Nama Pena : Kyra Akira
Aku tidak meminta keadaan ini terjadi. Ia berlaku di luar bidang kekuasaanku. Semua aku terima dalam fikiran dan hati yang sedang berkecamuk. Namun, aku tidak pula menolak hatta sekalipun mahu membantah. Entah, aku benar-benar tidak tahu mengapa. Mungkin itu adalah hidayah yang Allah berikan buat aku yang selama ini menolak segala insan-insan yang ingin berteduh di hati ini.
"Qaireen, ummi ada nak cakap sedikit dengan kamu," bicara ummi sewaktu aku melangkah masuk ke dalam rumah.
Hari itu aku pulang sedikit lewat dari tempat kerja. Banyak sungguh kerja yang harus aku siapkan. Di tambah dengan mesyuarat lagi. Penat-penat. Esok nak kena pergi ke Padang Piol pula. Travel lagi. Penatnya!! Sungut aku di dalam hati.
Qaireen Darwisyah yang nampak tidak bermaya di wajahnya melabuhkan pinggulnya di atas sofa empuk di ruang tamu. Menyandarkan kepalanya yang sudah lalok mahu tidur. Aku nak qada’ tidur ni. Adoi penat!
Ummi datang dan duduk betul-betul di sebelah Qaireen. Ummi meletakkan tangannya di atas paha Qaireen. Mata Qaireen yang tertutup kini separa terbuka. Memberikan respons buat umminya.
"Ummi nak tanya sama kamu ni Qaireen..."
"Apa dia ummi?" Qaireen menjawab sekadar berbasa-basi.
"Ummi berkenan dengan satu jejaka ni. Ummi ingat nak..."
"Aik takkan ummi nak kahwin dengan jejaka tuh. Mana nak diletak abah, ummi?" Qaireen memangkas bicara ummi sambil mulutnya menjuih ke arah abah yang leka menghadap komputer ribanya. Busy dengan business lah tuh!
Ummi mencubit lenganku. Aku mengaduh kecil. Ku usap lenganku yang kelihatan memerah. Ummi ni kalau cubit kalah semut! Hatiku berbisik sendiri.
"Qaireen ummi serius ni,"
Aku hanya mengangguk-angguk lemah. Malas mahu melayan ummi. Cepatlah ummi habis cerita. Aku dah tak larat dah ni.
“Ummi kenal satu jejaka ni. Dia selamatkan ummi dari kena copet tempoh hari. Qaireen ingat lagi tak yang ummi cerita dulu tuh..." ummi bercerita sambil tangannya di hayun ke kiri dan ke kanan. Lagak seperti pahlawan kuntao aku lihat.
Masih lagi terangguk-angguk lagak aku seperti burung kakak tua.
"Rupa-rupanya dia tuh anak kawan baik ummi waktu ummi sekolah dulu. Anak Aunty Saleha. Ummi berkenan sangat dengan dia. Perangainya baik. Bersopan santun budi pekertinya. Yang terbaik daripada semua calon yang ummi pernah kenalkan kat kamu. Kali ni tip top! Jadinya ummi dengan Aunty Saleha ingat nak jodohkan kamu berdua..."
Hah! Bab yang ni lah aku paling tak berkenan sangat dengan ummi aku nih. Semua calon pun dia cakap yang terbaik!!! Masuk kali nih dah 6 kali dia padankan aku dengan entah mana-mana mamat dalam dunia ni pun aku tak tahu. Yang mamat-mamat sekalian ni tak tahu ke nak membantah ke nak menolak ke atau paling koman carilah kekasih hati sendiri. Ni tak, ikut je cakap mak. Aishh!! Nak cakap apa kat ummi ni. Aduyai!!!
Kepala yang tidak gatal di garu Qaireen. Ummi tidak akan mengalah selagi dia tidak berkata ya. Dia faham sangat dengan kerenah umminya. 27 tahun usia hidupnya mengenal ummi sudah membuatkan dia masak dengan perangai ummi.
"Ummi nanti Qaireen fikirkan ya," Qaireen bingkas bangun. Berlimas badan yang keletihan sudah tidak mampu untuk duduk diam lama disitu. Baik aku angkat kaki chao dulu!
"Hey! Ummi belum habis cakap lagi ni," Tanganku di pegang ummi. Langkahku juga mati di situ.
"Ummi kan Qaireen kata bagi Qaireen fikir dulu," rungutku dah keluar. Mataku dah berkerut-kerut. Malas mahu melayan ummi.
"Dah tuh bila kamu nak bagi jawapan? Ummi nak beritahu sama Aunty Saleha kamu tuh.."
