Sabtu, Oktober 10, 2009

Cerpen : Cubit Peha Kiri

Nama Pena : violet_dara

Sehelai selendang di sarung ke kepala.Disapu bedak Baby Johnson ke muka.Aku bingkas membuka pintu kayu yang berwarna cokelat cair itu.Kaki terus melangkah ke ruang tamu dan terus keluar.terjengkit-jengkit takut ada ibu atau ayah.

Errrrk….alamak mamat ni ada kat luar.Chiss…
Hati menyumpah.

Menyebok betul.Time nilah nak betulkan motor.Menyampahnya aku dengan mamat sekor ni.Nasib baiklah kau abang aku. Kalau tak dah lama aku suruh ibu tukar abang lain.Ish…please lah,cukuplah tu penderitaan aku ini.

"Ha… nak ke mana tu?dah tak reti duduk rumah."

Kaki terpaku.Muncung sudah panjang berjela.Boleh buat baju tidur.Kalau nak dua pasang pun dah cukup sangat.Terus aku berlalu tidak mengendahkan bicara yang malas aku beri respon.Biarkan…kononlah tu nak berbudi bahasa.
Baru tahu aku naik hangin macam mana.Dah kena marah dengan ibu tahu pulak budi bahasa.Dekat sekolah bukan main samsengnya .Bukan nak backup aku,buli lagi adalah.E…bencinya aku.

Silauan kereta Persona Silver membuat ku tersentak.Masing-masing mulut ternga-nga.Ayah dah balik dah.Ah sudah.Ni semua mamat keji ni punya pasallah ni.Aku nak keluar dah tak boleh.Bila terpandang ibu dan ayah keluar kereta aku diam seribu bahasa.Mamat keji itu mecemik muka dan membuat muka mengejek.Benci aku.Ingin sahaja aku hadiahkan penyepak...Sabar jelah ea.Ada ubi ada batas.Ada lori ada bas,Siap kau nanti aku balas.

Memang sedia maklumpun kami dilarang keluar jam10,tapi memandangkan aku serabut dengan kerja amali yang entah apa-apa entah membuat aku tension duduk dalam bilik.Kalau mamat ni tak tahan tadi memang selamat dah.Agh….benci aku.

"Baby nak pergi mana malam buta macam ni?"sapa ibu yang baru pulang dari kerja.Uniform Staff Nurse masih tersarung walaupun dia memakai sweater yang menutupi sedikit uniformnya.

Aku bersalaman dengan ibu.Ibu memandang ku dan mengelus bahuku meminta jawapan.

"Bee saje nak jalan ibu.boring.Tension dengan amali."
"Anak ibu ni malam-malam pun.esok-esokan ada.Kenapa sampai pukul 10.Seorang pulak tu,"
"Ala bu…Bee nak jalan kat taman nu ha.."aku memucung bibir kearah taman yang 40 tapak jaraknya.Agak-agak ajelah.
"Mana bu,dia merayap tu.tah nak keluar ngan siapa tah."
Tengok…ni aku paling menyampah.Ada aje yang mensabotaj ngan aku.
"Aniq Hyqal…kenapa ni…Selalu aje nak cari pasal."ayah mula merenung tajam kearah mamat yang berstatus abang itu.Abang ke?Ah bezanya dia lahir awal bulan aku lahir akhir bulan Tahun sama.kata orang kembar tahun.Apa-apa ajalah bah.

Ayah yang baru selesai mengemas isi perut dalam kereta membelaku.Pantang sangat dia mendengar antara kami mula cuba menabur benih gaduh.ayah sukakan keamanan.Pernah dia naik berang.Habis cermin rumah ditumbuknya dek tak dapat melepas amarah.Semua kerana mamat tulah.Aku jugak jadi mangsa.Sebabnya dia keluar tak balik-balik sampai 3 pagi.Yang kasihan ibu lah.menangis.Ibu bila ayah naik berang,mati kutu tak tahu buat apa.Sebab ayah ni garang sangat.Maklumlah Komando.Mau tidaknya,ada ayah nak bawa parang satu hari,namun aku tahu,ayah mana tak sayang anak.Mau-mau dengar kes macam-macam.Tentunya naiklah suhunya,tambahan lagi ayah komando tentera.Faham-fahamlah.Tapi ayah biarpun tegas dia lembut kalau anak-anaknya mahu belajar sesuatu.Sabar sekali walaupun terpaksa mengulangi selagi tidak faham.
YESSS!!! Ni yang sayang ayah ni.
"Entah ayah,dia memang.semua dia buat semua betul."
"Kamu ni…malu sikit kat adik-adik.Dah besar panjang pun.Dah jom masuk.Afiq dengan Raudah dah tidur"Ibu memegang bahuku.Aku mengganggukAku mengerling kearah mamat yang bajet bagus tu..Weeeek…siap kau!bicara hatiku.
Dia hanya memandangku dan aku tersenyum kepuasan biarpun geram tak dapat keluar.

