Nama Pena : rika
BAB 6
"Tahniah Encik Adam Danial,anda diterima untuk temu duga di syarikat kami.Sila datang untuk ditemu duga pada tarikh seperti berikut..Adam,dapat kerjalah.Cepatnya rezeki adik akak ni."Juyana melompat girang seusai habis membaca surat itu.Danial hanya tersenyum bangga.Selepas sebulan menganggur,kini rezeki untuknya sudah terbuka.Alhamdulillah,dan salah satu impiannya akan tercapai.Dia akan bekerja di Syarikat ZAZ holdings.Syarikat kepada Tan Sri Dato’ Azlela.Sesuatu yang ditunggu-tunggunya.
"Alhamdulillah!Mak harap lepas ni kau pandai jaga diri Dam,jadi budak matang sikit,ini tak,tak pernah serius."Puan Fatimah menyampuk,pabila dilihatnya anak daranya begitu gembira membaca surat tawaran adiknya.
"Yelah mak,Adam tahulah.Sekarang ni tak cukup matang ke?"Danial tersengih.
"Matang kebendanya?Tak kisahlah Dam.Yang penting Adam kena pandai jaga diri,hormat orang,jangan dekati zina,ingat ALLAH."Danial memandang ibunya sayu.Setiap kata-kata ibunya lebih meyakinkan hatinya.Kakaknya hanya terangguk-angguk.
"Mak ni,Adam bukan nak interview sekarang.Adam interview lusalah mak."Puan Fatimah hanya tersenyum.
"Dahlah!Malas mak nak cakap dengan korang berdua ni,mak nak masuk layan Si Comel lagi bagus."Puan Fatimah berlalu kedalam rumah,meninggalkan kedua-dua anaknya.
Sudah sebulan Sara menganggur di rumah.Hari-harinya penuh dengan enjoy dan bersuka ria.Dia malas hendak kerja awal-awal.Biarlah,papanyakan ada syarikat.Sudah berkali-kali papanya memintanya bekerja di ZAZ holdings,namun jiwa mudanya memberontak.
"Sara,dah sebulan jadi pemalas,papa tak kira tomorrow you must go my office."Dato’ Farouk berkata tegas.Sara hanya memuncung.
"Pa,pleaselah,Sara bukan tak nak kerja tapi Sara masih tak puas enjoy."Datin Alwiyah hanya menggelengkan kepalanya pabila mendengar jawapan anaknya itu.
"Papa bagi pilihan,Sara nak start kerja esok atau papa tarik balik kereta,creadit card,and you allowances."Dato’ Farouk sudah menggunakan kuasa vetonya.
"What?Pa this is not fair."Sara sudah menyeringai.Ish papa ni,bencilah macam ni!"
"It’s up to you,baby."Dato’ Farouk dan Datin Alwiyah tersenyum puas.Sara akan tunduk.
"Okey,Sara akan mula kerja tapi bukan esok but lusa.Sebab esok Sara ada hal.Boleh ya papa?"Sara masih cuba tawar menawar.Hai gaya macam beli ikan di pasar pulak.
"Okey!Papa pegang janji Sara.Lusa!"Dato’ Farouk tersenyum puas.Sara sudah membersut.Ish geramnya aku.Baru sebulan belum setahun lagi aku enjoy.Argh!Payah betul.Bukan matipun kalau aku tak kerja.
BAB7
Danial mengatur langkah menuju ke kedai Adidas.Sudah lama dia tidak keluar membeli belah.Syafiq di sebelah hanya menurut.Syafiq akui,rakannya itu merupakan anak orang berada tetapi jenis yang tidak menunjuk-nunjuk dan hidupnya sekadar perlu.Itulah yang buatnya senang berkawan dengan Daniel.
"Fiq,baju untuk interview aku dah beli,kasut dah,okey semua dah.So,kau nak apa?Aku belanja kau sport shoes yang kau nak hari tu,okey tak?"Syafiq tersenyum riang.
"Eh,mestilah nak! Baik gila member aku ni.Kau memang member aku paling baiklah Dam."Daniel hanya tersengih.
"Selama ni jahatlah?"Syafiq menggeleng.
"No and never.Kawan aku ni takkan jadi jahat punya."
"Blahlah kau!Aku nak support kasut,yelah puji.Kalau tak, ‘Adam,kau ni poyolah,tak campur oranglah,malu aku kawan dengan kau.’Ada apa-apa yang aku tertinggal?"Danial berkata sinis,Syafiq hanya tersengih.
"Sorrylah bro!Aku gurau je.Mengeratkan ukhwah."Danial menggeleng,sebelum membayar kasut sport adidas yang bewarna hitam hijau dan merah putih.Ketika sibuk membebel,tanpa Danial dan Syafiq sedari ada seorang gadis tiba-tiba meluru kearah mereka.
"Auch!!Sakitlah gila!Hei kau ni?Ada mata tak nak guna!Simpan dalam beg buat barang antik,apa?"Suara gadis itu membentak.Syafiq terkebil-kebil memandang Danial.Rakannya itu hanya diam membisu.
"Ish!habis barang-barang I.Geram betullah."Gadis itu mengadu kepada rakannya yang turut membantunya mengutip barang-barang yang bertaburan di lantai.
"Sabarlah,Sara.Jangan marah-marah.Okey,I tolong you ni."Syafina berkata lembut.Syafiq yang mendengar nama Sara terus memandang Danial,Danial turut memandangnya.
"You ni,Sara Darwisyah?Hai I Amirul Syafiq,you can call me Fiq."Syafiq berkata ramah.Sara memandang Syafiq pelik.
"Hai,I Syafina Nazeera,you can call me Fina.And she as you know,Sara."Syafina berkata ramah.Syafiq hanya mengukir senyuman.Danial hanya membisu.Begitu juga Sara.Mulutnya yang mahu membebel terus terdiam pabila dilihatnya Danial ada di hadapannya.
"Dam,say something?"Syafiq menyiku Danial sambil berbisik.Danial hanya terkebil-kebil.
"Say what?"Danial berkata blur.
"Sara?"Syafina memandang Sara.Sara hanya tersenyum sinis.
"I am not interesting.Jom,Fina!I nak balik."Sara berkata seolah-olah berjauh hati.Geram juga pabila dilihatnya muka Danial yang blur itu.
"Wait!"Langkahnya terhenti pabila suara seseorang memangilnya.Sepantas kilat dia menoleh.Rambutnya yang panjang mengurai turut mengalun lembut.
"Sorry about that.Kawan saya tu memang semacam sikit.Apa kata awak dan Fina join kitaorang.Kita pergi makan-makan,lepak-lepak."Syafiq cuba mengawal keadaan.Danial masih membisu.Malas dia mahu masuk campur.
"I tak minat dengan orang miskin.You and kawan you tu,mampu ke nak support makan I dengan Fina ni?I don’t think so."Lancang sekali mulut Sara mengaturkan kata.Syafina turut terkejut.Syafiq terlopong,dan Danial menapak kearah Sara.Wajah putih bersih itu ditatap lama.Danial terpaku sebentar,sebelum berkata-kata.
"Kalau awak rasa awak tu kaya sangat,awak silap.Dan kalau awak rasa hidup awak ni macam puteri so go to hell.Cantik,tapi hodoh.Kaya tapi miskin.Pandai tapi jahil."Danial berlalu selepas habis berbicara.Syafiq turut berlalu dengan mulut yang masih terlopong.
Sara terdiam seribu bahasa.Mukanya bagai disimbah dengan sos cili.Syafina sudah terlopong.Beraninya..
Akak teruja baca citer ni...teruskan usaha jalan citer yang menarik dah ada harap untuk kesinambungannya nanti buat yang ada umppp la lagi ye jangan main redah je ...citer dah cantik ni..akak tak sabar nak tunggu hasil yang seterusnya...teruskan usaha buat yang lagi terbaik k
BalasPadamapa akan jd seterusnya...spa yang dapat teka??
BalasPadam