"Bagi Qaireen masa sampai hujung minggu ni..." Qaireen cuba mengelat. Aduh Ummi penatlah layan ummi ni! Getus hati nurani ku.
"Ummi bukan apa... kamu tuh dah 27 tahun. Adik kamu Adelia dan Khalishah dah kahwin ada anak pun. Semua dah kahwin kamu tuh aje yang belum. Bila lagi tah nak kahwin. Usia bukan makin muda.... bla... bla... bla..." ummi membebel panjang.
Kaki aku dah laju menaiki tangga menuju ke bilik. Kalau nak dengar bebelan ummi sampai hari kiamat pun tak habis-habis. Ummi! Ummi! Kepala aku gelengkan ke kanan dan kekiri. Maklumlah aku seorang sahaja yang tinggal dengan ummi dan abah. Kakak-kakak, abang-abang dan adik-adik aku semuanya sudah berumah tangga. Aku je ada rumah tapi tak ada tangganya.
Abah memandang wajahku. Aku memuncungkan muka dan mengangkat-angkat bahu. Abah yang masih memandang membuat gaya mulut itik di tangannya. Mengajuk ummi yang kuat membebel. Aku ketawa kecil.
Masuk dalam kamar apalagi terus tidur dengan baju tadi. Malas nak mandi! Dan terus berlayar dalam mimpi… Kroh!!! Kroh!! Kroh…!!
---------------------
Subuh dah memang selalu terlepas. Aku ni memang liat bab-bab agama ni. Solat? Hurmm... jarang-jarang aku sempurnakan. Kadang-kadang seminggu pun tak sekali aku laksanakan. Itulah gaya orang pemalas yang ada kat aku. Tapi bukanlah aku nih tak suka atau apa. Cuma malas. Ada huruf ’mim besar’ kat badan aku ni. Kalau nak di kira-kira tang dosa... Akulah agaknya manusia yang paling awal dalam keluarga aku masuk neraka. Haisss!!! Nauzubillahi min zalik. Simpang siur aku minta!
Keluarga aku memang semuanya banyak mengikut syariat agama. Aku sahaja yang banyak tersasar jauh. Adik beradikku yang perempuan semuanya bertudung litup, aku pula tidak. Semua gaya muslim dan muslimah sejati. Aku pula hangus terbakar dalam api. Hihihi!!! Aku seorang sahaja yang tidak memakai tudung. Pakaian? Aku tidaklah memakai sesuatu yang terlalu menjolok mata. Sekadar skirt paras lutut. Baju tanpa lengan. Kasut tinggi. Apa lagi ya?
Tapi satu aku tekankan di sini. Aku tidak mempunyai masalah pergaulan bebas. Aku tidak pernah minum arak, clubbing dan tidak pernah ada pakwe. Paling-paling pun aku suka pergi tengok konsert. Macam bulan lepas, aku pergi tengok konsert Ella kat Mist Club, Damansara. Ella penyanyi kesukaanku.
Kadang-kadang ummi selalu ungkit dekat aku. "Nama je Qaireen Darwisyah yang bermaksud kebaikan ahli tasawuf. Tapi perangai jauh panggang dari api dengan maksud di sebalik nama kamu tuh Qaireen..." Selalu aku memang kena sound dengan ummi tapi entahlah pintu taubat kat hati nih kenapa entah tak terbuka-buka.
Kadang-kadang rasa kecil hati juga. Ummi selalu membandingkan aku dengan adik-beradikku yang lain especially Kak Long Ardawiyyah. Kak Long aku tuh manusia paling baik aku pernah jumpa dalam dunia ni. Marah tak pandai, melawan tak pandai, diam je. Lain benar dengan perangai aku. Mungkin pasal tuhla aku tak berapa nak ngam dengan mereka semua. Aku ada prinsip dan pemikiran aku sendiri. Itu satu yang orang tak boleh nak tukar aku.
Dah lama sangat dah ni aku mengelamun. Baik cepat mandi. Hari ni nak kena travel pergi pahang. Suka sangat bos-bos besar aku nih buat meeting kat tempat terperuk jauh tuh. Apa tah ada kat sana? Omel Qaireen sendirian.
Langkah laju memasuki kamar mandi. Pintu di tutup dan bunyi shower kedengaran.
............................
Saya buat percubaan novel ke 2 pula. Minta tolong berikan komen ya!!
cerita dan bahasa yg sedap dibaca...sy suka
BalasPadamkeep up ..
dap la citer nihhh...
BalasPadamhuhhuhuuuu
chayo2!!!!