Nama Pena : dai
Suhaila memandu perlahan ke arah Sepang.Dadanya semakin berdegup kencang apabila kereta Vios miliknya semakin menghampiri kawasan KLIA.Spontan fikirannya melayang kepada seseorang yang sudah hampir empat tahun tidak ditemui.Kalau mengikut perkiraannya,sepatutnya hari ini merupakan hari kepulangan lelaki tersebut ke Malaysia.Sungguh,kalaulah kerana tidak dipaksa oleh ibu untuk menjemput adiknya yang pulang bercuti,pasti dia tidak akan menjejakkan kaki langsung ke KLIA.Seboleh-bolehnya dia mahu mengelakkan diri daripada lelaki tersebut.Memang banyak kenangan antara dia dengan lelaki tersebut,tetapi mungkin lebih panyak yang pahit berbanding yang manis.
Bunyi hon yang panjang mengejutkan Suhaila.Baru dia sedari yang rupa-rupanya dia telah pun lama memberhentikan kereta di tengah-tengah laluan parking kereta sehingga mengganggu pergerakan kereta yang lain.Segera dia beristighfar panjang sebelum mula memandu kembali Vios miliknya.Mujurlah tidak ada pemandu yang memaki memarahinya disebabkan kelalaiannya tadi.Sebaik sahaja menjumpai tempat letak kereta yang kosong,segera dia memakirkan kereta di petak tersebut.Dia menarik nafas lega.Mujurlah dia menjumpai tempat parking yang masih kosong.Bukannya dia tidak tahu,hari Ahad begini ramai orang yang berada di KLIA.Lebih-lebih lagi sekarang musim cuti sekolah,ramai keluarga yang mahu bercuti ke luar negara.
Setelah memastikan pintu kereta berkunci,Suhaila berjalan pantas ke arah balai berlepas KLIA.Dia mencari-cari kelibat Syuhada di kalangan orang ramai yang berada di situ,namun batang hidung adik kesayangannya itu pun langsung dia tidak nampak.Suhaila mula gelisah.Diperhatikan jam tangannya seketika.Patutnya Syuhada sudah pun tiba di situ.Rimas berada di situ lama-lama,Suhaila bergerak ke arah sebuah kedai buku yang terdapat di situ.Dia membelek-belek novel melayu yang terletak di rak bahagian kanan kedai buku tersebut.Sememangnya minatnya terhadap novel tidak dapat dibendung lagi.Walaupun tujuan asalnya bukanlah untuk membeli novel,tetapi pantang dia ternampak ada kedai yang menjual novel,pasti dia akan singgah sebentar di kedai tersebut.
Sambil membaca sinopsis novel yang berada di tangannya,sesekali Suhaila meliarkan pandangannya ke arah luar kedai melalui dinding kaca kedai tersebut.Dari situ,dia dapat melihat dengan jelas kelibat orang ramai di bahagian balai berlepas KLIA.Bermacam-macam ragam dapat dilihatnya.Ada yang sedang membaca surat khabar,ada yang sedang berborak dan tidak kurang juga ada yang mundar-mandir di situ,mungkin gelisah menantikan seseorang yang ditunggu masih tidak kunjung tiba.Suhaila tersenyum kecil.Tiba-tiba senyumannya mati sebaik ternampak kelibat seseorang yang amat dikenali sedang melintas di hadapan kedai buku tersebut.Terasa bagaikan jantungnya berhenti berdegup ketika itu juga.
Bagaikan menyedari sesuatu,Suhaila pantas meletakkan novel yang dipegangnya ke tempatnya kembali.Kelam-kabut dia keluar dari kedai buku tersebut.Suhaila berlari-lari anak di bahagian berlepas KLIA.Dia tidak mempedulikan pandangan orang ramai yang memerhatikan gelagatnya itu.Yang penting,dia mesti mengejar lelaki itu sebelum terlambat.Hampir beberapa kali dia terlanggar orang ramai yang berada di situ kerana tergesa-gesa mengejar lelaki yang dilihatnya tadi.Suhaila mengeluh hampa apabila bayangan lelaki tersebut hilang di celah-celah orang ramai.Mungkinkah bayangan yang dilihatnya tadi hanyalah khayalannya sahaja?Suhaila terasa ingin menangis di situ juga.Sungguh,dia teramat rindukan lelaki tersebut.Hampir saban hari dia berdoa kepada Allah agar ditemukan kembali dengan lelaki tersebut.
"Kak Aila!"suara nyaring seorang perempuan dari arah belakang mengejutkan Suhaila.Segera dia berpaling.Sekujur tubuh milik Syuhada berdiri dengan 1001 pandangan yang sukar ditafsirkan.
"Kenapa akak lari macam nampak hantu aje tadi?"Syuhada segera mengutarakan pertanyaan yang bermain-main di benaknya sedari tadi.
Suhaila tersentak.Tidak disangka yang adiknya itu sempat menyaksikan gelagatnya tadi.Terasa panas wajahnya mengingatkan kembali peristiwa tadi.Dia sudah pun dewasa tetapi masih berperangai seperti budak-budak.
"Hmm...dah lama ke Hada sampai tadi?"Suhaila segera menukar topik perbualan.
Syuhada tergelak kecil,sedar yang kakaknya itu cuba menukar topik perbualan.Bukannya sehari dua dia mengenali Suhaila. "Tak de laa lama mana,baru aje sampai,ada laa dalam 10 minit..."
"Hada mesti dah lapar kan?Jom laa kita pergi makan dulu.Hada nak makan apa?"Suhaila bertanya riang.Lupa seketika dia akan peristiwa tadi.
"Kak Aila,Hada ingat nak makan KFC laa",ujar Syuhada.
"Aik...takkan dah lama duduk kat London masih tak puas-puas lagi makan KFC kot?"usik Suhaila.
Syuhada tersengih mendengarkan usikan kakaknya itu.Dia berjalan beriringan keluar dari balai berlepas KLIA.Sambil itu,riuh mulut mereka berbual-bual.Maklumlah sudah hampir setahun tidak berjumpa,pasti banyak cerita yang ingin dikongsi bersama.Tanpa Suhaila mahupun Syuhada sedari,sepasang mata begitu asyik memerhatikan gelagat mereka berdua dari sebalik tiang yang ada di situ.
WOW!!INTERESTING..LELAKI UE MSTI BKAS PKWE DY AN?HAHA..SAYA SUKE CITER CMNI..GO PENULIS! GO! U CAN DO IT!
BalasPadam