Rabu, September 30, 2009

Novel : Tali mawarku 4

Nama Pena : Ain Azmadeey

Matilah aku....

"Coffee break, Mirul" pelawa Haiqal sambil menjinjing briefcase ke cafe yang berhampiran dengan pejabat mereka. Amirul mengangguk dan mereka beriringan ke Hilter Cafe yang terletak di dalam kompleks membeli belah milik keluarga Haiqal.
"Bulan depan kau bertunang?' soal Amirul lagi meminta kepastian dari sahabatnya, Haiqal mengangguk membenarkan. "Tak rasa cepat sangat ke?"

"Entahlah Mirul... budak tu pun belum habis degree lagi, baru 22 tahun," Luah Haiqal. mereka memilih tempat duduk di tengah-tengah restoran dan memesan makanan tengah hari mereka. "Budak tu setuju ke?" soal Amirul lagi. "Aku rasa dia ikut je cakap Mak cik dia..." jawab Haiqal, Amirul mengangguk-angguk perlahan memahami keadaan Haiqal. "Mungkin cara ni kau dapat melupakan Ana... Haiqal," kata-kata Amirul membuatkan Haiqal menghela nafasnya panjang. Dia tidak pasti apakah kasihnya dapat bertukar arah. Ana... sebaris nama itulah yang mengisi ruang di hatinya sejak sekian lama, sudah dua tahun dia tidak mendengar khabar daripada gadis itu, berita terakhir adalah berita pertunangannya dengan warga England. Haiqal mengeluh lagi.
-------------------------
"Bertunang? Mak cik tak cakap dengan Hana pun..." kata Hana agak kehairanan. Haiqal tersenyum melihatnya. Gadis itu tidak banyak bicaranya. mungkin baru berkenalan. "Aunt tak cakap? Aunt lupalah tu..." kata Haiqal. suasana Majlis tersebut semakin lengang, tetamu-tetamu Ibunya telah ramai yang pulang. Hana mengerutkan dahi, pasti gadis muda itu tidak menyangka berita ini akan didengarinya.

"Hana baru 22 tahun, belum habis degree pun, bulan depan tu cepat sangat," kata Hana lembut. Haiqal mengakuinya. Mereka baru berkenalan, namun Haiqal malas untuk membantah kehendak ibunya. "Bukannya Kahwin pun Hana," Balas Haiqal menyedapkan hati Hana. Hana turut tersenyum barangkali menyedapkan hatinya sendiri. senyumannya jelas menampakkan kedua-dua belah lesung pipit Hana. Pertama kali Haiqal melihat gadis itu, dia tidak menyangka, itulah pilihan ibunya.Dia kelihatan mentah dan terlalu muda untuk dipadankan dengan Haiqal. Gadis itu manis bertudung dan berbaju kurung. Kulitnya yang putih jelas meredah kekelaman malam.Hana cantik dan comel, tetapi tetap juga bukan kehendak hati Haiqal.

"Tak kisahlah, kalau Mak cik cakap macam tu..." kata Hana akhirnya. wajahnya bersahaja tidak berperasaan, Haiqal berharap suatu hari nanti, kasihya dapat ditumpahkan kepada gadis muda ini.
----------------
"Haiqal....Haiqal!" Haiqal tersentak, wajah Amirul dihadapannya dipandang. "kenapa?"
"kau yang melangut, kau boleh tanya aku kenapa," Haiqal tersengih, peristiwa malam tadi tiba-tiba terlayar kembali dalam fikirannya. Hana.... semoga sebaris nama itu akan melenyapkan ingatannya buat Ana, Siti Almunawwarah.

"Budak tu ambil Course apa Qal?" soal Amirul, tiba-tiba dia menjadi detektif yang mempunyai segunung soalan untuk diajukan kepada Haiqal. Haiqal kelihatan berfikir lama sebelum menjawab pertanyaan Amirul. " Sains kejuruteraan Mekanikal rasanya, dia nak jadi Engineer kot..." Balas Haiqal kurang pasti dengan jawapannya sendiri.

"Cantik ke?" soal Amirul lagi
"Siapa?" tanya Haiqal bingung. tangannya laju mengacau Nescafe yang dipesan tadi. " Bakal tunang kaulah, takkan nenek kau kot..." Kata Amirul geram dengan sahabatnya yang tiba-tiba lurus bendul hari ini.
"Bolehlah... sepadan dengan aku, kalau dengan kau taklah kot... Nanti nampak macam dia enggang, kau pipit," Gurau Haiqal.
"sedap mulut kau mengata aku, aku dah ada Sarah cukuplah..."

*****

Hari ini hari Sabtu, entah kenapa tergerak hati Hana untuk ke Mid Valley. Hana melilau di dalam kompleks tersebut bersendirian, sambil mencari-cari kiranya ada kelibat Mr. Badut. Hana mengeluh hampa, puas kakinya berpusing ke sekitar tempat permainan kanak-kanak Toy r us tetapi dia masih belum bertemu dengan mana-mana Mr.Badut. Sekumpulan kanak-kanak yang berjalan sambil memegang belon meraih perhatiannya. Mr.Badut.... Fuh, jumpa. Hana tersenyum sendirian.

