah dulu,cuba berbincang dengan suami puan dan mungkin dia dapat menerima bayi dalam kandungan puan ini.” Sambil membelai perutnya,Putri memikirkan masa depan anaknya sekiranya Sham masih tidak dapat menerima anak yang dikandungnya. “maafkan mama sayang..mama hampir-hampir membunuh kamu sayang..maaf kan mama” tangis Putri dalam hati. …………………..*****………………. “Yusri?” tegur Aida kepada lelaki yang berdiri didepan matanya itu. Aida seperti tidak percaya dengan keadaan Yusri yang agak tidak terurus itu. “Well,.how’s Putri ?” Tanya Yusri kepada Aida. “Sebenarnya Yus,aku sudah hampir empat bulan tidak berhubung dengan Putri.Dengar khabar dia sekarang tinggal bersama maknya di Johor selepas dia dihalau Sham keluar dari rumah” Cerita Aida. “Siapa Sham ?” soal Yusri.Dalam perjalanan pulang Yusri masih memikirkan soal Putri dan suaminya Sham.Cerita Aida itu benar-benar memeranjatkan.Tidak disangka Putri yang dia kasihi dan sayangi telah lama menjadi hak orang lain.Dan bakal bergelar ibu? “Assalamualaikum..” Sambil menjawab salam Putri membuka pintu dengan perlahan “Yus!?”….. Bertemankan angin yang bertiup lembut dan cuaca petang yang menyedapkan mata serta suasana kampung yang damai,Putri terus dibuai kenangan bersama Yusri dibawah pokok rambutan itu. “So I heard from Aida you dihalau oleh suami u ?” dengan berhati hati Yusri menyusun ayat takut terguris hati bakal ibu itu.Putri hanya senyum sambil mengangukkan kepala tanda setuju dengan kata-kata Yusri itu. “What’s up ? if you don’t mind” Tanya Yusri ingin berkongsi cerita dengan bekas kekasih yang sehingga kini masih dicintai. “Well…as you know..after Put dapat tahu yang Put pregnant,Put happy and hope he can accept me as his wife but…that day bila Put diberi kekuatan untuk memberitahu Sham..” ayat Putri tergantung disitu…. …………………..*****……………….
“Bukan aku dah pesan dengan kau kalau kau pregnant,gugurkan.Aku jijik hendak mengaku anak itu aku punya.Dan kalau kau nak tahu aku terima kau sebagai isteri hanya kerana harta.Kau tahu,di sebabkan talian persahabatan antara bapak aku dengan arwah bapak kau,aku terpaksa kahwin dengan kau.Jika tidak segala harta bapak aku akan diserahkan kepada rumah kebajikan.Dan disebabkan itu..aku terpaksa tinggalkan semua perempuan yang aku sayang..dan aku terpaksa kahwin dengan perempuan murah macam kau.Aku tahu sebelum kau setuju kahwin dengan aku,kau masih lagi menjadi kekasih Yusri.” Jerit Hafsham seperti orang hilang pertimbangan. “Tapi…” Putri tidak dapat meneruskan kata kata. “Sekarang aku sudah dapat harta itu dan mulai dari hari ini kau boleh berambus dari sini.aku tidak mahu tengok muka kau lagi.Perempuan murahan.Kalau kau rasa kau mahu anak itu,pergi lah merayu pada Yusri supaya jadi bapaknya.Dan aku tahu Yusri tu masih sayang pada kau.” Jelas Hafsham.
“Put..kenapa ni ?kalau Put rasa tak selesa nak cerita pada Yus,tidak mengapa..Yus paham” terang Yusri.Putri hanya tersenyum.Dengan adanya Yusri,Putri merasa lebih bersemangat dan berani.Kadangkala Putri merasa menyesal dengan perbuatan meninggalkan Yusri dulu.Kalau dia tahu dirinya akan diabai sebegini rupa,dia tidak akan bersetuju dengan keputusan maknya dahulu. “Well… now everything changes and here I am.Mungkin ini balasan Put kerana meninggalkan Yus dulu.Put minta maaf Yus.Kerana Put,Yus jadi macam ni…” Jelas Putri.Yusri hanya tersenyum dan menganggukkan kepala tanda memahami apa yang dirasakan oleh Putri itu.Namun jauh di sudut hati Putri,sayangnya pada Yusri masih ada cuma dengan keadaan dirinya yang berbadan dua,dia takut untuk meluahkan cinta yang sudah lama terbuku dihati. “Kenal ke Hafsham pada Yus ? Dan siapa Hafsham dan apa hubungannya dengan Yusri ?” bisik Putri dalam hati.Ingin ditanyakan soalan itu pada Yus tetapi melihat Yusri begitu tenang disisinya,Putri membatalkan hasratnya. …………………..*****……………….
“Kalau Put sudah bersalin nanti,dan sekiranya suami Put ingin menceraikan Put,sudi atau tidak sekiranya Yus melamar Putri?” Yusri tersenyum sendirian apabila mengenangkan soalan bodoh yang dia berikan kepada Putri minggu lalu apabila dia mahu pulang ke Kuala Lumpur. “Ha..ni apahal senyum sorang sorang ni ?” sapa lelaki yang berdiri didepan mejanya.Lelaki inilah rakan sekolahnya yang agak smart dan suka menghabiskan wang kepada perempuan perempuan di kelab kelab malam dan disko disko.Siapa yang tidak kenal dengan dia…Hafsham…playboy Kuala Lumpur. “Kau ni kalau masuk tak reti ketuk pintu ke Haf? Ini tidak main masuk je.Bbuatnya aku tengah bogel ke..ape ke..macam mane ?” marah Yusri sambil gelak.Hafsham hanya senyum dan terus duduk di sofa tanpa disuruh Yusri. “So what’s up?apahal kau senyum sorang sorang ni ? ada berita baik ker?” Tanya Hafsham ingin tahu. “Ah kau ni..buat apa nak ambil tahu hal aku?..kau tu yang apahal datang office aku ni..Lama tak nampak batang hidung.Nak kata ada anak bini ..kad jemputan kahwin pun aku tak pernah dapat…” perli Yusri. “Alah aku ada kerja sikit..lagi pun selalu kena pergi site la..penat tau..Wei malam ni kuar jom..da lama kita tak sembang sembang pasal..perempuan..ha ha ha ha” ajak Hafsham.Yusri hanya senyum tanda setuju.Dia pun sudah lama tidak bertemu Hafsham sejak Hafsham memberitahu dia perlu pulang ke kampung dan semenjak Putri meninggalkan dia dahulu… “kenapa aku asyik teringatkan dia sahaja ni?” soal Yusri pada dirinya.Yusri sedar yang semenjak Putri memutuskan hubungan dengannya,hidupnya terus berubah dan apabila dia dapat bertemu kembali dengan Putri keadaannya juga bakal berubah…
Keadaan malam di Kuala Lumpur agak membingitkan telinga.Anak anak muda yang menunggang motosikal memecut laju seakan berlumba sesame sendiri.Dibantu dengan sorakan rakan-rakan yang bersidai ditepi jalan menambahkan kebingitan. “Haf,aku nak tanya kau sikit boleh tak?” Tanya Yusri pada Hafsham yang sedang leka memerhati gelagat anak anak muda itu. “Tanya la..apa dia?” jawab Hafsham ringkas. “Kenapa kau tak kahwin lagi?umur kau pun bukan sikit..da on the way nak masuk 40-an dah.Dah tua tahu tak” seloroh Yusri.Hafsham yang dari tadi leka memandang luar terus berubah kedudukan mengadap Yusri.Hafsham hanya mendiamkan diri. “Aku tanya kau ni..kenapa tak kahwin lagi?” Tanya Yusri tapi kali ni nada suaranya agak tinggi sedikit. “Well… actually aku…” ayat Hafsham tergantung disitu seperti sedang mencari jawapan kepada soalan Yusri tadi. “Ala..jom la…panas la kat sini” ajak Hafsham sambil mengeluarkan not RM50 dan membayarnya di kaunter. …………………..*****………………
“kenapa aku takut hendak beritahu pada Yusri yang aku sebenarnya sudah berkahwin dan perempuan yang aku nikahi itu adalah Putri kekasihnya?” fikir Hafsham sendirian didalam bilik tidurnya.Hafsham sedar selepas dia menghalau Putri empat bulan lalu,hidupnya berubah.Perkara itu sampai ke telinga kedua ibu bapanya.Dan disebabkan perkara itulah bapanya pergi menghadap ALLAH S.W.T buat selama lamanya dan segala harta yang dahulunya diserahkan kepadanya dimansuhkan serta merta.Ibunya juga telah menghalau dia dan tidak mahu mengakunya sebagai anak.Hanya kerana dia tidak mahu menerima Putri yang kini sedang sarat mengandung.Kadangkala dia menyesal dengan perbuatannya tapi,dia tahu Putri kini tidak akan mahu menerimanya kembali.Dan Yusri,mungkin akan membencinya kerana mengunakan Putri hanya kerana harta.Dan mungkin disebabkan itu dia takut untuk berterus terang dengan Yusri keadaannya yang sebenarnya.Dan satu kesalahan yang tidak dapat dia maafkan dirinya adalah dengan menikahi kekasih rakan baiknya sendiri.
“Lawa awek ni..kau punya ke Yus?” Tanya Hafsham selamba.Yusri yang tekun didepan computer hanya mengangguk laju mengiakan pertanyaan Hafsham itu. “Wei..bagi pada aku kalau kau tak nak dia ok” kata Hafsham selamba. “Sape nama dia ?” Tanya Hafsham lagi.Namun Yusri hanya diam tidak bersuara.triit..triitt.. “Hello sayang..tak lah bizi sikit..ni pun tengah melayan kawan Yus ni..errmm..da makan ke?..ooo..ok..bye..luv u” Yusri mematikan talian telefon bimbitnya sambil tersenyum. “Ha..apa kau tanya aku tadi?” soal Yusri pada Hafsham yang duduk disofa. “Aku cakap..kalau kau tak awek kau tu bagi kat aku..and aku tanya kau tadi siapa nama dia?”jawab Hafsham.Yusri hanya tergelak mendengar soalan Hafsham itu. “Aku sayangkan dia and tak mungkin aku akan bagi pada orang macam kau ni.Bydaway she’s Putri” Jelas Yusri. …………………..*****………………
“Sampai hati abang buat Put macam ni.Put sudah mula sayangkan abang dan sudah mula memberi harapan pada rumahtangga kita ini.Tapi,abang hanya bernikah dengan Put semata-mata kerana harta!!” jerit Putri sambil menangis. “Put tidak pernah tahu siapa abang and how you know Yus but Put betul betul menyesal bernikah dengan abang dan setuju untuk tinggalkan Yusri.Anak dalam perut Put ni pun anak abang.Kenapa abang susah sangat hendak menerima dia?” sambung Putri lagi. “Aah..diam!! kalau kau nak anak itu..lahirkan dia..kau boleh pakai nama aku sebagai bapaknya..tapi kau kena ingat,selepas kau habis pantang aku akan ceraikan kau.” Tengking Hafsham. Putri hanya mampu tersenyum dalam tangisnya. “Kalau itu yang abang mahu..abang jangan menyesal dan jangan minta anak ini lepas Put lahirkan dia” jelas Putri sambil membawa beg bajunya keluar dari rumah itu.Putri sendiri tidak tahu arah tujuannya selepas ini.Mahu kerumah Aida,dia malu..
“Along,termenung kenapa?” sapa Mariam. “Tak ada apa mak.Along tengah fikir anak dalam perut along ni,bila dia dah lahir nanti, macam mana lah dia kan mak.” Jawab Putri manja.Mariam hanya membisu tidak terkata.Perasaannya ketika itu bercampur baur.Marah dengan menantunya yang tidak bertanggungjawab itu,malu dengan anaknya sendiri dan bermacam macam lagi. “Mak minta maaf Along, kalau mak tahu Hafsham akan buat kau macam ni,mak tidak akan setuju dengan perjanjian yang ayah kau buat dulu.Ini semua salah mak.Mak minta maaf nak” jelas Mariam yang menyesal dengan tindakannya bersetuju untuk menikah kan Putri dengan Hafsham. “Bukan salah mak pun,Abang Sham tu yang nak bernikah dengan Put hanya kerana harta Arwah Papa.Tapi sekarang.tengoklah..satu sen pun dia tidak dapat.Arwah Papa sempat bekukan harta yang dia bagi pada Abang Sham.” Jawab Putri meyakinkan maknya. “Lagi pun mak,ini sudah ketentuan –NYA.Kita sebagai manusia biasa hanya mampu menerima segala dugaan-NYA” Jelas Putri lagi.Mariam hanya tersenyum sambil menganguk perlahan.Namun dalam hatinya masih tersimpan sedikit perasaan malu pada anaknya sendiri. “Along jangan risau,mak akan jaga along sampai bila bila .Lepas along bersalin nanti,along terus duduk disini.Tak payah balik Kuala Lumpur lagi.”Jelas Mariam.Bagi Mariam ini sahaja caranya untuk menebus segala kesalah yang telah dia lakukan pada Putri. …………………..*****………………
“Assalamualaikum..Putri aku ni,Aida..kau apa khabar sekarang?ooo ye ke…errmm baby kau sihat??..Alhamdulillah..Sihat..Cuma sibuk sikit..Ye lah kan projek kat Damai Putera tu dalam bulan ni.Aku tau..tak apa..kau relaks je kat sana okey.Jangan pikir pasal office ok.Nanti aku jumpa kau okey..Insyallah sabtu ni aku singgah sana selepas aku balik dari Melaka.OK.Bye” Aida mematikan talian telefon.Dia memandang tepat ke wajah Hafsham. “Dia okey je.Baby kau pun okey.So anything?” Tanya Aida sambil menjeling kearah Hafsham.Dia sendiri tidak tahu kenapa dia sanggup menolong Hafsham untuk mengetahui keadaan Putri. “Itu je..sebenarnya Aida, aku kesal dengan sikap aku dan aku malu nak berdepan dengan Putri.Thank’s a lot okey.Hope if you don’t mine can I ask you one question?Is Yusri still berhubung dengan Putri?”Tanya Hafsham serius. “Aku rasa tak.sebab lepas kau halau dia keluar malam tu,dia terus balik kampung.Kenapa kau tanya pasal Yusri pulak?Kau kenal Yusri ke?” soal Aida ingin tahu.Hafsham hanya tersenyum sambil meningalkan pejabat Aida.
“Hai Put,amboi termenung sampai tak nampak kereta aku masuk halaman rumah kau ni..Teringat kat Hafsham ke Yusri ni?” sapa Aida.Putri yang dari tadi termenung terkejut dengan sapaan Aida. “Bila kau sampai Aida?Sorry,aku ni bila da petang petang macam ni memang selalu duduk sini sambil bercerita pada anak aku ni.” Jelas Putri sambil membelai lembut perutnya. “Dalam tak sedar rupanya kandungan aku ni dah 8 bulan lebih.Bulan depan insyallah hujung bulan aku bersalin lah.Tapi doctor kata mungkin awal and mungkin lambat.” Cerita Putri lagi. “Kau sihat Putri?” Tanya Aida inginkan kepastian.Wajah Putri Nampak pucat. “Kau betul betul sihat ke ni?nak aku panggilkan doctor?” Tanya Aida lagi.Aida Nampak begitu risau dengan keadaan Putri sekarang ini. “Aku okey la.maybe sebab letih.Aida,kau nak tahu hari tu,Yusri datang sini cari aku.Kau tahu apa dia cakap pada aku? Dia nak aku terima dia sebagai suami lepas aku lahirkan baby ni and after Hafsham divorced me.” Cerita Putri sambil tersenyum manis. “dah tu kau jawab ape” soal Aida… …………………..*****……………… Yusri termenung diberanda rumahnya.Teringatkan Putri yang nampak ceria bila dia melamar Putri dikampung hari tu. “Ok.Put tunggu Yus ok.Yus pun kene tunggu Put ok.Jangan cakap sahaja.”jelas Putri sambil tersenyum.Terselah diwajahnya satu harapan kebahagian yang bakal dia kecapi.Tiba tiba Yusri teringatkan suami Putri yang hanya dikenali sebagai Sham.Siapa Sham?Kerja apa Sham tu?Orang mana? Pikir Yusri lagi. Pagi tu Yusri bangun lalu terus mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Aida. “Hello Aida.Morning.Sorry disturb you this early morning.Aku nak tanya kalau kalau kau kenal dengan suami Putri.”Yusri mematikan talian selepas mendengar penjelasan Aida.
“Mak…!!” jerit Putri menahan kesakitan. “Sekejap along,mak panggilkan Kak Senah kau.”Jelas Mariam mententeramkan Putri yang sedang menahan kesakitan.Sewaktu Yusri tiba diperkarangan rumah Putri, dia melihat kelibat Mak Cik Mariam sedang berlari kerumah jiran sambil memanggil nama Senah. “Putri..da nak bersalin ke?” Tanya Yusri cemas.Putri lantas mencapai tangan Yusri dan menggenggam erat jari jemari Yusri sejurus selepas Yusri duduk disebelahnya. “Awak ni suami Along ke?” Tanya wanita dihadapan kaki Putri itu. “Ye” jawab Yusri ringkas. “Anak kamu ni da terbalik.Baik kamu cepat cepat bawak Along ke hospital depan sana tu.Dia da nak bersalin ni.” Jelas kak Senah.
“Yus..mana Putri?” Tanya Aida cemas.Dia terus bertolak ke Johor selepas menerima panggilan daripada Yusri.Nasib waktu itu dia berada di Melaka.Hampir 7 jam Putri berada dibilik kecemasan. “Aida aku rasa baik kau panggil Hafsham.Beritahu dia yang Putri dah nak bersalin.Aku tak boleh nak telefon,nanti lain pulak yang jadi” Jelas Yusri pada Aida.Setelah hampir sepuluh jam, akhirnya doctor yang berada didalam bilik kecemasan itu keluar sambil tersenyum. “Tahniah encik.Anak dan ibu selamat.Encik dapat anak lelaki.” Jelasnya kepada Hafsham.Setelah selesai,Putri dibawa ke wad bersalin. “Putri,tahniah..anak kau selamat.Comel macam kau.” Kata Aida sambil tersenyum gembira. “Mana Yusri?” Tanya Putri. …………………..*****………………
“Aku tak sangka kau sanggup buat macam ni Haf.Kenapa kau tak bagi tahu yang kau sudah bernikah dan perempuan tu kekasih aku.Aku ingat kita kawan.Rupa rupanya..”Jerit Yusri sambil menumbuk tepat ke muka Hafsham. “Maafkan aku Yusri.Aku tahu aku silap.Tapi percaya la..Aku tak pernah cintakan Putri dahulu.” Jelas Hafsham sambil menahan kesakitan. “Kalau kau tak cintakan dia dan kalau kau tahu Putri tu aku yang punya kenapa kau setuju nak berkahwin dengan dia.Kau boleh batalkan saja niat kedua orang tua kau kan.oh aku lupa..kau hanya menggunakan Putri untuk mendapatkan harta kau sahaja bukan!!” Jerit Yusri lagi.Kali ni kemarahan nya sudah tidak dapat ditahan lagi. “Aku betul betul mintak maaf Yus.Dan aku nak mintak maaf pada kau sekarang ni kerana mungkin aku tidak akan menceraikan Putri.Aku sudah terlalu banyak menyeksa Putri.Aku nak menebus segala kesalahan aku pada dia.” Jelas Hafsham menyesali perbuatannya pada Putri.Yusri terduduk sambil menahan marah pada Hafsham. “Kenapa kau buat aku macam ni.Kau, kawan baik aku kahwin dengan gadis yang aku cintai” keluh Yusri sendiri.Hafsham meninggalkan Yusri seorang diri disitu.Dia ingin segera menemui anak dan isterinya.
“Keluar!!!aku cakap kau keluar!!” Jerit Putri.Dia sungguh benci melihat lelaki yang berdiri didepan matanya sekarang. “maafkan abang sayang..abang tahu abang sudah banyak menyiksa sayang” Jelas Hafsham sambil mengharapkan pengampunan dari Putri. “Kan aku dah cakap,kau tak boleh datang ambil anak aku.Ini anak aku..Bukan anak kau.Kau da buang dia dulu.” Jerit Putri sambil menangis. “kau dah buang aku dan anak ini dulu.kau buang kami jauh jauh..kenapa kau datang sekarang ni.kau nak ambil anak aku kan.kau pergi..kau pergi..” Jerit Putri seperti orang sudah hilang pertimbangan.
“Saya sudah beri dia ubat penenang.Saya harap buat masa sekarang jangan la sesiapa pun menganggu pesakit.Biar kan dia berehat dahulu.” Jelas Dr Ahmad.Mariam dan Aida sudah terduduk dikerusi hijau itu.Masing masing berdoa agar Putri selamat.Mungkin buat masa ini kehadiran Hafsham mengganggu pemikiran Putri.Fikir Aida. “Sham,aku rasa baik kau balik dulu.Putri masih tak mahu terima kau.Nanti kalau dia dah okey baru kau datang jumpa dia” Terang Aida. Hafsham hanya diam disisi mak mertuanya.“Mak saya nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.Saya tahu saya dah banyak sakitkan hati mak dan Putri.saya minta maaf mak.”Ucap Hafsham sambil mengucup lembut tangan Mariam. “Mak ni bukan sesiapa Sham.Kau sepatutnya malu dengan diri kau sendiri.Kau pergilah minta maaf pada Putri.Bukan dengan mak” jelas Mariam. …………………..*****………………
“Sudah tiga tahun aku disini bersama anakku Syazwan.Yusri..aku sendiri tidak tahu kemana dia pergi.Aida beritahu selepas dia bertumbuk dengan Hafsham dahulu dia terus menghilangkan diri tanpa sebarang berita..Empat bulan selepas aku habis pantang,aku memohon Hafsham untuk menceraikan aku seperti yang dijanjikannya dahulu.Dan aku sudah memaafkan dia.Dan dia juga sudah berjanji akan bertanggungjawab dan akan menjaga Syazwan bersama.Aida pula sudah selamat mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihannya.Hafsham…sudah berubah sepenuhnya.Lebih menghormati wanita dan berjaya membina kerjaya sendiri.Dan aku…” sendirian Putri memikirkan masa depannya.
“Mama!!cepat la..nenek dah siap ni.” Jerit Syazwan.Putri hanya tergelak mendengar kepelatan anaknya itu.Mereka bertolak ke Kuala lumpur kerana Putri sudah membeli rumah disana. “Along sudah beritahu Aida yang kita akan bertolak hari ini ?”Tanya Mariam.Putri hanya menganguk laju. …………………..*****………………
“Kalau Put da bersalin nanti,dan sekiranya suami Put ingin menceraikan Put, sudi atau tidak sekiranya Yus melamar Putri?” teringat Putri sewaktu Yusri melamarnya.Ketika itu dia masih lagi mengandungkan Syazwan.Sambil duduk di coffea house di Damansara sementara menunggu Aida,tiba-tiba Putri terpandangkan kelibat seseorang yang amat dikenali. “Yusri?” bisik Putri. “Ye saya.” Jawab satu suara dibelakang Putri.Putri menoleh sambil tersenyum gembira.
“Why u left me that day? I need you.And I’m sure u know that” Marah Putri dalam nada manja. “And I still waiting for you.As my promise” Sambung Putri.Yusri hanya membisu sambil tersenyum. “I know.Hafsham dah cerita semuanya pada Yus.” Jelas Yusri. “Dah lama Put nak tanya kat Yus,how Sham know about us?” Tanya Putri ingin tahu.Putri berasa lega selepas Yusri menceritakan segala galanya tentang persahabatan antara dia dan Hafsham. ……………..*****………………
“Tahniah..Selamat Pengantin Baru.Kali ni aku harap kau kekal sampai hujung nyawa ok” Ucap Aida sambil mengucup kedua dua belah pipi Putri. “Mama..mama..Selamat Pengantin Baru” Ucap Syazwan.Putri mendukung anaknya sambil mengucup pipi anaknya yang gebu itu. “Kau jaga Putri elok elok Yus.Dulu aku tak sempat nak kenal hati budinya.Aku harap kau tidak akan melukakan hatinya.Selamat Pengantin Baru” Ucap Hafsham sambil berjabat tangan dengan Yusri. ……………..*****………………
Kini Putri hidup bahagia bersama Yusri dan Syazwan.Putri hidup dalam cinta Yusri..Syazwan hidup dalam cinta Hafsham.Sekarang baru lah Putri tahu apa itu cinta.Dan ini adalah kisah sebuah cinta dari hidupnya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sweet ending