Aku melangkah kamar berwarna kuning keemasan.Katil berwarna coklat kayu jati itu ku pandang.Mata ni mulalah mengantuk.Kuangkut selendang didalam almari semula.Tersusun warna baju ku yang kebanyakannya berwarna biru laut turquoise.Suka sangat aku warna tu.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 10 minit.Herm…masih awal lagi nak tidur.Aku bangun dan mencapai laptop pemberian ayah usia ku 15 tahun.Walaupun ibu melarang keras ayah menghadiahkan aku tapi ayah membela biarlah asalkan aku berjanji akan dapat straight A’s SPM nanti.Aku seperti biasa melayan cerpen di Penulisan2u.Hai,anak muda zaman sekarang,suka menyalah guna.Tapi aku bukan buat kerja bukan-bukan okey.Setakat membaca,tambah sikit pengalaman.Ea tak?berkembang sikit otak ni.

"Bee…."pintu bilik terkuak sedikit.Ibu masuk.Berbaju ala-ala kimono.Baru sudah mandi mungkin.Basah lagi rambut ibu.Rambut ibu yang masih hitam pekat itu separas pinggang.Cantik rambut ibu.Aku turut mewarisi rambut kepunyaan ibu.

"Ea ibu.."
"Boleh ibu masuk?"
"Siapa pula yang melarang ibu masuk.Ibu berhak masuk..nape ibu?"aku berpaling menoleh ibu.Baby adalah nama manja,nama sebenarku Rabyiatun Aadwiyah.
"Bee baca cerpen ke?"soal ibu.Aikh mana ibu tahu ni blog untuk cerpen?
"erm..mana ibu tahu."
"ibu pun selalu baca…Bee tak tidur lagi?"
Menggeleng dan akhirnya aku diam..Fahamlah aku kini.Tapi aku tahu kenapa ibu bukan mahu berbicara ini.Kalau tidak masakan dia mahu masuk bilik ku.Jarang sungguh.Biasanya kalau mahu berbincang pada hari sabtu ataupun ahad.Selepas solat isyak berjemaah.Itulah rutin kami.Tak ada pun kami bersama menonton movie.Tapi kebiasaannya mamat bajet itu jarang lekat kat rumah.Biarlah.Kalau ada yang penting ibu akan cakap siap-siap sebelum dia sempat bawa motor kapcainya keluar.Antara keluarga aku kurang mesra alam sikit dengan abang aku yang seorang tu.Mengapa?aku pun tak tahu.Ibu mengambil tempat dihujung katil.Ibu membelah suasana sunyi.
"Ibu mungkin ada outstation nanti,dalam 1 minggu.Dekat Semporna.Nanti tolong ibu uruskan adik-adik kesekolah ea?"

Aku dah agak,tapi aku dah biasa.Aku faham tugas ibu.Ibu merenung kearah ku.
"kasihan anak-anak ibu asyik kena tinggal aje kan?Walauapapun ibu sayangkan anak-anak ibu."

Aku memandang ibu.
Aku memeluknya,tiba-tiba jadi sebak.ibu mengelus rambutku.Mengucup ubun-ubunku.Aku gembira ada seorang ibu yang penyayang.
"okaylah,anak ibu dah mengaji tadi?"
aku mengangguk pantas.
"Abang?"
aku menjungkit bahu.Malas nak tahu hal berkaitan dengan mamat bajet tu.
"Entahlah…ibu tak suka kalau anak-anak ibu ni tak ambil tahu antara satu dengan lain.Kamu dilahirkan bukan seorang.Cuba bayangkan kamu tiada sesiapa?"

Aku diam membisu.
"tak apalah,ibu tahu anak-anak ibu dah tahu fakir mana elok mana tidak.Ibu keluar dulu."Ibu melemparkan senyuman.

"ibu.."
"ea sayang.."
"ibu….terima kasih"


******
Afiq duduk dipangkuan ibu.Ibu menyuakan biskut Mary ke mulutnya.Afiq baru mencapai 3 tahun.Adik aku ni disikat tepi,comel dan handsome.Macam aku dulu-dulu,tapi aku amik part yang comel aje.Hehehe.Herm…Aniq jangan haraplah ada kat rumah.Abang aku bertuah tu memang tak boleh harap.Nak-nak hari sabtu macam niAyah,pun entah.

Panggilan telifon menyentakkanku.Aku yang leka menonton televisyen bangun dalam terpaksa.
"Bee,panggilan dari Ifa."
Aku bergegas pergi kearah ibu.
Ish..Ifa ni pun satu hal.Menyebok aje time aku dok malas bercakap.
"asalnya.."aku bersuara malas.
"hah kau Bee.aku nak ajak kau pergi town nih.Aku boring gila ni beb."
"apa ada hal?"
"adalah..ikut aku ea?"
"ish…datang ajelah rumah aku.Ibu ada rumah.Aniq keluar."
"Alah Bee,sesekali enjoylah sikit kepala otak kau tu.Dok berkepit ngan ibu ayah aje."
"Alah…kau ni,aku anak yang solehah apa.Pakej tu nak jadi anak mithali,"
"Banyaklah kau.Meh siap."
"Malas…."
"Aku datang jam12 nanti."
Aku diam.Tak sempat cakap panggilan sudah termati.Kurang asam ajinomoto punya budak.
"Ifa nak ajak keluar ea?"
aku diam,menjungkit bahu.
"Nak keluar hati-hati.Jangan pergi tempat bukan-bukan."
Aku diam.Ibu ni,time malaslah ni dia bagi greenlight.
"Ibu tak kerja ke?"
"Ibu cuti."
Aku mengangguk faham.Pulak dah.
Tiba-tiba bunyi motor menyapa gegendang telingaku.Ah….mamat bajet tu dah balik lah tu.Mukanya hangin satu badan.

"ibu ada nampak tak kasut Aniq?"
"kasut apa"Ibu menyoal kehairanan.
"Sportshoe.Warna pink."
Aku tersengih.Hak…hak..Pink tu juga kau nak?Kononlah tu bunga,hati tisu.
"Mana ibu tahu,kamu letak mana?"Ibu meletakkan Afiq yang leka bermain dengan robotnya dihadapan talivisyen.Dia keatas mungkin bersiap untuk membawa Afiq ke taska seperti biasa.Namun mungkin kali ini ibu menemaninya di sana.Aku buat-buat menyebok diri.Mengawal tertawa.

Apa yang penting…KERJASAMA.apa yang penting..?KERJASAMA.Wonderpets…wonderpets telah berjaya… siri lagu wonderpets kedengaran…tapi-
TOINKKK
Kepalaku ditunjal menggunakan jari telunjuk.Siapa punya angkara.Bengong!Kepala ni maruahlah wei.Aku naik berang.Tapi tidak jadi apabila nampak muka cemberot dari wajah seorang abang yang agak menjengkilkan.Huh…letihnya nak layan dia.Perangai macam mafia.Ishh…mulut aku,aku pun kadang-kadang bukan main ganas mengalahkan abang aku seorang tu.


"Apani?kepala orang main-main,cakap dengan ibu nanti..?"dengusku kasar.Ada nada mengugut.
"kau aje yang tahu mana aku letak kasut aku kan.!"
"wei,mana aku tahu .Kau jangan nak cari pasal boleh tak.Tak senang betul aku nak relex ni…?"
"kau jangan mengada boleh?"
"Kau ni ke-"mulutku ditekup.Aku pantas menggigit jarinya.Bulat mataku.Geram.
"wei,kau perlahankan volume boleh tak.Ibu dengar siap kau!"ugutnya.Ah bencinya.Aku kena mengalah.
"dah aku cakap aku tak tahulah."
" kau yang curikan?"
"Pleaselah aku nak kasut kau yang warna pin tuk.Meluat aku.Weh,kau carilah kat kandang Minmin tu.Agaknya minmin pakai kot."

"Diamlah kau.Bongek!*%@###%#"
Dia bengang.Terus mencari seisi rumah.
Dia bingkas bangun,mendengus.Aikh,pelik sangat.Tak plak tumbuk aku,tak plak macam dulu kasar mengalah zionis.Hanya kata makian sahaja.Dah berubah kew?Peliknya?
"Bengong."sepatah aku hamburkan kata keji itu.Padan muka.Aku dah letakkan kat reban arnab.Lantak kaulah.Siapa suruh main campak aje.Padan muka.Biarkan arnab-arnab pakai.Gumam hatiku.Asyiknya aku aje yang kena marah dengan ibu pasal bersepah,padahal aku punyalah baik elok mengemas.Aku aje lah yang kena,sebab aku anak dara.Ish..susah ya jadi perempuan.Ish..apalah aku ni,tak baik sungguh.Tak bersyukur dengan kurniaan tuhan.

Entah,tiba-tiba sunyi.Aniq pun tak bising-bising macam tadi.Dah jumpa ke?Tido dah ke?Keluar tak mungkin.Afiq pula asyik bermain dengan robotnya.Malas aku mengusik adik yang seorang ni.Afiq,kau nanti dah besar jangan nak ikut perangai abang kau yang NATES tu…ish,dengki aje dengan aku.Menyampah sungguh.

Bunyi piano menyentakkan lamunanku.Lagu Im yours berkumandang.Ni sape pulak yang main piano.Ayah?tak mungkinlah…Ibu?lagi mengarut.Ibu tak mungkin,dia lagi suka melukis di kanvas atau menghabiskan masa dengan membuat cerpen.Ni…Lahai..Sape ea?

Hati-hati kaki melangkah.Langsir berwarna putih terbang ditiup angin.
TOINK….jatuh rahang aku.Terlebih makan ubat apa?

Merdunya bunyi.
E…ngape agaknya abang aku ni berubah secara drastic?Pelik binti ajaib nih.
Tak percaya…dia ke ni?Ntah-ntah klon kot.Eh…ingat macam invisible ke..
Tapi dia mainkan lagu Im yours.
Betul…mana dia belajar.Kalau dulu aku tahulah main lagu tiga kupang ke,lagu selamat hari jadi,tapi sekarang dah kaku.Dulu bukan ke dia tak minat?Ish..ni mimpi ni..Aikh…
Aku menggosok kelopak mata.Masih berkumandang lagu Im yours.

Asyik..hampir terlena.Kalau terlena takkalah aku boleh berdiri.Itu dah nama cerita lain.Aku menggigau.

Tiba-tiba..
"woi…apahal nyebok ni?"
aku terkejut cicak.Tengok,bukan nak cakap elok-elok.Baru aje nak puji lebih.
"amacam best tak aku main piano?"dia tersenyum lebar,bangga sangat mukanya.Menyampah betul aku.
Aku menjuih bibir.Dah cukup hebat lah tu?
Alamak jam sudah menunjukan jam 11.00.Aku terus ke bilik untuk bersiap.
Tadi kata Ifa jam 12.Ah sudah….

*****

DEBUKK… terasa bagai ada objek yang memukul ku.Kemudian bayang hitam itu memukul Ifa.Ifa sudah lemah.Aku bingkas bangun,mencapai apa yang ada.Aku menghayunkan beg sandang penuh dengan buku sekolah.Orang itu melayang.Mungkin tak dapat mengimbang badan dek pukulan aku.
Namun tenaga perempuan apalah daya sangat,biarpun ayah ada mengajarku teknik disaat genting.Teknik pukulan di tempat yang sensitif.

Tangan aku di sentap kasar.
"Woi…mana Nick ha?"
Aku tersentak.Ngape pulak ngan Nick?Apa plak si mamat gila kuasa tu dah buat?.
"sakit lah bodoh.Kau nak apa dengan Nick?asal kau tak cari dia aja bodoh?!"aku menjerit kasar.
"Agh…diamlah perempuan.Ikut aku."kata seorang lelaki bertubuh besar,ala-ala Rikishi macam cerita WWF.Huaaa….kalau aku kena lanyak ni habis lempeng aku.
Berderu jantung ku.Ya allah selamatkanlah maruah ku.Ish…apa aku nak buat ni.
"Ikut aje aku,jangan banyak bunyi."
"weh…sakitlah bengong.Aku ni perempuan."
Tapi kata-kataku tak diendahkan.

*****

Ifa hanya mampu menangis.Asalah minah ni gembing semacam.Aku naik pening.Gembing orang jawa cakap kuat menangis,touching aje lebih.Ikutkan hati mau aje aku sekeh kepala dia ni.Bukan nak fikirkan jalan,tapi dia buat lagi serabut kepala aku ni.
Saat itu terbayang wajah Ibu dan Ayah.

"woi budak…kau telifon Nick."
Aku tersentak.Lelaki yang badan berketul dengan kepala yang botak itu menghampiriku.Dengan baju yang tidak berlengan dan tatu bercorak wajah wanita ikan duyung.Uweksss…bau tak mandi setahun menusuk hidung.Apalah mamat ni,tah kuman apa melekat tah,nak jadik Taiko konon..Taiko pembawa Kuman adalah.
"Woi Mermaid,manelah aku ada telifon.Ngapelah kau ni bangang sangat.Ada kau nampak aku pegang telifon."maki aku.
"##$^$@#$&% kau budak,kau kate aku Mermaid.Aku suruh telifon Nick sekarang,Bukan melawan.Aadpaham?"
Lelaki itu mula bengang apabila aku memanggilnya Mermaid.Ealah,nama aje Taiko tapi ada letak gambar Mermaid kat lengan.Macam budak darjah 6.Apa-apa ajelah ngan Taiko sorang ni.Biarpun muka ‘little Mermaid ‘ ni macam garang,aku buat Don’t Know aje.Lantak ah.Apa nak takut,macam aku heran dengan badan berketul ni.
"wei Bon,aku rasa dia tak takut ngan kau,Meh aku try gertak minah ni."
Lelaki berambut panjang itu mula menghampiriku.CISS…adahati nak gertak aku.Gumam hati kecilku.Ifa sudah mula tersorok tepi menangis.Naik bengang pulak aku dengan awek ni.
‘weh tolonglah jangan bikin aku serabut..’kata hati kecilku.
"sayang…aku nak kau telifon abang kau guna telifon 6G ni untuk telifon abang kau supaya datang jumpa kita orang,Boleh tak sayang?"kata lelaki berambut panjang itu sambil mencuit daguku.Aku mengelak.
Telifon 6G hangguk dia.Nokia 3310i dia cakap 6G.Apalah,zaman tuk kaduk punya handphone.Aku ingat Handphone sony xmini ke,transparent handfon yang guna system solar ke,Cool G108 ke,ni handphone baling anjing tu.He..he.Aikh..lawak-lawak..
"Aku takkan telifon dia,lagipun dia amna ada telifon."
"takkan kaya macam kau ni tak da telifon."
"betullah,ingat aku kaya macam kau ke ada handpone 6G."aku tersengih.
"#%^%%*%^9….aku kau amin-mainkan ea."
Rambut panjang mula bengang dengan aku yang mengusiknya.
"Woi Doni kau tak payah layan aje budak ni,main lembut tak mau kita main kasar aje.Apa pedulik,janji Nick kat tangan kita."
GULP…Alamak,mati aku cam ni.Gawat aku ni.Ifa tolonglah jangan kau menangis.Mereka menghala ke Ifa.
"wei minah,aku benganglah dengan kau,apa kate kau senyap sekejap."Satu tengkingan bergema.Ifa berhenti menangis seketika,namun akhirnya makin kuat.
"Bon,kau bawa minah ni bilik lain.Aku nak settlekan adik Nick ni.."Jerkah Doni.Mataku membutang.Aish…Ibu tolonh lah Bee.
"kalau kau nak selamat,kau telifon Nick.Cakap dengan dia,bawa anak buah dia datang jumpa aku."
Aku diam berkira.Agh..apa nak buat ni.nick ni selalu nyusahkan aku macam ni.
Aku mengangguk.Tanda setuju.
"ha…macam tulah,kau kerjasama ngan aku,ka upon selamat."
Aku mendengus.
"Berapa nombor dia?’
"Bak lah buka tangan aku dulu,macammana aku nak tekan,Sengallah kau ni"
"sorry,aku tak percaya dengan kau,kau cakap aje nombornya."
Aku mengetap bibir.Ah…rancangan tak berjaya pulak,takpe.Aku kena fakir jalan lain ni.
Aku memberi nombor telifon Aniq,dan lelaki berambut panjang tu bercakap jarak jauh dari ku.
"wei ni Nick nak cakap ngan kau."
Aku diam,telifon diletak kecuping telingaku.
"Bongek lah kau Bee,aku dah kate jangan keluar.tengok Ayah dah susah."
"kau lah bodoh,nyusahkan aku."
"Ala kau releks ajelah,buat macam citer Inspector Gadjet.Gerenti tak ada ape-ape belaku.."
TEEEREET…isyarat bateri Low.
Kurang Asam punya abang,itu yang dia nak cakap.Ini abang ke?.Kura-kura Straberry betul.Hangin aku.
"Sorry sayang,memang bateri ni pandai,lagipun kredit aku bukan untuk kau cakap panjang-panjang."Ujar lelaki berambut panjang itu dengan gelak besar.Mangkuk Ayun.Lelaki itu berlalu,sempat melambai kearah ku.Dan memberi flying Kiss
"Jaga-jaga sayang,dalam ni banyak lipas."
Aku menghenyak badan ke dinding.Bau amat meloyakan menusuk hidung.Dah dekat seribu kali aku bersin agaknya,dek kuman stapyhlacocus,ntah steoptococus yang menyumbang gejala resdung aku makin kronik..Aisey.


*****

Ayah memandang wajah Aniq yang selamba.Aniq biasanya dia akan buat muka tak bersalah apabila ada sesuatu yang menimpa.Macamtulah.Ayah jadi tak senang duduk.Ibu yang sedang mendodoi Afiq nampak geliasah.
"Abang,kita patut buat apa ni?’soal ibu.
"Budak-budak tu tak kenal lagi abang agaknya.Sengaja main api."
"Abis nak buat apa ni abang?Keselamatan Bee tu yang penting.Kau pun satu Aniq,yang kau main masuk aje kumpulan tak tentu arah kenapa?"marah ibu.Aniq buat muka toya aje,biarpun ibu sebenarnya dah marah petala kelapan belas.
"Sayang tunggulah dulu,Abang tengah fakir cara ni.Janganlah asyik menyalahkan aje"
"Abang selau macam tu,Ni Aniq ni nak jadi samseng ke?"Ibu mula bengang dengan sikap ayah.Aniq berbunga dalam hati,Ayah memang the bestlah.Memahami.
"Bukan samseng ni sayang,nilah baru anak jantan.Tak mengalah sebelum berusaha."
Ibu bangun,terus mencepung Aniq menaiki tangga.Barangkali malas sudah melayan karenah dua beranak itu.Dah faham sangat.Ayah dengan anak sama aje.


*****

Lipas kecil merayap dikaki.Dah puas kena penyek tetap masih ada,tak tahu mana datangnya lipas yang kurang moral ini.Geram sungguh hati ni.Tak da pulak Ridsect sembur lipas.Bilik apalah ini,macam kandang lipas aje.Ayah cepatlah tolong Bee.Nangis karang.Namun hanya luahan itu kedengaran dihati sahaja.

DEBUKKK…pintu terbuka,muncul wajah ayah.Aniq dan rakannya.Ifa disebelah,terus meluru kearah ku.Ada enam orang berbadan sasa jatuh bergelimpangan,mungkin puas dibelasah.Masing-masing tadi yang bajet kuat,lemah gemalai bergelimpangan.Rakan Aniq masing-masing sudah pulang setelah bersalaman dengan ayah dan Aniq.

"Ayah…"
Aku terus memeluk ayah.Aniq mencebik.Aku lihat bibir Aniq berdarah,bajunya koyak sedikit.Badan ayah ada sedikit terluka,ayah mengaduh kecil sebaik aku menyembam wajah kedadanya.
"mengada betul,nyampah aku."getus Aniq.
Aku menjeling tajam.Aku cuba meluru kearah Aniq,tetapi ayah menarik lengan.
"korang pulak aku belasah macam diorang lepas ni karang."
Ayah mula bengang dengan kami,aku tersengih.
"Dengar tu.kau patut terima kasih nagn aku."Aniq tersengih,bangga.Aku mempah ayah dan Aniq,sementara Ifa berdiri disebelah ku.
Baru selangkah aku bergerak,Aniq tersungkur.Ya allah,ayah pucat,aku pucat,Ifa lagi pucat.Ada pisau terlekat di bahagian belakang Aniq.Aku kaget.Apakah ini silap ku,airmta terus turun laju.Tak tergambar apa dibenakku.

"Bee,buka tudung kejap."
Aku terus membuka tanpa menyoal,ayah menarik pisau ddengan pelahan dan terus mengikat dengan kain tudung ku.
"Ifa pakcik nak pinjam tudung."
Ifa pun menurut,ayah terus mendukung Aniq kebelakangnya dan kami meluru berlari kearah kereta Persona.
"Ayah diorang macammana?"
Soal ku dalam kekalutan tiba-tiba.
"Biarlah diorang nanti sedar sendiri.Pandai-pandailah cari klinik sendiri".Ujar ayah.
Ada pulak ayah ni,mati anak-anak orang ni sape susah.Aku terus memegang tangan Aniq,ayah mula drift laju.Ifa duduk di tempat penumpang hadapan.Air mata mula membanjiri kolam air mata.
"Abang…Bee sayang abang."terpacul ayat itu tiba-tiba.Aniq mengangguk.Air matanya turun laju.Aku mengesat bibirnya yang berdarah.
"Bee…cepat,kunci kereta.Nnati telifon ibu.Ayah hantar Aniq kat ICU"
Aku menganggukMenuruti aahan ayah.Tangan menggigil mendail nombor ibu.Ifa menenangkan ku.


Seminggu telah berlalu.Ibu hanya memandang Aniq sambil memangku Afiq.Aku duduk disisi Aniq.Ayah baru pulang kerja.
Ibu bersalaman dengan ayah.Mesra ibu walaupun penat menjaga Aniq,terpaksa overtime.Afiq,akulah yang jadi baby sitter,nasib musim cuti.Aku berharap Aniq seperti dahulu.Nasib baik pisau yang menembusi tidak terus tercucuk jantung Aniq,kalau taka bang aku yang sorang ni dah SELAMAT dah..Jiiiiun kata orang.Tuhan tak mahu aku sedih dan mahu aku buat baik dengan Aniq kot.Aku dah berazam nak berubah jadi adik yang Mithali lepas ni.Kata ayah,masa kejadian tu,ayah terlewat sedikit,sebab akal pendek Aniq terus masuk mencari bilik dimana aku dikurung.Mungkin masa itulah pisau yang entah mana tersesat tembus dirusuk Aniq.Semua hanya Aniq berpecah kumpulan,katanya Geng Marco Polo.Geng yang aku tahu sekumpulan Geng Yang Modify Motor.Hak hak lawak sungguh jiwa lelaki ni.Aku pula jadi mangsa.Namun dengan cara ini adalah satu petunjuk supaya aku buat baik dengan Aniq.

"Ibu…Ayah.."
Suara garau Aniq yang lemah kedengaran.
Semua meluru.Aku pun terus kesisi katil.Alhamdulillah.
"Dik…aku minta maaf sebab selalu buat hal.Aku saying kau sebenarnya.Saje gurau manje dengan kau.Kalau tak macam ni,tak adalah kita masuk siri Inspektor Gadjet siri ke 56 kan?"
Aku tersengih.
"Aku pon saying kau,aku selalu tak mengalah,tapi aku nak kau tahu.."
BUKKK…
"padan muka,nil ah akibat nyusahkan aku ngan ayah."
Satu tumbukan perlahan dibahu kiri.
"Aduh sakit lah.."Aniq menjerit kecil.
"Padan muka…Daulat."
Ayah dan ibu tersenyum melihat telatah kami,mungkin senang apabila kami sudah berbaik.Harap Aniq berubah selamanya.Aku pun nak menyumbang supaya ibu ayah dapat menjadikan keluarga kami keluarga bahagia.Amin.Tiada lagi akta makian,terajang atau penumbuk.Yang pasti ada kami akan menjadi abang adik@kawan.

3 bulan kemudian

Ibu dan ayah diruang tamu.Mata mereka tepat memandang kami berdua.
"mana janji kamu nak jadi adik dan abang yang baik?"soal ayah.Aku tertunduk.
"Dia ni ayah…"aku cuba membela diri.
"dia ayah,sebab amik dia punya cekelat Cadbury pun dah bising satu Malaya."
Ayah menggeleng.Hakikatnya kami memang tak boleh pisah gaduh-gaduh ni.Kata orang pon,tak matang.Ibu dan ayah hanya tersengih dengan karenah kami.barangkali sudah masak dah dengan fiil kami.
"ibu nak beritahu sesuatu.."ibu mememangku Afiq bersuara.
"Ibu mengandung 2 bulan..kamu kena jaji dengan ibu ayah,jaga adik-adik nanti."
"ea ke?"
Teriak kami berdua,Afiq pun bersorak
"ibu laki ke perempuan?"soalku ceria.
"harap perempuanlah kan.."aku tersenyum.
"Kalau lelaki ada sorang macam Afiq campur Aniq matilah Bee."
Weeekks.. Aniq menjelir lidah.
"Padan muka Afiq,tak leh ngada-ngada lagi..Ibu ada baby baru.."Aniq mengusik.Afiq tah kenapa,mungkin faham terus menangis dan berlari jauh.Merajuk kot.
"Aniq…"Ayah mengetap bibir,ibu tersenyum.Aniq memang nakal.
"Macam abang jugak dulu."kata ibu tiba-tiba.Aku tersengih bagai kerang busuk.
Hai moga-moga keluarga kami ceria dan bahagia.Amin

52 ulasan:

  1. Best sesangat....Klaka tahap cipan..sampai nak tkeluar isi perut aku...Gud job 2 writer....

    BalasPadam
  2. thank you...me kaceh sape yang mengomen.Saya akan buat lebih baik lagi.Salam mubarak


    violet_dara@yahoo.com

    BalasPadam
  3. haha.ak un selalu gak gado dgn abg ak.
    ta perna berbaek :)tp tak de lah smpi ak kne culik.
    hhe.cme dye da baek sikit lepas duduk asrama nie.
    kne duduk jauh jauh baru baek agaknye.
    hhe.btw,nice storry.laen dr laen.lurve ya :)

    BalasPadam
  4. nice....hampir sahaja menitis air mata part pisau kat badm aniq tu

    BalasPadam
  5. rindu kat adik-adik huhu...aku lain lak aku kakak sulong dulu kecik2 slalu gduh ble besr msg2 msuk asrama dah x sgt gaduh...

    BalasPadam
  6. erm...
    tringat kat arwah adik aku..
    rindu sgt lak kat dia..
    anyway, kpd pnulis, tahniah..
    criter best..
    pengorbanan abg terhadap adiknye..
    wlu mcm mne benci, air di cincang tak kan putus..

    BalasPadam
  7. bast ape citer ni cam cipan tahap berok hampe giler.............citer nih patut dalam tongsam jer

    BalasPadam
  8. besh2..na ag..

    BalasPadam
  9. nama wtak pompuan same ngan nama aku..aku pun nama manje bie gak..then abg aku ngan aku pun kembar tahun..aku pun ank pompuan sorg gak..asl perang si abg tu same ngan prangai abg aku..hu3..same sebijik..x cye tol aku..

    BalasPadam
  10. ABG AQ MASIH LOM BAYA HUTAN KAT AQ........RM150...GERAM GILER.......APEPON THIS CERPEN IS ROCK.......

    BalasPadam
  11. ALL THE BEST

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama15/4/10 1:29 PG

    DULU SY SLALU GADUH NGAN ABG HIHI...TP SKRG ABG SAMBUNG BLJR KAT SEMENANJUNG..RINDU LA PLAK HIHIHI....
    TP CITER NI MMG KELAKAR LA...TERINGAT MEMORI LAMA..THANKS PENULIS....TERUSKAN BKARYA K...

    BalasPadam
  13. best gak citer nie...
    lain dr yg lain....
    thumbs up...=)

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama9/5/10 9:59 PTG

    bak kata pepatah - air dicincang tak kan putus -
    kali ni lain drpd cerpen2 yg sy pernah baca before ni, sumenyer berunsurkan cinta..
    tp kali ni penulis telah masukkan elemen family lak..
    goob job :)
    2 thumb's up :)

    BalasPadam
  15. hahaha..klkr giler..syok arh ade abg leh gduh slalu..tp aku xde abg..tp jd mangse aku adik aku..huhuhuhu

    BalasPadam
  16. wow..bestnye..teringin sgt nk ade abg yg sporting.
    huhu

    BalasPadam
  17. bez gler tahap mentibang laut!!!syabas beTE!!!!!!!

    BalasPadam
  18. bez ar ada abg cm 2..gaduh2 pun tp sggup korban nyawa utk selamatkan adik dia...kelakar gak la cte ni

    BalasPadam
  19. best...good job...

    BalasPadam
  20. bestla cite ni .=)

    BalasPadam
  21. bbbbbbbbeeeeeeeesssssssssttttttttttttt ssssssssaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnnnnggggggggggggggaaaaaaaaaaaaaaaaaattttttttt
    llllllllaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    BalasPadam
  22. bez ar cite nye..
    msti bez kn klau dew abg,,

    BalasPadam
  23. best sangatt..laen drp yg laen. :)

    BalasPadam
  24. memang bestlh..

    BalasPadam
  25. best la...
    cke2...