"Assalamualaikum \'Dik\' ingat saya lagi tak?" tanya Hana apabila kanak-kanak telah bersurai dari mengerumuni Mr.Badut. Mr.Badut memandang Hana hairan, cuba mengingati di mana mereka pernah bertemu sebelum ini. " Tak ingat ke dik? saya baru datang sabtu minggu lepas, siap belanja adik minum lagi," kata Hana lagi meyakinkan Mr.Badut

"Entahlah, rasanya baru kali pertama kita bertemu, lagipun awak nampak lebih muda sebenarnya," tiba-tiba Mr.Badut bersuara. Hana terkasima. Mampus...salah orang punya kes. Hana tersengih, sebentar lagi pasti dia akan cuba mengambil langkah seribu sebagai kesan memalukan dirinya sendiri. Mr.Badut menggaru-garukan kepalanya masih lagi dalam cubaan mengingati seandainya dia pernah bertemu Hana. "Hisham, aku dah letupkan belon budak.......Hana?" Suara Ikram mematikan senyuman Hana, Hana mengerutkan dahi memandang Ikram yang sudah melemparkan senyuman sinisnya. Peristiwa malam tadi kini melayari kotak ingatan mereka
---------------------
Ikram yang pada mulanya menuju ke arah Hana dengan diapit \'Kak\'Maz dilengan kirinya membantutkan niat apabila Hana mengangkat kaki menyertai sekumpulan Datin-datin yang sedang hangat berbual.

"Tu... girl tu yang cakap dekat I, you just interested with me, first, it is hard to believe ikram, but since you keep starring at me, I..." Ikram memandang \'Kak\'Maz dengan pandangan kosong. Huh! bila aku gay?
"Oh... Hana ye? that girl must be confuse... takkanlah saya nak suka dengan jantina mengelirukan macam... erk? whatever,"

"You hina I ke Ikram?"
Ikram menggeleng, raut wajahnya sinis tidak bersimpati dengan \'Kak\'Maz yang kelihatan mengharapkan perhatian daripadanya..

"Yes, you hina I," serentak \'Kak\'Maz menolak Ikram kuat, Ikram yang hilang imbangan akhirnya terjatuh ke dalam kolam. Ikram segera naik kembali dengan wajah berang yang basah kuyup mencari kelibat Hana dicelah ratusan orang yang menyaksikan adegan sebentar tadi. Di sudut meja yang tersorok, Ikram mengecam kelibat Hana yang sedang mentertawakannya. Jika tak kerana Haiqal disebelahnya, sudah pasti gadis tersebut juga akan terdampar di dasar kolam.
---------------
Mengingati peristiwa malam tadi membuatkan Ikram teringin sekali untuk mengenakan Hana kembali, Pertemuan yang tidak diduga pada hari ini menggembirakan Ikram.
"Seronok malam tadi?" soal Ikram sinis. Hana tersengih sambil berundur ke belakang mencari ruang bagi membolehkan dirinya dengan mudah menyusup pantas menghilangkan diri, Plan tak baik pergi Mid hari ini, jadi daging karilah kau Hana.... Hana mengangkat kedua-dua belah tangan tanda mengaku kalah sebelum dengan pantas berlari keluar untuk menyertai orang ramai yang sedang menyaksikan persembahan di tingkat bawah, pintu Lif yang terbuka menggembirakan hati Hana, Hana segera melangkah masuk dan menekan butang untuk turun ke bawah.

"Suprise..." Berderau darah Hana apabila sebaik sahaja pintu Lif terbuka, Ikram terpacul di hadapannya, Hana segera menekan butang untuk menutup pintu lif, tetapi Ikram lebih pantas s menghadang pintu lif daripada tertutup sekaligus menghadang Hana. Dia ni, sungguh tak ada kerja! Hana tersenyum nipis, cepat-cepat dia memboloskan diri melalui Ikram, tubuhnya yang kecil dengan mudah melepasi Ikram.
Hana segera menahan sebuah teksi, cubaan melarikan diri berjaya! Hana mengeluh lega, Isnin ini dia akan balik ke kampus. Entah bala apa yang akan diterima, esok punya cerita... fikir nanti sahaja!

******

Ikram kembali ke kedai permainan tersebut untuk bertemu dengan teman yang tadi terburu-buru ditinggalkannya. Hisham memandang Ikram dengan suatu perasaan ingin tahu. "Kenapa kau kejar budak tu?" soal Hisham sebaik sahaja Ikram melabuhkan punggungnya di hadapan kedai tersebut, tidak menghiraukan mata-mata yang memandang Hisham apabila melintasi mereka. Tidak kurang juga dengan kanak-kanak kecil yang menyalami Hisham, memang tugasnya melayani pelanggan. Ikram merungut perlahan

"Dah lari ke mana entah, dah baliklah kot..." getus Ikram. Kau tengoklah Hana.. Jauh mana kau lari pun tak dapat kalahkan Usain Bolt punyalah. apa kaitan Usain Bolt ni... Ikram mengikat tali kasutnya tidak mempedulikan Hisham yang sedang bergambar dengan dua orang kanak-kanak cina. "Yalah, kenapa?" soal Hisham sebaik sahaja dia duduk semula di sisi Ikram. Ikram mengangkat bahu. sengaja tidak mahu menceritakan kepada Hisham. Ikram...perahsia orangnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan