Sabtu, Oktober 10, 2009

Cerpen : Ikan Emas, Jom Kawen!

Nama Pena : Vee Violet

Nabil memetik gitar sambil mengalunkan lagu "Misteri Cinta Sakti" nyanyian asal penyanyi Azmir Arif. Matanya terpejam rapat bermain gitar dan menyanyi dengan penuh perasaan. Di fikirannya terbayang satu wajah gadis ayu yang dikenalinya beberapa bulan lepas.

"Lafazkan lah rahsia hati sendu....huraikanlah isi hidupmu.....oh... relakan lah ku dalam hidupmu.....harungi bersama.....lafazkan lah rahsia hati murni ini" selesai menyanyikan bait terakhir lagu tersebut, Nabil membuka matanya perlahan sambil tersenyum. Gitar biru kesayangannya kemudiannya diletakkan di sisi pahanya. Nabil yang sebenarnya baru bangun dari tidur mengeliat lama sambil menguap.

"Kalau Rania tau begini perangai kau....aku rasa baik kau lupakan je lah niat nak tackle die" suara Shafiq kedengaran jelas di belakangnya. Nabil yang terkejut besar hampir melatah.
"Kau! Bila kau masuk bilik aku ni dude?!!" mata Nabil yang tadinya masih kuyu terbuka luas. Shafiq tersenyum kecil.
"Itulah kau. Angau sampai aku masuk bilik tadi pun kau tak sedar. Bukan main feeling lagi kau aku tengok tadi" Nabil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih.
"Dengan tak mandi... Tak gosok gigi... Entah-entah kau main gitar tadi pun mamai-mamai" sambung Shafiq.
"Aku mimpi die tadi Fiq. Dalam mimpi tu, aku mimpi kitorang berjalan berpegangan tangan dekat tepi pantai... Matahari tengah terbenam.... Lepas hujan turun renyai-renyai... Aku dengan die berlari-lari anak..." Shafiq yang merasa ‘geli’ melihat kelakuan Nabil yang bercerita sambil memejamkan matanya sambil memeluk erat bantalnya memotong cerita Nabil.
"Wei!"
"Opocot!!!" Nabil melatah apabila Shafiq tiba-tiba menepuk kuat bahunya.
"Kau ni.... Jalan berpegangan tangan... Matahari terbenam... Dalam mimpi tu kau sembahyang Maghrib tak dengan Rania?" Shafiq berseloroh dengan Nabil sambil tergelak kecil.
"Kau ni... Aku cerita tak habis lagi..." Nabil memuncungkan mulutnya. Shafiq lagi sekali tergelak kecil. Sudah masak dengan sikap Nabil yang kelakar dan agak sensitif. Namun begitu, walaupun Nabil cepat marah atau merajuk, dia agak mudah dipujuk kalau kena pada caranya.
"Dah... dah... Jangan nak muncung-muncung mulut kau yang ber ‘air liur’ basi tu. Sekarang dah pukul 2. Kau lambat, aku gerak dulu" Nabil terpinga-pinga.
"Nak ke mane?" Shafiq menepuk dahi.
"Kan ke nak ke PD ramai-ramai. Aku ingatkan kau orang yang paling excited yang nak pergi sebab Rania pergi jugak. Nabil ternganga.
"Laaa... Nganga ape lagi? Moh la...!"
"Moh la!" Nabil melatah apabila Shafiq bercakap dengan nada yang agak kuat. Shafiq tersengih. Sengaja menyakat Nabil.
"Bukan 10 Oktober ke gi PD?" Nabil tidak berpuas hati.
"10 October apenye? Kau ni... Takkan angau sampai jadi macam ni kot" Mata Nabil berkedip laju. Otaknya ligat berfikir sesuatu.
"Laa.... Macam mane aku boleh silap ni. Itu hari jadi Rania lah. Tunggu aku pack barang!" Nabil melompat bangun dari katilnya.
Shafiq lagi sekali menepuk dahinya!

**************

Nabil dari jauh memerhatikan gerak geri Rania. Shafiq yang duduk bersebelahan dengannya sambil membaca surat khabar menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia kemudiannya berpaling melihat ke arah Rania yang sedang rancak berbual dengan beberapa rakannya yang lain. Shafiq akui bahawa Rania adalah seorang gadis yang berkulit cerah, ayu, manis dan manja dan tidak mustahil dengan keperibadian yang dmilikinya itu, banyak lelaki yang terpikat kepadanya. Namun Rania bukan di dalam kategori gadis yang diminatinya.
"Kenapa kau tak beranikan diri je, berterus terang tentang perasaan kau pada die Bil?" soalan yang muncul dari bibir Shafiq membuatkan Nabil tersentak. Shafiq memandang lama ke arah Nabil yang diam membisu menanti jawapan dari sahabat karibnya itu.
"Errr...."
"Err.... ape? Kau lkan lelaki. Gentleman lah sikit" Shafiq cuba memberi dorongan.
"Aku.... aku bukannye ape. Die tu kan ramai peminat. So, aku takut nanti die reject aku. Aku takut dapat malu nanti"
"Alaaa... itu bukan malu. Itu ego... Kau takut jatuh maruah kau kalau die tolak cinta kau. Sampai bile kau nak pendam perasaan kau macam ni? Aku cabar kau luahkan perasaan kau pada die selama ni malam ni" Nabil membulatkan matanya melihat Shafiq. Shafiq mengangguk beberapa kali. Ternyata dia serius mencabar Nabil.
"Biar betul kau"
"Serius! Dah hampir setengah tahun aku tengok kau memendam perasaan dekat die. Dan setahu aku, Rania still single and available"
Nabil menarik nafas panjang. Entah mengapa dia tiba-tiba merasakan jantungnya berdegup kencang. Dia menoleh ke arah Rania. Kali ini dia agak terkejut apabila gadis itu dari jauh sedang memerhatikannya.
‘Betulke die tengok aku? Perasan atau perasaan aku ni?’ bisik hati kecil Nabil.
Sekali lagi Nabil berpaling ke arah Rania. Ternyata Rania memang benar memerhatikannya dari jauh. Gadis itu kemudiannya tersenyum manis kepadanya.
Nabil hampir pitam!

***************

"Aku tak faham betullah korang ni. Kau cakap kau ada hati pada dia. Dan aku yakin... Bukan aku je lah, aku rasa ramai orang pun yakin yang Nabil tu ada hati pada kau. So kenapa tak boleh pulak?" Shaza membebel panjang pada Rania. Rania tersenyum dan hanya menundukkan wajahnya.
"Eh! Tapi takkan kau nak mulakan dulu, ye tak? Nanti ibarat perigi cari timba pulak. Kita sebagai perempuan yang penuh dengan nilai-nilai ketimuran dan kesopanan serta ketatasusilaan kena jual mahal sikit" Shaza merepek sendirian tanpa menyedari Rania sedang tunduk menangis.
"Betul ta –" kata-kata Shaza terhenti ketika dia memalingkan wajahnya ke arah Rania. Serentak riak wajahnya berubah.
"Rania... Kau... Kenapa kau menangis? Sorry lah kalau aku salah cakap. Kau tahulah aku ni kan suka merepek" Shaza mula rasa bersalah. Dia duduk melutut cuba melihat wajah Rania kerana Rania yang sedang duduk di sisi katil menundukkan wajahnya.
"Rania...." panggil Shaza perlahan sambil memegang lembut bahu rakan sejawatnya itu. Tak lama kemudian Rania mengangkat wajahnya memandang Shaza. Dengan air mata yang berlinangan di matanya, Rania tersenyum kepada Shaza.
"Sorry Shaza. Nia emosi sikit. Sha tak salah cakap ape-ape pun"
"Tapi...."
"Sha, sebenarnya banyak tentang Nia yang Sha tak tahu walaupun kita rapat sejak mula kita kenal" lembut tutur bicara Rania bercerita kepada Shaza. Shaza yang tadinya melutut, bangun duduk bersebelahan Rania.
"Terlalu privacy ke?" Shaza terdorong dengan perasaan ingin tahu.
"Agak privacy. Tapi.... Nia rasa macam nak berkongsi dengan Sha sekarang. Mungkin lepas tu baru Sha faham kenapa Nia susah nak terima lelaki dalam hidup Nia" anak mata Shaza bulat bersinar. Dia dapat merasakan bahawa selama ini Rania sidah lama terbeban dengan kisah silamnya sendiri.
"Nia.... sebenarnya... janda..." saat ini Shaza terdiam seribu bahasa. Nafasnya seolah-olah tersekat. Rania tersenyum melihat reaksi Shaza.
"Dah hampir dua tahun Nia menjanda" Shaza melepas nafas perlahan-lahan. Rania masih memerhatikan reaksi Shaza.
"Kami bercerai selepas 3 minggu akad nikah" saat ini mata Shaza bulat memandang tepat ke arah Rania manakala tangannya mencapai jari jemari Rania dan menggenggam erat jari jemari gadis ayu itu. Rania yang sedang tersenyum melepaskan satu keluhan kecil dan memandang ke arah dinding. Bersedia untuk menceritakan kisah silamnya kepada Shaza.
"Arwah suami Nia, Ikhwan namanya. Nia kenal dia semenjak dia berpindah ke kawasan perumahan yang Nia tinggal bersama dengan parents Nia. Dia tinggal selang beberapa rumah aje dengan rumah Nia. Ikhwan tinggal menyewa dengan dua, tiga rakan lelaki yang lain. Beberapa bulan lepas tu, Ikhwan beranikan diri datang berjumpa Nia dekat rumah sewaktu parents Nia keluar. Waktu tu dia luahkan perasaan cintanya terhadap Nia" Shaza tekun mendengar cerita Rania.
"Kebetulan pulak, pada waktu yang sama, teman lelaki Nia datang ke rumah untuk hantar sesuatu pada Nia...so salah faham terjadi antara Nia dengan kekasih Nia waktu tu" Rania terdiam seketika.
"Then dia tinggalkan kau ke? Lepas tu kau kawen dengan Ikhwan?" Shaza membuat telahan sendiri. Rania yang tadinya agak muram tergelak kecil kemudian menggelangkan kepalanya.
"Tak. Kitorang ok lepas tu. Cuma Ikhwan pandai ambil hati parents Nia. Dia selalu ke masjid dengan abah. Tunjukkan imej yang baik sampaikan abah suka sangat dengan Ikhwan. Mama yang kebetulan kurang berkenan dengan kekasih Nia waktu tu, selalu minta Nia pertimbangkan Ikhwan untuk menjadi suami Nia" Shaza mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Nia tak pernah ceritakan pada kekasih Nia tentang apa pandangan mama dan abah Nia terhadap dia. Sebab Nia terlalu sayangkan dia. Nia yakin dia akan dapat bahagiakan Nia"
"Boleh aku tahu kenapa mama kau tak sukakan errr.... kekasih kau tu?"
"Hafizy... Hafizy namanya. Dia berasal dari golongan keluarga yang susah dan takde kerja tetap. So sebab tu lah mama kurang sukakan die" Shaza mengangguk kecil.
"Then macam mane kau boleh kawen dengan Ikhwan?"
"Satu hari, Hafizy datang rumah Nia sebab nak berbincang tentang hubungan Nia dengan dia. Selalunya kami berbual di luar pagar rumah je tapi hari tu Hafizy desak untuk masuk berbual di dalam rumah. Pada mulanya Hafizy minta penjelasan mengenai hubungan Nia dengan Ikhwan. Nia jujur berterus terang pada Hafizy yang Nia dengan Ikhwan tu cuma jiran. Ikhwan cuma rapat dengan abah sebab selalu ke masjid sama-sama. Tiba-tiba Hafizy naik angin. Hafizy memang agak panas baran. Dia tuduh Nia berlagak baik selama ni dan tipu dia" Air mata Rania mula bergenang. Shaza menggenggam lebih erat jari Rania.
"Hafizy ceritakan bahawa Ikhwan ceritakan bahawa abah setuju untuk satukan Nia dengan Ikhwan. Dan Ikhwan menokok tambah cerita bahawa Nia sebenarnya dalam diam menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Waktu tu, Nia hilang sabar, Nia tampar kuat pipi Hafizy" kali ini air mata Rania yang tadinya bergenang laju mengalir keluar. Shaza menjadi tak keruan.
"Hafizy pun yang waktu tu entah dirasuk ape, cuba rogol Nia" Rania menekup mukanya.
"Tapi Nia tau.... Fizy bukan seorang lelaki yang jahat. Nia tau dia tertekan sebab Ikhwan ceritakan kepada die cerita yang tak betul dan tentang mama dan abah yang selama ini tak sukakan dia. Waktu tu Nia tau dia hilang kawalan sebab dia terlalu ingin memiliki Nia. Kami berdua terlalu mencintai satu sama lain Sha.... Nia sayangkan Fizy" Rania semakin emosi. Shaza menarik Rania ke dalam pelukannya. Dibiarkan Rania menangis melepaskan sedihnya selama ini walaupun hatinya ingin mengetahui bagaimana Rania berkahwin dengan Ikhwan dan menjanda.
"Nia sayangkan Fizy....." Rania yang masih menangis, mengulangi kata-katanya.

**************

Mata Nabil tajam merenung ke arah Rania yang berdiri di tepi pantai di samping Shaza. Dia tekad mahu meluahkan perasaannya kepada Rania malam ini. Puas difikirkan cara mahu meluahkan perasaannya kepada gadis ayu itu.
"So amacam?"
"Macam tu lah!" Nabil sekali lagi melatah apabila Shafiq yang tiba-tiba muncul dari belakangnya bersuara.
"Sudah sudahlah tu Bil. Kau ni, makin teruk latah kau aku tengok" Shafiq tergelak kecil. Kasihan kadang-kadang melihat Nabil melatah.
"Kau ingat aku sengaja ke?"
"So amacam? Ape plan kau?"
Nabil tersengih menampakkan gigi putihnya yang tersusun cantik. Matanya yang berwarna coklat jernih kelihatan bersinar-sinar menggambarkan hatinya yang sedang riang.
"Tu!" Nabil menunding ke arah rakan-rakan sekerja mereka yang sedang makan di tepi pantai. Shafiq mengerutkan keningnya.
"Kenapa?"
"Tu!" kali ini Nabil menundingkan jarinya telunjuknya ke arah Rania.
"Ok.... Err.... Aku tak faham lah"
"Tengoklah" Nabil kemudian menggapai gitar kesayangannya dan mula memetik gitarnya. Dikerlingnya ke arah Shafiq. Shafiq sudah tersengih seolah-olah memahami apa yang Nabil cuba lakukan. Perlahan-lahan Nabil memetik gitarnya sambil melangkah ke arah Rania. Setiap pemilik mata yang dan telinga yang mendengar petikan gitar Nabil berhenti berbual dan melihat tindak tanduk dan mendengar alunan petikan gitar Nabil yang menyanyikan lagu Falling nyanyian asal dari kumpulan N Sync.

"I don’t know how….
I don’t know why…..
But girl it seems….
You’ve touched my life….
You’re in my dreams…
You’re in my heart….
I’m not myself…
When we’re apart….

Something strange has come over me….
A raging wind across my seas….
And girl you know that your eyes are to blame…
And what am I supposed to do…..
If I can’t get over you…….
And come to find that you don’t fee the same…….

’cause I’m falling, falling………
Girl I’m falling for you……
And I pray you’re falling too……..
I’ve been falling, falling……
Ever since the moment……
I laid eyes on you……"

Nyanyian Nabil terhenti apabila dia berada dekat dengan Rania. Rania menjadi tak keruan apabila dia sedar dia dan Nabil menjadi tumpuan ramai. Senyuman dan renungan Nabil membuatkan jantungnya berdegup laju. Shaza yang memerhatikan dari tadi tersenyum lebar. Manakala Shafiq perlahan-lahan berjalan ke arah Nabil yang asyik merenung Rania dari tadi. Sampai dekat dengan Nabil, sengaja dia mencucuk jari telunjuknya ke pinggang Nabil lantas...
"I love you Rania!" Nabil melatah! Wajah Rania memerah. Serentak kedengaran suara orang ramai tertawa. Sekali lagi Shafiq mencucuk pinggang Nabil.
"Jom kawen!"
Kali ini Nabil lari dan terjun ke dalam laut!

***************

"Ntahlah... Kau tahulah dulu aku pernah kecewa kan? Memang pintu hati aku tertutup untuk terima mane-mane perempuan lagi dalam hidup aku. Rania je satu-satunya perempuan yang berjaya buka pintu hati aku lepas Zaharah" Shafiq tekun mendengar.
"Teruk sangatke aku ni?" soal Nabil pada Shafiq.
"Ape?"
"Teruk sangat ke aku ni?" Shafiq terpinga-pinga dengan soalan Nabil. Namun sempat dia menggeleng.
"Then, kenapa mesti dia elakkan diri lepas aku luahkan perasaan aku pada dia? Depan ramai orang pulak tu"
"Bil, kalau betul-betul kau nakkan die, kau kena usaha lebih. Jangan cepat give up"
"Aku bukan give up dude. Aku cuma takut aku syok sendiri je. Aku memang betul-betul suka die. Kau pun tahukan? Masalahnye sekarang, kalau die pun syok kat aku... Mesti die kasi respon positif dekat aku. Ini tidak, tiap kali nampak aku, buat-buat tak tau, buat-buat tak nampak. Tiap kali aku nak berbual dengan die, cepat je matikan perbualan aku" Nabil mengeluh kecil.
"Aku... tak tau nak cakap ape...."
"Tapi aku tetap akan usaha Fiq. Cuma aku confuse skit je sekarang dengan perasaan die terhadap aku. Aku berani luahkan perasaan aku depan ramai orang waktu tu pun sebab aku rasa macam dia pun ada hati dekat aku jugak"
"Luahkan perasaan dengan melatah?" Shafiq menyakat.
"Kaulah!" Nabil menyalahkan Shafiq yang sengaja membuatkan dia melatah di hadapan Rania.
"Sorry lah Bil. Aku tunggu kau lama sangat nak berterus-terang kat die, so aku gunalah cara tu"
"Tapi bagus jugak, kalau kau tak cucuk aku hari tu, aku pun tak tau nak cakap macam mane dekat die. Sambung yang tadi.... aku rasa dia pun ada hati pada aku. Tapi kalau sebenarnya selama ni aku perasan or syok sendiri je, baru aku give up...."
"That’s the spirit!!!!" Shafiq menepuk-nepuk bahu Nabil.

**************

"Rania!" Nabil memanggil Rania dari jauh. Langkah kaki Rania terhenti namun dia tidak memalingkan tubuhnya ke arah Nabil yang memanggilnya. Nabil berlari-lari anak ke arah Rania.
"Jom.... makan sesama..." Rania mengalihkan pandangannya ke arah Nabil.
"Jom... Saya hope awak tak tolak. Saya pun ade benda nak cakapkan dengan awak" mata Rania terkebil-kebil melihat Nabil. Bibirnya bergerak-gerak cuba berkata sesuatu namun suaranya tidak mahu keluar.
"Haa... tu kenapa tu. Baca doa ape tu? Ke teringin nak jadi ikan emas?" Nabil berseloroh. Kali ini Rania tertawa kecil.
‘Comelnye kau gadis’ bisik hati kecil Nabil.
"Jom!" lagi sekali Nabil mengajak Rania. Kali ini Rania akur dan mereka sama-sama berjalan menuju ke sebuah restoran makan terdekat.

***************

Ikhwan yang sedang melangkah masuk ke dalam restoran makan bersama seorang rakannya terpandang ke arah seorang gadis ayu yang sedang rancak berbual bersama seorang lelaki. Hatinya memuji kecantikan yang dimiliki gadis tersebut. Dan dia dapat merasakan seolah-olah ada satu perasaan aneh yang melingkar di hatinya saat menatap wajah gadis tersebut. Dikerlingnya pula ke arah lelaki muda yang duduk berhadapan dengan gadis tersebut.
‘Sepadan’ detik hatinya.
Tiba-tiba gadis tersebut mengalihkan pandangannya dan melihat tepat ke arah Ikhwan. Ikhwan kehairanan apabila sebaik sahaja gadis tersebut melihatnya, gadis itu menjadi tidak keruan dan tak lama selepas itu dia bangun meninggalkan lelaki di hadapannya yang barangkali merupakan kekasihnya itu. Mata Ikhwan mengekori langkah kaki gadis tersebut. Otaknya ligat berfikir sesuatu. Gadis itu seolah-olah pernah muncul di dalam mimpinya!

***************

"Oooohhhh... Patutlah die layan kau macam tu selama ni"
"Mula-mula tu, aku macam susah nak accept jugak tau. Ye lah, gadis idaman aku tu janda. Kau tahulah, aku ni lelaki bujang... Nak kawen dengan janda. Apa mak ayah aku fikir pulak nanti kan? Tapi lepas aku fikir balik, aku sayangkan dia. Aku ikhlas sayangkan dia. Lagipun, janda tu, cuma title yang dia dapat lepas bercerai dengan lelaki yang langsung dia tak pernah cinta. Dia bersumpah dekat aku yang bekas suami die tak pernah sentuh die" Nabil bercerita dengan panjang lebar. Shafiq mengangguk-anggukkan kepalanya beberapa kali.
"So apa status korang sekarang ni?"
"Status.... aku pun tak tau... Belum sempat aku nak bincangkan hal aku dengan dia... Dia tiba-tiba macam ada hal penting hari tu, minta diri balik dulu. Belum sempat aku cakap ape-ape dia dah bangun tinggal aku. Musykil jugak aku, die cakap die dah ceritakan semuanya pada aku tapi tingkah laku dia tu buat aku rasa dia macam ade simpan rahsia lain lagi" Shafiq terdiam. Nabil juga terdiam lama seolah-olah memikirkan sesuatu.
"Macam mane dorang boleh bercerai sebab kau cakap orang tua die berkenan sangat dengan si Ikhwan tu?"
"Minggu kedua dorang kawen, Rania terima satu envelope dari orang yang die tak kenal. Lepas buka je envelope tu, memang terkejut besar lah dia tengok gambar bogel Ikhwan dengan sorang perempuan lain. Tarikh dekat gambar tu pulak tunjuk tarikh 2 hari sebelum dorang akad nikah. Dia apa lagi, tunjuklah gambar tu pada mama dengan abah die. Last-last barulah dorang tau, Ikhwan tu kaki perempuan sebenarnya. Dia memang bersama dengan perempuan tu sebelum kenal Rania. Dia tinggalkan perempuan dalam gambar tu sebab dia nak dapatkan Rania. Perempuan tu yang tak dapat terima hakikat, lepaskan Ikhwan tapi dalam diam buat rancangan kenakan Ikhwan. Dia pujuk Ikhwan bersama dengan dia 2 hari sebelum Ikhwan akad nikah, yang si Ikhwan tu pulak ikutkan nafsu.... Last-last, Rania yang jadi mangsa. Jumpa gambar bogel suami sendiri dengan perempuan lain lepas kawen"
"Lepas tu?"
"Lepas tu Rania yang selama ni asyik patuh je dengan kata-kata mama dan abah die, failkan penceraian. Ikhwan memang tak nak bercerai sebab die cakap die nak berubah, die memang nakkan Rania. Time tu Rania ceritalah kenapa Hafizy boleh jadi hilang akal sampaikan nak bertindak di luar kawalan sebelum tu. Gara-gara Ikhwan yang mereka cerita"
"Then kenapa Rania tak bersama dengan Hafizy balik lepas tu?" Shafiq semakin di dorong dengan perasaan inign tahu. Nabil melepas keluhan kecil.
"Waktu Hafizy datang minta ampun sebab buat perkara yang tak baik pada Rania sebelum tu pun, orang tua Rania halau dia macam anjing kurap. Lepas tu paksa Rania kawen dengan Ikhwan. Lepas rahsia Ikhwan terbongkar, barulah Rania bercerita tentang keadaan sebenar keluarga Hafizy. Bagaimana Hafizy bekerja keras selama tu untuk tanggung keluarganya sebab ayahnya jatuh sakit. Tapi....." kata-kata Nabil terhenti.
"Tapi....?" Shafiq mengerutkan dahinya.
"Tapi, waktu orang tua Rania ke rumah Hafizy nak minta maaf sebab banyak merendahkan martabat Hafizy sebelum ni dan halau dia macam anjing kurap waktu dia ikhlas nak minta ampun dengan orang tua Rania.... Ibu Hafizy cakap Hafizy dah meninggal dunia sebab kemalangan lepas hantar adik dia balik dari sekolah......." Shafiq ternganga.
Suasana menjadi sepi. Nabil melurutkan kedua telapak tangannya ke wajahnya kemudian menghembus kuat nafasnya.
"Lepas dari tu, Rania bersendiri.... Pintu hati tertutup untuk mane-mane lelaki.... Dia berpindah keluar dari rumah.... Sampailah dia mula bekerja dekat syarikat kita ni... And kenal aku... " butir bicara Nabil keluar satu satu.
"Kau ikhlas sayangkan die kan?" soal Shafiq spontan.
"Yup!"
"So tunggu ape lagi?"
"Tunggu dia pujuk aku yang tengah merajuk ni"
"Nape pulak?"
"Sebab hari tu aku tak sempat cakap ‘I love you’ die bangun tinggal aku!"
Shafiq tertawa besar!

*******************************

"Nabil…." Rania memanggil Nabil perlahan. Nabil yang mendengar sengaja buat endah tak endah.
"Nabil…." Lagi sekali Rania memanggil Nabil. Kali ini lengan baju Nabil ditariknya berkali-kali.
"Emmm…." Sepatah Nabil menjawab.
"Saya minta sorry...." Nabil hampir tergelak.
‘Saya minta sorry? Ade ke ayat camtu?’ bisik hatinya.
"Nabil... Semalam saya terkejut sangat bila nampak Ikhwan masuk ke kedai makan yang kita tengah duduk tu...." serentak Nabil memalingkan badannya ke arah Rania.
"Haaaa??!!!" Rania mengangguk laju.
"Saya tak tahu macam mane nak explain perasaan saya semalam. Tapi lepas balik rumah, saya bertenang.... Saya rasa bersalah tinggal awak macam tu je semalam" wajah Rania kelihatan suram. Jelas kelihatan dia rasa bersalah dengan sikapnya semalam.
"Tapi awak tak call saya kenapa?"
"Saya mane ade nombor telefon awak..." wajah Rania masih muram namun kelihatan sangat comel pada mata Nabil.
"Hmmm.... then, Ikhwan tu ape cerita?"
"Nia call mama semalam, barulah mama cerita Ikhwan dah hilang ingatan lepas kena belasah dengan sekumpulan lelaki sebab Ikhwan dah buat adik dia mengandung tapi taknak bertanggungjawab. Sampai sekarang dia tak ingat ape-ape lagi" Nabil diam seribu bahasa. Sengaja mahu lihat bagaimana Rania mahu memujuknya.
"Nabil maafkan Nia tak ni?" kali ni mata Rania memandang tepat ke anak mata Nabil. Jantung Nabil berdegup kencang.
‘Si ikan emas ni.... Tengok aku macam tu pulak... Cairlah aku kejap lagi’ bisik Nabil dalam hatinya.
"Nabil...." lagi sekali jari Rania menarik-narik lengan baju Nabil. Nabil sengaja memalingkan badannya membelakangkan Rania. Rania yang sudah mula sedar Nabil sengaja bermain tarik tali dengannya melepaskan tangannya.
"Takpelah kalau Bil marahkan Nia. Sekali lagi Nia minta maaf. Nia nak buat kerja dulu" Rania mula melangkah keluar dari pantry pejabat mereka. Riak muka Nbil berubah. Cepat-cepat dia berpusing untuk menahan Rania dari pergi. Sedang dia memalingkan badannya, dia terlanggar satu cawan plastik kosong sehingga membuatkan cawan tersebut terjatuh ke lantai. Nabil yang terkejut waktu itu melatah lagi.
"Don’t go ikan emas! I love you!’ Nabil menutup mulutnya dengan hujung jari tapak kanannya. Rania kemudian berpaling melihat Nabil sambil tergelak kecil sambil tangannya di angkat untuk mencucuk pinggang Nabil. Nabil yang terkejut apabila Rania ingin mencucuknya sekali lagi melatah.
"I lap you bebeh!" kali ini kedengaran beberapa suara tertawa di sebalik pintu pantry. Nabil cepat-cepat melangkah ke arah pintu pantry dan rupa-rupanya Shaza dan Shafiq sedang menyorok di sebalik pintu mendengar perbualannya dengan Rania. Rania tercengang.
"Aku.... akuuu.... Aku nak minum air tadi..... Kan Shaza kan?" Shaza mengangguk laju megiyakan kata-kata Shafiq. Sambil memeluk tubuh, Rania memandang tajam ke arah Shaza.
"Aku... pun kebetulan.... dahaga... nak minum air.... haga.... haga...." tergagap-gagap Shaza berkata sambil menggosok-gosok lehernya menandakan kononnya dia dahaga. Rania dan Nabil, kemudiannya tersenyum. Shafiq yang lega kerana Nabil dan Rania tidak marah, mula menyakat Nabil.
"Tunggu apa lagi!" sergahnya sambil mencucuk pinggang Nabil.
"Tunggu apa lagi!" Nabil mengulang kata-kata Shafiq.
"Kawenla!" lagi sekali Shafiq menyergah Nabil. Serentak Nabil menarik tangan Rania dan mengepitkannya ke lengannya sambil mulutnya melatah sekali lagi.
"Ikan emas! Jom kawen!"

87 ulasan:

  1. best, kalau la ada org lelaki yg berterus terang tentang perasaan hatinya dgn melatah kan best...

    BalasPadam
  2. rasa dihargai..
    bile ade yg meluahkan perasaan dpn org len
    nmpk kesungghuan...
    best gak luah perasaan mlalui mlatah
    snang kje
    n nmpk la x tipu
    mane de org mlatah ckp tipu kecuali buat2 malatah..
    org mlatah akn kluar apeyg die ngah pikir n ape yg didengrnye..
    huuhuhuh

    BalasPadam
  3. Salam..
    cerita menarik, cuma kdg2 sbgai penulis kita kena peka.
    Rasanya masa Rania cerita psal latar belakang dia pada Shaza, dia ada menyebut 'arwah suami' tp Ikwan masih hidup lagi.
    Pape pun teruskan usaha..~

    (sha_sha)

    BalasPadam
  4. suke la character nabil ni..bce cite ni dok terbayang muke mohd nabil ahmad jerk..heheh..sgt sueeewettt...keep up ur gud work writer..gud luck 4 ur nxt writing..

    BalasPadam
  5. Dear All,
    thanks sebab sudi baca cerpen Vee.
    And hargai sangat komen2 you all.
    Shasha, thanks tau - vee actually nak buat cerita ikhwan dah meninggal but vee tukar watak hafizy meninggal...
    thanks a lot...
    :)

    BalasPadam
  6. kelakar la lelaki melatah......haha

    BalasPadam
  7. ok la..layan jer.. tp sweet r time nabil melatah..jgn ats pelamin pun latah..

    citer best..ending pun sweet..ayat pun ok..cume xde sesuatu yg ley wat kasi umpph la..

    well done k..

    -miss_purple-

    BalasPadam
  8. he.he.. klakar..
    mmg btul de boy yg melatah..
    my prend.. ki3...
    ermm.. ending best..
    cme de 1 part slp ckp
    "arwah ikhwan.."
    it's ok..he..he..
    well done, vee.

    BalasPadam
  9. wah..xsngka kan susah juga si nabil nie nk berterus terng kat rania....ish3....

    ap2 pun...cita nie best sgt2..kita xleh nk nilai seseorng itu tnpa mengetahui perkra sebenr...

    god jobs penulis...
    :)

    nOr_1804

    BalasPadam
  10. good job..cite ni best giler..ending dia bagus sangat2.

    teruskan berkarya....good luck:)

    BalasPadam
  11. klakar citer nie hahahah...tp writer mesti prihatain tang perkataan arwah ikhwan 2..sy ingat ikhwan dh meninggal..tp rupe2nyer dia hidup lg sebagai manusia yang bertopengkan syaitan..pape pn citer nie best giler!!! tahniah writer!!

    BalasPadam
  12. ok..citer ni best..lawak pun lawak..
    susah nak jumpa orang lelaki yang romantik camni..
    sanggup menyanyi untuk orang yang disayangi

    BalasPadam
  13. cian tol nabil...
    hehewhehe...
    ader lagi laki yg melatah....

    BalasPadam
  14. tiba2 rasa cam ska kat lelaki yg melatah........huhu

    BalasPadam
  15. Nurul Fatin21/10/09 1:05 PG

    aha!
    sweet
    tp cm tragis sgt jer
    ikhwan ilang ingatan
    fizy mninggal
    aah,cm sonok jer luah perasaan ngan melatah
    tp jrg kn laki melatah
    gaye penulisan yg matang
    konflik pn matang

    BalasPadam
  16. best cter nie..
    well done..
    semoge success slalu k..

    BalasPadam
  17. hehe...kelakar la citer nie..:p

    BalasPadam
  18. boy ak pon cm nabil gk,melatah. .kua3. .tp ak ttp cyg. .
    gud job gurl. .
    iffanajwa

    BalasPadam
  19. aku rs hero dlm cerita neh adlh hafizy..

    BalasPadam
  20. hahaha...
    bes2...
    cdap dibaca...
    lwk pon ad...
    k..truskn brkarya...
    gud luck...

    ~~~syu90~~~

    BalasPadam
  21. ada ke llki yg ska sgt melatah??very funny...
    malangnya dpt llki camtu..
    hehe...
    anyway, ceta nie mang bes..
    tpi kecian kan syafiq xda aweks pun

    BalasPadam
  22. ok laaa..
    agk funny..
    tp krg "umpmhhh" ckit..
    pape pun...
    better la dr cter laen y x tntu hala kn.kn.kn
    huhu~...

    ~selendangputih~

    BalasPadam
  23. hahahah,...
    lucu plk laki2 yg melatah..
    slalunya org tua jak..

    k gak laki gentelment
    tp gud la ne cta..
    hhehhe

    BalasPadam
  24. jarang jumpa org lelaki melatah,,hehehe

    BalasPadam
  25. lawk giler
    tpi sedyh cket seyh ksh idup rania
    tpy nabil klakar
    mlatah...cumel

    BalasPadam
  26. realy nice story..it's make me laugh..
    slamat x ketawa kuat2 dlam pjbt lak tu...
    sakit perut thn gelak.
    it's really5 nice story..
    gd job dude..
    teruskan penulisan ..

    BalasPadam
  27. sweet arr..melatah ney ade benefit gak yea..hu3..

    BalasPadam
  28. sooooooooooo... sweet,
    tak leh nak tipu2 klu latah nikan.
    tp cian kat diorang, asyik kene sakat je.
    hihihi..
    gd job..
    interesting story...
    sama mcm kwn sekelas sy dlu..

    BalasPadam
  29. cter nie best sgt2...
    tp x de perenggan...
    susah gak nk baca.....

    BalasPadam
  30. SWEET!~ my bf pon mlatah.. hehe.

    BalasPadam
  31. alhamdulilah n good job pada penulis..cerita ini agask menarik...cuma jika digarap dengaN Lebih kemas dan tersusun rasanya lg menarik..aper2 pon good job yerrrr

    faizie_87

    BalasPadam
  32. | gadis remaja |21/1/10 4:26 PTG

    alahai, s0 sweet La..
    n kLaka La Laki meLaTAH..
    jarang tgk Laki meLatah..
    tp kiut...
    btw, chaiy0k2..
    uat La cte cam niy ag..
    ta La b0wink..

    BalasPadam
  33. Tanpa Nama4/2/10 10:38 PG

    gud job
    alangkah baiknye lau de org cm nabil nkkn ak
    ni x,mampus ntah ke mane

    BalasPadam
  34. btol2 setuju ngan satu comment di atas.. mase luah perasaan pd syaza ckp 'arwah ikhwan'.. sekali kt bawah ikhwan idup lagi.. pening sikit di situ.. overall.. ok la..teruskan usaha...

    BalasPadam
  35. e,, gelinyer la kalo de owg laki mlatah..
    xkene gaye doh..
    but, sweet cite nie..

    -ya..

    BalasPadam
  36. bestnyerr citer ni..sy suka dgr org melatah.lgpun sy ni kaki usik.he.he..good story..

    BalasPadam
  37. mmg susah nk confess ttg keburukan diri sendiri
    Tp Rania berani sbb dia nk mulakan hidup baru
    Thumbs up...!!!

    BalasPadam
  38. haha...mnariknye....sgt mnarik...
    besnyer klu jumpa orang mcm nabil...
    hehe...anyway cite ny sgt mnarik,,

    BalasPadam
  39. sweeet sangat watk nabil tu..ending kelakar..ikan emas..comel lak...

    BalasPadam
  40. best la..menarik ..sweet sngt ble lelaki melatah kn?????owg respect kat nabil 2.snggup time nia wlaupown die janda..tp cam ne bleh pat nme ikan emas 2???cute plak nme 2.hehehehehe.....

    BalasPadam
  41. not bad cite ni..sy suke part latah2..

    BalasPadam
  42. not bad la..
    tp nk tau gak nape nabil pggl rania ikan emas..
    ke i yg terlepas pndg??
    good job!

    BalasPadam
  43. best giler and funny siot..
    ko tulis lg tau.aku mmg sk cerpen klako cmni.bl bc asyk glak cam kn swan

    BalasPadam
  44. besTTT sgt2...
    very2 interesting...
    gud job girl...
    keep it up...
    :)

    BalasPadam
  45. hahhaah...best2.funny gler..cerpen yg simple, nice n best ending.penulis yg bgs.gud job.teruskn bkarya tp jgn clap lg..ehehe.

    BalasPadam
  46. hahhaah...best2.funny gler..cerpen yg simple, nice n best ending.penulis yg bgs.gud job.teruskn bkarya tp jgn clap lg..ehehe.

    BalasPadam
  47. agak sedih... tp hepi ending. ok la. :)

    BalasPadam
  48. terharu beb...law ade org nk luahkan prasaan kt kita dpn org ramai....bertuah badan...
    nice story..
    suka watak nabil yg kuat melatah..
    wakakakakakaka..
    best sngt..hepi ending...

    BalasPadam
  49. salam....
    hahhaha
    gler r......

    BalasPadam
  50. bez la,kelakar...dulu sy pun ada sorg kwn laki yg melatah,sama cm nabil lah dia ni..org latah kn x tipu,hehehe

    BalasPadam
  51. Tanpa Nama7/9/10 3:07 PTG

    haah la..org mLatah mne nk tpu2..bes nyer law dapat laki yg latah2 ni..suweeet amat

    BalasPadam
  52. bez cter neyh...
    WELL DONE..!!!

    BalasPadam
  53. sronok la citer ni......
    x boring...
    well done...

    BalasPadam
  54. wehh~ cute ler mamat ni melatah~ hahaha..

    BalasPadam
  55. bestnye... teruskan menulis :)

    BalasPadam
  56. haha best !

    BalasPadam
  57. lelaki melatah..haha siyes klakar sgt..ske la (:
    frm nina

    BalasPadam
  58. hehehhe best nya,,,lawak sangat..=)

    BalasPadam
  59. assalammualaikum...........
    cter nie mmg lawak.........
    huhu.fist skali , melatah2 dy p0n , dy ckp yg baik n melepas saTu perasan tnPa rase malu........kahkahkah..
    gud luck~!!بارك الله فيك,,أنشاءالله!!

    BalasPadam
  60. citer nie kelakar giler!! sweet kowt . congrates, i suka jln citer ni. teruskan berusaha . chaiyok!! chaiyok!!

    BalasPadam
  61. sweet ngat... ske ngan cite nie...

    BalasPadam
  62. ade pakwe melatah okeh gak kan...cucuk skit daa jd romantik..haha

    BalasPadam
  63. Tanpa Nama11/1/11 1:12 PG

    wah2... cedap nyer dia melatah... haha...
    plg tak bley blah yg nabil melatah pada hampir ending tu... i lap u bebeh! kahkahkah!
    gelak smpi kuar air mata pon bley ble bce byk kali...
    hahaha!
    (mayasara/ maya_sara

    BalasPadam
  64. hodohnye laki melatah kahkahkah...best gak cte ne..hehe

    BalasPadam
  65. Tanpa Nama7/3/11 3:44 PTG

    best..part melatah tu mmg kelakar..laki plak tu yg melatah..gud job...~~ i like!!

    BalasPadam
  66. best citer...jarang org meluahkankan perasaan melalui melatah kerna dye jujur kcuali yg buat2 mlatah lak.

    BalasPadam
  67. hehehehe kiut gak laki melatah~^^

    BalasPadam
  68. best r cter niii....
    tp.malu gk lau jd nabill 2 kn...
    org melatah nii...
    nsb baek melatah dier 2 x melalut sgt,..
    hahhahahahha
    btw congrate,....make a perfaect 4 d other story..
    hihiihahhahhahuhuhu...:)

    BalasPadam
  69. emm.....gud job

    BalasPadam
  70. Tanpa Nama4/5/11 4:52 PTG

    org tua2 kate kalo laki melatah ni syg bini

    BalasPadam
  71. sepanjang bace cite ni sek tersenyum jek aku...cute nyer pakwe yg melatah tu,,,trik utk pikat pompuan ok la tu...memang cite ni best

    BalasPadam
  72. bez la cite neh
    hehe
    keep it up

    BalasPadam
  73. Tanpa Nama7/7/11 6:39 PTG

    haahhhaa..msti bes kal0w d0k ngan nabil..jujur je ngan prasaan..sngg0p trima jnda lg..shafiq terbaiiikk!!

    BalasPadam
  74. welldone..keep it up!!!

    BalasPadam
  75. senyum n trsngeh2 sorg2 mcm org x btul skjap msa bc cite ni....TERBAIK...

    BalasPadam
  76. syok!!!!...hurmm...tp yg heranya ada laki mlatah ...apa2 pon gud job penulis.....ajak lah ikan emas 2 kawen...ha3

    BalasPadam
  77. best gilerr!!glilerr cool!!

    BalasPadam
  78. lawak gler..cite sgt2 menarik..truskan lg ye..~eyla

    BalasPadam
  79. salam all..
    byk komen cite mmg menarikk,best n lawakk gila...
    i pown hampir tergelak dgn kata2 Rania "saya minta sorry"..i like this world
    ada kerh gitu...hahahahaha
    character nabil dalam cite nie pown best sgt...
    teringat with my brother yg suka melatah..sama arh cam nabil...
    tue jakk i nak komen ...walaupon byk keje nak wat ttp lynn cite nie jgkkk:)
    God job...:)

    BalasPadam
  80. leh lak heronye mlatah...klaka tol...tp sweet la llaki cam nabil 2...tp citer tang ikhwan ngan hafizy 2 cam krang jlas sket....sbnayer hafizy 2 rogol nia ke x???x kn...anywy..citer nie best keep it up....

    BalasPadam
  81. Seronok sangat baca cerpen ini. Great job.

    Cerita dia tidak membosankan malah penuh suspen yang membuatkan pembaca ingin mengetahui dengan lebih lanjut.

    (Baca sambil senyum.)

    BalasPadam
  82. jln cite yg sgt bez... tp masih de kekurangan... ske sgt2... :)

    BalasPadam
  83. Cite ley than,yg part sdey time fizy mninggal,hurghh..pnulis pndai maen cter,.sweet,lwk,sdey sume de..welldone

    BalasPadam
  84. Cite ley than,yg part sdey time fizy mninggal,hurghh..pnulis pndai maen cter,.sweet,lwk,sdey sume de..welldone

    BalasPadam
  85. lucu weh...but good job
    crite ni ambil p'hatian laaa

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan