Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
PROLOG Laungan Azan Subuh yang berkumandang dinihari mengejutkan Azim dari lena. Bingkas dia bangun lalu menyedari sekeping sampul terselit kemas di lengannya. Betapa pilu sanubarinya kala menyingkap kad ucapan ulangtahun perkahwinan pemberian Mardhiah.
“Dhiah..”
Tubuh yang terbaring lesu itu di seru berkali-kali sambil mendakap penuh kasih. Mardhiah membuka matanya separuh namun dirapatkan kembali sedetik itu. Tika itu bibirnya bergerak-gerak dengan hela nafas yang turun naik jelas menzahirkan keadaannya di ambang kematian. Azim mulai sebak. Kala itu kalimah Syahadah dibisikkan ditelinga Mardhiah berulang-kali sambil deraian air mata bertitisan dengan sendu yang menyelubungi hati.
Talian telefon dimatikan dengan senyuman tidak lekang dibibir comel Mardhiah. Kandungannya yang baru mencecah 2 bulan diusap perlahan dengan seribu kebahagiaan untuk memberitahu Azim yang dijangka pulang ke tanah air dua minggu lagi. Seketika dia beralih pada skrin computer meneruskan kerja-kerja tertangguh tadi tanpa mempedulikan Izam yang ralit memerhati tingkah kakak iparnya. Kertas-kertas kerja yang bertimbun atas meja diselak helaian demi helaian sambil menegur sinis.
“Amboi..bahagianya saya tengok?” Dari hujung kelopak mata Mardhiah membalas usikan mesra itu dengan keceriaan. Ada-ada sahaja! Bisik hati kecilnya terhibur gelagat adik Azim yang mula bertugas di syarikat milik bapa mentuanya.
“Memandai aje Izam ni, salah ke akak ceria hari ini? Nanti apa pulak kata staff kalau majikan selalu moody je, betul tak?”
“Tapi ceria akak tu ada makna tersirat kan? Yela orang di ambang bahagia kan? Lainlah kita ni takde berteman…sepi je..” Spontan, ketawa Mardhiah meletus melihat muka simpati Izam yang sengaja dibuat-buat. Sebenarnya, kehadiran Izam yang mesra mengalihkan sedikit rindu teramat pada suami tercinta tatkala terpaksa berjauhan sementara atas penubuhan anak syarikat yang baru di Australia. Potret yang menghiasi ruang bilik ditatap berulang kali untuk melepaskan kerinduan biar Aiman menemannya tiap malam disisi. Menatap dan bermain-main dengan si kecil yang mencecah 3 tahun itu membuat sejenak ingatan terbias pada Azim yang memiliki iras wajah anak sulung mereka.
--------------
Bilik yang menempatkan pengarah urusan AZfay Management and Properties kelihatan begitu esklusif dengan hiasan dalaman berkonsep moden-kotemporari.
Secebis nota yang diletakkan di sudut papan buletin mengingatkan Azim pada tarikh paling bererti iaitu ulangtahun perkahwinannya. Sedikit terkilan terpalit di hati kecil kerana tidak berkesempatan sambut bersama Mardhiah kala ini. Lantas, Azim menghubungi isteri tercinta secara bual langsung melalui ‘video call’. Raut wajah ceria wanita itu membuatkan Azim kian dibuai rindu untuk bertemu.
“Nantikan abang pulang nanti kita celebrate ya..” Seketika itu, pintu dikuak perlahan saat talian di matikan. Kelihatan gadis anggun yang berdiri di muka pintu dengan senyuman mesra sebelum melangkah menghampiri Azim. Sememangnya, Farhanis sekadar mengutus hubungan professional sebagai rakan usahasama syarikat yang diterajui oleh abangnya dan dengan sokongan padu Datuk Bakar, Azim terima rasional agenda papanya itu untuk memajukan produk makanan halal ke luar negara.
“Wife?”
“Yup..”
“Hmm..nice..i’ll pray for your happiness!”
Kerlingan mata Farhanis arah telefon bimbitnya disambut dengan segaris senyuman. Sekadar berkongsi bahagia bersama seorang teman. Azim yakin Farhanis melupakan episod cinta mereka lalu tambahan wanita itu telahpun menjadi tunangan orang tika ini. Benar kata orang, manusia hanya mampu merancang namun pertemuan dan jodoh di tangan Tuhan. Mungkin tersirat hikmahnya! Azim bermonolog lantas meneruskan perbincangan bersama wanita itu.
Lewat malam itu, deringan telefon menyentak lamunan Azim yang telahpun hanyut di buai mimpi. ’2.30’Desis hati Azim lantas segera mengapai telefon bimbitnya. Pasti di Malaysia tika ini sudah detik 12 tengah malam. Teka Azim yang seakan mampu mengagak gerangan suara dihujung talian.
“Hai sayang,” Azim terkedu. Anggapannya nyata tidak kena. Rasa malu menebal bila panggilan yang disangka isteri tersayang rupanya bapa mentuanya. Hatinya terdetik seribu persoalan. Biar betul! Azim berdehem berkali-kali sambil membetulkan intonasi bicaranya dengan Haji Ibrahim. Agak kehairanan apabila mendapat panggilan tak diduga dari lelaki itu. Hatinya tertanya lagi.
“Mardhiah kemalangan!”
----------
Air mata yang mengalir menerpa kesayuan di jiwanya. Azim sekadar mampu memerhati. Dari hujung rambut hingga leher wanita itu dibelai dengan perasaan penuh sarat dengan cinta biar kini mereka dalam ‘dua dunia’ berbeza. Azim tidak peduli malah rangkulan di eratkan lagi sehingga Mardhiah terlelap dibahu kirinya. Teringat kembali peristiwa bulan lalu, Mardhiah yang disangka kemalangan biasa rupanya menjadi titik tolak yang merubah lembaran hidup mereka.
‘Pn Ainna Mardhiah menghidap HIV positif’
Azim menghela nafas. Raut wajahnya berkerut diterjah kekusutan fikiran dan kemelut takdir yang dilewati. Kata-kata doktor itu umpama panahan halilintar yang menghentam bumi ini. Pahit keguguran kandungan kedua memeritkan lagi derita apabila HIV meragut cinta mereka. Tiada lagi lembaran baru mengantikan kepiluan semalam malah kehadiran hari-hari esok yang bagaikan kabus yang mengaburi langit kehidupan. Harapan impian kasih yang dicipta selama ini mengharungi penghujung kebahagiaan. Atau mungkinkah tersirat rahmat dari episod semalam? Pandangan kosong Azim jauh memutarkan khayalan hingga tidak dirinya diperhatikan sejak tadi.
“Jauh mengelamun Encik Azim? Ingatkan yang tersayang ke?”Usik Inspektor Idham yang sedari tadi ralit menulis sesuatu. Laporan yang memuatkan kes peristiwa kemalangan itu dihulurkan pada Azim untuk dapatkan maklum balas lanjut.
“Mungkin bukan sekadar kemalangan biasa. ” Azim menutas pandangan penuh tanda tanya. Fikirannya melayang memikirkan rasional penjelasan pegawai polis itu atas siasat mereka.
“Atau barangkali ada motif lain. Terdapat kesan tusukan jarum di leher isteri encik. Kami syak ada konspirasi mengenakan jangkitan HIV pada Puan Mardhiah..” Terkesima Azim seketika menimbangkan kata-kata itu. Di malam ulangtahun perkahwinannya, Mardhiah dilaporkan terlibat kemalangan jalan raya apabila kereta isterinya terbabas merempuh tiang di bahu jalan. Tragedi itu seakan dirancang oleh rompakan yang bermotif. Pastinya ada unsur jenayah dalam kejadian itu! Azim membuat kesimpulan lantas bersuara.
“Saya mahu kes ini dibicara dimahkamah.”
------------
Hampir setahun hubungannya terasa dingin dengan isterinya. Umpama dipenghujung noktah ikatan yang terpatri. Mardhiah makin menjauh diri bagai mewujudkan jurang antara mereka berdua. Hanya ceria dan telatah Aiman yang mampu menghadirkan jalinan sisa-sisa kebahagiaan.
“Abang sentiasa sayangkan Dhia walau apapun terjadi..” Tubuh Mardhiah didakap biar tiada balas kemesraan seperti dulu. Azim tidak pernah jemu mendampinginya walaupun dia mengerti batas-batas hubungan suami isteri yang makin menebal. Tidak dinafikan, lelaki mana yang tidak merindui layanan batin seorang isteri namun dalam keadaan ini Azim sedar pengorbanannya lebih penting untuk meniupkan semangat pada Mardhiah supaya mencorak hidup seperti insan biasa. Dia tidak mahu HIV yang menular pada tubuh wanita itu memisahkan rumah tangganya.
“Mardhiah rindukan hubungan kita dulu..”Tersekat-sekat Mardhiah menyuarakan dengan titisan air mata pilu yang mengalir. Lantaran tidak mampu membendung kerungsingan hati yang hiba, tubuh lelaki itu didakap seerat-eratnya sambil melepaskan garis-garis duka. Azim memeluk penuh kasih. Dia tersenyum tawar.
“Kita tetap macam dulu sayang. Abang yakin kita mampu menghadapi takdir ini. Percayalah ada hikmah disebalik semua ini..” Tangisan Mardhiah dikesat hujung jari sambil diusap perlahan pipi mulusnya. Kelihatan ada sinar pada mata wanita itu meletakkan harapan. Tak putus kucupan singgah di wajah Mardhiah sambil membisikkan sesuatu.
“I always love you..”Mardhiah tersenyum bila hidungnya menjadi usikan lelaki itu. Melihat perubahan positif isterinya membuat Azim dipaut rasa syukur.
“Jom..hari ini Dhiah masak lauk kegemaran abang!”
“Okey..tapi abang tolong boleh?”
“Alah..abang bukan pandai masak!”
“Eleh..berlagak!” Sekadar mengusik, Mardhiah menjeling manja pada Azim berpura-pura merajuk. Spontan, Mardhiah menarik lengan suaminya. Azim seakan menepis dan berpaling menyebabkan dia rasa bersalah pula. Menyedari perubahan air muka Mardhiah, membuat Azim diterjah lucu lalu tidak semena-mena menoleh wajah isterinya dengan senyuman. Tanpa diduga, dia merangkul tubuh kecil Mardhiah lalu menuju ke dapur.
“Abang!!”
------------
Azim tersentak apabila bunyi interkom mengetuk lamunannya. Seketika dia bersandar sambil mengamati susuk tubuh yang menghampiri. Kepenatannya dilempiaskan dan reaksinya menyinggahi pandangan Farhanis yang tidak putus merenungnya sedari tadi. Terasa kencang dengupan jantungnya seketika bila mata mereka bersatu. Gaya anggun dan seksi Farhanis yang memakai blaus tanpa lengan dan potongan paras peha mendedahkan tubuhnya yang mengiurkan. Farhanis tersengih. Seakan dapat merasai fikiran kekasih lamanya mula merewang menyoroti segenap tubuhnya.
“Banyak kerja hari ini ke sayang?” Tanya Farhanis dengan suara mengoda.
“Err..”
“Hmm…” Azim yang kelihatan termangu sengaja dibelai penuh mesra. Kelihatan manja Farhanis mendampinginya sambil mengurut bahu lelaki itu. Aroma perfume yang menusuk sanubari membuai perasaan Azim tanpa menyedari dia turut membalas rangkulan wanita itu. Saat bibir mereka bersatu, Azim tersedar. Spontan, dipalingkan wajahnya lantas menolak tubuh Farhanis sedikit kasar.
“Maaf..”
“Hei..kenapa dengan you ni?” Farhanis bersuara dengan rengekan manja. Rambut Azim dibelai namun pantas Azim menepis sentuhannya. Hela nafasnya dilepaskan kasar. Telah hampir 7 tahun berlalu. Keadaan Mardhiah tiada bezanya malah penyakitnya seakan ketara hari berganti hari. Azim akui wanita itu amat sabar menghadapi suratan yang tertulis. Dalam kepayahan menanggung penyakitnya, layanan sebagai isteri tidak pernah diabaikan walaupun adakalanya Mardhiah terpaksa akur kudratnya yang kian terbatas. Apatah saat kini , radang kulit dan pneumonia yang makin ketara menyerang kebelakangan ini menyebabkan isterinya sekadar terlantar di katil.
“Jangan Anis, kita dah tak ada apa-apa lagi. I suami orang..” Tegas Azim sambil membuang pandang di jendela biliknya. Pandangan dari aras bangunan yang bertentangan dengan KLCC mengamit matanya seketika. Teringat dahulu, ikrar yang pernah dijanjikan untuk mereka bersama sehidup-semati bersaksikan bangunan pencakar langit saat manisnya bercinta lalu. Namun segalanya kenangan! Mardhiah lebih penting untuknya hari ini. esok dan selamanya.
“Azim..i tahu you dah lama dahagakan belaian, bukan? Dari reaksi you tadi, I dapat rasakan. Untuk apa you seksa diri bersama pesakit AIDS, kita bina hidup baru..sayang”
“Mana you tahu dia sakit AIDS?” Azim merenung Farhanis tajam membuatkan wanita itu sedikit mengelabah. Pandangan mereka bersatu namun sepi mengambil ruang.
“I..err..tanya Datuk..”
“Cakap!” Genggaman tangan Farhanis dicengkam kasar hingga merubah air mukanya yang seakan panik. Azim terasa ada sesuatu yang disembunyikan oleh wanita itu. Masakan ada orang luar yang tahu perihal keluarganya sedangkan Mardhiah sendiri yang meminta segalanya dirahsiakan dan keputusan membawa bicara ke mahkamah pula terpaksa digugurkan atas permintaan isterinya. Kecuali ibu bapa mereka dan adik tunggalnya, tiada siapa yang tahu penyakit isterinya. Azim hairan..
“I yang rancang semua tu. Puas hati you? I yang upah orang malam itu langgar kereta isteri you. Bila polis siasat, mesti akan syak cubaan rompakan sebab you orang korporat, bukan?” Menggulung Farhanis mengeluarkan segala-galanya sambil menjeling sinis. Puas hatinya! Tidak semena-mena, Azim hilang sabar. Wanita itu ditolak hingga jatuh lalu menamparnya berkali-kali. Azim umpama hilang pedoman.
“Azim!!” Pintu dikuak kasar. Dato Bakar bersama dua pegawai polis tercegat di situ. Tanpa berlengah, Farhanis yang lemah diraih dan digari oleh pihak berkuasa lantas membawanya keluar. Azim hanya berlutut sambil diperhati Dato Bakar dan kakitangan pejabat yang bagaikan tertanya-tanya. Air mata Azim gugur dengan esakan tangisan tanpa rasa segan lagi. Mukanya diterkup melempiaskan lara yang ditanggung.
‘Maafkan abang, Mardhiah..’ bisiknya dalam hati.
---------
Haruman kemboja mengiringi perjalanan jenazah ke tanah perkuburan. Sayup bacaan talqin sesudah mengebumikan jasad pulang kepangkuan Illahi. Sejurus itu, tinggal Azim keseorang menatapi pusara sambil mengimbau seribu satu memori bersama arwah Mardhiah
‘SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-10’
Kad ucapan diletakkan kembali atas meja sebagai kenangan terakhir bersama arwah semalam. Tarikh bermakna saat dia mengikat arwah sebagai isteri, tarikh itu jua dia mengembalikan arwah pada yang Esa.
‘Kehadiran Dhiah adalah anugerah istimewa dari Allah untuk abang..’
Azim tenang meredhai pemergian isterinya. Biarpun tidak sempat membalas ungkapan cinta buat kali terakhir, namun Azim puas kerana mengiringi cintanya berkalimahkan lafaz syahadah di penghujung hayat wanita itu. Moga suatu masa dijanjikan Tuhan untuk mereka menyulam kasih kembali buat selama-lamanya. Azim bermonolog sepi sambil merenung anak tunggal mereka yang hampir meniti usia remaja.
‘Dhiah..sungguh abang tak pernah menyesal menyerahkan cinta ini padamu untuk selamanya..’
Andai daku pergi sebelum mu Kenangkan ku selalu dalam doa mu Takdirnya dunia hanya sementara Walau begitu cinta suci untuk selamanya Ku menantimu di pintu syurga...
Howdy! I'm at work surfing around your blog from my new iphone 3gs! Just wanted to say I love reading through your blog and look forward to all your posts! Carry on the fantastic work!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
setia seorg suami..