    BalasPadam
  26. hahahahahaha.....
    best r cte ni lain dri yg lain.....
    keep on writing k....
    :)-H33 Yn6mT-

    BalasPadam
  27. cite nie best la...aq slalu gado ngan abg aq..abg aq
    prnh letak ubat nyamok wane hijau y ade api lg tu kt pusat aq..
    gud luck writer.

    BalasPadam
  28. hahahahahahhaa...bestttt laaa....tang kena suruh telifon kai 6g tu yg lawak giler ahahahahaa,,,

    BalasPadam
  29. boring tapi ok lah.

    BalasPadam
  30. jln crita mmg lain tp ayat bterabur..pastu,tanda baca pun xbetul dan susah nk baca..lagi 1,ada pkataan yg slh eja..btw,gud try..
    (TT)

    BalasPadam
  31. Tanpa Nama22/4/12 5:01 PG

    best citer ni..ingt kat adik kt kampung y umur nye beza stahun,,slalu gaduh ngn dye..nk wt cm ne,dye tu cm aniq la,suke sgt crik psal xleh tgk owg senang..tp skrg ni ok da,mybe sbb kami pom da besar pnjang da matang..

    BalasPadam
  32. Tanpa Nama27/3/13 4:36 PG

    Hey there just wanted to give you a quick heads up. The words in your post seem to be running
    off the screen in Safari. I'm not sure if this is a format issue or something to do with internet browser compatibility but I thought I'd post
    to let you know. The design and style look great though!
    Hope you get the problem fixed soon. Cheers

    Feel free to visit my weblog: pet beds

    BalasPadam
  33. What a data of un-ambiguity and preserveness of valuable knowledge on
    the topic of unpredicted emotions.

    Also visit my page: baseball bat reviews

    BalasPadam
  34. Hello very cool blog!! Guy .. Beautiful .. Wonderful .
    . I'll bookmark your site and take the feeds also? I am satisfied to find so many useful information here within the submit, we'd like
    work out extra strategies in this regard, thanks for sharing.
    . . . . .

    My website ... purchase a pet

    BalasPadam
  35. I go to see every day some web pages and blogs to read articles,
    however this blog offers feature based writing.



    My web blog: table and chairs kids room

    BalasPadam
  36. Great info. Lucky me I recently found your site by accident (stumbleupon).

    I have bookmarked it for later!

    Look into my web blog new balance n4 heart rate monitor

    BalasPadam
  37. Excellent post. Keep writing such kind of information on your blog.
    Im really impressed by your site.
    Hey there, You have performed a great job. I'll certainly digg it and for my part suggest to my friends. I am sure they'll be benefited from this website.



    Also visit my website; hand pole saw pruner

    BalasPadam
  38. Tanpa Nama31/3/13 2:54 PG

    Hi my loved one! I wish to say that this article is awesome, great
    written and include almost all significant infos.
    I'd like to peer extra posts like this .

    Take a look at my homepage - timex t5k541

    BalasPadam
  39. Tanpa Nama31/3/13 2:55 PG

    Valuable info. Lucky me I discovered your site by accident,
    and I am stunned why this accident didn't came about earlier! I bookmarked it.

    Here is my webpage: wood baseball

    BalasPadam
  40. Tanpa Nama31/3/13 5:39 PG

    It's awesome designed for me to have a web site, which is valuable in favor of my experience. thanks admin

    Look at my weblog honda s2000 hardtop for sale

    BalasPadam
  41. Article writing is also a fun, if you be familiar with
    afterward you can write or else it is complicated to write.


    Also visit my web blog :: marvin tree pruner

    BalasPadam
  42. Hello, the whole thing is going fine here and ofcourse every one is sharing facts, that's genuinely good, keep up writing.

    Feel free to surf to my homepage - snoring remedy

    BalasPadam
  43. Hello, the whole thing is going fine here and ofcourse every one is sharing
    facts, that's genuinely good, keep up writing.

    my homepage ... snoring remedy

    BalasPadam
  44. Terima kasih kepada pengomen..tak sngka masih ada lagi pmbaca cpen saya yg ketiga ni.masa saya buat crpen ni umur 19tahun. Masa tu saya buat pn curi2 masa,dan saya copy paste dari word mnyebabkan susunan xberapa cantik. Komen anda mbuatkn saya bersemngat nak tulis kembali.terima kasih semua
    Owner violet_dara.

    BalasPadam
  45. Terima kasih kepada pengomen..tak sngka masih ada lagi pmbaca cpen saya yg ketiga ni.masa saya buat crpen ni umur 19tahun. Masa tu saya buat pn curi2 masa,dan saya copy paste dari word mnyebabkan susunan xberapa cantik. Komen anda mbuatkn saya bersemngat nak tulis kembali.terima kasih semua
    Owner violet_dara.

    BalasPadam
  46. Terima kasih kepada pengomen..tak sngka masih ada lagi pmbaca cpen saya yg ketiga ni.masa saya buat crpen ni umur 19tahun. Masa tu saya buat pn curi2 masa,dan saya copy paste dari word mnyebabkan susunan xberapa cantik. Komen anda mbuatkn saya bersemngat nak tulis kembali.terima kasih semua
    Owner violet_dara.

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan