Sabtu, Oktober 10, 2009

Cerpen : Man In Black Vs Dona Karan Penang

Nama Pena : Fatihah

"Boleh kita jumpa?"
"Kenapa nak jumpa?"
"Sebab nak tengok awak."
"Kenapa nak tengok saya?"
"Sebab nak kenallah cik oi..."
"Kenapa nak kenal?"
"Sebab tak kenal maka tak cinta."
Tanganku berhenti bergerak, kaku di atas papan kekunci komputer.
"Hello, enibodi hom?"Fikiranku ligat mencari helah
"Saya di Penang, awak kat KL, nak jumpa camna?"
"Ler.. saya pi Penanglah.. tu pun mau tanya ka?"
"Saya tak mau jumpa awak!" Aku ‘disconnect’ line internet, tutup suis komputer dan beredar ke beranda. Angin sepoi pukul 3 pagi dingin menjamah tubuhku yang hanya berbaju panas dan berseluar pendek gambar donald duck! Aku menjenguk ke bawah, kereta wira biru yang masuk ke kawasan apartmen Desa Universiti nampak kecil saja dari tingkat lapan.
"Ring,ring" Aku tersentak. Budak gila mana telefon malam-malam buta ni? Bergegas aku mengangkat telefon sebelum ia mengejutkan rakan-rakan serumah yang lain.
"Assalamualaikum!" Kedengaran suara lelaki di corong telefon. Ni mesti boyfriend si Bali ni.
"Waalaikumussalam, Encik Imi oi, Bali dah tidur, kalau rindu sangat pun, lain kali janjilah ngan dia kul baper nak call, ish tak ada perancangan langsung!" Suara ketawa jelas menusuk ke gegendang telingaku. Si Rahimi tu rasanya ketawa cam lain, ni mesti salah nombor atau saja-saja dial sebab nak mengorat!
"Dona Karan Penang!" What? Itu nick name aku bila berchatting kat internet, ish hantu mana yang bagi nombor telefon rumah sewa aku ni?
"Tak ada orang nama Dona Karan kat sini. Karan letrik adalah!" Suara ketawa itu bergema lagi.... gila apa mamat ni?
"Ini Man In Black lah, tak payah nak menafikan lagi, saya dapat nombor ni dari Intan Kesepian, housemate awakkan? i.p address pun sama," Hantu punya si Fini, yang kau pergi jual nick name aku, apasal?
"Intan Kesepian mana pulak ni? Awak dok merapu apa memalam buta ni? Rumah awak ada jam tak? Ini gangguan mental dan fizikal ni, saya boleh repot polis..."
"Awak ni kelakarlah, macam masa chat gak, tak berubah karakter. Boleh kita jumpa tak?" Hah, dia buat pulak dah, ini yang aku tak berapa gemar bila bersembang kat internet, sikit-sikit nak jumpa, padahal chatting tu cuma seronok-seronok aje, lepaskan tensionlah kata orang!
"Hello, enibodi hom?" Hah!
"Saya tanya boleh kita jumpa tak? Esok saya kena outstation Penang. After five, saya tunggu kat depan masjid USM, man in black, chaoss!"
"Nanti...." Ish... letak telefon pulak mamat ni. Apasal dengan dia ni? Aku tak kata setuju pun nak jumpa. Kes naya ni ha... lantak dialah, biar dia tunggu sampai berjanggut penuh muka. Aku ketawa sendirian lalu beransur ke bilik. Bali, Zurin dan Fini terguling di atas tilam TOTO dengan pelbagai aksi. Aku ketawa lagi melihatkan gelagat tidur rakan-rakan sebilikku, kalaulah ada kamera video kan syok.....boleh hantar kat rancangan tv tu... nama apa rancangan tu aku pun dah lupa... barulah glamour, satu USM bisa gempak!
Aku merebahkan badan di sebelah Fini.
Man In Black! Dah lima bulan aku chatting ngan dia, tiap-tiap malam sembang, tak pernah miss! Mamat tu lain sikitlah.... kelakar, tak adalah jiwang sangat... romantik tu ada gak ler!Romantik? Uwekkk! Nak termuntah pulak. Sejak bila aku kenal unsur romantik? Aku ketawa kecil, ish camanalah rupa dia ek? Dari suara tadi tu, rasa cam handsome je..... jangan tertipu..... mesti hitam legam, gigi jongang, kurus kering pastu pakai spek cam budak skima.... Hi hi hi
"Woi, yang kau gelak soarang-sorang pehal? Tidurlah!" Fini mencampakkan bantal peluk Doraemon yang sama besar denganku, nasib baik sempat elak!

******************************

"Mana dia?"
"Tu kot, Man In Black?"
"Mana?"
"Tu, kat tepi Satria biru Skyline tu," Aku menjenguk dari belakang kereta kancil buruk si Bali.
Topi hitam, t-shirt hitam, jeans hitam, spek hitam, kasut hitam tapi tali putih.... ish kat dalam-dalam pun warna hitam gak apa..... aku tersengih sendiri melayan otak nakalku!
"Boleh tahan gak.... tinggi, badan dia kurus sikit dari Afdlin Syauki dalam cerita Soal Hati, rambut macam mat skima ngan gigi rongak atau tidak aku tak tahu sebab tak nampak!" Bali mula menghakimi fizikal lelaki di seberang jalan itu.
"Camana?"
"Camana apa?"
"Jomlah pergi cakap hai.... dia tunggu tuh ha!" Aku memandang kearah Bali seketika. Bali yang memakai jubah biru gelap, bertudung purdah kuning air yang cuma menampakkan mata sahaja. Aku memandang kearah ‘side mirror’, wajahku juga ditutup dengan purdah hitam cuma menampakkan mata dan cermin mata tebal! Aku membetulkan jubah biru gelap yang ku pinjam dari Noraniza, teman sekuliah dan mula mengenakan sarung tangan berwarna hitam.
"Hish, betul-betullah kau macam ustazah in black" Kami ketawa kecil lalu berjalan kearah lelaki yang sedang memusing-musingkan topi hitamnya.
"Assalamualaikum!" Wajah itu memandang kearah kami. Dengan kerutan di dahi, dia menjawab salam lalu membuka cermin mata hitamnya. Boleh tahan gak mamat ni!
"Encik ni Man In Black ke?"Soalan dan suara Bali yang lemah lembut membuatkan aku hampir terpengsan menahan tawa di dada.
"Dona Karan?"
"Bukan saya, kawan saya ni!" Bali menunjukkan kearahku dengan ibu jarinya. Sopan sungguh minah ni.... hampir terkeluar tawa kecil dari bibirku! Dia senyum kearahku, nampak tenang, tapi aku pasti dia sangat terkejut dengan penampilanku yang sebenarnya adalah ‘penampilan palsuku’!
"Maaf ye Encik, kita dah jumpa dan, saya minta diri, kalau lama-lama nanti, takut timbul fitnah pula" Kami berlalu tanpa mendengar jawapan darinya! Sepatutnya aku ketawa, seronok, kerana rancangan kami berjaya tapi ada sesuatu di hatiku yang menyebabkan aku rasa bersalah!
"Bali, betulke apa kita buat ni?"
"Entah, kau yang punya rancangan, aku ikut je, tak pasal-pasal aku kena basuh baju kak Niza" Kereta yang di pandu Bali melintasi Man In Black yang masih tak berganjak dari tempatnya!

***********************************************

Dua hari aku tidak membuka internet, hanya melihat dari jauh rakan serumah berchatting. Rasa bersalah masih ada tapi... lantaklah... dia bukan kenal aku pung!... tapi rasa di hati..... ahhhh.... mungkin aku kesunyian!
"Farah, betul kau tak mau ikut?" Aku angguk malas.
"Tak mau kirim apa-apa?" Aku mengeleng.
" Ish, kau ni macam orang mabuklah Farah...."
"Mabuk abendenya?" Wajah Zurin, Fini dan Bali di muka pintu bilik, ku pandang malas.
"Mabuk asrama.... eh... silap... asmara..."dan belum sempat aku membalas, mereka sudah lari keluar dari bilik! Aku tersenyum sendiri!
‘Farah... tepon....." Dengan malas aku melangkah keluar dari bilik. Ini tentu Roswadi yang nak pinjam assignment aku! Gagang ku ambil dari Fini yang tersenyum-senyum! Gila minah ni, tersengih tak tentu hala!
"Hello, telefon sekejap lagi boleh tak? Saya nak tid...."
" Dona Karan!" What! Mata yang hampir layu tiba-tiba saja terbuka luas! Suara itu? Panggilan itu? Ada rasa yang meresap ke jiwaku.......
"Saya tunggu awak kat Mc Donald depan apartmen Desa Universiti, sepuluh minit dari sekarang, nak belanja awak makan, see you!" Gagang di letak! Ya Allah, apa kena dengan mamat ni? Aku meletakkan gagang telefon di tanganku. Aku mendongak kearah tiga dara pingitan yang memang penyibuk itu!
"Dia kata apa?"
"Dia tunggu kat Mc D, la ni jugak!"
"Yes, makan free lagi, tak yahlah pi beli nasi goreng abang Barcelona kat Gelugor!"
"Wei... sapa kata aku nak pergi jumpa dia?" Tiga wajah itu memandangku tajam!
"Macam ni, kita pergi Mc D, tapi nak usha je, makan, kena bayar sendiri.... rileks ar.... dia mana kenal kita, kan Bali?... hihi, korang tunggu aku nak salin baju!" "Kejamlah kau ni....." Aku sengih kecil.... entah kenapa hatiku berbunga riang.... resah dua hari tidak berchatting seolah-olah hilang.... terbang.....ada rasa yang menggamit untuk aku memandang wajahnya......
"Mana?"
"Tu, yang bersandar kat dinding sorang-sorang tu, pakai serba hitam...."Bali yang pernah melihatnya memuncungkan mulutnya yang kecil!
"Handsome abang Puchong aku lagi!" Fini mencebikkan bibirnya.
" Sedap mata memandang, manis tu ada.... ok lah tu..."
"Wei, yang korang dok handsome tak handsome tu, pehalnya?" "Tengok, ada orang jealous!" Kami ketawa lagi.....
"Kau tak kesian ke kat dia?" Aku mengeleng tapi di dalam hati, hanya Tuhan yang tahu. Lelaki berkumis tipis itu selamba saja bersandar di dinding sambil mengunyah kentang goreng. Sesekali mata kami bertembung tapi aku pasti dia tidak mengenaliku. Aku menggigit burger ayam sambil ekor mataku masih kearahnya yang selang dua meja dari kami.
"Aku nak interview dia jap!" Fini bangun.
"Kau nak buat apa tuh?" Dia mengenyitkan mata kearahku dan berjalan kearah lelaki itu. Fini, sikapnya memang tak dijangka, kadang-kadang ok, kadang-kadang gila-gila juga. Aku pun tak tahu macamana mamat dari Puchong tu boleh suka kat dia!
"Tunggu siapa?"
"Hah? Ooooo tunggu kawan!" Fini senyum dan berjalan kearah kami kembali.
"Suara dia macho gak, suara jantan beb!"
"Gila kau!" Gelak ketawa kami memenuhi seluruh ruang restoran Mc Donald yang hanya tinggal dua meja sahaja berpenghuni. Maklumlah dah hampir nak di tutup! Hatiku seolah berkata sesuatu tatkala mata itu terpandang mata ini, apa ya?

*****************************************

Seminggu aku tersiksa! Bila chatting, si dia tiada. Tatkala telefon berdering, hatiku bertanya-tanya. Terlalu marahkah dia padaku? Sudah berkali-kali aku menghantar email ucapan maaf, namun tiada balasan. Apa sudah jadi pada aku? Gila! Yang aku nampak, bayangan wajahnya, di dapur, di depan cermin, di depan buku Auto Cad, di side mirror motosikal Krissku, di skrin LCD semasa kuliah, di net gelanggang badminton dan yang paling utama di skrin komputerku. Apa dah jadi dengan aku? Gila bayangkah aku?
Angaukah aku pada sesuatu yang jauh tidak pasti?
Aku bangun dari kerusi meja makan di dapur. Sudah lama aku berangan, sudah lama aku berkhayal, ini tak boleh jadi, aku mesti keluar hari ini, keluar dari bayang-bayangnya! Entahkan dia ingat kat aku, entahkan dia saja main-main, entahkan dia tu laki orang, manalah aku tahu...... yang aku sibuk-sibuk teringat kat dia, kenapa?
" Nak ke mana Farah?"
"nak tenangkan jiwa sat.... nak pi ronda,"Fini tersengih-sengih memandangku.
"Tersengih pasal pa?"
"Aku cuma nak tengok kawan aku bahagia!"
"Bahagia apa pulak ni?Merepek tak tentu hala, tu lah orang bangun kul 6 kau bangun kul sebelas!"Fini tersengih lagi. Memang tak boleh layan budak ni, dah tak betul.
"Best of luck!" Best of luck apa pulak? Aku menyarungkan jeans hitam, t-shirt hitam dan tudung kuning air petak hitam kepunyaan Bali.
"Zurin, aku pinjam sport shoes kau ni, kau bagi ke tidak, aku dah pakai pun. Wei, Fini, kunci motor aku mana? Semalam kau ngan Puchong dating amik motor aku, kau letak mana?"
"Kat atas tv,"suara Fini sayup kedengaran dari bilik air.
"Nih, kalau Mek Ja datang, mintak dia fotostat nota kat aku sama, suruh dia makan dulu tak yah tunggu kakak dia ni, otak aku tengah berselirat!" Bali yang sedang menghirup maggie tomyam hanya mengangkat tangan menandakan faham arahanku.
Aku membuka pintu rumah dan menyarungkan topi keledar hitam entah kepunyaan siapa aku pun tak pasti, maklumlah kami dah terlalu rapat, pinjam meminjam sudah perkara biasa!
"Assalamualaikum!" What? Kunci motosikal di tanganku terlepas. Awalnya khayalan aku datang, belum sempat aku keluar rumah! Tapi kali ini khayalan itu datang bersama t-shirt merah dan jeans biru gelap, bukan semuanya hitam seperti biasa. Aku mengerdipkan mataku beberapa kali.
"Rindu kat saya ke, pakai all black?" Aik, khayalan aku boleh bercakap? Betulke dia di hadapank\\u?
"Sayalah ni, yang awak rindu......" Otakku mula berfikir waras, lantas pintu ku tutup cepat-cepat! Jantungku berdegup pantas. Macamana dia tahu rumah ni? Macamana dia kenal aku? Macamana dia tahu aku rindu kat dia? Macamana dia tahu aku bukak pintu? FINI!!!!!!!!!!!!
***************************
"Kami cuma nak kau bahagia, tak masam-masam lagi, tak marah-marah lagi, salah ke?"Aku memandang tiga wajah dihadapanku silih berganti.
"Selama ni pun aku bahagia apa....."
"Kami nak kau yang dulu Farah, yang ceria, yang gila-gila, bila kau start chatting ngan dia, kami dah nampak perubahan tu, kami tak mau kau ingatkan jandur lagi!"Jandur ialah singkatan dari jantan durjana, bekas boyfriend internetku yang pertama dan terakhir.
"Aku tak ingat kat dia pun!" Lelaki awal 30-an yang manis tutur bicara, sopan budi pekerti, berakhlak mulia, manis wajahnya, ada tanda hitam yang samar-samar di dahinya, bak kata orang, lelaki melayu Islam terakhir!
" Abih yang kau balik cuti kat kampung seminggu, mata merah dan bengkak tiap-tiap pagi tu apanya?" Itu kisah tahun lepas, sewaktu aku mula mengenal internet dan chatting! Hairan juga kerana selama ini hatiku memang terlalu sukar untuk dihampiri apalagi disentuh, namun lelaki yang sudah beristeri, beranak tiga setengah (sebab isterinya sedang mengandung ketika itu) begitu mengambil berat, tentang kuliahku, tentang hidupku dan memberikan dorongan serta kata-kata nasihat. Betul juga kata orang, lelaki beristeri lebih banyak pengalaman! Dasar JanDur!
" Ler, korang ni pandai-pandai je, aku ok apa?" Ok? Huh, tiga bulan aku menjauhi komputer, hampir-hampir aku mengambil cuti satu semester! Terlalu besar impaknya!
" Payah sembang ngan kau ni, ego! Budak all black tu, ambil cuti 2 minggu tau, nak jumpa kau, dia dok kat tingkat 11, rumah geng budak Science comp final year!"
"Mana kau tahu semua ni Fini?"
"Dia paksu aku, belah mak aku, baru balik dari Jerman, buat medic!" What?
" So, ini memang rancangan korang nak kenakan aku, nak malukan aku?" Tiga wajah itu seolah tidak faham.... atau buat-buat tak faham! Aku bangun mencapai kunci motosikal di atas CPU komputer dan tanpa menghiraukan penjelasan mereka, aku berlalu ke arah pintu rumah!

************************************
Motosikal ku pecut laju ke ‘Visi Rock’, tempat yang paling cantik, paling tinggi dan paling mendamaikan di Universiti Sains Malaysia, Cuma kadang-kadang ia dicemari oleh pasangan-pasangan yang dating dengan agak ‘melampau’.... tak apa... pak ‘guard’ ada... bila kena cekup, baru mereka tahu langit tinggi rendah.
Aku melabuhkan punggung ke atas batu besar. Jambatan Pulau Pinang jelas kelihatan dari kejauhan dan bangunan Komtar, mercu tanda Pulau Pinnag juga dapat dilihat. Aku mendapat ketenangan di sini, kedamaian........
"Farah.... hang buat pa tang ni?" Rezal Rohan? Budak tak betul yang setiap hari Selasa hantar susu Dutch Lady rendah lemak kat aku? Alasannya, sebab hari Selasalah dia jumpa kali pertama dengan aku dan waktu tu aku sedang beli susu kotak tu dekat Cafe Siswa....... mental budak ni!
"Suka hati akulah.... kau pulak yang follow aku sampai sini, pehal?"
"Aku ghindulah kat hang..... satu setengah hari dah tak nampak muka hang...." Rasa seram sejuk pulak bila mamat ni turun dari motosikal dan mula menghampiriku.
"La.... kau ni kenapa?"
"Oghang tak dok ni.... aku nak cium hang, leh?" Ya Allah..... kenapa dengan mamat ni? Aku mula berundur.... satu tangan sasa hinggap di bahuku..... pantas ku tepis dan memberikan satu hayunan pancung ke dadanya yang ku pelajari dalam seni silat gayong, sehingga aku memperolehi tali pinggang hitam. Tidak cukup dengan itu, sepak layang pantas terkena ke kepalanya dan lelaki itu jatuh tergolek! Aku melompat pantas ke atas rumput di tepi lelaki itu.... tapi..... bukan ke dia pakai baju biru tadi?
"Farah!! Stop!!" Aku memandang wajah Rezal Rohan di hadapanku yang sedang di pegang kedua tangannya oleh Fendi dan Shahir, budak tahun akhir, Sains Komputer yang menyewa di tingkat 11, se apartment dengan ku!
" Terror gak awak ye?" Dia? Aku sepak terajang dia? Aku menelan air liur dan aku pasti wajahku berubah, entah merah, hijau, biru ataupun hitam legam! Ada darah merah pekat yang mengalir keluar dari bibirnya.
" Sorry!" Tanpa aku sedari, aku melangkah laju ke motosikalku dan memecut pulang ke rumah...... dan.... ada air yang bergenang di situ.... aku tak pasti kenapa!
*************************************
" Awak ni susah saya nak faham, tapi saya suka!"
" Suka? Orang gila cam Rezal tu je yang suka kat saya...."
" Saya pun gila gak.... gilakan awak..... minggu depan kita jumpa.... tak sabarnya..."
" Sapa nak jumpa awak? Tak takut kena terajang lagi ke?"
"Amboi kasarnya bahasa.... tapi saya suka... mak pun datang Penang minggu depan... nak jumpa menantu dia......" What? Skrin komputer ku pandang lagi.
"Elo.... ada orang tak? Mak nak jumpa awak tau...." Walau ada debar di hatiku tapi ria yang bertapak mula menular, ke seluruh anggota tubuhku.....
"Haaaa.... angau lagi!" Aku berpaling.... Empat orang sahabat karibku tersengih-sengih di belakangku.
"Agak-agak korang kan.... Man In Black Vs Dona Karan Penang, sapa menang?"
"Dua-dua kalah....... jatuh cintan beb......" Woi......
"Kau kena ucap terima kasih pada aku.... belanja aku 40 hari 40 malam, boleh kan Mak Su!" Fini tersengih dan kami ketawa bersama...........................



NUKILAN:
(FATIHAH)
SITI FATIHAH BINTI PAUZIHAL ALI
Lot 2310, Kg Cherang,
Jln Hospital, 15200. Kota Bharu Kelantan

79 ulasan:

  1. best2!! lawak lah..

    BalasPadam
  2. uish writer siap bg alamat umh tu..nk suh anta adiah ke per?hehe..pape pun.congratz..syok gk cite ni..gud luck..

    BalasPadam
  3. ada ke msian amik medic kat german? huhu~
    good luck writer!

    BalasPadam
  4. lwak gler lah sampi bdk2 ofce ckp aku giler gelak sorang!!!!! hakh3

    BalasPadam
  5. keep it up ye writr...best cite ni..

    BalasPadam
  6. bez glew citew nie.....
    hak3..npe lar ganas sngt dona karan nie...
    papepon cite nie bez...
    keep it up...congrates

    BalasPadam
  7. SO SWEET!!!

    BalasPadam
  8. Terima kasih semua.... actually cerita ni masa tgh belajar about 15 years ago.... walaupun bukan kisah benar, tapi sikit2 tu adala... eheh.. dedicate untuk kenkawan... thanks a lot! - Fatihah -

    BalasPadam
  9. best....lawak hik3
    n teruskan menulis...
    chaiyok2

    BalasPadam
  10. best citer nih..lwak2..hak3..

    BalasPadam
  11. pergh.....lwk + best gle cite nie..
    tga tension2 stdy nk final pn bley ilg...
    bley pch prut ak xthn gelak..
    thannx writer..wat lg ek cite cmni..wakaka..

    BalasPadam
  12. erm...tahniah.
    sronok sgt bce..
    ilang tensen nak exam..

    BalasPadam
  13. ore negeri kito. .huhu!gud jobbbb!!!!

    BalasPadam
  14. cite ni ssuai utk remaja. gud luck fatihah.sy suka ng cite ni.ringan otak ble mbcenya.

    BalasPadam
  15. ad r dak msia ambk medik kt grman..bf mber ak..name rafi.dak jhor...1 Mlaysia,,yehh

    BalasPadam
  16. ak pon knal bf ak kot ym gakk..trjumpa kt pekan..rupanya2 kami 1 u jer..hampeh kna tipu konon kt unimas nun..pe2 kami da nk kwen da..hehe..so believe yr on9 luv..

    BalasPadam
  17. besla cter nie...
    lwk..
    haha...
    truskn brkarya...

    ~~~syu90~~~

    BalasPadam
  18. kekeke..
    best lar..
    hilang stress jap..

    BalasPadam
  19. kakaka..
    bes giler...maveles..
    tp part silat tue, xphmlah. bla plak man in black tu dtg??
    anyway, nice story...
    gambate kudasai!!!

    BalasPadam
  20. best citerr ny..
    but pendek cket..
    klo pnjgkn gi msti best..
    nyway gud job..

    -shuzs-

    BalasPadam
  21. one word to discribe dis cerpen :
    ~PERGH~

    ~nEuRo shEwAzni~

    BalasPadam
  22. org kelantam jugak rupa nyer..=)..bangga plak aku rs ada writer yg kretif cm ni. tapi aku rs ni mcm story hidup pnulis sndri..skg zman YM. mmg x mustahil cinton2 mcm ni ader..nasib baik aku dh nk kahwin .klu x ,ada ht gak la trsangkut kat chatter YM aku ni.biar lah rahsia..

    BalasPadam
  23. haha..cite ni best..
    kelakar..
    keep it up!

    BalasPadam
  24. best r cte nieyh..
    klakar dan romantik..
    semoga ada lagi cte camnieyh

    BalasPadam
  25. best la..
    kelakar n xbosan..
    usm mmg best!
    hdup usm
    cayalah

    BalasPadam
  26. memang best citer n......
    gile2 plak 2...

    BalasPadam
  27. petani_moden25/12/09 10:58 PG

    ermm..besh2 cter ni..
    5 star kasi kat writer!!hehe....
    klaka..cumell!!!
    keep it up!!
    thumbs up!

    BalasPadam
  28. Tanpa Nama7/1/10 1:16 PG

    waa...best giler la..lwak2..bdk usm mmg best.
    ckit2 bg sye smgt nk mnulis gk la..
    >>p.buntar girl-usm

    BalasPadam
  29. krang prot bce...
    kekekee...

    BalasPadam
  30. citer first sy gelak terbahak-bahak..

    BalasPadam
  31. umm...tali pinggang hitam adela yg paling amatur silat mengikut pengetahuan saye...

    saye harap penulis membuat research sedikit sebelum menulis :)

    selamat berjaya..

    BalasPadam
  32. korang semua,kalau korang minat baca cerpen/novel genre "sains seram",apa kata korang singgah kat blog ni www.selepasubuh.blogspot.com..korang boleh baca cerita-cerita "sains fiksyen seram"secara PERCUMA.korang juga boleh menulis cerita korang sendiri.nak tahu lagi,tengok la laman blog tu..

    BalasPadam
  33. sempoi!!!

    BalasPadam
  34. 2 thumbs up! gud job! =)

    BalasPadam
  35. lorr....smbung la lg..dier kawin x?

    BalasPadam
  36. pergh,the bez one
    surely gempak pnye
    haha..gud job

    BalasPadam
  37. good job..keep it up...tapi idea bercinta internet dah basi laa...

    BalasPadam
  38. chumell la! sweeeeeeet! :)

    BalasPadam
  39. bes r citew ni..
    klakar abeh..

    BalasPadam
  40. best gak citer ni..cam yg berlaku kt org2 skiling skrg..wakakakakaka...lawak nk mampus..

    BalasPadam
  41. cter bez..
    tp xkn tamat g2 jek??
    kasi le tamat smpai jjng plamin ke..^_^

    BalasPadam
  42. funny....)

    BalasPadam
  43. best2..kelakar dan menghiburkan...

    BalasPadam
  44. hahahahaha...lawaking lh..hahaha

    BalasPadam
  45. Tanpa Nama19/8/10 2:43 PG

    best la..
    cm bgga ja jdik student USM..
    all the best to writer..
    =D

    BalasPadam
  46. kelakar cte ni..nk menyamar smpi pakai purdah lak 2,xnk org taw sapa dia...ganas tol dona 2,hahaha

    BalasPadam
  47. hahaha...best + klakar lah cta nie...dona tu ganaz jugak yek...pa2 pun keep it up...tahniah penulis...

    BalasPadam
  48. best doe citer nie....
    daebakkk~

    BalasPadam
  49. best gle cte ni..
    lawak la.. gelak2 sy bce. dala dlm library ni..
    hgl tension bru lpas test.. hehe..
    wat lg tau.. sweet betul..=)

    -A.N.A-

    BalasPadam
  50. cter nie klakar++bestt++agak sweet..
    (s0k exam sjarah!)relax2 skejap...
    heheehheee

    BalasPadam
  51. dak engine utm2/11/10 8:05 PTG

    beyeh2...meme sdak ahhh cito nim...smbg lg la...xsaba nop bc....huhuuhuu

    BalasPadam
  52. i support you.....it's a sosososo bez giler ar..tq muc mac..break a leg.

    BalasPadam
  53. Hi Writer! Keep it up! I gelak sorang baca cerita you. Mesti you ni kelakar kan??

    BalasPadam
  54. eiii!! best ar citer nie. i like it.. congrates. teruskan berusaha. chaiyok!! chaiyok!!

    BalasPadam
  55. waaahh,,,,,,suke2!

    BalasPadam
  56. best ler gak.cuma kalo wat smbngan mst syok.\
    god luck

    BalasPadam
  57. best r cite ni lwk gler.....
    lau pnjng kn skt aj lg bgs....
    pape pn keep on writing
    :)-H33 Yn6mT-

    BalasPadam
  58. siap bg alamat rumah lg x kan nk suruh man in black yg real msuk m'minang kot hhhee!!!pa2 pun citer nie best....

    BalasPadam
  59. best nyer citer nie.. uhahaha...
    sgt2 best... teruskan usaha anda dalam bidang penulisan nie ek... ok...

    BalasPadam
  60. tittle citer dh buat aku terpaut...apetah lg jalan citernya...ctr nmpak real....5 star ore kito

    BalasPadam
  61. BEST!! :D

    BalasPadam
  62. comel la cite ni....5 star..heheheh

    BalasPadam
  63. menarik..keep it up..

    BalasPadam
  64. Tanpa Nama24/2/11 1:46 PG

    baru mahasiswa gi nh...

    BalasPadam
  65. Tanpa Nama7/6/11 4:20 PTG

    Best...huhu...

    BalasPadam
  66. terima kasih kerana membaca cerpen saya yang tak seberapa ni! Novel pertama saya dah di published. Patutnya dah ada kat book store sekarang ni. Tajuk "Nurul Laila Suria", terbitan Jemari Seni, karya 'Fatihah Pauzihal'boleh klik di sini utk sinopsis, http://www.jemariseni.com/02/js-novel/258-novel-umum-jun-2011-nurul-laila-suria.html - FATIHAH

    BalasPadam
  67. cerita ni best gak, tp jgn mrah ea...ad cikit2 part yang sya bingung sikit......ap2 pown tahniah kerana tulis cerpen niii.....way yang terbaik.....hehehe

    BalasPadam
  68. lawak gile cite ni, sampai terjerit2 aku bace,mujur x de org, kalau x mesti org ingat aku kene histeria...

    BalasPadam
  69. BEZ giler citer ni....
    banyak2 citer yang aku da baca,
    ni larh..citer yang logik aku dengar..
    cayala!!o(∩_∩)o♥♥♥

    BalasPadam
  70. siot tol kawan dia tu..hehe..malunye kalo jd mak su membe baik sndri..haha

    BalasPadam
  71. best2..jarang ade org nak terima pempuan yang kasar....tapi dalam kasar-kasar ade kelembutannya..best ceter ni..xterlalu meleret..

    BalasPadam
  72. blh la cite nie...tak pnjang sgt tuk di bace...jln cite pun simple je...

    BalasPadam
  73. saya suke sngt...sanggup dei pkai purdah sbb xnk bgi laki tu knal...

    BalasPadam
  74. best...truskan bkarya,sis..~eyla

    BalasPadam
  75. Simple tapi seronok baca. Great job.

    BalasPadam
  76. syok cta nie..
    cek ska..
    lwak.. kihkihkih

    BalasPadam
  77. Salam. amat menarik cerpen ini. Tahniah kepada penulis. Didoakan muju jaya lagi. Salam :)

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan